BUKU PANDUAN
DAN
PERATURAN AM PELAJAR
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 1
PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR POLITEKNIK MUKA SURAT
5
PERKARA 6
PENDAHULUAN
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK 7
BAHAGIAN SATU :
JABATAH HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
POLITEKNIK MUKAH
BAHAGIAN DUA : 13
KEMUDAHAN DAN FASILITI DI PMU 17
BAHAGIAN TIGA :
PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR PMU
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 2
PERKARA MUKA SURAT
3.0 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR 18
3.1 MAKLUMAT AM
3.2 KEPERLUAN PENDAFTARAN 20
3.3 PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA MENDAFTAR 20
3.4 BANTUAN KEWANGAN 20
3.5 KAD PELAJAR
3.6 RUPADIRI 24
24
3.6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI 24
3.6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN 25
3.6.3 PAKAIAN UNTUK RIADAH
3.7 MENGHADIRI KULIAH / BENGKEL 25
3.8 KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN 26
3.9 HARTA BENDA 26
26
3.10 PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN/BADAN/PERTUBUHAN/ 28
KUMPULAN DAN PARTI POLITIK 28
3.11 BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI 29
3.12 GANGGUAN KETENTERAMAN
3.13 PENCERAMAH LUAR
3.14 KESALAHAN-KESALAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENG-
GANTUNGAN/PEMBUANGAN PELAJAR DARI POLITEKNIK
3.15 LARANGAN MEROKOK/ VAPE
3.16 HAL-HAL LAIN
3.17 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN /ASRAMA
3.17.1 PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN DI POLITEKNIK
3.17.2 BAYARAN
3.17.3 TATATERTIB AM KOLEJ KEDIAMAN
3.17.4 PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK KOLEJ KEDIAMAN
3.17.5 PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU DAN
CUTI PENDEK
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR MUKASURAT
Muka Surat 3 39
39
PERKARA 41
3.17.6 PERATURAN MENERIMA TETAMU 44
3.17.7 MEMASAK DAN MAKANAN
3.17.8 PERATURAN BERPAKAIAN
3.17.9 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG
3.17.10 IKLAN, NOTIS, MAKLUMAN, RISALAH DAN LAIN-LAIN
3.17.11 KESELAMATAN HARTA BENDA
3.17.12 LARANGAN BERNIAGA DI KOLEJ KEDIAMAN / ASRAMA
3.17.13 KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN
3.17.14 LALULINTAS DI KAWASAN KOLEJ KEDIAMAN/ ASRAMA
3.17.15 TEMPAT-TEMPAT KEMUDAHAN
3.17.16 SURAT / SURAT BERDAFTAR / BUNGKUSAN / TELEGRAM
3.17.17 BERKEMPEN
3.17.18 BILIK MANDI DAN BILIK BASUH PELAJAR
3.17.19 AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN, TAKLIMAT, KULIAH DAN CE
RAMAH
3.17.20 KAWASAN LARANGAN
3.17.21 SOLAT
3.17.22 RIADAH
3.18 PERATURAN PELAJAR LUAR KOLEJ KEDIAMAN
3.19 PERATURAN PERPUSTAKAAN
3.19.1 ARAHAN AM PERPUSTAKAAN
3.19.2 PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN
3.19.3 BILANGAN BUKU DAN TEMPOH PINJAMAN
3.19.4 HAL-HAL LAIN
3.20 PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS
3.20.1 KENDERAAN RASMI POLITEKNIK
3.20.2 KENDERAAN PERSENDIRIAN
3.20.3 HUKUM KESALAHAN LALULINTAS
3.21 PELANGGARAN PERATURAN
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 4
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG WARGA BAHARU
POLITEKNIK MUKAH (PMU)
Terlebih dahulu seluruh warga Politeknik Mukah (PMU) mengucapkan dan mengalu-alukan
kedatangan semua siswa-siswi baharu ke PMU. Buku Panduan Pelajar ini mempunyai maklumat
umum mengenai PMU dan ia bertujuan membantu para siswa-siswi memahami dan menyesuaikan
diri dengan suasana dan situasi pembelajaran di PMU yang jauh bezanya dengan suasana sekolah.
Buku kecil ini mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan diadaptasi.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 5
PENDAHULUAN
Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini disediakan
kepada semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai maklumat yang perlu
diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang
tempoh pengajian di politeknik.
Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku ini termasuklah apa-apa panduan dan
peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa serta apa-apa kaedah atau peraturan lain yang
bersifat am atau khusus yang dikeluarkan oleh Politeknik atau mana-mana pihak berkuasa dari
semasa ke semasa adalah terpakai kepada semua pelajar di sepanjang tempoh pengajian di
Politeknik.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 6
POLITEKNIK MUKAH
KATA-KATA ALUAN PENGARAH
POLITEKNIK MUKAH (PMU)
Politeknik Mukah Sarawak (PMU) terletak di Mukah yang merupakan wilayah tengah Sarawak.
Merupakan politeknik yang ke-20 di Malaysia, PMU adalah politeknik ketiga di Borneo selepas
Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Kota Kinabalu. Kampus PMU dibina di atas tapak seluas
100 ekar dan dilengkapi dengan infrastruktur moden serta kemudahan pendidikan yang terkini.
OAspsearlaasmi upaelrataikmuamPMw.Ub.bt.edramnuSlaaldaimSeSkeojalahhteMrae,nengah Teknik Sibu pada tahun 2004. Pengambilan
pelajar pertama adalah pada sesi Julai 2005 dengan kursus perintis seperti Sijil Teknologi Maklumat,
SDiijilkKeesejumruptaetraananinAi,wasmayadamn eSnigjiul cPaepnkgaanjiatnahPneiarhniakgeapaand. aPesneamwuaaranpekluarjasrus ybaenrgtamteblaahh sbeetrajhauyna
mkeemlaundjuiatknadni mpaennagkaujirasnuskpeeriPnoglkitaetkDniipklomMauktuarhut (dPiMtaUw)a.rkPaMn Uolehteklaehsembeurakleimmabajanbgatapnesaaktadseemjaikk
puteanmuab.uLhiamnanjyaabpataadnaatkaahduenm2i0k0u5tadmana mteersreubpuakt aadnaPlaohli;teknik Kementerian Pengajian Tinggi yang ke-
20 ditubuhkan di Malaysia. Kejayaan anda berada di sini pada hari ini membuktikan bahawa anda
mc•aaksnJyaaabraaaktkaaannt Kkdeeajpnuerunnteteignraagaraann Adilwamlaaummp(edJKnuAgne)iatahyuaanng bagi meningkatkan taraf hidup diri sendiri, keluarga,
penuh cabaran ini. Justeru itu dapat merealisasikan
a•spiJraabsai tkanerKaejajuarnutuenrtauakn mEleelkathriikrk(aJKnEp) elajar berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman
d•alaJmabamtaennKeemjupruuhtei rapaenrsMeekkitanraiknal s(eJKpMar)a professional dan persaingan global yang semakin
m• enJcaabbaatarn. Perdagangan (JP)
D• unJiaabgaltoanbaTlepknadolaoghiaMriaiknliummaetn&unKtoumt ukneipkaadsai (JaTnMjaKk)an paradigma ke arah pembentukan budaya
cmdSdSp(kkSPJeeeeeoeaiiPentmhclmnpseAanattuaamioi)euymnnbwdrrdenpyiualadikakauPatnrniniouhragakmigsrrinJvkaesaeadeaanuntbmdnaitensgiaragssm-odatiklaadpaaneahputjwnminuliaaraomaglkasMtt/nk.fuamsesokaaMnsue-lretnabtmdeTepsihijammaetSlaeiuapnrpPdkaea,lk)ueaktnma.aiupintkznksiPmaeupav,persnhhpriSueotytogiaeaimkgramghailkrrnap,rlaaaaakajsaeSnanksmemmmdaaraahkinaa,tnybiiesnndnsPsafeeciiuenMKzlbedppatmigomekeaUejamameagnmmnerlnitp.,arpnuMbeglmnuairaOmeg,atutneellataptaadgeenrldjkuahmimaat(aanaknJrbleadMlyakiaatitndeanauhniSwkaiman,tKwedanddp)iwplhikaaa.ehjueaaryrkaplikmtraadrirgdadaaaobsdanaipnsgareilpktiiarlkp.anaeaabmuewgjnkmuarnamksrypdkruaPaaekeionsendnnangnignjsudknasaebewintkoptiPupiganlaafeMhadgksnhandteagUjaniaamiJaapannPtpnirbegekMualenaSadshUtfedyhaeaamkeankdytmknmetoaiPignfrtaMeyedsdrMayneuaaainagfktanehgankaasgknagajahkiddtglaiaa(difbanbTnypaaaidgduApmaknkaaanmaagnennat.l
mmSeeekmniadbnaa,pnwattuaksasnkapolamemnug.neittiahusaente/mkepmatahimraennbinaghkarautk. an pengetahuan, kemahiran, kompetensi atau
Dr Zamzam bin Mohd Walid VISI
Pengarah
Politeknik Mukah
Menjadi Institusi TVET yang unggul.
