SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
WATAK DAN PERWATAKAN
PARA DOKTOR DAN JURURAWAT
DALAM NOVEL PENGABDIAN
1 DOKTOR JONES
2 DOKTOR SUSAN
3 DOKTOR DOUGLAS
4 TUAN ALI (PAKAR BEDAH)
5 JOANNA
6 JURURAWAT DAYANG
7 JURURAWAT CINA
8 JURURAWAT (BILIK INTENSIF)
1
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
APA ITU WATAK?
Menurut Rahman Shaari, watak ialah seseorang yang
dilukiskan dalam sesebuah cereka, baik cerpen, novel atau
drama.
i. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam suatu karya yang
menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama
watak dan alam.
ii. Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang,
cakerawala, benda dan sebagainya
APA ITU PERWATAKAN?
Perwatakan ialah segala perlakuan yang dilakukan oleh
watak-watak berkenaan dan boleh dilihat melalui gambaran
luaran dan dalaman watak.
i. Perwatakan luaran ialah berkenaan warna kulit, corak
rambut, saiz dan bentuk tubuh badan, kecacatan dan
keterangan diri watak.
ii. Perwatakan dalaman adalah berkaitan dengan sifat,
pemikiran, kepercayaan, percakapan dan tindakan watak
berkenaan.
2
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
1] DOKTOR JONES
Perwatakan Luaran:
Dr Jones merupakan doktor pakar radiologis di Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar
Seri Begawan.
Menghadiri majlis pengkebumian Siti Nur untuk memberi penghormatan yang terakhir
pada 24 Februari 1984.
Perwatakan Dalaman:
Dr Jones boleh dikatakan sebagai seorang doktor yang tidak berperikemanusiaan.
Buktinya, hal ini dapat dilihat apabila dia hendak memberhentikan rawatan kepada
seorang pesakit yang bernama Junaidah yang menghidap penyakit Thalassaemia Beta
Major.
Dia seorang yang lebih mementingkan ekonomi negara daripada berbelanja
menyelamatkan nyawa manusia. Buktinya, dia tidak mahu pihak rumah sakit
mengeluarkan perbelanjaan perubatan kepada Junaidah yang akhirnya akan
membazirkan duit kerajaan. Menurutnya, Junaidah akan meninggal dunia juga
walaupun diberi rawatan selanjutnya.
2] DOKTOR SUSAN
Perwatakan Luaran:
Dr Susan merupakan doktor yang bertugas di wad di Rumah Sakit, Bandar Seri
Begawan.
Dia menghadiri perjumpaan para doktor setiap hari Isnin, selepas waktu bekerja.
Menghadiri majlis pengkebumian Siti Nur untuk memberi penghormatan yang terakhir
pada 24 Februari 1984.
Perwatakan dalaman:
Doktor Susan seorang yang selalu merungut tentang tugasnya sebagai doktor.
Contohnya, dia merungut apabila menerima panggilan pada pukul 2 pagi kerana ada
kes berat, iaitu seorang pesakit yang sudah sebulan sakit dan rumah pesakit tersebut
hanya 3 minit dari hospital tetapi tidak datang ke rumah sakit pada waktu siang.
Doktor Susan seorang doktor yang cerewet. Buktinya, dia memberitahu Siti Nur bahawa
dia tidak selesa bermalam di bilik khas di Rumah Sakit itu kerana terlalu banyak
nyamuk dan tidak boleh berehat disebabkan katil yang tidak selesa.
3
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
3] DOKTOR DOUGLAS
Perwatakan Luaran:
Seorang doktor pakar yang bertugas di Rumah sakit Besar Kerajaan Bandar Seri
Begawan dan rakan sejawat kepada Doktor Siti Nur, Tuan Ali dan Doktor Faisal.
Doktor berkulit putih dan janggut nipis di dagu.
Berusia hampir sebaya dengan Marof, bapa Siti Nur.
Doktor Douglas ialah doktor warga asing yang bertugas sebagai pakar perubatan di
rumah sakit besar.
Dia merupakan doktor yang ditugaskan dalam merawat kes Hannah yang mendapat
kemalangan jalan raya.
Dia yang mengantikan Dr.Faisal bagi menjalankan pembedahan terhadap Siti Nur.
Mempunyai rakan sejawat yang telah mati kerana kanser paru-paru bernama Bob.
Menghadiri majlis pengkebumian Siti Nur untuk memberi penghormatan yang terakhir
pada 24 Februari 1984.
Perwatakan Dalaman:
Doktor Douglas seorang doktor yang cekap dan cepat bertindak. Ini terbukti, dia telah
menghantar Doktor Siti Nur untuk mendapatkan rawatan X-Ray supaya dapat
mengetahui lebih lanjut tentang masalah kesakitan yang dialami oleh Doktor Siti Nur
dan setelah itu memutuskan bahawa Doktor Siti Nur perlu dibedah dengan segera
kerana terdapat ketumbuhan di ovari kanannya.
