The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 799-9-sayyidah, 2022-03-23 09:58:23

PENGHASILAN PRODUK (KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU)

BM50622 SITI SAYYIDAH 'ATIQAH BINTI MOHD SHAMSURI

BMMB1104

KESUSASTERAAN
DAN

KEBUDAYAAN
MELAYU

PENGHASILAN PRODUK

Puisi Melayu Tradisional

SITI SAYYIDAH 'ATIQAH

M AKLUMAT PELAJAR

Nama:
Siti Sayyidah 'Atiqah
Binti Mohd Shamsuri



Angka Giliran:
2021192310130



No. Kad Pengenalan:

031203020872



Kumpulan:
PPISMP Jun 2021

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-

Nya dapat saya menyiapkan tugasan bagi kursus
Kesusasteraan dan Kesantunan Melayu (BMM1104) ini

dengan jayanya.



Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar
hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Cik
Siti Salamah Binti Mohd Yusoff, selaku pensyarah kursus

Kesusateraan dan Kesantunan Melayu kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini serta budi bicara beliau
dalam memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh tugasan ini

dijalankan.



Selain itu, saya turut berterima kasih kepada ibu bapa,
keluarga serta rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan

jayanya.



Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah

mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin

tidak dapat dilaksanakan dengan baik.



Sekian, Terima kasih.

i

ISI KANDUNGAN

1 Penghargaan....................................................i
2 Pengenalan..................................................1-2
3 Puisi tradisional: Pantun.......................3-9
4 Puisi tradisional: Syair....................10-16
5 Puisi tradisional: Gurindam............17-23
6 Penutup..........................................................24

PENGENALAN

Kesusasteraan Melayu merupakan satu bentuk seni yang
disampaikan melalui penggunaan bahasa yang halus dan indah

dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini dikatakan
demikian kerana, secara tidak langsung masyarakat Melayu

terutama masyarakat Melayu klasik sering bersastera
dalam kehidupan seharian mereka. sebagai contohnya,
sewaktu majlis pertunangan atau perkahwinan, wakil
daripada kedua-dua keluarga akan saling berlawan madah.



Selain itu, Kamus Dewan juga telah mendefinisikan
kesusasteraan sebagai satu hasil seni atau karya yang
berbentuk prosa dan puisi yang mempunyai keistimewaan
yang tersendiri. Di samping itu, perkataan kesusateraan
berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu "sastra".
perkataan sas- membawa maksud mengarahkan, mengajar
serta memberi petunjuk manakala perkataan -tra pula
merujuk kepada alat. maka makna keseluruhan bagi
perkataan "sastra" ialah alat yang digunakan untuk
mengajar. Seterusnya, awalan su- pada perkataan
susastera pula membawa maksud baik atau indah manakala
imbuhan ke-...-an pula bermaksud memberikan petunjuk,

panduan serta pengajaran.



Akhir sekali, kesusateraan Melayu juga merupakan ungkapan
perasaan yang mendalam secara spontan. Karya yang
dihasilkan dipenuhi dengan perasaan yang mendalam,

kesedaran moral serta perluasan pendapat yang dizahirkan
dalam bentuk sastera.

1

PUISI MELAYU
TRADISIONAL

KONSEP
Puisi Melayu Tradisional merupakan salah satu daripada

bentuk karya kesusasteraan Melayu. Puisi Melayu
Tradisional ini merujuk kepada penyusunan kata dalam
bentuk rangkap serta mempunyai perbezaan dengan Puisi
Melayu Moden. Perbezaan tersebut termasuklah dari segi
irama, bentuk, pemikiran serta penzahiran perasaan.



Selain itu, Puisi Melayu Tradisional juga merujuk kepada

karya sastera yang tidak menekankan penggunaan
tatabahasa yang mantap. Sebaliknya, bahasa yang
digunakan mampu mengekspresikan emosi, imaginasi

serta harapan pengarang.

