The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SARA BT BEDEN IPG-Pensyarah, 2023-09-23 09:55:42

TAJUK 3

TAJUK 3

BMMB3193 PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU PISMPBM 1622


TAJUK 3 BMMB3093 3. Puisi Melayu Moden • Sajak - Latar belakang - Jenis - Bentuk dan struktur karya - Pemikiran dan nilai - Seni persembahan


Tajuk 3 Puisi Melayu Moden -Sajak


SUBTOPIK TAJUK 3 Sajak Seni persembahan Pemikiran dan nilai Bentuk dan struktur karya Jenis Latar belakang


TAJUK3: PUISI MELAYU MODEN-SAJAK DISEDIAKAN OLEH: DR SARA BEDEN (JPM IPGKTAR)


SAJAK • Sajak diertikan sebagai karangan bertulis yang berangkap dan berasal dari perkataan Arab “saj” yang bermaksud karangan puisi. • Dikenali sebagai puisi moden dan sajak sering ditakrif berdasarkan bentuknya sama seperti genre puisi yang lain. • Menurut H.B. Jassin, "sajak adalah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan”. • Maksudnya, sajak ialah suara hati penyairnya. Sajak lahir daripada jiwa dan perasaan tetapi sajak yang baik bukan mainan kata semata-mata. • Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. • Muhammad Haji Salleh, menyatakan bahawa "sajak adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya". • Ini menjelaskan bahawa bahasa sajak itu indah dan merdu (apabila dideklamasikan).


• Sajak merupakan karangan berbentuk bebas yang tidak terikat dengan kepanjangan suku kata atau rima tertentu • Sajak mementingkan aspek pemilihan kata, kerana bukan sahaja untuk dibaca dan dihayati malah dideklamasikan kepada khalayak • Sajak Melayu moden tidak mengambil kira sebarang struktur formal, terutama yang mematuhi peraturan tatabahasa. • Penyajak mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk menstrukturkan ayat puisi dan memilih kata-kata yang difikirkan paling tepat bagi menyampaikan mesej. • perkara yang menjadi landasan utama ialah ekspresi jiwa melalui penggunaan bahasa dan persajakan yang tunduk kepada cetusan idea pengarang.


• Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), sajak telah muncul pada zaman Angkatan 45. Perasaan ingin bebas dan terlepas daripada segala ikatan kelihatan agak jelas dalam bentuk puisi moden ini. • Sajak mempunyai falsafah yang tersendiri, iaitu tidak terikat kepada peraturan seperti bentuk-bentuk terikat puisi Melayu tradisional. • Sajak merupakan puisi Melayu moden yang terlepas daripada ikatan puisi tradisional. • Sajak dikatakan sebagai puisi baharu kerana memiliki sifat-sifat yang tidak terikat dengan bentuk puisi lama yang dianggap ketat dan mengongkong. • Penyataan fikiran pengkarya dilukiskan secara bebas dan dinamis. • Perasaan dan rasa hati mereka dapat dilahirkan dengan yakin dan puas. Segala yang diucapkan terasa lancar, segar, indah dan bebas. • Pada dasarnya, sajak masih berupa puisi berangkap walaupun cara dan gaya penulisan dan persembahannya baharu.


• Shahnon Ahmad (dalam Prodopo, 1993:6) mengumpulkan definisi puisi yang dikemukakan oleh para penyair romantik Inggeris iaitu: Samuel Taylor Coleridge mengemukakakn puisi adalah kata-kata yang indah dalam susunan terindah. Penyair memilih kata-kata yang setepatnya dan disusun secara sebaikbaiknya, misalnya seimbang, simetris, antara satu unsur dengan unsur lain sangat erat berhubungnya. Serlyle mengatakan bahawa puisi merupakan pemikiran yang bersifat muzikal. Penyair menciptakan puisi itu memikirkan bunyi-bunyi yang merdu seperti muzik dalam puisinya, kata-kata disusun sebegitu rupa sehingga yang menonjol adalah rangkaian bunyinya yang merdu seperti muzik, iaitu dengan menggunakan orkestra bunyi.


