11.1.4 diselia dan dibantu oleh Pesuruhjaya Daerah selama tiga bulan; 11.1.5 memahami dan mengamalkan Persetiaan dan Undang-undang PanduPuteri bagi mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kadenya. 11.2 Latihan untuk Pemimpin Pandu Puteri Kadet Latihan boleh diperoleh melalul: 11.2.1 penyertaan dalam Kursus Asas Pemimpin dan Kursus Lanjutan Pemimpin; 11.2 2 pemerhatian dan penglibatan diri sekurang-kurangrya selama tiga bulan dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kadet yang dipimpin ole seorang pemimpin yang berpengalaman dan berwaran; 11.2.3 pengalaman mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Kadetnya di bawah bimbingan Pesuruhjaya Daerah, jurulatih atau perimpin yang berpengalaman dan berwaran selama tiga bulan; 11.24 usaha membaca, melayari laman sesawang dan pengalamannya sendiri di dalam Pasukan Pandu Puteri Kadetnya; dan 11.2.5 penyertaan dalam peibagai acara Pandu Puteri seperti kursus, bengkel,seminar dan lain-lain lagi.
11.3 Tanggungjawab dan Peranan Pemimpin Pandu Puteri Kadet Pemimpin Pandu Puteri Kadet harus: 11.3.1 membantu ahli Pandu Puteri Kadet memupuk persahabatan, mengamalkan Persetiaan, Undang-undang dan Cogan Kata Pandu Puteri; 11.3.2 memahami serta boleh menggunakan dan menjalankan Sistem Berkumpulan, Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet dan kawad istiadat Pandu Puteri dengan betul; 11.3.3 memperkasakan ahli-ahli untuk memimpin dan melaksanakan aktiviti pasukan; 11.3.4 mengetahul cara-cara menjalankan Program Pandu Puteri Kadet mengikut syarat-syaratnya; 11.3.5 membantu Pandu Puteri Kadet untuk memahami dan melaksanakan semua aktiviti Pandu Puteri Kadet; 11.3.6 mengetahul perkembangan Pandu Puteri di Malaysia, negaranegara Rantau Asia Pasifik serta Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS); 1.3.7 memahami kepentingan serta pengurusan perkhemahan pandu puteri dan kegiatan luar sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan program Pandu Puteri Kadet; 11.3.8 menyimpan pelbagai Rekod Pandu Puteri Kadet seperti hal kewangan, kemajuan, aktiviti dan sebagainya; 11.3.9 berkebolehan merancang perjumpaan mingguan yang sesuai dan bertanggungjawab mengendalikan perjumpaan dengan baik
11.3.10 memahami peranan Pasukan Pandu Puteri Kadet dalam daerah / cawangan sendiri dan menyedari kepentingan kerjasama antara pasukannya dengan pasukan pandu puteri lain; 11.3.11 berhubung rapat dan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah/ Ketua Pesuruhjaya Cawangan untuk kepentingan kegiatan Pasukan Pandu Puteri Kadetnya; 11.3.12 meningkatkan ilmu, kerahiran dan pengalaman melalui penyertaan dalam pelbagai acara Pandu Puter, bacaan penerbitan Pandu Puteri yang sesuai, melayari laman sesawang, dan menulis makalah Pandu Puteri untuk disiarkan / terbitkan; 11.3.13 mengurus Pasukan Pandu Puteri Kadet dan latihan ahli-ahlinya berlandaskan Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 11.3.14 boleh menggantung keahlian seseorang Pandu Puteri Kadet yang menunjukkan kelakuan yang tidak memuaskan tetapi tidak boleh melucutkan keahlian seseorang Pandu Puteri Kadet sebelum berunding terlebih dahulu dengan Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan; dan 11.3.15 menguji dan melantik Pandu Puteri Kadetnya sekiranya pemimpin itu berwaran. Panel penguji yang mempunyai kemahiran tertentu juga boleh dilantik untuk menguji ahli-ahli Pandu Puteri Kadet.
