The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ujian saringan HIV kepada bakal pengantin serta perkaitannya dengan kaedah Fiqh yang merujuk kepada kaedah Fiqh: Kemudharatan harus dihilangkan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezatierni395, 2021-12-25 02:12:32

UJIAN SARINGAN HIV

Ujian saringan HIV kepada bakal pengantin serta perkaitannya dengan kaedah Fiqh yang merujuk kepada kaedah Fiqh: Kemudharatan harus dihilangkan.

DISEMBER 2021 I ISU TERHANGAT

MANFAAT HIV

[LAKUKAN SARINGAN]

PENTINGNYA
SARINGAN HIV
PANDUAN SARINGAN

HIV
MERANCANG
KEHAMILAN

NURUL SYAHIDA BINTI MOHAMAD ZAILANI 13DTK19F1069

NURATHILAH BINTI ABDULLAH 13DTK19F1101

NUR AIN ATHIRAH BINTI MAZLAN 13DTK19F1157

NUR EZATIERNI BINTI AZMI 13DEE19F1041

NUR AIN BINTI ZULKFLI 13DTK19F1049

NUR ALYA NABILAH BINTI ZIKRI ALAMIN 13DTK19F1037

“JAUHI PENYAKITNYA BUKAN ORANGNYA”

ISI KANDUNGAN

MUKA HADAPAN 1
PENGHARGAAN 3
PENDAHULUAN 4
OBJEKTIF 5

ISI – ISI 6
7
KEMUDHARATAN DIHILANGKAN 8
KEPENTINGAN UJIAN SARINGAN HIV 9
HUKUM SARINGAN HIV 10
AKTIVITI RISIKO TINGGI HIV 11
GEJALA PENYAKIT HIV 12
PANDUAN SARINGAN HIV
MERANCANG KEHAMILAN 13
14
KESIMPULAN
RUJUKAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnianya yang
memberikan kesihatan yang baik sepanjang pelaksanaan projek ini. terima kasih
atas sokongan rakan-rakan, ahli keluarga atas dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah kami Ustazah Hafizah binti Md Yusof yang telah memberikan sepenuh
keyakinan kepada kami untuk menyiapkan kajian ilmiah ini. Beliau telah banyak
membantu dan sudi meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan
serta nasihat kepada kami. Segala usaha beliau tidak akan dilupakan oleh
penyelidik. Terutama buat ibu dan mereka yang banyak berjasa kepada penyelidik
dan tidak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk penyelidik dunia dan
akhirat. Jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dilupakan oleh penyelidik.
Semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat dan maghfirahnya kepada kami
sekeluarga. Budi dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama ada
secara langsung atau tidak langsung amatlah dihargai oleh pengkaji. Hanya Allah

s.w.t yang dapat membalas dan membalas budi anda semua.

P HIV (nama penuh bahasa Inggeris: human immunodeficiency virus), ataupun
E dalam bahasa Melayu yang bermaksud virus kurang imun manusia ialah sejenis lentivirus
N (subkumpulan retrovirus) yang menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan HIV yang tidak
D dirawat akan progres menjadi AIDS. Tanpa rawatan, seorang pesakit yang dijangkiti HIV
A dijangka mempunyai jangka hayat sepanjang 9 hingga 11 tahun, bergantung kepada
H subjenis HIV. Jangkitan HIV disebar melalui darah, air mazi, air mani, cecair faraj (air mazi
U wanita) ataupun susu ibu.
L
U Saringan Pra-Perkahwinan HIV telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan
A Malaysia sejak awal tahun 2001 bermula di negeri Johor untuk semua bakal pengantin
N beragama Islam sebelum diwajibkan ke seluruh negeri di Malaysia. Ianya boleh dilakukan
di mana-mana klinik kesihatan di seluruh Malaysia. Saringan ini bertujuan membolehkan
pasangan mengetahui status HIV masing-masing dan seterusnya mengambil tindakan yang
terbaik untuk mencegah penyebaran dan jangkitan penyakit ini kepada orang lain. Mereka
akan diberikan pendidikan kesihatan, penerangan dan memulakan rawatan berserta
pemantauan susulan.

Syariat Islam membenarkan sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat (ujian
saringan kesihatan) kepada individu dan keluarga walaupun tidak dinaskan oleh fuqaha’
ke atasnya secara langsung.

Seringkali kita mendengar isu berkaitan pasangan mendapat
tentangan daripada pihak keluarga untuk meneruskan perkahwinan mereka
apabila mendapat tahu salah seorang dari bakal pasangan mereka
menghidapi jangkitan human immunodeficiency virus (HIV). Artikel ini
membincangkan lebih lanjut berkenaan isu ini dan bermatlamat
mengurangkan stigma masyarakat dan mengekang pandangan serong
keluarga terhadap mereka yang menghidapi HIV untuk meneruskan
perkahwinan dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik – iaitu
berumahtangga seperti lapisan masyarakat yang lain.

