The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90523139, 2024-06-07 00:16:59

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2024

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2024

ii \ PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARY JALAN INTAN BAIDURI 5D TAMAN INTAN BAIDURI, KUALA LUMPUR. TEL. 03-61381258 EMAIL: [email protected] DIRASMIKAN OLEH : TUAN HAJI MOHD BAHAUDIN BOKHARI BIN MANAF PEGAWAI SISC+ PPD SENTUL


iii ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Kata alu-aluan Penasihat PIBG (Pn. Siew Mei Sin Guru Besar SK St. Mary) 1 – 2 2 Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG (Dr. Vignesan Dorasamy) 3 – 4 3 Aturcara Mesyuarat PIBG kali ke- 51 5 4 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 51 6 5 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2023/2024 7 6 Minit Mesyuarat PIBG kali ke- 50 8 - 18 7 Laporan aktiviti dan kegiatan PIBG 2023/2024 19 - 40 8 Laporan Kewangan PIBG 2023/2024 41 - 42 9 Usul / cadangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 51 43 – 50 10 Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG 2024/2025 51 11 Senarai penyumbang aktiviti PIBG SK St. Mary 2023/2024 52 12 Penghargaan 53


1 Salam Sejahtera saya ucapkan kepada Saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Bahaudin Bokhari bin Manaf, Pegawai SISC+ PPD Sentul, Yang Dihormati Dr. Vignesan Dorasamy YDP PIBG, En. Suresh Venugopal Naidu NYDP PIBG, Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG, Guru-Guru, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. Bersyukur kita pada pagi ini kerana kita dapat sama-sama berkumpul untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK St. Mary kali ke-51. Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu-bapa dan penjaga kerana sudi hadir pada pagi ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di sini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan syabas kepada YDP PIBG, NYDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staff sekolah sebagai tanda penghargaan kerana telah berjaya merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, yakni pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa depan anak-anak di SK St. Mary. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Pihak sekolah telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PIBG dan ibu bapa semua. Melalui medium ini, ibu bapa sentiasa memberi sokongan, idea dan cadangan yang baik kepada pihak pentadbir dan guruguru demi kemajuan dan kejayaan anak-anak di SK St. Mary. Hubungan yang baik ini perlulah berpanjangan supaya pihak sekolah dapat meneruskan perancangan dan pentadbiran sekolah dalam keadaan yang harmoni tanpa ada isu-isu yang tidak dapat diselesaikan. Justeru itu, terdapat pelbagai cadangan, aduan akan diambil maklum dan akan dititikberatkan oleh pihak sekolah dan AJK PIBG yang baharu untuk tindakan selanjutnya. Suka untuk saya ingatkan bahawa kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Justeru itu, sekolah merupakan satu pusat belajar dan berlatih kepada anak-anak semua. Saya berharap KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG SK ST. MARY


2 PIBG sekolah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha membantu dan menyokong sekolah untuk mencapai matlamat sekolah selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Setakat ini, kerjasama yang padu telah ditunjukkan oleh pihak PIBG dan ibu bapa dengan pihak sekolah. Terima kasih diucapkan. Akhir kata, sebagai Penasihat PIBG SK St. Mary, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya adalah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-51 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur demi kecemerlangan SK St. Mary. Sekian, terima kasih. Puan Siew Mei Sin Guru Besar SK St. Mary, Penasihat PIBG 2023/2024


3 Salam sejahtera. Yang Berusaha Puan Siew Mei Sin, Guru Besar SK St. Mary, Tuan Haji Bahaudin Bokhari bin Manaf, Pegawai SISC+ PPD Sentul, Yang Dihormati En. Suresh Venugopal Naidu NYDP PIBG, Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG, Guru-Guru seterusnya TuanTuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru yang telah menaruh kepercayaan kepada saya untuk menerajui barisan ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024. Tidak ada laut yang tidak berombak, Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Saya akui bahawa tanggungjawab ini penuh dengan cabaran. Justeru itu, saya mewakili ahli jawatankuasa PIBG memohon maaf sekiranya ada cacat dan cela sepanjang kami melaksanakan tugas ini. Masa silih berganti, kini tiba masanya kita bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 51. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa PIBG yang telah bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini, kita dapat bersamasama menyumbang idea dan buah fikiran untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG. Saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tidak menjadikan pertemuan kita ini nanti sebagai medan untuk menunding jari sekiranya ada permasalahan. Biarlah diselesaikan secara berhemah umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-kanak kita di sekolah ini. Sumbangan tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu menjayakan pelbagai program sekolah. Sepanjang sesi persekolahan ini, kami sentiasa mementingkan aspek penjimatan dan perbelanjaan berhemah agar tidak berlaku pemborosan. Saya juga meletakkan beberapa indikator sebagai langkah penjimatan. Antaranya, kami telah membelanjakan wang sumbangan mengikut teras di bawah lembayung kemenjadian murid. Kebanyakan perbelanjaan kita adalah berpaksikan usaha peningkatan pencapaian akademik untuk penggunaan PdPC yang lebih seronok dan berteknologi. Dalam hal ini, sumbangan tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya demi meningkatkan pencapaian pendidikan dan kemenjadian murid tanpa pemborosan. KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK ST. MARY


4 Indikator kedua, iaitu keselamatan murid. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memastikan murid-murid berasa selamat serta senantiasa berada dalam persekitaran yang kondusif. Kita telah belanjakan pembayaran pengawal trafik pada waktu pagi untuk kawalan keselamatan lalu lintas. Indikator seterusnya ialah penyelenggaraan infrastruktur sekolah. Kita sedia maklum bahawa sekolah ini merupakan sekolah bukan bantuan penuh kerajaan. Justeru itu, bagi memastikan aspek kemudahan berada dalam keadaan elok, sumbangan tuan puan telah digunakan untuk membiayai penyelenggaraan sanitasi, penyelenggaraan pendingin hawa dan banyak lagi. Saya berharap ibu bapa terus memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan, idea dan kepakaran demi kelangsungan pendidikan untuk anak-anak kita. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak kita berjaya menjadi murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek tercapai. Akhir kalam, saya berharap agar Mesyuarat Agung PIBG SK St. Mary kali ke- 51 ini berjalan lancar dan dapat berdiskusi dengan harmoni. Di samping itu, saya berharap barisan ahli jawatankuasa yang baharu dapat meneruskan usaha dengan lebih giat untuk membentuk kecemerlangan dari aspek akademik, sahsiah, motivasi dan kokurikulum. Sekian terima kasih. Dr. Vignesan Dorasamy Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2023/2024 Sekolah Kebangsaan St. Mary.


5 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE- 51 8 JUN 2024 MASA AGENDA TINDAKAN 8.00 pagi 9.00 pagi 9.15 pagi Bahagian 1: - Pendaftaran - Ucapan alu-aluan - Bacaan doa - Nyanyian lagu Negaraku - Tayangan Montaj - Ucapan Guru Besar - Ucapan YDP PIBG 2023/2024 - Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 - Penyampaian cenderahati kepada perasmi - Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 AJK Pendaftaran Pengacara Majlis AJK Siaraya AJK Cenderahati 10.00 pagi Bahagian 2: - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke- 50 - Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2023/2024 - Perbahasan Usul/Cadangan - Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 Setiausaha PIBG Bendahari PIBG YDP PIBG 11.15 pagi 12.00 tengahari Bahagian 3: - Pelantikan Yang Dipertua dan AJK Baharu sesi 2024/2025 - Hal-Hal Lain - Ucapan Penangguhan - Majlis Bersurai Penasihat PIBG YDP PIBG 2024/2025


