The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyazeera, 2022-03-25 07:37:00

BUKU PROGRAM PIBG 2022

BUKU PROGRAM PIBG 2022

ATURCARA

10.00 Pagi : • Kata aluan pengerusi majlis
• Bacaan Doa

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-12
• Ucapan Pengerusi Mesyuarat / YDP PIBG
• Ucapan Penasihat PIBG /Guru Besar
• Ucapan Perasmian
• Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11
• Membentang dan menerima laporan aktiviti PIBG sesi 2021/2022
• Mengemukakan Penyata Kewangan untuk kelulusan Mesyuarat Agung
PIBG berakhir pada 31 Disember 2021
• Membahaskan usul (jika ada)
• Pembubaran ahli jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
• Pemilihan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
• Pemilihan Juruaudit Dalaman (dua orang)
• Ucapan Penangguhan
• Hal-hal lain

SENTUHAN WACANA DARIPADA YDP PIBG SKPA3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmat dan izinNya dapat kita bersama-sama berkumpul dan

saling bertukar pandangan demi kejayaan anak-anak warga SKPA3. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih
atas kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kali ini walaupun secara atas talian. Sama-sama kita berbincang
dalam suasana muhibah bagi menjayakan agenda pendidikan negara demi kecemerlangan anak-anak kita dalam
bidang akedemik dan kokurikulum serta sahsiah diri.

Melahirkan generasi cemerlang yang berwawasan amat memerlukan kerjasama serta komitmen padu antara
ibu bapa, masyarakat dan warga pendidik. Seperti yang telah ditunjukkan di dalam al Quran dalam surah Luqman,
kaedah ”Mendidik berbekalkan Hikmat”. Dimana menurut tafsir Ibnu Kathir, Hikmat sebagai kefahaman, ilmu
dan tadbir (iaitu pengurusan yang baik). Justeru ibu bapa dan warga pendidik perlu menguasai dan memahami ilmu
yang berlandaskan Quran dan Sunnah. Penguasaan ini perlu disusuli dengan pengurusan hidup yang baik. Tanpa
ilmu dan kefahaman, sudah tentu kita menjadi seperti ”musafir yang berjalan tanpa peta.”

PIBG sebagai wadah yang bertanggungjawab memikul amanah bagi membantu menggilap kecemerlangan
anak-anak kita. Komitmen yang padu dalam bentuk pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit di kalangan ahli
PIBG akan menjanjikan kejayaan dalam melahirkan generasi yang cemerlang yang dapat berbakti pada agama,
nusa dan bangsa.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak serta
penyumbang yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 pada tahun ini. Terima kasih
tidak terhingga atas sokongan tuan/puan dalam menjayakan misi dan visi PIBG. Saya berharap AJK PIBG sesi
2022/2023 yang akan dipilih dan dilantik nanti dapat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin demi kejayaan
serta kecemerlangan anak-anak SKPA3.

Sekian, terima kasih.

EN.SHOEID BIN RAJALI,
Yang Dipertua PIBG,
SK Puncak Alam 3.

SEUNTAI KATA GURU BESAR SK PUNCAK ALAM 3

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi penghargaan menyampaikan sepatah dua kata dalam Buku Program

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 kali ke-12.
Selaku Guru Besar di sekolah ini , saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Yang Di Pertua PIBG dan Ahli Jawatankuasa PIBG kerana telah memberi kerjasama yang baik dengan
kepimpinan sekolah dalam banyak hal seperti buah fikiran, kerja gotong-royong, aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan keselamatan murid-murid di luar dan hubungan dengan sekolah.

Saya mohon kepada semua ibu bapa murid di sekolah ini agar maju selangkah lagi bagi memastikan
kejayaan sahsiah diri dan akademik anak-anak dapat dicapai. Semperna Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
12 ini, saya mengharapkan agar ibu bapa terus berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak bagi
memastikan kejayaan mereka dalam bidang akademik di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 ini.

Akhir kata, saya mohon sekali lagi agar setiap individu, ibu bapa mengambil cakna terhadap kejayaan
dan kecemerlangan diri anak-anak di sekolah ini. Semoga usaha gigih setiap individu secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan majlis mesyuarat agung kali ini mendapat ganjaran dari Allah Subhanahuwata”ala
jua.
Sekian, terima kasih.
SELAMAT BERSIDANG

SALASIYAH BINTI PATONI,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3.

LAGU NEGERI SELANGOR LAGU SEKOLAH

Duli Yang Maha Mulia SK Puncak Alam Tiga
Selamat di atas takhta Berilmu Berdisiplin Berbakti
Allah lanjutkan usia Tuanku Datang kami bersama harapan
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya Pulang dengan kejayaan

Aman dan sentosa Kami putera puteri bangsa
Duli Yang Maha Mulia Tidak mengenal keluh dan kesah

Cari ilmu tiada jemu
Dengan tekad padu

Ingat rakan semua
Jangan lalai dan leka
Penuh ilmu didada

Jadi anak berjasa

Guru didik bimbing lah kami
Tunai kanlah janji mu padaku

Berkat kata tunjuk ajarmu
Terima kasih cikgu

Senikata Lagu oleh:
Isnu Hj. Sururi dan Rohayah Abu Samah

AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

KALI KE 12

NAMA AJK PELAKSANA TUGAS

PENGACARA MAJLIS  Menyediakan teks pengacara majlis.
1. Pn. Nurul Naiemah binti Nordin  Mengacara majlis sehingga selesai.

BACAAN DOA  Menyediakan teks bacaan doa yang
1. En. Mohd Faizal bin Othman sesuai dengan majlis.

 Mengetuai bacaan doa semasa majlis.

PERSIAPAN TEMPAT  Membuat persiapan tempat mesyuarat
bagi jawatankuasa PIBG yang akan
1. Pn. Siti Rohanani binti Md Zam berada di sekolah.
2. Pn. Che Fauziah binti Basir
3. Pn. Nor Saadah binti Arshad  Persiapan sebelum hari mesyuarat.

TEKNIKAL  Menyediakan pautan mesyuarat.
 Mengendalikan mesyuarat secara atas
1. En. Mohd Murad bin Awang
2. En. Salmansani bin Saleh talian semasa hari mesyuarat.
3. En. Muhammad Akmal bin Yaacob  Memastikan mesyuarat secara atas
4. En. Mohd Khairie bin Solehan
talian berjalan lancar.

BUKU PROGRAM  Menyediakan Buku Program.
 Mengumpul bahan yang perlu
1. Pn. Noorsaidah binti Ismail
2. Pn. Azeera Aisya binti Hamzah dimasukkan ke dalam buku program.
 Menghasilkan Buku Program secara
3. Pn. Hayyu Mawaddah binti Abdul Waled@
Suhaimi digital.

4. Pn. Nik Umairah binti Nik Hassan

BANNER  Menempah dan menggantung banner
sebelum hari Mesyuarat.
1. En. Tuan Azhan bin Tuan Aziz
2. Pn. Anifariza binti Sarmo  Menyediakan pautan untuk pengesahan
kehadiran dan usul.
PENGESAHAN KEHADIRAN & USUL
 Menyenaraikan usul yang diterima dan
1. Pn. Fatimah binti Idha Nawawi diserahkan kepada AJK Buku Program.
2. Pn. Rose Maria binti Zakaria
3. Pn. Sumaiya binti Mohd Razif  Menyediakan pautan untuk mengisi
4. Pn. Norsyazwani binti Mohd Shukor kehadiran.

