JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
MPU23042 DPB NILAI MASYARAKAT
TAJUK: CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PEDIDIKAN
NAMA AHLI NO. PENDAFTARAN
KODY KIEFER BOYOU 05DPB21F1012
DAVID LU CHUAN FU 05DPB21F1061
CHANG KAH PAO 05DPB21F1046
YONG YUK SENG 05DPB21F1008
TIONG SUNG HUI 05DPB21F1067
NAMA PENSYARAH: SIR SAHIDAN BIN SHAFIE
Isi Kandungan
Objektif 3
Pengenalan 4
Isi Huraian 5
6
Faktor-faktor Cabaran 7
-Pengaruh media sosial 8
-Rakan sebaya 9
-Masalah Kemiskinan 10
-Menangani Isu Sosial 11
Kesan-kesan Cabaran 12
-Kemorosotan Pencapaian Akademik Pelajar 13
-Pengaruh positif dan negatif Rakan Sebaya
-Kekurangan Pendidikan 14
-Terlibat dalam gejala sosial 15
Cara mengatasi Cabaran 16-17
-Sistem pembelajaran moden 18
-Bijak memilih rakan & elakkan berpasangan 19
-Memberi bantuan 20
-Teladan yang baik
21
Rumusan 22
Rujukan
Objektif
- Memupuk semangat persainga yang
tinggi untuk memperolehi kejayaan
yang baik.
- Menjamin masa depan generasi muda
yang cerah.
- Mampu menaikan taraf hidup setiap
individu di Malaysia yang berpendidikan.
- Membentuk masyarakat Malaysia
yang berjaya terutamanya dalam aspek
pendidikan.
Pengenalan
Pada era globalisasi ini, pendidikan adalah nadi
pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem
pendidikan yang teratur dan berkembang sejajar dengan
perkembangan zaman, maka bolehlah dianggap bangsa
atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan
tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau
negara. Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan
cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan
generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan
usaha-usaha yang strtegik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti
yang tinggi dmerlang agar dapat menangani cabaran-
cabaran abad ke-21.
Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan
perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam
teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau
tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan.
Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa
bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan
aspek ekonomi, budaya, dan politik.Perubahan aspek tersebut
amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan
persekolahan dalam mengpi gelombang perubahan alaf
baru perlu berfungsi pada landasannya untuk menyumbang
kepada pembangunan bangsa dan negara.
Faktor - faktor Cabaran
You can enter a subtitle here if
you need it
Pengaruh Media Sosial
Pada era globalisasi yang serba canggih kini,
masyarakat cenderung terhadap penggunaan media sosial
untuk berhubung, menjalankan perniagaan, dan menuntut
ilmu. Hal ini menjadi salah satu faktor dalam membentuk
masyarakat. Media sosial boleh memberi kesan yang baik
atau buruk berdasarkan cara penggunaan individu tersebut.
Namun, media sosial disalahgunakan oleh masyarakat pada
masa kini hingga menyebabkan perpecahan dan perbalahan
berlaku sesama kaum. Selain itu, kemunculan media sosial
yang terlalu meluas menyebabkan remaja mudah terdedah
kepada pelbagai maklumat. Kebanyakan maklumat yang
mudah didapati di media sosial tidak sesuai untuk diketahui
oleh remaja yang masih di bawah umur. Contohnya, masalah
sosial seperti pergaulan bebas dlam kalangan remaja adalah
berpunca daripada maklumat-maklumat tanpa sempadan
yang terdapat dalam media sosial. Sebagai golongan yang
masih belum mampu untuk menapis maklumat secara
rasional, remaja akan terpengaruh dengan melibatkan diri
dalam gejala sosial.
Rakan Sebaya
Selepas itu, rakan sebaya juga menyumbang kepada
pembentukan masyarakat Malaysia tentang pendidikan.
Rakan sebaya dapat mempengaruhi tingkah laku remaja.
