The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by callie.khalisa, 2021-09-20 02:46:15

PELARI MUDA

PELARI MUDA

BUKU SKRAP NOVEL
PELARI MUDA

KHALISA ZAHRA BT AHMAD FUAD HILMI
PS1BHJ2UA1RZ0DA4RI B7I IN SHUIB
MRSM BALIK PULAU

ISI KANDUNGAN

TAJUK

Tema

Sinopsis (keseluruhan)

Sinopsis (bab)
Jadual Komsas

Binaan Plot

Teknik Plot

PENGHARGAAN

Penghasilan buku ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan ucapan
terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat seperti yang berikut:

Guru Bahasa Melayu Tingkatan 1

> Shurdi bin Shuib
> Rosliza binti Jaafar
> Aisah bin Mat
> Siti Nor Haryani binti Che Nordin
> Mohd Izzuwan Bin Ahmad Sukri

Ibu Bapa

> Nurul Ezan binti Mahat
> Ahmad Fuad Hilmi bin Muhamad

MRSM Balik Pulau

TEMA

Novel Pelari Muda mengungkap tema semangat juang anak
muda yang menghadapi pelbagai cabaran dalam mencapai
matlamat . Misalnya, Kamarul telah menghadapi cabaran
setelah dia terkenal dengan memenangi pingat emas di
Sukan SEA Brunei. Hubungan dengan rakan-rakannya
menjadi semakin tegang kerana mereka menganggapnya
semakin sombong dan sikapnya telah berubah, apatah lagi
penolakannya untuk menyertai kejohanan kecil seperti
kejohanan sukan tahunan sekolah. Kamarul cuba menafikan
perkara itu, tetapi mengakui bahawa dia kurang mengambil
bahagian dalam latihan pusat dan kurang ajar ketika ditegur
oleh jurulatihnya.



SINOPSIS

Kamarul seorang remaja berusia 17
tahun yang terkenal dengan
kecemerlanganya dalam bidang sukan.
Dia merupakan atlet antarabangsa
yang disanjung oleh seluruh rakyat
Malaysia.Walaubagaimanapun,
kemasyhurannya itu menyebabkan dia
menjadi angkuh dan sombong.
Rakannya, Saridah telah berusaha
memberi nasihat kepadanya tetapi hal
itu hanya mencetuskan pergaduhan
antara mereka berdua . Dia sudah
tidak mempedulikan tentang rakan-
rakannya dan latihan sukan.

Kejohanan Sukan SEA yang akan
berlangsung di Bangkok tidak lama
lagi. Encik Kadir, jurulatihnya resah
akan sikap Kamarul yang tidak
berdisiplin dan kerap ponteng latihan.
Tetapi tegurannya hanya dibalas
dengan perlakuan yang tidak beradab.

Kamarul berpendapat bahawa latihan tanpa bimbingan
jurulatih lebih baik berbanding latihan bersama
jurulatih. Sebaliknya, rakannya Sures berusaha dengan
gigih untuk mengalahkan rekod masa Kamarul.

Kegigihan Sures sewaktu berlatih telah memberi hasil
apabila dia berjaya memecahkan rekod masa yang
pernah dicatat Kamarul seketika dahulu. Kamarul
berasa kecewa dan tertekan. Tekanan itu telah
menyebabkannya tidak berwaspada sewaktu melintas
jalan lalu dilanggar kereta. Dia disegerakan ke hospital
dan mendapat rawatan pada anggota yang cedera iaitu
lutut, muka dan mata.

Selepas kemalangan itu, Kamarul insaf akan sikap
buruknya dan berasa kesal. Dia tidak lagi bersikap
sombong terhadap rakan-rakannya dan Encik Kadir.
Latihan sukan tidak pernah diponteng olehnya. Oleh
sebab itu, kecergasan Kamarul kembali pada asalnya.
Tidak lama kemudian Kamarul dan para kontijen yang
lain terbang ke Bangkok untuk Kejohanan Sukan SEA di
Bangkok.