PENDAFTARAN (KEHADIRAN)  Menyerahkan senarai kehadiran
keseluruhan.
2. Cik Wan Haninah binti Wan Mohd Hanafi
3. Pn. Rohaida binti Marifin @ Arifin  Mencatat minit menyuarat agung tahunan.
4. Cik Nur Syarifah Syahirah binti Aziz  Menyiapkan minit mesyuarat agung kali

PENCATAT MINIT ke-12 dalam tempoh satu minggu.

1. Pn. Siti Nursyazrah binti Zaik  Menentukan kaedah yang sesuai untuk
2. Pn. Norhamisah binti Abd Hamid membuat undian secara maya.
3. Pn. Maseitah binti Idris
 Mengendalikan sesi undian AJK ibu bapa
KIRAAN UNDIAN semasa hari kejadian.

1. Pn.Noraishah binti Mohamed Saad  Menyenaraikan nama AJK ibu bapa yang
2. Pn. Faizah binti Mohd Saleh telah diundi.
3. Pn. Rashidah binti Abdul Malik
4. En. Zuladli bin Abdul Aziz  Mendapatkan senarai nama barisan AJK
PIBG daripada Setiausaha.
SIJIL & CENDERAHATI
 Menyediakan sijil penghargaan &
1. Pn. Rabiatul Adawiyah binti Aisa cenderahati kepada barisan AJK PIBG
2. Pn. Noorhuda binti Kamoruddin bagi sesi 2019/2020, 2020/2021 dan
3. Pn. Raja Khadijah binti Raja Abdul Walid 2021/2022.
4. Pn. Hariyati Mazila binti Mat Ali
 Menyediakan cenderahati untuk perasmi.

MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-11

Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 2019/2020

Tarikh: 9 Oktober 2021

Masa: 9:00 pagi -1.00 tengah hari

Tempat: Kediaman masing-masing

Kehadiran:

Ibu bapa: 373 orang
Guru : 102 orang
Agenda:

1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat /Yang Dipertua PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG / Guru Besar SK Puncak Alam 3
3. Ucapan Perasmian Puan Hajah Che Wan Rohaini Ramly SIPARTNERS+ PPD Kuala Selangor
4. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2020/2021
5. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2020/2021
6. Pembentangan Penyata Kewangan PIBG sesi 2020/2021
7. Pembentangan dan perbahasan usul
8. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
9. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
10. Ucapan penutup
11. Hal-hal Lain

1.0 UCAPAN ENCIK SHOEID BIN RAJALI, YANG DIPERTUA PIBG SKPA3

1.1 Ucapan alu-aluan dan salam keislaman kepada semua yang hadir secara google atas talian di
kediaman
masing-masing.

1.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada Pn. Che Wan Rohaini binti Ramly,SIPARTNERS +
PPD Kuala Selangor selaku perasmi jemputan Mesyuarat PIBG kali ke-11 SK Puncak Alam 3
bagi mewakili Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi, Pegawai PPD Kuala Selangor dan
meraikan kehadiran Encik Muhammad Khairudin bin Saman daripada Unit Perhubungan dan
Pendaftaran PPD Kuala Selangor.

1.3 Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-11 ini merupakan mesyuarat yang pertama kalinya
diadakan secara atas talian. Justeru, diharapkan mesyuarat kali ini akan berjalan lancar di
samping memanfaatkan teknologi baru di alaf generasi moden ini.

1.4 Beliau melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada guru besar, para pentadbir, para guru
serta ibubapa atas kerjasama yang ditunjukkan dalam melahirkan anak-anak atau murid-murid
yang berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri di masa hadapan.

1.5 PIBG akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia, masyarakat dan penduduk setempat dalam mendidik dan membantu anak-anak murid
dalam pelbagai aspek pendidikan dan kebajikan.

1.6 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana berusaha keras dalam
mendidik dan menyampaikan ilmu kepada semua murid dalam norma baharu iaitu secara PDPR
atau atas talian.

1.7 Ucapan terima kasih juga kepada ibubapa yang bersungguh membantu anak-anak mengikuti
PDPR walaupun terpaksa berkorban masa dan wang ringgit untuk menyediakan kemudahan
internet dan gajet bagi kegunaan pembelajaran anak-anak di rumah.

1.8 Mengakhiri ucapan beliau dengan menyeru semua ibubapa untuk bekejarsama dengan PIBG dan
pihak sekolah dalam menjadikan SK Puncak Alam 3 sebagai sekolah yang terbaik.

2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG, PUAN SALASIYAH BINTI PATONI GURU BESAR SKPA 3.

2.1 Ucapan alu-aluan dan salam keislaman kepada yang semua yang hadir. Beliau juga mengalukan
kehadiran Pn. Che Wan Rohaini binti Ramly, Sipartners + Ppd Kuala Selangor selaku perasmi
jemputan Mesyuarat PIBG kali ke-11 SK Puncak Alam 3 bagi mewakili Tuan Haji Mohd Azuan
bin Mohd Nawawi, Pegawai PPD Kuala Selangor, Encik Shoeid bin Rajali, YDP PIBG, Encik
Muhammad Khairudin Bin Saman daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran PPD Kuala
Selangor, barisan pentadbir, AJK PIBG dan ibubapa.

2.2 Beliau mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana semua pihak dapat bersama-sama meneruskan
tanggungjawab dalam mesyuarat untuk kali ke dua iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 pada
hari ini. Beliau juga berterima kasih kepada YDP dan ajk pelaksana dalam memastikan
mesyuarat pada kali ini dapat dilaksanakan.

2.3 Beliau mengucapkan terima kasih kepada perasmi pada hari ini Pn. Che Wan Rohaini binti Ramly
yang mewakili Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi, Pegawai PPD Kuala Selangor kerana
sudi hadir ke mesyuarat. Ini merupakan kali pertama buat perasmi hadir ke SK Puncak Alam 3,
bukan secara bersemuka tetapi secara digital.

2.4 Beliau seterusnya menegaskan bahawa keadaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) telah
berubah akibat dari pandemic covid-19 yang kini melanda dunia. PDP secara bersemuka ditukar
menjadi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Banyak perkara yang biasa dilakukan juga tidak
dapat dibuat seperti berkumpul beramai-ramai untuk bermesyuarat dan bergotong-royong bagi
mengeratkan silaturrahim. Cara yang menjadi kelaziman sebelum ini perlu diubah bagi
kelangsungan institusi pendidikan negara. Justeru kaedah PDP di dalam talian dan luar talian
dilaksanakan sebagaimana mesyuarat juga dilakukan dengan kaedah yang sama. Tambahan
beliau lagi, meskipun mesyuarat dilakukan agak lewat, peranan dan tanggungjawab guru dan
ibubapa tetap kukuh dan padu dalam memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik. Ini
berdasarkan halatuju sekolah untuk memastikan bidang akademik sentiasa cemerlang, ibubapa
perlu memastikan anak-anak sentiasa mengikuti PDPR yang dijalankan. Oleh itu, pihak sekolah
memerlukan sokongan daripada ibubapa untuk bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara
kepada anak-anak di rumah dalam walaupun terpaksa menghadapi kekangan seperti kekurangan
peranti, masa dan sebagainya.

2.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para waris yang sentiasa membantu anak-anak
dalam pelajaran, mengikuti pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian sama ada di
peringkat daerah, negeri dan sebagainya.

