The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skk perhebat, 2024-02-06 03:34:31

UPDATE 4_(6.2.24)_e buletin 2023

UPDATE 4_(6.2.24)_e buletin 2023

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) yang merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan untuk memperkasa veteran tentera dalam bidang keusahawanan. PUVET ATM yang dilaksana Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berperanan sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka. PUVET ATM IKHTIAR MEMACU KEUSAHAWANAN VETERAN TENTERA 31 Julai 2023, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur 4


5 Bagi memastikan inisiatif ini dapat dinikmati secara holistik dan inklusif oleh veteran, maka Kementerian Pertahanan telah mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang Veteran ATM ini, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan dana Program Peduli Veteran (PPV) berjumlah RM1 juta dan geran bernilai RM5,000.00 kepada 5 orang Usahawan Veteran ATM di bawah inisiatif Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. YAB Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan 2,000 Bakul Rahmah kepada persatuan-persatuan veteran ATM di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau diiringi YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan. Hadir sama, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara), Pengerusi PERHEBAT, Tn. Hj. Zakariah bin Hj. Md Sam, Ketua Pengarah PERHEBAT. Bagi melebarluaskan manfaatnya, siri jelajah PUVET ATM akan diteruskan ke seluruh Malaysia bagi mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan dan bimbingan keusahawanan yang diperlukan oleh veteran. Antara pengisian lain, program PUVET ATM turut berperanan memberi motivasi kepada usahawan veteran ATM termasuklah Dialog dan Ceramah bersama ikon dunia perniagaan dan jaringan pemadanan bersama agensi kerajaan dan swasta seperti TEKUN Nasional, Agro Bank, PERKESO, Jabatan Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia dan MARA.


ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI ANGKAT MARTABAT TVET, PM MAHU INSTITUSI TVET AJAR TEKNOLOGI BAHARU SEPERTI AI 23 November 2023 | Shah Alam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri menjadi titik tolak usaha berterusan kerajaan untuk mengangkat martabat aliran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) ke satu tahap yang lebih tinggi. Inisiatif itu merupakan acara tahunan di peringkat kebangsaan bagi memberi pengiktirafan kepada individu cemerlang dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Malah langkah berkenaan bertujuan mencungkil dan menggilap bakat-bakat besar yang akan mengarusperdanakan TVET dalam negara dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. 7


Maka dengan sebab itu, Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri selaku anugerah tertinggi diberikan kepada pemenang terbaik keseluruhan dalam Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP). Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri merupakan wadah pengiktirafan kerajaan bagi mengiktiraf individu yang cemerlang dalam lapangan kemahiran atau TVET yang dianjurkan di dalam dan luar Selain itu katanya, ia juga merupakan antara platform tertinggi pengiktirafan kepada belia dan tenaga pengajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang kemahiran masing-masing. Penganugerahan tertinggi itu susulan kejayaan Mohd Nazeri yang berjaya merangkul pingat Platinum World Skills Malaysia Pengajar (WSMP) 2022 dalam saingannya bersama 12 Pengajar daripada 9 institut latihan awam dan swasta di seluruh negara. negara. Pengajar PERHEBAT, Mohd Nazeri Abdol mengharumkan nama PERHEBAT apabila berjaya meraih Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri. Anugerah paling berprestij dalam pertandingan kemahiran di Malaysia itu telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2023 di Shah Alam Convention Center. 8


YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan meluangkan masa menyantuni Usahawan Veteran ATM di program VETERANiaga @ PUVET ATM yang berlangsung di Tingkat 1, Bangunan Parlimen Malaysia. Veteran yang terlibat mengambil peluang berkongsi pengalaman dengan sambutan hangat yang diterima daripada pengunjung di Parlimen. Timbalan Menteri Pertahanan itu turut menyampaikan plaka penghargaan kepada veteran yang terlibat mempromosi dan memasarkan produk keluaran mereka seperti produk makanan, kesihatan, fesyen songket dan batik, bag & aksesori serta kraftangan. 29 November 2023 | Parlimen Malaysia DI VETERANIAGA @PUVET ATM YB ADLY ZAHARI, TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN Program VETERANiaga @ PUVET ATM oleh PERHEBAT adalah antara inisiatif di bawah Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) yang menyediakan platform promosi dan jualan produk/perkhidmatan khusus kepada Usahawan Veteran ATM. 9