6 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51 SK ST. MARY, KUALA LUMPUR PENGERUSI : Pn. Siew Mei Sin (GURU BESAR SK ST. MARY) NAIB PENGERUSI : Pn. Halizah binti Abdul Hamid (GPK PENTADBIRAN SK ST. MARY) Pn. Jariyatun Binti Bahari (GPK HEM SK ST. MARY) Pn. Norazizah binti Abdul Aziz (GPK KOKURIKULUM SK ST. MARY) PENYAMBUT TETAMU Pn. Siew Mei Sin Pn. Halizah binti Abdul Hamid Pn. Jariyatun binti Bahari Pn. Norazizah binti Abdul Aziz PENDAFTARAN Pn. Fatima Nathan A/P Nagiah [K] Pn. Naizah Abd Wahab Pn. Nurul Wahida binti Mohd Rawi JURUACARA Pn. Wan Norsharifah binti Wan Yusof Pn. Fatimah binti Mohd Isa BACAAN DOA Ustaz Zahin PERSIAPAN DEWAN ( SEBELUM ) Pn. Nazura binti Ahmad [K] Pn. Suhana binti Samsury Pn. Asmah Norazeeah binti Razali Pn. Widiyawati binti Mahbob Pn. Norhayati binti Che Haron Pn. Nur Akmar binti Abu Kasim Pn. Nurul Asilah binti Jaafar Pn. Tengku Norsuriani binti Tengku Putera Pn. Fazliza binti Mohamed Nor Pekerja swasta KEKEMASAN DEWAN ( SELEPAS ) En. Muhammad Azran bin Radhi [K] En. Md Hospi Yazid bin Md Zahid En. Mohd Nasir bin Ibrahim Pn. Maisarah binti Mohd Amin Roslan Pn. Rohana binti Hashim Pn. Yamuna Sharmini A/P Manikam Pn. Sharmila Devi Manickam Pn. Menaga A/P Rajagopal Cik Amirah Nur Izzati binti Ariffin Pekerja swasta PENCATAT MINIT Cik Foo Pei Jing [K] Pn. Anis Nurdinie Binti Azizan Pn. Khamini Yap A/P Saravanan Yap Wong Keong Pn. Nasuha binti Mohd Khairi P.A SISTEM En. Sabran Solihin bin Mohd Safian [K] En. Wan Mohammad Amirul Amri bin Wan Mohd Zain BANNER DAN MONTAJ En. Muhammad Shafiq Muhaimin bin Mohd Zin [K] En. Muhammad Amin Shafiq bin Seman JURUGAMBAR En. Chee Wai Keong [K] Cik Nik Nurain Izyan binti Nik Muhamad Zulkeffli CENDERAHATI PERASMI DAN SIJIL AJK PIBG Cik Kavitha A/P Gnanathambi [K] Pn. Hemaneswary A/P Rethnam Pn. Lee Shye Lih JAMUAN VIP Pn. Siti Shuhaila binti Mohamad Sharif [K] Pn. Sharifah Intan Baiduri binti Syed Mohd Bakhir Pn. Sulhana binti Lockman Cik Siti Najwa Akmal binti Kamal Akmal JAMUAN IBU BAPA DAN GURU Pn. Mazthatul Sufinaz binti Mohd Ali @ Othman [K] Pn. Anita binti Anuar Pn. Nur Syafini binti Abdullah Cik Dhilisha A/P Sampasiva Rao BUKU PROGRAM Cik Chia Boon Ping [K] Cik Nor Isma Ezzaty binti Ismail PENCATAT UNDI Pn. Nur Ardini Izzati binti Abd Aziz [K] Pn. Nur Shazzuana Binti Shahidan Pn. Kausilya A/P Subramaniam PENGIRAAN UNDI Pn. Munirah binti Ab Halim [K] Pn. Maihanie binti Nazri Pn. Maizatul Shima binti Mohamad Cik Lee Chui Mei


7 SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG 2023/2024 PENASIHAT PIBG : Pn. Siew Mei Sin YANG DIPERTUA PIBG : Dr Vignesan Dorasamy NAIB YANG DIPERTUA PIBG : En. Suresh Venugopal Naidu SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Chia Boon Ping NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Nor Isma Ezzaty Ismail BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Maihanie Nazri NAIB BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Norhayati Che Haron AJK IBU BAPA : 1. Dr Murali Ganesen 2. En. Aloysious Roy A/L Antony Paul Raj 3. Dr Hj Nabil Muhammad bin Hj Al Kuddoos 4. Pn. Norazraini Afiqa binti Mohd Jamari 5. Pn. Siti Ros Ezeeka binti Rahmat AJK GURU : 1. En. Sabran Solihin Mohd Safian 2. En. Muhammad Amin Shafiq Seman 3. En. Muhammad Azran Radhi 4. Cik Kavitha Gnanathambi 5. Pn. Suhana Samsury JURUAUDIT : 1. Pn. Nur Akmar Binti Abu Kasim 2. En. Mohd Ariff Ab Razak


8 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 50 SK ST. MARY, KL ___________________________________________________________________ Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.15 Pagi Tempat : Dewan SK St Mary 1.0 SENARAI KEHADIRAN 1. SIEW MEI SIN 2. HALIZAH BINTI ABD HAMID 3. NOOR SA’ADAH BINTI MAHMOOD 4. NORAZIZAH BINTI ABDUL AZIZ 5. WAN NURMIRA 6. FATIMA NATHAN 7. NAZURA BINTI AHMAD 8. ANITA BINTI ANUAR 9. ZAHARAH 10. RINA RENUGA 11. SULHANA BINTI LOCKMAN 12. MAISARAH BINTI MOHD AMIN ROSLAN 13. LEE CHUI MEI 14. SABRAN SOLIHIN BIN MOHD SAFIAN 15. NURUL ASILAH JAAFAR 16. MENAGA RAJAGOPAL 17. MOHD FIRDAUS BIN MOHD YUSOF 18. WENDY SHEIN & ADOLPHUS WONG 19. MAIZATUL SHIMA BINTI MOHAMAD 20. NABIL MUHAMMAD BIN AL KUDDOOS 21. ROHANA BINTI HASHIM 22. SUHANA BINTI SAMSURY 23. KAVITHA PARTHIBAN 24. SHARMILA DEVI A/P MANICKAM 25. NURSHAFARA ADILA BINTI MAT NAYAN 26. FARAHLIZA AKMAL BINTI KAMARUDDIN 27. NUR AKMAR BINTI ABU KASIM 28. NUR SHAZZUANA BINTI SHAHIDAN 29. NOR ISMA EZZATY BINTI ISMAIL 30. FARAHLIZA AKMAL BINTI KAMARUDDIN 78. MUNIRAH BINTI AB HALIM 79. SURENDRAN BALAN 80. NORAZRAINI AFIQA BINTI MOHD JAMARI 81. MD ZULFIKRI BIN AHMAD 82. JEGENESWARY 83. FAZLIZA BINTI MOHAMED NOR 84. NORHAYATI BINTI CHE HARON 85. MALINI KRISHNAN 86. AHMAT SUBAIDI BIN BI'IH 87. SANGARAN SELVARAJA 88. MALINI KRISHNAN 89. SITI ROS EZEEKA 90. ALOYSIOUS ROY A/L ANTONY PAUL RAJ 91. HEMANESWARY RETHNAM 92. MAISARAH BINTI MOHD AMIN ROSLAN 93. SUGENDREN MANIAM 94. SIVAPAKIAM SHUNMUGAM 95. NARAYANA SAMY NAIDU 96. DANALETCHUMY 97. KAUSILYA SUBRAMANIAM 98. SULHANA BINTI LOCKMAN 99. FAROUQ FAKHZAN BIN MOHD NORDIN 100. SIVAKUMAR A/L THIRUNAVUKARASU 101. NUR HAJRAH BT MHD YUSUF


9 31. ABDULLAH SAIDI BIN SAMAD 32. MUHAMMAD AZIM BIN ANUAR 33. KAVITHA A/P DEVARAJOO 34. ILAVENII 35. WIDIYAWATI BINTI MAHBOB 36. ILAVENII 37. KANAGA A/P NATARAJAN 38. SUHANA BINTI SAMSURY 39. BABITA KAUR A/P BHAJAN SINGH 40. SHUBASHINI RAJENDRAN 41. NADRAJAH PARAMASIVAM 42. ANIS NURDINIE BINTI AZIZAN 43. NUR SYAFINI BINTI ABDULLAH 44. WAN MOHAMMAD AMIRUL AMRI BIN WAN MOHD ZAIN 45. GULL ZAMAN MARAHZULKHAN 46. TENGKU AZRUL AFFENDI 47. MAIHANIE BINTI NAZRI 48. WONG CHUI YEE 49. VIMALA KALAPANAIKAR 50. MALAR KODI 51. NUR DIAN 52. NUR ARDINI IZZATI BINTI ABD AZIZ 53. FATIMAH BINTI MOHD.ISA 54. NADIATUL SOFFIA ABD RAHIM 55. NURUL AIN BINTI ABDUL KARIM 56. RIDZUAN BIN ABD RASHID 57. MOHD ARIFF AB RAZAK 58. SARASWATHY KUTTAN PILLAI 59. MD ZAINUDIN BIN MD NOH 60. LALITHA A/P BALAKRISHNAN 61. MUHAMMAD AZRAN RADHI 62. SITI NORLIZA LELAWATI 63. MOHAMAD AZZIRIN BIN ABU DOLAH 64. AHMAT SUBAIDI BIN BI'IH 65. JESMINDER KAUR 66. MUHAMAD SHAFIQ MUHAIMIN BIN MOHD ZIN 67. THANASEGARI A/P KRISHNAN 68. SURESH VENUGOPAL NAIDU 69. MUNIRAH BINTI AB HALIM 70. NORDIANA BINTI MD. YATIM 71. NORNAZURAH BINTI NORSHAM 72. MAIZATUL AZWA BINTI MEOR SULMAN 73. NADARAJAH PARAMASIVAN 74. GULL ZAMAU MARAHJUL KHAN 75. NORIZAH BINTI MOHAMAD NOR 76. MOHD SYAHRIZAL BIN AHMAD HELMI 77. WAN AHMAD FARUDDEEN 102. JEGATHEESWARAN A/L MUNIANDI 103.YAMUNA SHARMINI A/P MANIKAM 104. VIGNISVARAN THANGARAJU 105. NORLIZAH BT MOHAMAD NOR 106. WAN NORSHARIFAH BINTI WAN YUSOFF 107. JASDEEP SINGH 108. RAJEE KERISNAN 109. CHRISTOPHER VIJIARUNGAM 110. SHAMINA ABDUL ALEEM 111. FOO PEI JING 112. NURUL WAHIDA BINTI MOHD RAWI 113. MOHD SYAHRIZAL 114. RAM BABU A/L SUDAKARAN 115. SITI MAISARAH MANSOR 116. ERNIE MAZLINA BT ZAINAL ALANG 117. NAIZAH ABD WAHAB 118. HIRWAN BIN SHARIF 119. SITI SHUHAILA BINTI MOHAMAD SHARIF 120. SOORIA PRAKASH RAMASAMY 121. RAMACHANDRAN KUPPAN 122. SITI MAISARAH MANSOR 123. RAVI KUMAR KANNAIYAH 124. JAYAMALAR PAKRISAMY 125. ATIKAH MOHAMAD ZANI 126. MOHD HANIFF BIN MOHD RASHID 127. LILY ROSILAWATY SIHOMBING 128. LEE SHYE LIH 129. KALISWARY M SUBRAMANIAM 130. TAN SIEW CHENG 131. NANTHAKUMAR 132. MD HOSPI YAZID BIN MD ZAHID 133. TENGKU AZRUL AFFENDI 134. MALAR KODI GUANDASAMY 135. SITI ROS EZEEKA BINTI RAHMAT 136. MAIZATUL SUFINAZ MOHD ALI 137. KAVITHA A/P DEVARAJOO 138. BABITA KAUR A/P BHAJAN SINGH 139. WAN ZURAIRI BIN WAN AHMAD 140. VIGNESAN DURASAMY 141. JAYAMALAR 142. HJ MOHD HANIFF BIN HJ MOHD RASHID 143. CHIA BOON PING (SETIAUSAHA)


