The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pengenalan & sejarah bola baling

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-09-25 11:06:48

tugasan bola baling

pengenalan & sejarah bola baling

PENGENALAN&

SEJARAH BOLA

BALING

NAMA:NUR HAZNIENA AMIRAH BINTI HASLIN
KELAS:6UKMB

PENGENALAN BOLA BALING

PENGENALAN

• Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan
adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka),
sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan
untuk mengawal permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG
(KAWASAN PERMAINAN)

• Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan
gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam
dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di
garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua
bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu
garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma
adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah
1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15
cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan
pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter.
Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

BOLA

• Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu
keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :1. Lelaki dan
remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58
cm hingga 60 cm.2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12
tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm
hingga 56 cm3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga
12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52
cm.Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan
bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar
ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang
ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu
pertandingan.

TIANG GOL

• Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang
tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan
oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada
kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28
cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN

• Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau
panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang
hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna
pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.
Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak
dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi
bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja
manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

• 1. Berlari
• 2. Melompat
• 3. Hantaran bola
• 4. Menyambut bola
• 5. Mengelecek bola dengan tangan
• 6. Mengadang
• 7. Menjaring
• 8. Menjaga gol

3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan
dengan kemahiran tersebut.
3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

• Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan
cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran
yang biasa digunakan adalah seperti berikut :

• a) Hantaran bahu
• b) Hantaran lantun
• c) Hantaran aras dada
• d) Hantaran lompat
• e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU

• Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.
Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah
persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh
terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

HANTARAN LANTUN

• Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan.

HANTARAN ARAS DADA

• Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk
hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan.
Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT

• Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila
seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan
membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI

• Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak
perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila
hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan
dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

SEJARAH BOLA BALING

• Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada
permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di
Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah
pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh
orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan
dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak.
Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball.
Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward
Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

• Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976
kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas
sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti
Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai
Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun
1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan
kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan
pelajar sekolah.Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan
menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan
sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di
peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun
1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat
kebangsaan.Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan
Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri
daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu,
Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk
mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.

PERINGKAT SEKOLAH DAN MAKTAB

• Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-
guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama
telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada tahun 1985 bagi melatih guru-guru
yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus
untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah
Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur. Di peringkat maktab perguruan pula, permainan
bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985.
Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus
pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di
kalangan penuntut maktab.

TAMAT


Click to View FlipBook Version