10 WALKABOUT DI PROGRAM VETERANiaga @ PUVET ATM 28 November 2023 | Parlimen Malaysia MENTERI PERTAHANAN Program selama 4 hari bermula 27-30 November 2023 ini disertai Usahawan Veteran ATM dengan pelbagai produk seperti produk makanan, kesihatan, fesyen songket dan batik, bag & aksesori serta kraftangan. YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan menyantuni Usahawan Veteran ATM yang terlibat dalam program VETERANiaga @ PUVET ATM, iaitu aktiviti promosi dan jualan pelbagai produk keluaran veteran ATM.


Booth jualan pelbagai produk Usahawan Veteran ATM seperti produk makanan, kesihatan, fesyen songket dan batik, bag & aksesori dan kraftangan. Program VETERANiaga @ PUVET ATM oleh PERHEBAT adalah antara inisiatif di bawah Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) yang menyediakan platform promosi dan jualan produk/perkhidmatan khusus kepada Usahawan Veteran ATM. Hari pertama program berjaya mencuri tumpuan Ahli Parlimen yang sudi singgah menyantuni dan mendapatkan produk keluaran veteran ATM. 11


12 TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MERASMIKAN MAJLIS PENGANUGERAHAN DIPLOMA LANJUTAN & DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA, RPEL Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Lanjutan & Diploma Kemahiran Malaysia, di bawah inisiatif Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) di Kompleks PERHEBAT hari ini. Tahun 2023, seramai 824 Anggota dan Veteran ATM berjaya ditauliahkan dengan Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia. Program RPEL menyediakan pensijilan dalam 22 bidang perkhidmatan ATM antaranya Pengurusan Pentadbiran, Penyelenggaraan Pesawat, Pengurusan Operasi Selam Skuba, Pengurusan Operasi Logistik dan Pengurusan Operasi Sekuriti. RPEL adalah program pensijilan berstruktur dengan pendekatan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu yang mengiktiraf individu berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu dan boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam National Occupational Skills Standard (NOSS) JPK. Calon-calon dinilai secara amali oleh JPK dan PERHEBAT bagi melayakkan mereka dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia. 13 Disember 2023 | Dewan Jubli Perak, Kompleks Perhebat Sg. Buloh


Dalam majlis penyampaian diploma dan sijil ini YB Adly diiringi Pengerusi LTAT, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara), Pemangku Ketua Pengarah PERHEBAT, Kapten Mohd Radzi Mohd Ali TUDM (Bersara), Mejar Jeneral Nahar Azmi Mahmud Ahmad, Ketua Pengarah Dasar & Pembangunan, Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat. 13


14 PERHEBAT telah meneroka potensi kerjasama baharu bersama Agrobank, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Seicom System Sdn. Bhd. yang menampilkan beberapa inisiatif untuk kesejahteraan kumpulan sasar. Pertukaran MoU yang disaksikan YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemangku Ketua Pengarah PERHEBAT, Kapten Mohd Radzi Mohd Ali TUDM (Bersara), diadakan bersempena Majlis Penganugerahan Diploma Lanjutan & Diploma Kemahiran Malaysia, Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) pada 13 Disember 2023 di Kompleks PERHEBAT, Sungai Buloh. Kolaborasi PERHEBAT dan Agrobank menyediakan Skim Pembiayaan Perniagaan yang memperuntukkan RM10 juta dana keseluruhan untuk Anggota ATM yang akan bersara dan Veteran ATM yang terlibat dalam industri agro makanan. Anggota dan Veteran ATM yang berkelayakan berpeluang menerima pembiayaan bermula dari RM1,000.00. Bagi memangkin usaha ini, program latihan keusahawanan kepada kumpulan sasar bakal dilaksana melalui Agrobank Centre of Excellence (ACE). KOLABORASI BERSAMA UPM, AGROBANK & SEICOM SYSTEM, BAKAL BERI MANFAAT KEPADA VETERAN ATM KEPADA VETERAN ATM TAWAR PEMBIAYAAN RM10 JUTA