10 2.0 PERUTUSAN 2.1 PERUTUSAN PENASIHAT 2.1.1 Puan Siew Mei Sin menyampaikan kata alu-aluan dan mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa dan penjaga menghadirkan diri dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Puan Siew mengucapkan syabas kepada Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa PIBG yang terdiri dalam kalangan ibu bapa dan guru kerana telah berjaya melaksanakan mesyuarat ini. 2.1.2 Puan Siew menyatakan bahawa perjumpaan mesyuarat antara ibu bapa dan pihak sekolah adalah bermakna bagi melakukan perbincangan dan mencapai kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak SK St. Mary. Melalui medium ini, ibu bapa dapat memberi sokongan, idea dan cadangan yang baik kepada pihak sekolah untuk meneruskan perbincangan berkaitan pentadbiran sekolah secara tersusun dan harmoni. Terdapat pelbagai cadangan dan aduan yang diambil maklum dan dititikberatkan oleh pihak sekolah dan AJK PIBG untuk tindakan selanjutnya. 2.1.3 Puan Siew mengingatkan bahawa kecemerlangan anak-anak bermula di rumah. Ibu bapa adalah individu yang bertanggungjawab menentukan sama ada anak-anak terdidik dengan nilai murni dan mempunyai kekuatan untuk menghadapi pelbagai cabaran di luar dan tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletakkan di atas bahu guru-guru semata-mata. Oleh itu, PIBG perlulah bersifat proaktif untuk menyumbang ke arah usaha ini selain membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Setakat ini, Puan Siew sangat berpuas hati dengan kerjasama padu yang ditunjukkan oleh PIBG dan ibu bapa. 2.1.4 Sebelum mengakhiri ucapan, Puan Siew sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat ini. Puan Siew juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan AJK yang bakal dilantik. Puan Siew berharap agar mesyuarat pada hari ini berjalan dengan lancar dan teratur demi kecemerlangan SK St. Mary. Tindakan : Makluman 2.2 PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG 2.2.1 Yang Dipertua PIBG, Encik Suresh menyampaikan kata-kata aluan dan mengucapkan penghargaan kepada semua ibu bapa yang menaruh kepercayaan kepadanya dalam menerajui kepimpinan AJK PIBG sesi 2022/2023. Beliau meminta maaf jika ada sebarang kecacatan sepanjang beliau melaksanakan tugas. Encik Suresh juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang sama-sama mencurah tenaga membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek. 2.2.2 Encik Suresh mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang telah bersamasama menggembleng tenaga dan usaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Beliau berharap agar perjumpaan seperti ini membolehkan ibu bapa mencurahkan idea dan buah fikiran bagi memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG. Encik Suresh menyeru ibu bapa tidak saling menyalahi antara satu sama lain tetapi menggunakan medium ini untuk memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak di sekolah.


11 2.2.3 Encik Suresh menyatakan bahawa sumbangan yang dikutip telah digunakan sebaikbaiknya untuk menjayakan pelbagai program. Segala sumbangan telah digunakan dengan mementingkan aspek penjimatan dan berhemah supaya tidak berlaku sebarang pemborosan. Kebanyakan perbelanjaan adalah berpaksikan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik seperti pemasangan wifi, renovasi makmal komputer dan pembelian projektor baharu untuk penggunaan PdPc yang seronok dan berteknologi. 2.2.4 Indikator kedua, sumbangan digunakan untuk keselamatan murid. Encik Suresh menerangkan bahawa sumbangan PIBG juga turut digunakan untuk membelanjakan pembayaran pengawal trafik pada waktu pagi untuk kawalan keselamatan lalu lintas. Perkara ini tidak lain tidak bukan untuk memastikan murid berasa selamat dan berada dalam persekitaran yang kondusif. Indikator ketiga berbentuk penyelenggaraan infrastruktur sekolah. Encik Suresh memaklumkan bahawa SK St. Mary merupakan sekolah bukan bantuan penuh kerajaan. Maka sumbangan dari ibu bapa digunakan untuk menyelenggara segala kemudahan yang ada di sekolah. 2.2.5 Encik Suresh berharap agar ibu bapa terus memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, idea dan kepakaran demi kelangsungan pendidikan murid di sekolah. Hal yang demikian adalah supaya impian setiap ibu bapa untuk melihat anak berjaya tercapai. Beliau juga menyatakan harapannya supaya mesyuarat pada hari tersebut berjalan dengan lancar serta berharap agar barisan kepimpinan baharu lebih giat berusaha untuk membentuk kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah, motivasi dan kokurikulum. Tindakan : Makluman 2.3 PERUTUSAN PERASMIAN 2.3.1 Tuan Haji Bahaudin selaku SISC+ Pegawai Unit Pengurusan Akademik Pejabat PPD Sentul menyampaikan kata-kata aluan kepada semua tetamu yang hadir. Tuan Haji Bahau memperingatkan ibu bapa bahawa SK St. Mary merupakan sekolah pilihan bagi kebanyakan ibu bapa lain di luar sana. Dalam erti kata lain, beliau menyatakan bahawa anak-anak di SK St. Mary adalah murid yang bertuah kerana dapat menerima pendidikan awal di sini. 2.3.2 Tuan Haji Bahau berharap agar ibu bapa sentiasa komited dan memberi kerjasama yang padu memandangkan ibu bapa telah memilih sekolah ini untuk anak-anak. Beliau juga menyatakan bahawa tiada sebarang isu besar yang pernah berlaku di sekolah ini sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan SK St. Mary. 2.3.3 Tuan Haji Bahau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas atas pelantikan Puan Siew Mei Sin sebagai guru besar baharu SK St. Mary. Beliau mengharapkan kerjasama yang baik antara guru dan ibu bapa dengan pentadbiran baharu di sekolah. Tuan Haji Bahau juga berharap agar pengalaman Puan Siew yang pernah berkhidmat di SK Convent Bukit Nanas dapat dikongsikan bersama warga sekolah. Tuan Haji Bahau juga mengucapkan tahniah kepada barisan guru dan AJK PIBG yang berjaya menguruskan sekolah dengan baik meskipun tanpa Guru Besar selama lebih kurang satu tahun. 2.3.4 Tuan Haji Bahau juga menyentuh tentang kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG yang kurang mendapat sambutan saban tahun. Tuan Haji Bahau menyeru agar pihak sekolah mengadakan inisiatif tertentu untuk memastikan ibu bapa dapat hadir ke mesyuarat PIBG.


12 2.3.5 Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa guru perlu bersedia untuk pelaksanaan penarafan KBAT oleh pihak Nazir di sekolah. Beliau memaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Daerah Sentul terpilih sebagai tiga daripada 150 untuk Program MAKMUR. Beliau juga memaklumkan bahawa SK St. Mary adalah di antara lima buah sekolah yang mungkin terpilih di bawah PPD Sentul untuk melaksanakan program rintis MAKMUR. 2.3.6 Tuan Haji Bahau menyentuh tentang pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), yakni pihak sekolah perlu memperkasakannya memandangkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dihapuskan. Proses penilaian dan pentaksiran diserahkan kepada pihak sekolah. 2.3.7 Tuan Haji Bahau mengharapkan ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab dalam kerjasama dengan guru melalui pihak PIBG untuk peningkatan dan kemajuan murid di sekolah. Beliau menyeru agar ibu bapa menjadi wakil PIBG yang komited dalam usaha menyalurkan peruntukan untuk aktiviti sekolah. 2.3.8 Akhir kata, beliau mengharapkan agar hubungan PIBG dengan pihak sekolah yang telah dijaga olehnya selama 5 tahun akan berpanjangan dan melabel SK St. Mary sebagai sekolah terbaik. Tindakan : Makluman 2.4 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA AJK BARISAN AJK PIBG SESI 2022/2023 2.4.1 Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Tuan Haji Bahaudin sebagai perasmi majlis. 2.4.2 Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada ahli jawatankuasa PIBG yang telah banyak menjayakan program di SK St Mary sepanjang tahun 2022/2023. Tindakan : AJK Cenderahati 2.5 TAYANGAN MONTAJ PROGRAM SEKOLAH SEPANJANG SESI 2022/2023 2.5.1 Tayangan montaj memperlihatkan semua program yang dilaksanakan menggunakan sumbangan PIBG tahun 2022/2023. Tindakan : AJK Banner dan Montaj


