KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Talian Am : 018-9041337
Sekolah Kebangsaan Chenulang E-mel : skchenulang@gmail com.
Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai
18000 Kuala Krai
Kelantan Darul Naim
MINIT MESYUARAT GURU BIL. 2/ 2020
Tarikh/ Hari : 28 September 2020 / Isnin
Masa :12.15 tgh – 1.50 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Tn. Hj. Roslan b. Hj. Shafiee (Guru Besar)
Kehadiran (Bilangan) : Rujuk Lampiran (42 orang)
Turut Hadir (Jika ada) : -
Tidak Hadir : 1. Nasharudddin Mohamad- CRK
Agenda Mesyuarat :
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas
3. Maklum Balas Mesyuarat Lepas
4. Pembentangan / Pelaporan
4.1 Pembentangan PKP
4.2 Pembentangan PK HEM
4.3 Pembentangan PK KO
4.4 Pembentangan Kewangan
5. Perkara Berbangkit
6. Hal-Hal Lain
7. Ucapan Penangguhan
LAPORAN MESYUARAT
BIL PERKARA
1. PERUTUSAN PENGERUSI – TN. HJ. ROSLAN B. HJ SHAFIEE (GURU BESAR)
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab (al-Fatihah); ucapan alu-aluan dan terima
kasih di atas kehadiran semua.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas maklumbalas yang amat
positif dari pegawai JPN yang hadir memantau pelaksanaan dan pematuhan SOP dalam
kalangan warga sekolah pada 27 September 2020 (Ahad).
Tindakan: Makluman
1.3 Beliau mengharapkan agar kebersamaan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru
dapat diteruskan terutama dalam hal berkaitan penjarakan fizikal dalam kalangan murid
berikutan catatan kes Convid-19 kembali meningkat sejak akhir-akhir ini.
1.4 Pengerusi memberi peringatan mesra kepada semua guru berkaitan “punch card”
berikutan terdapat sebahagian guru tidak berbuat demikian semasa pulang dan
mengharapkan agar ianya tidak berulang pada masa yang lain.
1
1.5 Pengerusi turut memberi peringatan mesra tentang keperluan dan tanggungjawab
menyediakan RPH sebelum PdPc berlangsung, dan semua guru diingatkan membawa fail
tersebut bersama semasa sesi PdPc berlangsung bagi membolehkan dokumen tersebut
dikemukakan pada bila-bila masa diminta oleh pentadbir untuk tujuan pencerapan.
1.6 Guru perlu mematuhi tatacara dan peraturan permohonan semua cuti yang diperuntukkan
termasuk Cuti Sakit, CRK, Cuti Tanpa Rekod dan sebagainya kecuali untuk kes
kecemasan. Bagi Cuti Sakit, guru diminta segera serahkan surat MC kepada Pembantu
Tadbir sebaik sahaja kembali bertugas.
Tindakan: Makluman
1.7 Semua unit perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali dan diminitkan untuk
tujuan pendokumentasian. Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada
jawatankuasa asrama kerana berjaya melengkapkan mesyuarat 4 kali dalam setahun pada
setiap tahun.
Tindakan: Ketua dan Setiasaha semua Unit Kurikulum, HEM dan Koku.
1.8 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah mengisi dan menghantar
“job description” dalam hrmis, dan beliau mengharapkan agar guru yang masih belum
menyiapkannya agar dapat berbuat demikian dengan kadar segera sebelum 30 September
2020.
Tindakan: Guru yang belum menyiapkan JD
1.9 Guru kelas diingatkan agar mengemaskini kehadiran harian dalam APDM sebelum jam
10.00 pagi setiap hari persekolahan.
Tindakan: Guru Kelas
1.10 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa beliau telah mengambil tindakan dengan
melaporkan gangguan bekalan eletrik di Blok Tahun 4 ke pihak PPD dan telah dalam
makluman JPN untuk Tindakan selanjutnya.
1.11Murid tidak dibenarkan menggunakan bilik wuduk di blok surau tingkat atas buat
sementara sehingga masalah dapat diselesaikan.