2.6 Beliau memaklumkan juga bahawa sesi persekolahan tahun 2021 yang berbaki 3 bulan ini amat
merisaukan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan keupayaan murid tahun 1 dan 2 untuk
membaca dan menulis dan murid tahun 3 dan 4 yang lemah telah lupa akan ilmu yang telah
mereka pelajari, maka pihak ibubapa perlu mengambil berat akan kehadiran murid semasa PDPR
dan secara bersemuka kelak yang memerlukan guru membuat ulangkaji dan latihan pengukuhan
yang bersesuaian dengan perancangan KPM untuk menambah sesi pembelajaran 2021 sehingga
bulan Mac 2022.

2.7 Beliau juga memaklumkan bahawa sebagaimana yang diketahui semua, murid PPKI telah pun
bersekolah secara bersemuka pada 4 Oktober yang lalu dan akan diikuti murid pra sekolah pada
18 Oktober ini dalam keadaan SOP yang ketat untuk memastikan keselamatan murid-murid di
sekolah.

2.8 Beliau juga memaklumkan bahawa semua guru tahap 1 dan 2 sedang berusaha keras dalam
menyediakan semua kelas supaya berada dalam keadaan pematuhan SOP yang ditetapkan seperti
pelabelan kerusi dan meja, penjarakan yang dipatuhi, meletakkan label laluan keluar masuk dan
poster peringatan tentang pematuhan SOP di sekolah untuk memastikan murid selamat ketika
berada di sekolah dan waktu yang sama melaksanakan PDPR.

2.9 Beliau memaklumkan bahawa pengoperasian semula sekolah arus perdana murid adalah secara
penggiliran iaitu seminggu secara bersemuka dan seminggu belajar secara kendiri di rumah.
Murid-murid yang belajar secara kendiri ini akan dibekalkan dengan tugasan-tugasan yang perlu
disiapkan dirumah sementara guru mengajar di sekolah secara bersemuka. Tugasan yang
disiapkan di rumah perlu dibawa semasa tiba giliran bersemuka. Oleh itu, sekali lagi sokongan
dan kerjasama daripada waris untuk murid belajar di rumah. Jadual PDP dan jadual penggiliran
juga akan diberikan sebelum sekolah secara bersemuka dimulakan.

2.10 Sebagaimana yang semua telah maklum, sekolah telah ditimpa musibah pada 30 September
2019 di mana pejabat sekolah telah musnah dalam kebakaran akibat litar pintas. Pada ketika itu,
pihak pentadbir dan pejabat telah menumpang di bilik SPBT dan merakamkan ucapan terima
kasih kepada Cikgu Husna binti Sabri, guru Penyelaras SPBT kerana menumpangkan bilik
tersebut. Selain itu, bilik mesyuarat dan juga bilik ko-kurikulum menjadi bilik sementara para
pentadbir. Akhirnya pada akhir tahun 2020, sekolah berasa syukur kerana telah mendapat
bantuan sebanyak 60 ribu ringgit daripada PPD Kuala Selangor bagi kos penyelenggaraan
mengecat, memasang marmar dan juga pendawaian eletrik. Seterusnya, sekolah telah mendapat
peruntukan sebanyak 50 ribu ringgit untuk pemasangan pendingin hawa dan 10 set komputer
yang siap dipasang di pejabat sekolah pada bulan September yang lalu. Melalui peruntukan
daripada KPM pula, sekolah dapat membaikpulih dan penyelanggaraan siling-siling di
sepanjang kaki lima sekolah yang berlubang, tidak kukuh dan menunggu masa untuk jatuh serta
membahayakan keselamatan murid-murid. Penyelenggaraan lantai PSS yang kebanyakannya
telah tanggal, lantai kelas 2 AL-Razi dan kaki lima, dewan terbuka dan juga mengecat lantai
dewan sekolah.

2.11 Beliau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPD Kuala Selangor atas bantuan
peruntukan yang dinyatakan sebentar tadi, penggantian pagar sekolah dan juga menebang
pokok-pokok besar yang membahayakan murid-murid.

2.12 Beliau menambah tentang pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia akan pemansuhan UPSR
yang digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Melalui PBD ini, murid ditaksir secara
berterusan dalam PDP bagi mendapatkan kemajuan dan kebolehan murid setiap kali
pembelajaran. Kaedah pentaksiran adalah secara pemerhatian, hasil kerja projek, tingkah laku,
dan sikap bekerjasama. Pentaksiran secara ringkas pula dilaksanakan untuk mengetahui
kemahiran murid membaca, berkomunikasi dengan rakan-rakan, guru dan masyarakat dengan
bertatasusila. Pentaksiran bertulis pula dilaksanakan pada akhir pengajaran dan kemahiran pada
waktu yang ditetapkan. Objektif PBD ini dilaksanakan supaya murid-murid tidak hanya belajar
untuk peperiksaan tetapi untuk mengenal potensi murid bukan sahaja dalam pelajaran, bahkan
mengembangkan bakat yang ada pada murid-murid. Oleh itu, besarlah harapan sekolah untuk
para waris memastikan anak-anak dapat mengikuti PDPR secara talian, google meet dan aplikasi
lain sekiranya mempunyai peranti. Tugasan secara luar talian juga diberikan kepada murid-
murid sekiranya tidak dapat mengikuti PDPR atas talian kerana kekangan peranti. Justeru pihak
sekolah sekali lagi menyeru agar ibubapa dapat memastikan anak-anak sentiasa mengikuti
PDPR dan menghantar semua tugasan yang diberikan. In penting untuk guru-guru membuat
pentaksiran dan pelaporan yang perlu dihantar setiap pertengahan dan akhir tahun bagi
mengetahui tahap penguasaan murid di TP 1 hingga TP 6.

2.13 Beliau mengakhiri ucapan agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar. Kerjasama antara AJK,
guru-guru, para waris agar sekolah mencapai kejayaan cemerlang dan gemilang serta berharap
agar semua ibubapa dan murid sentiasa mematuhi SOP walau di mana jua berada.

3.0 UCAPAN PERASMIAN PN. CHE WAN ROHAINI BINTI RAMLY, SIPARTNERS + PPD
KUALA SELANGOR

3.1 Ucapan alu-aluan dan salam keislaman kepada Encik Shoeid bin Rajali, YDP PIBG, Puan
Salasiyah binti Patoni, Guru Besar SK Puncak Alam 3, Encik Muhammad Khairudin bin Saman
daripada Unit Perhubungan dan Pendaftaran PPD Kuala Selangor, barisan pentadbir, AJK PIBG
dan ibubapa.

3.2 Beliau memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dapat bersama-sama berkumpul dalam
majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 sesi 2020/2021 secara dalam talian. Beliau juga
menyampaikan salam Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi, Pegawai PPD Kuala Selangor

3.3 Beliau berasa bersyukur kerana kita semua berada dalam negara yang aman dan makmur serta
mengecap nikmat kejayaan bersama-sama. Namun kini, kita juga sama-sama mengharungi
cabaran yang sangat besar iaitu pandemik covid 19 yang telah mencengkam dunia hampir 2
tahun ini. Beliau memetik kata pepatah Melayu, ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat’ merujuk kepada permuafakatan PIBG dengan pihak sekolah yang telah
menaikkan kecemerlangan SK Puncak Alam 3 berdasarkan pencapaian dan kejayaan yang
diperolehi sekolah dalam pelbagai pertandingan yang disertai.

