PactIntegrity
PactIntegrity 1
PANDUAN PELAKSANAAN DI KWSP
www.kwsp.gov.my
www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
Diterbitkan oleh
Jabatan Integriti dan Tadbir Urus
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Edisi Pertama Disember 2015
Edisi Kedua Januari 2018
2 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
KANDUNGAN
Latar belakang 5
Tujuan 6
Rasuah itu satu jenayah 7
Pelaksanaan Integrity Pact 8
A. Kod perlakuan bagi aktiviti perolehan 9
B. Surat akuan peringkat ahli jawatankuasa berkaitan perolehan 9
C. Surat akuan peringkat ahli lembaga/jawatankuasa perolehan 9
D. Surat akuan pembida 10
E. Akujanji berkaitan dengan kerahsiaan maklumat dan
pengisytiharan kepentingan 11
Lampiran
Lampiran A
Kod perlakuan bagi aktiviti perolehan 13
Lampiran B
Surat akuan pelantikan ahli jawatankuasa berkaitan perolehan 15
Lampiran C
Surat akuan selesai tugas ahli jawatankuasa berkaitan perolehan 16
Lampiran D
Pengisytiharan kepentingan: akuan pelantikan / akuan selesai
tugas oleh ahli jawatankuasa perolehan pengurusan 17
Lampiran E
Pengisytiharan kepentingan: akuan pelantikan / akuan selesai
tugas oleh ahli lembaga perolehan 19
www.kwsp.gov.my 3
PactIntegrity
Lampiran F
Surat akuan pembida 21
Lampiran G
Surat akuan pembida berjaya 22
Lampiran H
Surat akuan anggota kwsp yang terlibat dalam perolehan 23
Lampiran I
Akujanji berkaitan dengan kerahsiaan maklumat dan pengisytiharan
kepentingan 24
Lampiran J
Klausa pencegahan rasuah dalam dokumen perolehan KWSP 26
4 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
PENDAHULUAN
Buku ini menerangkan pelaksanaan Integrity Pact dalam urusan Perolehan di Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ia menjelaskan peringkat dalam proses Perolehan KWSP di
mana Integrity Pact perlu dilaksanakan.
Tujuan utama pelaksanaan Integrity Pact adalah untuk meningkatkan ketelusan dalam
Perolehan KWSP dan secara tidak langsung akan mengurangkan dan membasmi gejala
rasuah. Ia selaras dengan Prinsip- Prinsip Perolehan KWSP iaitu Akauntabiliti, Diurus Secara
Telus, Nilai Faedah Yang Terbaik, Saingan Terbuka, Adil dan Saksama. Dengan penerbitan
buku Integrity Pact ini, KWSP berharap dapat melaksanakan urusan Perolehan dengan lebih
cekap dan efisien serta berintegriti.
Edisi kedua ini merupakan penambahbaikan kepada edisi terdahulu. Beberapa elemen
tambahan telah dimasukkan ke dalam edisi ini bagi memantapkan lagi perlaksanaan
Integrity Pact ini seperti berikut:-
(i) Surat Akuan Peringkat Ahli Jawatankuasa Berkaitan Perolehan
(ii) Surat Akuan Peringkat Ahli Lembaga/Jawatankuasa Perolehan
www.kwsp.gov.my 5
PactIntegrity
LATAR BELAKANG
Integrity Pact pada asalnya merupakan satu konsep yang diperkenalkan oleh Transparency
International bagi membantu Kerajaan, institusi perniagaan dan masyarakat umum dalam
usaha membanteras rasuah dalam urusan Perolehan.
Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan oleh pembida orang awam atau
mana-mana pihak yang menyertai urusan Perolehan untuk tidak menawar atau memberi
rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak
dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan. Seterusnya, pembida atau orang
awam dan anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menandatangani satu
‘pact’, akujanji atau perjanjian untuk tidak melakukan perbuatan rasuah dalam pelaksanaan
sesuatu kontrak serta menggariskan tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku
pelanggaran ke atas ‘pact’, akujanji atau perjanjian tersebut.
