The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKSUD KECACATAN DALAM KIMPALAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzanaiffli, 2022-06-09 04:35:31

KECACATAN DALAM KIMPALAN

MAKSUD KECACATAN DALAM KIMPALAN

e-Book

KECACATAN
DALAM

KIMPALAN

ISI KANDUNGAN 1
E-BOOK 2
3
BIODATA 4 - 16
MAKSUD KECACATAN DALAM KIMPALAN 17 - 21
KECACATAN KIMPALAN TERBAHAGI KEPADA DUA 22
KECACATAN LUARAN

KECACATAN DALAMAN
KESIMPULAN

BIODATA

MUHD. I'FFAT BIN JAMAL NASIR

IC : 000110 - 02 - 0783
NDP ID : DK11221026
TEMPAT KELAHIRAN : ALOR SETAR, KEDAH
KHUSUS : KIMPALAN
IKBN JITRA : SKM TAHAP 3
CIAST SHAH ALAM : DIPLOMA TAHAP 4

AIMAN HANIF BIN ZAINAL

IC : 000109 - 02 - 0313
NDP ID : DK11221020
TEMPAT KELAHIRAN : BALING, KEDAH
KHUSUS : KIMPALAN
IKBN JITRA : SKM TAHAP 3
CIAST SHAH ALAM : DIPLOMA TAHAP 4

1

MAKSUD KECACATAN DALAM KIMPALAN

1 Sambungan yang telah di kimpal hendaklah bebas daripada apa-apa kecacatan
2 Terdapat banyak jenis kecacatan yang boleh berlaku pada kumai atau sambungan
3 Mengimpal dengan sempurna dapat memiliki kekuatan yang kuat seperti logam induk dan boleh dihasilkan dengan

menggunakan proses yang betul

4 Terdapat beberapa kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan terdapat jugak kecacatan berada di dalam kumai yang

dapat dikesan dengan proses tertentu.

5 Jika kecacatan itu berlaku di dalam kawasan benda kerja, projek tersebut dianggap gagal. Setiap projek yang telah siap

hendaklah diperiksa mengikut dua cara iaitu Ujian Musnah atau Ujian Tanpa Musnah

2

KECACATAN KIMPALAN

KECACATAN LUARAN KECACATAN DALAMAN

3

MAKSUD KECACATAN LUARAN
Kecacatan yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa perlu memusnahkan logam.

Jenis-jenis kecacatan luaran
1 Hakisan ''UNDERCUT''
2 Keselitan sangga ''SLAG INCLUSIONS''
3 Rupa kimpal buruk ''BAD WELD''
4 Keretakan ''CRACK''
5 Percikan ''SPATTER''
6 Kurang pengisian ''UNDERFILL''

4

KECACATAN
LUARAN

Hakisan "UNDERCUT"

Hakisan "UNDERCUT" merupakan pengurangan pada permukaan benda kerja
yang telah dikimpal dan biasanya berlaku pada kumai kimpal dan ia mudah
berlaku apabila mengimpal sambungan kambi

Gambar rajah 1 ( keratan rentas menunjukkan di mana terjadinya hakisan )
Gambar rajah 2 ( contoh hakisan )

Gambar rajah 3 ( contoh hakisan )

5

BAGAIMANA IA BERLAKU ?
1 Sudut elektrod yang salah
2 Pergerakan mengimpal terlalu laju
3 Menggunakan arus kimpalan yang terlalu tinggi
4 Mengimpal dengan jarak yang terlalu jauh antara benda kerja dan elektrod

CARA UNTUK MENGELAKKAN DARI HAKISAN
1 Gunakan jarak arka yang tepat
2 Patikan sudut elektrod yang betul
3 Laraskan penggunaan arus yang sesuai
4 Pastikan kelajuan mengimpal seragam sepanjang larian ketika mengimpal

6

KECACATAN LUARAN

KESELITAN SANGGA "SLAG INCLUSIONS"

Keselitan sangga "SLAG INCLUSIONS" ialah bendasing yang terperangkap dalam
logam kimpal yang lebur ketika operasi menimbun semasa mengimpal.