CIRI-CIRI
Antara ciri-ciri Puisi Melayu Tradisional ialah puisi ini
bersifat kolektif iaitu tercipta oleh pengarang tanpa nama
kemudian puisi yang dicipta itu disebar dan diwarisi
sehingga menjadi sebati dalam hidup masyarakat seperti

dalam bentuk hiburan, ritual, pengajaran serta
keagamaan.



Seterusnya, puisi mempunyai unsur muzikal. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap penyampaian puisi
memerlukan intonasi serta irama yang tertentu. Selain itu,

puisi ini mempunyai bentuk yang tertentu mengikut
jenisnya sama ada bebas, terikat mahupun berentak. Puisi

Melayu Tradisional terbahagi kepada beberapa jenis,
antaranya ialah pantun, syair dan gurindam.

2

1

PANTUN

PUISI
TRADISIONAL

3

PANTUN

KONSEP

Pantun merupakan salah satu daripada karya Puisi Melayu
Tradisional yang masyhur di Nusantara. Hal ini kerana istilah

pantun dikatakan berasal daripada perkataan "tun" iaitu
bahasa suku kaum dari Nusantara. perkataan tersebut
membawa maksud sesuatu yang teratur. Selain daripada

perkataan "tun", pantun juga dikaitkan dengan perkataan
lain seperti "tonton" iaitu Tagalog, "tuntun" dari Jawa kuno

dan "panton" dari Bisaya. Kesemua perkataan tersebut
membawa maksud yang sama iaitu merujuk kepada

keteraturan. Akhir sekali,pantun juga menggunakan konsep
pembayang-maksud dalam satu rangkap. Pantun terbahagi
kepada beberapa jenis antaranya ialah pantun dua kerat,

empat kerat dan lapan kerat.

FUNGSI

Terdapat beberapa fungsi pantun. Antaranya ialah untuk
menyampaikan serta menzahirkan perasaan seperti rasa
syukur, sindiran dan sebagainya. Seterusnya, pantun juga
berperanan sebagai hiburan. Sebagai contohnya, pantun

yang mempunyai unsur gurauan atau usikan. Selain itu,
pantun juga digunakan untuk menasihati orang lain
mengenai sesuatu perkara. Akhir sekali, pantun juga

berfungsi sebagai alat untuk pendidikan seperti pantun
yang berkaitan dengan ilmu.

4

PANTUN (ASLI)

Tema: Budi

Anak angsa si ibu angsa,
Burung Puyuh main di taman,
1. Budi bahasa cerminan bangsa,

Tetap utuh sepanjang zaman.

Pemikiran pantun 1:
Pemikiran yang ada dalam pantun empat kerat ini
menunjukkan bahawa suatu bangsa itu akan dikenali jika
dilihat pada budi bahasanya. Sebagai contohnya, bangsa
Melayu terkenal dengan budi pekerti mereka yang mulia
sejak dahulu lagi. Oleh itu, sebagai bangsa Melayu kita
perlu sentiasa berbudi bahasa supaya bangsa Melayu
akan sentiasa dikenali sebagai bangsa yang berbudi

bahasa.

5

PANTUN (ASLI)

Tema: Budi

Meraut lidi ditengah halaman,
Datang Pak Deris dibawa ke pekan,
2. Hidup berbudi ditelan zaman,

Hilang terhakis dek kemajuan.

Pemikiran pantun 2:
Pemikiran yang ada dalam pantun empat kerat ini
menunjukkan bahawa peredaran masa serta kepesatan
perkembangan dari segi kemajuan teknologi telah
menjadikan masyarakat semakin hilang budi bahasa yang
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. sebagai contohnya,
budi bahasa semakin pudar dalam kalangan masyarakat
khususnya dalam penggunan teknologi media sosial.

6

PANTUN (ASLI)

Tema: Budi

Cikgu Shikin cantik orangnya,
Bertambah jelita dengan selendang,
3. Biar miskin kaya budinya,

Daripada berharta budi kecundang.