MISI
Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
Menghasilkan graduan holistic, berciri keusahawan dan seimbang.
Memanfaatkan perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 7
BAHAGIAN SATU:
JABATAN HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 8
JABATAN AKADEMIK INDUK POLITEKNIK MUKAH
1. JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (JKA) DKA
• Diploma Kejuruteraan Awam
2. JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (JKE) DEP
• Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) DEE
• Diploma Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik
3. JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM) DKM
• Diploma Kejuruteraan Mekanikal
4. JABATAN PERDAGANGAN (JP) DPM
• Diploma Pengurusan Perniagaan DSK
• Diploma Sains Kesetiausahaan DAT
• Diploma Akauntasi
5. JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK) DDT
DDT
• Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Trek Pembangunan
Perisian dan Aplikasi
• Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) Trek Sistem Rangkaian
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 9
1.0 JABATAN HAL EHWAL & PEMBANGUNAN PELAJAR (JHEPP)
Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) merupakan salah satu Unit Sokongan
yang berhubung secara langsung dengan para pelajar PMU. Jabatan ini dipecahkan kepada
2 unit utama iaitu :
a. Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data)
b. Unit Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin)
1.1 Unit Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan & Data) – UHEP (PD)
Antara bidang tugas unit ini ialah menguruskan segala hal berhubung dengan
pengambilan dan pendaftaran pelajar semasa dan baru. Unit ini juga
bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar,
menguruskan pertukaran Politeknik dan pertukaran program mengikut prosedur
yang telah ditetapkan dengan sempurna. UHEP (P&D) juga mengendalikan urusan
pengambilan pelajar bagi setiap sesi dengan mengedar, menerima dan memproses
borang–borang permohonan yang telah diterima lalu memajukannya ke Bahagian
Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik untuk tindakan selanjutnya.
1.2 Unit Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Displin) – UHEP(KD)
Pemantauan displin pelajar merupakan bidang tugas utama unit ini di samping
melihat perkara-perkara berkenaan dengan kebajikan yang boleh disumbangkan
kepada pelajar. Unit ini juga menguruskan pinjaman dan bantuan pelajar di bawah
pengurusan Pegawai Biasiswa dan Pinjaman. Badan induk pelajar iaitu Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) dan kelab serta persatuan yang ditubuhkan oleh pelajar
dipantau dan dikawal selia oleh unit ini. Ia juga bertindak sebagai badan tatatertib
pelajar yang melihat dan memantau segala perlakuan sosial pelajar
Terdapat 4 sub–unit yang dipertanggungjawab di bawah UHEP (KD) iaitu :
a. Unit Biasiswa dan Pinjaman Pelajar
b. Unit Disiplin Pelajar
c. Unit Kebajikan Pelajar
d. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
1.2. a Unit Biasiswa dan Pinjaman Pelajar
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 10
Unit ini bertanggungjawab menguruskan dan mengendalikan semua hal berkaitan
dengan biasiswa / pinjaman seperti mengiklankan tawaran biasiswa / pinjaman,
mendapatkan borang permohonan biasiswa, membantu pihak penaja mengadakan
temuduga, menyediakan dan mengatur taklimat pengisian borang perjanjian,
menghantar keputusan peperiksaan kepada penaja, serta menguruskan
pembayaran biasiswa melalui bank bagi pihak penaja.
Pelajar yang kurang berkemampuan untuk membiayai sendiri pengajian mereka di
PMU dinasihatkan supaya memohon mana–mana biasiswa / pinjaman yang
diiklankan. Oleh itu pelajar hendaklah menyediakan wang perbelanjaan yang cukup
sementara menunggu wang pembayaran biasiswa atau pinjaman.
Pihak pelajar boleh menghubungi mana–mana pegawai penyelaras HEP di
peringkat jabatan (PHEPJ) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status
dan peluang–peluang untuk mendapatkan pinjaman / biasiswa.
Seseorang pelajar hanya dibenarkan menerima SATU biasiswa/pinjaman sahaja
walaupun ditawarkan lebih daripada satu. Pelajar–pelajar mestilah menerima
biasiswa /pinjaman yang paling awal ditawarkan. Biasiswa/pinjaman adalah
ditawarkan oleh badan–badan berkanun, Jabatan Perkhidmatan Awam, pihak
swasta dan kerajaan– kerajaan negeri. Berikut adalah senarai nama penaja–penaja
yang menawarkan biasiswa / pinjaman kepada pelajar – pelajar PMU :-
· Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
· Yayasan – Yayasan Negeri
· Yayasan KUOK Berhad
· Jabatan Kebajikan Masyarakat
· Badan – Badan Bukan Kerajaan
Terdapat juga beberapa badan lain yang menawarkan biasiswa / pinjaman yang
boleh dipohon sendiri oleh pelajar – pelajar yang layak dan berminat. Antaranya
ialah:
· Tabung Kebajikan Bekas Perajurit
· Tabung Kebajikan Bekas Polis
Pelajar Diploma akan ditaja oleh PTPTN kecuali yang memohon untuk mendapatkan
tajaan daripada sumber–sumber lain. Mereka memohon untuk arus perdana akan
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 11
mendapat bayaran pertama antara 2–4 mnggu setelah mendaftar dengan syarat
semua pelajar melengkapkan borang dengan semua dokumen yang perlu
disertakan.
Semua bayaran dibuat terus melalui akaun bank pelajar.
1.2. b Unit Displin Pelajar
Unit ini bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan memantau disiplin
pelajar secara keseluruhannya. Setiap pensyarah di PMU merupakan Pegawai
Disiplin yang akan membantu Penyelaras Disiplin Jabatan (PDJ) dan Pegawai
Disiplin Politeknik (PDP) dalam mengawal selia pematuhan peraturan dan
undang-undang di PMU. Para pelajar PMU adalah terikat dengan Akta Institusi–
Institusi Pendidikan 1976 (Akta 174) serta undang –undang lain yang dikeluarkan
oleh pihak Kementerian dan juga Politeknik.
Di samping melaksanakan pemantauan disiplin pelajar, unit ini juga
bertanggungjawab merancang ujian urin secara rambang kepada pelajar
mengikut sela masa yang ditetapkan.
1.2. c Unit Kebajikan Pelajar
Unit Kebajikan Pelajar adalah satu daripada perkhidmatan yang diberikan oleh
UHEP(KD). Pelajar–pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk
menyara perbelanjaan harian di kampus, bolehlah berhubung dengan unit
ini secara langsung. Antara bantuan yang boleh diberikan ialah:
· Bantuan kecemasan akibat bencana.
· Sumbangan ketika sakit akibat kemalangan.
· Sumbangan khairat kematian.
· Menguruskan insurans berkelompok dan tuntutan insurans pelajar
Pelajar–pelajar yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan penyelaras
kebajikan setiap jabatan melalui ketua jabatan dan mengisi borang berkaitan di
jabatan masing–masing.
Semua pelajar PMU dilindungi dengan insurans kemalangan diri samada
semasa berada di dalam atau di luar kampus sepanjang pengajian mereka.
