The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PENULISAN) KARMILA AZWA BINTI AZIZAN X11

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1003-6-karmila, 2022-03-22 11:41:12

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PENULISAN) KARMILA AZWA BINTI AZIZAN X11

PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PENULISAN) KARMILA AZWA BINTI AZIZAN X11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU – PENGHASILAN

PRODUK

Nama : Karmila Azwa binti Azizan

No. K/P : 030523101028

Angka Giliran : 2021242310246

Program : PPISMP

Ambilan : Jun 2021

Unit : X11

Nama Pensyarah : En. Shamsudin bin

Abu Bakar

Tarikh Hantar : 14 Mac 2022

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar: karmilaazwa Tarikh: 14 Mac 2022

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar: karmilaazwa Tarikh: 14 Mac 2022

JKA/Jun2019

Soalan Tugasan

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran
pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin
dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terjasil daripada cetusan gabungan daya rasa,
kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh mesyarakat.

Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.

Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang
merangkumi tajuk-tajuk berikut:

• Takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• Fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan

sosial.
• Manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.

2

JKA/Jun2019

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah
memberikan kesihatan yang baik serta petunjuk untuk menyiapkan tugasan kerja kursus
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ini. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada
pensyarah saya bagi kursus ini, Encik Shamsuddin bin Abu Bakar yang sentiasa memberi
dorongan sewajarnya bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Beliau banyak membantu saya
dan rakan-rakan sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Di kesempatan ini juga
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang tidak henti-henti membantu saya
memperolehi maklumat dalam pelbagai aspek sama ada secara langsung atau tidak langsung
sepanjang merealisasikan tugasan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya
yang sentiasa memberi sokongan, tunjuk ajar serta galakkan sejak bermulanya tugasan diberikan
sehinggalah selesai.

Banyak perkara yang telah saya dan rakan-rakan perolehi serta pelajari sepanjang
beberapa minggu pembelajaran kami di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Saya memohon
sejuta kemaafan sekiranya masih terdapat mana-mana kesalahan atau kekurangan dalam
merealisasikan tugasan BMMB1104 iaitu Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu ini.

Harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat dapat menambahkan lagi
ilmu pengetahuan saya dalam bidang sastera. Di samping itu, saya juga berharap agar saya
menjadi seorang guru yang bakal membentuk modal insan yang berguna dan cemerlang pada
masa akan datang.

3

JKA/Jun2019

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan ........................................................................................................................... 5
2.0 Kesusasteraan Melayu ......................................................................................................... 5

2.1 Takrif..................................................................................................................................... 5
2.2 Jenis dan Bentuk ................................................................................................................... 6
1.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu dalam Aspek Tertentu.......................................................... 7
2.3 Ciri-ciri.................................................................................................................................. 7
3.1 Aspek Hiburan .................................................................................................................... 12
3.2 Aspek Pendidikan................................................................................................................ 13
3.3 Aspek Dakwah .................................................................................................................... 13
3.4 Kritikan Sosial .................................................................................................................... 14
4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional .......................... 15
4.1 Akal Budi dalam Pantun ..................................................................................................... 16
4.2 Akal Budi dalam Syair ........................................................................................................ 16
4.3 Akal Budi dalam Seloka...................................................................................................... 17
4.4 Akal Budi dalam Gurindam ................................................................................................ 18
5.0 Penutup ................................................................................................................................... 19

4

JKA/Jun2019

1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan membawa maksud hasil seni atau karya
tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu
(Baharom 2010). Di samping itu, sesebuah karya sastera yang dihasilkan itu sebenarnya
memuatkan dan menonjolkan nilai seni. Karya sastera ini juga berasaskan bahasa. Hal ini kerana,
sekiranya tiada sastera, bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat, ia hanyalah alat komunikasi
yang digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta tujuan menuntut ilmu. Perkara
ini sebenarnya tidak dinafikan bahawa ia boleh sahaja dilakukan tanpa unsur atau karya sastera.
Namun begitu, bagi keberkesanan mesej kehidupan, karya sastera amatlah penting. Sebuah
karya terhasil adalah daripada cetusan idea-idea pengarang melalui gabungan daya rasa,
kepekaan, pengalaman hidup imaginasi dan keprihatinannya melalui apa yang ditinjau dan dilihat
mengenai masyarakat. Bukan itu sahaja, pengarang juga memerlukan penghayatan yang
mendalam. Hal ini kerana, ia boleh menerbitkan idea dan secara tidak langsung dapat
menhasilkan bahan penulisan. Seorang penulis yang baik akan selalu sentiasa menghayati setiap
perkara yang dilalui dalam kehidupan mereka (Ali, 2011).

