The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2022 Ke-30 untuk kegunaan ipad/tablet.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bkpk.dbp, 2022-10-01 12:15:58

Pertandingan Forum Pelajar 2022

Buku Program Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan 2022 Ke-30 untuk kegunaan ipad/tablet.

PERTANDINGAN
FORUM PELAJAR

PERINGKAT KEBANGSAAN
2022 KE-30

DISEMPURNAKAN OLEH

YB DATO' DR. MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN I



3 OKTOBER 2022
BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



PERTANDINGAN
FORUM PELAJAR

PERINGKAT KEBANGSAAN
2022 KE-30



SEKAPUR SIRIH

YB DATO’ DR. MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN I

Selamat sejahtera. "... memartabatkan bahasa
Melayu di peringkat sekolah
Penganjuran Pertandingan Forum Pelajar ini bagi melahirkan generasi
merupakan satu platform terbaik untuk masa hadapan negara ..."
mencetus dan mewujudkan rasa cinta dan
megah terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum khususnya generasi muda.
Usaha ini adalah antara pendekatan untuk
mengukuhkan peranan bahasa Melayu sebagai
medium integrasi perpaduan dan seterusnya
pembentukan negara bangsa.

Dalam konteks pendidikan, Dasar Pendidikan
Kebangsaan telah menetapkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan kebangsaan. Lantaran itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
sentiasa komited melaksanakan pelbagai usaha
memartabatkan bahasa Melayu di peringkat
sekolah bagi melahirkan generasi masa
hadapan negara yang cintakan bahasa Melayu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah saya
ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan Pertandingan Forum Pelajar
Ke-30, termasuk agensi kerajaan, institusi
pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Akhir kata, semoga Pertandingan Forum Pelajar
dapat berlangsung dengan lancar dan
kerjasama erat yang terjalin dapat diteruskan
untuk kita sama-sama memartabatkan bahasa
Melayu.

SEMANIS BICARA

YBHG. PROF. DATUK SERI DR.
AWANG BIN SARIYAN
PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Assalamualaikum warahmatullah
wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Selaras dengan Pelan Strategik Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) 2021-2025, DBP
bertanggungjawab untuk melaksanakan
kebertanggungjawaban dan peranannya
membina, memajukan, serta memantapkan
bahasa Melayu di dalam dan luar negara.

Justeru, penganjuran Pertandingan Forum
Pelajar merupakan antara usaha mengukuhkan
dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa negara dan seterusnya membentuk jati
diri bangsa dalam kalangan pelajar berbilang
kaum.

Rakaman penghargaan dan terima kasih
kepada rakan kerjasama yang sangat komited
dalam memastikan Pertandingan Forum Pelajar
terlaksana saban tahun sejak tahun 1992 hingga
kini.

Mudah-mudahan hasrat kita untuk melahirkan
generasi muda yang dapat menyumbang ke
arah pembinaan negara bangsa tercapai.

Bahasa Jiwa Bangsa.

"... Bahasa Jiwa Bangsa ..."

SEUNTAI MADAH

YBHG. DATUK ABANG SALLEHUDDIN
BIN ABG. SHOKERAN

KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA

Assalamualaikum warahmatullah
wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan "... untuk memartabatkan
limpah kurnia-Nya, Pertandingan Forum Pelajar dapat bahasa Melayu, DBP sentiasa
dilaksanakan lagi pada tahun ini. Setinggi-tinggi bersedia untuk memberikan
ucapan terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada sokongan ..."
Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Penterjemahan dan
Penulisan Kreatif Malaysia, dan Persatuan Kebudayaan
Han Malaysia atas kerjasama, usaha gigih dan iltizam
yang tinggi dalam menganjurkan pertandingan ini
demi kelangsungan perkembangan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat menyokong
pelaksanaan pertandingan termasuklah debat,
syarahan, forum, dan pantun merupakan sebahagian
daripada daya usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Cabaran dalam memastikan kelangsungan bahasa
Melayu yang kian hari dicabar dalam arus
pemodenan dan perbezaan fahaman politik
menuntut semangat jitu dan berterusan daripada
pencinta bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, aktiviti seperti pertandingan ini
memerlukan sokongan padu daripada pelbagai pihak
agar dapat berjalan lancar. Sebagai badan yang
diamanahkan untuk memartabatkan bahasa Melayu,
DBP sentiasa bersedia untuk memberikan sokongan,
penajaan dan khidmat nasihat untuk menjayakannya.