1.2. d . Majlis Perwakilan Pelajar
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 12
MPP adalah badan induk kepada semua kegiatan dan aktiviti pelajar. Ditubuhkan
selaras dengan peruntukan Akta Institusi–Institusi Pendidikan (Akta 174). Fungsinya
adalah merancang dan mengurus tadbir aktiviti pelajar meliputi bidang–bidang
sosial, disiplin, kebajikan dan sebahagian ko–kurikulum yang tidak melibatkan
modul P&P.
MPP ditadbirkan secara langsung oleh satu Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri
daripada Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua I, Naib Yang Dipertua II, Setiausaha,
Bendahari dan 13 orang Ahli Jawatankuasa. Jawatankuasa ini dibantu oleh wakil–
wakil MPP setiap jabatan. Pilihanraya Kampus dilaksanakan bagi memilih Ahli
Jawatankuasa ini dibuat pada setiap tahun. Semua pelajar PMU layak menjadi
exco kecuali pelajar semester 1.
MPP bertanggungjawab dalam mengendalikan beberapa program ilmiah dan ko–
kurikulum merentas jabatan. Semua program ini akan dijalankan oleh sama ada JPP
induk, kelab atau persatuan, Unit Sukan dan Kokurikulum dan badan beruniform
yang tertentu. Semua pelajar layak untuk menyertai semua program ini dengan
mematuhi syarat – syarat penyertaan yang digariskan.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 13
BAHAGIAN DUA:
KEMUDAHAN DAN FASILITI
DI
POLITEKNIK MUKAH
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 14
2.0 KEMUDAHAN DAN FASILITI DI PMU
2.1 KOLEJ KEDIAMAN SISWA DAN SISWI
Koleh Kediaman Siswa dan Siswi PMU boleh menempatkan seramai 3,200 orang pelajar
pada satu – satu masa. Setiap blok kolej kediaman dilengkapkan dengan kemudahan asas
yang selesa dan kondusif untuk para pelajar menginap dan mengulangkaji. Setiap bilik
dilengkapi dengan katil, almari pakaian serta meja menulis untuk setiap pelajar. Buat masa
ini, kapasiti kamsis PMU mampu menampung penempatan keseluruhan pelajar. Namun
begitu, keutamaan tinggal di kamsis diberikan kepada pelajar Semester 1 dan juga pelajar
yang bergiat aktif di PMU.
2.2 PERPUSTAKAAN
Perpustakaan PMU dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai koleksi buku
telah disediakan untuk memenuhi kehendak pelajar mengikut keperluan modul masing-
masing. Setiap pelajar dibenarkan meminjam 3 buah buku selama tempoh 1 minggu bagi
setiap peminjaman. Kelewatan memulangkan buku – buku boleh mengakibatkan pelajar
dikenakan tindakan tatatertib atau ditahan daripada meminjam bahan.
2.3 WIRELESS HOTSPOT
Wireless Hotspot sehingga kini telah disediakan di Perpustakaan, Kantin dan juga Kafeteria
PMU untuk kegunaan pelajar mengakses internet secara percuma. Pelajar yang mempunyai
komputer riba atau peralatan yang sesuai boleh mendapatkan khidmat nasihat mengenai
penggunaan wireless hotspot ini daripada Unit Teknologi Maklumat.
2.4 KEDAI KOPERASI
Koperasi Politeknik Mukah Berhad mempunyai kedai yang menyediakan perkhidmatan
menjual barang–barang keperluan am pelajar.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 15
2.5 KANTIN DAN KAFETERIA
Kantin PMU terletak di kawasan blok akademik dan pentadbiran manakala Kafeteria pula
terletak di Kolej Kediaman PMU. Pelajar kolej kediaman PMU bertanggungjawab
menyediakan wang saku yang secukupnya untuk mendapatkan perkhidmatan di kafeteria
dan juga kantin. Kantin dan kafeteria ini menyediakan pelbagai juadah makanan serta
minuman.
2.6 KENDERAAN RASMI PMU
Buat masa ini, PMU mempunyai kenderaan rasmi seperti berikut:
a. Bas
b. Van
c. Kereta
d. Lori
e. Trak pickup
Kenderaan rasmi ini boleh digunakan oleh pelajar dan kakitangan untuk tujuan rasmi
dengan mengemukakan permohonan di Unit Pentadbiran.
2.7 PUSAT SUKAN, PADANG DAN GELANGGANG
Pusat Sukan PMU di bawah tanggungjawab Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan
mempunyai pelbagai fasiliti seperti :
a. Gelanggang Skuash.
b. Gelanggang Badminton Tertutup
c. Gelanggang Tenis
d. Gelanggang Bola Tampar
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 16
e. Padang Bola Sepak
f. Padang Ragbi
g. Astaka (Grand Stand)
h. Gimnasium
Pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai penggunaan gelangang, padang dan fasiliti
sukan melalui Pegawai Sukan dan Kokurikulum.
2.8 PUSAT ISLAM
Pusat Islam boleh memuatkan kapasiti 500 orang dalam satu-satu masa yang menyediakan
aktiviti-aktiviti untuk pelajar Islam dan staf Islam PMU. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
kuliah Maghrib, usrah, kursus pengurusan jenazah dan sebagainya.
2.10 KLINIK RAWATAN KESIHATAN
PMU menyediakan sebuah klinik yang diselia oleh Penolong Pegawai Perubatan. Klinik
Kesihatan PMU beroperasi bersebelahan Pejabat Warden Kolej Kedimanan. Klinik
Kesihatan PMU dibuka dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang hari bekerja. Rawatan diberikan
secara percuma kepada pelajar dengan membawa kad pelajar semasa pendaftaran
menerima rawatan. Bagi pelajar yang memerlukan rawatan selepas waktu operasi, pelajar
boleh mendapatkan rawatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Perubatan.
Memandangkan kemudahan yang terdapat di Klinik PMU adalah terhad, pesakit yang
kritikal akan dihantar terus ke unit kecemasan Hospital Mukah. Pelajar boleh memohon
Surat Rawatan Hospital dari Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar untuk mendapat
pelepasan pembiayaan rawatan hospital.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 17
BAHAGIAN TIGA:
PANDUAN DAN PERATURAN PELAJAR
DI
POLITEKNIK MUKAH
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 18
3.0 PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR
“Pelajar” ialah individu yang mendaftar dengan politeknik untuk mengikuti Proram
Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan mendaftar kursus.
“Pendaftaran” disini membawa maksud melapor diri untuk mengikuti pengajian seterusnya
di Politeknik. Pelajar dikehendaki melapor diri seperti mana yang diarahkan. Kegagalan
pelajar mengikuti arahan tersebut adalah merupakan satu kesalahan tatatertib.
3.1 MAKLUMAT AM
3.1.1 Status Pelajar Politeknik
a) Status pelajar politeknik tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Mendaftar sebagai pelajar politeknik untuk mengikuti Program Pengajian
yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan,
- Menjelaskan yuran pengjian tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan, dan
- Mendaftar kursus seperti yang ditetapkan oleh jabatan akademik untuk
semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
b) Gugur Status Sebagai Pelajar Politeknik
- Pelajar akan digugurkan status sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal
mematuhi Perkara 3.11 (a)
3.1.2 Syarat Pendaftaran Pelajar Senior
Memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut:
· Mendapat keputusan Kedudukan Baik (KB), Kedudukan Bersyarat (KS) atau
Mengulang Semester (MS)
· Tamat menjalani Latihan Industri
· Mendapat kelulusan penangguhan pengajian bagi semester sebelumnya
atau pertukaran kursus
3.1.2 Makluman Tarikh Pendaftaran
Makluman akan dibuat dalam minggu terakhir Peperiksaan Akhir Semester dan
tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kepada pelajar melalui:
· Penyelaras Hal Ehwal PelajarJabatan
· Laman Web Politeknik
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 19
3.2 KEPERLUAN PENDAFTARAN
Pelajar dikehendaki membawa perkara-perkara berikut semasa mendaftar:
3.2.1 Satu dari dokumen asal berikut:
· Slip keputusan peperiksaan
· Surat/Slip pengesahan tamat menjalani Latihan Industri
· Surat kelulusan penangguhan pengajian; atau
· Surat pertukaran kursus
3.2.2 Kad Pelajar
3.2.3 Slip bank bayaran yuran
3.3 PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA MENDAFTAR
3.3.1 Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam diwajibkan
menutup aurat. Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian
yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian
badan.