13 3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-49 DAN PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN SEPANJANG TAHUN 2022 3.1 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-49 3.1.1 Setiausaha Kehormat membentangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49 Sekolah Kebangsaan St. Mary. 3.1.2 Encik Aloysious (Sharon, 2 Seroja) mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-49 disahkan. 3.1.3 Cadangan tersebut telah disokong oleh Puan Sorna (Triyanka, 6 Anggerik). Tindakan : Setiausaha Kehormat 3.2 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2022/2023 3.2.1 Bendahari Kehormat membentangkan Belanjawan PIBG untuk sesi 2022/2023 Sekolah Kebangsaan St. Mary. 3.2.2 Encik Wan Zurairi (Wan Zahra, 5 Anggerik) mencadangkan belanjawan PIBG untuk sesi 2022/2023 disahkan. 3.2.3 Cadangan tersebut telah disokong oleh Puan Sofia (Sara Zulaikha, 1 Raya). Tindakan : Bendahari Kehormat 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit diketengahkan dalam pembentangan laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 dan Laporan Kewangan sesi 2022/2023. Tindakan : Makluman


14 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN PERBAHASAN USUL/ISU 2022/2023 5.1 PERBAHASAN USUL BIL. NAMA USUL/CADANGAN PENYELESAIAN JADUAL PERSEKOLAHAN 1. - Shubashini Rgendran (Swathika Chandrakanth 3T) - Rannachandran A//L Kuppan (Kashwinhaa Rannachandran 5M) Jadual waktu hanya memperuntukkan 2-3 subjek sahaja sehari supaya isu beg berat dapat diatasi serta pemahaman subjek lebih mudah. Perlu membawa buku yang banyak. Pihak sekolah mengikuti arahan KPM melalui pelaksanaan Jadual Anjal, yakni memperuntukkan 4-5 subjek dalam masa sehari bagi menyelesaikan masalah ini. TANDAS 2. - Rannachandran A//L Kuppan (Kashwinhaa 5M) - Lily Sihombing (Athalia Loy Xin Wei 6S) - Jesmindar Kaur (Harsimrat Kaur Deol 2S) Tiada pencuci sabun di tandas. Sehubungan dengan pencegahan Virus Covid-19, sebaiknya disediakan sabun cuci tangan pada setiap bilik tandas. Pembersihan tandas. Telah diambil tindakan tetapi atas sikap murid yang gunakan tandas dan bermain-main dengan air sabun. Pihak sekolah memohon ibu bapa supaya mendidik anak cara menggunakan tandas dengan betul. Cadangan: 1. Sabun diletakkan di dalam kelas dan digunakan oleh murid apabila perlu sahaja. 2. Murid membawa sabun bersaiz kecil ke sekolah untuk kegunaan peribadi. Kerja-kerja pembersihan tandas dijalankan 2 kali sehari iaitu selepas rehat dan selepas waktu balik.


15 MURID 3. - Mohamed Fadhlee Ali (Sophie Adhalea 3R) Membuat kem kerohanian kepada pelajar. Yuran dikenakan kepada ibu bapa yang berminat. Kem kerohanian ada dalam takwim sekolah dan akan mengikut situasi keadaan dan arahan dari masa ke masa. BEG SEKOLAH & LOKER 4. - Nurul Ain binti Abdul Karim (Lea Zara Mohamed Fadhlee 5A) - Mohamed Fadhlee Ali (Sophie Adhalea 3R) Penyediaan loker untuk murid. Jika perlu sumbangan dari ibu bapa, jumlah perlu diberitahu supaya tidak membebankan. Penyediaan loker. Jika kos tinggi, meminta dana dari ibu bapa jika perlu. Pihak sekolah menimbangkan beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti kos, lokasi, bilangan dan penyelenggaraan. PEMILIHAN KOKURIKULUM 5. - Nurul Ain binti Abdul Karim (Lea Zara Mohamed Fadhlee 5A) Kokurikulum Tahap Dua haruslah dipilih oleh sendiri oleh murid, daripada guru yang menentukan kelab/ sukan/ badan beruniform. Ini bagi memupuk minat dan menggalak murid untuk menentukan apa yang diingini. Sebelum ini, murid-murid memilih menggunakan Google Form. Masalah banyak timbul apabila induk kokurikulum tidak dapat memenuhi pilihan kerana setiap unit ada kuota. Maka tahun ini, kami tukar cara pembahagian dimana perlu seimbang setiap kelas, bangsa dan lain-lain. Tahun ini kurang aduan daripada ibu bapa. LAIN-LAIN 6. - Wong Ching Wei (Hillary Wong 2S) Persediaan/ pemberian Agenda Kegiatan Sekolah Tahun Ajaran 2023/2024 sebagai awal garis panduan bagi ibu bapa untuk Makluman awal diberi setiap kali program sekolah dilaksanakan.


16 menyelaraskan aktiviti/ program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya : Minggu PBD, Merentas Desa, Gotong-Royong, Sukaneka, Makluman Hari Terbuka, Sambutan, Makluman Minggu/ Bulan Subjek dan sebagainya. KOMUNIKASI 7. - Aloysiour Roy (Sharon Eyelyn Roy 2S) Memperhalusi komunikasi yang disampaikan oleh sekolah melalui Telegram: kadang- kala maklumat yang disampaikan kurang jelas (contohnya tidak cukup terperinci atau agak “last minute”), menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan dokumendokumen/ peralatan/ maklumat/ bahanbahan secara lengkap pada waktu ianya diperlukan. Sekolah mengambil maklum dan penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa. Tindakan : Makluman 5.2 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 5.2.1 Encik Suresh selaku YDP PIBG sesi 2022/2023 membubarkan jawatankuasa PIBG pada tahun 2022/2023. 5.2.2 Puan Siew Mei Sin selaku Penasihat dilantik sebagai Pengerusi sementara bagi Mesyuarat Agung kali ke-50. Tindakan : Penasihat


17 5.3 PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 5.3.1 Pengerusi sementara memaklumkan bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG yang diperlukan untuk lantikan baharu adalah seramai 8 orang, iaitu YDP, NYDP, Juru Audit serta 5 orang AJK dalam kalangan ibu bapa. 5.3.2 Seterusnya, lantikan bagi jawatan Setiausaha Kehormat, Naib Setiausaha, Bendahari Kehormat, Juru Audit dan AJK dalam kalangan guru bagi sesi 2023/2024 dikekalkan daripada barisan AJK pada tahun 2022/2023. 5.3.3 Senarai lantikan adalah seperti yang berikut: PENASIHAT PIBG : Pn. Siew Mei Sin YANG DIPERTUA PIBG : Dr. Vignesan Dorasamy NAIB YANG DIPERTUA PIBG : En. Suresh Venugopal Naidu SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Chia Boon Ping NAIB SETIAUSAHA KEHORMAT : Cik Nor Isma Ezzaty Ismail BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Maihanie Nazri NAIB BENDAHARI KEHORMAT : Pn. Norhayati Che Haron AJK IBU BAPA : 1. Dr Murali Ganesen 2. En. Aloysious Roy A/L Antony Paul Raj 3. Dr. Hj Nabil Muhammad bin Hj Al Kuddoos 4. Pn. Norazraini Afiqa binti Mohd Jamari 5. Pn. Siti Ros Ezeeka binti Rahmat AJK GURU : 1. En. Sabran Solihin Mohd Safian 2. En. Muhammad Amin Shafiq Seman 3. En. Muhammad Azran Radhi 4. Cik Kavitha Gnanathambi 5. Pn. Suhana Samsury JURUAUDIT : 1. Pn. Nur Akmar Binti Abu Kasim 2. En. Mohd Ariff Ab Razak Tindakan : Makluman