2.0 Kesusasteraan Melayu

2.1 Takrif

Kesusasteraan merupakan satu bentuk hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Menurut Ali
Ahmad (1994), sastera ini berasal daripada bahasa Sanskrit, castra atau disebut sebagai syastra
yang membawa makna tersendiri iaitu kitab suci. Selain itu, menurut tokoh bahasa lain iaitu Siti
Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua pula mengaitkan perkataan
sastera ini dengan susastera. Susastera ini merupakan perkataan yang diambil daripada
perkataan Sanskrit dan membawa maksud huruf atau buku indah.
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Sanskrit, sastra.

Sas = mengarahkan/mengajar/memberi petunjuk
Tra = alat

5

JKA/Jun2019

Jadi, sastra ini merupakan alat untuk mengajar. Kemudian ditambah pula dengan imbuhan:
Su- = baik/indah
Ke- dan –an = segala yang tertulis/ bernilai seni/estetika, memberikan panduan dan pengajaran.
(Prof Dr Hashim Awang, Artikel Akademik, hal 2)

Manakala, melalui konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis
dalam bahasa Melayu dan didalamnya adanya unsur-unsur seperti keindahan dan kehalusan
yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Misalnya novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional
atau puisi tradisional yang dapat mengimbangi rohani, emosi, jasmani dan intelek di samping
memaparkan sikap masyarakat dan citra kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, dalam Bahasa
Melayu, kesusasteraan ini membawa maksud yang sama dengan perkataan bahasa Inggeris iaitu
literature. Perkataan ini pada asalnya merupakan literate yang bermaksud huruf atau abjad dan
dikatakan ia digunakan dalam tatabahasa dan puisi.
Jadi jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu ini merupakan karya masyarakat Melayu yang
didalamnya terkandung kata-kata indah, menyampaikan mesej serta menggambarkan sesuatu
perasaan tidak kira soal diri sendir atau kelompok masyarakat.

2.2 Jenis dan Bentuk

Jenis dan bentuk kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai ragam serta mempunyai unsur-
unsur khas yang membentuk pola berbeza dengan tujuan tertentu. Jenis dan bentukmya boleh
dibahagikan kepada:

Prosa Jenis dan Bentuk Prosa
Tradisional Kesusasteraan Moden

Puisi Melayu Puisi Moden
Tradisional

6

JKA/Jun2019

1.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu dalam Aspek Tertentu

2.3 Ciri-ciri

Prosa Tradisional

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tradisional bermaksud sifat atau mengikut tradisi. Tradisi
pula dapat didefinisikan sebagai sesuatu kebiasaan adat, kepercayaan dan lain-lain yang kekal
turun-temurun (Baharom 2010). Manakala menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku
Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, tradisional membawa makna serius dan
abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain. Selain itu juga,
mempunyai gaya yang sederhana serta mempunyai ciri-ciri kebiasaan yang tidak bersifat
dinamik. Prosa Tradisional ini merupakan sebuah bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga
kini dan menjadi alat sumber ilmu pengetahuan, pengajaran, amalan dan tingkah laku sama ada
dalam kalangan masyarakat Melayu atau masyarakat luar. Fungsi prosa tradisional adalah
sebagai alat pengajaran, medium sindiran kritikan, sebagai wadah hiburan serta cerminan corak
hidup masyarakat.
Prosa Tradisional dikategorikan kepada dua bahagian:

Sastera Prosa Tradisional Sastera
Rakyat Istana
(Lisan)
(Tulisan)

Sastera Rakyat (Lisan)

Menurut Hamid, R. A., & Abdullah, N. F. L. (Eds.), sastera rakyat ini dapat ditakrifkan sebagai
sebuah hasil pemikiran sesuatu budaya yang dapat disampaikan dari satu generasi ke generasi
yang lain secara turun temurun. Mengikut konsep sastera rakyat, sastera merupakan hasil-hasil
kreatif yang dalamnya mengandungi imaginasi-imaginasi pengarang. Manakala, masyarakat
pula bermaksud kumoulan manusia yang hidup secara berkelompok. Rakyat.