3.4 Beliau juga telah membawa satu isu pencapaian peratusan anak-anak bumiputera yang masih
ditahap kurang cemerlang. Pelbagai kajian oleh ilmuan yang telah dibuat di mana dalam
menyelusuri peratus ketidakupayaan anak-anak bumiputera bangsa Melayu khasnya dalam
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam. Hasil kajian para ilmuan
mendapati betapa pentingnya pengetahuan pendidikan diterapkan kepada anak-anak untuk
meningkatkan keupayaan ekonomi, politik, sosial dan agama. Kerajaan juga telah
memperuntukan belanja yang besar untuk sektor pendidikan tidak kurang juga badan bukan
kerajaan termasuk PIBG yang sama-sama menyumbang wang dan tenaga untuk pendidikan
anak-anak.

3.5 Beliau menjelaskan keadaan sekolah-sekolah di Malaysia masih dalam keadaan memuaskan
berbanding sekolah-sekolah di negara membangun yang lain. Walaupun pelbagai kemudahan
yang telah disediakan oleh kerajaan kepada kita, namun ada perkara yang amat kita kesali iaitu
pencapaian anak-anak masih belum mencapai penguasaan sebenar. Oleh itu, beliau menyeru
kepada semua pihak supaya mengambil berat akan pendidikan anak-anak supaya terjamin di
masa hadapan. Tugas ibubapa sangat penting dalam mendidik anak-anak dan tidak menyerahkan
100 peratus tugas tersebut kepada pihak sekolah. Juteru, dalam era pandemik covid 19 ini,
ibubapa perlu lebih memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak semasa di rumah dari
segi mental, intelektual dan juga spiritual.

3.6 Beliau juga yakin dan percaya dengan keupayaan pimpinan Guru Besar, SK Puncak Alam 3 akan
sentiasa cemerlang dalam semua bidang. Oleh itu, kerjasama pihak PIBG dan ibubapa sangat
penting untuk meneruskan kecemerlangan demi kebaikan anak-anak di masa hadapan. Beliau
juga berharap sesi persekolahan secara berperingkat ini akan berjalan dengan lancer.

3.7 Beliau juga menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada anak-anak supaya lebih
bertatasusila, bersungguh-sungguh dalam mengejar impian dan memperolehi keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan awam kelak dan memetik pepatah “Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara”. Beliau menegaskan kepentingan ilmu pendidikan bagi menempuhi
cabaran di masa hadapan.

3.8 Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan supaya mesyuarat kali ini dapat memberikan ruang
dan peluang dalam mencapai kecemerlangan ilmu pendidikan untuk anak-anak dalam usaha
membangun sebuah negara cemerlang. Beliau sudahi ucapan dengan memberi 2 rangkap pantun
“tumbuh melata buah bidara, di dalam acuan berbagai warna, elakkan sengketa demi negara,
barulah perpaduan dapat dibina dan “Putik kemboja baru mengembang, Wangi mengharum di
tengah laman, Erat perpaduan bangsa berbilang, Kemakmuran bersama satu tujuan” dan
sekaligus dengan lafaza bismillah merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Puncak Alam
3 kali ke-11 sesi 2020/2021 secara dalam talian.

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2020/2021

4.1 Cik Siti Nur Baizura binti Jamhuri selaku setiausaha PIBG 2020/2021 membentangkan minit
mesyuarat kali ke-10.

4.2 Disahkan: Pn Suzana binti Mat saad
Disokong: Pn Roshaila binti Yaakub.

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021

5.1 Cik Siti Nur Baizura binti Jamhuri membentangkan laporan aktiviti-aktiviti sekolah yang telah
dilaksanakan dengan usahasama PIBG sekolah sepanjang tahun 2020. Laporan yang
dibentangkan adalah seperti yang berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH
1. Gotong royong “Back to School” 11.01.2020
2. Gotong royong membaik pulih meja dan kerusi murid 04.01.2020
3. Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 18.01.2020
4. Program Ziarah Cakna anjuran UBK SKPA 3 10.02.2020
5. Kejohanan sukan tahunan 27.02.2020
6. Mesyuarat AJK PIBG 10.03.2020
7. Menebang pokok di dalam kawasan sekolah 06.06.2020

5.2 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2019/2020 dicadangkan untuk disahkan oleh Puan
Rosmawani Inra binti Ramlan dan disokong oleh Puan Siti Ros binti Osman.

5.3 YDP PIBG memohon maaf di atas kesulitan kerana capaian internet di sekolah agak terganggu.

6.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2020/2021

6.1 Laporan kewangan dibentang oleh En.Fairun Azrin Bin Che Ani.
Berikut merupakan laporan kewangan yang dibentangkan:

BIL PENERIMAAN RM BIL PERBELANJAAN RM
1. Baki di tangan pada 7,209.00
135.35 1. Duit Tahun 1 1,692.00
01.01.2020 2. Kertas A4
2. Baki di bank pada 26,724.33 3. Caj cek 3.00
7,209.00 4. Jumlah perbelanjaan 8,904.00
01.01.2020
3. Duit Tahun 1 34.33 25,063.66
4. Hibah
5. Jumlah Item 1-4 34,103.01 5. Baki di bank pada 135.35
6. 31.12.2020 34,103.01
6. JUMLAH BESAR Baki tunai di tangan

34,103.01 7. JUMLAH BESAR

6.2 Pembentangan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2019/2020 dicadangkan untuk disahkan oleh Encik
Fairus Hafizam bin Mohd Sarbi dan disokong oleh Encik Asnizan bin Abu Bakar.

6.3 Encik Shoeid memohon maaf sekali lagi di atas gangguan capaian internet di sekolah dan
menyatakan bahawa ianya merupakan salah satu cabaran pada masa kini.

7.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL

7.1 Pn Sumaiah binti Sani memohon pihak sekolah agar dapat menerangkan lebih lanjut tentang
PBD untuk murid supaya murid bersemangat menghantar tugasan dan ibu bapa lebih jelas.

PK Pentadbiran menjawab bahawa edaran browser PBD telah diedarkan kepada ibu bapa melalui
aplikasi whatsapp ibu bapa pada bulan April yang lalu dan telah diulang siar pada masa yang terdekat
untuk memberi ingatan kepada ibu bapa. Edaran PBD juga akan diulang siar dengan lebih kerap
selepas ini untuk memastikan ibu bapa mengambil berat tentang PBD kerana ia digunapakai pada
masa ini kerana tiada peperiksaan yang dijalnkan pada waktu terdekat ini.

7.2 Pn Sumaiah binti Sani Jika kelas dijalankan secara dalam talian,adakah boleh juga dibuat
antara ibubapa dan murid bersama guru kelas bersemuka secara dalam talian bagi sama-sama
berbincang masalah dalam pelajaran secara perjumpaan google meet bergilir dengan ibubapa
lain.contohnya setiap ibubapa dan murid diberi masa 5 minit seorang untuk bersemuka dengan guru
bagi berbincang masalah dan prestasi anak sepanjang pdpr.

PK Pentadbiran menjawab setiap hari pihak sekolah meminta guru-guru untuk melaporkan kehadiran
murid dalam SPDR dan dipantau oleh PPD dan JPN. Setiap minggu juga, pelaporan murid cicir akan
dikutip dan diberi kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama guru kelas untuk
dihubungi dan akan diberi bantuan mengikut keperluan. Contohnya pemberian gerobok rezeki untuk
murid yang terlibat covid-19.

7.3 Pn Sumaiah binti Sani selain secara google meet dan latihan nota,mungkin sesekali guru boleh
sediakan video tentang aktiviti kokurikulum yang dijalankan untuk kefahaman murid dan dilihat
berulang kali.