Bilangan kematian disebabkan HIV masih lagi berterusan malah
meningkat walaupun telah banyak program kesedaran dan pencegahan
dilakukan oleh pelbagai Banyak kajian telah membuktikan pengetahuan dan
sikap terhadap HIV dalam kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada
pelajar, pekerja sosial, guru, kakitangan perubatan, kaunselor dan sebagainya
masih lagi rendah dan negatif. Ketidakfahaman tentang HIV/AIDS juga
merupakan salah satu faktor mengapa jangkitan HIV dan kematian
disebabkan AIDS masih lagi terjadi . Menyedari kesan yang timbul akibat
HIV/AIDS begitu meluas, KKM telah mengambil langkah proaktif dengan
menjadikan HIV sebagai tema utama bagi Kempen Cara Hidup Sihat bagi
tahun 1992. Kempen tersebut yang diadakan setiap tahun mempunyai tema
dan fokus bagi wabak atau penyakit tertentu.

Tidak dinafikan, risiko penyebaran jangkitan HIV boleh terjadi
melalui hubungan seks antara pasangan. Namun ini tidak bermakna pesakit
HIV atau mereka yang hidup dengan HIV tidak mampu untuk berkeluarga
mahupun untuk memperolehi zuriat. Mereka juga seperti manusia biasa yang
lain, iaitu mempunyai nafsu dan keinginan untuk berkahwin dan memiliki

KEMUDHARATAN DIHILANGKAN

KEPENTINGAN UJIAN SARINGAN HIV

Bagi pengantin yang akan berkahwin, mereka digalakkan membuat ujian
saringan HIV terutamanya bagi bakal pengantin yang beragama Islam.
Ujian saringan HIV bagi bakal pengantin bagi yang beragama islam adalah
diwajibkan kerana untuk mengelakkan daripada penularan virus HIV yang
boleh melemahkan antibody dalam badan dan mendorong penyakit yang
merbahaya seperti AIDS dan sebagainya mudah untuk dijangkiti.
Disebabkan oleh penularan HIV boleh dijangkiti melalui persetubuhan atau
perkongsian jarum, ujian saringan HIV ini sangat penting dilakukan oleh
pasangan yang bakal berkahwin untuk berwaspada dan memastikan
ikatan perkahwinan dibina tanpa penularan virus HIV. Jika ujian saringan
ini tidak dilakukan, kesannya akan melibatkan pasangan yang dikahwini
itu berjangkit tanpa sengaja dan juga akan memberi kesan kepada anak
yang bakal dilahirkan mahupun yang masih didalam kandungan.
Walaubagaimanapun, tidak kesemua bayi yang dilahirkan oleh ibu yang
mempunyai HIV positif akan mendapat jangkitan daripada ibunya tetapi
lebih baik jika status jangkitan HIV diketahui sebelum berlaku sebarang
kemungkinan yang tidak terduga. Oleh sebab itu, ujian saringan HIV ini
menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada setiap pasangan yang
akan berkahwin. Hal ini juga di pandang serius bagi pihak kerajaan dan
diwajibkan oleh jabatan agama untuk mengetahui status ujian saringan
HIV bagi setiap bakal pengantin untuk mencegah jangkitan HIV ini
daripada merebak. Dengan membuat ujian saringan HIV ini, tindakan awal
boleh diambil bagi mencegah penyakit ini tersebar kepada individu yang
lain sekiranya individu tersebut mengidap HIV positif.

HUKUM SARINGAN HIV

muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 - 25 Jun 2009 telah
membincangkan Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV
Kepada Bakal Pengantin. Walaupun perkahwinan adalah sunnah Rasulullah
S.A.W dan amat digalakkan, namun ianya akan bertukar menjadi haram dan
dilarang sekiranya kesan yang akan timbul daripada perkahwinan tersebut akan
memberikan kemudharatan yang lebih besar. Apabila bertembung kebaikan dan
kemudharatan maka menolak kemudharatan itu adalah lebih diutamakan bagi
menjamin kelangsungan hidup masyarakat dalam sesebuah negara. Antara
Maqasid Syari’yyah yang lima ialah menjaga keturunan. Menutup sesuatu
kemudaratan sebelum berlakunya mudarat tersebut adalah lebih baik daripada
mengubatinya. Ia adalah penting bagi memelihara agama dan keturunan.
Muhammad az-Zuhayli mengatakan bahawa adalah harus bagi pemerintah
mengeluarkan hukum mewajibkan sesiapa yang hendak berkahwin melakukan
ujian HIV. Ali as-Sabuni berpandangan bahawa pengesahan kesihatan daripada
doktor tidak dikira melewatkan perkahwinan, akan tetapi ianya memberi
gambaran yang jelas kepada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga
mengenai perkongsian hidupnya pada masa akan datang.