15 Kerjasama dengan UPM akan diteruskan melalui program USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT, iaitu latihan dan bimbingan berstruktur dalam pertanian untuk Anggota dan Veteran ATM dengan peluang pekerjaan sebagai Agropreneur. Selanjutnya, kolaborasi dengan Seicom System Sdn Bhd pula bakal menawarkan program latihan dan peluang kerjaya dalam industri satelit dan komunikasi kepada Veteran ATM. Pertukaran dokumen MoU disempurnakan di antara PERHEBAT (Hj. Mohd Zamri Mohd Salim, Pendaftar), Universiti Putra Malaysia (Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor), Agrobank (YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif) dan Seicom System Sdn Bhd (Dr. Zaiyadi Hj Awang Noh, Presiden) Semua usaha kolaborasi ini bertepatan dengan inisiatif Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) yang dilaksana oleh Kementerian Pertahanan melalui PERHEBAT yang memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua dan keusahawanan. Ia selari dengan Strategi Peningkatan Taraf Sosioekonomi Veteran ATM bagi membantu veteran dalam kelompok B40 untuk meningkatkan taraf hidup.


16


17


18 Sempena Majlis Penganugerahan Diploma Lanjutan & Diploma Kemahiran Malaysia, Program Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) pada 13 Disember lalu di Kompleks PERHEBAT, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari berkunjung ke Karnival VETERANiaga. Karnival yang diadakan bersempena majlis itu menghimpunkan Usahawan Veteran ATM yang mempromosi produk jualan mereka kepada pengunjung. SINGGAH SANTAI TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN @ KARNIVAL VETERANiaga 13 Disember 2023 | Dewan Jubli Perak, Kompleks Perhebat Sg. Buloh


PUVET ATM yang dilaksana melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berperanan sebagai pemudahcara dan penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka. YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan telah melancarkan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM), dalam usaha Kementerian Pertahanan untuk memartabatkan kerjaya kedua veteran tentera khususnya dalam bidang keusahawanan. Bagi memastikan inisiatif ini dapat dinikmati secara holistik dan inklusif oleh veteran, maka Kementerian Pertahanan telah mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. JELAJAH PUVET ATM 19


20 13 Julai 2023 PUVET ATM NEGERI SEMBILAN YB Adly Zahari telah berkesempatan mengadakan Sharing Session bersama 150 Veteran ATM yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Seramai 5 orang Usahawan Veteran ATM telah terpilih untuk menerima padanan geran bernilai RM5,000.00 di bawah inisiatif Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. YB Adly Zahari turut menyampaikan 500 Bakul Rahmah kepada 19 Persatuan-Persatuan Veteran ATM Cawangan Negeri Sembilan untuk diagihkan kepada golongan veteran. Hadir sama ke program ini; Tuan Haji Zakariah Haji Md Sam, Ketua Pengarah PERHEBAT, En. Sophian Isswandy Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, En. Zahrail Affenday Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan. Bagi melebarluaskan manfaatnya, siri jelajah PUVET ATM akan diteruskan ke seluruh Malaysia bagi mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan dan bimbingan keusahawanan yang diperlukan oleh veteran. Antara pengisian lain, program PUVET ATM turut berperanan memberi motivasi kepada usahawan veteran ATM termasuklah Dialog dan Ceramah bersama ikon dunia perniagaan dan jaringan pemadanan bersama agensi kerajaan dan swasta seperti TEKUN Nasional, Agro Bank, PERKESO, Jabatan Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia dan MARA.


21 PUVET ATM NEGERI PAHANG 29 Ogos 2023 Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) kali ini ke negeri Pahang, menyantuni veteran ATM yang terlibat dalam bidang perniagaan. YB ADLY ZAHARI, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan PUVET ATM peringkat negeri Pahang yang dihadiri sekitar 150 veteran. Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kepada 10 orang Usahawan Veteran ATM. Beliau diiringi Timbalan Ketua Pengarah PERHEBAT, Kapten Mohd Radzi Mohd Ali TUDM (Bersara). Sehingga kini, seramai 20 orang Usahawan Veteran ATM telah menerima manfaat daripada geran SPKLB untuk membantu lonjakan perniagaan mereka. Timbalan Menteri Pertahanan turut menyerahkan geran bernilai RM5,000.00 di bawah inisiatif Sokongan PUVET ATM yang dilaksana Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) berperanan sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.


