The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-10-26 11:19:39

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN:NUR HAZNIENA AMIRAH BINTI HASLIN

PENGENALAN

1. Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa
Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah
melakukan penyelidikan secara kasar tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.

2. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan
di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
3. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
4. Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah
yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang
Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan dan pedalaman. Golongan Melayu-
Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

5. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris.
Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

6. Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik dan
c. Bahasa Melayu Moden.

BAhAsA MELAyu KuNo

• 1. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah 4. Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut
golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7 dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang
hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. pada waktu itu, BM kuno mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung
telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini
Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya,
mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah
jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu
• 2. Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat
bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya.
menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan
(kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa 5. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina
sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu juga mudah dilentur pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut
mengikut keadaan dan keperluan. mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke
Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada
• 3. Bukti penggunaan Bahasa Melayu kuno boleh dilihat pada batu-batu Raja China. Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat
bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa iaitu: dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah
Melayu dan di Jambi, Sumatera.
• a. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
6. Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu
• b. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam
huruf Nagiri.
• c. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)

• d. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

PErALihAN BAhAsA MELAyu KuNo KE BAhAsA MELAyu KLAsiK

1 . P e n g a r u h a g a m a I s l a m y a n g s e m a k i n m a n t a p d i A s i a Te n g g a r a p a d a a b a d k e - 1 3 t u r u t m e m b e r i k e s a n
k e p a d a p e r k e m b a n g a n b a h a s a M e l a y u . K e d a t a n g a n I s l a m k e Ta n a h M e l a y u t e l a h b a n y a k m e n g u b a h
sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
2 . Te r d a p a t t i g a b a t u b e r s u r a t y a n g p e n t i n g :
a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan
mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada
bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya
terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c . b a t u b e r s u r a t d i K u a l a B e r a n g , Te r e n g g a n u ( 1 3 0 3 - 1 3 8 7 ) - d i t u l i s d a l a m t u l i s a n J a w i d a n m e m b u k t i k a n
tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kuno
kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

BAhAsA MELAyu KLAsiK

1. Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini,
terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada
tiga zaman penting iaitu zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau

2. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat
meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang.
Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah
bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri
Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.

3. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang
menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :

a. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan
daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore
yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar.
b. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada
mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Ciri Ciri BAhAsA MELAyu KLAsiK

• 1. Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif.
• 2. Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.

• 3. Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sa1 haya, masyghul (bersedih)

• 4. Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta,
adapun.

• 5. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat
• 6. Banyak menggunakan partikel “pun’ dan `lah’

2 Click here to add to the title

PErKEMBANGAN BAhAsA MELAyu ModEN

1. Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang
dikatakan agak menyimpang denga1n bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan
British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

2. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris

sebagai bahasa pengantar dalam sistem peCndliicdkikhaenr. e to add to the
title

3. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan

4hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.

4. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun).
5. Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum.

THANK YOU


Click to View FlipBook Version