Contohnya, rakan sebaya yang mempengaruhi rakan yang
lain kerana usia yang hampir sama membolehkan
kepercayaan diperolehi dengan mudah. Rakan sebaya juga
yang saling berkongsi masalah yang sama menyebabkan
remaja merasa rakan adalah orang yang paling memahami
dirinya dan sering memberi jalan penyelesian terhadap
masalah tersebut. Sesetengah remaja juga sanggup
melakukan gejala sosial kerana ingin diterima oleh rakan-
rakan yang lain. Mereka juga ingin dikatakan mudah mengikut
arus perubahan yang telah ditunjukkan oleh rakan-rakan
Masalah Kemiskinan
Kemiskinan yang bukan lagi menjadi masalh baru yang
melanda dinegara kita. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa isu kemiskinan menjadi salah satu faktor utama yang
menyebaban berlakunya jurang pendidikan di negara kita.
Walaupun kerajaan telah mengambil insiatif dalam
membendung perkara ini namun ia masih membelenggu
masyarakat kita pada hari ini. Ia memberi masalah kepada
jurang pendidikan di mana kebanyakan tempat tinggal
penduduk luar bandar adalah terletak di kawasan
pendalaman. Jarak antara tempat tinggal mereka dan
sekolah biasanya sangat jauh. Keadaan ini telah
menyusahkan pelajar untuk pergi ke sekolah. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pelajar Kampung Marudi, Sarawak yang
perlu menaiki bot dan berjalan kai ke sekolah. Kekurangan
kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan menyusahkan
pelajar untuk menuntut ilmu. Kelengkapan sekolah juga
mereka dalam serba kekurangan dan menyebabkan mereka
belajar dalam keadaan yang kurang kondusif dan akan
memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Jadi jurang
pendidikan akan terus menjadi serius. Secara tuntasnya,
kemiskinan telah mengundang masalah jurang pendidikan.
Ramai anak bangsa telah menjadi mangsa dalam isu
kemiskinan dan terabai daripada pendidikan.
Menangani Isu Sosial
Dewasa ini, isu sosial menjadi buah mulut
warga negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan
pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dan
mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama
sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar,
antara kes masalah sosial seperti buang bayi, yang
terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng
sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan
sebagainya. Perkara ini menjadi duri dalam daging
kepada sektor pendidikan, yang seterusnya boleh
menghalang pbangan pendidikan secara positif.
Banyak masa, wang, dan tenaga digembleng untuk
menaganinya. Dari hari ke sehari ia membiak bak kudis
buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan.
Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak dengan
bijak, isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem
pendidikan kita pada hari ini.
Kesan-kesan Cabaran
Kemerosotan Pencapaian
Akademik Pelajar
-Penggunaan media sosial menyebabkan golongan
remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu
tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti
permainan yang terdapat dalam laman sosial
tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan
berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk
menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula,
penggunaan laman sosialjuga memberikan kesan
kepada prestasi pelajaran dangan remaja. Hal ini
akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran
kerana tiada masa yang diperuntuk untuk
mengulang kaji pelajaran.
-Apabila berlansungnya sesuatu peperiksaan,
markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan
sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari
kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan.
Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran
penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh
itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu
membazir masa.
Pengaruh Positif Dan
Negatif Rakan Sebaya
- Rakan sebaya boleh memberi pengaruh
positif atau kebaikan antara satu sama lain dan
kadang kala boleh mempengaruhi dalam
bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan
sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar
yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti
yang lebih memberi kesan positif kepada
rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam
aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan
kemahiran diri manakala rakan sebaya
daripada kalangan pelajar-pelajar yang
bermasalah akan memberi kesan yang sama
kepada rakan-rakan yang lain
You can enter a subtitle here if
you need it
Ini kerana rakan sebaya yang negatif
mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk
bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan
agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-
nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar
sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak
mempunyai kesan yang banyak terhadap
pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar
berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh
rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak
pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran
penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar
remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar
dengan nilai yang dianutinya.