Pemikiran pantun 3:
Pemikiran yang ada dalam pantun empat kerat ini
menunjukkan bahawa tidak berguna jika seseorang itu
mempunyai harta yang banyak jika dia tidak berbudi
bahasa dengan orang lain. Seterusnya, lebih baik jika
seseorang itu tidak kaya atau miskin asalkan dia berbudi
bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana berbudi bahasa
akan mendatangkan kebaikan bukan sahaja pada diri

sendiri malah pada orang sekeliling juga.

7

PANTUN (ASLI)

Tema: Budi

Pagi-pagi menanam palas,
Palas ditanam di tepi titi,
4. Budi tuan tak dapat ku balas,

Akan ku bawa hingga ke mati.

Pemikiran pantun 4:
Pemikiran yang ada dalam pantun empat kerat ini
menunjukkan bahawa budi baik seseorang haruslah
diingat dan dikenang selama-lamanya. Hal ini dikatakan
demikian kerana budi bahasa tidak akan dapat dibayar
menggunakan harta atau wang ringgit dan hanya mampu

dikenang sahaja.

8

PANTUN (ASLI)

Tema: Budi

Tanam lada di kebun Nyonya,
Sulur nanas dalam baldi,
5. Intan tiada emas tak punya,

Hanya berhias dengan budi.

Pemikiran pantun 5:
Pemikiran yang ada dalam pantun empat kerat ini
menunjukkan bahawa kebaikan atau kecantikan luaran
seseorang itu tidak ditonjol dengan barang kemas atau
harta tetapi budi bahasa dalam dirilah yang akan
memperelokkan luaran seseorang itu. hal ini dikatakan
demikian kerana kekayaan tidak akan mampu membeli

budi.

9

2

SYAIR

PUISI
TRADISIONAL

10

SYAIR

Konsep

Syair merupakan salah satu daripada Puisi Melayu Tradisional.
Perkataan syair berasal daripada perkataan Arab iaitu
"shi'ir" yang membawa maksud puisi serta "sha'r" yang

bermaksud penyair atau pengarang puisi tersebut. Selain itu,
Za'ba berpendapat bahawa perkataan syair berasal daripada
perkataan "syir" yang bermaksud perasaan yang mewujudkan

pelbagai emosi serta mempunyai bahasa yang indah dan
menarik. tidak seperti pantun yang mempunyai pembayang,
setiap baris pada serangkap syair mempunyai maksudnya yang

tersendiri. Akhir sekali, syair dianggap sebagai milik
masyarakat Melayu lama kehusus tidak mempunyai penulis atau

pengarang yang khusus. Oleh itu, tokoh sastera Melayu iaitu
Hamzan Fansuri telahmengembangkan serta menulis syair yang

lebih bersifat Melayu.

Fungsi

Terdapat beberapa fungsi penciptaan syair. Antaranya
ialah hiburan kerana syair sering dilagukan dalam kegiatan
yang melibatkan kesenian dan kebudayaan. Misalnya, syair
sering dilagukan dalam majlis-majlis seperti pesta keramaian,
pertandingan serta upacara yang bertemakan adat seperti

perkahwinan. Seterusnya, kemerduan suara penyair
membolehkan pendengar terkesan serta akan meninggal kesan

yang sangat mendalam dalam diri pendengar. Akhir sekali,
syair juga berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan

nasihat atau pengajaran kepada pendengar.

11

SYAIR (ASLI)

Tema: Nasihat

#1

Wahai anakku ibu berpesan,
Hidup ini harus diteruskan,
Datang ujian jangan tertekan,
Berserahlah diri kepada Tuhan.

Pemikiran syair 1:
Pemikiran yang ada dalam syair ini ialah pemikiran yang
menunjukkan pesanan atau nasihat seorang ibu kepada

anaknya. Dia berpesan kepada anaknya bahawa jika
berdepan dengan masalah ataupun ujian dalam kehidupan,
jangan pernah berputus asa. Sebaliknya, usahala kemudian
berserah dan mengadulah kepada Allah. Hal ini dikatakan
demikian kerana Allah tidak akan menguji hambanya jika

hambanya tidak mampu.