3.3.2 Berkasut serta berstokin.
3.3.3 Rambut mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Paras belakang
tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan
paras depan tidak melebihi paras bulu kening.
3.3.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai topi, baju T tanpa kolar, seluar jeans, seluar
pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.
PERINGATAN:
Pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian dan rupadiri seperti yang
dinyatakan di atas TIDAK akan didaftarkan.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 20
3.4 BANTUAN KEWANGAN
3.4.1 Politeknik TIDAK menyediakan biasiswa atau sebarang bantuan kewangan.
Walaubagaimanapun pelajar boleh memohon biasiswa/bantuan kewangan melalui
Politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja.
3.4.2 Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara
hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.
3.4.3 Pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak)
memohon biasiswa/pinjamin dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum
mendaftar diri di Politeknik.
3.4.4 Pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan
Tabung Kebajikan Bekas Polis.
3.4.5 Pelajar digalakkan membawa beberapa salinan fotostat dokumen peribadi yang
telah disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/pinjaman termasuklah salinan
fotostat kad pengenalan dan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga.
3.5 KAD PELAJAR
3.5.1 Kad Pelajar mestilah SENTIASA dipakai semasa berada di dalam kampus.
3.5.2 Kad Pelajar mestilah dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya
sentiasa boleh dilihat dengan jelas.
3.5.3 Kad Pelajar mestilah dipakai dengan mempamerkan bahagian gambarnya di
hadapan. Kad Pelajar TIDAK boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau
diubahsuai.
3.5.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memakai Kad Pelajar pelajar lain.
3.5.5 Pelajar yang Kad Pelajarnya hilang/rosak/tamat tempoh perlu memohon kad yang
baharu daripada Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar dengan bayaran kos
gentian yang ditetapkan oleh Politeknik.
3.6 RUPADIRI
Pelajar Islam diwajibkan berpakaian menutup aurat mengikut syarak. Semua pelajar
DIWAJIBKAN mematuhi peraturan pemakaian yang ditetapkan oleh Politeknik. Pelajar yang
tidak mengikut peraturan ini boleh dikenakan denda terus tidak lebih RM50.00 mengikut
Kaedah 26A (KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR)
1976, Akta 174.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 21
3.6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI
3.6.1.1 Pakaian ke Kuliah/Bengkel/Makmal
· Baju kemeja berlengan panjang atau pendek
· Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana
-mana parti politik. Baju T tidak berkolar adalah TIDAK dibenar.
· Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar dan yang
berbutang hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
· Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap
bersampin, berkasut dan bersongkok hitam.
· Berseluar slack.
· Berkasut dan berstokin.
· Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
· Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
3.6.1.2 Rambut
· Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak
melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas
telinga dan paras depan tidak melebihi paras bulu kening.
· Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan
TIDAK dibenarkan.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 22
3.6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN
3.6.2.1 Pakaian Ke Kuliah/Bengkel/Makmal
· Semua pelajar wanita Islam diwajibkan menutup aurat mengikut
syarak.
· Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang,
pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian
badan TIDAK dibenarkan.
· Pelajar bukan muslim TIDAK dibenarkan memakai “skirt” pendek.
· Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana
-mana parti politik. Baju “T” tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
· Berseluar yang tidak ketat.
· Selipar, terompah, kasut tumit tinggi (yang runcing) TIDAK
dibenarkan. Kasut yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK
dibenarkan. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup
penuh (bahagian jari hingga pergelangan kaki) semasa ke kuliah
dan majlis rasmi.
3.6.2.2 Rambut
· Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau
diwarnakan TIDAK dibenarkan. Pelajar perempuan Islam hendaklah
memakai tudung.
3.6.2.3 Perhiasan
· Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 23
3.6.3 PAKAIAN UNTUK RIADAH
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 24
3.7 MENGHADIRI KULIAH / BENGKEL
Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah / bengkel atau lain-lain pengajaran
berhubung dengan kursus pengajiannya dan MESTILAH:
3.7.1 Kehadirannya tidak kurang 80%
3.7.2 Berada dalam bilik kuliah / bengkel mengikut jadual yang ditetapkan
3.7..3 Mendapat kebenaran bertulis Ketua Jabatan untuk tidak hadir
3.7..4 Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapatkan kelulusan
ketidakhadirannya dari pihak politeknik sekiranya perkara (4.7.3) di atas tidak
diperolehi terlebih dahulu.
3.8 KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN
3.8.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus
politeknik.
3.8.2 Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan dengan
penuh tanggungjawab, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik,
bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan.
3.8.3 Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di
politeknik supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara.
3.8.4 Pelajar dipertanggungjawabkan untuk menentukan / memastikan semua suis
lampu / kipas / alat hawa dingin / komputer / mesin di matikan sebelum
meninggalkan untuk ke kelas / bengkel / makmal / dewan kuliah.
3.9 HARTA BENDA
Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot, peralatan dalam bilik /
makmal / bengkel, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding / notis rasmi /
pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi suatu
kesalahan tatatertib.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 25
3.10 PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERSATUAN / BADAN / PERTUBUHAN / KUMPULAN
DAN PARTI POLITIK
3.10.1 Seorang pelajar Institusi boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan,
badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk
mana-mana parti politik selagi mana tidak menyalahi undang-undang, sama ada di
dalam atau di luar Malaysia.
3.10.2 Pelajar TIDAK dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan
sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana
pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.
3.10.3 Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus
hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.
3.10.4 Penerbitan dan pengedaran dokumen atau risalah di dalam ataupun di luar kampus
hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.
3.11 BAHAN-BAHAN LUCAH, DADAH, RACUN, MABUK DAN BERJUDI
3.11.1 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-
apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.
3.11.2 Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan
lucah di dalam atau di luar kampus.
3.11.3 Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar, membahagi-bahagi atau mempamerkan apa-
apa bahan lucah untuk tujuan mendapat / tanpa bayaran atau apa-apa balasan lain.
3.11.4 Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-
apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib
adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memakan atau
meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya
dengan jalan cucuk atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
3.11.5 Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati
dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus.
3.11.6 Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur atau menjalankan atau menyertai
apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 26
3.12 GANGGUAN KETENTERAMAN
3.12.1 Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik,
melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan
kuliah / makmal / perpustakaan / pejabat pentadbiran atau berhampiran
dengannya.
3.12.2 Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau bilau, huru hara atau
menghasut pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa Politeknik.
3.12.3 Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu
seperti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau peti cadangan.
3.13 PENCERAMAH LUAR
Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput
pihak luar untuk memberi ceramah / perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar
politeknik. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.
3.14 KESALAHAN-KESLAHAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN PENGGANTUNGAN
PENGAJIAN DARI POLITEKNIK
Diantaranya:
3.14.1 Mencemarkan nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam
atau diluar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisna menerusi apa
jua bentuk media cetak mahupun elektronik
3.14.2 Menganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik
3.14.3 Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik politeknik, kerajaan, awam atau
orang perseorangan
3.14.4 Menganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada
menjalankan tugasnya yang sah
3.14.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji atau poster,
lambang, dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar melanggar tatatertib di dalam
dan di luar kampus.
3.14.6 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau diluar kampus dengan
tujuan untuk menghasut dan memburuk-burukkan politeknik
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 27
3.14.7 Menjalankan perniagaan / perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa
kebenaran bertulis daripada pihak politeknik
3.14.8 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai
politeknik, kakitangan atau pelajarnya.
3.14.9 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak
politeknik tanpa melalui saluran yang ditetapkan.
3.14.10 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan dan loteri
3.14.11 Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/ bahan
kimia yang memabukkan / mengkhayalkan.
3.14.12 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk
memabukkan atau mengkhayalkan
3.14.13 Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat
dengan pertunjukan bahan-bahan lucah
3.14.14 Memberi atau menyebarkan maklumat palsu
3.14.15 Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau
kakitangan politeknik yang diberi kuasa
3.14.16 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa politeknik atau pihak lain
yang terlibat dengan politeknik
3.14.17 Melakukan ugutan atau “ragging” pada bila-bila masa sama ada di dalam atau diluar
kampus.