6 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
TUJUAN
Tujuan utama Integrity Pact dilaksanakan dalam Perolehan KWSP adalah seperti berikut:
Mengelak petender atau penyebut harga
1 daripada menawar atau memberikan rasuah;
Menghendaki petender atau penyebut harga
2 melaporkan sebarang kesalahan rasuah
kepada Pihak Berkuasa;
Memastikan KWSP tidak menanggung
3 ‘unnecessary costs’ dalam pelaksanaan urusan
Perolehan;
Menyokong Ikrar Integriti Korporat atau
Corporate Integrity Pledge (CIP) dalam
4 membanteras kesalahan rasuah di KWSP;
Memperkasakan agenda integriti di KWSP.
5
www.kwsp.gov.my 7
PactIntegrity
RASUAH ITU SATU JENAYAH
Pelaksanaan Integrity Pact ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan
kesalahan jenayah rasuah di kalangan anggota KWSP dan pihak yang berurusan dalam
Perolehan KWSP, seterusnya dapat membanteras kesalahan rasuah yang boleh berlaku
dalam urusan Perolehan, seperti berikut:
i. Pemberian dan penerimaan suapan (kickback/bribery/corrupt) antara anggota KWSP
dengan kontraktor dalam pelbagai bentuk seperti wang, hadiah, derma, diskaun,
bonus, pekerjaan dan sebagainya seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694];
ii. Penyalahgunaan kuasa berhubung pemilihan dan/atau pelantikan syarikat bagi
perolehan pembekalan, perkhidmatan atau kerja di mana anggota KWSP mempunyai
kepentingan;
iii. Tuntutan atau perakuan palsu melibatkan syarikat dan/atau anggota KWSP;
iv. Pemalsuan maklumat, dokumen atau rekod untuk mengaburi penilaian Perolehan; dan;
v. Persubahatan antara anggota KWSP dan kontraktor.
8 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
PELAKSANAAN INTEGRITY PACT
A. KOD PERLAKUAN BAGI AKTIVITI PEROLEHAN
PERINGKAT PEMBIDA
1. Semasa pembelian/pengambilan dokumen tender/sebut harga
Kod Perlakuan bagi aktiviti Perolehan disertakan bersama dokumen tender/
sebut harga yang diedarkan kepada pembida seperti contoh di Lampiran A.
2. Semasa penyerahan dokumen tender/sebut harga oleh pembida
Kod Perlakuan bagi aktiviti Perolehan disertakan bersama dokumen tender/
sebut harga semasa penyerahan dokumen tender/sebut harga seperti contoh
di Lampiran A.
B. SURAT AKUAN PERINGKAT AHLI JAWATANKUASA BERKAITAN PEROLEHAN
Jawatankuasa Berkaitan Perolehan adalah seperti berikut:
• Jawatankuasa Pembuka Tender/Sebut Harga
• Jawatankuasa Penilaian – Teknikal dan/atau Kewangan
• Jawatankuasa Rundingan Harga
• Jawatankuasa Perolehan Negeri/ELC
• Jawatankuasa Perolehan Jabatan
• Jawatankuasa Perolehan Pengurusan
• Lembaga Perolehan
• Jawatankuasa lain berkaitan Perolehan
www.kwsp.gov.my 9
PactIntegrity
1. Semasa pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa berkaitan Perolehan
Setiap individu yang dilantik dalam mana-mana Jawatankuasa Berkaitan
Perolehan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pelantikan Ahli
Jawatankuasa Berkaitan Perolehan seperti di Lampiran B.
2. Apabila selesai sesuatu tugas
Setiap Ahli Jawatankuasa Berkaitan Perolehan dikehendaki menandatangani
Surat Akuan Selesai Tugas Jawatankuasa Berkaitan Perolehan setelah
menamatkan tugas seperti di Lampiran C.