12

SYAIR (ASLI)

Tema: Nasihat

#2

Ilmu agama wajib dicari,
Panduan hidup sehari-hari,
Amal di dunia bekalan mati,
Moga bersenang akhirat nanti.

Pemikiran syair 2:
Pemikiran yang ada dalam syair ini menunjukkan nasihat
penulis agar kita sentiasa mencari dan mempelajari ilmu
agama untuk dijadikan panduan dalam meneruskan kehidupan
seharian. Hal ini kerana menuntut ilmu merupakan satu
kewajipan bagi setiap umat Islam. Seterusnya amalan yang

dikerjakan di dunia ini akan mambantu serta memberi
manfaat kepada kita di hari kiamat kelak.

13

SYAIR (ASLI)

Tema: Nasihat

#3

Jagalah hati ibu tersayang,
Jasanya ayah wajib dikenang,
Mengasuh mendidik malam dan siang,
Berbahagialah dikau di hari mendatang.

Pemikiran syair 3:
Pemikiran yang ada dalam syair ini menunjukkan nasihat
penulis agar anak-anak perlulah sentiasa menjaga hati
kedua ibu bapa serta sentiasa menghargai jasa serta

penat lelah mereka dalam mendidik, membesarkan dan
menjaga anak-anak tanpa henti. Penulis juga berpesan

bahawa jika anak-anak melakukan perkara-perkara
tersebut maka kehidupan anak-anak akan sentiasa aman

dan bahagia.

14

SYAIR (ASLI)

Tema: Nasihat

#4

Silaturrahim wajib dijaga,
Hormat-menghormati sesama kita,
Hidup harmoni tiada sengketa,
Masyarakat bersatu negara sentosa.

Pemikiran syair 4:
Pemikiran yang ada dalam syair ini menunjukkan nasihat
penulis agar kita sentiasa menjaga hubungan sesama sendiri
dengan sentiasa menghormati orang lain. Apabila kita saling
menghormati serta menjaga hubungan sesama sendiri,

kehidupan akan menjadi lebih harmoni serta dapat
menyatupadukan rakyat dan masyarakat sekali gus

menjadikan negara aman dan sentosa.

15

SYAIR (ASLI)

Tema: Nasihat

#5

Kalau berdagang ke negeri orang,
Tutur dan kata jangan sebarang,
Rendahlah diri tiada berkurang,
Kelak disayang setiap orang.

Pemikiran syair 5:
Pemikiran yang ada dalam syair ini ialah pemikiran yang
menunjukkan nasihat penulis kepada para musafir. penulis
berpesan jika seseorang itu pergi melawat atau bermusafir
ke tempat orang, perlulah dia sentiasa menjaga lidah dan
pertuturannya serta sentiasa merendah hati dan tidak
sesekali menunjukkan sifat angkuh di tempat orang. jika
seseorang itu melakukan perkara-perkara berikut, nescaya
ke mana sahaja dia pergi akan sentiasa disukai serta

disayangi oleh orang sekeliling.

16

3

GURINDAM

PUISI
TRADISIONAL

17

GURINDAM

KONSEP

Gurindam merupakan salah satu daripada Puisi
Melayu Tradisional yang terdiri daripada dua baris
dalam satu rangkap. Baris pertama terdiri daripada

sebab atau syarat manakala baris kedua pula
merupakan akibat atau jawapan kepada baris
pertama. Isi bagi kedua-dua baris hendaklah saling
berkait bagi menghasilkan gurindam yang baik. Selain
itu, perkataan gurindam berasal daripada bahasa
Sanskrit kemudian berkembang dan menunjukkan
kelainannya dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit.
Akhir sekali, gurindam Melayu juga terkenal dengan
penggunaan bahasanya yang indah serta cara

pengucapannya yang berirama.