7

JKA/Jun2019

Sastera lisan menurut Zaidan et al. (2000: 182) dalam buku Pengenalan Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu (Azman bin Rahmat, Nazri bin Zainuddin, Shamsuddin bin Abu Bakar,
Abdul Rani bin Hassan, Hasnah binti Awang 2022 ),membawa maksud ungkapan dari mulut ke
mulut. Erti kata lain, sastera yang diwariskan secara pertuturan. Misalnya, pantun, cerita rakyat,
nyanyian rakyat dan lain-lain lagi.

Disebar dan Bersifat Bersifat
diwariskan anonimi tradisional

secara lisan Ciri-ciri Sastera dan lama
Rakyat

Penulisannya Mempunyai
bersifat sederhana, bentuk berpola

spontan dan dengan plot yang
kadangkala kasar hampir sama

Namun begitu, sastera rakyat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, naratif dan bukan naratif.
Sastera naratif terdiri daripada mitos, lagenda dan cerita rakyat. Manakala bukan naratif pula
ialah terdiri daripada sastera rakyat.

8

JKA/Jun2019

• Mitos
Mitos boleh diertikan sebagai sistem kepercayaan seseorang atau sesebuah budaya itu.
Walaupun begitu, mitos-mitos Melayu sudah semakin tidak lagi dipercayai. Hal ini
mungkin disebabkan pegangan agama yang dianuti.
Mitos dalam sastera Melayu terdiri daripada tiga jenis iaitu:
2. Mitos asal usul
3. Mitos institusi sosial
4. Mitos politilk

• Legenda
Menurut Kamus Dewan, legenda didefinisikan sebagai cerita dongeng yang
bersangkutan dengan cerita-cerita bersejarah. Latar masa dan sejarahnya tidak
semestinya berkaitan dengan masa lampau tetapi masih lagi dikaitkan dengan masa
silam. Terdapat beberapa jenis lagenda dalam masyarakat Melayu, antaranya:
1. Legenda Keagamaan
2. Legenda Alam Ghaib
3. Legenda Perseorangan
4. Legenda Tokoh

• Cerita Rakyat
Cerita yang lebih kepada unsur hiburan, moral, sindiran serta menegakkan kebenaran.
Misalnya:

Cerita Teladan
Cerita yang mempunyai aspek moral dan pendidikan di dalamnya. Ciri bagi cerita ini
kebiasaannya adalah bermula dengan seseorang yang mempunyai kisah hidup yang
sedih serta menanggung penderitaan pada awalnya tetapi merasai kegembiraan pada
akhirnya.

9

JKA/Jun2019

Prosa Moden

Hasil karya yang wujud selepas tahun 2800 dikatakan tergolong dalam sastera moden, Annas
Hj Ahmad (1988:152). Misalnya cerpen. Cerpen merupakan dua gabungan perkataan iaitu
cerita pendek. Melalui cerpen yang dihasilkan, pengarang dapat menggambarkan sikap,
perasaan serta fikiran mereka. bukan itu sahaja, mereka juga dapat memberi pandangan
mengenai sesuatu zaman berkaitan masalah sosial, ekonomi dan politik.
Antara ciri cerpen ialah:

Berkisar mengenai kejadian atau Cerpen membawa satu tema sahaja
peristiwa yang menjadi fokus utama. dan beberapa persoalan

Cerpen memusatkan perkembangan Hanya terdapat satu plot sahaja dan
watak kepada beberapa orang sahaja dikembangkan dengan rapi.