C. SURAT AKUAN PERINGKAT JAWATANKUASA PELULUS (LEMBAGA/JAWATANKUASA
PEROLEHAN)
Lembaga/Jawatankuasa Perolehan merujuk kepada:
• Lembaga Perolehan
• Jawatankuasa Perolehan Pengurusan
• Jawatankuasa Perolehan Jabatan/Cawangan
• Jawatankuasa lain seumpamanya
1. Pengisytiharan Kepentingan: Akuan Pelantikan / Akuan Selesai Tugas Oleh Ahli
Jawatankuasa Perolehan Pengurusan.
Setiap individu yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Perolehan (selain daripada
ahli Lembaga Perolehan) hendaklah menandatangani Surat Pengisytiharan
Kepentingan: Akuan Pelantikan / Akuan Selesai Tugas seperti di Lampiran D.
2. Pengisytiharan Kepentingan: Akuan Pelantikan / Akuan Selesai Tugas Oleh Ahli
Lembaga Perolehan
Setiap Ahli Lembaga Perolehan hendaklah menandatangani Surat Pengisytiharan
Kepentingan: Akuan Pelantikan / Akuan Selesai Tugas Oleh Ahli Lembaga Perolehan
seperti di Lampiran E.
10 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
D. SURAT AKUAN PEMBIDA
1. PERINGKAT PEMBIDA
a. Semasa pembelian/pengambilan dokumen tender/sebut harga
Surat Akuan Pembida disertakan bersama dokumen tender/sebut harga yang
diedarkan kepada pembida seperti contoh di Lampiran F.
b. Semasa penyerahan dokumen tender/sebut harga oleh pembida
Apabila menghantar dokumen tender/sebut harga setiap pembida hendaklah
memastikan Surat Akuan Pembida diisi dengan lengkap dan ditandatangani serta
dikepilkan bersama dokumen tender/sebut harga seperti contoh di Lampiran F.
2. PERINGKAT PEMBIDA BERJAYA
a. Semasa pengeluaran Surat Setuju Terima kepada pembida berjaya
Apabila mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada pembida yang berjaya, Surat
Akuan Pembida Berjaya disertakan bersama Surat Setuju Terima seperti contoh di
Lampiran G.
b. Apabila Surat Setuju Terima ditandatangani dan dikembalikan oleh pembida
berjaya
Pembida berjaya hendaklah memastikan Surat Akuan Pembida Berjaya diisi dengan
lengkap dan ditandatangani serta dikepilkan bersama Surat Setuju Terima dan
dikembalikan kepada KWSP seperti contoh di Lampiran G.
c. Klausa mengenai rasuah seperti di Lampiran J dimasukkan dalam dokumen
perjanjian yang berkaitan .
www.kwsp.gov.my 11
PactIntegrity
E. AKUJANJI BERKAITAN DENGAN KERAHSIAAN MAKLUMAT DAN PENGISYTIHARAN
KEPENTINGAN
1. PERINGKAT ANGGOTA YANG TERLIBAT DALAM PEROLEHAN
Setiap anggota yang terlibat secara langsung dalam proses Perolehan hendaklah
menandatangani Surat Akuan Anggota KWSP yang telibat dalam Perolehan seperti contoh
di Lampiran H.
2. PERINGKAT AHLI JAWATANKUASA BERKAITAN PEROLEHAN
Setiap individu yang dilantik kepada mana-mana Jawatankuasa Berkaitan Perolehan
dikehendaki menandatangani Surat Akujanji Berkaitan Dengan Kerahsiaan Maklumat Dan
Pengisytiharan Kepentingan seperti contoh di Lampiran I.
3. PERINGKAT AHLI LEMBAGA/JAWATANKUASA PEROLEHAN
Setiap Ahli Lembaga Perolehan hendaklah menandatangani Surat Pengisytiharan
Kepentingan: Akuan Pelantikan / Akuan Selesai Tugas Oleh Ahli Lembaga Perolehan seperti
di Lampiran E.