Gambar rajah 4 ( menunjukkan contoh-contoh keselitan sangga )

7

SEBAB TERJADI
1 Pergerakan elektrod yang salah
2 Menggunakan arus yang rendah
3 Mengimpal pada logam asas yang kotor
4 Sangga tidak dibersihkan sebelum mengimpal larian yang seterusnya

CARA UNTUK TIDAK TERJADI
1 Laraskan arus yang sesuai
2 Pergerakan menganyam perlu dilakukan ketika mengimpal
3 Bersihkan logam asas dari minyak, kotoran dan sebagainya sebelum mengimpal
4 Sangga perlu dibersihkan sepenuhnya sebelum melakukan larian yang seterusnya

8

KECACATAN
LUARAN

RUPA KIMPAL BURUK "BAD WELD"

Rupa kimpal buruk "BAD WELD" ialah kecacatan yang dapat dilihat dimana
permukaan kumai tidak sama lebar dan tidak sama rata.

Gambar rajah 5 ( menunjukkan contoh-contoh rupa kimpal buruk )

9

PUNCA TERJADI
1 Jarak arka tidak stabil
2 Mengimpal dengan arus yang salah
3 Kelajuan mengimpal tidak sekata
4 Kaedah menganyam tidak sekata
5 Mengimpal dengan elektrod yang lembab

CARA UNTUK MENGELAK DARIPADA TERJADI
1 Kekalkan jarak arka
2 Mengekalkan kelajuan mengimpal
3 Mengimpal dengan arus yang sesuai
4 Gunakan elektrod yang terdapat di dalam oven dan telah dipanaskan

10

KECACATAN LUARAN
KERETAKAN
"CRACKS"

Keretakan "CRACKS" adalah satu kecacatan pada kumai benda kerja yang di panggil
rekahan pada hasil kerja yang terjadi akibat dari tindakan haba yang panas kepada sejuk
secara mengejut. Apabila logam dalam keadaan panas molekul akan mengembang dan
apabila disejukan secara mengejut, molekul akan mengecut secara cepat dan dengan
tidak secara langsung akan terpisah menghasilkan ruangan diantaranya yang dipanggil
retak.

Gambar rajah 6 ( menunjukkan contoh-contoh keretakan )

11

SEBAB TERJADI
1 KAWAH LEBURAN TENGGELAM
2 KADAR PENYEJUKAN TERLALU CEPAT
3 SAMBUNGAN TERLALU KERAS DAN TIDAK MENGEMBANG ATAU MENGECUT, HASIL KIMPALAN DALAM KEADAAN TEGANGAN YANG TINGGI

BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKANYA ?
1 GUNAKAN ELEKTROD SALUTAN HIDROGEN
2 SEJUKKAN LOGAM SECARA PERLAHAN LAHAN
3 LAKUKAN PRA PANAS PADA LOGAM SEHINGGA MELEBIHI 200 CELCIUS SEBELUM MENGIMPAL

12

KECACATAN LUARAN
PERCIKAN LAMPAU "SPATTER"

Percikan lampau "SPATTER" ialah percikan yang banyak terpercik pada permukaan benda kerja semasa atau selepas kerja mengimpal

Gambar rajah 7 ( menunjukkan contoh-contoh percikan lampau )

13

SEBAB TERJADI
1 Logam asas kotor
2 Jarak arka yang tidak selaras
3 Salutan elektrod tidak berkeadaan sempurna
4 Menggunakan arus yang terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan elektrod

CARA UNTUK ELAKKAN
1 Laraskan arus mengikut jenis elektrod
2 Bersihkan logam asas sebelum mengimpal
3 Jarak arka selaras mengikut saiz elektrod yang digunakan
4 Elektrod yang digunakan dalam keadaan sempurna dan kering

14

KECACATAN LUARAN

Gambar rajah 8 KURANG PENGISIAN "UNDERFILL"

Kurang pengisian "UNDERFILL" ialah dimana penembusan yang tidak
mencukupi pada logam asas di bahagian belakang sambungan untuk
sambungan temu

Gambar rajah 8 ( keratan rentas menunjukkan di mana terjadinya kurang pengisian )
Gambar rajah 9 ( contoh gambar kurang pengisian )

Gambar rajah 10 ( menunjukkan kurang pengisian dengan menggunakan x-ray )

