The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zam13013, 2022-09-22 07:43:23

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2021

BUKU PROGRAM MAKA

MAJLIS

ANUGERAH

Kecemerlangan

Akademik

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

23SEPT 2022
9.00 PAGI
JUMAAT
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam

ATUR CARA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

MKAA MAJLIS • J•aPme9un.0ad0na





fpRtaainrgaginan


ANUGERAH



Kecemerlangan
9.30 pagi
Akademik
• Ketibaan Tetamu Khas
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah

23Sept 2022 • Persembahan Pancaragam
9.00 pagi • Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Jumaat • Bacaan Doa
Dewan Tun Sri Lanang • Ucapan Aluan Pengetua
SMK SSAAS Shah Alam DR. Ts. Haji Shanusi bin Haji Ahmad



• Ucapan Perasmian Oleh YDP PIBG
Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Ali bin Ahmad



• Sesi Penyampaian Hadiah
- Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2021
- Anugerah Pencapaian Cemerlang Mata Pelajaran
- Persembahan Selingan
- Anugerah Panitia Terbaik

- Anugerah Khas
Ucapan Wakil Penerima Anugerah
• Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi



Sesi Bergambar



r


12.00 tengah hari


• Majlis Bersurai

MAKA MAJLIS SETITIS TINTA SEUNTAI BICARA

ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Kecemerlangan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir
Akademik seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat.
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya
23Sept 2022 berpeluang menitipkan kata alu-aluan dalam buku program
9.00 pagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKA) Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jumaat pada tarikh 23 September 2022.
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam Tahniah kepada para pelajar atas daya usaha, kegigihan
dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran
,ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya
membuahkan hasil. Saya percaya majlis yang gilang-gemilang
ini merupakan titik permulaan bagi anda untuk menuju
kejayaan. Syabas dan tahniah juga kepada semua ibu bapa
dan guru-guru atas usaha, pengorbanan, sokongan serta
dorongan yang diberikan kepada anak-anak ini sehingga
berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Kepada
para pelajar, siapalah anda tanpa ibu dan bapa serta guru-
guru yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan anda
semua.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan, matlamat atau hala tuju
gerak kerja kita mestilah jelas. Matlamat yang jelas akan
memastikan kita akan mencapai kejayaan yang diimpikan.

Kejayaan murid merupakan simbol kejayaan sistem
persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir,
guru, sokongan ibu bapa dan murid sendiri. Hubungan erat
pihak sekolah dengan ibu bapa juga dapat merealisasikan
hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang
dan melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang
kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran
tinggi serta berdaya saing.

Semoga kerjasama dalam kalangan kita akan dapat
menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti, kompeten dan
mempunyai kompetensi yang melayakkan mereka
menempatkan diri dalam bidang pendidikan dan pasaran kerja
yang sangat mencabar ketika ini.
Sekian, terima kasih
( DR. Ts. HAJI SHANUSI BIN HAJI AHMAD )
Pengetua
SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

MAKA MAJLIS SEULAS BICARA

ANUGERAH MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

Kecemerlangan Bismillahirrahman nirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin,
wassolatuwassalamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala
Akademik alihi wasahbihi aj'main.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan salam
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH sejahtera.

23Sept 2022 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas
9.00 pagi kesempatan dan ruang yang diberikan kepada saya.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana sekali lagi
Jumaat kita berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Dewan Tun Sri Lanang Akademik (MAKA) kali ke-42 2021.
SMK SSAAS Shah Alam
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang berjaya
memartabatkan profesion perguruan sehingga mampu
melahirkan modal insan yang berkualiti, baik dari segi
akademik mahupun sahsiah. Segala kejayaan ini tidak akan
terlakar tanpa komitmen dan kesungguhan para guru dalam
melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa atas galakan ,
didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka
mampu memperoleh kecemerlangan dan berdaya saing
dengan murid-murid lain. Semoga usaha ini dapat diteruskan
bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlangan
pada masa akan datang.

Saya percaya Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
pada hari ini, adalah selari dengan matlamat memotivasikan
murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Diharapkan semoga program seumpama ini dapat diteruskan
pada masa akan datang dengan peningkatan GPS yang lebih
baik dan bilangan pelajar yang cemerlang semakin
bertambah. Pencapaian yang cemerlang pasti dapat
menaikkan dan mengharumkan lagi nama SMK SSAAS di
Daerah Petaling Perdana ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada murid-murid yang
akan menerima anugerah atas pencapaian cemerlang mereka
dan diharapkan pencapaian tersebut tidak berakhir di sini.
Teruskanlah kecemerlangan itu sehingga anda berjaya menjadi
modal insan yang mampu menyumbang tenaga dan idea bagi
pembangunan negara.