22 Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang Veteran ATM ini, Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan geran bernilai RM5,000.00 di bawah inisiatif Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kepada 17 orang Usahawan Veteran ATM di negeri Perak. Beliau diiringi Pemangku Ketua Pengarah PERHEBAT, Kapten Mohd Radzi Mohd Ali TUDM (Bersara). PUVET ATM berperanan sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka. 7 Oktober 2023 PUVET ATM NEGERI PERAK Sejak dilaksana pada Julai - Oktober ini, seramai 37 Usahawan Veteran ATM telah menerima geran keseluruhan berjumlah RM185,000.00 melibatkan veteran di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak. Inisiatif ini adalah kolaborasi rentas kementerian di antaraKementerian Pertahanan bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. YB ADLY ZAHARI, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) peringkat negeri Perak. PUVET ATM yang dilaksana Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), memfokuskan kepada pemerkasaan veteran dalam kerjaya kedua dan keusahawanan. Inisiatif ini sejajar dengan Strategi Peningkatan Taraf Sosioekonomi Veteran ATM bagi membantu veteran dalam kelompok B40 untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Pada tahun 2024, PUVET ATM akan terus dilaksana di 7 negeri dengan sasaran 200 usahawan veteran ATM menerima geran perniagaan bagi tempoh setahun pelaksanaannya. Bagi memastikan manfaat program ini dapat dinikmati sepenuhnya, skop kerjasama rentas kementerian dan agensi akan diperluaskan bersama Kementerian Ekonomi serta beberapa agensi yang dapat membantu veteran dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.


11 Julai 2023 | Serdang, Selangor VETERAN ATM NIKMATI MANFAAT PROGRAM USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkolaborasi melaksanakan program USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT yang menyediakan latihan dan bimbingan berstruktur dalam bidang pertanian khusus untuk Anggota ATM yang akan bersara dan Veteran. Program yang bermula sejak Mac 2023, berperanan sebagai lonjakan kerjaya kedua kepada kumpulan sasar disamping menyokong inisiatif Kerajaan dalam memperkasa keterjaminan makanan negara. YB ADLY BIN ZAHARI, Timbalan Menteri Pertahanan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Program USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT di UPM Serdang bagi memantau status pelaksanaannya. Bakal Pesara dan Veteran ATM yang menyertai program ini berpeluang menikmati manfaat latihan dan bimbingan yang menampilkan gabungan kepakaran teknikal UPM-PERHEBAT dalam industri pertanian. 23


24 USAHAWANTANI PUTRA-PERHEBAT ditawarkan dalam 2 kategori : 1. Bakal Pesara ATM : Mengikuti Latihan Dalam Industri (LDI) selama 3 - 5 bulan di UPM Serdang 2. Veteran ATM : Terbuka kepada Veteran yang berminat mengusahakan pertanian berkelompok sebagai kerjaya dengan mengusahakan tapak pertanian UPM Serdang Latihan yang bertumpu kepada 3 sektor iaitu Tanaman, Ternakan dan Perikanan berupaya membantu veteran untuk menjana pendapatan dengan kerjaya sebagai usahawantani. Inisiatif ini bertepatan dengan matlamat Kementerian Pertahanan menerusi Kertas Putih Pertahanan (KPP) untuk memperkasa sosioekonomi kumpulan sasar melalui program latihan dan peluang kerjaya kedua. Hadir sama ke lawatan kerja ini; Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi, Lembaga Pengarah UPM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin (Bersara) Pengerusi PERHEBAT, Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor UPM, Ketua Pengarah PERHEBAT, Tuan Haji Zakariah bin Haji Md Sam dan Mej. Jen. Zambery Jefry bin Hj Darus, Ketua Pengarah JHEV ATM. Kementerian Pertahanan menyeru kerjasama dan komitmen daripada agensi kerajaan dan swasta untuk menyokong usaha ini agar kesejahteraan kumpulan sasar dapat dipertingkatkan dan seterusnya memperkasa jaminan bekalan makanan negara.