3.14.18 Berkelakuan biadab dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar
politeknik atau pihak lain dengan kelakuaan, lisan atau tulisan
3.14.19 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau
diluar kampus
3.14.20 Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat
dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau diluar
kampus.
3.14.21 Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang
3.14.22 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana
kawasan kampus
3.14.23 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut
dan menculik
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 28
3.14.24 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata
berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain
3.14.25 Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil
atau jenayah syariah
3.14.26 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan
atau menjual
3.14.27 Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah politeknik
3.14.28 Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di luar atau di dalam politeknik
3.14.29 Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan
suasana tegang, perpecahan atau permusuhan
3.14.30 Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan,
badan atau pertubuhan, badan atu kumpulan pelajar
3.14.31 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan
yang diharamkan oleh politeknik atau kerajaan.
3.15 LARANGAN MEROKOK / VAPE
3.15.1 Pelajar DILARANG merokok/vape di mana-mana kawasan kampus politeknik.
3.15.2 Pelajar DILARANG menghisap apa-apa jenis rokok termasuk rokok elektronik
(vape).
3.16 HAL-HAL LAIN
3.16.1 Pelajar TIDAK boleh terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan
atau aktiviti lain, sama ada sepenuh masa atau separuh masa, yang pada pendapat
pengarah adalah tidak diingini
3.16.2 Pelajar politeknik dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej politeknik
sama ada di dalam atau di luar kampus
3.16.3 Pelajar yang digalak menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberi
cadangan
3.16.4 Pelajar yang bukan penghuni asrama TIDAK dibenarkan berada di asrama lelaki
atau perempuan atau menggunakan segala kemudahan yang terdapat di asrama
kecuali kafetaria da surau
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 29
3.16.5 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang Khas Peperiksaan,
bengkel, worksyop, makmal, perpustakaan, asrama dan lain-lain telah dan akan
dikeluarka oleh politeknik dari semasa ke semasa
3.16.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau
menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini
3.17 PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN
3.17.1 PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN DI POLITEKNIK
3.17.1.1 Politeknik menyediakan kemudahan kolej kediaman yang terhad kepada
pelajarnya. Pelajar yang ditawarkan tempat di kolej kediaman akan
ditempatkan sepertimana yang ditentukan oleh Pengarah atau wakil
kuasanya.
3.17.1.2 Keputusan pemilihan bagi mendiami kolej kediaman adalah muktamad dan
pelajar MESTI patuh pada keputusan itu.
3.17.1.3 Pengarah mempunyai hak mutlak untuk memilih mana-mana pelajar atau
orang perseorangan atau perkumpulan bagi mendiami kolej kediaman
politeknik.
3.17.1.4 Proses penempatan pelajar ke kolej kediaman dibuat setiap semester.
Permohonan dibuat dengan mengisi borang permohonan yang diperolehi
di Pejabat Warden atau Penyelia Asrama
3.17.1.5 Pengarah atau wakil kuasanya boleh menarik balik tawaran tempat tinggal
di kolej kediaman atas sebab-sebab kepentingan politeknik pada bila-bila
masa.
3.17.2 BAYARAN
3.17.2.1 Yuran kolej kediaman/ asrama hendaklah dibayar sepenuhnya untuk
sesuatu semester bagi tiap-tiap semester pengajian politeknik sepanjang
penginapan di kolej kediaman. Penghuni yang hendak meninggalkan kolej
kediamana pada pertengahan semester tidak akan dikembalikan wang
yuran yang telah dibayar.
3.17.2.2 Yuran kolej kediaman/asrama hendaklah dibuat pembayaran di bank yang
ditentukan oleh pihak Politeknik dan diwajibkan membawa slip bank pada
hari pendaftaran atau pada tarikh mula tinggal di kolej kediaman.
3.17.2.3 Harta benda kolej kediaman yang dirosakkan atau dihilangkan oleh
penghuni/ sekumpulan penghuni hendaklah diganti oleh penghuni/
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 30
sekumpulan penghuni berkenaan dengan segera apabila diarahkan oleh
Pengarah atau wakil kuasanya
3.17.2.4 Kadar bayaran ganturugi dan sebagainya adalah tertakluk kepada
penetapan Pengarah.
3.17.3 TATATERTIB AM KOLEJ KEDIAMAN/ASRAMA
3.17.3.1 Penghuni hendaklah memastikan semua peralatan dan perabot di dalam biliknya
lengkap dan sempurna semasa mula menduduki bilik.Sebarang kekurangan atau
kerosakan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan kamsis/asrama dengan
segera.
3.17.3.2 Penghuni hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah
sentiasa memelihara suasana harmoni di kamsis/asrama dengan segera
3.17.3.3 Hanya penghuni yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik Kolej kediaman/
asrama. Penghuni kolej kediaman/asrama tidak dibenarkan memberi tumpangan
penginapan kepada mana-mana pelajar lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik
kolej kediaman/ asrama.
3.17.3.4 Semua peralatan yang terdapat di bilik kolej kediaman/asrama TIDAK boleh diubah
kedudukannya atau diubahsuai tanpa kebenaran daripada Pengarah atau wakil
kuasanya
3.17.3.5 Kebersihan bilik adalah tanggungjawab penghuninya. Penggunaan cadar dan
sarung bantal DIMESTIKAN.
3.17.3.6 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri. Bilik hendaklah
sentiasa dikunci bagi tujuan keselamatan
3.17.3.7 Bertukar bilik tanpa kebenaran dari Pengarah atau wakil kuasanya adalah TIDAK
dibenarkan
3.17.3.8 Semua penghuni bertanggungjawab keatas bilik, aras, dan blok mereka secara
berkumpulan
3.17.3.9 Penghuni TIDAK dibenarkan membawa sebarang jenis senjata ke kolej kediaman/
asrama
3.17.3.10 Sebarang bentuk “ragging” tidak dibenarkan
3.17.3.11 Pelajar lelaki DILARANG memasuki kawasan kolej kediaman/asrama perempuan
atau sebaliknya.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 31
3.17.3.12 Seorang TIDAK boleh melakukan sesuatu untuk menghalang atau menahan
seorang pegawai, pekerja, atau wakil politeknik dari memasuki bilik penghuni
menetap itu untuk menjalankan tugas-tugas dan kewajipannya.
3.17.3.13 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah penghuni mengosongkan tempat
tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa
3.17.3.14 Selepas jam 11.00 malam, hanya penghuni kolej kediaman/asrama sahaja yang
boleh berada di dalam kolej kediaman/asrama
3.17.3.15 Penghuni TIDAK dibenarkan menghadiri atau mengelola apa-apa jenis
perjumpaan atau perhimpunan di kawasan kolej kediaman/asrama kecuali dengan
kebenaran bertulis daripada Pengarah atau wakil kuasanya.
3.17.3.16 Penggunaan peralatan elektrik di dalam bilik kolej kediaman/asrama hendaklah
dengan mendapat kebenaran pihak berkuasa kolej kediaman/asrama terlebih
dahulu. Penggunaan radio, cakera padat dan pemain mp3 adalah dibenarkan
dengan syarat tidak menganggu ketenteraman penghuni lain. Penggunaan fon
telinga adalah digalakkan.
3.17.3.17 Pengarah atau wakil kuasanya boleh, dari semasa ke semasa, memberi secara
lisan atau bertulis, apa-apa perintah atau arahan yang difikirkan perlu dan sesuai
untuk memelihara ketenteraman atau tatatertib di dalam kolej kediaman/ asrama.
3.17.3.18 Sebarang bentuk penyambungan/pendawaian elektrik (wiring) di dalam kolej
kediaman/ asrama adalah DILARANG sama sekali. Mana-mana penghuni yang
melakukan penyambungan/pendawaian hak menuntut gantirugi dan mengenakan
tindakan tatatertib.
3.17.3.19 Penghuni DILARANG memasuki kawasan kediaman kakitangan kecuali dengan
kebenaran Pengarah atau wakilnya.