18 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 ISU TRAFIK 6.1.1 Encik Suresh memaklumkan PIBG telah mengambil tindakan seperti berhubung beberapa kali dengan pihak polis dan Jabatan Kawalan Trafik untuk mendapatkan bantuan, memaklumkan pelan jalan yang betul kepada ibu bapa, mengaturkan pengawal keselamatan untuk menjaga trafik dan sebagainya. Beliau menyeru bahawa penglibatan ibu bapalah sebenarnya paling penting bagi menangani isu ini. Encik Suresh memohon agar ibu bapa mengelakkan sikap memberhentikan kereta di tengah jalan dan mengganggu trafik. 6.1.2 Puan Siew menambah bahawa pihak PIBG mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa dalam menangani isu trafik di sekolah. Antara peraturan yang digariskan oleh Puan Siew ialah kereta ibu bapa perlulah beratur dan menunggu giliran untuk menurunkan anak di hadapan sekolah serta beredar dengan segera untuk melancarkan laluan. Selain itu, ibu bapa juga dilarang untuk memotong kereta lain dan berhenti di hadapan pagar sekolah, terutamanya di dalam petak kuning serta menurunkan anak di tengah-tengah laluan kerana situasi ini membahayakan murid. Bagi ibu bapa yang menghantar anak menggunakan motosikal juga tidak dibenarkan menurunkan anak di tengah-tengah laluan tetapi diturunkan di hadapan pagar sekolah serta beredar dengan segera bagi memberi laluan kepada motosikal lain untuk menurunkan anak. Tindakan : Makluman 6.2 BAYARAN PIBG 6.2.1 Dr. Vignesan selaku YDP PIBG baharu bagi sesi 2023/2024 telah mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM80.00 bagi sebuah keluarga, bayaran keselamatan sebanyak RM15.00, penyelenggaraan ICT sebanyak RM25.00, Program Transisi murid-murid tahun 1 bagi sesi 2024 sebanyak RM30.00, Kad Automasi Pusat Sumber Tahun 1 sebanyak RM15.00, sumbangan murid baharu ke SK St. Mary sebanyak RM50.00 dan majalah sekolah sebanyak RM20.00. Selain itu, Dr Vignesan juga mencadangkan agar jumlah sumbangan ini dikekalkan dua tahun berturut-turut, yakni bagi sesi 2023/2024 dan 2024/2025 bagi memudahkan pihak sekolah membuat kutipan pada awal tahun. Kesemua cadangan YDP mendapat persetujuan sebulat suara daripada semua ahli yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50. Tindakan : Makluman 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Dr. Vignesan menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 pada jam 12.08 tengahari. Tindakan : Makluman DISEDIAKAN OLEH : CIK NOR ISMA EZZATY BINTI ISMAIL NAIB SETIAUSAHA PIBG SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARY KUALA LUMPUR


19 LAPORAN BIRO AKADEMIK Wakil Ibu Bapa : Dr Hj Nabil Muhammad bin Hj Al Kuddoos Wakil Guru : Pn Suhana binti Samsury Objektif : 1. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah 2. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru. 3. Menggalakkan pelibatan murid dalam program-program akademik. 4. Menarik minat murid untuk menyertai aktiviti akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 5. Meningkatkan keyakinan murid membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran. Aktiviti : Bil Aktiviti Strategi Hasil/Pencapaian Lampiran 1. Transisi Dilaksanakan pada hari pertama hingga minggu ke-4 persekolahan Membantu murid menghadapi perubahan daripada Pendidikan di rumah atau prasekolah/ tadika kepada Pendidikan formal. 2. Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) KmR telah berlangsung selama 4 minggu dan persediaan 1 minggu untuk ‘showcase’. Murid tahun 6 telah diberi pendedahan mengenai tajuk dalam setiap mata pelajaran yang terlibat. Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang reka bentuk dan pembentangan 3. Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) 2023/2024 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023/2024 Dilaksanakan 2 kali setahun 1.PPSA (1-3 Ogos 2024) 2.UASA (8-10 Jan 2024) Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahap 2 BM TP5&TP6 =197/473 BI TP5&TP6 = 256/473 Mate TP5 &TP6 = 116/473 Sains TP5 &TP6= 105/473


20 4. Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa Dilaksanakan 2 kali setahun (Selepas Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik & Pentaksiran Akhir Sesi Akademik) 1.Mengenal pasti tahap penguasaan murid- murid dalam Akademik 2. Merancang program dan aktiviti eningkatan akademik 5. Majlis Graduasi Tahun 6 Dilaksanakan selepas murid selesai menduduki Pentaksiran Akhir Akademik Menghargai Murid-murid Tahun 6 yang bakal melangkah ke sekolah menengah 6. Lawatan Tahun 6 Dilaksanakan selepas murid selesai menduduki Pentaksiran Akhir Akademik Menghargai Murid-murid Tahun 6 yang bakal melangkah ke sekolah menengah 7. Majlis Apresiasi Murid Dilaksanakan pada akhir tahun selepas selesai Pentaksiran Akhir Sesi Akademik. Menghargai murid-murid yang cemerlang dalam akademik, sahsiah serta kokurikulum Penutup Diharapkan bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir dalam program-program sekolah dapat ditingkatkan supaya aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya murid-murid dapat dilaksanakan dengan lancar.


21 LAPORAN BIRO HAL EHWAL MURID Wakil Ibu Bapa : 1. En Aloysious Roy A/L Antony Paul Raj 2. Dr Murali Ganesan Wakil Guru : En Sabran Solihin bin Mohd Safian Objektif : 1. Memperolehi nilai, memupuk sikap dan sahsiah terpuji serta melahirkan generasi yang peka dan prihatin dalam pelbagai aspek seperti persekitaran,disiplin diri dan sebagainya. 2. Meningkatkan pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah dan dapat membuat keputusan dalam pelbagai aspek. 3. Menggalakkan kerjasama dan integrasi warga sekolah dengan komuniti setempat dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sekolah. Aktiviti : Bil Aktiviti Strategi / Objektif Hasil / Pencapaian Lampiran 1. a. Gotong Royong Madani b. Gotong – Royong Madani 2.0 Membersihkan, menceriakan dan menghijaukan kawasan sekolah. Memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah berada dalam keadaan yang baik agar pembelajaran lebih selesa dan kondusif. 2. Anugerah Kebersihan dan Keceriaan Kelas Tahun 2023/2024 Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan kebersihan dan keceriaan di dalam bilik darjah. Memastikan semua murid bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan menceriakan kelas.


22 3. Jamuan Riang Ria Raya 2023 Warna – Warni Aidilfitri 2024 Mengeratkan kerjasama antara murid, ibubapa dan guru melalui sumbangan makanan @ juadah. Memupuk semangat perpaduan antara kaum dan menghormati perayaan kaum masing –masing. Dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain. Memupuk nilai murni dalam kalangan murid melalui sikap kerjasama antara satu sama lain. 4 Minggu PPDa Memupuk dan menerapkan nilai kesedaran tentang bahaya penggunaan dadah di kalangan murid sekolah. Mencungkil bakat murid dalam pertandingan yang dilaksanakan sepanjang minggu PPDa. Menerapkan nilai kesedaran bahayanya penggunaan dadah.


23 5 Hari Apreasiasi Murid ( Unit HEM) Anugerah Kehadiran Penuh (murid) Anugerah Tokoh Sahsiah Murid Anugerah Kebersihan & Keceriaan Kelas Anugerah Peratus Kehadiran tertinggi (Tahap 1 dan Tahap 2) Menggalakkan dan meningkatkan kehadiran murid setiap hari ke sekolah. Memupuk dan menerapkan nilai murni dalam diri murid-murid tentang aspek kebersihan dan kekemasan. Memupuk dan meningkatkan sahsiah yang terpuji dalam diri murid-murid Peningkatan dalam jumlah murid yang hadir penuh ke sekolah. Peningkatan Peratus kehadiran kelas. Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah terpuji dan nilai murni dalam diri.


24 6. Hari Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 Sesi 2024/2025 Menyuntik semangat kepada murid yang pertama kali melangkah ke Tahun 1. Menyesuaikan diri dengan suasana alam persekolahan Murid lebih bersedia untuk melangkah ke Tahun 1 dengan suasana yang baharu. 7. Water Dispenser (service 2 bulan sekali) Memberi kemudahan kepada semua warga sekolah dan menggalakkan kempen minum air kosong. Memudahkan warga sekolah untuk mendapatkan kemudahan air kosong disamping menggalakan warga sekolah minum air kosong 8 Hari Kanakkanak 2023 Menyemai nilai kasih sayang antara satu sama lain disamping menghargai kanak-kanak. Penerapan nilai kasih sayang dan menghargai antara satu sama lain di kalangan murid –murid.


25 9 Jamuan Akhir Tahun Mengeratkan kerjasama antara murid,ibubapa dan guru melalui sumbangan makanan @ juadah. Memupuk semangat perpaduan antara kaum. Dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain. Memupuk nilai murni dalam kalangan murid melalui sikap kerjasama antara satu sama lain. Penutup Diharapkan bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir dalam program-program sekolah dapat ditingkatkan supaya aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya murid-murid dapat dilaksanakan dengan lancar.


26 LAPORAN BIRO PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN Wakil Ibu Bapa : En Suresh Venugopal Naidu Wakil Guru : 1. Cik Kavitha A/P Gnanathambi 2. Pn Norhayati Che Haron Objektif: 1. Memperoleh nilai, memupuk sikap dan sahsiah terpuji dan melahirkan generasi yang peka dan prihatin tentang alam sekitar. 2. Meningkatkan pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah alam sekitar serta dapat membuat keputusan. 3. Menggalakkan kerjasama dan integrasi warga sekolah dengan komuniti setempat dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 4. Memastikan usaha penjagaan alam sekitar dijalankan secara berterusan melalui sistem pengurusan yang cekap dan berkualiti. 5. Menggalakkan penjimatan penggunaan sumber melalui aktiviti 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Renew, dan Rethink) dan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa amal). Aktiviti : Bil Aktiviti Strategi Hasil/Pencapaian Lampiran 1. Ceramah Alam Sekitar Menganjurkan program-program kefahaman dan kesedaran tentang penjagaan kebersihan persekitaran seperti ceramah alam sekitar. Memberikan pendidikan awal kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar.