Sewaktu di Bangkok, Kamarul berjumpa dengan De
Wega, pelari pecut Filipina yang amat dikaguminya. De
Wega menasihati Kamarul supaya sentiasa berdisiplin
dengan jadual latihan yang ditetapkan. Beliau juga
menasihati agar dia tidak bersikap sombong apabila

sudah berjaya. Kamarul dan rakan-rakannya lain
bertanding dalam lumba lari 100m dan 400m di Stadium
Nasional. Kamarul berjaya memenangi pingat emas dalam
kedua-dua acara. Dia pulang ke Malaysia dan disanjung
oleh keluarga dan kawan-kawan terutamanya Saridah.

SINOPSIS
MENGIKUT BAB

BAB 1: MENGAPA MURAM

Muka Kamarul yang sentiasa ceria setelah berjoging kelihatan muram pada hari
itu. Ibunya, Mak Jah mengesyaki hal itu berlaku akibat pergaduhan antara Kamarul
dan Saridah. Kamarul menceritakan apa yang berlaku kepada Mak Jah, dan
sangkaan ibunya itu didapati benar. Terdapat sedikit salah faham antara anaknya
dan Saridah. Saridah menegur Kamarul tentang sikapnya yang sombong setelah
masyhur. Kamarul berasa tidak selesa lalu mencari Saridah untuk memohon
maaf. Sebaliknya, dia berjumpa dengan Sures dan berjanji kepadanya untuk hadir
latihan sukan pada petang itu.

BAB 2: JANGAN MUNGKIR

Sures berasa amat sedih dan kecewa apabila Kamarul tidak menghadiri latihan
pada petang itu. Sures memikirkan tentang sikap Kamarul yang semakin menjadi
itu. Tidak lama kemudian, Encik Kadir, jurulatinya memanggil atlet-atlet untuk
memulakan latihan. Latihan 100 m terpaksa dibatalkan kerana Kamarul tidak
hadir. Encik Kadir menegaskan kepada atlet-atletnya betapa penting disiplin bagi
mencapai kejayaan. Setelah Sures pulang, Saridah datang ke rumahnya untuk
bertanyakan tentang Kamarul. Sures berkata bahawa dia juga tidak tahu apa-apa
tentangnya.

BAB 3: SURAT TIDAK BERSAMPUL

Saridah duduk di perpustakaan berharap agar Kamarul datang di situ. Malangnya,
Kamarul tidak muncul. Saridah pergi menuju ke kelas dengan perasaan yang
sedang bercelaru. Juriah, kawan baiknya menasihatu Saridah supaya tidak terlalu
memikirkan fasal Kamarul. Sewaktu loceng pulang berbunyi, Saridah tidak terus
pulang malahan ke perpustakaan. Saridah membuat keputisan untuk menulis
surat kepada Kamarul. Surat itu seterusnya diberi kepada Juriah untuk dikirimkan
kepada Kamarul.

BAB 4: SEBAK DI DADA

Kamarul yang hendak berjoging pada petang itu diperlihat oleh Mak Jah. Sebelum
Kamarul pergi, Mak Jah memberi sepucuk surat tidak bersampul kepada Kamarul.
Kamarul membacanya dan mendapati surat itu diberi oleh Saridah. Kamarul
berasa sebak ketika membaca surat tersebut dan teringat tentang Saridah. Tidak
lama kemudian muka Encik Kadir yang amat dibencinya itu terlintas dalam fikiran.
Surat tersebut lantas dikeronyok olehnya. Kamarul berlari menuju ke Stadium
Merdeka dan terbayang-bayang tentang situasinya di situ.

BAB 5: JEMU MENUNGGU

Saridah mula telah apabila Juriah tidak datang pada waktu yang ditetapkan.
Saridah ke biliknya dan ternampak gambarnya bersama Kamarul di dalam album.
Saridah teringat tentang kali pertama dia bertemu Kamarul. Saridah berasa sedih
akan sikap Kamarul yang telah banyak berubah.

BAB 6: MENGAPA, KAMARUL?

Encik Kadir tidak berpuas hati dengan prestasi Kamarul. Sures mempunyai
prestasi yang amat cemerlang. Encik Kadir bertanyakan kepada Kamarul jika
terdapat masalah yang dihadapinya, Kamarul berkata tidak. Kamarul juga
mengatakan bahawa dia boleh berlatih sendiri tanpa bimbingan Encik Kadir.

