The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82002801, 2021-04-06 02:56:25

TOKOH PEMIMPIN JOHOR : SULTAN ABU BAKAR

JANCESS LEE ZI XIN 5S

Nama Peserta : Jancess Lee Zi Xin

Kelas : 5S

Alamat e-mail : [email protected]

Nama Sekolah : SJK(C) AI CHUN 1

Alamat Sekolah : No 1, Jalan Mohd. Khalid,

Kampung Pengawai, 83000

Batu Pahat, Johor.

Pendahuluan MUKA
Biodata Tokoh Pemimpin SURAT

Pendidikan Tokoh Yang 1-2
Dipilih 3-5
Kerjaya Tokoh
Sumbangan Tokoh 6-7
Nilai Kepimpinan Yang 8-10
Boleh Dicontohi Oleh 11-13
Generasi Sekarang
14-15
Penutup / Kesimpulan
16-17
Sumber Rujukan 18-19

PENDAHULUAN

1

2

3

Nama Penuh : Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum
Dato' Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim
Tarikh Lahir : 3 Februari 1833
Tempat Lahir : Istana Lama Teluk Belanga, Singapura
Nama Ayahanda : Raja Temenggong Tun Daeng Ibrahim
Nama Bonda : Cik‘ Ngah
Nama Permaisuri : Khadija Khanum
Nama Anak : Tunku Ibrahim ,
Tarikh kemangkatan : 4 Jun 1895 (umur 62)
Tempat Dimakamkan : Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru

4

5

6

Baginda telah mendapat pendidikan barat sejak kecil lagi. Oleh
itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan
pentadbiran barat. Baginda telah membuat banyak lawatan ke
negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari
pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan
mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda
dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga
bersahabat baik dengan Ratu Victoria. Ratu tersebut
mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu
Bakar pada tahun 1868. Baginda juga dihantar ke Sekolah
Melayu Teluk Belanga, sebuah sekolah mubaligh di mana baginda
diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain bahasa
Melayu jatinya

7

8

Sultan Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah
yang bijaksana. Baginda dilantik sebagai Temenggong
pada tahun 1862 hingga 1868 iaitu selepas kemangkatan
ayahandanya. Kemudian, baginda dilantik sebagai
Maharaja Johor pada tahun 1868 hingga 1885. Baginda
ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1886 iaitu
Sultan Johor yang ke-21 dan digelar sebagai Sultan
Johor Era Moden Pertama. Baginda juga pernah merasmikan
Penjara Johor Bahru pada tahun 1883. Mulai 1 Julai 1886,
baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Maharaja
Abu Bakar Alkhalil.

9

10

11

Semasa pemerintahannya, banyak usaha dan jasa baginda dicurahkan dalam
pembangunan dan pemodenan negeri Johor. Antaranya, baginda menubuhkan
perkhidmatan perubatan, pendidikan, pos dan kemudahan awam. Baginda turut
memperkukuhkan kedudukan dan haknya sebagai seorang raja yang merdeka
dan berdaulat sempena pelantikannya sebagai Sultan Johor.

Pentadbiran negeri dijalankan mengikut arahan baginda dan Majlis
Mesyuarat Negeri. Baginda memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi
Melayu dengan birokrasi Barat. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui
oleh British. Oleh itu, baginda tidak melantik pegawai British sebagai
penasihat. Kegigihan baginda dalam memajukan dan memodenkan Johor
menjadikan baginda paling masyhur di seluruh dunia kerana sikap dan
kegemaran baginda menjelajah dan mendampingi orang ternama termasuk
Queen Victoria dan King George V.

12

Selain itu, Sultan Abu Bakar juga telah menperkenalkan Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 bertujuan untuk memodenkan dan
memantapkan sistem pentadbiran Johor serta mengukuhkan kedudukan baginda
sebagai Sultan Johor. Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada 2 bahagian
iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri. Penggubalan perlembagaan ini
bertujuan membentuk kerajaan yang bercorak demokrasi.

Sultan Abu Bakar juga turut melaksanakan program pemodenan dalam
pentadbirannya. Antaranya ialah mengamalkan dasar persahabatan dengan
British bagi mengekalkan kedaulatan negeri . Baginda sering ke England untuk
mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan negeri Johor.

Di samping itu, baginda telah mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti
Temenggung dan menjalin hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga
pada 1 Januari 1866 serta menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar
Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya sebagai pusat pentadbiran.
Baginda turut memberi galakan kepada orang Cina untuk membuka ladang lada
hitam dan gambir yang dipanggil “ Sistem Kangcu “ .

13

14

Nilai kepimpinan yang boleh dicontohi daripada tokoh Sultan Abu Bakar ialah

kebijaksanaan dan kematangan politik. Kejayaan baginda yang membawa banyak

perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan telah mewujudkan keharmonian di

negeri Johor. Oleh itu, kita perlulah sentiasa bijak merancang dan membuat
keputusan bagi menghasilkan keputusan yang terbaik bagi sesuatu perkara .

Selain itu, nilai lain yang boleh dicontohi ialah nilai baik hati. Baginda telah

menjalinkan hubungan persahabatan yang baik dengan British dan sekaligus dapat

memberikan manfaat kepada pentadbiran. Oleh itu, jika nilai baik hati diamalkan

oleh setiap lapisan masyarakat, kita dapat mengekalkan serta menjamin kesejahteraan

hidup sejagat .

15

16

Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya telah berjaya
menyiapkan Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor ini dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Ketika proses menyiapkan Buku Skrap
ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
Sesungguhnya sangat besar pengorbanan seorang tokoh pemimpin
Johor dalam berbakti kepada negara. Ketokohan pemimpin ini perlu
dijadikan sebagai contoh teladan atau idola kepada generasi kini dan
akan datang.

Oleh itu, saya amat berharap agar dapat menjadi seorang tokoh
yang berwibawa dan berdedikasi apabila dewasa kelak. Pemimpin
yang terbaik mampu melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang
dan terbilang dalam pelbagai aspek. Selain itu, saya juga amat
berharap agar semua warganegara Malaysia sentiasa mematuhi
undang-undang, menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh
yang telah banyak berjuang. Tidak dilupakan juga, saya mengucapkan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung sepanjang proses menyiapkan buku skrap ini .

17

18

Buyung, A. (1980). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Fawzi, B.M.A. & Hasrom, H. (1978). Sejarah Johor Moden 1855-1940. Kuala Lumpur:
Jabatan Muzium, Muzium Negara Malaysia.
Trocki, C. A. (1979). Prince of Pirates : The Temenggongs and The Development of Johor
and Singapore 1784-1885, Singapore: Singapore University Press.
Mohd Ayob Abd Razif (2015, Mac 29).
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/44028/kesultanan-johor-pencetus-
amalan-birokrasi-moden. Diakses pada 26 Mac 2021.
Moustapha Abbas (2018, Februari 12) https://www.thepatriots.asia/maharaja-abu-bakar-
bapa-permodenan-johor/. Diakses pada 26 Mac 2021.
Pekhabar (2015, Julai 29). https://pekhabar.com/h-i-d-s-maharaja-abu-bakar-ditabal-
sebagai-sultan-johor/. Diakses pada 27 Mac 2021.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_
Daeng_Ibrahim. Diakses pada 28 Mac 2021.

19


Click to View FlipBook Version