3.17.4 PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK KOLEJ KEDIAMAN
3.17.4.1 Penghuni hendaklahmengosongkan biliknya apabila diarah, pada masa yang telah
ditetapkan oleh pihak politeknik
3.17.4.2 Sebelum keluar, bilik hendaklah dibersihkan terlebih dahulu oleh penghuninya.
Sekiranya berlaku kerosakan, kekotoran, pencemaran atau kehilangan perlatan
serta kemudahannyapenghuni akan diminta membayar gantirugi
3.17.4.3 Penghuni hendaklah memindahkan kesemua barang miliknya dari bilik. Sebarang
peralatan dan barang-barang yang ditinggalkan disifatkan sebagai tidak diperlukan
dan pihak kolej kediaman/ asrama boleh membuangnya
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 32
3.17.4.4 Penghuni hendaklah menutup suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu
sebelum meninggalkan bilik.
3.17.4.5 Kunci hendaklah diserahkan sendiri ke Pejabat Penyelia Kolej Kediaman
selewat-lewatnya pada hari akhir mengosongkan atau notis pengosongan bilik pada
waktu pejabat.
3.17.5 PERATURAN KELUAR MASUK HARIAN, HUJUNG MINGGU DAN CUTI PENDEK
3.17.5.1 Semua penghuni kolej kediaman yang keluar dari kawasan kampus politeknik atas
urusan harian dikehendaki masuk semula ke kampus tidak lewat dari jam 7.00
malam pada hari yang sama kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh
warden. Setiap penghuni kolej kediaman hendaklah melapor diri di pondok
pengawal ketika keluar dan masuk ke kampus.
3.17.5.2 Pelajar MESTI membawa kad pelajar semasa urusan keluar/masuk kampus
politeknik.
3.17.5.3 Penghuni kamsis/asrama TIDAK dibenarkan untuk bermalam diluar kamsis kecuali
mendapat kebenaran Penghuni DIWAJIBKAN merekod maklumat yang dikehendaki
di pondok pengawal dan melapor semula apabila kembali ke kolej kediaman/
asrama
3.17.5.4 Semua penghuni kolej klediaman/asrama yang bermalam diluar kampus pada
hujung minggu, cuti umum atau cuti pendek dikehendaki masuk semula ke kampus
tidak lewat dari jam 7.00 malam hari terakhir cuti
3.17.6 PERATURAN MENERIMA TETAMU
3.17.6.1 Tetamu penghuni kolej kediaman/asrama hendaklah dilayan di Kantin sahaja.
3.17.6.2 Pelawat DILARANG sama sekali memasuki kawasan dan kolej kediaman pelajar.
3.17.6.2 Pelawat yang bukan pelajar politeknik dikehendaki mengambil pas pelawat yang
boleh diperolehi di Pondok Pengawal Keselamatan semasa memasuki kawasan
politeknik
3.17.6.3 Masa melawat adalah seperti berikut:
Hari kuliah : 4.00 petang hingga jam 7.00 malam
Cuti Hujung Minggu / Umum: 8.00 pagi hingga jam 7.00 malam
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 33
3.17.7 MEMASAK DAN MAKANAN
3.17.7.1 Penghuni kolej kediaman/ asrama DILARANG memasak
3.17.7.2 Penghuni DILARANG menggunakan pemanas air (immersion heater). Air panas
boleh didapati dengan memasak menggunakan cerek yang disediakan atau dari
“water dispenser”
3.17.7.3 Hanya bahan-bahan makanan yang halal disisi Agama Islam sahaja yang
dibenarkan dibawa masuk ke kolej kediaman/asrama
3.17.7.4 Penghuni DILARANG menggunakan bilik kolej kediaman/asrama sebagai tempat
makan makanan yang mengotorkan bilik atau yang menyebabkan kerosakan salur
air dan elektrik dan juga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan penghuni
lain.
3.17.8 PERATURAN BERPAKAIAN
3.17.8.1 Setiap penghuni yang masuk ke kafetaria hendaklah berpakaian kemas dan sesuai.
Pakaian sukan (seluar pendek) yang lusuh dan berpeluh, pakaian tidur atau baju
singlet TIDAK dibenarkan di dalam kafetaria
3.17.8.2 Pelajar lelaki DILARANG berkain pelekat/sarong dalam kafetaria
3.17.8.3 Pakaian TIDAK boleh disangkut pada tingkap atau tempat-tempat lain melainkan
pada ampaian yang disediakan
3.17.8.4 Pakaian hendaklah disimpan di almari yang telah disediakan
3.17.8.5 Penghuni yang hendak menggosok pakaian mereka hendaklah berbuat demikian
dibilik yang telah dikhaskan.
3.17.8.6 Penghuni adalah dinasihatkan supaya berpakaian kemas dan tidak mencolok mata
pada setiap masa di kawasan kolej kediaman/asrama
3.17.8.7 Memakai pakaian yang dianggap kurang sopan seperti seluar pendek, baju yang
tidak berlengan atau pakaian yang tertulis kata-kata yang hina, logo parti politik
atau mempunyai gambar atau lukisan yang tidak bersesuaian dengan budaya
ketimuran TIDAK dibenarkan
3.17.8.8 Rambut hemdaklah sentiasa kemas. Rambut yang mengerbang atau rambut yang
beraneka fesyen adalah tidak dibenarkan
3.17.8.9 Pelajar perempuan TIDAK digalakkan memakai barangan kemas yang berlebihan
3.17.8.10 Pelajar lelaki DILARANG memakai sebarang perhiasan diri.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 34
3.17.9 LARANGAN MEMELIHARA BINATANG
3.17.9.1 Penghuni DILARANG memelihara atau menternak apa-apa jenis binatang di dalam
bilik atau kawasan kolej kediaman/ asrama
3.17.9.2 Sebarang jenis binatang yang terlepas masuk ke kawasan kolej kediaman/asrama
hendaklah diserahkan atau dilaporkan kepada warden
3.17.10 IKLAN, NOTIS, MAKLUMAN, RISALAH DAN LAIN-LAIN
3.17.10.1 Iklan dan notis hanya boleh ditampal dengan kebenaran Pengarah atau wakil
kuasanya di papan notis yang disediakan sahaja.
3.17.10.2 Semua iklan dan notis yang ditampal hendaklah ditanggalkan semula setelah tamat
tempoh pemberitahuan.
3.17.10.3 Semua poster atau hiasan dinding bilik TIDAK boleh menggunakan paku kecuali
alatpenyangkut gambar atau “poster hanger” yang sesuai yang mana gamnya tidak
merosakkan dinding
3.17.10.4 Penghuni DILARANG mengotorkan dinding atau mana-mana bahagian bangunan
kolej kediaman/ asrama dengan apa cara sekali pun.
3.17.11 KESELAMATAN HARTA BENDA
3.17.11.1 Untuk mengelakkan kecurian, penghuni hendaklah memastikan biliknya sentiasa
dikunci.
3.17.11.2 Penghuni TIDAK digalakkan menyimpan wang yang berlebihan dan peralatan
berharga di dalam bilik
3.17.11.3 Keselamatan harta benda penghuni adalah tanggungjawab sendiri.
3.17.11.4 Kes kecurian hendaklah dilaporkan dengan segera kepada warden.
3.17.12 LARANGAN BERNIAGA DI KOLEJ KEDIAMAN/ASRAMA
3.17.12.1 Penghuni TIDAK dibenarkan berniaga dimana-mana kawasan kolej kediaman/
asrama kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya
3.17.12.2 Semua penghuni yang membeli makanan atau barangan di kafetaria atau Kedai
Koperasi adalah bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 35
3.17.13 KESELAMATAN, KEBAKARAN DAN BANTUAN KECEMASAN
3.17.13.1 Penghuni yang nampak punca api hendaklah bertindak dengan bijaksana untuk
memadamkannya atau berhubung terus dengan waden atau Jabatan Bomba dan
Penyelamat. Penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan pantas dan berkumpul di
satu tempat yang selamat.
3.17.13.2 Perkara-perkara yang menjadi punca kebakaran seperti penggunaan ubat
nyamuk,pelita, lilin atau sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan kebakaran
berlaku TIDAK dibenarkan.
3.17.13.3 Jika berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan segera, sila beritahu waden
dengan segera. Jika tiada waden, hendaklah menghubungi mana-mana wakil aras,
pensyarah atau pengawal keselamatan.