Tindakan: Makluman
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
Cadangan : Pn. Anita binti Ali
Sokongan : En. Mohd Zulkifli B. Yasim
3. MAKLUM BALAS MESYUARAT YANG LEPAS
Rujuk lampiran.
2
4 PEMBENTANGAN / PELAPORAN
4.1 Pembentangan PKP - EN. AZHAR B. YUSOF
4.1.1 Pengurusan
4.1.1.1 Kemaskini dan lengkapkan fail mesyuarat panitia
4.1.1.2 Semua unit dan panitia sepatutnya telah mengadakan mesyuarat dalam unit
masing-masing sekurang-kurangnya sebanyak 2 kali sehingga bulan
September tahun ini.
Tindakan: Ketua dan Setiausaha Panitia
4.1.1.3 Program Panitia yang dirancang perlu dikaji semula agar sesuai dengan situasi
semasa (Pandemik Covid-19) dengan mengambil kira norma baharu dan
pematuhan terhadap SOP yang ditetapkan.
Tindakan: Ketua Panitia
4.1.1.4 Guru diingatkan agar memuat turun Dokumen Penjajaran yang telah dikongsikan
dalam group whatsapp rasmi sekolah dan menyimpannya dalam bentuk hard copy
untuk tindakan dan rujukan masing-masing.
Tindakan: Semua Guru
4.1.2 SKPMg2
4.1.2.1 Fasa 1 : Januari -Mac telah diselesaikan
Fasa 2 : April – Jun sedang dalam penambahbaikan
Fasa 3 : Ogos - Okt sedang dalam penambahbaikan
4.1.2.2 Panitia dan jawatankuasa bertanggungjawab yang belum melengkapkan
Standard 3 untuk fasa 2 dan fasa 3 dalam SKPMg2 diharap dapat
menyiapkannya secepat mungkin.
Tindakan: Ketua Panitia
4.1.2.3 Guru diminta agar sentiasa bersedia untuk dicerap oleh pihak pentadbir bagi
memenuhi Standard 4 dalam SKPMg2 dan membawa bersama fail RPH
semasa PdPc berlangsung.
Tindakan: Semua Guru
4.1.3 Hrmis
4.1.3.1 Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang telah menyiapkan ‘Job
Description (JD)” dalam portal hrmis. Mana-mana guru yang belum
menyiapkannya harap dapat menyegerakannya sebelum 30 September 2020.
4.1.3.2 Guru diingatkan agar menyemak terlebih dahulu JD yang telah diisi sebelum
dihantar untuk tujuan pengesahan agar tidak berlaku kesilapan/ralat.
Tindakan: Semua Guru
4.1.4 PBD
4.1.4.1 Guru diingatkan agar mengisi PBD bagi semua mata pelajaran yang diajar dari
tahun 1 hingga tahun 6 dan turut membuat salinan dan simpanan untuk rujukan
diri sendiri bagi memastikan data tersebut dapat dikemukakan apabila ianya
diperlukan pada masa akan datang.
4.1.4.2 Guru diingatkan agar dapat mengemukakan evidens bagi pencapaian band yang
diisi sekiranya diperlukan untuk keesahan data.
Tindakan: Semua Guru
3
4.1.5 Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL)
4.1.5.1 Pihak sekolah memilih untuk melaksanakan PKL secara atas talian
kerana merasakan ianya pilihan yang lebih baik dan lebih mudah untuk
dikendalikan.
4.1.5.2 PKL dijangka akan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum atau pada 16
Oktober 2020.
Tindakan: Makluman
4.1.5.3 Jadual pelaksanaan PKL telahpun disusun. Guru Mata Pelajaran Bahasa
Melayu, Matematik dan Sains yang mengajar Tahun 5 dan 6
dipertanggugjawabkan untuk menyelia murid melaksanakan PKL di Makmal
Komputer sekolah.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Matematik
dan Sains yang mengajar Tahun 5 dan 6.
