The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syafiq Wahab, 2023-03-27 02:31:54

Risalah Mac Jumaat

Risalah Mac 2024

RISALAH JUMAAT Masjid Felda Jengka 19 linktr.ee/masjidj19 Edisi 001/03/2024 01 Mac 2024 MASJID NURUL HUDA FELDA SIANTAN JENGKA 19, MARAN, PAHANG, MALAYSIA Sabda Baginda SAW: َّنَما ِل ُكِّل ام ِرىٍء َما َنَوى، َفَمْن ّياِت، َوِإ إّنَما ا َألْعَماُل بالِّن َكاَنْت هجرته إىل هللا ورسوله، فهجرته إىل هللا ورسوله، ُتُه ٍة َيْنَك ُحَها، َفِهْج َر َأ ْو اْم َر َأ ُتُه ِلُدْنَيا ُيصيُبَها، ومن كانت ِهْج َر ْيه َل ِإ ِإىل َما َهاَج َر Maksudnya: Setiap amalan diterima berdasarkan niat, dan setiap seseorang mempunyai apa yang telah dia niatkan, maka sesiapa yang tujuan hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, dan sesiapa yang tujuan hijrahnya kerana untuk memiliki dunia atau untuk menikahi seseroang wanita, maka hijrahnya itu adalah seperti apa yang dia niatkan. (Disepakati riwayatnya oleh al-Bukhari dan Muslim) Keterangan: Hadis ini dijadikan sebagai hadis pertama berkaitan dengan hati adalah kerana niat itu datangnya dari hati. Pentingnya hadis ini sebagai pedoman dan ikutan semua orang islam agar sentiasa ikhlas dalam melakukan suatu amalan mahupun ibadah. HADIS TENTANG HATI 1. Bermula dengan niat ِإىَل ِكْن َيْنُظ ُر ْمَواِل ُكْم، َوَل ِإىَل ُصَو ِرُكْم َوَأ ِإَّن َهللا اَل َيْنُظ ُر ْعَماِل ُكْم ُكْم َوَأ وِب ُق ُل Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak menilai berdasarkan rupa paras kalian dan harta kalian, akan tetapi Allah menilai dengan melihat kepada hati serta amalan kalian. (Riwayat Muslim) 2. Penilaian Allah Kepada Hati Rasulullah SAW bersabda: ، َوِإَّن ِنيَنٌة ِإَّن الِّصْدَق ُطَمْأ ِريُبَك، َف َي ِريُبَك ِإىَل َما َال َدْع َما َي ٌة الَكِذَب ِريَب Maksudnya: Tingalkan perkara yang diragui kepada perkara yang tidak diragui, maka sesungguhnya kebenaran itu menenangkan, dan kesalahan itu meragukan. (Riwayat alTirmizi dan al-Nasaie. Berkata al-Tirmizi: Hadis ini Sahih) Keterangan: Hadis ini mengajarkan kepada kita bahawa ketenangan hati adalah petanda bahawa perkara yang kita mahu lakukan adalah perkara yang baik begitu juga sebaliknya. Akan tetapi ketenangan itu dapat dirasa dan difahami setelah mana hatinya dipandu dengan keimanan. 3. Tinggalkan Perkara yang Diragui


RISALAH JUMAAT Masjid Felda Jengka 19 linktr.ee/masjidj19 Edisi 002/03/2024 08 Mac 2024 MASJID NURUL HUDA FELDA SIANTAN JENGKA 19, MARAN, PAHANG, MALAYSIA