Akhir kata, semoga SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah akan terus cemerlang dengan kepimpinan yang hebat
dan guru-guru yang pakar dalam bidang masing-masing. Tidak
lupa juga kepada PIBG yang sentiasa menyokong program-
program sekolah bagi memastikan kecemerlangan terus
dilakar.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
……………………………………………………….
(Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamad Ali bin Ahmad)
YDP PIBG
SMK Salahuddin Abdul Aziz Shah

AHLI JAWATANKUASA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

AHLI JAWATAN KUASA INDUK

MKAA MAJLIS Pengerusi Dr. Ts. Haji Shanusi bin Haji Ahmad
Timbalan Pengerusi Pn. Norani binti Husain
ANUGERAH Naib Pengerusi 1 Pn. Rokiah binti Mohd Noh
Naib Pengerusi 2 Pn. Nor’ini binti Hamzah
Kecemerlangan Setiausaha Pn. Mahani binti Abd. Rahman
Penolong Setiausaha Pn. Siti Meriam binti Hassin
Akademik Bendahari Pn. Ellis Elliza binti Md Alwi
Pengurus Majlis Pn. Yusnisham binti Yunus
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Penyelaras Datin Faridah binti Mansor
Pn. Ayuni binti Hassanr
23Sept 2022 Pn. Ruzilah binti Md Sharif
9.00 pagi

Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam

AHLI JAWATAN KUASA KERJA 1. Sambutan dan Protokol
Semua Pentadbir

2. Pendaftaran
Dr. Norma binti Che Lah(K)
Pn. Roni binti Musa

3. Buku Program dan Kain Rentang
Pn. Afizah binti Abdul Rahim (K)
Pn. Hajariah binti Yacob
Cik Suhaila binti Rahmatullah

4. Juruacara
En. Asmadi bt Malek (K)
Cik Nur Athirah binti Norazman

5. Bacaan Doa
En. Nor Azmi bin Mokhtar

6. Kebersihan & keceriaan kawasan sekolah
Pn. Noor Azah binti Abdullah (K)
Pn. Vijayamalar A/P Sinnathamby
Cik Noor Fauziah binti Yusof

AHLI JAWATANKUASA KERJA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

MKAA MAJLIS 7. Persiapan Dewan (Sebelum Majlis)
En. Mohd Nor Fahmy bin Mohamad Jilani (K)
ANUGERAH En. Mohd Firdaus Khairi bin No Badery
Pn. Ellis Elliza binti Md Alwi
Kecemerlangan Pn. Saerah Suria binti Ayub Zambiri

Akademik 8. Pengemasan Dewan (Selepas Majlis)
Pn. Raja Normi binti Raja Mohamad(K)
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Pn. Azlind binti Abd Aziz
Pn. Halimaton Saadiah binti Mohammad
23Sept 2022 En. Che Engku Muhd Mursyid bin Che
9.00 pagi Engku Mahmod
Cik Yusni binti Yusof
Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang 9. Keselamatan Lalu Lintas dan Disiplin
SMK SSAAS Shah Alam En Mansor bin Muda (K)
Cik Rohaida bint Syamsudin
Pn. Jayanthi a/p Palanandy

10. Hiasan Pentas
Pn. Junaidah binti Abdul Ra’am
Pn. Zaharah binti A Wahid
Pn. Siti Noraini binti Mohamad
Pn. Nurhashera binti Hashim
Guru Praktikal

11. Teks Ucapan dan Biodata Penerima Anugerah
Pn. Norihan binti Musa (K)
Pn. Rashlawaty binti Ismail
Pn. Norhasni binti Salim
Pn. Nur Qurratu Aini binti Mohd Zubaidi
Cik Norshiah binti Hashim

12. Jamuan
Pn. Noorazlinda binti Mohd Noor (K)
Pn. Mastura binti Mohamed
Pn. Rabi’atul ‘Adawiyah binti Osman
Pn. Normah binti Ruslaini