LATAR BELAKANG PUISI MODEN • Secara etimologis, kata puisi dalam Bahasa Yunan berasal dari peosis, yang bererti penciptaan. • Dalam Bahasa Inggeris, padanan kata puisi adalah poetry yang erat dengan poet dan poem. • Mengenai kata poet, Coulter (dalam Tarigan, 1986:4) menjelaskan bahawa kata poet berasal dari perkataan Yunani yang bererti membuat atau mencipta. • Dalam Bahasa Yunani sendiri, kata poet bererti orang yang mencipta melalui imaginasinya, orang yang hampir-hampir menyerupai dewa atau yang amat suka kepada dewa-dewa.


Sejarah Kelahiran Sajak • Perkembangan sebelum merdeka bermula dari tahun 1913 hingga tahun 1956. • Omar Mustaffa merupakan penulis puisi Melayu moden pertama dengan puisinya yang bertajuk "Angan-angan dengan Gurindam" yang disiarkan dalam Utusan Melayu pada 18 Januari 1913. • Selepas tersiarnya puisi ini yang membawa bentuk baharu dan moden, penulisan puisi Melayu moden seolah terhenti sehinggalah ia mula berkembang semula pada tahun 1930-an. • Hal ini berdasarkan kemunculan puisi moden tulisan Harun Aminurrasyid yang diterbitkan dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. • Penulisan puisi Melayu moden yang menyimpang dari peraturan puisi Melayu tradisional kemudian dapat dilihat dengan penulisan puisi karya Pungguk yang diterbitkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Pungguk menulis lima buah puisi yang bertajuk "Keluh Kesah", "Selalu Merayu", "Tak Disangka-sangka", "Pujukan hati", dan "Ibuku".


• Pengkaji seperti Abd. Manaf bin Jaafar membawakan teori bahawa tahun 1933 sebagai tahun besar kemungkinan merupakan tahun permulaan puisi Melayu moden. • Pada ketika itu, Pungguk atau nama sebenarnya Muhammad Yassin bin Maamur dianggap sebagai pelopor kepada penulisan puisi Melayu moden. Puisi Pungguk mengungkapkan perasaan, fikiran, sikap, pengalaman serta khayalan beliau, selain itu puisi-puisi beliau turut bertemakan kemanusiaan dan penderitaan bangsa Melayu. • Menurut Usman Awang dan Ismail Ahmad: "Majalah yang mempelopori penyairan sajak Melayu baru ini ialah Majalah Guru dan, penyair yang dianggap mempelopori penulisan puisi moden ini ialah Pungguk. Ia bertindak sebagai penyambung di antara puisi lama dengan puisi baru. Ia tidak menolak bentuk lama. Ia sekadar menggunakan fungsi pembayang sebuah pantun dan dengan demikian Pungguklah yang merentangkan titian penyeberangan penulisan pantun ke tebing penulisan sajak". • Gaya penulisan Pungguk mempunyai kedua-dua pengaruh, tradisional dan moden, hal ini menjadikan beliau sebagai pemisah atau transisi antara karya puisi tradisional dan Melayu moden. • Puisi Pungguk masih memperlihatkan kesan pengaruh tradisional seperti pantun dan syair pada rima dan bentuk bahasanya. • Struktur puisinya dengan rima hujung yang tidak lagi berbentuk pantun dan syair menjadikannya menonjol dengan unsur bebas dan moden.


JenisJenis Sajak i. Sajak Awal Disebut sajak awal kerana terdapat keselarasan bunyi pada awal kata. Contoh: Bukan Ku…. Bukan ketidak percayaanku padamu Tapi ketakutanmu Bukan kematian risaukanku Tapi perpisahan takutkanku Bukan membagi cinta dariku Tapi merenggut cinta dariku.