4.1.6 Fail RPH
4.1.6.1 Perlu disiapkan dan dibuat sebelum PdPc berlangsung setiap hari
4.1.6.2 Perlu dibawa masuk ke kelas Bersama-sama guru semasa sesi PdPc berlangsung.
4.1.6.3 Sediakan ruangan dan halaman untuk pencerapan bagi memudahkan pegawai
penilai membuat catatan selepas selesai pencerapan.
Tindakan: Semua Guru
4.1.7 PBPPP
4.1.7.1 Pencerapan guru untuk PBPPP sedang dijalankan dan memasuki fasa yang
terakhir.
4.1.7.2 Tarikh akhir untuk pengisian instrument penilaian kompetensi adalah pada 26
November 2020.
Tindakan: Makluman
4.1.7.3 Guru diminta memberikan kerjasama sekiranya pegawai penilai ingin
mengadakan pertemuan bagi tujuan konsultansi.
Tindakan: PYD (Guru)
4.2 Pembentangan PK HEM – PN. CHE LIMAH BINTI CHE MOOD
4.2.1 Pematuhan SOP
4.2.1.1 Terima kasih dan tahniah kepada semua guru di atas kerjasama yang diberikan
dalam memastikan warga sekolah sentiasa mematuhi SOP yang digariskan
oleh KPM.
4.2.1.2 Pihak sekolah telah dilawati oleh En. Roslan bin Mat dari JPN bagi memantau
pengurusan SOP di sekolah pada 27 September 2020.
4.2.1.3 Maklumbalas yang diberikan oleh pegawai pemantau amat positif dan beliau
berpuas hati dengan pelaksanaan dan pematuhan warga sekolah terhadap
pengurusan SOP yang diamalkan di sekolah.
Tindakan: Makluman
4
4.2.1.4 Guru diminta meneruskan kerjasama dan menggemblengkan tenaga sehingga
akhir sesi persekolahan bagi meneruskan kelangsungan kecemerlangan dalam
pematuhan SOP di sekolah.
Tindakan: Semua Guru
4.2.2 Kehadiran
4.2.2.1 PK HEM memaklumkan bahawa PPD meminta pihak sekolah mengemukakan
langkah intervensi bagi mengatasi masalah kehadiran murid kerana tersenarai
dalam kategori kumpulan yang kehadiran muird antara 85% hingga 88%
sahaja.
4.2.2.2 Unit HEM dengan kerjasama guru bimbingan sekolah mengambil beberapa
inisiatif sebagai langkah intervensi dan dikemukakan kepada PPD. Langkah
tersebut adalah seperti ketentuan berikut:
4.2.2.2.1 Memberikan hadiah dan bintang kepada kelas terpilih dari Tahap 1
dan Tahap 2 yang mencapai kehadiran tertinggi setiap bulan
bermula kehadiran pada bulan Julai 2020.
4.2.2.2.2 Memberikan hadiah kepada individu yang kehadiran bulanannya
mencapai seratus peratus (kehadiran penuh) bermula pada bulan
Oktober ini sebagai penambahbaikan bagi intervensi sedia ada.
Tindakan: Unit HEM
4.2.2.2.3 Guru Bertugas Mingguan (penama pertama dalam jadual bertugas)
bertanggugjawab memanggil murid yang tidak hadir setiap hari
dan memberikan nasihat kepada murid-murid tersebut.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan
4.2.2.3 Guru boleh membuat Ziarah Cakna ke rumah murid yang sering tidak hadir
ke sekolah dengan syarat perlu memaklumkannya kepada pihak pentadbir
terlebih dahulu.
4.2.2.4 Kehadiran murid dalam APDM perlu diisi sebelum pukul 10.00 pagi setiap
hari persekolahan.
Tindakan: Guru Kelas
4.2.3 Guru Bertugas Mingguan
4.2.3.1 Guru yang dipertanggungjawabkan diingatkan agar mengisi Buku Laporan
Bertugas Mingguan setiap hari.
4.2.3.2 Menampal peratus kehadiran murid setiap hari dalam Buku Laporan.
4.2.4 RMT
4.2.4.1 Guru Bertugas Mingguan perlu tambahkan laporan pemberian susu segar
dalam Menu RMT.