PK Kokurikulum menjawab dalam perjumpaan mingguan kadangkala guru akan membuat goggle
meet akan tetapi guru-guru boleh menyediakan satu kemahiran daripada pautan link yang
bersesuaian supaya murid boleh lihat berulang kali contohnya bantuan pertolongan cemas,
kemahiran badminton dan lain-lain.

7.4 Pn Hafiza binti Hilalluddin memohon kelonggaran untuk solat zohor bagi sesi petang.

PK petang menjawab semasa persekolahan secara bersemuka bulan Mac yang lalu sekolah tertakluk
kepada SOP yang sangat ketat dan surau juga tidak boleh digunakan, oleh kerana waktu rehat juga
secara berperingkat dan mengikut SOP yang ketat agak sukar. Perkara ini telah dibincangkan dan
akan difikirkan degan lebih terperinci mengikut SOP yang ditetapkan.

7.5 Rusliza binti Wahab mencadangkan waktu google meet untuk tahap 1, dibuat sama waktu belajar
bersemuka iaitu waktu petang kerana waktu pagi adalah jadual belajar sekolah agama dan
sebaliknya untuk tahap 2.

PK Petang menjawab di awal pelaksanaan pdpr perancangan telah dibuat untuk pdpr sesi petang pada
waktu pagi dan telah berhubung dengan sekolah-sekolah agama, akan tetapi memandangkan
pandemik yang berlarutan sekolah menggalakkan guru untuk pdpr secara online google meet.
Walaubagaimanapun hanya segelintir kelas yang bertindan masa dan guru telah diarahkan untuk
menganjakkan waktu kelas online iaitu selepas jam 11 pagi. Sekiranya pdpr hendak diubah ke waktu
petang ia perlu mengambilkira kesediaan murid dan pelaporan guru yang perlu dibuat sebelum jam
6 petang.

7.6 En Isnu bin Sururi dapatkan jalan penyelesaian bersama sekolah agama agar mata pelajaran
dan aktiviti tidak berulang, menjimatkan masa, tenaga, serta peruntukan.

PK Pentadbiran menjawab silibus untuk sekolah kebangsaan adalah dibawah KPM dan silibus
sekolah agama dibawah JAIS atau pihak swasta. Oleh itu masing-masing perlu dijalankan mengikut
takwim dan sukatan yang telah ditetapkan dan tidak boleh disatukan kerana ia berbeza dan perlu
dilaksanakan mengikut pentadbiran masing-masing.

7.7 En Isnu bin Sururi tempat dan latihan memanah harus disediakan di sekolah untuk aktif
peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan dengan motif SKPA3 Boleh, Cemerlang dalam semua
bidang sukan dan Kokurikulum.

PK Kokurikulum menjawab untuk sukan memanah SKPA3 telah dibantu dan bekerjasama dengan
kelab Abi Waqas yang berada di surau Hj Ismail. Surat juga telah dihantar kepada PPD untuk
memohon penggunaan padang sekolah sebagai tempat latihan memanah. Kelab Abi Waqas juga
memohon dan telah memindahkan alatan memanah ke sekolah atas faktor keselamatan.
Guru Besar juga menyatakan bahawa kebenaran latihan sewaktu pandemik masih tidak dibenarkan
oleh kementerian dan akan ditanguhkan sehingga diberitahu kelak.

7.8 Pn Rekiah Deraman Sebolehnya setiap mata pelajaran diadakan secara (online) google meet
agar murid-murid dapat merasakan suasana pembelajaran seperti bersemuka didalam kelas.

PK Pentadbiran menjawab pihak PPD dan jabatan sering memperingatkan kepada sekolah-sekolah
untuk menggunakan google meet dengan lebih kerap. Walaubagaimanapun penggiliran pdpr secara
google meet dibuat kerana beberapa kekangan antaranya ialah terdapat guru yang mengajar melebihi
4 kelas dan lebih terutamanya mata pelajaran elektif. Keutamaan pihak sekolah meminta guru mata
pelajaran teras untuk membuat kelas secara google meet. Kekangan lain ialah masalah murid
berkongsi peranti, rangkaian internet yang tidak stabil dan ibu bapa yang tidak dapat menguruskan
pdpr anak kerana bekerja.

7.9 Pn Rekiah Deraman adakan senaman ringan secara (online) google meet waktu pelajaran
Pendidikan Jasmani.

PK Kokurikulum menjawab guru-guru boleh melakukan senaman ringan melalui video atau tunjuk
cara melalui google meet untuk pdpr Pendidikan Jasmani.

8.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

8.1 Pengerusi meminta maaf jika ada melakukan kesalahan sepanjang beliau menjalankan tugas
sebagai YDP PIBG.

8.2 Pengerusi membubarkan barisan AJK PIBG SKPA 3 sesi 2020/2021.

9.0 PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

9.1 Berikut merupakan barisan AJK PIBG SKPA3 2020/2021

YDP : En. Shoeid bin Rajali

NYDP : En. Muhd Nizam bin Abdullah

Setiausaha : Cik Siti Nur Baizura binti Jamhuri

Bendahari : En.Fairun bin Che Ani

9.2 AJK Ibu Bapa

9.2.1 En. Asnizan bin Abu Bakar
9.2.2 Pn. Rosmawani Inra binti Ramlan
9.2.3 En. Errizani bin Abdul Rahim
9.2.4 En. Mohd Firdaus bin Rosli
9.2.5 En. Ayub bin Achah
9.2.6 En. Che Amin bin Che Omar

9.3 AJK guru

9.3.1 En. Tuan Azhan bin Tuan Aziz@Tuan Azab
9.3.2 Puan Noorsaidah binti Ismail
9.3.3 En. Mohd Khairie bin Solehan
9.3.4 Puan Fatimah binti Idha Nawawi
9.3.5 Encik Amir Hamzah bin Ali

9.4 Pemeriksa kira-kira

9.4.1 Puan Nor Baeyah binti Kalid
9.4.2 Puan Rohaida binti Marifin@Arifin

9.5 AJK Sukarela ibu bapa

9.5.1 En. Zaiwira bin Abdul Rahim
9.5.2 En. Shahrom bin Ishak
9.5.3 En. Azmi bin Ahmad
9.5.4 Pn. Syakirah binti Saidin
9.5.5 Pn. Rohaya binti Abdul Khalid
9.5.6 Pn. Aidah binti Siam
9.5.7 Pn Noor Shamsulida binti Mat Tahir
9.5.8 En. Saiful Izan bin Mohammad Ridzuan
9.5.9 En. Abu Bakar bin Abdul
9.5.10 Pn Marini binti Kamaruzzaman
9.5.11 Pn. Norzalina binti Husin
9.5.12 Pn Nurfhadila binti Selaiman
9.5.13 Pn. Anisaturrohmah binti Masrukhin
9.5.14 Pn Noor Razlina binti Razak
9.5.15 Pn. Nor Salwa binti Abdul Aziz
9.5.16 Pn. Hazaliza binti Muhammad Hamid
9.5.17 Pn. Sumaiah binti Sani
9.5.18 Pn. Azizah binti Mohd Amer
9.5.19 Pn Mariah binti Lia

10.0 UCAPAN PENUTUP

10.1 Puan Siti Nur Fazlina binti Ahmad selaku bekas Ahli Jawatankuasa PIBG mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua warga SKPA 3, ahli PIBG, dan ibubapa atas kepercayaan yang
diberikan selama ini. Beliau juga berharap agar semua ibubapa terus berganding bahu
menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

10.2 Encik Nor Azmi bin Sakdun memaklumkan bahawa Encik Halim selaku AJK PIBG terlibat
dalam kemalangan dan kurang sihat dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Halim
di atas sokongan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada SKPA 3.