BAB 7: MELEPASKAN MARAH

Kamarul melepaskan kemarahannya dengan mengoyakkan gambar Encik Kadir
yang terpapar di dalam akhbar. Perbuatan itu ditegur oleh Mak Jah. Seketika
selepas itu, Saridah menelefon Kamarul lalu mereka berbual-bual. Di sekolah,
Saridah bertemu dengan Juriah. Juriah menasihati Saridah supaya tidak bercinta
dan mengutamakan pelajaran.

BAB 8: SEMOGA BERJAYA

Adibah menegur Kamarul apabila dia ingin keluar sebelum waktu rehat. Hal
tersebut menimbulkan pertengkaran mulut antara mereka berdua. Selepas
loceng rehat berbunyi, Kamarul keluar kelas menuju ke bilik guru untuk berjumpa
dengan Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberi kebenaran kepada Kamarul untuk
hadir lewat ke sekolah. Beliau juga menasihati Kamarul supaya tidak melupakan
tentang peperiksaan SPM yang akan berlaku tidak lama lagi.

BAB 9: DIA TIDAK SUDI

Kamarul menjalani latihan dengan rakan-rakannya yang lain di Pusat Sukan
Kampung Pandan. Sures masih dapat menewaskan Kamarul dalam ujian masa.
Encik Kadir memberi semangat kepada Kamarul supaya serius ketika berlatih
malah Kamarul tanya sambil lewa. Pingat yang diberi oleh Encik Kadir kepadanya
dilemparkan. Encik Kadir amat kecewa akan sikap Kamarul itu. Kamarul tidak
berhati-hati ketika melintas jalan lalu dilanggar kereta.

BAB 10: SEPATUTNYA BEREHAT

Kamarul mendapat rawatan di hospital sambil diteman Mak Jah. Encik Kadir dan
Saridah datang melawat Kamarul tetapi dia masih tidur. Sewaktu Kamarul
bangun, dia mendapati bahawa Saridah di sisinya. Saridah meminta maaf atas
ppergaduhannya beberapa hari yang lalu tetapi Kamarul berkata bahawa dia telah
memaafkannya. Doktor mengatakan bahawa Kamarul boleh pulang ke rumah.
Encik Kadir datang menjemput Kamarul di hospital. Dia berasa sebak dan insaf
selepas kejadian itu.

BAB 11: HARAPAN TINGGI

Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi
pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul
resah. Walaubagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguh-
sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir.
Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak
memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir menyakinkan Kamarul bahawa
prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah,
Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada
situ, beliau berazam untuk membuat caravan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh
atlet yang berjaya itu.

BAB 12: SELAMAT JALAN

Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke
Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat,
Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul
menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian
Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.

BAB 13: DIA PEMINAT DE WEGA

Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik. Mereka
seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda
perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai
tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata
semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan
kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit
Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan
Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega,
tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat
yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang
meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan
semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.

BAB 14: DADANYA MENCECAH PITA

Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut
mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung
upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan kontinJen
Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi
beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi
perangsang dan semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan
Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul
menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan
menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada sebelah
petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul
mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk
ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas
dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya
untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik
Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.

BAB 15: UCAPAN TAHNIAH

Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tepat
kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan
tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada
Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De Wega sebagai
kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan cenderamata
berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei
kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan
Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak,
Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas
kejayaan Kamarul.

JADUAL
KOMSAS

BAB 1: MENGAPA MURAM
BAB 2: JANGAN MUNGKIR

BAB 3: SURAT TAK BERSAMPUL
BAB 4: SEBAK DI DADA

BAB 5: JEMU MENUNGGU
BAB 6: MENGAPA,KAMARUL?