4.2.4.2 Menu Susu RMT akan bermula pada bulan Oktober ini.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan
4.3 Pembentangan PK Korikulum
4.3.1 Perjumpaan Kokurikulum
4.3.1.1 Murid perlu berkumpul di dewan terbuka sekolah secara bergilir-gilir sebelum
5
masuk ke kelas perjumpaan masing-masing dengan diiringi oleh guru
penasihat masing-masing.
Tindakan: Guru Penasihat Kelab/Uniform/Sukan
4.3.1.2 Setiausaha Kokurikulum akan memberikan arahan untuk murid turun ke
kantin menerusi pembesar suara mengikut unit kokurikulum pada hari
tersebut, seterusnya masuk semula ke kelas di mana tempat perjumpaan
masing-masing diadakan untuk mengikuti aktiviti.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum dan Guru penyelaras
4.3.1.3 Jadual bertugas dan maklumat terperinci berhubung tarikh perjumpaan bagi
semua aktiviti kokurikulum telah diedarkan untuk rujukan dan Tindakan semua
guru.
Tindakan: Semua Guru
4.3.2 Aktiviti Kokurikulum Peringkat PPD Terkini
4.3.2.1 Kursus Keahlian Pengakap di SK Sg. Sok pada 30 September 2020
4.3.2.1.1 Dua orang murid terlibat dan seorang guru pengiring
4.3.2.1.2 Masa aktiviti adalah dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang
Tindakan: Ketua Guru Penasihat Pengakap Sekolah
4.3.2.1 Bengkel Buku Log PPIM di SMK Pehi pada 6 dan 7 Oktober 2020.
4.3.2.1.1 3 orang murid terlibat dan seorang guru pengiring
4.3.2.1.2 Masa Aktiviti adalah dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang
Tindakan: Ketua Guru Penasihat Pengakap Sekolah
4.4 Pembentangan Kewangan
4.4.1 Pengerusi memaklumkan ahli mesyuarat jumlah Peruntukan PCG Tahun 2020 untuk
SK Chenulang. Maklumat terperinci Pecahan Mengikut Akaun Subsidiari boleh
dirujuk seperti dalam lampiran.
Tindakan: Makluman
4.4.2 Pengerusi mengingatkan ketua panitia agar dapat membelanjakan wang yang
diperuntukkan dalam tempoh dua bulan setengah yang masih berbaki dengan sebaik
mungkin.
Tindakan: Ketua Panatia
6
5 HAL-HAL LAIN
5.1 En. Mohd Saidi memaklumkan ahli mesyuarat bahawa bumbung sepanjang Bilik PIBK
sehingga Bilik Seni telah ditukar baru.
5.2 Beliau juga memaklumkan bahawa sebarang sumbangan dari pihak luar kepada sekolah
perlu dimaklumkan kepada pegawai aset terlebih untuk dilaporkan kepada jabatan bagi
mendapatkan kebenaran.
Tindakan: Makluman
5.3 Pn. Norhayati Muhamad memaklumkan ahli mesyuarat bahawa semua guru telah
mencukupkan keperluan kursus sebanyak 7 kali setahun, walaubagaimanapun mana-
mana guru yang belum dapat mencukupkan 42 mata kredit, diharapkan dapat
melengkapkannya dengan segera seperti dengan membaca buku bagi memenuhi
keperluan dalam SPLKPM pada tahun ini.
Tindakan: Semua Guru
5.4 Bendahari Kelab Guru mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah menjelaskan
yuran Kelab, dan mana-mana guru yang ingin membayarnya boleh terus berhubung
dengan beliau.
Tindakan : Makluman
6. UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 P Pengerusi mengucapkan Terima kasih atas kerjasama dan kebersamaan semua. Beliau
mengakhiri mesyuarat dengan harapan agar semua guru dapat menggalas tugas dengan sebaik
mungkin demi kelangsungan dan kecemerlangan sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang.
Pencatat: Disemak oleh:
MAZNAH BINTI HARUN
Setiausaha Mesyuarat Guru HJ. ROSLAN B. HJ. SHAFIEE
SK Chenulang
Guru Besar
SK Chenulang
7