Nama: Siti Zulaikha binti Othman No Kad Pengenalan : 030808-02-0360 No Angka Giliran :2021232340506 Kelas: BahasaMelayu I Nama Pensyarah : PuanMasnibinti Jamin Tentang Saya
K E R A N A KASUT BALET S I T I Z U L A I K H A B I N T I O T H M A N
Adiratna seperti maksud namanya permata yang berharga. Seorang budak perempuan yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Dia seorang yang tidak mudah putus asa dan sentisa berusaha untuk mendapat apa yang diingininya. Dia selalu menemani ibunya ke bandar untuk membeli barang keperluan. Setiap kali ke bandar dia selalu mencuri-curi lihat orang yang menari di dalam kelas tarian. 1
Pada suatu hari, palajar di dalam kelas tarian ternampak Adiratna melihat mereka menari. Mereka memberitahu guru tariannya “ Cikgu, tengok tu ada budak sedang melihat kami berlatih menari,” kata salah seorang perempuan di dalam kelas tersebut. Setelah itu, cikgu tersebut mendekati Adiratna sambil berkata “Kamu suka menari, marilah cuba.” Ibu Adiratna iaitu Puan Kalsom melihat Adiratna menari. Puan Kalsom mengajak Adiratna untuk pulang sambil mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada guru tarian tersebut. 2
Sewaktu di dalam bas untuk pulang ke rumah, ibu Adiratna bertanya “Adiratna, kamu berminat untuk menari?”. Adiratna dengan semangatnya menjawab “Saya minat menari, ibu.” Ibunya dapat melihat minat Adiratna lalu ibunya berkata “Nanti ibu daftarkan kamu ke kelas tarian itu.” Adiratna berasa gembira mendengar kata-kata ibunya. 1 3
Keesokan harinya, Puan Kalsom membawa Adiratna ke kelas tarian. Puan Kalsom bertemu dengan guru tarian tersebut dan bertanyakan tentang pendaftaran kelas tarian balet. Puan Kalsom mendaftarkan Adiratna ke kelas tarian itu. Adiratna diterima menjadi pelajar di kelas tarian tersebut. 4
Pada waktu pagi, Adiratna akan pergi ke sekolah dan pada waktu petang, Adiratna akan ke kelas tarian di bandar dengan menaiki bas. Sejak dari itu Adiratna sudah tidak mengunjungi kedai buku Mak Cik Kirana yang selalu dikunjunginya. Pada suatu hari, sewaktu pulang dari kelas tarian, Adiratna berjalan di depan kedai buku Mak Cik Kirana. Mak Cik Kirana bertanya kepada Adiratna dengan hairan “Ke mana kamu pergi Adiratna? Mak Cik sudah lama tidak nampak kamu datang ke kedai buku Mak Cik?”. Adiratna menjawab pertanyaan Mak Cik Kirana “Saya pergi ke kelas tarian Mak Cik. Saya sudah tidak beli buku kerana nanti tidak cukup duit untuk membayar yuran kelas tarian.” Mak Cik Kirana memahami situasi Adiratna. Mak Cik Kirana menyuruh Adiratna menunggu sebentar di depan kedainya. Mak Cik Kirana masuk ke dalam kedainya dan mengambil buku Asas Tarian Balet miliknya dan diberikan kepada Adiratna. “Bacalah buku ini dan jaga elok-elok buku ini. Ini buku Mak Cik dahulu sewaktu Mak Cik belajar tarian balet”, kata Mak Cik Kirana. Mak Cik Kirana sudah tidak boleh untuk menari balet kerana kakinya pernah patah. Dia gembira melihat Adiratna yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk belajar tarian balet. Dengan perasaan yang gembira Adiratna mengucapkan terima kasih dan berjanji akan menjaga buku tersebut dengan baik. 5
6
Adiratna membaca buku tersebut serta mengikuti langkahlangkah yang ditunjukan di dalam buku tersebut. 7
Konsert Tarian Balet selalu diadakan dan telah menjadi tradisi setiap tahun di negeri tersebut. Konsert itu sangat penting bagi kanak-kanak di kelas tarian tersebut kerana mereka mempunyai peluang untuk belajar di Akademik Tarian yang terbaik. Guru tarian yang profesional dan terkenal dari seluruh negeri akan menghadiri konsert tersebut. Kebanyakan guru tarian tersebut memiliki akdemik tarian. Mereka menghadiri konsert itu bagi memilih sendiri penari balet terbaik untuk menjadi pelajar mereka. 8