ii. Sajak Akhir Disebut sajak akhir kerana keselarasan bunyi terletak pada akhir kata. Contoh: Sujud Sejadah melapisi kulitku Dingin tak merasuk dalam tulangku Dalam kerendahanku Memohon kepadaMu Tuhanku Ampunilah segala dosaku


iii. Sajak Penuh atau Sajak Sempurna Sajak jenis ini ditandai dengan kesesuaian bnyi pada suku kata terakhir secara penuh. Contoh: Terancam sudah iman yang goyang Hamba yang tak rajin sembahyang Sungguh malang sungguh sayang Kini umur sudah melayang


iv. Sajak Paruh Sajak paruh atau disebut sajak yang tidak sempurna memiliki bunyi pada suku kata terakhir tetapi tidak penuh atau secara keseluruhan. Contoh: Menuntut ilmu hendaklah semangat Jangan malas haruslah giat Ilmu akan membuat kita selamat Di dunia ataupun akhirat Ilmu buat kita semakin dewasa Ilmu pula yang hilangkan lara Bukankah ilmu factor kita Bahagia Dari muda hingga menua


v. Sajak Aliterasi Kesesuaian bunyi pada sajak aliterasi pada huruf konsonan dalam setiap kata dalam puisi. Kesesuaian bunyi pada sajak ini terletak pada seluruh kata. Contoh: Baik budi ibu bapak-b Nafkah keluarga kena cukup-k Hawa haram mustilah musnah-h Hawa halal mustilah hadir-h Kerja pakai kalimatullah Berkah buat beragam barang-b


vi. Sajak Asonansi Hampir sama dengan sajak aliterasi yang memiliki kesesuaian pada seluruh katanya, kesesuaian bunyi pada sajak asonansi terletak pada huruf vokalnya. Contoh: Kakimu tertatih-tatih-i Mengayuh sepeda terengah engah-e


vii. Sajak Rangkai Kesesuaian bunyi pada sajak rangkai terletak pada huruf vokal, akan tetapi hanya pada beberapa suku kata. Contoh: Kesabaran perlu kesedaran Kerana kesedaran timbul kesabaran Raih kekayaan untuk kejayaan Kerana kejayaan menjaga kekayaan Lihat simpang jalan samping kota


viii. Sajak Rangka Sajak rangka memuat kesesuaian bunyi pada huruf vokal dalam beberapa kata. Contoh: Tindak tanduk ibu tua renta Tak Lelah pontang panting Tak berhenti mundar mandir Gunakan kesempatan sebelum kesempitan


ix. Sajak Rata Sajak rata memiliki kesesuaian bunyi akhir (rima) a-a-a-a-a. Contoh: Malam itu Terdengar lagi tangisan sendu Siapakah beliau Untaian kata memecah kalbu


viii. Sajak Silang Sajak silang memiliki kesesuaian bunyi rima akhir a-b-a-b. Contoh: kenapa engkau datang wahai maut, Belahan jiwaku kau bawa pergi Kenapa dia yang kau renggut Membawa nestapa dalam diri.


ix. Sajak Kembar Sajak kembar atau sajak pasangan memiliki bunyin rima akhir a-a-b-b. Contoh: Marahmu untuk Pendidikan Tegasmu untuk kekuatan pantaskah kami raih syurgawi Bisakah kami tetap berdiri


xiii. Sajak Patah Sajak Patah atau sajak putus adalah sajak yang memiliki kesesuaian bunyi rima kahir a-aa-b, a-b-a-a atau a-a-b-a. Contoh: Tengoklah raga ibumu Kecil tapi penuh kekuatan Lemah tapi penuh keberanian Pantang menyerah untuk masa depan


xiv. Sajak Bebas Sajak bebas merupakan sajak yang tidak mempunyai bentuk ataupun bunyi yang sama. Tidak ada aturan dalam sajak jenis ini.