BAB 7: MELEPASKAN MARAH
BAB 8: SEMOGA BERJAYA

BAB 9: DIA TIDAK SUDI
BAB 10: SEPATUTNYA BEREHAT

BAB 11: HARAPAN TINGGI
BAB 12: SELAMAT JALAN

BAB 13: DIA PEMINAT DE WEGA
BAB 14: DADA MENCECAH PITA

BAB 15: UCAPAN TAHNIAH

Permulaan

Setelah pulang berjoging, Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan
sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan
dangan Saridah Sangkaan Mak Jah itu benar apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit
salah faham dengan Saridah. Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya
dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlet sukan lumba lari 100
meter di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa tidak gembira kerana hubungannya dengan
Saridah semakin renggang. Dalam perjalannya ke sekolah, Kamarul teringat akan Cikgu Zainal, guru
sukan yang mula-mula mengesan bakatnya dalam bidang olahraga dan mengetengahkannya
sebagai pelari pecut sehingga dapat mencipta rekod cemerlang dalam acara pecut 100 meter dan
400 meter sehingga membuka mata dan kontijen sukan Malaysia untuk mewakili Malaysia ke Sukan
SEA di Brunei.

Perkembangan

Kamarul telah banyak berubah kerana sudah terkenal. Kamarul enggan berlatih dengan Encik
Kadir kerana baginya Latihan yang diberikan oleh Encik Kadir amat membosankannya. Kamarul
enggan bergaul dengan kawan-kawannya di sekolah. Kamarul enggan menjalani latihan sukan
sekolah. Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi
Kamarul manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan percapaian
prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari
sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul lalu bertanya tentang masalah yang
dihadapinya, tetapi Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon
yang angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahaa dia boleh berlatih sendiri dan
tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.

Perumitan

Kamarul melepaskan kemarahan dengan mengoyak gambar Encik Kadir yang terdapat di dalam
akhbar setelah membaca kenyataannya. Encik Kadir membuat kenyataan mengenai disiplin para
peserta negara dan menekankan kepentingan disiplin yang tinggi untuk menyerlahkan peningkatan
seseorang altet. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-

sama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang,
manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati

dengan percapaian Kamarul. Beliau menasihati dia agar lebih serius dan berdisiplin menjalani
latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya berpendapat bahawa dirinya boleh
berjaya tanpa disiplin. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai

pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak menerima pingat itu sebaliknya melemparnya di
hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan Tindakan Kamarul yang tidak beradab itu.




Binaan
Plot

Klimaks

Dalam perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam
ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan
ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan. Kamarul dirawat di
hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang
menziarahi Kamarul tetapi dia masih tidur di atas katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah
dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya.
Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu,
Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa
kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital
membuatkan Kamarul berasa terharu, terutamanya pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun
tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-kawannya yang lain. Timbul
perasaan insaf dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang
menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memeberitahu bahawa dia akan membawa
Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang
sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.

Peleraian

Kamarul berjaya meraih kerjayaan dalam acara 100 meter dengan menewaskan peserta lain termasuk
atlet Filipina. De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat
emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-
rakan atlet dan pegawai-pegawai, termasuklah ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia. Encik
Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu
cadangannya untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan dan terkilan apabila
diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan
SEA ini. Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki tempat kedua. Di
hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De
Wega memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan
cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan
cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya dalam sukan SEA di Brunei kepada
Kamarul. Penerbangan pulang atlet Malaysia disambut meriah oleh keluarga dan rakan-rakan. Semua
mengucapkan tahniah kepada Kamarul.

Dalam hidup
kita ini tiada
yang mustahil

- De Wega

TEKNIK
PLOT

PEMERIAN

Pengarang memerihalkan kebiasaan Kamarul yang membaca surat
khabar tentang perkembangan sukan tanah air dan luar negara
selepas sarapan.

MONOLOG DALAMAN

Saridah berfikir bahawa Kamarul perajuk dan pendendam orangnya
apabila Kamarul tdak datang menemuinya di situ.

DIALOG

Dialog antara Kamarul dan Adibah yang melarangnya keluar dari kelas
sebelum loceng rehat berbunyi, walaupun Kamarul menyatakan bahawa
dia mahu berjumpa dengan Cikgu Zainal.

IMBAS KEMBALI

Saridah mengingati peristiwa pertemuan pertamanya dengan Kamarul
ketika menyertai Kejohanan MSSM di Stadium Merdeka.

SASPENS

Pembaca tertanya-tanya apa terjadi kepada Kamarul akibat dilanggar
kereta.


Click to View FlipBook Version