15

PUNCA BERLAKUNYA UNDERFILL
1 Pergerakan elektrod terlalu diarahkan ke bahagian tepi lurah kimpal
2 Arus kimpal yang rendah digunakan semasa mengimpal terutama pada logam yang tebal
3 Pergerakan mengimpal terlalu laju ini akan memberikan masa yang kurang pada logam asas untuk lebur
4 Muka punca, jarak punca dan sudut serong pada benda kerja tidak betul menyebabkan penembusan kurang diperolehi

CARA UNTUK MENGATASI UNDERFILL
1 Selaraskan arus mengikut kesesuaian plat yang dikimpal
2 Jika sudut kecil, tambahkan supaya besar sedikit untuk memudahkan mendapat penembusan
3 Buat persediaan plat dengan betul bergantung pada tebal plat yang digunakan
4 Imbangkan pergerakan elektrod terutama ketika menganyam
5 Elektrod perlu diarahkan di tengah sambungan semasa mengimpal

16

MAKSUD KECACATAN DALAMAN

Kecacatan jenis ini dapat dilihat sama ada dengan memusnahkan logam atau menggunakan pancaran dan lain-lain

Jenis-jenis kecacatan dalaman
1 Keliangan "POROSITY"
2 Kurang leburan "LACK OF FUSION"

Keretakan dalam "INTERNAL CRACK"

3
4 Selitan sangga antara kumai "INTERNAL SLAG INCLUSIONS "

17

KECACATAN DALAMAN

GABUNGAN TIDAK SEMPURNA "LACK OF FUSION"

Gabungan tidak sempurna "LACK OF FUSION" ialah bintik-bintik yang tidak
bercantum sepenuhnya. Ianya disebabkan oleh kekurangan gabungan yang
betul antara logam asas dan logam kimpalan.

Gambarajah 11 ( menunjukkan contoh gabungan tidak lengkap ) Gambarajah 12 ( menunjukkan contoh gabungan tidak lengkap menggunakan x-ray )

Gambarajah 13( keratan rentas menunjukkan gabungan tidak sempurna )

18

BAGAIMANA LACK OF FUSION TERJADI ?

1 Sudut terlalu rendah
2 Input yang rendah
3 Logam pengisi tidak dapat kering secukupnya untuk lapisan logam kimpalan yang

sebelumnya

ANTARA CARA UNTUK MENGELAKKANNYA

1 Pengimpal sentiasa perlu membersihkan sangga selepas mengimpal
2 Pastikan bahawa kelajuan perjalanan mengimpal dan sudut mengimpal adalah betul

19

Gambarajah 14 ( menunjukkan contoh-contoh keliangan )

KECACATAN DALAMAN
KELIANGAN "POROSITY"

KELIANGAN "POROSITY" TERJADI AKIBAT GAS
HYDROGEN TERPERANGKAP SEMASA PROSES
KIMPALAN BERLAKU

20

SEBAB BERLAKU
1 ELEKTROD LEMBAP
2 RAWATAN PERMUKAAN
3 PERMUKAAN TERCEMAR
4 FLUKS YANG TIDAK SESUAI
5 DEOKSIDA ELEKTROD YANG TIDAK MENCUKUPI
6 PERISAI GAS YANG TIDAK BAGUS KADAR ALIRAN GAS

CARA-CARA MENGATASI
1 PERIKSA PERALATAN
2 PERMUKAAN BERSIH
3 PERIKSA ALIRAN GAS
4 KEADAAN RUANG KERJA

21

KESIMPULAN
1 Kecacatan kimpalan boleh berlaku disebabkan kelekaan kita
2 Kecacatan yang banyak pada kumai boleh menyebabkan sesuatu projek itu gagal atau tidak kuat
3 Kesemua sambungan kimpalan patut diuji untuk memastikan kekuatan, ketahanan dan kebocoran
4 Kecacatan ini berlaku disebabkan terdapat jurukimpal yang kurang mahir dan kurang pengalaman
5 Kecacatan kimpalan mestilah dielakkan dari berlaku pada projek bagi mendapatkan hasil projek yang sempurna dan tahan lama
6 Sambungan kimpalan yang telah dikimpal pada logam asas sebenarnya mempunyai lebih kekuatan daripada logam asas itu sendiri

22


Click to View FlipBook Version