Kekurangan Pendidikan
Pelajar daripada golongan miskin berisiko tidak
mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Kesempitan wang menyebabkan ramai tidak mampu
meneruskan cita-cita untuk ke menara gading.
Kebanyakannya mengambil keputusan untuk tidak
meneruskan pengajian ke universiti malah memilih untuk
bekerja membantu keluarga.
Mereka sedar bahawa menyambung pelajaran akan
memerlukan wang yang banyak. Mereka terpaksa
melupakan segulung ijazah demi membantu keluarga
menampung kehidupan. Berbeza dengan pelajar daripada
golongan kaya, mereka mampu meneruskan pelajaran
tanpa perlu risau beban kewangan yang terpaksa
ditanggung keluarga.
Segelintir p daripada golongan miskin pula terpaksa
mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Mereka berfikir
bahawa kos pendidikan akan membebankan keluarga.
Mereka memilih untuk bekerja untuk membantu ekonomi
keluarga. Meskipun tidak mempunyai kelulusan tinggi
namun wang adalah yang utama bagi meneruskan
kehidupan.
Terlibat Dalam Gejala
Sosial
Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial
dapat diklafikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan
etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan
oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak
juga turutterlibat dalam masalah.
Majoriti remaja memilih
untuk mencuba hal
yang baru untuk
menghiburkan diri
mereka dengan hal
yang tidak berfaedah
seperti:
1. Ponteng sekolah
2. Merokok
3. Meminum minuman
keras
4. Mengambil ubat-
ubat terlarang iaitu
dadah
5. Lumba haram
6. Menjalin hubungan
yang terlarang sebelum
berkahwin
Cara Mengatasi Cabaran
You can enter a subtitle here if
you need it
Melaksanakan sistem
pembelajaran yang lebih moden
dan ideal
Pihak sekolah bolehlah
melaksanakan sistem pembelajaran
yang lebih moden dan ideal selaras
dengan perkembangan semasa.
Perkembangan sains dan teknologi
telah membantu guru dalam
menyampaikan ilmu serta maklumat
dengan mudah.
Penggunaan peralatan pembelajaran
moden dapat meningkatkankan kualiti
serta kredibiliti seorang guru kepada
murid-murid seperti penggunaan
projektor, Tv dan komputer dalam kelas.
Murid-murid akan lebih berminat utuk
menimba ilmu serta memberi perhatian
semasa guru mengajar dalam kelas
yang serba lengkap.
PERSONAL ETHICS
ACTIONS OF THE WEEK
Penerangan guru semasa sesi
pengajaran lebih jelas dan mudah
difahami. Sistem pembelajaran berupaya
untuk menghidari murid menjadi bosan
serta mengantuk dan tidak fokus. Selain
itu, kewujudan aplikasi dan laman web
internet seperti kahoot dan kuiz juga
sangat membantu proses pembelajaran.
Kesannya pencapaian akademik anak-
anak dalam kelas akan melonjak dalam
semua mata pelajaran jika kerajaan
memandang serius penggunaan sistem
sekolah yang moden. Oleh hal yang
demikian kerajaan haruslah menyediakan
peralatan pembelajaran kepdada semua
sekolah selaras dengan pembangunan
negara.
Bijak Memilih Rakan &
Elakkan Berpasangan
Sesuai dengan sifat ingin tahu yang tinggi serta gemar untuk
berkawan, sudah remaja akan mudah didampingi oleh ramai
rakan-rakan tanpa mengira peeringkat usia. Adalah penting
bagi seorang remaja untuk mendampingi rakan-rakan yang
baik supaya menjadikan diri sendiri menjadi lebih baik. Rakan
yang baik akan mengajak remaja untuk belajar bersungguh-
sungguh supaya berjaya dalam pelajaran, mendengar
nasihat ibu bserta menjadikan guru-guru sebagai idola untuk
maju dalam kehidupan. Rakan yang tidak baik pula
mendorong remaja untuk mencuba perkara-perkara yang
negatif serta tidak mendengar nasihat ibu bapa dan guru-
guru. Rakan yang tidak baik juga akan memperkenalkan
remaja dengan orang lain tanpa arah tujuan yang khusus
serta sering mengajak melakukan perkara-perkara yang
tidak berfaedah.