Doktor Douglas mempunyai perasaan sedih. Contohnya, dia berasa sedih serta sangat
berat hati dan sukar untuk menyampaikan berita tentang keputusan biopsy Siti Nur.
Doktor Douglas adalah doktor yang bertanggungjawab ketika merawat Siti Nur.
Buktinya dia sendiri yang memberitahu Siti Nur bahawa Siti Nur mendapat tumor yang
sudah melarat ke nodus limpa dan ditahap kritikal serta tidak dapat dirawat atau
sembuh.
Doktor Douglas seorang yang baik hati kerana dia telah menyatakan kepada Siti Nur
jika memerlukan apa-apa bantuan dia dengan rela hati bersedia membantu.
Doktor Douglas juga turut bersimpati dan sedih atas nasib yang telah menimpa Siti Nur
dan Dr.Douglas cuba memberikan harapan kepada Siti Nur mungkin ada keajaiban
seperti apa yang berlaku kepada Hannah.
4
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Doktor Douglas berasa kagum terhadap Siti Nur, walaupun berita yang disampaikannya
mendukacitakan namun Siti Nur menerimanya dengan hati yang tenang.
Dia seorang doktor yang cepat membuat sesuatu ramalan. Contohnya dia meramalkan
bahawa walaupun Hannah sedar, kemungkinan Hannah mengalami kecacatan mental.
Namun ramalannya meleset kerana Hannah sedar tanpa ada kecacatan.
Dia seorang yang mesra dengan rakan sekerjanya. Dia dikatakan senang bergurau
dengan Dr. Faisal dan Dr. Siti Nur sewaktu merawat Dr. Siti Nur. Dia memahami
kehendak Siti Nur dan memberi peluang Siti Nur untuk memilih siapa doktor yang akan
membedahnya.
Doktor Douglas merupakan seorang doktor yang berpengalaman kerana bertugas
sebagai seorang ekspatriat di Brunei lebih kurang dua puluh tahun.
Seorang doktor yang berasa kagum dengan ketabahan Siti Nur. Contohnya, Doktor
Douglas berasa kagum dengan ketenangan Siti Nur menerima keadaan penyakitnya
berbanding dengan rakan sejawatnya Bob yang gementar dan berteriak apabila
mengetahui tentang penyakitnya, iaitu kanser paru-paru.
Seorang doktor yang memahami keadaan pesakit-pesakitnya. Contohnya, Doktor
Douglas berasa kepayahan dan serba salah untuk memberitahu tentang keputusan
biopsy penyakit Siti Nur. Dia dikatakan mengetap-ngetap bibir menahan keharuan
setelah menyampaian keputusan penyakit Siti Nur tersebut.
4] TUAN ALI (PAKAR BEDAH)
Perwatakan Luaran:
Seorang doktor pakar bedah yang bertugas di Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar
Seri Begawan dan rakan sejawat kepada Doktor Siti Nur, Tuan Douglas dan Doktor
Faisal.
Dia berketurunan (berbangsa) Pakistan.
Dia sangat fasih berbahasa Melayu.
Menghadiri majlis pengkebumian Siti Nur untuk memberi penghormatan yang terakhir
pada 24 Februari 1984.
Perwatakan Dalaman :
Tuan Ali seorang doktor yang baik hati dan mengambil berat terhadap pesakitnya.
Buktinya, dia datang menjenguk Siti Nur selepas menjalani pembedahan dan
5
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
memberitahu mengenai specimen Siti Nur sudah dihantar ke makmal pathologi dan
keputusannya akan diperolehi pada keesokan petangnya .
Tuan Ali merupakan seorang doktor yang tegas. Ini terbukti, dia mengarahkan Siti Nur
untuk banyak berehat dan seboleh-bolehnya tidak ada pelawat datang melawat kerana
Siti perlu banyak berehat dulu selepas menjalani pembedahan.
5] JOANNA
Perwatakan Luaran:
Joanna ialah ketua jururawat yang baru berpindah ke Rumah Sakit Besar Kerajaan, di
Bandar Seri Begawan.
Dia bertugas di wad pembedahan tempat Doktor Samuel bertugas.
Dia seorang gadis yang ayu, mempunyai suara lemak merdu dan membisikan sesuatu
dalam jarak yang sangat dekat kepada Dr. Samuel.
Dia menyimpan perasan terhadap Samuel.
Perwatakan Dalaman:
Joanna merupakan seorang gadis yang penyemburu. Ini terbukti, apabila Dr. Siti Nur
melihat Joanna sedang memerhatikannya dengan mata yang tajam sewaktu Dr.
Samuel bergurau dengan Siti Nur.
