The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Imtiaz Esa, 2024-03-04 09:39:42

Perlembagaan KEBIRUS 2024/2025

PERLEMBAGAAN KEBIRUS 2024 2025

KEBIRUS PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN KELAB BILIK GURU DAN STAF (KEBIRUS) SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MA`AMOR (2023-2025)


KEBIRUS PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN KELAB BILIK GURU DAN STAF (KEBIRUS) SK SERI MA`AMOR 84900 TANGKAK JOHOR KANDUNGAN PERKARA 1 : NAMA PERKARA 2 : ALAMAT PERKARA 3: RASIONAL PERKARA 4 : OBJEKTIF PERKARA 5 : SASARAN PERKARA 6 : VISI PERKARA 7 : MISI PERKARA 8 : KEWANGAN /YURAN BULANAN PERKARA 9 : PENGUNDIAN / TEMPOH JAWATAN / PEMBUBARAN PERKARA 10: MESYUARAT / TAKLIMAT PERKARA 11: PENAUNG /PENASIHAT PERKARA 12 : AHLI JAWATAN KUASA TERTINGGI PERKARA 13 : SENARAI TUGAS PENAUNG/ PENASIHAT DAN AHLIJAWATANKUASA TINGGI DAN BIRO KHAS PERKARA 14 : PEMBUBARAN


KEBIRUS Perkara 1- NAMA 1.1 Kelab ini dinamakan Kelab Bilik Guru dan Kakitangan SK Seri Ma'amor (KEBIRUS) Perkara 2 - ALAMAT 2.1 Kelab ini ditubuhkan beralamat di Sekolah Kebangsaan Seri Ma'amor, 84900 Tangkak Johor. Perkara 3 - RASIONAL 3.1 KEBIRUS ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan ahlinya melalui Pelbagai kegiatan dan sumbangan yang bermanfaat untuk ahlinya. Perkara 4 - OBJEKTIF 4.1 Membantu dan menjaga kebajikan setiap ahli. 4.2 Memberi peluang kepada setiap ahli mengambil bahagian dalam aktiviti komuniti. 4.3 Memberikan sumbangan kepada ahli, sekolah dan masyarakat. 4.4 Mengeratkan hubungan silaturahim antara setiap ahli melalui aktiviti-aktiviti yang Dilaksanakan. Perkara 5 - SASARAN 5.1 Semua guru dan kakitangan SK Seri Ma'amor Perkara 6 - VISI 6.1 Memperkasakan KEBIRUS menjelang 2025. Perkara 7 - MISI 7.1 Merealisaikan KEBIRUS yang sentiasa bersatu dengan membantu antara satu Sama lain.


KEBIRUS Perkara 8 - KEWANGAN/ YURAN BULANAN 8.1 Semua ahli diwajibkan membayar yuran sebanyak RM10 sebulan ( sehingga Disember). Ini menjadikan jumlah keseluruhan bayaran yuran adalah RM120 setahun. Manakala Bagi Yuran Staf adalah RM 5 untuk sebulan (sehingga Disember) adalah RM 60 setahun. 8.2 Pengeluaran wang hanya boleh diluluskan oleh Pengerusi untuk kegunaan dan Kepentingan KEBIRUS. 8.3 Naib pengerusi hanya boleh meluluskan pengeluaran wang di atas kebenaran Pengerusi. 8.4 Pengeluaran wang dari bank melalui cek hanya boleh dilakukan dengan Tandatangan dua daripada tiga penama iaitu Pengerusi, Naib Pengerusi atau Bendahari. 8.5 Urusan kewangan akan diaudit oleh juruaudit dan diuruskan oleh bendahari. 8.6 Pembentangan laporan wang masuk, wang keluar, baki dan lain-lain akan dibuat Setahun sekali semasa mesyuarat Agung atau permintaan oleh 2/3 ahli KEBIRUS . Perkara 9 - PENGUNDIAN TEMPOH JAWATAN/ PEMBUBARAN 9.1 Semua ahli berhak mengundi dan diundi. 9.2 Tempoh 2 tahun adahlah diberikan kepada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan barisan Biro untuk Menerajui KEBIRUS sebelum pembubaran dan lantikan baru dibuat melalui proses Pengundian. 9.3 Sebelum pembubaran segala hutang perlu dijelaskan oleh ahli semasa. Perkara 10 - MESYUARAT/TAKLIMAT 10.1 Mesyuarat Agung tahunan akan diadakan setahun sekali. 10.2 Mesyuarat Am boleh diadakan pada bila-bila masa yang perlu mengikut penasihat atau pengerusi.