12 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
LAMPIRAN
LAMPIRAN A
KOD PERLAKUAN BAGI AKTIVITI PEROLEHAN
Skop Kod Perlakuan:
Kod Perlakuan ini terpakai bagi semua Pembekal/Perunding/Kontraktor yang menawarkan
perkhidmatan dan kerja yang dilantik oleh KWSP bagi Perolehan bekalan, perkhidmatan dan
kerja yang melibatkan syarikat, anak syarikat atau pun subkontraktor yang melaksanakan tugas
tersebut bagi pihak Pembekal/Perunding/Kontraktor yang dilantik oleh KWSP.
Objektif kepada Kod Perlakuan ini adalah:
• Mengamalkan prinsip integriti dalam sebarang proses Perolehan.
• Mewujudkan persekitaran kerja yang telus dan persaingan bidaan yang adil.
• Menangani aktiviti penyelewengan, fraud dan mencegah rasuah.
Kod Perlakuan Pembekal Bagi Perolehan
Pembekal/Perunding/Kontraktor hendaklah mematuhi undang-undang yang berkaitan
termasuk semua peraturan dan prosedur berkaitan Perolehan yang ditetapkan KWSP. Pembekal/
Perunding/Kontraktor ditegah daripada memberikan sogokan dalam apa jua bentuk dan dalam
mana-mana keadaan kepada mana-mana anggota KWSP dan keluarga. Polisi Pemberian dan
Penerimaan Hadiah KWSP perlulah dipatuhi. Sebarang bentuk keraian yang melibatkan hiburan
adalah dilarang.
Bagi mengelakkan sebarang potensi berlakunya percanggahan kepentingan melibatkan
anggota KWSP, Pembekal/Perunding/Kontraktor tidak dibenarkan mempunyai hubungan yang
ketara dengan anggota KWSP yang boleh memberikan gambaran yang tidak selaras dengan
prinsip persaingan yang adil.
Pembekal/Perunding/Kontraktor hendaklah sentiasa menjaga kerahsiaan dan tidak akan
mendedahkan mahupun memberikan apa jua maklumat berhubung dengan KWSP dan
perkhidmatan ini kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran KWSP.
www.kwsp.gov.my 13
PactIntegrity
Pembekal/Perunding/Kontraktor hendaklah pada setiap masa memberikan maklumat yang
tepat, benar dan jujur mengenai latar belakang, pengalaman, keupayaan dan kelayakan
organisasi pembekal serta apa jua maklumat lain.
Pembekal/Perunding/Kontraktor hendaklah bertanggungan sepenuhnya ke atas perkhidmatan
yang dilaksanakan dan hendaklah melaksanakan perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab
mengikut waad, representasi dan obligasi seperti yang dikehendaki KWSP.
Pelaksanaan Kod Perlakuan
1. Pembekal/Perunding/Kontraktor bertanggungjawab dalam memastikan kod perlakuan ini
dipatuhi. Pembekal dikehendaki memberikan perakuan pematuhan ke atas kod etika di
atas serta akuan tidak menawarkan atau memberikan rasuah kepada KWSP bagi semua
Perolehan.
2. Sekiranya KWSP mendapati berlakunya potensi ketidakpatuhan, Pembekal/Perunding/
Kontraktor hendaklah membenarkan KWSP akses kepada fasiliti dan kakitangan serta
semua data Pembekal/Perunding/Kontraktor yang terlibat bagi tujuan siasatan. Sekiranya
terbukti berlakunya ketidakpatuhan, KWSP boleh menarik balik tawaran, menamatkan
tawaran serta mengambil apa-apa tindakan perundangan yang berkaitan.