Kepada semua pasukan yang bertanding dalam
Pertandingan Forum Pelajar pada kali ini, anggaplah
pertandingan ini sebagai medan terbaik bagi para
peserta untuk membuktikan kemampuan dalam
mencerna idea bernas secara teratur, sekali gus
mempertingkatkan keyakinan diri dan mewujudkan
rasa kebersamaan dan bangga akan bahasa dan
sastera kebangsaan.

Selamat Maju Jaya.

SERANGKAP KATA

ENCIK TAN TAI KIM

PENGERUSI PERSEKUTUAN
PERSATUAN-PERSATUAN LEMBAGA
PENGURUS SEKOLAH CINA
MALAYSIA (DONG ZONG)

Selamat Sejahtera.

“Yang merah saga, yang kurik kundi;
yang indah bahasa, yang baik budi”

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas kepada pasukan yang berjaya mara ke Pertandingan
Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan. Tahun ini merupakan
Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Pertandingan Forum Pelajar yang
diadakan khusus untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian
Cina (SMPC). Mereka sentiasa mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti kebahasaan untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Melayu.

Menoleh kembali, sejak tahun 1991, Jawatankuasa Kerja
Pembangunan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina
yang ditubuhkan oleh Dong Jiao Zong telah bekerjasama
dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengadakan
Forum Pelajar.

Kini sudah pun tiga dekad, Dong Zong, berjabat tangan,
menjalin kerjasama yang erat bersama-sama DBP, Persatuan
Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia dan Pusat
Kebudayaan Han Malaysia dalam usaha yang amat bermakna
ini.

Semua pihak berusaha untuk membantu warga pendidik SMPC
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta gigih
berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usaha
membimbing para pelajar berhujah dalam bahasa Melayu
dengan baik.

Semoga kita sama-sama memperbaharu tekad dan iltizam bagi
melonjakkan mutu pendidikan negara kita yang tercinta.

Saya doakan Pertandingan Forum Pelajar Peringkat
Kebangsaan 2022 Ke-30 ini berjaya sepenuhnya.

Sekian, terima kasih.

« Bersama-sama melahirkan anak bangsa bervisi, berilmu,
berbudi dan berazam »



"Yang merah saga,
yang kurik kundi;

yang indah bahasa,
yang baik budi.”

SEKILAS RASA

ENCIK LIM CHUAN BOON
PRESIDEN PERSATUAN
PENTERJEMAHAN DAN PENULISAN
KREATIF MALAYSIA (PERSPEKTIF)

Selamat Sejahtera.

30 tahun ialah tiga dekad, bukanlah satu jangka
masa yang singkat dalam arus perkembangan
hayat seorang insan.
PERSPEKTIF amat bersyukur kerana berpeluang
bekerjasama erat dengan Dewan Bahasa dan
Pustaka dalam hal menjayakan aktiviti Forum
Pelajar sejak tahun 1992, satu usaha sama yang
telah mengukir sejarah demi memupuk
pembelajaran bahasa Melayu selaku bahasa
kebangsaan dalam kalangan pelajar,
terutamanya dari sekolah menengah swasta.
Semoga program ini dapat diteruskan selagi
ada kemahuan daripada semua rakan
kerjasama.

"... demi memupuk
pembelajaran bahasa
Melayu selaku bahasa
kebangsaan dalam kalangan
pelajar ..."

SEPATAH KATA

YBHG. DATO’ GOH HIN SAN
PRESIDEN PERSATUAN
KEBUDAYAAN HAN MALAYSIA (HAN)

Selamat Sejahtera.