Puan Kalsom melihat Adiratna gigih berlatih menari balet. ”Kamu perlu berehat juga Adiratna. Kamu perlu menjaga kaki kamu. Konsert akan berlangsung tidak lama lagi. Kamu tidak boleh mencederakan kaki dan diri kamu,” pesan Puan Kalsom kepada Adiratna. 9
Kasut balet Adiratna sudah terkoyak pada bahagian hadapan. Dia meminta tolong ibunya untuk menjahit kasutnya pada bahagian hadapan tersebut. Dia masih gigih berlatih walaupun keadaan kasutnya begitu. Adiratna tidak pernah mengeluh dengan keadaan kasutnya. Dia tidak mengeluh kerana dia tahu kedaan hidupnya yang susah. 1 0
Sewaktu Adiratna berlatih menari, tapak kasutnya tertanggal. Naleen meminjamkan kasutnya kepada Adiratna semasa Adiratna dipanggil oleh guru tarian mereka untuk berlatih menari di hadapan. Naleen dan Adiratna bergilir-gilir memakai kasut tersebut semasa latihan tarian. 1 1
Adiratna dan kawan-kawannya menolong jiran mereka mengutip telur ayam. Mereka mengutip telur ayam pada cuti hujung minggu. Selepas mereka mengutip telur ayam, mereka membawa telur ayam tersebut ke kedai runcit untuk dijual kepada tauke kedai runcit. Mereka mendapat upah daripada jiran mereka dari hasil jualan telur ayam. Mereka menolong jiran mereka kerana mereka ingin mengumpul duit untuk membeli kasut balet kepada Adiratana. Mereka juga mendapat upah hasil daripada memetik sayuran di kebun Pak Kassim. 1 2
Selepas beberapa minggu, kawan-kawan Adiratna mengumpulkan semua duit mereka tetapi duit itu masih tidak cukup untuk membeli kasut balet. Puan Kalsom yang melihat keadaan itu memberi mereka duit tambahan untuk membeli kasut balet. Pada petang itu, mereka pergi ke bandar. Mereka pergi membeli kasut balet kepada Adiratna. Akhirnya, Adiratna mempunyai sepasang kasut balet baharu untuk menari di Konsert Tarian Balet. 1 3
Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Sewaktu Adiratna melihat pakaian balet sekali lagi sebelum pergi ke belakang pentas untuk berdandan, Adiratna meyedari bahawa kasut baletnya tiada. “Cikgu, kasut saya hilang,” kata Adiratna kepada guru tariannya. “Bagaimana boleh hilang. Awak sudah cari?” tanya guru tariannya. Dengan perasaan yang cemas Adiratna menjawab “Sudah cikgu tapi masih tidak jumpa.” Naleen yang melihat situasi tersebut mendekati Adiratna lalu berkata “Awak pakailah dulu kasut ni. Kita dah tak cukup masa. Giliran awak untuk menari semakin hampir.” Adiratna mengambil kasut tersebut dan memakainya lalu pergi ke belakang pentas untuk berdandan. 1 4
Adiratna menari dengan baik sama seperti yang dilakukannya semasa latihan tarian. Selepas Adiratna membuat persembahan tarian balet, giliran Naleen pula untuk membuat persembahan tarian. Enam puluh saat sudah berlalu tetapi Naleen tetap tidak naik ke atas pentas. Pengacara majlis memanggil nama seterusnya untuk membuat persembahan tarian. Adiratna mula merasa hairan mengapa Naleen tidak naik ke atas pentas. Apabila dia melihat kasut balet yang dipakainya, dia baru perasan bahawa kasut tersebut adalah kasut balet Naleen. Naleen memberikan kasut baletnya kepada Adiratna untuk membuat persembahan tarian balet. 1 5