PENGURUSAN BADAN BERUNI FORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG
Penyediaan struktur organisasi Wujudkan struktur organisasi yang jelas dengan peranan dan tanggungjawab yang ditetapkan bagi setiap pakar dan ketua badan beruniform. Pastikan ada hierarki yang teratur untuk memudahkan pengurusan. Penyediaan struktur organisasi Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Reka Bentuk Program Tahunan Pemilihan dan Latihan Pemimpin Pengurusan Kewangan Ekonomi Membentukan jawatankuasa pengurusan yang terdiri daripada individu yang berkelayakan. Jawatankuasa ini boleh membantu dalam membuat Keputusan, reka bentuk program dan memantau pelaksanaan aktiviti. Buat rancangan tahunan yang komprehensif termasuk amalan, kem kem dan aktiviti sosial. Pastikan program ini merangkumi semua aspek pembangunan badan yang seragam dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemimpin agensi beruniform memainkan peranan penting dalam membimbing dan melatih pakar Memastikan pemilihan perimpin dilakukan dengan teliti dan mereka mendapat latihan berkala untuk meningkatkan keekapan mereka Tetapkan belanjawan yang berpatutan dan pantau penggunaan kewangan dengan teliti Memastikan pemprosesan dan penyimpanan wang dilakukan secara telus dan beretika
Rekod dan Penilaian Pencapaian Menyimpan rekod pencapaian setiap anggota badan beruniform dan menilai pencapaian mereka secara berkala Ini boleh membantu dalam memberikan pengiktirafan dan mencadangkan penambahbaikan yang diperlukan Penyediaan struktur organisasi Komunikasi Berkesan Pemantauan Kemampuan dan Kemajuan Penglibatan Pihak Berkepentingan Pemantauan Keselamatan dan Kesihatan Memastikan terdapat saluran komunikasi yang terbuka dan berkesan antara pemimpin, pakar dan pihak lain yang berkepentingan. Ini termasuk penggunaan media sosial atau aplikasi khas menyampaikan maklumal dengan cepat. Memantau kemajuan agensi beruniform dan menial keberkesana program secara berkala Mengambil tindakan pembetulan jka perlu dan memastikan kemampanan jangka panjang badan beruniform. Melibatkan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam aktiviti agensi beruniform. Ini dapat menyokong dan meningkatkan pengiktirafan terhadap peranan dan pencapaian anggota badan beruniform. Memastikan keselamatan dan kesihatan pakar badan beruniform diutamakan dalam setiap aktiviti. Menjalankan penilaian risiko dan menyediakan prosedur keselamatan yang jelas.
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
• Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin • Prinsip Asas Pandu Puteri • Persediaan dan Undang-undang Pandu Puteri • Visi dan Misi PPPM • Piagam PPPM • Nilai-nilai Teras Pandu Puteri • Cogan Kata dan Lambang • Isyarat dan Hormat Pandu Puteri • Berjabat Tangan dan Khidmat Pandu Puteri • Lagu Pandu Puteri • Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bender Dunia PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANGUNDANG AM DAN PEMIMPIN
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 1. PEMIMPIN Pemimpin ialah ahli dewasa yang memimpin Pasukan: Pandu Puteri Kelip-kelip Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Remaja Pandu Puteri Renjer Pandu Puteri klover Pandu Puteri Kadet Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 1.1 Pemimpin Muda 1.1.1 Pemimpin muda ialah ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam kalangan wanita muda yang berumur 18 - 30 tahun yang berikut: Pandu Puteri Klover Pandu Puteri Klover merujuk: pelajar wanita di tingkatan enam, politeknik serta institusi pengajian tinggi awamdan swasta yang mengikuti program Pandu Puteri Klover berkredit; dan ahli-ahli Pandu Puteri Raja dan wanita muda dalam komuniti yang mengikuti program Pandu Puteri Klover tanpa kredit.