BENTUK SAJAK a. Sajak Terikat Idea sajak yang dipaparkan dalam bentuk tulisan di kertas disusun mengikut baris dan bait yang difikirkan wajar serta sesuai dengan kehendak dan perasaan penyair. Kepelbagaian bentuk susunan baris dan bait menentukan sama ada sajak berkenaan berbentuk terikat atau bebas. Bentuk secara luaran itu dipengaruhi oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait dan bunyi hujung sesebuah sajak. Jika binaan itu mempunyai keseimbangan ia dikenali sebagai bentuk terikat. Berdasarkan aspek ini, jenis sajak mengikut bentuk boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:


a. Pola 2 baris serangkap (distikhon) b. Pola 3 baris serangkap (terzina) c. Pola 4 baris serangkap (kuatren) d. Pola 5 baris serangkap (quintain) e. Pola 7 baris serangkap (sextet) f. Pola 8 baris serangkap (oktaf)


Bentuk sajak b. Sajak Bebas Sajak bebas merujuk kepada penulisan tidak mengikut pola bentuk tertentu atau bebas dari segi jumlah perkataan sebaris, jumlah rangkap sebait dan skima rima hujungnya. Bentuk ini merupakan lanjutan dan adaptasi bentuk sonata dalam puisi barat dan mula berkembang dalam puisi Melayu moden sekitar tahun 50- an.


PEMIKIRAN Pemikiran dalam sajak adalah gagasan idea utama tentang sesuatu yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Sajak dikenali secara bentuk dalamannya yang mencerminkan isi dan pemikiran penyajak. Contoh pemikiran: Perjuangan Hidup Cintai Alam Semulajadi Ketuhanan Kemanusiaan Kemasyarakatan Pembangunan minda Keagamaan Ketakwaan Kesungguhan


Bagaimana menghuraikan pemikiran?? JAWAPAN ANDA???


Pemikiran dalam sajak Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya oleh Usman Awang


Beringin tua di pinggir jalan raya di sebuah ibu kota yang setengah muda ratusan tahun usianya berdiri menadah matari memayungi bumi burung-burung berterbangan menyanyi di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya anak-anak bermain di keteduhan perdunya. Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang geregasi teknologi menyerangnya dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi sehingga terdengarlah jeritan ngeri suara Beringin rebah ke bumi. Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan: Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan Selamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang Selamat tinggal anak-anak bermain riang. Namaku Beringin pohon tua yang terbuang dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.


Pemikiran dalam sajak ‘Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar Raya ‘ 1. Pemikiran tentang hubungan antara alam, manusia dan makhluk lain yang saling bergantungan sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Sajak ini menzahirkan sumbangan dan jasa pohon Beringin Tua kepada makhluk lain yang bernyawa dan memperlihatkan hubungan antara alam, manusia dan makhluk lain yang saling bergantungan sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Golongan yang rakus mengejar keuntungan demi sebuah pembangunan sewajarnya memiliki nilai kesedaran akan rantaian hubungan alam, manusia dan Pencipta agar tidak memnusnahkan alam sewenangwenangnya. Alam memiliki pelbagai fungsi kepada manusia dan makhluk lain dalam meneruskan kelangsungan hidup. Burung-burung dan kupu-kupu yang sering bermain di pohon Beringin, terkesan kerana kehilangan habitatnya.


• Fungsi pokok-pokok sebagai penyejuk bumi dan mewujudkan keseimbangan ekosistem tidak diberi perhatian oleh mereka yang rakus mengejar pembangunan. • Merka hilang nilai kemanusiaan, sebaliknya bertindak kejam dengan memusnahkan alam. • Pihak Jabatan Alam Sekitar wajar memantau penebangan pokok-pokok yang berfungsi menyejukkan bumi dan memberikan ketenangan kepada mahkluk lain.


2. Pemikiran kedua dalam sajak ini adalah tentang penghargaan terhadap makhluk yang bernyawa. Pokok dan tumbuh-tumbuhan juga makhluk yang bernyawa dan harus dihargai kwujudannya di muka bumi ini. Perasaan mereka harus dititikberatkan dan diambil perhatian dalam pembangunan negara. Kerakusan pihak yang mengejar pembangunan dengan memusnahkan pohon Beringin Tua yang ratusan tahun usianya mengguris perasaan makhluk ini sebagaimana yang disuarakan pengarang dalam rangkap sajak ini Ketika Beringin mengucapkan pesan: Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan Selamat tinggal kupu-kupu sayang Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang Selamat tinggal anak-anak bermain riang. Namaku Beringin pohon tua yang terbuang dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan Rangkap sajak di atas mencerminkan kesedihan dan kepiluan Beringin Tua setelah dimusnahkan oleh pihak berkuasa. Kesedihannya tergambar menerusi ucapan selamat tinggal kepada unsur-unsur alam yang lain akibat dirinya tidak dihargai. Sepatutnya jasa Beringin Tua yang memayungi bumi dan menjadi tempat kanak-kanak bermain, dikekalkan bukan dimusnahkan demi pembangunan.