FUNGSI

Setiap karya dalam Puisi Melayu Tradisional
mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi

gurindam ialah digunakan tujuan pendidikan serta
hiburan. Dari segi pendidikan, kebanyakan gurindam
yang dihasilkan mengutamakan penerapan iman dan
moral. Seterusnya, gurindam juga berfungsi untuk
dijadikan alat pengajaran serta menggambarkan
kehidupan masyarakat Melayu lama. akhir sekali,
gurindam Melayu juga dapat dijadikan sebagai alat
untuk berinteraksi terutamanya dalam majlis-majlis

formal.

18

GURINDAM (ASLI)

Tema: Pendidikan

01

Jika berdepan dengan kebodohan,
Baru sedar pentingnya pendidikan.

Pemikiran gurindam 1:
Pemikiran yang ada dalam gurindam
tersebut menunjukkan seseorang yang
baru terkapai-kapai ingin belajar apabila
sudah berdepan dengan kesusahan
dalam kehidupan apabila tidak berilmu

dan tidak berpendidikan .

19

GURINDAM (ASLI)

Tema: Pendidikan

02

Jika ilmu penuh di dada,
Janganlah pula mendabik dada.

Pemikiran gurindam 2:
Pemikiran yang ada dalam gurindam
tersebut ialah apabila seseorang itu
mempunyai pendidikan serta ilmu yang
banyak, janganlah dia sesekali bersikap
sombong serta angkuh dengan kelebihan
yang diperoleh. Sebaliknya, kongsilah

ilmu tersebut dengan orang lain.

20

GURINDAM (ASLI)

Tema: Pendidikan

03

Jika guru tidak dihormati,
Bagaimana ilmu akan diberkati.

Pemikiran gurindam 3:
Pemikiran yang ada dalam gurindam
tersebut ialah setiap pelajar haruslah
menghormati guru-guru supaya segala
ilmu yang dipelajari akan diberkati. Hal
ini kerana keberkatan ilmu datangnya
daripada guru. Oleh itu, sesiapa yang
tidak menghormati gurunya, maka ilmu

yang diperoleh tidak berkat.

21

GURINDAM (ASLI)

Tema: Pendidikan

04

Belajarlah untuk ilmu pengetahuan,
Bukan hanya untuk peperiksaan.

Pemikiran gurindam 4:
Pemikiran yang ada dalam gurindam
tersebut ialah setiap individu terutama
yang masih belajar perlulah mempelajari
ilmu untuk diamalkan dalam kehidupan

seharian dan bukan hanya untuk
menduduki ujian. hal ini dikatakan
demikian kerana ilmu yang dipelajari
hanya untuk peperiksaan tidak akan
berkekalan berbanding ilmu yang

dipelajari untuk diamalkan.

22

GURINDAM (ASLI)

Tema: Pendidikan

05

Belajarlah hingga ke hujung dunia,
Walaupun sudah dimamah usia.

Pemikiran gurindam 5:
Pemikiran yang ada dalam gurindam
tersebut ialah berusia ataupun sudah tua
tidak bermaksud perlu berhenti mencari
ilmu. Hal ini dikatakan demikian kerana
selagi masih bernyawa selagi itulah perlu

belajar dan menambah ilmu
pengetahuan.

23

PENUTUP

Kesimpulannya, Puisi Melayu Trasional
merupakan satu warisan bagi bangsa Melayu

dengan keindahan penggunaan bahasanya
yang mampu menarik minat pendengar. Melalui

penghasilan puisi seperti ini juga dapat
membantu masyarakat Melayu untuk saling
berinteraksi, nasihat-menasihati dan juga
bergurau sesama sendiri. Oleh itu, sebagai
masyarakat Melayu kita haruslah bersama

berganding bahu dalam memastikan
kesusasteraan Melayu tetap utuh walaupun

sudah berzaman.

24

sekian,
terima
kasih


Click to View FlipBook Version