The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkara yang perlu diambil kira ketika ingin membuat pemilihan kerjaya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zalinanozaki, 2021-06-18 02:04:14

TIPS MEMILIH KERJAYA IDAMAN

Perkara yang perlu diambil kira ketika ingin membuat pemilihan kerjaya

Keywords: KERJAYA

TIPS
MEMILIH
IDAMAN

1. Nilai Cara Anda Bekerja

Penilaian gaya kerja penting kerana
dapat membantu anda membuat

keputusan sama ada bekerja sendiri
atau bekerja di bawah seliaan orang
lain adalah bersesuaian dengan anda.

2. Kenal Pasti Bakat Anda

Fikirkan cara bagaimana untuk
menjadikan hobi dan bakat anda itu
sebagai kerjaya anda.. Melakukan apa
yang anda suka boleh membawa
kepada kerjaya yang memuaskan hati
anda sendiri.

3. Tetapkan Matlamat Kewangan

Salah satu matlamat anda dalam
pemilihan kerjaya adalah untuk
memilih kerjaya yang mana anda
boleh mendapatkan wang yang cukup
untuk memenuhi matlamat kewangan
anda.

4. Buat Kira-Kira
Sebelum Menyambung
Pengajian

Sebelum anda bayar atau buat
pinjaman untuk bayaran kolej atau
universiti, pastikan kerjaya yang

anda pilih berbaloi dengan
perbelanjaan yang bakal

dikeluarkan.

5. Menilai Keperluan Sosial Anda

Anda akan menghabiskan satu pertiga
dalam kehidupan anda dengan

orang-orang yang bekerja bersama
anda. Oleh itu, pilihlah kerjaya yang
mempunyai nilai sosial yang sesuai

dengan anda.

6. Tanya Mereka Yang Berpengalaman

Mendapatkan informasi dari
seseorang yang mempunyai kerjaya

yang anda rasa anda juga ingin
menceburinya dapat membantu
mengukuhkan lagi pilihan anda

terhadap kerjaya tersebut.

7. Gunakan Alat Bantuan
Penilaian Kendiri

terdapat banyak sumber yang boleh
anda gunakan sendiri untuk menilai
kerjaya yang sesuai dengan anda.

Lihat iklan-iklan pekerjaan di laman
web berkaitan pekerjaan dan buat
kajian melalui deskripsi tugas dan

pengetahuan serta skil yang
diperlukan untuk setiap pekerjaan

yang berlainan.

8. Dapatkan Khidmat Perunding Kerjaya

Perunding kerjaya yang profesional
akan membantu anda mengukur

kebolehan anda untuk berjaya dalam
profesion yang berbeza dan

mengemudi peralihan anda dari
pekerjaan yang anda ada sekarang ke

arah pekerjaan impian anda.

9. Dapatkan Pengalaman Kerja Sebenar

Pengalaman sebenar dalam
persekitaran kerja di mana anda
impikan untuk bekerja boleh membantu
anda mengenal pasti kehendak kerjaya
anda. Ia juga memberi anda pandangan
yang realistik dalam kehidupan sehari-
harian dalam profesion tersebut.

10. BERSABAR

MMencari kerjaya yang sesuai dengan anda adalah
satu proses yang berturutan, dan tidak berlaku
dengan tiba-tiba saja. Jawatan seperti pembantu am
pegawai mungkin bukan kerjaya impian anda, tetapi
jawatan tersebut dapat menjadi batu asas yang
kukuh untuk anda berpijak ke jawatan-jawatan

yang seterusnya.

Proses ini pastinya akan mengambil masa, tetapi
dengan berpandukan matlamat dan mengikut
perancangan yang telah dibuat disertakan doa dan
tawakal, anda pasti mencapai aspirasi kerjaya

impian anda.

SUMBER

10 Tips Memilih Kerjaya Idaman
- Career Centre Malaysia

THANK YOU


Click to View FlipBook Version