Pertandingan Forum Pelajar 2022 pada tahun
ini akan menyambut ulang tahun ke-30.
Persatuan Kebudayaan Han Malaysia dan saya
secara peribadi telah terlibat sejak tahun 1992
hingga sekarang.
Sehingga hari ini, Pertandingan Forum Pelajar
merupakan antara salah satu program yang
popular dan mendapat sambutan sepenuhnya
dalam kalangan masyarakat Cina. Tahniah!

"... Pertandingan Forum
Pelajar merupakan antara
salah satu program yang
popular ..."

ATUR CARA

PERTANDINGAN FORUM PELAJAR
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
KE-30

3 OKTOBER 2022 (ISNIN)
BALAI BUDAYA TUN SYED NASIR, DBP, KUALA LUMPUR

7.15 pagi : Ketibaan Peserta / Tetamu

: Sarapan

8.00 pagi : Pertandingan Forum Pelajar 2022

11.15 pagi : Persembahan
Johan Pertandingan Bercerita, Festival Bahasa dan
Sastera 2022
Johan Pertandingan Deklamasi Puisi, Festival
Bahasa dan Sastera 2022

11.30 pagi : Ketibaan YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan,
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan
Pustaka

11.45 pagi : Ketibaan YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon,
Timbalan Menteri Pendidikan I,
Kementerian Pendidikan Malaysia

12.00 tengah hari : Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Bahasa Jiwa
Bangsa

: Ulasan Ketua Hakim Pertandingan Forum Pelajar
Peringkat Kebangsaan

: Ucapan Alu-aluan:
YBhg. Prof. Datuk Seri Awang bin Sariyan,
Pengerusi Lembaga Pengelola,
Dewan Bahasa dan Pustaka

: Tayangan Video Imbasan 30 tahun Pertandingan
Forum Pelajar (1992-2022)

: Ucapan Perasmian:
YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon,
Timbalan Menteri Pendidikan I

: Penyampaian Hadiah dan Cenderamata

: Persembahan Juara Suara Harmoni Maya,
Festival Bahasa dan Sastera 2022

: Merarau

: Bersurai

PERTANDINGAN
FORUM PELAJAR

PERTANDINGAN FORUM PELAJAR
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 KE-30

Pertandingan Forum Pelajar dianjurkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Persekutuan
Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina
Malaysia, Persatuan Penterjemahan Penulisan Kreatif
Malaysia, dan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia.
Pertandingan ini merupakan satu langkah dan
pendekatan untuk menggalakkan pelaksanaan bahasa
Melayu baku dalam kalangan pelajar khususnya pelajar
Sekolah Menengah Persendirian Cina di Malaysia.

Pertandingan ini diharapkan dapat melahirkan pelajar
yang berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah
fikiran dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan
sekali gus mempertingkatkan keyakinan diri dan
mewujudkan rasa kebersamaan dan bangga akan
bahasa dan sastera kebangsaan.

SENARAI PESERTA

PERTANDINGAN FORUM PELAJAR
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 KE-30

Zon A : Sekolah Menengah Persendirian Chung Ling, Pulau Pinang
Tajuk Forum : Jagalah Kesantunan Berbahasa Ketika Berbicara
Pengerusi Forum : Chong Cai Ni
Ahli Panel 1 : Ng Siang Ching
Ahli Panel 2 : Sin Hock Leon
Ahli Panel 3 : Tan Ying Yee
Simpanan : Yeoh Xin Yu
Guru Penyelaras : Puan Nurul Asilah

Zon B : Sekolah Menengah Persendirian Shen Jai, Perak
Tajuk Forum : Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
Pengerusi Forum : Phoebe Lee Ernn
Ahli Panel 1 : Shelby Khor Xiao Yun
Ahli Panel 2 : Tay Chui Yi
Ahli Panel 3 : Hew Zhi Yan Cheryl
Simpanan : Chin Jia Yi
Guru Penyelaras : Puan Wan Aishah binti Megat Ab Bakar