14 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
LAMPIRAN B
SURAT AKUAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BERKAITAN PEROLEHAN
Saya,..............................................No. Kad Pengenalan ............................................... adalah sesungguhnya
dan sebenarnya mengisytiharkan bahawa:
i. Saya tidak akan melibatkan diri saya dalam mana-mana amalan rasuah dengan mana-
mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam tender/
sebutharga (...tajuk dan no. Rujukan tender / sebut harga...............................);
ii. Saya tidak akan bersubahat dengan mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan
ketelusan dan keadilan semasa proses Perolehan;
iii. Sekiranya ada sebarang percubaan rasuah dari mana-mana pihak, saya akan membuat
aduan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis
berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah satu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694];
iv. Saya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan Perolehan KWSP kepada
mana-mana pihak selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
v. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa tiada mana-mana anggota atau ahli keluarga
terdekat yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana urusan Perolehan
yang dikendalikan oleh saya; dan
vi. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya melanggar mana-mana terma dalam Surat
Akuan ini, saya boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (Kelakuan Tatatertib) 1993.
.....................................................................
Nama :
Jawatan :
Seksyen/Jabatan :
Tarikh :
www.kwsp.gov.my 15
PactIntegrity
LAMPIRAN C
SURAT AKUAN SELESAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA BERKAITAN PEROLEHAN
Saya,..............................................No. Kad Pengenalan ............................................... adalah dengan
sesungguhnya dan sebenarnya mengisytiharkan bahawa:
i. Saya telah melaksanakan tugas sebagai ahli (Nama Jawatankuasa, Tajuk Tender / Sebut
Harga) tanpa mempunyai apa-apa kepentingan peribadi atau kepentingan terletak hak
atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak lain atau terlibat dalam apa-apa amalan rasuah
atau ganjaran seperti ditafsirkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
[Akta 694];
ii. Tiada mana-mana ahli keluarga atau saudara terdekat saya mempunyai apa-apa
kepentingan dalam mana-mana urusan Perolehan yang dikendalikan oleh saya;
iii. Saya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan Perolehan ini kepada
mana-mana pihak selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; dan
iv. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar mana-
mana terma dalam Surat Akuan ini, saya boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kelakuan Tatatertib) 1993.
.....................................................................
Nama :
Jawatan :
Seksyen/Jabatan :
Tarikh :
16 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
LAMPIRAN D
LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
PENGISYTIHARAN KEPENTINGAN: AKUAN PELANTIKAN / AKUAN SELESAI TUGAS OLEH AHLI
JAWATANKUASA PEROLEHAN PENGURUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Pengurusan Bil. ________________
1. Saya, __________________________________ (No. Kakitangan: _________),
bersetuju untuk membuat pengisytiharan kepentingan di dalam keadaan yang berikut:-
(a) Jika saya atau keluarga terdekat saya mempunyai apa-apa kepentingan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat yang mengambil bahagian di
dalam Perolehan bagi mana-mana kertas kerja yang dibentangkan di dalam mesyuarat
ini, maka saya akan mengisytiharkan kepentingan tersebut. Saya juga tidak akan
mengambil bahagian dan juga tidak akan terlibat dalam apa-apa pertimbangtelitian
atau keputusan Jawatankuasa berhubungan dengan perkara tersebut; atau
(b) Jika saya atau keluarga terdekat saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama
ada secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat yang mengambil bahagian
di dalam Perolehan bagi mana-mana kertas kerja yang dibentangkan di dalam
mesyuarat ini, maka saya juga akan mengisytiharkan kepentingan tersebut.
(c) Bagi maksud pengisytiharan ini:-
(i) “keluarga terdekat” hendaklah termasuk suami/isteri, anak (termasuk anak tiri dan
anak angkat), abang, kakak, adik, ibu dan bapa (termasuk ibu dan bapa mertua)
dan suami/isteri kepada anak, abang, kakak dan adik.;
(ii) “pendedahan kepentingan” hendaklah dibuat ke atas kepentingan material yang
bermaksud seperti berikut:-
(i) mempunyai pegangan saham sekurang-kurangnya 5% dalam mana-mana
syarikat yang mengambil bahagian di dalam perolehan ini;
(ii) menjadi ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana syarikat tersebut; atau
(iii) menjadi penasihat/atau terlibat ke atas Pengurusan kepada mana-mana
syarikat tersebut.
www.kwsp.gov.my 17
PactIntegrity
2. Saya dengan ini membuat pengisytiharan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan
Pengurusan Bil. ______ seperti berikut:-
* Sila tandakan (√) pada kotak yang berkenaan;
Perkara
Tiada Ada Jenis
kepentingan* kepentingan* kepentingan **
* Sila tandakan (√) pada kotak yang berkenaan;
** Jika mempunyai kepentingan, sila nyatakan jenis kepentingan sama ada secara terus (Ahli
sendiri mempunyai kepentingan) atau secara tak langsung (keluarga terdekat mempunyai
kepentingan).