3.17.13.4 Jika penghuni sakit, rakan sebilik atau searasnya bertanggungjawab
melaporkannya kepada warden dengan segera.
3.17.13.5 Pelajar yang menerima, mengetahui atau mengesyaki apa-apa jenis ancaman atau
ugutan hendaklah melaporkan dengan segera kepada Pengarah atau wakil
kuasanya.
3.17.14 LALULINTAS DI KAMPUS
3.17.14.1 Pelajar yang dibenarkan membawa kenderaan bermotor ke kampus adalah
tetrtakluk kepada Peraturan Am Lalulintas Politeknik.
3.17.14.2 Kenderaan hendaklah dipandu TIDAK melebihi had laju yang ditetapkan didalam
kampus.
3.17.14.3 Penunggang motosikal dan pembonceng dimestikan memakai topi keledar.
3.17.14.4 Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan sahaja.
3.17.15 TEMPAT-TEMPAT KEMUDAHAN
3.17.15.1 Penghuni hendaklah menggunakan semua tempat kemudahan dengan cermat dan
bertanggungjawab.
3.17.15.2 Penghuni bagi sesuatu aras bagi sesuatu blok itu adalah bertanggungjawab keatas
kebersihan bilik air, tempat lalu lalang, bilik membasuh, tangga atau apa-apa sahaja
tempat kemudahan bagi aras atu blok tersebut.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 36
3.17.15.3 Penghuni yang menggunakan tempat kemudahan atau peralatan hendaklah
sentiasa bersikap bertimbang rasa kepada mereka yang ingin menggunakan
kemudahan tersebut atau kepada orang lain.
3.17.16 SURAT/SURAT BERDAFTAR/BUNGKUSAN
3.17.16.1 Surat, Surat berdaftar dan bungkusan akan diedarkan melalui Pejabat Kolej
Kediaman.
3.17.16.2 Peraturan penggunaan alamat PMU untuk urusan surat menyurat adalah tertakluk
kepada pengurusan Kolej Kediaman.
3.17.16.4 Semua pertanyaan berkenaan dengan surat hendaklah dibuat di Pejabat Kolej
Kediaman Politeknik.
3.17.17 BERKEMPEN
3.17.17.1 Sebarang kempen bagi tujuan apa jua sekalipun hendaklah mendapatkan
kebenaran dari Pengarah atau wakil kuasanya.
3.17.17.2 Jika dibenarkan oleh Pengarah atau wakil kuasanya untuk berkempen, Pengarah
atau wakil kuasanya boleh mengenakan had atau syarat.
3.17.18 BILIK MANDI DAN BILIK BASUH PELAJAR
3.17.18.1 Penghuni kolej kediaman/asrama adalah bertanggungjawab secara berkumpulan
atas kebersihan bilik mandi dan bilik basuh pelajar serta laluan aras masing-masing
dan memastikan kebersiihannya dijaga.
3.17.18.2 Pembaziran adalah ditegah dan penghuni hendaklah mempunyai rasa
bertanggungjawab keatas penggunaan air dan elektrik. Segala kerosakan atau
kebocoran hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan kamsis/asrama.
3.17.18.3 Penghuni kolej kediaman/ asrama TIDAK dibenarkan membuang sampah atau
sebarang jenis bahan asing ke tandas. Penghuni aras akan dipertanggungjawabkan
ke atas kes-kes tersumbat yang disebabkan oleh kecuaian atau salahguna oleh
penghuni aras berkenaan.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 37
3.17.19 AKTIVITI SOSIAL, PERHIMPUNAN, TAKLIMAT, KULIAH DAN CERAMAH
3.17.19.1 Penghuni kolej kediaman/asrama yang berkenaan adalah dikehendaki
menghadiri,mengikuti dan mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan,
perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
berkuasa kolej kedia,man/ asrama dan politeknik.
3.17.19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di kolej kediaman/asrama dan persekitarannya
adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis Pengarah atau wakil
kuasanya terlebih dahulu.
3.17.19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi (5) orang di kolej kediaman/asrama
atau persekitarannya tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej kediaman/asrama
TIDAK dibenarkan.
3.17.19.4 Sebarang bentuk ceramah atau apa jua kegiatan yang melibatkan kakitangan
politeknik atau orang luar dari kolej kediaman/asrama mestilah mendapat
kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.
3.17.19.5 Sebarang perlakuan pelajar politeknik yang boleh mencemarkan nama baik
politeknik adalah DILARANG.
3.17.19.6 Penghuni kolej kediaman/asrama TIDAK dibenarkan bergiat/berkecimpung,
melibatkan diri atau member sokongan kepada mana-mana parti politik atau
kumpulan haram
3.17.19.7 Pelajar yang berdua-duaan dalam keadaan yang kurang sopan dan mencurigakan
dengan pelajar atau orang luar di mana-mana kawasan kampus politeknik adalah
DILARANG.
3.17.20 KAWASAN LARANGAN
3.17.20.1 Kawasan blok kediaman pelajar perempuan adalah kawasan larangan kepada
pelajar atau pelawat lelaki dan sebaliknya.
3.17.20.2 Sebarang bentuk perbincangan yang berhubung dengan hal-hal akademik atau
aktiviti ko-kurikulum di antara pelajar lelaki dan perempuan secara berkumpulan
perlu dibuat dalam keadaan yang sopan di kafetaria/mana-mana tempat yang
disediakan sahaja sehingga jam 11.00 malam
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 38
3.17.20.3 Pelajar-pelajar dibenarkan masuk ke bilik warden dan Penyelia Kolej Kediaman/
asrama atas urusan rasmi sahaja.
3.17.20.4 Pelajar TIDAK dibenarkan naik ke mana-mana kawasan bumbung kolej
kediaman/ asrama atau masuk kedalam mana-mana bilik pengagihan elektrik atau
mana-mana bilik di kawasan kolej kediaman/asrama yang diisytihar atau ditanda
sebagai kawasan larangan tanpa kebenaran pihak berkuasa kolej kediaman.
3.17.20.5 Kawasan pentadbiran dan akademik adalah kawasan larangan mulai jam 7.00
malam kecuali dengan kebenaran Pengarah atau wakil kuasanya.
3.17.20.6 Kawasan kafetaria yang meliputi kaunter pengurusan, dapur, bilik-bilik
penginapan kakitangan kafetaria adalah kawasan larangan bagi semua pelajar.
3.17.21 SOLAT
3.17.21.1 Pelajar muslim digalakkan menunaikan solat fardhu secara berjemaah di Pusat
Islam politeknik setiap hari. Pelajar muslim juga diwajibkan mengikuti sesi kuliah
maghrib yang diadakan di Pusat Islam Politeknik.
3.36.2 Khusus di bulan Ramadhan, semua pelajar muslim digalakkan menunaikan solat
Terawih secara berjemaah di Pusat Islam Politeknik.