10.3 Encik Shoeid bin Rajali turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan AJK lama di
mana anaknya tidak lagi bersekolah di SKPA 3, iaitu Puan Siti Fazlina dan Encik Halim Nawi
di atas jasa mereka yang tidak terbalas kepada SKPA 3 dan berharap agar semua ibubapa SKPA
3 bersama-sama menjadi AJK secara sukarela untuk membantu pihak sekolah agar anak-anak
murid juga mendapat manfaatnya.

11.0 HAL-HAL LAIN

11.1Puan Siti Aminah binti Omar selaku guru SKPA 3 memaklumkan bahawa berlaku kerosakan
yang teruk pada kerusi dan meja guru kerana serangan anai-anai yang terlalu banyak dan
berharap agar pihak PIBG dapat menggunakan perkhidmatan pest control agar masalah ini dapat
diatasi.

11.2 Ustaz Sarip Udin bin Boiran memohon bantuan PIBG untuk membantu bekerjasama mengecat
untuk membuat line yang sesuai di laluan pulang pelajar sekolah bagi memudahkan pergerakan
murid agar tidak bertembung dengan laluan kenderaan guru.

11.3 Ustaz Sarip Udin bin Boiran memaklumkan bahawa latihan sukan memanah tidak mendapat
kebenaran daripada jabatan, namun latihan tetap dibuat secara dalaman tanpa menggunakan
premis sekolah pada hari Sabtu dan Ahad dan berharap agar latihan dapat dijalankan dan
mendapat kebenaran oleh jabatan dengan bantuan PIBG.

11.4 Encik Asnizan bin Abu Bakar memaklumkan bahawa beliau aakan berbincang dengan Ustaz
Sarip Udin bin Boiran untuk membantu mengecat line di kawasan yang diperlukan.

Majlis ditangguhkan pada pukul 1.23 petang.

Pencatat minit mesyuarat:

1. Rabiatul Adawiyah binti Aisa
2. Husna binti Sabri
3. Norazilah binti Hussin

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………….. …………………………..
(CIK SITI NURBAIZURA BINTI JAMHURI) (SHOEID BIN RAJALI)
Setiausaha PIBG , YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3

Disahkan oleh:

……………………………………..
(SALASIYAH BINTI PATONI)
Guru besar,
Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3

PENYATA TAHUNAN 2021
PIBG SK PUNCAK ALAM 3

AKTIVITI – AKTIVITI SEKOLAH BERSAMA PIBG
SEPANJANG TAHUN 2021

BIL AKTIVITI TARIKH
09.01.2021
1. Gotong royong mewujudkan 1 kelas
baru.

2. Mensanitasi kelas dan kawasan 04.04.2021
sekolah.

3. Gotong - royong membaik pulih meja 17.04.2021
dan kerusi murid.

4. Mesyuarat AJK PIBG. 13.09.2021

Gotong royong membersihkan dan 26.09.2021
5. membaja pokok-pokok di dalam

kawasan sekolah.

USUL / CADANGAN ( KURIKULUM )

BIL NAMA KURIKULUM JAWAPAN

Mempertingkatkan lagi hal - PdPC dilaksanakan selaras

kemahiran pembelajaran murid dengan pelaksanaan PAK 21.

1. SHAHROLNYZAM yang lebih mudah, sistematik
BIN JAMIN dan teratur berbanding - Sedikit kekangan sebelum ini
penggunaan kaedah teori dan untuk melaksanakan kerana

konsep. SOP yang ketat di dalam

kelas.

Untuk subjek pendidikan - Bilangan guru yang sedikit (

jasmani,di harapkan diletakkan seorang guru mengajar 14-16

di awal pagi atau pada masa waktu seminggu) agak

pertama setiap hari. Ini adalah mustahil untuk melaksanakan

supaya minda anak-anak lebih kesemua kelas Pendidikan

cerdas dan aktif untuk Jasmani pada waktu pertama

MOHAMAD AFZAN pelajaran seterusnya. Saya juga dan kedua.

2. BIN ADNAN memohon agar semua aktiviti

pendidikan jasmani dilakukan - Merujuk Garis Panduan

di padang sekolah dan bukan di Pengurusan dan

dalam kelas masing-masing. Pengoperasian Sekolah 3.0

sebelum ini, Pendidikan

Jasmani tidak boleh

dilaksanakan di padang

sekolah

Mempergiat dan - Perkara ini telah/sedang

mengoptimumkan penggunaan dipraktikkan dengan

teknologi bagi memudahkan kemudahan terhad yang ada.

proses pengajaran dan

pembelajaran murid-murid. - Bilik-bilik yang terhad

SHAZLINA ASMA Kelihatannya mereka lebih seperti bilik ICT, bilik tayang

3. BAHARUDIN suka dengan cara yang lebih sukar untuk menampung

interaktif. kapasiti murid yang ramai.

- Tidak semua murid
mempunyai akses internet dan
gajet

NOOR AZIZAH BINTI Buat penambahbaikkan utk - Telah dirancang dalam Takwim
AHMAD
4. murid-murid menyertai aktiviti- Perancangan Tahunan /Panitia

aktiviti matapelajaran

Saya usulkan supaya guru-guru - Murid diberitahu oleh guru subjek

memberi makluman awal samada melalui whatsapp kelas atau

kepada murid buku mana yang semasa di dalam kelas pada hari

perlu dibawa ke sekolah sehari sebelumnya untuk hanya membawa

sebelum kelas bermula. Ini 2 buah buku sahaja iaitu buku teks

adalah untuk mengurangkan dan buku latihan.

bebanan berat buku yang

dibawa anak-anak. Lebih-lebih - Diambil tindakan merujuk SPI

lagi jika anak itu bertubuh kecil KPM yang dikeluarkan baru-baru

dan perlu ke kelas tingkat atas. ini.

NUR ZAHIDAH Saya percaya guru-guru

5. BAHRUDIN memang sudah membuat - Membina jadual 3-4 subjek sahaja

persediaan awal tentang untuk Tahap 1 dan 5-6 subjek untuk

rancangan pengajaran untuk Tahap 2. Ini berdasarkan arahan

kelas seterusnya. Terima kasih terkini yang diterima oleh pihak

sekolah.

Akan dilaksanakan mulai minggu

hadapan.

- Murid diminta membawa buku
mengikut jadual waktu yang
ditetapkan

6. MOHD SAFRI MAT Mempertimbangkan murid - Sila rujuk No. 5
JAYA membawa seminima mungkin
buku ke sekolah

Pihak sekolah dan guru perlu - Perkara ini memang diberi

menekankan pengetahuan asas perhatian dan diambil tindakan

murid seperti membaca, sewajarnya pada sesi persekolahan

mengira, menulis dan mengeja. 2022/2023.

Penilaian awal murid amat

penting pada waktu ini bagi - Mewujudkan Jawatankuasa

menilai tahap kebolehan murid Program Literasi dan Numerasi

sebelum meneruskan (Plan) Sekolah Rendah dengan

pembelajaran lebih lanjut. Ini pemantauan JPNS/PPD.

MOHD ASRAR BIN kerana pada pendapat saya,
MOHD ZAIN
7. mungkin ada murid yang - Mewujudkan jawatankuasa murid

tercicir pembelajarannya cicir, membuat ziarah cakna,

semasa tadika disebabkan mengadakan sesi kaunseling dengan

Covid19. Pengetahuan murid atau ibu bapa yang terlibat.

mengenai berfikir secara

kreatif, inovatif, kebolehan

membuat keputusan patut

dibiarkan dahulu, tumpukan

pada pengetahuan asas murid

dahulu sebagai matlamat

utama.

