The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI YUSMA BINTI MOHD YUSOF KPM-Guru, 2024-03-09 21:11:12

2024 Nilam SKSB (1)

2024 Nilam SKSB (1)

NILAM SKSB 2024/2025


APA ITU NILAM? • NILAM ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pelajar di seluruh Malaysia menanam minat membaca. • NILAM ialah kata ringkas untuk Nadi Ilmu Amalan Membaca.


BAHASA BAHAN BACAAN Murid-murid boleh membaca semua bahan bacaan yang menggunakan: • BAHASA MELAYU • BAHASA INGGERIS • LAIN-LAIN BAHASA


JENIS BAHAN BACAAN • BAHAN BERBENTUK BUKU/ E-BOOK • FIKSYEN (CERITA REKAAN contoh: cerita rakyat, novel) • BUKAN FIKSYEN ( BAHAN FAKTA contoh: Biografi, Catatan Sejarah, Catatan Inovasi) • BAHAN BUKAN BUKU • CARTA / POSTER / KOMIK • KATALOG/ MANUAL/ BUKU SKRAP/ BULETIN • RISALAH/ ARTIKEL/ PETA/ VIDEO KLIP BERINFORMASI/ BAHAN BANTU BELAJAR • LAPORAN / MAJALAH • JURNAL


SISTEM MATA GANJARAN NILAM BAHAN BUKAN BUKU MATA GANJARAN CARTA / POSTER / KOMIK 1 KATALOG/ MANUAL/ BUKU SKRAP/ BULETIN 2 RISALAH/ ARTIKEL/ PETA/ VIDEO KLIP BERINFORMASI/ BAHAN BANTU BELAJAR 3 LAPORAN / MAJALAH 4 JURNAL 5 BAHAN BUKU / E-BOOK MATA GANJARAN BIL M/S: 1-40 10 BIL M/S: 41-60 20 BIL M/S:61-80 30 BIL M/S: 81-100 40 BIL M/S: 101 KE ATAS 50 10 MATA GANJARAN = 1 BAHAN BACAAN


CONTOH PENGIRAAN Aina membaca 2 buku fiksyen , iaitu sebuah mempunyai 20 mukasurat dan sebuah lagi mempunyai 85 muka surat. Dia juga membaca 1 majalah, 2 artikel, 4 katalog, dan 2 komik. Berapakah bahan bacaan Aina? • Buku 1: 20 m/s = 10 mata • Buku 2: 85 m/s = 40 mata • 1 majalah = 4 mata • 2 artikel = 3 mata x 2 = 6 mata • 4 katalog = 2 mata x 4 = 8 mata • 2 komik = 1 mata x 2 = 2 mata =10 + 40 + 4 + 6 +8 +2 = 70 mata = 7 bahan bacaan


BORANG RUMUSAN REKOD BACAAN NILAM • Diedarkan kepada murid pada minggu akhir setiap bulan • Ibubapa bantu murid isi boring ini berpandukan buku Rekod Bacaan Nilam murid. • Pada 25haribulan Ketua Nilam kumpul dan serahkan pada guru kelas masing-masing


BORANG RUMUSAN REKOD BACAAN NILAM A. Jumlah semua bahan digital yang dibaca. B. Jumlah BAHAN BUKAN BUKU yang dibaca mengikut jenis dan Bahasa. C. Jumlah semua BUKU FIKSYEN (termasuk e-book) yang dibaca mengikut bilangan muka surat dan Bahasa. D. Jumlah semua BUKU BUKAN FIKSYEN (termasuk e-book) yang dibaca mengikut bilangan muka surat dan Bahasa. E. Jumlah semua bahan bacaan (item B, C dan D) mengikut bahasa


BORANG REKOD BACAAN BULANAN MENGIKUT KELAS Untuk bulan Mac Sahaja, isikan data terkumpul 2024 isikan data bacaan bahan bukan buku, serta buku fiksyen dan bukan fiksyen (termasuk e-book atau berbentuk digital) isikan jumlah bahan digital yang dibaca Isikan jumlah bahan bacaan mengikut bahasa Jumlah mesti sama Jumlah murid dalam kelas Pastikan rekod di borang yang betul (bulan)