AHLI JAWATANKUASA KERJA

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

MKAA MAJLIS 13. Fotografi
Pn. Khairin Azian binti Lokman (K)
ANUGERAH Cik Arbiah binti Mohd Ariff

Kecemerlangan 14. Dokumentasi
Pn. Badariah binti Baharuddin (K)
Akademik Pn. Syalwani binti Bekri @ Othman

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 15. Pemilihan Penerima Hadiah
Pn. Norsuhailiza binti Khairudin (K)
23Sept 2022 Pn. Mahani binti Abd Rahman
9.00 pagi Pn. Siti Meriam binti Hasin
Pn. Asyuliana binti Azmi
Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang 16. Pengurus Penerima Hadiah
SMK SSAAS Shah Alam Pn. Norashidah binti Mohamad (K)
Pn. Noriana binti Ali
Pn. Siti Hajar binti Abas @ Hamdan

17. Sijil
Pn. Norrini binti Ishak (K)
Pn. Siti Marlina binti Saran
Pn. Nur Aida Marhanom binti Omar

18. Hadiah dan cenderamata
Pn. Fariza binti Lokman (K)
Pn. Nurul Aini Syamimi binti Heesham
Guru Praktikal

19. Persembahan
Pn. Noorashikin binti Mansor (K)
Pn. Noorhaniizzati binti Noordin

20. Sistem Siar Raya dan Muzik Latar
Pn Azia Razwa binti Abdul Razak (K)
Cik Jimetra a/p Yogarajah

21. Tayangan Slaid Penerima Anugerah
Pn. Nurizawati binti Othman (K)
Cik Norhazianie binti Osman

ANUGERAH

PELAJAR CEMERLANG

SPM 2021

MKAA MAJLIS

ANUGERAH

Kecemerlangan

Akademik

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

23Sept 2022
9.00 pagi

Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

SPM 2021

PELAJAR CEMERLANG 5A

PELAJAR CEMERLANG 6A

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG

SPM 2021

PELAJAR CEMERLANG 7A

PELAJAR CEMERLANG 8A
PELAJAR CEMERLANG 9A

ANUGERAH

PENCAPAIAN CEMERLANG

MATA PELAJARAN

MKAA MAJLIS

ANUGERAH

Kecemerlangan

Akademik

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

23Sept 2022
9.00 pagi

Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG

MATA PELAJARAN

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG MATA PELAJARAN (A+,A,A-)

ANUGERAH
PANITIA TERBAIK

MAKA MAJLIS

ANUGERAH

Kecemerlangan

Akademik

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

23Sept 2022
9.00 pagi

Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam

ANUGERAH

PANITIA TERBAIK

ANUGERAH PANITIA TERBAIK
PENCAPAIAN 100% LULUS SPM 2021

ANUGERAH PANITIA TERBAIK
PERATUS GRED A TERTINGGI SPM 2021

ANUGERAH

PANITIA TERBAIK

ANUGERAH PANITIA TERBAIK

PENCAPAIAN GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) TERBAIK SPM 2021

ANUGERAH PANITIA TERBAIK

PENINGKATAN GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) TERBAIK SPM 2021

ANUGERAH
KHAS

MKAA MAJLIS

ANUGERAH

Kecemerlangan

Akademik

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

23Sept 2022
9.00 pagi

Jumaat
Dewan Tun Sri Lanang
SMK SSAAS Shah Alam

MKAA MAJLIS ANUGERAH TERBAIK SPM 2021

ANUGERAH ALIRAN SAINS

Kecemerlangan ANDI PADUKA PUTRA
BIN AHMAD MUA’ADZAM SHAH
Akademik
(9A : 5A+ 3A 1A-)
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tanggal 13 Disember 2004 merupakan tahun yang paling
23Sept 2022 bertuah buat pasangan Encik Ahmad Mua’adzam Shah Bin Ya’akop
9.00 pagi dan Puan Mizaton Binti Isa kerana telah dikurniakan seorang cahaya
mata sebagai penyeri keluarga. Putera ini merupakan anak ke-3
Jumaat daripada 5 orang adik-beradik. Berkat kegigihan ayahnya dan ibunya
Dewan Tun Sri Lanang seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak pernah jemu
SMK SSAAS Shah Alam membesarkan dan mendidik putera ini akhirnya berjaya membuahkan
hasil yang membanggakan. Tidak dapat digambarkan bagaimana
perasaan ibu bapa apabila cahaya mata mereka mampu melakar satu
demi satu kejayaan. Apatah lagi perasaan putera ini yang tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata apabila dirinya mampu
membanggakan kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang pernah
mendidiknya.