3. Saya tidak akan melibatkan diri saya dalam mana-mana amalan rasuah dengan
mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
melaksanakan tanggungjawab saya sebagai ahli Jawatankuasa Perolehan Pengurusan;
4. Saya tidak akan bersubahat atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan
tanggungjawab saya;
5. Sekiranya ada sebarang percubaan rasuah daripada mana-mana pihak, saya akan
membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat
demikian adalah satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
[Akta 694];
18 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
6. Saya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan Perolehan KWSP kepada
mana-mana pihak selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]; dan
7. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya melanggar mana-mana terma dalam Surat
Akuan ini, saya boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah KWSP (Kelakuan &
Tatatertib) 1993.
Tandatangan :
Nama :
No. Kakitangan :
Jawatan :
Tarikh :
www.kwsp.gov.my 19
PactIntegrity
LAMPIRAN E
LEMBAGA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
PENGISYTIHARAN KEPENTINGAN: AKUAN PELANTIKAN / AKUAN SELESAI TUGAS OLEH AHLI
LEMBAGA PEROLEHAN
Mesyuarat Lembaga Perolehan Bil. ________________
1. Saya, __________________________________ (No. Kad Pengenalan:
_________), bersetuju untuk membuat pengisytiharan kepentingan di dalam keadaan
yang berikut:-
(a) Jika saya atau keluarga terdekat saya mempunyai apa-apa kepentingan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat yang mengambil bahagian di
dalam Perolehan bagi mana-mana kertas kerja yang dibentangkan di dalam mesyuarat
ini, maka saya akan mengisytiharkan kepentingan tersebut. Saya juga tidak akan
mengambil bahagian dan juga tidak akan terlibat dalam apa-apa pertimbangtelitian
atau keputusan Lembaga Perolehan berhubungan dengan perkara tersebut; atau
(b) Jika saya atau keluarga terdekat saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama
ada secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat yang mengambil bahagian
di dalam perolehan bagi mana-mana kertas kerja yang dibentangkan di dalam
mesyuarat ini, maka saya juga akan mengisytiharkan kepentingan tersebut.
(c) Bagi maksud pengisytiharan ini:-
(i) “keluarga terdekat” hendaklah termasuk suami/isteri, anak (termasuk anak tiri dan
anak angkat), abang, kakak, adik, ibu dan bapa (termasuk ibu dan bapa mertua)
dan suami/isteri kepada anak, abang, kakak dan adik;
(ii) “pendedahan kepentingan” hendaklah dibuat ke atas kepentingan material yang
bermaksud seperti berikut:-
(i) mempunyai pegangan saham sekurang-kurangnya 5% dalam mana-mana
syarikat yang mengambil bahagian di dalam perolehan ini;
(ii) menjadi ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana syarikat tersebut; atau
(iii) menjadi penasihat/atau terlibat ke atas Pengurusan kepada mana-mana
syarikat tersebut.
20 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
2. Saya dengan ini membuat pengisytiharan di dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan Bil.
______ seperti berikut:-
* Sila tandakan (√) pada kotak yang berkenaan;
Perkara
Tiada Ada Jenis
kepentingan* kepentingan* kepentingan **
* Sila tandakan (√) pada kotak yang berkenaan;
** Jika mempunyai kepentingan, sila nyatakan jenis kepentingan sama ada secara terus (Ahli
sendiri mempunyai kepentingan) atau secara tak langsung (keluarga terdekat mempunyai
kepentingan).