Memberi Bantuan
Untuk membendung masalah kemiskinan sudah
termaktub dalam dasar Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosiekonomi dan tahap keupayaan pelajar.Matlamat KPM
adalah memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai
peluang yang sama untuk cemerlang supaya akses,
ekuitidan kualiti dapat ditingkatkan. Ia boleh dilakukan
dengan menyediakan kemudahan dan bekalan di semua
sekolah terutamanya sekolah pendalaman. Kemudahan dan
bekalan pelajaran yang disediakan adalah banyak serta
beraneka jenis masing-masing mempunyai hubung-kait
yang tersendiri dengan kegiatan pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Antara
kemudahan lain ialah kemudahan fizikal, asrama, buku teks,
Perpustakaan, dan bantuan makanan tambahan. Bantuan
tersebut memberi kemudahan kepada para pelajar dan
seterusnya dapat membendung jurang pendidikan.
Contohnya, asrama dibina dengan tujuan untuk memberi
kemudahan tempat tinggal yang berdekatan dengan
sekolah kepada murid-murid datang dari jauh, terutamanya
mereka yang miskin. Pelbagai program juga boleh diadakan
seperti contoh.
Teladan yang Baik
Tidak dapat disngkal lagi bahawa ibu bapa dan
ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan
teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teldan ibu
bapa mampu membentuk sahsiah anak-anak.
Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru
apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa,
“ Bagaimanaacuan begitula kuihnya “. Ibu bapa perlu
menjauhi kegiatan negatif sepertii merokok, alkohol,
mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi. Bapa
borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu
dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego,
indivisualistik, materialistik, dan bongkak akan
mencanai generasi muda yang berakhlak biadab dan
berbudaya sumbang.
Dalam menangani gejala sosial, masyarakat juga
boleh memainkan peranan untuk mengatasi gejala s.
Anggota masyarakat perlu menunjukkan contoh yang
baik, khususnya kepada golongan muda, seperti tidak
melakukan perkara yang tidak senonoh di hadapan
golongan muda. Jika terdapat golongan muda yang
melakukan gejala sosial seperti penyalahgunaan
dadah dan pergaulan bebas, masyarakat setempat
hendaklah menegur sikap negatif tersebut. Jika
didapati gejala sosial masih berlaku, aduan kepada
pihak berkuasa perlulah dibuat dengan segera.
Rumusan
Kesimpulannya, pada era globalisasi ini atau dunia
tanpa transformasi sempadan telah memaksa industri
pendidikan Malaysia untuk melalui era yang sangat
dirasai gelombangnya. Perkembangan dnia aspek
ekonomi, sosial, politik, dan teknologi seharusnya
menjadi penunjuk asas kepada sistem pendidikan dan
persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga
manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asa
nilai, dan moral yang berdasrkan kepercayaan kepada
Tuhan. Semagat patriotisme dan memelihara
perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia,an manusia
bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh
menentukan corak manusia yang mampu menghadapi
alaf baru, abad ke-21. Semoga segala cabaran yang
dihadapi dalam pendidikan ini dapat diatasi.
Rujukan
- https://tajuk3.blogspot.com/
- https://www.scribd.com/document/358356649/Pengaruh-
Rakan-Sebaya
- https://www.scribd.com/document/427587106/Cabaran-
Jurang-Pendidikan-Dan-Langkah-Mengatasinya
- https://theinspirasi.my/masalah-kewangan-dan-kesihatan-
mental-dalam-kalangan-pelajar-di-universiti-serta-cara-
mengatasinya/
Sekian dan
Terima Kasih