Kemudian, novel yang merupakan sebuah rekaan panjang yang berkaitan dengan kisah
kehidupan masyarakat. Penghasilan sebuah novel merangkumi tiga aspek didalamnya iaitu
pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi pengarang. Ia bukan sahaja berfokus
hanya mengenai kehidupan pengarang malah boleh juga berkisar kehidupan orang di
sekitarnya. Di samping itu, drama juga tergolong dalam prosa moden. Melalui drama, penulis
dapat menyampaikan mesej serta pemikiran mereka. Penghasilan skrip dan penguasaan
pementasan merupakan unsur penting yang perlu dikuasai oleh pengarang. Bagi memantapkan
sebuah pementasan drama, meeka juga perlu mengambil kira aspek cahaya, bunyi, tata rias
dan kostum yang sesuai.

10

JKA/Jun2019

Puisi Tradisional

Puisi merupakan alat sastera yang digunakan lebih awal oleh semua masyarakat dunia. Puisi
tradisional ini termasuklah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan,
teka-teki, peribahasa dan sebagainya.

Pantun
Pantun ini dikatakan sastera tertua yang digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Mereka juga saling berbalas-balas pantun antara satu sama lain. Penghasilan pantun ini
melibatkan rangkap dan boleh membentuk dua hingga dua belas rangkap yang saling
berkaitan. Ia juga mengandungi pembayang maksud dan maksud. Pantun mempunyai pelbagai
jenis antaranya, pantun menghibur, nasihat, agama, menduga akal dan sebagainya.

Gurindam

Bentuk gurindam adalah
terikat iaitu terdiri
dariapda dua baris
serangkap

Ciri-Ciri Gurindam

Bahasanya bernas Sukukata gurindam
serta isinya dalam sebaris ialah
antara 8 hingga 12
mengandungi nasihat,
pengajaran, kebenaran suku kata

dan perasaan cinta

11

JKA/Jun2019

Puisi Moden

Puisi moden ini hanya terdiri daripada genre sajak. Umumnya sajak tidak terikat dengan
peraturan seperti pemilihan kata, pembentukan rangkap, baris, rima akhir dan sebagainya.
Kemudian ciri lain dalam penghasilan sajak ini adalah dengan adanya nama penulis yang
mencipta sesebuah sajak itu. Hal ini berbeza dengan puisi tradisional yang bersifat kolektif.

3.1 Aspek Hiburan

Unsur hiburan dalam sesebuah sastera perlulah diterapkan agar hasil kesusasteraan yang
dihasilkan itu membawa keseronokan bagi orang lain. Hiburan disini bukan hanya berfokus
kepada unsur jenaka yang diterapkan semata-mata malah ia juga merujuk kepada keindahan
pemilihan kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah. Di samping itu juga,
kemampuan pengarang menarik perhatian orang ramai dengan unsur kelucuan dan sebagainya.
Misalnya, kita boleh dapati unsur hiburan yang diselit dalam cerita rakyat iaitu cerita jenaka yang
berjudul Pak Kaduk. Sepertimana yang diketahui, Pak Kaduk merupakan seorang yang gila
berlaga ayam. Pak Kaduk dicabar oleh raja untuk berlaga dengan ayamnya. Namun begitu,
sebelum pertandingan bermula, ayam Pak Kaduk diminta untuk ditukar dengan ayam raja. Tanpa
berfikir panjang, Pak Kaduk pun bersetuju dengan permintaan raja itu. Malangnya, ayam milik
Pak Kaduk yang telah dimiliki raja menang dalam pertandingan tersebut. Pak Kaduk bersorak
kegembiraan kerana ayam yang disangka miliknya memenangi tersebut sehingga bajunya koyak
rabak. Pak Kaduk yang kononnya ingin membuat kelainan pada hari pertandingan tersebut telah
menghasilkan pakaiannya yang diperbuat daripada kertas. Pak Kaduk menahan malu
bertelanjang bulat di situ dan menyesal dengan perbuatannya. Cerita rakyat ini bukan sahaja
mengandungi unsur hiburan semata-mata, malah diselitnya juga mesej dan pengajaran.