Zon C : Sekolah Menengah Persendiran Pin Hua, Klang, Selangor
Tajuk Forum : Tangani Buli Ambil Peduli
Pengerusi Forum : Quah Jennie
Ahli Panel 1 : Fiona Jane Lee
Ahli Panel 2 : Ea Jing Le
Ahli Panel 3 : Chloe Chan Phooi San
Simpanan : Gan Jia Liang
Guru Penyelaras : Puan Suhibah binti Tajudin

Zon D : Sekolah Menengah Persendirian Foon Yew Kulai, Johor
Tajuk Forum : Impak Pencairan Ais Terhadap Dunia
Pengerusi Forum : Low Kai Xin
Ahli Panel 1 : Liew Yi Jia
Ahli Panel 2 : Fan Wen Hao
Ahli Panel 3 : Tay Ya Wen
Simpanan : Chong Sheng Yuan
Guru Penyelaras : Puan Fiona Wee Ming Hui

Zon E : Sekolah Menengah Persendirian Tshung Shin, Kota Kinabalu, Sabah
Tajuk Forum : Potensi Pertanian Bandar di Malaysia
Pengerusi Forum : Crystal Lim Xue Er
Ahli Panel 1 : Avvy Lim Yi Wei
Ahli Panel 2 : Adryl Lau Wen Chung
Ahli Panel 3 : Kierra Kevin Lee
Simpanan : Lim Shen Jie
Guru Penyelaras : Puan Chin Yee Fah

Zon F : Sekolah Menengah Persendirian Jalan Riam, Miri, Sarawak
Tajuk Forum : Bahasa itu Jiwa Bangsa
Pengerusi Forum : Myceasarion Santa Franklin
Ahli Panel 1 : Alvin Siaw Ding Yi
Ahli Panel 2 : Lam Ern Yie
Ahli Panel 3 : Berthold Chua Cheng Jun
Simpanan : Huang Kee Sheng
Guru Penyelaras : Puan Seriam Umpeng

TERPAHAT NAMA NAN SORHOR

PERTANDINGAN FORUM PELAJAR
PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 KE-30

Johan
Sekolah Menengah Poi Lam, Ipoh, Perak, 1992
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 1993
Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur, 1994
Sekolah Menengah Pin Hwa, Klang, Selangor, 1995
Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur, 1996
Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur, 1997
Sekolah Menengah Chong Hwa, No.1, Kuching, Sarawak, 1998
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 1999
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 2000
Sekolah Menengah Chong Hwa, No.1, Kuching, Sarawak, 2001
Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor, 2002
Sekolah Menengah Tinggi Cina, Tawau, Sabah, 2003
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 2004
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 2005
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 2006
Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah, 2007
Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah, 2008
Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur, 2009
Sekolah Menengah Kueng Cheng, Kuala Lumpur, 2010
Sekolah Menengah Kuen Cheng, 2011
Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah, 2012
Sekolah Menengah Kuen Cheng, 2013
Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah, 2014
Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah, 2015
Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Baru, Johor, 2016
Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak, 2017
Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur, 2018
Sekolah Menengah Thung Shing, Sabah, 2019
Bicara Naratif Forum Pelajar 2020
Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak, 2021

Pengerusi Terbaik
Wong Kain Chuen (Sekolah Menengah Poi Lam, Ipoh, Perak), 1992
Han Lee Kiaw (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 1993
Ng Jiun Chee (Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 1994
Han Lee Kiaw (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 1995
Sheng Wei Wei Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 1996
Loh Sook Yee (Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 1997
Khairol Bariah Binti Abd. Latif (Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka), 1998
Lee Hui Chin (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 1999
Ong Kay Sung (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 2000
Izyan Nuraini (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor), 2001
Izyan Nuraini (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor), 2002
Chan Hui Ling (Sekolah Menengah Perempuan Kuen Cheng, Kuala Lumpur), 2003
Nooranizah Binti Mohd. Shakir (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 2004
Nooranizah Binti Mohd. Shakir (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 2005
Nooranizah Binti Mohd. Shakir (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 2006
Teo Chia Wee (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2007
Ong Kay Sung (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2008
Stephany Yu Sook Theng (Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 2009
Loo Ming Suey (Sekolah Menengah Kuen Cheng), 2010
Loo Ming Suey (Sekolah Menengah Kuen Cheng), 2011
Hoh Hwee Teng (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2012
Tan Keng Yi (Sekolah Menengah Kuen Cheng), 2013
Tan Keng Yi (Sekolah Menengah Kuen , Cheng), 2014
Teo Chia Wee (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2015
Michelle Wong Jia Lin (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2016
Lee Yee Sien (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Baru, Johor), 2017
Shin Mei Yin (Sekolah Menengah Tsun Sin, Kota Kinabalu, Sabah), 2018
Sammi Wong Hui Xian, (Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak), 2019
Bicara Naratif Forum Pelajar 2020
Jane John Dines (Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak), 2021