27 2. Kempen Keceriaan dan kebersihan Kelas Melaksanakan pemantauan kebersihan dan keceriaan di kawasan persekitaran sekolah seperti kelas, bilik-bilik khas dan kantin. Memastikan setiap warga sekolah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran sekolah. 3. Clic Garden 1. Mengecat tayar dan botol plastik untuk digunakan sebagai hiasan di taman sekolah. 2. Menghias Clic Garden menggunakan barangan kitar semula. Dapat menuai dan menjual hasil tanaman kepada warga sekolah. 4. Channel of Colours Memelihara ikan di dalam longkang Menghias kawasan kebun dengan lebih menarik. 5. Reuse, Reduce, Recycle Mengumpul barangan kitar semula dan menjual barangan tersebut setiap bulan. Berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan "Recycle for Life" peringkat Wilayah.


28 6. Living Wall Penanaman pokok pada dinding pagar sekolah Untuk mencantikkan dan menceriakan kawasan sekolah. 7. Compost Care Membuat baja sendiri dan menggunakan baja tersebut untuk tanaman Menghasilkan tanaman menggunakan baja semula jadi. 8. Herbalife Garden Penanaman tumbuhan yang dapat merawat penyakit Tanaman herba digunakan untuk merawat penyakit. 9. Fountain of Joy Penternakan ikan hiasan dalam kolam Fountain of Joy. Untuk mencantikkan kawasan sekolah. 10. Oh! My Reflexology Tapak refleksologi untuk warga sekolah. Memberi keselesaan kepada warga sekolah.


29 11. Program Satu Murid Satu Pokok Program Satu Murid Satu Pokok telah dilancarkan pada tahun 2023. Tujuan program ini diadakan bagi menggalakkan murid membantu pemeliharaan penghijauan kawasan sekolah agar kekal ceria. Menggalakkan pendidikan awal kepada murid dan memelihara sumber pokok di sekolah. 12. Program Penanaman Menggunakan Baja Organik Bermula pada tahun 2021, murid-murid Kelab Pencinta Alam akan memungut daundaun kering dan sisa makanan dari kantin / dapur untuk dibuat baja kompos. Memupuk nilai keusahawanan dalam diri muridmurid. Menjadi sumber pendapatan bagi menceriakan kawasan sekolah. 13 Pendekatan bertema alam sekitar Murid melaksankan aktiviti pembelajaran yang bertemakan tentang alam sekitar. Mencungkil kreativiti murid dalam aktiviti PdP


30 14. Kejohanan Olahraga Tahunan 2023 Tema 5R- Refuse, Reduce, Reuse, Repurpose, Recycle. Berdasarkan tema ini, setiap rumah sukan perlu menggunakan bahan-bahan terbuang dalam penyediaan maskot dan pakaian seragam ahli perbarisan. Menerapkan nilai murni alam sekitar dan mengelakkan pembaziran. 15. Kejohanan Merentas Desa 2023 Murid-murid dibekalkan dengan air minuman di setiap Check-Point. Namun, botol plastik yang digunakan akan dikumpulkan untuk tujuan dikitar semula. Murid-murid dilarang untuk membuang botol minuman selain daripada tempat yang disediakan di Check-Point. Menerapkan nilai murni alam sekitar dan mengelakkan pembaziran.


31 16. Inovasi Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Menghasilkan binaan menggunakan bahan terbuang. Mencungkil kreativiti murid dan menghasilkan produk inovasi daripada bahan terpakai. 17. Gotong Royong Madani Membersihkan, menceriakan dan menghijaukan kawasan sekolah. Memastikan kebersihan dan keceriaan sekolah berada dalam keadaan yang baik. 18. Sambutan Hari Kanak-kanak Menyediakan pakaian bertemakan bahan kitar semula. Penerapan elemen cintakan alam sekitar. 19. Tong pengumpulan sisa makanan Pihak sekolah menyediakan tong pengumpulan sisa makanan iaitu dengan mengasingkan tong sampah untuk bahan yang boleh dikitar semula dengan Bahan untuk dijadikan sebagai baja kompos.


32 tong sampah sisa makanan. 20. Children’s International Conference 2023 (Virtual Student Exchange Tokyo Metropolitan Government & Kuala Lumpur) Pembentangan dan sesi soal jawab antara murid-murid Kuala Lumpur dan Jepun. Perkongsian ilmu antara murid. Kejayaan dan pencapaian. Bil Tahun Peringkat Pencapaian Anjuran 1. 2023 Negeri Anugerah Sekolah Mampan 4 Bintang - Anugerah Mampan Bagi Kategori Guru - Anugerah Mampan bagi Kategori Murid DBKL LAK 21 2. 2023 Negeri Pembentangan Geran Kebun Kejiranan LAK 21 3. 2023 Negeri Penarafan 4 Bintang Pelaksanaan Amalan Nilai Perpaduan dan Identiti Nasional JPWPKL Penutup Diharapkan bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir dalam program-program sekolah dapat ditingkatkan supaya aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya murid-murid dapat dilaksanakan dengan lancar.


33 LAPORAN BIRO ADUAN PENYELENGGARAAN ICT Wakil Ibu Bapa : 1. Dr Vignesan Dorasamy 2. En Suresh Venugopal Naidu Wakil Guru : 1. En Muhammad Amin Shafiq bin Seman 2. Pn Nur Akmar binti Abu Kasim Objektif: 1. Meningkatkan kemudahan ICT bagi kegunaan murid , guru dan warga SK St. Mary. 2. Memastikan segala peralatan dan kemudahan ICT di SK St. Mary sentiasa diselenggara dengan baik mengikut keperluan semasa. 3. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran digital yang kondusif dan menarik untuk murid-murid dan warga pendidik SK St. Mary. Aktiviti: Bil Perkara Kos Catatan 1. Menaik taraf Smart Classroom Bilik Bahasa Cina, Tahun 4 Tulip, 4 Mawar, 4 Anggerik, 3 Anggerik & 3 Raya RM4946.00 Dana ICT PIBG Telah siap & berfungsi 2. Memasang Sub DB dan Soket tambahan di Bilik ICT (Makmal DELL) SK St. Mary Sumbangan NYDP PIBG: Encik Suresh Telah siap & berfungsi 3. Memasang Tinted UV Pada Tingkap Bilik Darjah & Bilik Khas Yang Menghadap Padang Sekolah Sumbangan Alumni St. Mary: Cik Cynthia Wan Mai Gan 60% Siap 4. Menaik taraf Sistem Pembesar Suara Pejabat Sekolah: BlackLine 240W: BG Sound & Lighting RM780 Gambar Pelaksanaan Menaiktaraf Smart Classroom Tahun 4 Tulip, 4 Mawar, 4 Anggerik, 3 Anggerik & 3 Raya


34


35 Gambar Pelaksanaan Memasang Sub DB dan Soket Ttambahan Di Bilik ICT (Makmal DELL) SK St. Mary Sumbangan NYDP PIBG Encik Suresh Pemasangan Sub DB (Gambar Atas) | Sub DB Yang Telah Siap Dipasang (Gambar Bawah)


36 Gambar Pelaksanaan Memasang Tinted UV Pada Tingkap Bilik Darjah & Bilik Khas Yang Menghadap Padang Sekolah Kelas 6 Mawar (Gambar Atas) | Bilik Bahasa Tamil (Gambar Bawah) Tiada Tinted UV Ada Tinted UV


37 Gambar Pelaksanaan Menukar Power Amplifier Sistem Pembesar Suara Pejabat Sekolah BlackLine 240W | 1 Tahun Jaminan Penutup : Kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan ICT dan elektronik telah dilaksanakan mengikut keperluan semasa dan kekuatan dana yang ada. Terdapat beberapa alatan yang perlu digantikan dengan segera seperti Power Amplifier di pejabat yang telah berusia lebih 10 tahun. Peralatan tersebut telah dibeli atas keperluan segera dan akan dimohon peruntukan dalam mesyuarat AJK PIBG yang seterusnya. Proses pemasangan Tinted UV belum dapat disiapkan sepenuhnya kerana terdapat kelas yang telah ditampal kertas dinding (wallpaper) yang meninggalkan kesan gam yang memerlukan masa untuk dibuang. Manakala, kelas-kelas yang tiada kesan gam telah dipasang Tinted UV pada bahagian tingkap utama (swing) bagi kelas yang menghadap padang sekolah. Bagi kemudahan Smart Classroom, beberapa alatan PnP seperti suis, tetikus, papan kekunci, pembesar suara (speaker) dan bateri telah diganti mengikut keadaan semasa berdasarkan peruntukan penyelenggaraan ICT yang dibentangkan dalam mesyuarat ajk PIBG.


38 LAPORAN KOKURIKULUM Wakil Ibu Bapa : 1. Pn Norazraini Afiqa binti Mohd Jamari 2. Pn Siti Ros Ezeeka binti Rahmat Wakil Guru : En Muhammad Azran bin Radhi Objektif: 1. Menggalakkan murid-murid menghadiri aktiviti perjumpaan kokurikulum di sekolah. 2. Menggalakkan murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik dan sukan permainan. 3. Memupuk semanagat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan murid. Aktiviti: 1. PIBG sentiasa menyokong setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. 2. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sokongan jitu daripada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah. Bil Aktiviti Strategi / Objektif Lampiran 1. Kejohanan Merentas Desa 2023 Mewujudkan kesedaran kepada warga SK St Mary agar mengamalkan gaya hidup sihat dan mengetahui kepentingan aktiviti sukan terhadap kesihatan fizikal serta mental. 2. Kejohanan Olahraga Tahunan 2023 Mencungkil 90% bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara olahraga untuk diserap dan digilap sebagai wakil sekolah bagi kejohanan olahraga pada peringkat zon tahun hadapan.