Mohon guru maklum melalui

Whatsapp group kelas buku apa - Sila rujuk No. 5

yang perlu dibawa untuk kelas

keesokan harinya. Saya percaya

guru-guru kreatif dalam

ADI SHAHRIR BIN AB mempelbagaikan kaedah

8. RAZAK pembelajaran dan tidak

bergantung sepenuhnya kepada

buku teks. Dengan ini dapat

mengurangkan jumlah buku

teks yang perlu dibawa setiap

hari.

HAL EHWAL MURID

BIL NAMA HEM JAWAPAN
- Cadangan untuk sudut Public - Sudut Public Speaking telah
ROSLINDA BINTI Speaking bagi murid-murid diwujudkan di Dewan Nilam.
9 ARIFIN tahun 6 sebagai persediaan
temuduga untuk Tingkatan 1 -Program ini tidak dapat
10. SITI HAWA BINTI dilaksanakan pada waktu PKP
YUSOP - Minta pihak sekolah membuat kerana murid berada di dalam kelas
tempahan makanan di kantin dan sepanjang masa.
makan di kelas. -Tidak dapat dilaksanakan kerana
jumlah murid yang ramai dan bilik
darjah yang banyak.

11. NUR ALDAYANI - Membenarkan pesanan - Akan dipertimbangkan mengikut
DAUD makanan secara mingguan kesesuaian
terutama untuk Tahun 1.

- Mengadakan sesi kaunseling - Dilaksanakan dari masa ke semasa

untuk murid-murid yang ada melalui bimbingan peribadi dan

12. NUR FALINA BINTI masalah untuk ke sekolah dan bimbingan kelompok.
REDZAUDDIN masalah pembelajaran.

Melaksanakan Ziarah Cakna.

- Buat penambahbaikan untuk -Telah merancang sesi motivasi

NOOR AZIZAH BINTI murid-murid kembali kelompok

13. AHMAD bersemangat belajar setelah

pandemik

UMI MAZWANA - Menaik taraf kebersihan - Kekurangan pekerja pembersihan.
BINTI ABD AZIZ
14. tandas-tandas di sekolah. Buat masa ini hanya ada 2 orang

sahaja.

- Menyediakan selipar untuk - Pernah dilaksanakan. Walau

MOHD HAFSHAM BIN murid-murid ke tandas bagi bagaimanapun berlaku kejadian tandas

15. SADUDI mengelakkan kasut basah. tersumbat disebabkan selipar jatuh ke

dalam lubang.

- Menerapkan pendekatan secara -Telah dilaksanakan dari semasa ke
islamik bagi yang beragama semasa.
Islam serta membuat program
kesedaran kepada murid
mengenai kesan buruk masalah -Murid yang ada masalah disiplin
disiplin seperti buli, mencuri, dirujuk kepada Unit Bimbingan dan
ponteng sekolah dan mengejek. Kaunseling (B&K)
MOHD ASRAR BIN Kesedaran ini perlu diserapkan
16. MOHD ZAIN dan didedahkan dari peringkat Pelbagai program (B&K) dan Unit
awal. Pihak sekolah dan guru Disiplin telah dirancang.
perlu memantau dan memerhati
tingkah laku murid yang
membawa pengaruh buruk
kepada murid lain seterusnya
menangani pengaruh buruk itu
dengan segera

- Uruskan waktu tertentu untuk - Sekolah 2 sesi agak sukar
MOHD ISNAWI BIN hantar dan ambil anak untuk dilaksanakan kerana tertakluk kepada
17. CHE ISHAK mengelakkan keadaan yang bilangan waktu belajar.

terlampau sesak.

- Pelepasan murid secara - Telah dilaksanakan.

SHAZLINA ASMA berperingkat bagi (Sesi Petang)

18. BAHARUDIN mengurangkan kesesakan

semasa murid pulang.

- Murid Tahun 1 dapat - Atas faktor keselamatan murid

dilepaskan keluar melalui pintu Tahun 1 tidak dapat dilepaskan

pagar besar kerana murid-murid keluar.

dapat melihat ibubapa yang

mengambil mereka dan jika

ibubapa belum datang, murid

19. SAFINAZ BINTI boleh menunggu di tempat
HANZAH menunggu.

- Murid berada di dalam pagar dan

- Murid dihantar ke bahagian mudah untuk diselia oleh guru serta

hadapan pagar mengikut kelas, mudah dilihat dari luar pagar.

jadi mudah untuk ibu bapa

menunggu giliran kelas anak-

anak mereka. Jika tidak, ibubapa

akan berpusu-pusu menunggu

depan pintu pagar.

- Dicadangkan bagi Untuk Sesi Petang:

melancarkan pergerakan murid

semasa pertukaran sesi pagi dan - Murid Tahun 1 ikut pintu pagar kecil

petang, agar dibuka 2 pintu

pagar bagi mengasingkan laluan - Tahun 2 dan Tahun 3 ikut laluan

20. ADI SHAHRIR BIN AB masuk dan laluan keluar murid. pagar utama/pagar besar.
RAZAK Ini kerana kita masih perlu Isu: Hanya ada 2 laluan masuk.
menjaga penjarakan sosial

walaupun negara akan beralih ke

fasa endemik, COVID 19 ini

masih belum hilang sepenuhnya.

Kesihatan murid masih perlu

dititik beratkan.

- Mohon laluan khas untuk van - Tempat parking van telah

sekolah dan laluan bagi murid disediakan oleh pihak PIBG.

yang menaiki van sekolah.

- Pengawal telah menjalankan tugas.

- Mohon pihak kawalan

keselamatan mengawal laluan

21. KAMAR BIN KASSIM bagi anak-anak yang menaiki
van sekolah.

- Mohon juga ibu bapa yang
mengambil anak tidak
menghalang laluan tersebut dan
pengawal keselamatan perlu
lebih tegas.

- Cadangan supaya setiap kelas

NORHAYATI YACOB disediakan kabinet menyimpan 1. Locker dibekalkan secara
buku teks untuk mengurangkan berperingkat oleh KPM.
22.

beban mengangkat beg berat

setiap hari 2. Penyusunan jadual semula

- Cadangan ibu bapa murid melibatkan bilangan matapelajaran

berkongsi beli locker di kelas dalam sehari sedang dilaksanakan.

23. ZULAILA BT supaya murid tidak perlu
RAMLAN membawa buku teks yang
banyak.

- Mohon pihak PIBG SDA (sila rujuk No. 22)

menyediakan kotak/loker bagi

NUR AZILA BT setiap murid dan diletakkan di

24. HAMDIN dalam kelas untuk

mengurangkan beban murid

membawa buku mengikut jadual

yang ditetapkan.

- Diharap pihak sekolah SDA (sila rujuk No. 22)

menyediakan kemudahan

seperti almari simpanan atau

25. SHAHROLNYZAM peti serbaguna untuk kegunaan
BIN JAMIN murid menyimpan buku teks

atau yang berkaitan untuk

mengelakkan isu beg berat

dikalangan murid.

- Saya mencadangkan setiap SDA (sila rujuk No. 22)

kelas menyediakan rak buku

atau locker untuk murid

26. MOHAMAD AFZAN menyimpan buku teks dan buku
BIN ADNAN aktiviti mereka di sekolah. Ini
adalah kerana beg yang anak

saya galas setiap hari ke sekolah

sangat berat dan sangat tidak

bagus bagi kesihatan tulang

belakang murid.