3. Saya tidak akan melibatkan diri saya dalam mana-mana amalan rasuah dengan
mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
melaksanakan tanggungjawab saya sebagai Ahli Lembaga Perolehan;
4. Saya tidak akan bersubahat atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam melaksanakan
tanggungjawab saya;
5. Sekiranya ada sebarang percubaan rasuah daripada mana-mana pihak, saya akan
membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat
demikian adalah satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009
[Akta 694];
6. Saya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan KWSP kepada
mana-mana pihak selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88].
Tandatangan :
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Tarikh :
www.kwsp.gov.my 21
PactIntegrity
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi
(Tajuk dan No. Tender/Sebut harga)
Saya ………….(Nama Wakil Syarikat)………. nombor K.P……...................... yang mewakili ……….
(NamaSyarikat)…….. nombor pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini
mengisytiharkan bahawa:
Saya atau mana-mana wakil syarikat ini tidak akan menawar atau memberikan rasuah kepada
mana-mana individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender seperti di atas. Bersama-sama ini
dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk
membuat pengisytiharan ini.
1. Saya telah membaca, memahami dan mematuhi Kod Perlakuan Perolehan KWSP.
Sekiranya saya berpendapat terdapat potensi berlakunya ketidakpatuhan, saya akan
memaklumkan segera kepada KWSP, ketidakpatuhan tersebut.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
bagi ketidakpatuhan Kod Perlakuan ini dan menawar atau memberikan rasuah kepada
mana-mana individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau mana-mana
individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas,
maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga di atas atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga di atas; dan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai
Polis yang berhampiran.
22 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
Yang benar,
__________________
(Tandatangan)
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Tarikh :
www.kwsp.gov.my 23
PactIntegrity
LAMPIRAN G
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
Bagi
(Tajuk dan No. Tender/Sebut harga)
Saya, (Nama Wakil Syarikat) nombor Kad Pengenalan .................................. yang mewakili ………….
(NamaSyarikat......... nombor Pendaftaran (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana wakil syarikat ini tidak akan menawar atau
memberikan rasuah kepada mana-mana individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebutharga seperti
di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
bagi ketidakpatuhan Kod Perlakuan ini dan menawar atau memberikan rasuah kepada
mana-mana individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau mana-mana individu
lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya
sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:-
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebutharga di atas; dan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-
mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau Balai Polis yang berhampiran.
Yang benar,
(Tandatangan)
Nama :
No Kad Pengenalan :
Cop Syarikat :
Tarikh :
24 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
LAMPIRAN H
SURAT AKUAN ANGGOTA KWSP YANG TERLIBAT DALAM PEROLEHAN
Saya,..............................................No. Kad Pengenalan ............................................... adalah sesungguhnya
dan sebenarnya mengisytiharkan bahawa:
i. Saya tidak akan melibatkan diri saya dalam mana-mana amalan rasuah dengan mana-
mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam tender/
sebutharga (...tajuk dan no. Rujukan tender / sebut harga...............................);
ii. Saya tidak akan bersubahat dengan mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan
ketelusan dan keadilan semasa proses Perolehan;
iii. Sekiranya ada sebarang percubaan rasuah dari mana-mana pihak, saya akan membuat
aduan ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis
berhampiran. Saya sedar bahawa kegagalan saya berbuat demikian adalah satu
kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 [Akta 694];
iv. Saya tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan Perolehan KWSP kepada
mana-mana pihak selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
v. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa tiada mana-mana anggota atau ahli keluarga
terdekat yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana urusan Perolehan
yang dikendalikan oleh saya; dan
vi. Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya melanggar mana-mana terma dalam Surat
Akuan ini, saya boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (Kelakuan Tatatertib) 1993.
..................................................................... .....................................................................