Pelajar ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja
Muda pada tahun 2011 sehingga 2016. Di peringkat sekolah rendah,
pelajar ini telah berjaya menamatkan pelajarannya dengan mendapat
keputusan 2A 4B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Untuk menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah,
beliau telah memilih SMK Seksyen 9 dari tahun 2017 hingga 2019. Demi
mencapai kejayaan, beliau telah memilih SMK Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah sebagai platform untuk mengembangkan empayar
akademiknya bermula dari tahun 2020 sehingga 2021. Di sini, ternyata
kebolehan dan bakatnya terus digilap dan terserlah kilauannya seperti
sebutir bintang. Kejayaan akademiknya terus dilakar dengan
cemerlang apabila berjaya mencapai keputusan iaitu 5A 4B dalam
Pentaksiran Tingkatan 3 pada tahun 2019.

Pada tahun 2021 pula, kejayaan akhir dalam alam persekolahan
sebelum menjejakkan kakinya ke menara gading, sekali lagi pelajar ini
melakar satu keputusan yang manis apabila turut mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia
dengan mencapai keputusan 5A+ 3A 1A-.
Berpegang kepada moto hidup ‘Its ok to be weak, but not to stay
weak’, pelajar ini terus melakar kecemerlangan dalam pelbagai
bidang. Dengan sikap dan sahsiah yang terpuji, pelajar ini dipilih oleh
pihak sekolah untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2021.
Mempunyai impian untuk menjadi seorang ahli farmasi, pelajar ini
telah menyambung pengajiannya dengan mengambil jurusan Program
Asasi Sains di Universiti Malaya. Sama-sama kita doakan agar impian
pelajar ini dapat direalisasikan.

Berdasarkan kejayaan pelajar ini, maka dengan ini dinobatkan
Andy Paduka Putra Bin Ahmad Mua’adzam Shah sebagai penerima
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2021.

Tahniah kami ucapkan.

MAKA MAJLIS ANUGERAH TERBAIK SPM 2021

ANUGERAH ALIRAN KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS

Kecemerlangan MUHAMMAD SHAQEER ARAMI
BIN MD ASWAI
Akademik
(9A : 1A+ 4A 4A-)
SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Muhammad Shaqeer Arami Bin Md Aswai ialah permata yang
23Sept 2022 bertuah dan bermakna kepada pasangan Encik Md Aswai Bin Ismail
9.00 pagi dan Puan Wan Zuriea Binti Wan Ismail. Putera ini dilahirkan pada 26
Februari 2004. Putera ini merupakan anak sulung daripada 3 orang
Jumaat cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Ayahnya yang bekerja sebagai
Dewan Tun Sri Lanang arkitek dan ibunya bekerja sebagai pensyarah yang tidak pernah jemu
SMK SSAAS Shah Alam membesarkan dan mendidik putera ini dan akhirnya berjaya
membuahkan hasil yang membanggakan. Tidak dapat digambarkan
bagaimana perasaan ibu bapa putera ini apabila cahaya mata mereka
mampu melakar kejayaan. Apatah lagi perasaan putera ini yang juga
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dirinya mampu
membanggakan kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang
mendidiknya.

Pelajar ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Pintar pada
tahun 2011 dan Integrated Islamic School Shah Alam pada tahun 2012
hingga 2016. Di peringkat sekolah rendah, pelajar ini telah berjaya
menamatkan pelajarannya dengan mendapat keputusan 2A 2B 2C
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menyambung pula pelajarannya di peringkat sekolah menengah,
beliau telah bersekolah di Integrated Islamic School Shah Alam pada
tahun 2017 sehingga 2020. Seterusnya, beliau telah memilih SMK
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai platform untuk
mengembangkan empayar akademiknya bermula dari tahun 2020
sehingga 2021.

Pada tahun 2021 pula, kejayaan akhir dalam alam persekolahan
sebelum menjejakkan kakinya ke menara gading, pelajar ini telah
melakar satu keputusan yang membanggakan apabila mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia dengan mencapai keputusan 1A+ 4A 4A-.