12

JKA/Jun2019

3.2 Aspek Pendidikan

Fungsi sastera dalam aspek pendidikan pula ialah melalui pengalaman-pengalamaan para
pengarang. Mereka akan menterjemahkan kisah-kisah yang ditulis mereka itu yang didalamnya
terkandung hal-hal seperti ekonomi, politik, sosiologi dan juga agama. Para pengarang akan
cuba mengaitkan dengan pengalaman yang mereka ada inilah yang dijadikan prosa atau puisi
dan disebati lagi dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan. Jadi, sudah
terang lagi bersuluh bahawa bidang kesuasasteraan ini juga mampu menjadi alat pendidikan
masyarakat. Di samping itu, Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu ini telah diperkenalkan
sejak tahun 1957 lagi yang bertujuan bagi membolehkan pelajar-pelajar di sekolah ini menjiwai
unsur dan nilai murni. Misalnya, dari segi kerohanian, kemasyarakatan, kebudayaan dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, sebenarnya, sastera juga berperanan membentuk “modal insan”
yang bertepatan dengan konteks pemimpin. Jika dilihat, zaman kini ramai pemimpin yang tidak
berhati perut, tidak bermoral dan masalah rasuah. Ia menunjukkan berlakunya keruntuhan
moral sehingga membawa kepada kemusnahan alam serta menyusahkan rakyat. Oleh hal yang
demikian, sasteralah yang berperanan mengembalikan nilai yang bersifat kemanusiaan.

3.3 Aspek Dakwah

Terdapat dua ciri penting yang membentuk pandangan masyarakat terhadap sastera ini iaitu
ijabiyah yang bermaksud positif serta waqi’iyyah yang bererti realistik. Di samping itu juga, ia
menekankan peranan al-tawjih (membimbing) dan al-ta’dib (mendidik). Ismail Hamid pernah telah
memberikan beberapa ciri dalam “Ciri-Ciri Cereka Keislaman” dan beliau mengatakan:
Cerita-cerita yang terkandung di dalam al-Quran dan kisah-kisah yang diubah kembali oleh
pengarang-pengarang Islam dalam bentuk antologi cerita-cerita nabi dapat dijadikan model
dalam menghasilkan cereka berbentuk Islam (1995:218), dalam buku Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (Azman bin Rahmat, Nazri bin Zainuddin, Shamsuddin
bin Abu Bakar, Abdul Rani bin Hassan, Hasnah binti Awang 2022 ). Natijahnya, beliau
menekankan bahawa sastera yang membawa unsur dakwah perlu menekankan kepentingan dan
amanat yang ingin disampaikan. Ia seharusnya mampu membawa amanah keimanan dan
ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Walaupun pengarang mempunyai daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi dalam menghasilkan
sastera berunsurkan dakwah ini, mereka sama sekali tidak boleh sesuka hati menokok tambah
cerita tersebut sehingga bertentangan dengan agama Islam iitu sendiri. Imgainasi pengarang
sastera Islam tidaklah begitu bebas dimana boleh merosakkan prinsip-prinsip sebenar dalam

13

JKA/Jun2019

Islam. Kini, teks-teks sastera Islam tidak lagi hanya tertumpu pada cerita para nabi sahaja. Para
pengarang telah meningkatkan lagi daya kekreatifan mereka ini kepada bentuk syair, puisi,
gurindam, sajak dan sebagainya. Misalnya, Hamzah Fansuri yang menyampaikan mesej agama
Islam ini melalui syair yang diciptanya. Antara karyanya, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair
Burung dan beberapa lagi. Mesej yang ingin disampaikan oleh Hamzah Fansuri ini ialah beliau
menekankan tentang kematian dan seksaan Allah s.w.t. di akhirat kelak. Sama juga seperti sajak
yang dihasilkan oleh Suhaimi Haji Muhammad yang menekankan unsur dakwah dalam bait-bait
sajak yang dihasilkannya. Sebenarnya, karya-karya seperti inilah yang boleh membuatkan
masyarakat merenung akan perbuatan mereka ini berlandaskan ajaran Islam yang sepatutnya.
Ia juga secara tidak langsung mampu mendidik generasi muda kini melalui antologi-antologi
sastera yang diterapkan di sekolah-sekolah.