39 3. Berikut merupakan pertandingan yang diwakili oleh murid-murid SK St. Mary bagi sesi kokurikulum 2023/2024. Bil. Nama Pertandingan Peringkat Pencapaian 1. Pertandingan Gimnastik Queen Cup Antarabangsa Tempat Keempat 2. Petrosains Science Drama Competition 2023 Kebangsaan Penyertaan 3. Karnival Kemahiran Digital 2023 Kebangsaan Penyertaan 4. Jamboree On The Air Kebangsaan Penyertaan 5. Pertandingan Video Pendek Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan Penyertaan 6. Kuiz Kemahiran Digital Kebangsaan Penyertaan 7. Pertandingan Pesta Pantun 2023 Kebangsaan Penyertaan 8. Pertandingan Kuiz Karnival Bahasa Tamil Kebangsaan Penyertaan 9. Energy Efficiency Challenge Kebangsaan Penyertaan 10. Festival Tarian Rampaian Tradisional Inang Dan Joget Jejak Juara Kl 2023 Negeri Tempat Kelima 11. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Negeri Penyertaan 12. Pertandingan Bicara Berirama Jejak Juara Msswpkl Negeri Tempat Ketiga 13. English Language Carnival Poetry Recitation Competition Sekolah Rendah Negeri Penyertaan 14. Pertandingan Choral Speaking Negeri Penyertaan 15. Kejohanan Silat Terbuka & Jemputan 2023 Negeri Penyertaan 16. KARNIVAL KEMAHIRAN DIGITAL #Jejakjuarakl2023 Negeri Tempat Kelima 17. Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform (Tkrs) 2023 Negeri Penyertaan 18. Mqss Kpm Negeri Penyertaan 19. Kuiz Science Dechatlon Negeri Penyertaan 20. Kuiz Kemahiran Digital Negeri Penyertaan 21. Karnival Bahasa Melayu Jejak Juara- Sajak Negeri Penyertaan 22. Kejohanan Squasy Msswpkl 2023 Negeri Tempat Keempat 23. Karnival Bahasa Melayu Jejak Juara - Bercerita Tahap 1 Negeri Penyertaan 24. Karnival Bm Pertandingan Pidato Sek Ren Cabaran #Jejakjuarakl2023 Negeri Tempat Ketiga 25. Pertandingan Pesta Pantun Sek Ren Cabaran #Jejakjuarakl2023 Negeri Johan 26. Pertandingan Kuiz Karnival Bahasa Tamil Negeri Johan 27. Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Cabaran #Jejak Juarakl2023# Negeri Penyertaan 28. Kejohanan Catur Sekolah Rendah Mssmkl Negeri Penyertaan 29. Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil Negeri Tempat Keempat 30. Pertandingan Sajak Bahasa Tamil Negeri Penyertaan 31. Pendidikan Sains Angkasa (Program Stem4life 2023) Negeri Penyertaan 32. Pertandingan Junior Animation Challenge Negeri Tempat Kelima 33. Pertandingan Persahabatan Pencak Silat 3 Penjuru Daerah Johan 34. Kejohanan Liga 1000 Sukan Badminton 2023 Daerah Johan 35. Kejohanan Badminton Mssd Sentul Daerah Naib Johan 36. Sijil Lencana Keris Perak Daerah Penyertaan


40 37. Lencana Penunggang Basikal Daerah Penyertaan 38. English Language Carnival Story Telling Competition Sekolah Rendah Daerah Penyertaan 39. English Language Carnival Public Speaking Competition Sekolah Rendah Daerah Penyertaan 40. Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah MSSD Sentul 2023 Daerah Suku Akhir 41. Kejohanan Catur Sekolah Rendah MSSD Sentul Daerah Tempat Keempat 42. Kejohanan Catur Sekolah Rendah MSSD Sentul Daerah Tempat Kelima 43. Kejohanan Catur 1000 Liga SK St. Mary Daerah Tempat Ketiga 44. Pertandingan Silat Dalaman Legasi 5 Bersaudara Edisi Ke-2 2023 Daerah Naib Johan Penutup Diharapkan bilangan ibu bapa/penjaga yang hadir dalam program-program sekolah dapat ditingkatkan supaya aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya murid-murid dapat dilaksanakan dengan lancar.


41 LAPORAN KEWANGAN PIBG SK ST. MARY, KUALA LUMPUR Berakhir pada 31 Disember 2023


42


43 USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KE - 51 BIL NAMA USUL/CADANGAN PENYELESAIAN KURIKULUM 1 Kavitha Subramaniam (Geethikaa a/p Ashok Kumar 1R) PdPc dilaksanakan ketika waktu relief melalui guru-guru relief. Bagi guru yang berkursus dan urusan di luar, mereka akan tinggalkan lembaran kerja kepada guru relief. Tetapi bagi guru yang ‘adhoc’ seperti MC, guru relief akan masuk dan jalankan PdPc spontan. 2 Sivapakiam Shunmugam (Yaalini Dass 5S) Kelas sering dibatalkan jika ada aktiviti lain di sekolah seperti pertukaran guru. Kertas soalan peperiksaan tidak direvise ketika dipulangkan pada pelajar. Kelas tidak pernah dibatalkan. Sekiranya ada aktiviti yang melibatkan ramai guru, guru yang menjaga kelas akan menjalankan PdP mengikut kepakaran guru. Semua guru telah dimaklumkan membuat semakan soalan dan jawapan bagi subjek masingmasing dan kertas peperiksaan dipulangkan kepada murid. 3 Thvyaashinni Rajandran (Theshwarya Sittayah 2A) Nor Fazhlina bt Zainudin (Aisyah Maisarah 1A) Nadarajah Paramasivan (Vainahvwii Nadarajah 2R) From what I have seen last year Standard 1, there are some activity book was not completed, many pages left without touched. Memberikan latihan kerja rumah kepada pelajar setiap hari kerana saya mendapati banyak buku latihan dan buku kerja yang tidak digunakan sehingga akhir tahun. Pembelajaran murid-murid. Akan dibuat pemantauan untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. Setiap hari guru memberi latihan dan cuba menyiapkan di sekolah kerana jika dibawa balik ke rumah, kerja tidak disiapkan. Cadangan tidak jelas.


44 4 Sarvin Kaur (Maheera Kaur 1A) Nur Ain Mohd Faiz (Sofea Alisha bt Abdul Khalik 1M) Tarikh ujian pertengahan tahun/ akhir tahun untuk dimaklumkan awal persekolahan. Ibu bapa boleh merancang sebarang percutian/ hal ehwal penting. Prepare academic calendar yearly as reminder of important events. It gives benefit for student and parent to plan self-study time, track deadlines, exam preparation and helps keep informed. Prepare subject planner for each month, at least parent can keep track syllabus each subject. Kebiasaannya pihak sekolah akan maklumkan awal tentang tarikh peperiksaan. Takwim peperiksaan akan dibuat setelah kami mendapat jadual daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman, Ujian Pertengahan Tahun akan dilaksanakan pada bulan Ogos manakala Ujian Akhir Tahun, kami belum mendapat tarikh daripada KPM. 5 Sarvin Kaur (Maheera Kaur 1A) Rama Kumar (Tanishkavijeta a/p Rama Kumar 4A) Seminggu sekali buku aktiviti/ latihan dipulangkan bagi setiap subjek untuk ibu bapa memahami status pembelajaran anak-anak. Adakah penyemakan buku latihan dan modul dilaksanakan secara berkala? Ibu bapa yang ingin mengetahui status pembelajaran anak-anak boleh berhubung dengan guru kelas. Pemulangan buku boleh dibuat berkala untuk mengelakkan masalah beg berat. Penyemakan buku latihan dibuat setelah latihan selesai. 6 Rohini a/p V.Katriinassa (Yashvini Gopalan 5S) Revindran Pillai (R.Saaharsini 4R) Heavy schoolbags School bag very heavy. Is there any solution for this? Masalah beg berat telah diambil tindakan dengan mengadakan jadual anjal dan penggunaan 2 buah buku latihan sahaja untuk setiap subjek. 7 Norshawani Kamaruzaman (Inara Alleysa bt Mohd Iskmal Fizree 1M) Anak saya masih kurang mahir membaca, harap pihak sekolah ada membuat kelas tambahan untuk membaca. Untuk Tahun 1, sekiranya anak kurang mahir membaca, mohon kerjasama ibu bapa untuk membantu anak membaca di rumah. Namun begitu, sekiranya anak ada masalah membaca, ibu bapa boleh merujuk guru kelas untuk dimasukkan ke kelas pemulihan Tahun 2.