- Mengubahsuai meja supaya SDA (sila rujuk No. 22)

27. NUR MADIHAH BINTI dapat menyimpan buku-buku
JAFAR murid. Locker dapat dikunci dan
sesuai untuk kegunaan murid-

murid 2 sesi persekolahan.

Usul: Beg murid yang berat. SDA (sila rujuk No. 22)

Cadangan 1: Hadkan jumlah

matapelajaran antara 3 - 4

MOHD FAHARUL matapelajaran sahaja dalam

28. RAZI BIN ABDUL sehari.
LATIP Cadangan 2: Had minimum

masa belajar tidak kurang dari

60 minit dan tidak lebih 90 minit

setiap matapelajaran dalam

sehari.

MOHD FAIZAL BIN - Sediakan locker atau almari SDA (sila rujuk No. 22)

29. DZULKAPLI buku di sekolah supaya beg anak

tak berat

1.Saya berharap sangat jika guru SDA (sila rujuk No. 22)

besar boleh pertimbangkan

penyediaan kotak atau bekas

untuk menyimpan buku di

sekolah supaya beg sekolah

anak-anak tidak berat. Saya

simpati dan terbeban pada anak-

30. NUR IZYAN HANI anak yang terpaksa membawa
beg berisi buku yang sangat

berat lebih dari berat mereka.

Saya juga bersetuju jika bekas

itu perlu dibeli oleh saya

menggunakan duit saya sendiri.

2. Penjualan dan menu makanan

2. Penjualan makanan yang mengikut garis panduan Pengurusan

lebih berkhasiat dijual untuk Kantin

anak-anak murid.

- Sekolah boleh menyediakan SDA (sila rujuk No. 22)
rak untuk murid kurangkan
MONA IDHAYU BINTI beban buku sekolah setiap hari.
31. KAMARUDDIN Untuk kos, setiap kelas boleh
berkongsi dan boleh diusulkan
kepada ibubapa.

- Saya mohon pihak sekolah Akan dibincangkan dalam mesyuarat
memberi ruang waktu solat panitia.
MAS AIMI BINTI Zohor dan Asar dalam tempoh
32. ZAITON 5-10 minit untuk murid-murid
solat (bagi yang dah pandai
solat).

- Cara mengatasi beg yang berat SDA (sila rujuk No. 22)
dengan buku teks dan latihan
yang dibawa menyukarkan
murid-murid terutama yang
SURAYAWATI BINTI mempunyai badan yang kecil.
33. MUHAMD MARHOM Anak sering mengadu sakit
bahu. Diharap perkara ini segera
diselesaikan. Terdapat buku
aktiviti yang tidak habis dibuat
sehingga akhir tahun.

- Penyediaan locker atau kotak SDA (sila rujuk No. 22)

34. MUHAMMAD simpanan untuk mengurangkan
AMIRUL BIN ABDUL beban buku teks. Pembelian
sendiri ibu bapa yang mampu
MUTALIB dan bantuan pembelian untuk

yang kurang mampu.

35. MOHD SAFRI MAT Menyediakan locker di sekolah SDA (sila rujuk No. 22)
JAYA

KO-KURIKULUM

BIL NAMA KO-KURIKULUM JAWAPAN
ROSLINDA BINTI Aktiviti pakaian seragam seperti - Telah diputuskan dalam mesyuarat
Pengakap diadakan pada hari pengurusan dan PPD juga bersetuju
36. ARIFIN Sabtu
Penukaran waktu kokurikulum
MAZIAH BINTI
37. HARUN

Guru hendaklah menyediakan satu - Setiap unit telah disediakan modul

modul yang sesuai yang boleh oleh KPM dan unit masing-masing

38. SHAHROLNYZAM diguna sama dengan setiap merancang berdasarkan modul

BIN JAMIN komponen kokurikulum secara tersebut

umum

- Aktiviti gotong royong - Telah dilaksanakan diperingkat

membersihkan kawasan sekeliling kelas berdasarkan jadual tugasan

39. UMI MAZWANA bilik darjah/sekolah oleh murid. kelas
BINTI ABD AZIZ Ini kerana di musim pendemik ini,
murid kurang aktiviti di

luar/sukan/beruniform.

- Berpakaian sukan pada hari Rabu

(Kokurikulum)

40. MOHD ISNAWI BIN Had masa untuk aktiviti - Aktiviti memanah tiada dalam

CHE ISHAK Pendidikan Jasmani sekurang- kandungan matapelajaran

kurangnya 1 jam; seperti aktiviti Pendidikan Jasmani sekolah rendah.

memanah untuk membantu anak- Ia hanya termasuk dalam aktiviti

anak fokus dalam pembelajaran. kokurikulum. Keahlian terbuka

Jadikan subjek wajib. kepada sesiapa yang ingin

menyertai.

SHAZLINA ASMA Melaksanakan sukan tahunan - Saringan untuk sukan tahunan
41. BAHARUDIN secara 2 peringkat iaitu Tahap 1 Tahap 1 dan Tahap 2 dilakukan lebih
dan Tahap 2 secara berasingan awal dan berasingan.
42. MOHD ASRAR BIN supaya murid-murid dapat
MOHD ZAIN bersukan walaupun mengikut - Peruntukan masa sukan tahunan
SOP. Penglibatan murid dalam hanya 1 hari sahaja.
sukan walaupun hanya sukantara
sudah memadai untuk murid tahun - Permohonan untuk tidak terlibat
1 khasnya bagi merasai dan menyertai aktiviti kokurikulum
pengalaman bersukan di sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa. Ibu
rendah. bapa boleh menulis surat pelepasan
Aktiviti kokurikulum amat dari menyertai aktiviti kokurikulum
digalakkan bagi perkembangan atas sebab kesihatan.
sihat fizikal murid. Akan tetapi
pemantauan rapi perlu dilakukan
bagi mematuhi SOP agar tidak
bersentuhan dan mengamalkan
jarak fizikal. Kelonggaran perlu
diberikan kepada murid yang
mengambil keputusan untuk tidak
menyertai aktiviti kokurikulum ini
atas sebab kesihatan atau
sebagainya. Ini bermaksud tiada
paksaan jika murid atau ibubapa
bimbang akan isu keselamatan dan
kesihatan.

43. MOHD SAFRI MAT Menyediakan sukan yang - Semua aktiviti sukan adalah
JAYA bersesuaian dengan murid dan mengikut ketetapan KPM.
tidak membebankan

LAIN - LAIN

BIL NAMA LAIN-LAIN JAWAPAN

44. ERRIZANI BIN Kutip sumbangan PIBG SK Akan dibahaskan semasa mesyuarat
ABDUL RAHIM Puncak Alam 3 dinaikkan PIBG kali ke-12.
kepada RM50 untuk manfaat
anak-anak.

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada:
Tuan Haji Mohd Azuan bin Mohd Nawawi

(Pegawai PPD Kuala Selangor)
Pn. Salasiyah Binti Patoni
(Guru Besar SKPA3)
En Shoeid b Rajali

(Yang Dipertua PIBG SKPA3)
Juga ribuan terima kasih tidak terhingga kepada:

Barisan guru-guru,
Barisan AJK PIBG sesi 2021/22

Semua ibu bapa dan penjaga
Dan mereka yang telah memberikan sumbangan

secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan mesyuarat ini.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version