RISALAH JUMAAT Masjid Felda Jengka 19 linktr.ee/masjidj19 Edisi 003/03/2024 15 Mac 2024 Allah SWT berfirman: ُقْرآُن ُهًدى ِللَّناِسَوَبِّيَناٍت ْل ِزَل ِفيِه ا ْن َّلِذي ُأ َشْه ُر َرَمَضاَن ا اِن ُفْرَق ْل ُهَدٰى َوا ْل ِمَن ا Ertinya: "Beberapa hari yang ditentukan itu, yaitu bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Alquran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda antara yang hak dan yang batil (QS Al-Baqarah: 185) MASJID NURUL HUDA FELDA SIANTAN JENGKA 19, MARAN, PAHANG, MALAYSIA KEUTAMAAN BULAN RAMADAN 1. Bulan turunnya Al-Quran Rasulullah SAW bersabda: َّن َرُسوَلِهَّللا صىلهللاعليه ِبى ُه َرْي َرَة رضىهللاعنه َأ َعْن َأ َقْت ِّل َجَّنِة َوُغ ْل ْبَواُب ا ِّت َحْت َأ اَل ِإَذا َجاَء َرَمَضاُن ُف وسلم َق ِر َوُصِّفَدِت الَّشَياِطيُن ْبَواُب الَّنا َأ Ertinya: "Apabila Ramadan tiba, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan setan pun dibelenggu (HR. Bukhari dan Muslim) 2. Syaitan Dibelenggu, Pintu Neraka Ditutup dan Pintu Syurga Dibuka Rasulullah SAW bersabda: ِإىَل ال ُجُمَعِة ، َوَرَمَضاُن ِإىَل َواُت ال َخْمُس، َوال ُجُمَع ُة الَّصَل َرَمَضاَن ، ُمَكِّفراٌت َما َبْيَنُهَّن ِإَذا اْجُتِنَبِت الَكَباِئ ُر Ertinya: "Dari solat (ke solat) yang lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, dari Ramadan ke Ramadan, semua itu dapat menghapuskan (dosa-dosa) di antara waktu tersebut, jika menjauhi dosa-dosa besar," (HR Muslim no. 233) 3. Bulan yang Penuh Keampunan Rasulullah SAW bersabda: ْي ِقَياَمِة َيُقوُل الِّصَياُم َأ ُقْرآُن َيْشَفَعاِن ِلْلَعْبِد َيْوَم اْل الِّصَياُم َواْل َفَشِّفْعِني ِفيِه َوَيُقوُل َرِّب َمَنْعُتُه الَّطَعاَم َوالَّشَهَواِت ِبالَّنَها ِر ُيَشَّفَعاِن اَل َف ْيِل َفَشِّفْعِني ِفيِه َق َّل ُقْرآُن َمَنْعُتُه الَّنْوَم ِبال اْل Ertinya: "Puasa dan Alquran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: 'Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya.' Dan berkata pula Alquran: 'Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya.' Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat'' (HR. Ahmad). 4. Bulan yang Penuh Syafaat Siri 01


RISALAH JUMAAT Masjid Felda Jengka 19 linktr.ee/masjidj19 Edisi 004/03/2024 22 Mac 2024 Rasulullah SAW bersabda: َّن َرُسوَلِهَّللا وَب ا َأْلْنَصا ِرِّي َرِضَيُهَّللا َعْنُه َأ ُّي ِبي َأ عْن َأ ْتَبَعُه اَل: ”َمْن َصاَم َرَمَضاَن ُثَّم َأ ْيِه َوَسَّلَم َق َصىَّلُهَّللا َعَل ِسًّت ا ِمْن َشَّواٍل َكاَن َكِصَياِم الَّدْه ِر Ertinya: "Siapa yang berpuasa (pada bulan) Ramadan, maka satu bulan sama seperti sepuluh bulan. Dan (siapa yang berpuasa setelah itu) berpuasa selama enam hari sesudah Id (Syawal), hal itu (sama nilainya dengan puasa) sempurna satu tahun," (HR. Ahmad). MASJID NURUL HUDA FELDA SIANTAN JENGKA 19, MARAN, PAHANG, MALAYSIA KEUTAMAAN BULAN RAMADAN 5. Bulan Berkah yang Berlimpah Pahala Rasulullah SAW bersabda: ِبِه ُه َما َتَقَّدَم ِمْن َذْن َل ا َواْحِتَساًبا ُغِف َر اَم َرَمَضاَن إيَماًن َمْن َق “Barang siapa ibadah (terawih) di bulan Ramadan serta beriman dan ikhlas, maka diampuni baginya dosa yang telah lampau,” (HR al-Bukhari, Muslim, dan lainnya). 6. Terdapat Ibadah Sunah Solat Terawih Rasulullah SAW bersabda: ِر ِفى َشْه ِرَرَمَضاَن ,َوِإَّن ِه ِفى ُكِّل َيْوٍم ِعْتَقاَء ِمَن الَّنا ّل ِإَّن ِل ُه َيْسَتِجْيُب َل ِل ُكِّل ُمْسِلٍم َدْعَوًة َيْدُعْو ِبَها َف Artinya: "Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa maka pasti dikabulkan," (HR. Al Bazaar dengan para perawi yang tsiqah). 7. Waktu Terbaik untuk Dikabulkannya Doa Rasulullah SAW bersabda: ْيَلٌة َخْيٌر ِمْن َأْلِف َشْه ٍر, َمْن ُح ِرَم َخْيَرَها َفَقْد ُح ِرَم ِه ِفيِه َل َّل ِل Artinya: "Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini," (HR Ahmad, Nasa’i, dan Baihaqi). Nabi SAW bersabda: “Barang siapa mendirikan salat pada lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu,” (HR Muttafaq ‘Alaih). 8. Terdapat Lailatul Qadar Siri 02