Bagi memastikan progres dan keberhasilan program ini, Veteran akan dipantau sepenuhnya oleh Seksyen Pasca Latihan Peralihan & Bimbingan Kerjaya Kedua PERHEBAT bersama FITEC. PERHEBAT dan F.I.T Center Sdn. Bhd. (FITEC) atau Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA yang merupakan anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah bekerjasama melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS) khusus untuk Veteran ATM dibawah inisiatif Reskilling Upskilling, Pasca Latihan Peralihan. FITEC kini berperanan sebagai agensi pelaksana dalam meningkatkan lagi pembangunan industri perabot Bumiputera di Malaysia. Menerusi program ini seramai 21 Veteran ATM dilatih melalui Kursus IBS Tiny House & IBS Cabin Kiosk menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Mereka dilatih dan dibimbing selama hampir 2 bulan sejak 3 Julai hingga 25 Ogos 2023. Antara outcome yang disasarkan adalah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran Veteran dalam sektor IBS sehingga mereka berupaya memperoleh pendapatan daripada skil yang dipelajari secara profesional. Pada 25 Ogos lalu, majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah PERHEBAT, YBrs. Tn. Hj. Zakariah Hj. Md Sam diiringi Tn. Hj. Kamarudin Kalib, Ketua Pegawai Eksekutif FITEC. 25 Ogos 2023 | Kuala Lumpur DALAM PROGRAM RESKILLING UPSKILLING VETERAN ATM KERJASAMA PERHEBAT & FITEC (MARA) 25


26


Hari Bersama Pelanggan Kementerian Pertahanan telah berlangsung dengan jayanya di Pangkalan Udara, Kuantan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya program derma darah serta penglibatan perkhidmatan perkhidmatan kaunter ATM serta JHEV & PERHEBAT mengenai manfaat, kemudahan dan skim kebajikan sebagai “one stop centre”. Dengan adanya Hari Bersama Pelanggan ini, dapat memudahkan warga Kementerian Pertahanan dan ATM untuk menyelesaikan urusan secara bersemuka. Secara tidak langsung ianya merupakan salah satu saluran untuk menyampaikan cadangan serta maklum balas. Pada masa yang sama, program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dr. Mohd Bakhari bin Ismail. 6 Julai 2023 | Pangkalan Udara Kuantan, Pahang HARI BERSAMA PELANGGAN 27


28 10 Oktober 2023 | Ruang Legar, Kementerian Pertahanan RERUAI PERHEBAT Sempena Seminar Psikologi anjuran Cawangan Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan, PERHEBAT telah terlibat sebagai pempamer dengan menyediakan kaunter khidmat pelanggan, jualan produk latihan, promosi kursus dan pelbagai lagi. @ SEMINAR PSIKOLOGI KEMENTERIAN PERTAHANAN Seminar yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak, bertujuan memberi pendedahan berkaitan kepentingan psikologi dalam pengurusan kesihatan mental di Era IR 5.0 untuk mencapai kesejahteraan hidup.


29


30


31


32


33


34


35


36


37


38


39 Pelatih-pelatih PKS Kota Bharu menyantuni 2 orang Veteran ATM; Penawar bin Ismail yang telah uzur dan Yuszelan bin Mohd (isteri mengidap strok dan kemalangan motosikal) di sekitar Kok Lanas, Kelantan. Mereka menyampaikan beberapa barangan keperluan harian dan sumbangan wang tunai hasil daripada aktiviti jualan Projek Simulasi Keusahawanan. Seminar Usahawan Celik IP dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) diwakili oleh En. Mohd Radhi bin Ahmad selaku Ketua Pegawai MyIPO Zon Utara, telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Kuliah PLBV Sungai Petani. Program ini telah berjaya menarik sekurang-kurangnya 22 orang peserta bagi mengikuti seminar usahawan yang sangat bermanfaat ini. Antara topik kupasan adalah berkaitan Hak cipta, Cap Dagangan, Paten, Rekabentuk Industri dan Petunjuk Geografi. Terima kasih pihak Intellectual Property Corporation of Malaysia (MyIPO) atas kerjasama ini. 7 September 2023 10 Ogos 2023 | Sungai Petani, Kedah AKTIVITI PERHEBAT NEGERI CSR PERHEBAT, SEMARAKKAN SEMANGAT JIWA MURNI SEMINAR USAHAWAN CELIK IP DENGAN KERJASAMA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO) Kelantan/Terengganu Kedah/Perlis