45 HAL EHWAL MURID KANTIN 8 Kavitha Subramaniam (Geethikaa a/p Ashok Kumar 1R) Muhamad Razali (Nor Raishah Aqilah 5T) Remavathy a/p Ramiah (Aiswarya Reddy a/p Sanjaav Selan 1T) Mogana Raj a/l Kandasamy (Mohitraa Sree a/p Mogana Raj 1T) Hema Selvaraj (Zephyra 1A) Kavitha a/p Thangayah (Yaswinittha a/p Partiban 1M) Devadas Balakrishnan (Sanjana Devadas 5T) Raviindran a/l Krishnan (Vayshaswini 1A) Mewujudkan gerai makanan vegetarian. Harap kantin menukar item makanan selalu, jangan asyik makanan sama setiap hari. Pelbagaikan variasi makanan di kantin sekolah. Menyediakan makanan yang lebih berkhasiat di kantin sekolah seperti pelbagaikan buah-buahan, kuihmuih seperti karipap, sandwich dan kudap-kudapan yang lebih sihat untuk murid, kurangkan minuman berais seperti Milo Ice, Mineral berais dan lain-lain supaya kesihatan murid tidak terjejas. Saya ingin mencadangkan agar penjualan air batu dihentikan kerana kebanyakan air batu dijual adalah hasil ‘mass production’ yang boleh mendatangkan pelbagai masalah Kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak yang lebih muda. Kantin tidak cukup tempat duduk. Sila memastikan kantin berada dalam keadaan bersih apabila Tahap Dua menurun ke kantin semasa rehat. Kebersihan kantin perlu ditingkatkan, bekas makanan di atas meja. Telah dilaksanakan sebelum ini tetapi tidak mendapat sambutan. Pihak kantin menyediakan menu makanan mengikut ketetapan KPM. Makanan telah dipelbagaikan contohnya jenis mee bertukar-tukar. Akan ditambahbaik. Buah-buahan disediakan di kantin, kuih-muih kurang mendapat sambutan. Pihak kantin akan mengurangkan penggunaan ais dalam minuman. Ibu bapa boleh nasihatkan murid supaya tidak membeli minuman berais. Air mineral yang tidak sejuk ada dijual. Mencukupi tetapi agak padat. Taklimat kebersihan kantin telah diberi kepada murid pada 27 Mac 2024. Pekerja kantin tidak sempat untuk membersihkan kerana waktu rehat adalah berterusan. Pihak sekolah akan menjalankan Program “Zero Waste”. Meja akan dilabelkan nama murid dan alatan pembersih seperti kain dan spray


46 Mohd. Faizal bin Abu Bakar (Mariam Leanne bt Mohd Faizal 1T) Penggunaan debit card @ cashless untuk kantin. akan disediakan supaya murid membersihkan meja mereka selepas makan. Aktiviti membeli adalah satu pembelajaran penggunaan wang dalam mata Pelajaran Matematik. Tidak relevan kerana khuatir murid akan kehilangan kad. TANDAS 9 Kavitha a/p Thangayah (Yaswinittha a/p Partiban 1M) Nadarajah Paramasivan (Vainahvwii Nadarajah 2R) Oon Chew Yee (Chan Ying Ru 3R) Letchumi Krishna Kumar (Aiswarya Devan 1R) Mohd Noor Hafiz bin Mohd Najib (Puteri Amanda Jasmine bt Mohd Noor Hafiz 2A) Raviindran a/l Krishnan (Vayshaswini 1A) Pathmaavathi (Annuuxshah a/p Thirunavukarasu) P. Gobalakrishnan (Danshikaa 1M) Hareny Pradhaa a/p Munisamy (Theshnnita Yogendran 1A) Kebersihan tandas. Kebersihan tandas. Kebersihan tandas. Kebersihan tandas kurang bersih. Meningkatkan kebersihan tandas murid. Kebersihan tandas perlu ditingkatkan, bau busuk. Tandas berbau. Masalah tandas. Tandas sentiasa bersih. Ada pembantu/ maid selalu bersih masa ke masa. Pembersihan tandas dijalankan 2 kali sehari iaitu selepas rehat dan selepas murid balik. Taklimat penggunaan tandas dengan betul telah diberi kepada murid pada 13 Mac 2024, tetapi masih ada murid yang membuang air di lantai tandas. Mohon ibu bapa juga mendidik anak dalam penggunaan tandas kerana sikap murid yang memainkan peranan. Pihak sekolah pernah menyediakan ubat gegat dan arang di dalam tandas, tapi dibuang oleh murid ke dalam tandas. Pihak sekolah mampu menyediakan pekerja pembersihan sahaja.


47 KEDAI BUKU 10 Narendran (Dahniahshree a/p Narendran 2R) Sivapakiam Shunmugam (Yaalini Dass 5S) Harga yang tidak berpatutan di kedai buku bagi barangan bukan buku. Harap pihak sekolah dapat kendalikan audit harga di kedai buku. Harga barang alat tulis yang mahal. Tidak boleh bandingkan harga di kedai buku dengan kedai RM2 ataupun atas talian. Pihak sekolah akan menjalankan pemantauan yang lebih kerap. KESELAMATAN 11 Mohd Helmi Azwan bin Hashim (Armell Dahlia 2A) Rohini a/p V.Katriinassa (Yashvini Gopalan 5S) Membenarkan ibu bapa menjemput/ menunggu muridmurid balik dalam kawasan sekolah. Safety and security class grill. Kemasukan ibu bapa ke dalam kawasan sekolah akan menambahkan kesesakan. Ibu bapa hanya dibenarkan menunggu di luar kawasan sekolah mengikut buku peraturan disiplin untuk menjaga keselamatan murid. Pihak sekolah ambil maklum dan akan usahakannya. DISIPLIN 12 Rama Kumar (Tanishkavijeta a/p Rama Kumar 4A) Adakah SOP Tindakan Disiplin yang dilaksanakan di kelas? Guru Mata Pelajaran membuat catatan dalam buku rekod kawalan kelas dan akan cuba selesaikan. Kes berat akan dilaporkan kepada guru disiplin supaya dapat dijalankan siasatan. KOKURIKULUM 13 Thvyaashinni Rajandran (Theshwarya Sittayah 2A) Nadarajah Paramasivan (Vainahvwii Nadarajah 2R) Last year for sport day not many kids participate. Everyone should be given a chance because that was a biggest sport day for standard 1 kids. Hari Sukan Tahunan. Pada Hari Sukan Tahunan, semua murid Tahun 4,5 dan 6 akan terlibat dalam Sukantara. Di situ, setiap rumah akan memilih murid-murid terbaik untuk mewakili rumah sukan mereka. Untuk Tahun 1,2 dan 3, semua murid diberi peluang dalam sukaneka. Setiap tahun mempunyai 4 acara sukaneka dan setiap murid berpeluang untuk menyertai acara sukaneka. Pada tahun ini, Sukaneka dan Hari Sukan Tahunan diadakan pada hari yang berbeza.


48 14 Noor Hidayah bt Mat Hassan (Noor Aira Nadiyya bt Marzuki 4R) Mengambil tempahan baju sukan berlengan panjang memudahkan pelajar Islam menutup aurat. Pernah dilaksanakan tetapi sukar untuk pengurusan dan pengagihan. 15 Nur Zamzaiti bt Ahmad Akbar (Hana Humairan bt Mohd Fikri 5M) Cadangan Pelaksanaan Kokurikulum selepas sesi persekolahan supaya sempat menghadiri sekolah agama. Pelaksanaan kokurikulum diselaraskan dan diadakan pada hari Rabu untuk semua sekolah. Kamu telah cepatkan waktu kokurikulum dari 2.30 pm-4.30pm kepada 1.30pm-3.30pm untuk tahun ini. Selepas itu, ibu bapa boleh berurusan dengan sekolah agama jika anak ingin datang lewat. HAL-HAL LAIN LOKER 16 Narayana Samy Naidu (Tirshaaniy Naidu 2T) R. Sharayanan a/p Raman (Krisha a/p Sharayanan 1M ) Narayana Samy Naidu (Vikashny Naidu 4A) Raviindran a/l Krishnan (Vayshaswini 1A) Hareny Pradhaa a/p Munisamy (Theshnnita Yogendran 1A) Locker to keep books. To provide lockers for students. To have locker to keep books. Kemudahan loker di dalam kelas untuk simpan buku. Loker plastik di dalam bilik darjah dengan nama individu murid untuk simpan buku teks dan membawa pulang pada hari Jumaat untuk mengulang kaji. Penggunaan loker tidak sesuai kerana pelaksanaan jadual anjal telah mengurangkan murid membawa buku. Pihak PIBG juga tidak menggalakkan murid menyimpan buku di loker kerana akan menimbulkan isu murid tidak mengulang kaji di rumah kerana tinggalkan buku di loker dan murid mengambil masa lama untuk mengambil buku dari loker semasa guru mengajar. Kebanyakan kelas padat dengan meja dan kerusi murid. Ruang untuk meletak loker terhad dan tidak sesuai, tetapi setiap kelas ada almari untuk menyimpan buku murid. LALU LINTAS 17 Norhala Juita Mahmud (Nur Adra Najla bt Mohamad Azzirin 2S) Kesesakan lalu lintas berpunca dari sikap ibu bapa yang pentingkan diri, parking blok laluan. Dah sampai depan sekolah baru nak keluarkan bag dan bersalam akibatkan jam sampai sekolah menengah. PIBG menyarankan murid-murid bersalam di rumah dan bersedia dengan beg sebelum kereta berhenti supaya murid terus turun dan tidak mengambil masa lama. Taklimat telah diberi kepada ibu bapa Tahun 1


Click to View FlipBook Version