• Pemikiran ketiga dalam sajak ini ialah pembangunan dalam membuat perancangan bandar. Kewujudan pokok beringin ini di bandar raya tersebut telah membawa satu kehidupan yang cukup bermakna bukan sahaja kepada manusia tetapi juga haiwan dan serangga. Justeru, Langkah memusnahkannya demi perancangan bandar merupakan tindakan yang kurang bijaksana. Pihak perancang bandar harus bijak merancang pembangunan agar tidak memusnahkan alam yang dihuni pokok-pokok, fauna dan flora yang saling bergantungan untuk survival.


• Setiap perancangan bandar harus dilaksanakan dengan sistematik menerusi pelbagai bentuk perancangan strategik, pelan menyeluruh, pelan kejiranan, strategi peraturan dan insentif, atau rancangan pengekalan sejarah. • Perancangan bandar turut merangkumi pembaharuan bandar, dengan menyesuaikan kaedah perancangan bandar pada bandar sedia ada. • Hutan yang berfungsi sebagai pembekal oksigen, kawasan tadahan, menyederhanakan suhu, sumber ekonomi, sumber makanan dan tempat perlindungan habitat flora dan fauna tidak boleh dimusnahkan sewenang-wenanagnya. • Pembangunan bandar hanya melihat hutan dari segi ekonomi untuk tuntutan pembangunan fizikal tanpa memikirkan nilai kemanusiaan.


CARA PERSEMBAHAN • Deklamasi • Lakonan • DEKON • Nyanyian • Pentomin


CARA PERSEMBAHAN: DEKLAMASI • Deklamasi –dengan iringan muzik, muzik latar dan muzik tradisional • Disampaikan dengan intonasi dan suara yang sesuai dengan nada sajak. • Nada dan intonasi serta lengguk suara yang sesuai dengan nada dan situasi dalam yang berlaku dalam sajak. • JELASKAN DALAM SAJAK BTBTDPSJR • RUJUK YOUTUBEhttps://www.youtube.com/watch?v=w m_vKff_5e0


NADA SAJAK NADA PATRIOTIK ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih dan bangganya kepada kemajuan negara. NADA SINIS juga boleh dikenal pasti apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan. NADA PROTES pula dapat dikenal pasti sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak. NADA MELANKOLIK digunakan untuk penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, sajak yang dilahirkan berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kekecewaan dalam percintaan. NADA ROMANTIS merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam kebanyakan sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia.


CARA PERSEMBAHAN: LAKONAN Lakonan • Menjelaskan bahawa lakonan diaksikan oleh watak -watak serta peranan mereka dalam lakonan sajak tersebut • Menjelaskan alur cerita (plot) dalam lakonan sajak • Mencipta dialog yang sesuai dengan sajak untuk dilakonkan oleh watak-watak yang dicipta berdasarkan sajak • Menjelaskan irama muzik yang digunakan dalam lakonan sebagai muzik latar yang sesuai dengan sajak • Menjelaskan ekspresi mimik muka watak-watak dalam lakonan sajak • Mencadangkan gerakan dan aksi yang sesuai dengan sajak ketika lakonan • Menjelaskan ruang yang sesuai untuk lakonan sajak • Mencadangkan setting/latar yang sesuai untuk lakonan sajak


CARA PERSEMBAHAN: DEKON (deklamasi dan lakon)


CARA PERSEMBAHAN :NYANYIAN https://www.youtube.com/ watch?v=O20M4-yl0xU


• CARA PERSEMBAHAN: Pentomin https://www.youtube.com/watc h?v=Cd5iIBKgZu4


Click to View FlipBook Version