Program Solat Hajat Mingguan SMKDARA,
untuk calon-calon SPM 2020
Hari : Khamis malam Jumaat
Tempat : Dirumah masing-masing (bersama keluarga)
Objektif Program :
= melahirkan pelajar yang mengamalkan amalan yang dianjurkan Islam
= memupuk kesedaran pelajar tentang kelebihan melakukan solat sunat hajat
= mendidik pelajar supaya meletakkan harapan hanya kepada Allah S.W.T setelah
berusaha bersungguh-sungguh
= mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga
= merapatkan hubungan antara warga sekolah, ibubapa dan semua calon-calon SPM
melalui doa dan hajat yang sama
Sasaran : Semua guru, staf, ibubapa dan calon-calon SPM 2020.
Tarikh (seperti berikut):
- 28 Januari 2021
- 04 Februari 2021
- 11 Februari 2021
- 18 Februari 2021
- 25 Februari 2021
Tentatif Program
7.14 Solat Maghrib (ikut masuk waktu solat semasa)
7.25 Bacaan Yasin dan tahlil
8.29 Solat Isyak (ikut masuk watu solat semasa)
8.45 Solat sunat hajat
Badan Dakwah dan Surau ar-Rahman, SMKDARA
• Panduan Solat Hajat
- Niat
Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala.
- Rakaat pertama
Baca Surah al-Fatihah, 1x
Baca surah al-Kafirun,3x
- Rakaat kedua
Baca surah al-Fatihah
Baca surah al-Ikhlas,7x
- Bacaan dalam sujud terakhir,40x
- Beri salam
- Membaca doa seperti berikut :
., ,
Ya ALLAH, Ya TUHAN Kami,
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Yang memberi ketenteraman dan kebahagiaan dalam hati kami. Di tengah situasi yang mencekam
ini,adanya Wabak Virus Corona yang semakin meningkat, Kami bersimpuh di hadapan-Mu
memohon ampun atas dosa-dosa dan kekhilafan kami
Kami lemah tak berdaya
sedang Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu
Kami tidak mampu mengusir dan membasmi virus Corona dari muka Bumi ini
tanpa campur tangan-Mu. Maka hapuskanlah virus ini dengan segera.
Badan Dakwah dan Surau ar-Rahman, SMKDARA
Ya ALLAH, kami mohon kepadaMu, bantulah anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan SPM
tahun 2020 tidak lama lagi,agar mereka memperolehi keputusan yang paling cemerlang serta mencapai
ETR yang telah ditetapkan.
YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan
ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah
mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.
YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
YA ALLAH,
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan
yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia
sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri
mereka kepada Mu Ya Allah.
YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau
perbaiki akhlak anak-anak kami. Jauhkanlah mereka daripada sifat malas,leka dan salah ketika
menjawab soalan.
Ya ALLAH,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH. Kami serahkan anak-anak kami
untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di
tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau
murkai. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya
Allah.
YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara-perkara
yang tidak berfaedah.
YA ALLAH,Perkenankanlah doa kami ini.
Badan Dakwah dan Surau ar-Rahman, SMKDARA
, ,
,
.
. .
. .
.
.
Badan Dakwah dan Surau ar-Rahman, SMKDARA