Pandu Puteri Kadet Pandu Puteri Kadet merujuk siswa guru di institut Pendidikan Guru yang mengikuti program Pandu Puteri Kadet berkredit. 1.1.2 Pemimpin muda perlu dilantik sebagai Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet oleh pemimpin yang berwaran. 1.2 Pemimpin Tidak Berwaran Pemimpin TIDAK Berwaran lalah: 1.2.1 pemimpin baharu yang membantu mengurus dan mengendalikan aktiviti Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet: 1.2.2 ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia; 1.2.3 pemimpin yang periu mengikuti Kursus Asas Pemimpin dan dilantik sebagai pemimpin pandu puteri; 1.2.4 pemimpin yang boleh memakai lencana pelantikan pemimpin setelahdilantik; dan 1.2.5 pemimpin yang telah mengurus pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan disella oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah boleh dilantik sebagai pemimpin berwaran
1.3 Pemimpin Berwaran Pemimpin Berwaran ialah: 1.3. 1 ahli berdaftar Persatuan Pandu Puteri Malaysia: 1.3.2 pemimpin yang telah mengikuti Kursus Asas Perimpin boleh menguji ahli Pandu Puteri Tunas sehingga Topaz I dan menguji ahli Pandu Puteri Remaja sehingga Anugerah Jed untuk ahli pasukan lain; 1.3.3 pemimpin digalakkan mengikuti Kursus Lanjutan Pemimpin supaya boleh menguji ahli Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya / Anugerah Pandu Puteri Remaja / Anugerah Delima Pandu Puteri Renjer sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja untuk ahli pasukan lain; 1.3.4 pemimpin boleh meningkatkan kompetensi dan memperoieh Mutiara I, Mutiara 11, Mutiara III dan Mutiara IV. 1.4 Jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan pemimpin yang berpengalaman dan telah melalui beberapa peringkat ujian bagi melayakkannya memperoleh pengiktirafan tertentu. Tugas jurulatih tersebut adalah untuk melatih, membimbing dan menguji ahli-ahll Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Barisan jurulatin dikategorikan mengikut peningkatan kompetensi pentauliahan seperti yang berikut: 1.4.1 Jurulatih Bertauliah Pemimpin yang mempunyai sijil jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 1.4.2 Bakal Jurulatih Pemimpin yang telah lulus ujian Lesen Perkhemahan / Pengurusan Acara Pandu Puterl. 1.4.3 Penolong Jurulatih Penolong Jurulatih ialah pemimpin pandu puteri yang aktif serta mempunyai pengalaman mengendalikan kursus-kursus atau/dan pengujian ahli-ahli muda
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 2. KURSUS ASAS PEMIMPIN Kursus Asas Pemimpin membolehkan pemimpin baharu dilantik sebagai pemimpin dan mengurus serta mengendalikan perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja /Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet melalui program yang berikut: Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 2.1 Prinsip Asas Pandu Puteri Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah: 2.1.1 mengetahul, menghayati dan mengamaikan: Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puter: cogan kata, isyarat dan hormat, beriabat tangan serta khidmat Panda Puteri: Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin 2.1.2 Mengenal dan memahami maksud lambang dan warna pada: logo, Lencana serta Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia: logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Lencana Dunia dan Bendera Dunia; dan bendera Malaysia dan bendera semua negeri di Malaysia. 2.1.3 Mengetahul cara pemakaian pakalan seragam dan aksesori pemimpin Pandu Puteri serta ahli Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjor / Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Klover:
2.1.4 Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan, kebangsaan, dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS): 2.1.5 Mengetahui: pelbagal cara menghormati bendera; icara menaikan dan menurunkan bendera: dan cara menggunakan isyarat wisel dan isyarat tangan 2.1.6 Mengetahul dan menyanyikan Lagu Dunia dan Taps (siang dan malam) versi bahasa Melayu dan bahasa inggeris 2.1.7 Mengendalikan kawad dan istiadat Pandu Puteri untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Renior 2.2 Perancangan Program Seorang Pemimpin Pandu Puteri hendaklah merancang program tahunan, dan merancang satu perjumpsan Pasukan Pandu Puteri Kelipkelip / Pandu Puter Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renier / Pandu Pulari Klover / Pandu Puteri Kadet 2.3 Pelantikan Pemimpin Pada akhir Kursus Asas Pemimpin, pemimoin baharu dilantik dalam satu istiadat pelantikan oleh pemimpin berwaran, Pemimpin baharu perlu memakai pakaian seragam Pemimpin Pandu Puteri yang rasmi. Pemimpin yang telah dilantik hendaklah memohon Waran Pemimpin daripada ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaya melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesururyays Cewangan setelah menyempurnakan pengendalian pasukan selama tiga bulan
