The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tokoh yang berjaya melalui pencapaian akademik

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhdahiyah, 2021-06-26 10:59:11

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim

Tokoh yang berjaya melalui pencapaian akademik

Keywords: Tokoh

Prof. Emeritus
Tan Sri Dato’
Dr. Khoo Kay
Kim

Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1937 di Perak, Kampar.
Beliau merupakan Sejarawan Malaysia yang terkenal dan salah
seorang yang terlibat dalam penulisan Rukun Negara Malaysia.
Beliau berkelulusan Ijazah B.A (Hons) dalam bidang sejarah daripada
Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1960.
Beliau seterusnya menamatkan pengajian dalam bidang yang sama
di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1964.
Minat yang mendalam dalam bidang sejarah membuatkan beliau
meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di
universiti yang sama dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun
1974.

Beliau juga melakar sejarah yang tersendiri apabila merupakan
rakyat Malaysia pertama yang mendapatkan PhD dari Fakulti
Sastera, Universiti Malaya.
Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim berpengalaman selama
lebih 50 tahun dalam bidang Sejarah Malaysia.
Beliau memulakan kerjaya akademik di UM pada tahun 1964 sebagai
Tutor dan seterusnya dilantik ke jawatan Profesor serta penyandang
Kursi Sejarah Malaysia bermula tahun 1974 sehingga 1992.
Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik sebagai Dekan, Fakulti
Sastera & Sains Sosial untuk tempoh dua tahun bermula pada tahun
1984.

Beliau juga adalah pensyarah pertama di luar Pengajian Melayu yang
memberi pengajaran dalam Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu).
Sepanjang bergelar sebagai ahli akademik dan tokoh sejarah, beliau
giat menjalankan penyelidikan berkaitan sejarah terutamanya di
Malaysia dan telah mendapat beberapa geran penyelidikan daripada
agensi kerajaan dan antarabangsa. Antaranya adalah dari Toyota
(Jepun,1988), Sumitomo (Jepun,1993) dan British Council (United
Kingdom, 2000).

Kesarjanaan Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim terserlah
apabila beliau telah menghasilkan sebanyak 87 buah rencana
akademik yang diterbitkan oleh jurnal-jurnal ilmiah berimpak tinggi
di dalam dan luar negara seperti Segi Sejarah, Malaysia in History,
Jurnal Sejarah, Malaysian Journal of History, Politics and Strategic
Studies (JEBAT), Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society (JMBRAS), Journal of Southeast Asia History (JSEAH), The
Southeast Asia Review dan New Zealand Asia Studies Association.
Pandangan beliau adalah bersifat ‘Malaysian Centric’ iaitu
menekankan pandangan tempatan sebagai interpretasi sejarah
negara.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim banyak memberi
sumbangan kepada negara dari sudut akademik sehingga beliau
pernah menjawat pelbagai jawatan dalam dan luar negara
termasuklah dilantik sebagai Pemeriksa Luar di negara Australia,
Singapura, Hong Kong dan Brunei Darussalam.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa
Perancang Akademi Pengajian Melayu, UM dan Ahli, Review
Committee, History Department, University of Auckland, New
Zealand.
Kemuncak kepada ketokohan beliau sebagai tokoh pendidik adalah
dengan penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dari Universiti
Malaya (UM) pada tahun 2001.

Di atas ketokohan serta pencapaian cemerlang Prof. Emeritus Tan Sri
Dato’ Dr. Khoo Kay Kim sepanjang zaman terutama dalam menaikkan
martabat Sejarah di Malaysia, beliau telah dianugerahkan Fellowship
Malaysian Historical Society pada tahun 2012 oleh Persatuan Sejarah
Malaysia dan The Brand Laureate Most Eminent Brand Icon
Leadership Award daripada The Asia Pacific Brand Foudation(APBF)
pada tahun 2013.


Click to View FlipBook Version