3.17.22 RIADAH
3.17.22.1 Semua kegiatan sukan hendaklah bermula selepas waktu solat Asar dan
hendaklah berakhir 15 minit sebelum waktu solat Maghrib
3.17.22.2 Pakaian pada waktu riadah hendaklah bersesuaian dan tidak mencolok mata
3.17.22.3 Aktiviti sukan hanya boleh dijalankan di dalam kawasan yang ditetapkan
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 39
3.18 PERATURAN PELAJAR LUAR KOLEJ KEDIAMAN/ASRAMA
3.18.1 Pelajar mestilah mematuhi semua Peraturan Am Politeknik yang berkuatkuasa
sepanjang tempoh pengajian/kursus/latihan di politeknik
3.18.2 Pelajar yang menetap/menyewa di luar kawasan kampus mestilah berkelakuan baik,
berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan sekeliling
rumahnya
3.18.3 Sebarang bunyi-bunyian seperti radio/televisyen/gitar yang dipasang/dimainkan
hanya sekadar boleh didengar dalam rumah sahaja dan tidak menganggu jiran-jiran
sebelahan/sekeliling
3.18.4 Kebersihan dan keselamatan harta benda adalah tanggungjawab bersama penghuni
rumah tersebut
3.18.5 Pelajar lelaki dan pelajar perempuan TIDAK dibenarkan tinggal serumah
3.18.6 Pelajar lelaki DILARANG memasuki rumah pelajar perempuan dan begitu juga
sebaliknya
3.18.7 Pelajar TIDAK digalakkan berkumpul di luar kawasan rumah
3.18.8 Pelajar tidak dibenarkan mempamerkan symbol atau bendera mana-mana parti
politik di kawasan rumahnya
3.18.9 Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Penduduk Setempat
3.19 PERATURAN PERPUSTAKAAN
3.19.1 ARAHAN AM PERPUSTAKAAN
3.19.1.1 DILARANG bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh
mengganggu pengguna-pengguna lain
3.19.1.2 DILARANG makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan
menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan
3.19.1.3 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-
mana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan perpustakaan atau
berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut
3.19.1.4 DILARANG menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-
mana harta kepunyaan Perpustakaan atau berkelakuan yang membawa
kerosakan pada barang tersebut
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 40
3.19.1.5 DILARANG menggunakan telefon mudah alih
3.19.1.6 Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan mengenai
bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas
pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan
3.19.1.7 Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi
bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga
semasa sebagai kos gantian bahan tersebut. Dalam kes-kes di mana gantian
tidak mungkin, Jawatankuasa Perpustakaan akan menentukan harga gantian
kes demi kes
3.19.1.8 Penggantian kad baru akan dikenakan bayaran sebagaimana yang
ditetapkan oleh Politeknik
3.19.1.9 DILARANG membawa masuk beg kedalam perpustakaan
3.19.1.10 Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang termasuk
beg tangan, folder dan sebagainya kepada petugas peperiksaan untuk
diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan
3.19.1.11 Semua pertukaran alamat pengguuna hendaklah dimaklumkan kepada
pihak perpustakaan
3.19.1.12 Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut Peraturan Am
Politeknik
3.19.2 PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN
Pengguna layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman dan koleksi pinjaman terhad.
Cara meminjam adalah seperti berikut:
3.19.2.1 Koleksi Pinjaman
Untuk meminjam buku-buku koleksi ini, pengguna hendaklah menulis nama dan
bahagian (kakitangan), nombor pendaftaran (pelajar) pada kad buku yang
terdapat di dalam buku yang hendak dipinjam. Serahkan buku, kad serta kad
pinjaman perpustakaan kepada kakitangan di kaunter untuk diuruskan pinjaman
tersebut.
3.19.2.2 Koleksi Pinjaman Terhad
Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti pinjaman biasa cuma
tempoh pinjaman lebih singkat.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 41
3.19.2.3 Tempahan
Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna lain dengan
mengisi borang tempahan. Pengguna akan diberitahu melalui papan kenyataan di
perpustakaan.
3.19.3 BILANGAN BUKU DAN TEMPOH PINJAMAN
Jenis Peminjam Tempoh Meminjam Bilangan Buku
Ahli Rakan Perpustakaan 3 Minggu Maksimum 5 Buku
Bukan Ahli Rakan Perpustakaan 2 Minggu Maksimum 3 Buku
3.19.4 HAL-HAL LAIN
3.19.4.1 Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab keatas sebarang kehilangan
atau kerosakan barang-barang persendirian yag diletak atau tertinggal
di dalam/luar perpustakaan
3.19.4.2 Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar
sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Politeknik untuk keluar
dari perpustakaan
3.19.4.3 Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna memulangkan bahan-bahan
pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
3.19.4.4 Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapat
kelulusan Politeknik
3.19.4.5 Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada
Pegawai Perpustakaan.
3.19.4.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau
menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
3.20 PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAN DAN PERATURAN LALULINTAS
3.20.1 KENDERAAN RASMI POLITEKNIK
3.20 .1.1 Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi
dengan memohon dan mendapat kelulusan daripada Pengarah
3.20 1.2 Pengguna kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan,
kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan
tingkahlaku.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 42
3.20.2 KENDERAAN PERSENDIRIAN
3.20.2.1 Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus
setelah didaftar dan mendapat dan mendapat kelulusan bertulis daripada
pihak politeknik
3.20.2.2 Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus
mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh
politeknik
3.20.2.3 Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan dalam
kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak
kenderaan mereka ditempat yang dikhaskan untuk pensyarah/kakitangan
politeknik
3.20.2.4 Pihak politeknik tidak bertanggungjawab keatas kenderaan (termasuk topi
keledar) yang rosak atau hilang di dalam kampus.
3.20.2.5 Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik
dan selamat untuk digunakan
3.20.2.6 Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor dalam kampus perlu
mematuhi peraturan-peraturan berikut:
i. Mempunyai lessen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah
ii. Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh politeknik
iii. Menggunakan kenderaan bermotor yang TIDAK mengeluarkan
bunyi bising atau yang diubahsuai
iv. Memakai topi keledar semasa menunggang atau membonceng
motosikal.
v. Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/
membonceng motosikal adalah digalakkan
vi. Bertimbangrasa terhadap pejalan kaki
vii. Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis
keselamatan jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan
3.20.2.7 Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa
membatal atau menambah mana-mana bahagian atau
keseluruhan peraturan ini.
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR
Muka Surat 43
3.20.3 HUKUMAN KESALAHAN LALULINTAS
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas bleh dikenakan atau
menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.Kesalahan-kesalahan
Lalulintas Mengikut Sub-Kaedah 47, Akta 174, Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau wakil
kuasanya boleh menjatuhkan hukuman terus secara pentadbiran (denda wang ringgit)
tidak melebihi RM100.00 bagi semua kesalahan berikut:-
BIL JENIS KESALAHAN DENDA (RM)
50.00
1 Menggunakan kenderaan tanpa lesen 50.00
2 Menggunakan kenderaan tanpa sticker 30.00
cukai jalan
40.00
3. Membawa pembonceng motosikal tanpa
lesen penuh 40.00
4. Meletakkan kenderaan ditempat yang dil- 20.00
arang 30.00
30.00
5. Tidak mendaftar kenderaan (tanpa
kebenaran bertulis) / tanpa pelekat 20.00
30.00
6. Tidak mengantung plat L
15.00
7. Tidak memakai topi keledar 15.00
15.00
8. Bunyi ‘exhaust pipe” yang bising dan 15.00
mengganggu ketenteraman awam 20.00
9. Tidak memasang lampu 15.00
10. Membawa kenderaan dengan cara merba- 30.00
haya
20.00
11 Tidak mempunyai hon sempurna
12 Brek yang tidak sempurna
13 Tayar yang tidak berbunga
14. Lampu isyarat yang tidak berfungsi
15. Memandu, membawa kenderaan diatas
koridor, beranda, kaki lima, siar kaki,
lorong kaki, atas rumput atau lain-lain tem-
pat selain jalanraya
16 Menunggang / memandu kenderaan di
dalam kampus selepas jam 12.00 malam
17 Membawa lebih daripada satu orang di
atas motosikal
18 Kenderaan yang mengeluarkan asap yang
banyak
BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR DENDA (RM)
20.00
Muka Surat 44
30.00
BIL JENIS KESALAHAN 30.00
19 Memotong kenderaan lain diselekoh dan
30.00
membahayakan
20 Mengubahsuai bunyi kenderaan
21 Membawa penumpang atau pembonceng
yang berlainan jantina yang bukan muhrim
22 Lain-lain kesalahan berkenaan kenderaan
3.21 PELANGGARAN PERATURAN
Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh
dikenakan tindakan berikut:
3.21.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik dan/
atau
3.21.2 Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [ (Kaedah 48,
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta174)]
“Hukuman Tatatertib”
Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan
mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau man-mana dua atau lebih
hukuman-hukuman itu disatukan sekali:
“Hukuman”
i. Amaran
ii. Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00)
iii. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-
kemudahan institusi selama tempoh yang ditentuka;
iv. Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama
tempoh yang ditentukan;
v. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan
peperiksaan di Institusi;
vi. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang
ditentukan;
vii. Pembuangan daripada Institusi
“Oleh pihak berkuasa tatatertib”
KM 7.5, JALAN OYA
96400 MUKAH, SARAWAK,
Tel : 084-874 001
Faks : 084-874 005
Laman Web : www.pmu.edu.my
Facebook: politeknikmukah