Adiratna pergi ke belakang pentas untuk menukar pakaian. Selepas itu, dia berjumpa dengan Naleen. “Naleen, kenapa awak beri kasut balet awak kepada saya?” tanya Adiratna kepada Naleen. Naleen menjawab “Saya tidak mahu awak terlepas persembahan awak kerana tiada kasut balet. Saya tahu awak boleh menari dengan baik dan saya yakin yang awak akan terpilih untuk belajar menari di Akademi Tarian tersebut. Saya tak mahu awak terlepas peluang ini.” 1 6
Naleen melepaskan peluang untuk membuat persembahan ini kerana ibunya tidak membenarkannya untuk belajar menari balet lagi kerana dia perlu fokus pada pelajarannya. Selepas ini, Naleen akan menjadikan tarian balet sebagai hobinya sahaja. “Saya tidak kisah jika saya terlepas peluang ini Adiratna kerana ibu saya tidak akan membenarkan saya untuk belajar tarian balet di Akademik Tarian tersebut. Kasut itu saya hadiahkan untuk kamu Adiratna,” sambung Naleen. Adiratna yang mendengar itu lalu menjawab “Terima kasih Naleen atas hadiah kasut balet ini. Saya tak akan lupakan apa yang awak sudah lakukan kepada saya.” Mereka berpelukan. 1 7
Adiratna menerima sepucuk surat daripada Akademik Tarian. Isi surat tersebut menerangkan bahawa Adiratna terpilih untuk belajar tarian balet di Akademik Tarian tersebut. Adiratna berasa sangat gembira kerana usaha gigihnya selama ini membuahkan hasil. Adiratna menunjukan surat tersebut kepada ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya berasa bangga atas pencapaian Adiratna. “Ini merupakan titik permulaan baru untuk kamu Adiratna. Selepas ini, banyak lagi cabaran yang akan kamu lalui untuk menjadi penari balet yang terbaik. Jangan pernah putus asa Adiratna, si permata bersinar ibu dan ayah,” kata Puan Kalsom. Kasut balet hadiah daripada Naleen dan kasut balet dari kawan-kawannya menjadi semangat untuk Adiratna menjadi penari balet yang terbaik. -TAMAT - 1 8
KERANA KASUT (irama lagu rasa sayang) Kamu kelihatan sangat kusut Dia kelihatan sangat angkuh Kerana sepasang kasut Sebuah persahabatan terjalin kukuh Buah rambutan di tepi busut Makan sambil rambut disikat Kerana sepasang kasut Ada pengorbanan dari insan terdekat Dia gemar manjadi penghasut Sehingga orang tidak selesa Kerana sepasang kasut Ada hati yang tidak putus asa 1 9
Adiratna, seorang gadis miskin dengan semangat dan keazaman yang luar biasa, menghadapi kehidupan dengan penuh keyakinan untuk mengejar impiannya. Apabila dia secara tidak sengaja terlibat dalam dunia tarian, hidupnya berubah. Diilhamkan daripada kelas tarian yang ditontonnya secara rahsia, Adiratna diberi peluang oleh guru tarian itu untuk mencuba menari. Sokongan ibunya, Puan Kalsom, mengarahkan Adiratna ke kelas tarian, membuka pintu baharu dalam hidupnya. Biarpun hidupnya susah, Adiratna tetap gigih mengejar impiannya. Ketika peluang membuat persembahan di Konsert Tarian Balet tiba, Adiratna berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk masalah kasut baletnya. Dengan keazaman yang tidak berbelah bahagi, dia mendapat sokongan daripada keluarganya, rakan-rakannya termasuk Naleen menyelesaikan masalah berkaitan kasut baletnya. Dalam perjalanan yang penuh perjuangan, Adiratna dan rakan-rakannya bekerja keras dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Dengan sokongan dan kasih sayang orang sekeliling, Adiratna menerima berita gembira bahawa dia terpilih untuk belajar di Akademi Tarian. Ini adalah permulaan pengembaraan baharu, dan Adiratna sedang bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia balet. Kejayaan Adiratna adalah bukti bahawa ketabahan, persahabatan dan semangat yang tidak kenal lelah mampu membawa seseorang ke puncak impian.