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Seksyen/Jabatan : Seksyen/Jabatan :
Tarikh : Tarikh :
*Disaksikan oleh Ketua Jabatan
www.kwsp.gov.my 25
PactIntegrity
LAMPIRAN I
AKUJANJI BERKAITAN DENGAN KERAHSIAAN MAKLUMAT DAN PENGISYTIHARAN
KEPENTINGAN
(No. Tender/Sebut harga) : (Tajuk Tender/Sebut harga)
Kami dengan ini mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya seperti berikut:-
1.1 (a) tidak akan mendedahkan atau memberikan sebarang laporan, rekod, dokumen atau
apa-apa maklumat secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan Perolehan
ini kepada mana-mana orang atau mana-mana pihak tanpa mengambil kira sama ada
maklumat-maklumat tersebut diperolehi oleh kami dalam menjalankan penilaian atau
hasil daripada perhubungan kami dengan mana-mana pihak berkaitan dengan Perolehan
ini.
(b) pada setiap masa kami akan mematuhi peruntukan undang-undang termasuk arahan
atau peraturan yang berkaitan dengan kerahsiaan.
1.2 (a) kami dan keluarga terdekat kami tidak mempunyai apa-apa kepentingan sama ada
secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat yang mengambil bahagian di dalam
Perolehan ini melainkan seperti di subperenggan (b) di bawah.
(b) Jika anggota dan/atau keluarga terdekat anggota mempunyai kepentingan di dalam
Perolehan ini sila nyatakan kepentingan seperti berikut:-
(i) Bagi anggota yang mempunyai kepentingan :-
Nama anggota :
No. Kakitangan :
No. Kad Pengenalan :
Kepentingan :
26 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
(ii) Bagi keluarga terdekat anggota yang mempunyai kepentingan :-
Nama keluarga terdekat :
No. Kad Pengenalan keluarga terdekat :
Nama Anggota :
Hubungan dengan Anggota:
Kepentingan :
(c) Bagi maksud pengisytiharan ini,
(i) “keluarga terdekat” hendaklah termasuk suami/isteri, anak (termasuk anak tiri dan anak
angkat), abang, kakak, adik, ibu dan bapa (termasuk ibu dan bapa mertua) dan suami/
isteri kepada anak, abang, kakak dan adik.
(ii) “pendedahan kepentingan” hendaklah dibuat ke atas kepentingan material yang
bermaksud seperti berikut:-
i. mempunyai pegangan saham sekurang-kurangnya 5% dalam mana-mana syarikat yang
mengambil bahagian di dalam Perolehan ini; atau
ii. menjadi ahli Lembaga Pengarah dalam mana-mana syarikat tersebut; atau
iii. menjadi penasihat/atau terlibat ke atas Pengurusan kepada mana-mana syarikat
tersebut.
Penyedia Kertas Kerja : Penyemak Kertas Kerja :
XXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXX
Jawatan : Jawatan :
Jabatan/Seksyen : Jabatan/Seksyen :
Tarikh : Tarikh :
www.kwsp.gov.my 27
PactIntegrity
Pengesah Kertas Kerja : Pelulus Kertas Kerja :
XXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXX
Jawatan : Jawatan :
Jabatan/Seksyen : Jabatan/Seksyen :
Tarikh : Tarikh :
28 www.kwsp.gov.my
PactIntegrity
LAMPIRAN J
KLAUSA PENCEGAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KWSP
“Termination on Corruption, Unlawful or Illegal Activities”
(a) Without prejudice to any other rights of the EPF, if the [Company/Firm], its personnel, servants or
employees is convicted by a court of law for corruption or unlawful or illegal activities in relation to
this [Agreement/Contract] or any other agreement that the [Company/Firm] may have with the EPF,
the EPF shall be entitled to terminate this [Agreement/Contract] at any time, by giving immediate
written notice to that effect to the [Company/Firm].
www.kwsp.gov.my 29
PactIntegrity
Diterbitkan oleh
Jabatan Integriti dan Tadbir Urus
Edisi Kedua Januari 2018
30 www.kwsp.gov.my