40 Program dengan kerjasama Sel Biro Latihan Peralihan, Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat ini telah disertai seramai 120 anggota. Mereka diberi pendedahan dan taklimat berkaitan peranan PERHEBAT, pelaksanaan Latihan Peralihan, program pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia menerusi Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) atau PPT. Sesi taklimat disampaikan oleh Pengurus PERHEBAT Sarawak, Encik Khalid Hj. Bakar. Temuduga turut diadakan di semua 16 Pusat Latihan & Bimbingan Veteran (PLBV), PERHEBAT Negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. Anggota ATM yang akan bersara telah hadir ke sesi temuduga bagi pengambilan Latihan Peralihan sesi Januari 2024. Seramai 526 anggota hadir ke temuduga yang diadakan selama 2 hari pada 9-10 Ogos 2023. FORUM KHIDMAT NASIHAT BERSAMA ANGGOTA TENTERA DARAT 9-10 Ogos 2023 |Dewan Kem Rascom, Sibu, Sarawak SESI TEMUDUGA DI PERHEBAT NEGERI JOHOR BAGI PENGAMBILAN LATIHAN PERALIHAN SESI JANUARI 2024 7-8 Ogos 2023 | Johor Bahru, Johor Sarawak Johor


41 Pahang Program dengan kerjasama Sel Biro Latihan Peralihan, Cawangan Sumber Manusia Tentera Darat ini telah disertai seramai 101 anggota. Mereka diberi pendedahan dan taklimat berkaitan peranan PERHEBAT, pelaksanaan Latihan Peralihan, program pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia menerusi Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) atau PPT. Sesi taklimat disampaikan oleh Pengurus PERHEBAT Pahang, Leftenan Ahmad Khairul Ariffin Sukiman (Bersara). Bakal Pesara ATM yang mengikuti Latihan Peralihan dan Veteran di negeri itu kini boleh memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Tapak Simulasi Agro di Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran (PLBV) Lukut, Port Dickson bagi program-program latihan berasaskan pertanian. Projek tapak simulasi agro ini merupakan antara modul Project Based Learning khusus untuk Bakal Pesara ATM yang mengikuti Latihan Peralihan di PERHEBAT dan veteran bagi melatih dan membimbing mereka sebagai Agropreneur untuk kerjaya kedua kelak. Setakat ini, pelatih kursus Usahawan PKS Agrotani sedang mengusahakan tanaman sayuran seperti sawi, bayam, pak choy, kailan dan ternakan ikan tilapia merah untuk pasaran sekitar. Pada 16 Ogos lalu, tapak pertanian ini telah dirasmikan oleh Dato' Haji Tun Hairudin Abu Bakar, Penaung Persatuan Veteran ATM (PVATM) Port Dickson. Beliau diiringi En. Ab Rahim Hamat, Ketua Sekretariat PERHEBAT Negeri, Lt. Kol. (B) Zulkernain Hj. Ayob, Pengurus PERHEBAT Negeri Sembilan bersama pengajar-pengajar dan pelatih. 26 Julai 2023 | Markas 4 Briged, Kuantan FORUM KHIDMAT NASIHAT BERSAMA ANGGOTA TENTERA DARAT 16 Ogos 2023 | Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan PERASMIAN TAPAK SIMULASI AGRO DI PLBV LUKUT