3.4 Kritikan Sosial

Sastera merupakan sebuah rakaman yang menyelongkar kehidupan manusia dari pelbagai sudut
serta ia menceritkan perkara yang benar-benar terjadi dalam kehidupan manusia. Sepertimana
yang pernah ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad dan Dharmawijaya, sastera ini
merupakan gambaran kehidupan manusia.

Umum mengetahui bahawa karya sastera ini menumpukan kepada aspek masyarakat,
kehidupan dan manusia. Melalui ketiga-tiga aspek tersebut, akan berlakunya susun lapis
masyarakat yang berbeza-beza sehingga mewujudkan jurang antara satu sama lain. Di samping
itu, dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang memainkan peranan tertentu. Namun begitu,
dalam hal-hal yang tidak dapat dielakkan, mereka tidak dapat menjalankan amanah sebaiknya.
Misalnya, boleh dilihat dalam karya novel yang dihasilkan oleh Azizi Abdullah yang berjudul
“Harga Sebuah Maruah” dan juga karya Adhyat Helmy iaitu “Titis Darah Terakhir”. Kedua-dua
buah novel ini menggunakan landasan yang agak sama tetapi berlainan dari segi aspek
perjuangan yang dipaparkan.

14

JKA/Jun2019

Melalui novel “Harga Sebuah Maruah”, penulis membawa konsep perjuangan yang
mementingkan kepada pertimbangan akal seseorang. Hal ini dapat dikeasa melalui penulis yang
ada mengemukakan frasa di dalam novel tersebut, “tetapi jangan sampai membelakangi undang-
undang”. Kemudian, dalam novel “Titisan Darah Terakhir” pula dapat memperlihatkan konsep
perjuangan yang berbeza dengan novel “Harga Sebuah Maruah”. Melalui karya Adhyat Helmy
ini, mempelihatkan perjuangan itu memerlukan pengorbanan dan pertumpahan darah. Perkara
ini dapat dikesan di dalam novel tersebut melalui frasa “biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali”.

4.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional

Profesor Dr. Nor Hashimah mendifiniskan akal budi ini mengenai cara kita menyampaikan
mesej dan mentafsir persekitaran dengan akal fikiran sebagai seorang manusia. Erti kata lain,
ia melibatkan aspek intelektual untuk menyampaikan makna yang ingin disampaikan. Akal ini
mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang. Perbuatan dan pemikiran inilah yang
akan cuba diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan kebiasaannya akan disampaikan dalam
bentuk karya seni. Misalnya, seni sastera. Manakala budi pula mewakili perasaan, kesedaran
dan keyakinan. Ia boleh dilihat dalam pertuturan, perlakuan, kehalusan berbahasa serta gaya
hidup.
Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek iaitu:

Pemikiran Pertuturan

Perlakuan Gaya
Hidup

15

JKA/Jun2019

4.1 Akal Budi dalam Pantun

Pantun merupakan manifestasi dan wadah terbaik seni sastera dalam kalangan masyarakat
Melayu pada suatu ketika dahulu. Pantun digunakan adalah untuk menyampaikan mesej
berkaitan pemikiran serta perasaan mereka, Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Sebelum
masyarakat Melayu tahu kaedah surat menyurat, mereka sudah pandai berpantun dan sering
berbalas-balas antara satu sama lain. Pantun ini terdiri daripada dua, empat, enam, lapan,
sepuluh dan dua belas rangkap pantun sahaja dan saling berkaitan. Ia juga perlu mempunyai
pembayang maksud dan maksudnya, Zahir, A. (2005).
Contohnya:

Bijak Hikayat burung bayan,
Sambil bicara mendendang lagu,
Perpaduan erat teras kejayaan,
Teruskan usaha bersatu padu.