Berpegang kepada moto hidup ‘I don’t care what others think about
me.. I know who I am’, pelajar ini terus melakar kecemerlangan.
Mempunyai sikap dan sahsiah yang terpuji, pelajar ini dipilih oleh pihak
sekolah untuk menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2021 – Aliran
Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas. Demi mencapai cita-cita untuk
menjadi seorang peguam, pelajar ini menyambung pengajiannya
dengan mengambil jurusan Asasi Undang-undang di UiTM Dengkil.
Sama-sama kita doakan agar impian pelajar ini dapat direalisasikan.

Tahniah kami ucapkan.

MKAA MAJLIS ANUGERAH KHAS

ANUGERAH ANUGERAH PERMATA ISTIMEWA

Kecemerlangan MUHAMMAD AZIZI BIN JAHAYA

Akademik (2A- 3B+ 2B 1C+)

SMK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH Tahun 2004 merupakan tahun yang paling bertuah buat
pasangan Encik Jahaya Ibrahim dan Puan Junaidah Hashim kerana
23Sept 2022 dikurniakan 10 orang cahaya mata sebagai penyeri keluarga. Putera
9.00 pagi ini dilahirkan pada 3 April 2004 dan merupakan anak ke-9. Setelah
berusia 4 tahun, putera ini mempunyai masalah tumbesaran dan
Jumaat dikesan mengalami gangguan perkembangan saraf (Autistik). Berkat
Dewan Tun Sri Lanang kegigihan ayahnya yang bekerja sebagai ahli perniagaan dan ibunya
SMK SSAAS Shah Alam seorang pensyarah yang tidak pernah jemu membesarkan dan
mendidik putera ini akhirnya berjaya membuahkan hasil yang
membanggakan. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan ibu
bapa putera ini apabila cahaya mata istimewa mereka mampu
melakar satu kejayaan. Apatah lagi perasaan putera ini yang juga
tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dirinya mampu
membanggakan kedua ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang pernah
mendidiknya.

Pelajar ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Raja Muda pada tahun 2011 sehingga 2016. Di peringkat sekolah
rendah, pelajar ini telah berjaya menamatkan pelajarannya dengan
mendapat keputusan 4D 2E dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR).

Menyambung pula pelajarannya di peringkat sekolah menengah,
beliau telah memilih SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai
platform untuk mengembangkan empayar akademiknya bermula dari
tahun 2017 sehingga 2021. Di sini, ternyata kebolehannya terus digilap
dan terserlah kilauannya terpancar. Kejayaan akademiknya terus
dilakar dengan cemerlang apabila berjaya mencapai keputusan iaitu
2A 1B 2C 3D 1E dalam Pentaksiran Tingkatan 3 pada tahun 2019.

Pada tahun 2021 pula, kejayaan akhir dalam alam persekolahan
sebelum menjejakkan kakinya ke menara gading, sekali lagi pelajar ini
melakar satu keputusan yang manis apabila turut mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia dengan mencapai keputusan 2A- 3B+ 2B 1C+.

Berpegang kepada moto hidup ‘Mohon pertolongan hanya kepada
Allah’, pelajar ini terus melakar kecemerlangan dalam pelbagai
bidang. Bukan sahaja dalam bidang kurikulum, malah dalam bidang
kokurikulum. Buktinya, pelajar ini menyandang jawatan sebagai
Pengawas Sekolah, Bendahari Bahasa Inggeris, Pengakap dan Kelab
Catur. Ditambah pula dengan sikap dan sahsiah yang terpuji, pelajar
ini dipilih oleh pihak sekolah untuk menerima Anugerah Permata
Istimewa. Menanam impian untuk menjadi seorang ahli perniagaan,
pelajar ini menyambung pengajiannya dengan mengambil jurusan
Diploma Graphic Design di Management & Science University (MSU).
Sama-sama kita doakan agar impian pelajar ini dapat direalisasikan.
Tahniah kami ucapkan.

Tahniah

&

SYABAS

ANDI PADUKA PUTRA
BIN AHMAD MUA’ADZAM SHAH

kerana telah dianugerahkan
PELAJAR TERBAIK SPM 2021

dengan kejayaan memperolehi
keputusan cemerlang

(9A : 5A+ 3A 1A-)

Penghargaan

Pengetua SMK SSAAS
Pengerusi dan ahli jawatankuasa pelaksana
Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2021



Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada:



AJK PIBG 2022/2023
Warga SMK SSAAS

Pelajar persembahan
Semua pihak yang memberikan sumbangan
sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan majlis.


Click to View FlipBook Version