NILAM DI SUNGAI BINJAI 1. PROGRAM GILAPAN NILAM 2024 Selepas pelancaran program nilam, murid-murid di bimbing untuk merekod dalam Buku Rekod Nilam. Pembaca terbanyak pada hari itu akan diberikan hadiah penghargaan. 2. PROGRAM PEMBACA (INDIVIDU) TERBANYAK BULANAN Murid-murid akan merekod bacaan mereka setiap kali mereka membaca. Di minggu akhir setiap bulan, ibu bapa akan memainkan peranan membantu anak-anak dalam mengisi Borang Rumusan Rekod Bacaan Murid yang perlu diserahkan kepada guru kelas untuk direkodkan dalam Rekod Bacaan Kelas masing-masing pada setiap 25haribulan.


NILAM DI SUNGAI BINJAI 3. PROGRAM PEMBACA TERBANYAK (KELAS) BULANAN Setelah guru kelas merekod data bacaan murid-murid kelasnya, ajk nilam akan menganalisis data dan memilih kelas yang membaca paling banyak untuk mendapat hadiah penghargaan. 4. PROGRAM BACA DAN TEBUS Murid yang telah berjaya mengumpul 210 mata ganjaran (21 bahan bacaan mengikut sistem mata ganjaran) layak menebus hadiah di Pusat Sumber SK Sungai Binjai dengan membawa Buku Rekod Nilam yang telah disahkan rekod bacaan oleh ibubapa atau guru kelas.


NILAM DI SUNGAI BINJAI 5. PERTANDINGAN SUDUT NILAM Ketua Nilam bersama murid-murid di dalam kelas menghias sudut nilam dengan dibimbing oleh guru kelas. Sudut Nilam akan dinilai setiap 2 bulan dan pemenang akan diberi hadiah penghargaan. 6. RAK BUKU MAYA PUSAT SUMBER DIGITAL SKSB Murid- murid boleh melayari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/psdsksb/home untuk membaca buku-buku berbentuk digital sama ada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.


CARTA ALIR PROGRAM PEMBACA TERBANYAK (INDIVIDU) BULANAN Murid merekod bahan bacaan dalam BUKU REKOD NILAM IBUBAPA membantu murid mengisi BORANG RUMUSAN REKOD NILAM Murid MENGHANTAR BORANG RUMUSAN REKOD NILAM KETUA NILAM membantu guru kelas mengumpulkan BORANG RUMUSAN REKOD NILAM GURU KELAS mengisi rekod bacaan murid kelas masing-masing dalam BORANG REKOD BACAAN KELAS pada pautan googlesheet yang diberi GURU KELAS memberi nama murid yang paling banyak membaca pada AJK NILAM tahun masing-masing.


CARTA ALIR PROGRAM PEMBACA TERBANYAK (KELAS) BULANAN AJK NILAM akan menganalisa data dan memilih kelas yang membaca paling banyak dan memberi maklumat kepada SETIAUSAHA/PENOLONG SETIAUSAHA NILAM GURU KELAS MENGISI DATA BACAAN MURID KELAS MASING-MASING DALAM BORANG REKOD BACAAN KELAS PADA PAUTAN GOOGLESHEET YANG DIBERI


CARTA ALIR PROGRAM BACA DAN TEBUS Murid merekod bahan bacaan dalam BUKU REKOD NILAM IBUBAPA membantu murid mengisi BORANG RUMUSAN REKOD NILAM Jika murid telah berjaya mengumpul 210 mata ganjaran = 21 bahan bacaan, IBUBAPA atau GURU KELAS tandatangan pada helaian rekod terakhir dan minta murid ke Pusat Sumber sekolah untuk tebus ganjaran. GPM/ AJK PSS/ PENGAWAS PSS BERTUGAS menyemak rekod bacaan murid dan memberikan hadiah yang ditebus serta merekodkan tebusan dalam BUKU REKOD TEBUSAN HADIAH


RAK BUKU MAYA, PUSAT SUMBER DIGITAL SKSB Layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/psdsksb/home Scroll ke bawah untuk memilih bahasa bahan bacaan.


Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version