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 3. KURSUS LANJUTAN PEMIMPIN Kursus Lanjutan Pemimpin membolehkan pemimpin berwaran: Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 3.1 mengenal dan mengaplikasikan kemahiran asas perkhemahan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pekhemah; 3.2 mengenal dan membuat ikatan serta simpulan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 3.3 mengenal dan melaksanakan sekurang-kurangnya satu lencana daripada setiap kategori yang berikut: Sustainable Development Goais (SDGa): YUNGA WAGGGS; dan GEAR UP 3.4 melengkapkan buku / fail log peribadi dan Jurnal Progresif Pemimpin; 3.5 merancang dan melaksanakan pengembaraan mengikut syarat-syarat Lencana Kecekapan Pengembers Berjalan Kaki (Hiker)
3.6 mengenal serta menyanyikan pelbagai lagu Pandu Puteri seperti lagu Rantau Asia Pasifik (versi bahasa Melayu dan bahasa inggeris), lagu-lagu pusingan (round songs), lagu-lagu aksi (action songs) dan lagu-lagu lain yang berkaitan. Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin (DPU) 4. SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN WARAN PEMIMPIN Waran pemimpin diberikan kepada pemimpin yang telah: 4.1 berdaftar dan telah dilantik sebagal pemimpin bagi satu Pasukan Pandu Puteri Kelip-kelip / Pandu Puteri Tunas / Pandu Puteri Remaja / Pandu Puteri Renjer / Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet; 4.2 menghadiri Kursus Asas Pemimpin / telah menyempurnakan program Pandu Puteri Klover / Pandu Puteri Kadet berkredit di institusi pengajian; atau terlibat secara aktif dalam perjumpaan Pasukan Pandu Puteri yang dipimpin oleh seorang pemimpin berwaran dan berpengalaman sekurangkurangnya selama tiga bulan. Pemimpin baharu hendakiah mempamerkan pemahaman dan penguasaan pengetahuan sorta komahiran-kemahiran yang terkandung dalam Kursus Asas Pemimpin;
PERSETIAAN PANDU PUTERI
PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, menunaikan kewajipan saya, kepada Tuhan, Raja dan negara saya, Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 2. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 5. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan sema orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. 6. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga bendabenda yang hidup. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran. perkataan dan perbuatan.
COGAN KATA DAN LAMBANG
VISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk wanit remaja, dan dewasa. MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA SENTIASA: Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai- nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menampilkan ahli sebagal warga negara yang sihat- Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tapa apa-apa ganjaran dan berguna COGAN KATA PANDU PUTERI Pandu Puteri Tunas= Tolong Orang Selalu Pandu Puteri Remaja= Selalu Sedia LAMBANG
LOGO DAN LENCANA
ISYARAT TANGAN & ISYARAT WISEL
ISYARAT TANGAN DAN WISEL
LOGO DAN LENCANA
ISYARAT WISEL
ISYARAT TANGAN
ISYARAT TANGAN
ISYARAT TANGAN
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI
BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI
BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI
KHIDMAT PANDU PUTERI
LAGU PANDU PUTERI
LAGU PANDU PUTERI
BENDERA MALAYSIA, BENDERA PPPM DAN BENDERA DUNIA
BENDERA MALAYSIA BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM)
BENDERA DUNIA
Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi
SEJARAH PERKEMBANGAN
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DUNIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI
LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN 2022