(Pantun Warisan, 2013: 614)

Jika dilihat contoh pantun di atas, adanya pembayang maksud dan maksud tersirat yang ingin
disampaikan. Pantun yang cuba disampaikan oleh penulis adalah bertemakan perpaduan. Hal ini
kerana, perpaduan yang wujud dalam sesebuah negara itu menjadi tonggak utama dalam
mengekalkan keamanan dalam negara tambahan lagi negara yang berbilang kaum. Perpaduan
antara kaum ini berlaku apabila adanya toleransi dan penerimaan adat serta budaya sesebuah
kaum itu. Selain itu, adanya budi bahasa yang tinggi, bersatu padu dan menghormati antara satu
sama lain.

4.2 Akal Budi dalam Syair

Syair merupakan sebuah puisi tradisional yang mendapat pengaruh dari Arab dan juga Parsi.
Walaubagaimana pun, syair masyarakat Melayu mempunyai bentuk yang amat berbeza jika
mahu dibandingkan dengan syair dalam kesusasteraan Arab. Puisi tradisional iaitu syair ini
telah dikembangkan lagi oleh Hamzah Fansuri kira-kira pada abad ke-16 yang didalamnya
berunsurkan agama Islam. Karya popular beliau ialah “Syair Perahu” yang sarat dengan
pemikiran agama tasawuf.

16

JKA/Jun2019

Misalnya:

Wahai muda, kenali dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,
Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.

Contoh di atas merupakan rangkap kedua dalam “Syair Perahu”. Penyair meminta kita mengenali
hakikat diri sendiri. Hal ini kerana apabila seseorang tahu akan hakikat diri, secara langsung kita
dapat mengenali Allah s.w.t yang mencipta manusia. Di samping itu, penyair juga mengibaratkan
kehidupan manusia seperti sebuah perahu dimana kita akan terus melayari kehidupan walaupun
di hadapannya penuh dengan pelbagai ujian yang akan mendatang. Selain itu, penyair juga
memberitahu agar kita sentiasa bersedia dengan ujian dunia yang hanya bersifat sementara ini.
Sekiranya kita mampu menempuhi ujian dan rintangan yang diberikan, kita akan berlabuh di
tempat yang paling indah iaitu di syurga Allah.

4.3 Akal Budi dalam Seloka

Seloka ini merupakan sebuah bentuk puisi tradisional yang berupa karangan berangkap atau
bahasa berirama. Seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpaan yang didalamnya
disebatikan lagi dengan unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Seloka
kebiasaannya ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap. Seterusnya, binaannya
pula hampir serupa dengan bentuk syair atau pantun. Walau bagaimanapun, ada juga terdapat
bentuk seloka yang tidak terikat dan setiap baris mempunyai maksudnya tertentu.

Ciri penting dalam seloka ini ialah adanya maksud menyindir, mengejek, serius, jenaka dan
mengkritiik. Walaupun demikian, ia tetap sarat dengan mesej berguna yang menjadi pengajaran
kepada masyarakat yang mendegar dan membacanya. Salah satu contoh seloka yang terkenal
diambil daripada Cerita Jenaka Rakyat iaitu Pak Pandir, Pak Kadok, Pa’Belalang, Lebai Malang
dan sebagainya.

17

JKA/Jun2019

Jika dilihat dalam cerita Pak Pandir, ia bertujuan untuk berhibur dan diselitkan juga dengan
sindiran. Sifat negatif yang ditonjolkan oleh Pak Pandir ini wajar ditinggalkan kerana akan
merugikan diri sendiri. Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terkandung adalah untuk
menyindir individu yang hanya mengutamakan orang lain. Pak Pandir sepatutnya mengutamakan
keluarganya terlebih dahulu bukannya orang luar yang tidak mempunyai sebarang pertalian
darah sama sekali. Buktinya, dia langsung tidak mempedulikan anaknya manakala memberi
layanan yang begitu baik kepada pihak yang bukan darah dagingnya. Bukan itu sahaja, Pak
Pandir ini langsung tidak bijak dalam menguruskan hartanya. Pengarang juga mengkritik individu
yang terlalu mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Kemudian, individu yang tidak tahu
sikap musuh yang berpura-pura baik di hadapan kita.