AKTIVITI RISIKO TINGGI HIV

Senarai aktiviti di bawah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan
merupakan punca jangkitan HIV:

 Mempunyai lebih daripada satu pasangan seks.
 Menjalinkan hubungan seks dengan pasangan yang positif

HIV.
 Hubungan homoseksual terutamanya antara lelaki.
 Mempunyai pasangan yang melibatkan diri dalam aktiviti

berisiko tinggi.
 Penagih dadah terutamanya yang mempunyai tabiat

berkongsi jarum.

GEJALA PENYAKIT HIV

Jika seseorang dijangkiti penyakit HIV, pada tahap awal antara minggu ke
dua hingga miggu keenam berkemungkinan mendapat gejala yang biasa
dikaitkan dengan jangkitan virus seperti senarai di bawah:

 Demam
 Menggigil
 Ruam
 Berpeluh di waktu malam
 Lenguh badan
 Sakit tekak
 Kepenatan atau lesu
 Noda limfa bengkak
 Ulser mulut

Selepas itu, kebanyakan orang akan melalui fasa di mana tiada gejala yang
dapat dikesan. Walaubagaimanapun, virus HIV tersebut masih aktif dalam
badan dalam melemahkan sistem pertahanan badan terutamanya jika
seseorang itu tidak menerima rawatan yang sepatutnya. Lama-kelamaan,
apabila sistem pertahanan badan menjadi lemah, seseorang itu akan
mengalami sindrom AIDS, di mana pengertiannya telah dijelaskan di
bahagian atas.

PANDUAN SARINGAN HIV

Prosedur Pemeriksaan Saringan HIV Prosedur Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan

 Bakal Pengantin perlu mengambil Borang Bakal pengantin boleh hadir ke klinik
Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin
(JHEAT/HIV) yang boleh didapati di semua kesihatan pada waktu yang ditetapkan
pejabat agama.
dengan membawa Borang Laporan
 Setiap borang permohonan Pemeriksaan
Saringan HIV perlu dikenakan bayaran Kesihatan Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).
sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja
(RM5.00). Pendaftaran mestilah dibuat ke dalam Buku

 Borang perlu dilengkapkan dan dibawa ke Daftar Saringan HIV Bakal Pengantin
Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan untuk
menjalani Ujian Saringan HIV. (BP/HIV) oleh anggota kesihatan yang

 Setiap keputusan Ujian Saringan HIV adalah menjalankan ujian.
SULIT.Pihak lain yang boleh mengetahui
keputusan tersebut adalah terdiri daripada Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh
Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan
atau Jururawat Kesihatan yang menjalankan Pegawai Perubatan/Pembantu
ujian, Pegawai Agama Daerah, Penolong
Pegawai Agama Daerah dan Pegawai Khidmat Perubatan/Jururawat Kesihatan yang
Nasihat
ditugas mengendalikan perkhidmatan ini.

Jika keputusan saringan "tidak reaktif", ia

bermaksud bakal pengantin tidak dijangkiti

virus HIV atau berada di dalam tempoh "

window period ".

Jika keputusan saringan "reaktif", ini

bermaksud bakal pengantin disyaki

dijangkiti virus HIV. Bakal pengantin

dinasihatkan menjalani ujian pengesahan

HIV (ELISA dan PA).

Pegawai Perubatan/Pembantu

Perubatan/Jururawat Kesihatan akan

mengesahkan keputusan Ujian Saringan

HIV di dalam Borang Laporan Kesihatan

Bakal Pengantin (JHEAT/HIV).

Borang keputusan ujian dimasukkan ke

dalam sampul dan disimpan dengan rapi

untuk diserahkan kepada bakal pengantin

untuk dikemukakan kepada Pejabat Agama

Daerah.

MERANCANG KEHAMILAN

Kehamilan yang sihat bermula dengan calon, terutamanya ibu dan
bapa yang sihat. Oleh itu, adalah lebih baik jika kesihatan
dipersiapkan dengan baik sebelum kehamilan berlaku.

Secara kesuluruhannya, telah terbukti penghidap HIV juga
mampu mengawal tahap kesihatan mereka dan menikmati
kualiti hidup yang lebih baik seperti manusia lain. Mereka
juga layak untuk berkahwin dan memiliki zuriat yang sihat,
asalkan mematuhi nasihat dan rawatan yang diberikan
oleh pihak doktor dan berjaya menurunkan paras virus
HIV. Marilah bersama mengekang budaya stigma terhadap
penghidap HIV.

RUJUKAN

https://medium.com/@kursuskahwinbts/ujian-
saringan-hiv-pra-perkahwinan-db3b0a46de1e

http://jheatweb.terengganu.gov.my/index.php/j-
stuff/kursus-pra-perkahwinan/panduan-
pemeriksaan-bakal-pengantin

http://www.myhealth.gov.my/pra-perkahwinan/

https://www.pengantinbaru.com.my/ujian-
saringan-hiv/

http://www.myhealth.gov.my/penyusuan-susu-
ibu-dan-hiv/


Click to View FlipBook Version