42 Perak Kursus Tanaman Sayuran melalui Kaedah Fertigasi dengan kerjasama Jabatan Pertanian Pulau Pinang ini dilihat mampu memberi manfaat dan pendedahan awal kepada para peserta. Antara topik kupasan adalah Sistem Fertigasi Pengairan Titis, Kaedah Pemasangan Tiang Konkrit, Ciri-Ciri Sumber Air, Mengenalpasti Suhu Air, Kandungan Oksigen & Nutrien Tanaman, Rangkaian Sistem Pengairan Ladang dan sebagainya. Program dihadiri oleh 25 orang pelatih dari Kursus Usahawan Agrotani PKS Butterworth dan PKS Sungai Petani Siri 4/2023. 16 Oktober 2023 | Jabatan Pertanian Pulau Pinang Pulau Pinang Ramai yang beranggapan apabila seseorang anggota tentera itu meninggalkan perkhidmatan mereka, maka hubungan dengan Koperasi Tentera turut akan berakhir. Hal ini ternyata bertentangan dengan realiti sebenar yang berlaku di lapangan. Oleh sebab itu, Pihak Koperasi Tentera Lumut telah dijemput dalam Sesi Perkongsian Koperasi Tentera Bersama Pelatih PKS Lumut Siri 4/2023. Ketua Cawangan Koperasi Tentera Lumut, Puan Zas telah memperjelaskan hal tersebut. Kelihatan Pelatih PKS Lumut Siri 4/2023 telah mendapat pencerahan yang sepatutnya berkenaan peranan Koperasi Tentera terhadap Veteran ATM. 26 Oktober 2023 | PLBV Lumut, Perak SESI PERKONGSIAN BERSAMA KOPERASI TENTERA KURSUS TANAMAN SAYURAN MELALUI KAEDAH FERTIGASI DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN PULAU PINANG


Melaka Sabah Seramai 143 anggota ATM menyertai Pra LP anjuran PERHEBAT Sabah yang diadakan di KD Sri Tawau, Tawau pada 18 - 22 September 2023. Antara pengisian program; Sharing Session bersama Usahawan Veteran ATM, taklimat oleh agensi Kerajaan dan swasta berkaitan pelbagai insentif dan inisiatif persaraan dan kerjaya kedua. Veteran turut diberi pendedahan dan bimbingan berkaitan Kad Personel Binaan (green card) CIDB, Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) CIDB dan pelbagai peluang serta laluan kerjaya yang bakal diceburi. Di akhir program, seramai 30 veteran telah disaring dan layak untuk mengikuti program latihan OGSP bersama NIOSH dan SKKP CIDB. Veteran yang berkelayakan menerusi program ini akan dipadankan dengan peluang pekerjaan yang bersesuaian. Program Bimbingan Kerjaya Kedua Bermajikan merupakan inisiatif dibawah Pasca Latihan Peralihan khusus untuk Veteran ATM bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan setelah tamat perkhidmatan. 10 Ogos 2023 | PLBV Ayer Keroh, Melaka PROGRAM BIMBINGAN KERJAYA KEDUA BERMAJIKAN UNTUK VETERAN ATM : SEKTOR OIL & GAS, KERJASAMA 4 PENJURU DI ANTARA PERHEBAT, NIOSH, ABM & CIDB Program Pra Latihan Peralihan (Pra LP) yang dilaksana khusus untuk Anggota ATM yang akan bersara dimanfaatkan dengan beberapa pengisian modul antaranya merangkumi; Dokumentasi Latihan Peralihan, Penetapan Minda dan Mengenalpasti Peluang Kerjaya serta Pengurusan Kewangan Persaraan. 22 September 2023 | Tawau, Sabah PRA LATIHAN PERALIHAN SIRI 3/2023 PERHEBAT SABAH Program ini adalah usahasama PERHEBAT Melaka bersama Institut Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Melaka, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Seramai 53 veteran ATM yang menyertai program ini diberi taklimat berkaitan program NIOSH-Oil and Gas Safety Passport (OGSP) iaitu latihan keselamatan dan kesihatan khusus untuk mereka yang ingin bekerja dalam industri minyak dan gas. Veteran turut diberi pendedahan dan bimbingan berkaitan Kad Personel Binaan (green card) CIDB, Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) CIDB dan pelbagai peluang serta laluan kerjaya yang bakal diceburi. Di akhir program, seramai 30 veteran telah disaring dan layak untuk mengikuti program latihan OGSP bersama NIOSH dan SKKP CIDB. 43


Click to View FlipBook Version