4.4 Akal Budi dalam Gurindam

Gurindam juga merupakan sebuah bentuk puisi tradisional yang telah diperkenalkan oleh Raja
Ali Haji dalam “Gurindam Dua Belas” pada tahun 1846. Gurindam ini berbentuk terikat iaitu ia
terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan.
Rima akhirnya pula merupaka ‘a’, ‘a’. Isinya boleh terdiri daripada nasihat, pengajaran,
kebenaran serta perasaan cinta.

Akal budi dalam Gurindam Dua Belas ini dimana pengarang cuba menyampaikan kepada
masyarakat bahawa sekiranya hidup tidak mengenal agama, maka mereka akan lalui
kehidupan yang sia-sia, tidak bertujuan, (Norazimah Zakaria et al., 2017). Hal ini akan
menyebabkan seseorang itu akan hidup dalam kegelisahan. Di samping itu, manusia wajar
menerapkan empat ajaran tasawuf dalam kehidupan iaitu, syari’at, ma’rifat, hakikat dan tarikat.
Ia secara tidak langsung dapat membuatkan kehidupan seseorang itu lebih tenang tanpa
sebarang rasa was-was terhadap agamanya.

18

JKA/Jun2019

Menurut Raja Ali Haji, dalam gurindamnya ‘Gurindam Dua Belas’, beliau ada menyelitkan lima
bidang falsafah iaitu:

Etika Metafizik Sosial

Etika merupakan pemikiran Merupakan pemikiran tentang Bermaksud gambaran tentang
tentang moral, pendidikan dan kewujudan dan keberadaan. kehidupan realiti manusia yang
misalnya alam akhirat, syaitan,
pengajaran kontekstual.
dosa dan sebagainya.

Politik Logik

Merupakan aplikasi dan tujuan Pemikiran yang rasional
dalam sistem pemerintahan berdasarkan taakulan dan
sesebuah negara.
asbab.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, masyarakat Melayu ini mempunyai tarikan dan keunuikannya yang tersendiri.
Lebih-lebih lagi dalam bidang kesusasteraan Melayu. sejak kedatangan Islam, secara tidak
langsung telah meningkatkan lagi tahap perkembangan kesusasteraan ini. Kesusasteraan inilah
yang sebenarnya melambangakan keunggulan serta kemegahan masyarakat Melayu dalam
memanifestasikan kreativiti serta gaya hidup masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.
Justeru itu, masyarakat Melayu ini disarankan agar sentiasa memelihara warisan bidang
kesusasteraan supaya tidak ditelan zaman. Bak kata pepatah Melayu “tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas”.

19

JKA/Jun2019

Rujukan

Ali, A. H. (2011). Konsep Keindahan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional. Jurnal Bahasa
Dan Sastera Melayu Teori, 2, 99–117.

Azman bin Rahmat, Nazri bin Zainuddin, Shamsuddin bin Abu Bakar, Abdul Rani bin Hassan,
Hasnah binti Awang . 2022 . Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu .
Pustaka Al-Ehsan .

Baharom, Noresah. 2010. Kamus Dewan Edisi Keempat . Selangor Darul Ehsan : Dawama
Sdn. Bhd. .

Hamid, R. A., & Abdullah, N. F. L. (Eds.). Akal Budi dalam Sastera Rakyat Naratif dan Bukan
Naratif (Sastera)(Penerbit USM). Penerbit USM.

Iskandar, Teuku. 1984. Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur .

Munirah, Wardah. 2014 . Pengenalan Prosa Tradisional. Januari 14 .
https://www.slideshare.net/WardahMunirah/pengenalan-prosa-tradisional.

Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul Mutalib,
Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman, & Rosmah Derak. (2017). Akal Budi Dan
Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun Akal Budi and Reflection of Malay Identity in
Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Special Issue), 4(May), 89–97.

Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu
dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and
Training (InJET), 1(2), 1-10.

20

JKA/Jun2019

Zahir, A. (2005). Pantun Melayu sebagai manifestasi sosiobudaya dan pensejarahan
Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 16, 241-254.

Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin, S. S., ... &
Derak, R. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun: Akal Budi
and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal
(JSASS), 4(2), 89-97.

21

JKA/Jun2019


Click to View FlipBook Version