KEBIRUS 10.3 Mesyuarat tergempar boleh diadakan sekiranya diminta oleh 2/3 ahli. 10.4 Notis atau surat akan dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat diadakan. 10.5 Mesyuarat dan taklimat yang diadakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan Perlu mendapat kebenaran dari pihak pentadbir sekolah. Perkara 11 - PENAUNG PENASIHAT/ PENAUNG 11.1 Penasihat kelab ini adalah Guru Besar SK Seri Ma'amor. 11.2 Penasihat lain kelab ini adalah Penolong Kanan Satu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. Perkara 12- AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI 12.1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi KEBIRUS terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Barisan Biro. 12.2 Semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi baru akan dipilih dalam mesyuarat agung Tidak melebihi tempoh dua tahun semasa lantikan melalui pencalonan dan undian. 12.3 Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa sebelum tempoh duatahun, Pengerusi berhak memilih calon pengganti yang difikirkan bersesuaian. 12.4 Naib pengerusi secara automatik akan menggantikan tempat Pengerusi sekiranya Berlaku kematian, berpindah sekolah lain, melepaskan jawatan atau atas sebab- Sebab lain yang munasabah. 12.5 Pengerusi mesti memaklumkan kepada penaung atau penasihat atau pihak Sekolah sebelum menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan luar.


KEBIRUS Perkara 13 - SENARAI TUGAS PENAUNG/ PENASIHAT DAN AHLIJAWATANKUASA TINGGI DAN BIRO KHAS 13.1 Penaung/ Penasihat Berhak memberi nasihat, teguran dan pemantauan. Berhak memberikan pendapat dan keputusan akhir untuk KEBIRUS. 13.2 Pengerusi Berhak memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat Am, Mesyuarat Tergempar dan Taklimat. Menandatangani minit-minit mesyuarat setelah mendapatinya tepat untuk disahkan. Mengawasi semua ahli KEBIRUS menjalankan tugasan mereka dengan betul dan bertanggungjawab. Bertindak sebagai jurucakap KEBIRUS. Menjadi penyelaras dan penasihat ke atas semua aktiviti KEBIRUS. Membuat keputusan secara kolektif untuk KEBIRUS setelah dibincangkan Bersama. 13.3 Naib Pengerusi Membantu semua tugasan Pengerusi KEBIRUS. Menjalankan dan mewakili Pengerusi KEBIRUS semasa ketiadaannya. 13.4 Setiausaha Mencatat minit mesyuarat dan aktiviti KEBIRUS. Menyampaikan miniti-minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan. Menyediakan agenda mesyuarat dan laporan tahunan KEBIRUS. Menjalankan kerja surat-menyurat.


KEBIRUS 13.5 Bendahari Menyediakan dan menyampaikan laporan kewangan sewaktu mesyuarat agung Dan mensyuarat lain yang diperlukan. Mengutip yuran daripada ahli KEBIRUS dan menyediakan resit yang dicop. Menyediakan akaun, membuat simpanan di bank, pengeluaran dan pembayaran Mengikut nasihat Pengerusi setelah diaudit. Berhak menyimpan wang tunai kelab tidak melebihi RM200.00. Menyimpan semua kutipan wang ke dalam bank setelah dimaklumkan kepada Juruaudit dan laporan kepada Pengerusi tidak lewat daripada tiga hari. 13.6 Tugas-tugas Khas Membantu Pengerusi dan ahli jawatankuasa tertinggi mencari bantuan/penaja Untuk kegiatan luar KEBIRUS. Membantu merancang pendapatan kewangan KEBIRUS selain yuran. Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan KEBIRUS di atas nasihat Pengerusi demi Kepentingan KEBIRUS. 3.7 Biro Kebajikan Menyelaras dan memastikan kebajikan ahli dengan memberi sumbangan atau Menyelaras hadiah, cenderamata atau sebarang aktiviti KEBIRUS. Hadiah atau keraian dan mengadakan lawatan atau ziarah dengan pembahagian Bantuan seperti berikut :


KEBIRUS 13.8 Biro Lawatan & Penanda Aras Menyelaras dan mengurus Lawatan rasmi dan tidak rasmi dan pelbagai aktiviti KEBIRUS Seperti Jamuan Akhir Tahun, Majlis Sepetang atau Hari keluarga. 13.9 Biro Makanan Menyelaras makan dan minum sesuatu jamuan, aktiviti atau keraian berkaitan kegiatan KEBIRUS. 13.10 Biro Keceriaan / Kebersihan Sentiasa memastikan kebersihan, kekemasan, keceriaan dan keselesaan bilik guru dan pejabat dari masa ke semasa. Memaparkan maklumat terkini serta sudut informasi. 13. 11 Biro Peralatan & kelengkapan Sentiasa memastikan kelengkapan dan alatan spt komputer/ mesin cetak / dakwat mesin cetak dan kertas A4 serta peralatan yang berkaitan lengkap dan sentiasa terjaga dengan baik.


KEBIRUS Perkara 14 - PEMBUBARAN 14.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir semasa. 14.2 Guru Besar diberi kuasa membubarkan KEBIRUS jika didapati melanggar Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Disahkan oleh, (PN HJH ROSIE RAFIDAH BINTI RAHMAT) PENASIHAT/PENAUNG KELAB BILIK GURU DAN KAKITANGAN SK SERI MA'AMOR


Click to View FlipBook Version