Ahli Forum Terbaik
Chan Mun See (Sekolah Menengah Poi Lam, Ipoh, Perak), 1992
Chan Mun See (Sekolah Menengah Poi Lam, Ipoh, Perak), 1993
Liaw Hui Meng (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 1994
Caled Khoo Nee Shien (Sekolah Menengah Pin Hwa, Klang, Selangor), 1995
Patricia Michael (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 1996
Hoo Swee Jack (Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 1997
Hoo Swee Jack (Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 1998
Chan Seet Fen, (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 1999
Lee Iris Lian (Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu, Sabah), 2000
Ivan Vun Jan Shai (Sekolah Menengah Chong Hwa, No.1, Kuching, Sarawak), 2001
Phang Theng Yang (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor), 2002
Yu Jing, (Sekolah Menengah Tinggi Cina, Tawau, Sabah), 2003
Edwin Lim Kia Yang (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor), 2004
Edwin Lim Kia Yang (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Bahru, Johor), 2005
Joey Lim Xiao Yii (Sekolah Menengah Tsung Tsin, Kota Kinabalu, Sabah), 2006
Junzuenn Severina Philip Basalan (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2007
Lee Iris Lian (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2008
Tan Shennie (Sekolah Menengah Chong Hwa, Kuala Lumpur), 2009
Aoran Ho Kiu Hieng (Sekolah Menengah Chung Hwa No.1 Kuching, Sarawak), 2010
Kok Li Teng (Sekolah Menengah Kuen Cheng), 2011
Samuel Ooi Ming Horng (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2012
Sharon Ng Chin Pea (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2013
Chieng Khai Wee (Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak), 2014
Chin Vui Ying (Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu, Sabah), 2015
Low Ying Thong (Sekolah Menengah Foon Yew, Johor Baru, Johor), 2016
Leong Van Jet (Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak), 2017
Net Yee (Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur), 2018
Nicole Yolanda Tsen (Sekolah Menengah Tsun Jin, Kuala Lumpur), 2019
Bicara Naratif Forum Pelajar 2020
Angelin Kong (Sekolah Menengah Tshung Tsin, Kota Kinabalu, Sabah), 2021

Pada tahun 2020, pertandingan tidak dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan ekoran wabak
COVID-19

DI SINI BERMULA

TERUKIR DALAM
LIPATAN SEJARAH

MENGGAMIT MEMORI
MENDEPANI CABARAN

PENGHARGAAN

YB DATO’ DR. MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN I



YBHG. PROF. DATUK SERI DR. AWANG BIN SARIYAN

PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



YBHG. DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN
KETUA PENGARAH

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



ENCIK TAN TAI KIM
PENGERUSI

PERSEKUTUAN PERSATUAN-PERSATUAN LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH
CINA MALAYSIA (DONG ZONG)


ENCIK LIM CHUAN BOON
PRESIDEN

PERSATUAN PENTERJEMAHAN DAN PENULISAN KREATIF MALAYSIA
(PERSPEKTIF)



YBHG. DATO’ GOH HIN SAN
PRESIDEN

PERSATUAN KEBUDAYAAN HAN MALAYSIA (HAN)



dan kepada semua yang terlibat bagi menganjurkan
PERTANDINGAN FORUM PELAJAR PERINGKAT KEBANGSAAN 2022 KE-30.




Click to View FlipBook Version