RISALAH JUMAAT Masjid Felda Jengka 19 linktr.ee/masjidj19 Edisi 005/03/2024 29 Mac 2024 MASJID NURUL HUDA FELDA SIANTAN JENGKA 19, MARAN, PAHANG, MALAYSIA FITNAH MERUNTUHKAN UKHUWAH Agama Islam adalah agama persaudaraan yang amat mementingkan ukhuwah dan kasih sayang sesama insan. Menjaga ukhuwah itu adalah satu kewajipan dan ianya perlu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua umat Islam. Ukhuwah yang kukuh yang terjalin di antara umat Islam adalah berlandaskan tauhid kepada Allah SWT. Di zaman moden ini, fitnah terlalu mudah dan cepat untuk disebarkan. Jikalau dahulu sesuatu berita agak lambat untuk menjadi buah mulut masyarakat, kini tidak dapat disangkal lagi segalanya semudah hanya di hujung jari sahaja. Kemunculan pelbagai bentuk media secara digital berasaskan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Telegram dan sebagainya telah memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Namun disisi yang berbeza, media-media sosial itu telah disalah gunakan sehingga menjadi medium untuk menyebarkan fitnah Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10 seperti mana yang telah dibacakan pada mukadimah khutbah tadi yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” Bagi menjaga ukhuwah, agama yang mulia ini mengajar umatnya untuk sentiasa menjaga diri daripada menyakiti orang lain sama ada dengan lisan atau pun perbuatan. Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik Radhiallahu‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling berdengki, janganlah kamu saling bermusuhan, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak boleh bagi seorang Muslim meninggalkan (tidak bertegur) saudaranya lebih daripada tiga hari.” (Riwayat al-Bukhari) Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah di antara manusia.” (Riwayat al-Bukhari). Penghuni Syurga Pemaaf ANTARA sifat penghuni syurga adalah mereka yang memiliki sifat memaafkan orang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “... dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orangorang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah (Ali ‘Imraan, ayat 134) Memaafkan memang sangat sukar dilakukan. Biasanya apabila seorang itu dizalimi atau disakiti, pasti dia mahu membalasnya. Tidak ada yang boleh melakukan sifat pemaaf kecuali mereka yang mempunyai keimanan tinggi. Nabi SAW juga ada menyatakan, orang yang dekat dengannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang berakhlak mulia. Oleh itu, janganlah kita mengabaikan sifat memaafkan ini. Ulama menyatakan, perkara paling memudahkan seseorang masuk ke dalam syurga selepas perkara tauhid adalah memiliki akhlak yang mulia.


RISALAH JUMAAT Masjid Felda Jengka 19 linktr.ee/masjidj19 Edisi 006/2023 7 APRIL 2023 MASJID NURUL HUDA FELDA SIANTAN JENGKA 19, MARAN, PAHANG, MALAYSIA FITNAH MERUNTUHKAN UKHUWAH Agama Islam adalah agama persaudaraan yang amat mementingkan ukhuwah dan kasih sayang sesama insan. Menjaga ukhuwah itu adalah satu kewajipan dan ianya perlu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua umat Islam. Ukhuwah yang kukuh yang terjalin di antara umat Islam adalah berlandaskan tauhid kepada Allah SWT. Di zaman moden ini, fitnah terlalu mudah dan cepat untuk disebarkan. Jikalau dahulu sesuatu berita agak lambat untuk menjadi buah mulut masyarakat, kini tidak dapat disangkal lagi segalanya semudah hanya di hujung jari sahaja. Kemunculan pelbagai bentuk media secara digital berasaskan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Telegram dan sebagainya telah memberikan banyak manfaat kepada masyarakat. Namun disisi yang berbeza, media-media sosial itu telah disalah gunakan sehingga menjadi medium untuk menyebarkan fitnah Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat 10 seperti mana yang telah dibacakan pada mukadimah khutbah tadi yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” Bagi menjaga ukhuwah, agama yang mulia ini mengajar umatnya untuk sentiasa menjaga diri daripada menyakiti orang lain sama ada dengan lisan atau pun perbuatan. Dalam sebuah hadis daripada Anas bin Malik Radhiallahu‘Anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling berdengki, janganlah kamu saling bermusuhan, dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan tidak boleh bagi seorang Muslim meninggalkan (tidak bertegur) saudaranya lebih daripada tiga hari.” (Riwayat al-Bukhari) Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah di antara manusia.” (Riwayat al-Bukhari). Penghuni Syurga Pemaaf ANTARA sifat penghuni syurga adalah mereka yang memiliki sifat memaafkan orang lain. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “... dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orangorang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Surah (Ali ‘Imraan, ayat 134) Memaafkan memang sangat sukar dilakukan. Biasanya apabila seorang itu dizalimi atau disakiti, pasti dia mahu membalasnya. Tidak ada yang boleh melakukan sifat pemaaf kecuali mereka yang mempunyai keimanan tinggi. Nabi SAW juga ada menyatakan, orang yang dekat dengannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang berakhlak mulia. Oleh itu, janganlah kita mengabaikan sifat memaafkan ini. Ulama menyatakan, perkara paling memudahkan seseorang masuk ke dalam syurga selepas perkara tauhid adalah memiliki akhlak yang mulia.


Click to View FlipBook Version