Joanna merupakan seorang gadis yang menyimpan perasaan dan menyukai Dr.
Samuel. Ini terbukti, dia dengan rasa ghairah mengisi kerusi sebelah kiri Dr. Samuel
sebelum kuliah dimulakan.
Joanna juga mempunyai sikap puas hati apabila rancanganya berjaya. Ini terbukti,
Joanna memberikan senyuman kemenangan kepada Dr. Siti Nur setelah Dr. Samuel
memohon diri untuk menemui rakan-rakannya.
Joanna merupakan seorang gadis yang pemberani. Buktinya, dia yang begitu ketara
cuba memikat hati Samuel sehingga ramai di antara rakan-rakan sekerja mereka yang
tahu dan perkara ini menjadi buah mulut di rumah sakit itu.
6
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
6] JURURAWAT DAYANG
Perwatakan Luaran:
Seorang jururawat muda yang berwajah bundar.
Dia baharu berkhidmat di Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar Seri Begawan.
Dia ditugaskan di klinik pedriatik sebagai pembantu Dr. Siti Nur.
Dia mempunyai bayi yang baharu berusia empat bulan.
Dia diarahkan oleh doktor Siti Nur untuk membuat perjanjian Udin bin Mat tiga bulan
sekali.
Dia orang pertama mendapati Doktor Siti Nur terduduk di Wad 4.
Dia disuruh oleh Dr. Faisal menelefon wad kelas1 untuk menyediakan sebuah katil buat
Siti Nur di kamar VIP.
Dia bertugas menjaga di luar bilik VIP WAD 1 semasa Siti Nur dirawat.
Perwatakan Dalaman:
Jururawat Dayang tidak mempunyai sifat prihatin kepada orang susah. Buktinya, dia
berasa jelik apabila melihat keadaan perempuan tua memakai kain sarung yang lusuh
dan berselipar getah sambil mengendong bayinya yang sedang tidur nyenyak ketika dia
memanggil untuk berjumpa dengan doktor.
Dia juga tidak ada rasa simpati kepada keadaan perempuan tua itu. Buktinya, dia
berasa geli hati apabila perempuan tua itu percaya bahawa anak angkatnya (Udin)
telah dijangkiti perangai kura-kura.
Dia juga dikatakan tidak mempunyai sifat sabar. Buktinya, dia berdengus dalam hati
apabila mendengar perempuan tua itu bercerita panjang lebar keadaan Udin. Dia tidak
sabar untuk pulang kerana jam di tangannya sudah menunjukan pukul dua belas suku
tengah hari.
Seorang yang patuh kepada ketuanya, iaitu Dr.Siti Nur. Contohnya, dia membuat
perjanjian Udin dan bertanya jika Dr. Siti Nur memerlukan apa-apa lagi sebelum dia
pulang. Selain itu, dia disuruh oleh Siti Nur untuk menggantungkan papan tanda NO
VISITORS di luar pintu kamar VIP wad 1 ketika dirawat selepas pembedahannya.
Seorang isteri yang takut kepada suami apabila dia bergegas keluar menuju hadapan
rumah sakit kerana ditakuti suaminya mengomel menunggu kepanasan akibat
kelewatannya.
7
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PARA DOKTOR & JURURAWAT]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dia seorang yang mudah panik apabila mendapati Dr. Siti Nur terduduk ke lantai sambil
menekan arah bahagian perutnya dan dia melihat keringat yang sedang mengalir di
dahi Sit Nur dan bibirnya pucat lalu menelefon Dr. Faisal.
7] JURURAWAT CINA
Perwatakan Luaran:
Seorang jururawat yang ditugaskan di wad 4, Hospital Besar, Bandar Seri Begawan,
iaitu wad kanak-kanak.
Dia menghubungi Dr. Siti Nur untuk datang ke wad 4.
Dia berasa geram apabila Shamsul tidak mahu diambil darah olehnya.
Dia sepatutnya mengambil darah Shamsul.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang tidak penyabar. Buktinya, dia berasa geram hati apabila Shamsul
tidak mahu jururawat itu mengambil darahnya.
Jururawat Cina mungkin tidak pandai mengambil hati dan memujuk Shamsul. Buktinya,
apabila Dr. Siti Nur mengambil darah Shamsul, dia tidak menangis dan meronta-ronta
dibandingkan jika jururawat cina mengambil darahnya.
8] JURURAWAT (BILIK INTENSIF)
Perwatakan Luaran:
Jururawat yang bertugas di kamar rawatan intensif.
Berasa cemas apabila Fatimah menjerit memanggil nama pesakit bernama Hannah dan
menyangka pesakit itu sudah tidak ada lagi.
Orang kedua yang mengetahui Hannah sedar daripada koma.
Dia disuruh oleh Fatimah untuk memberitahu Siti Nur di kasulti dan menelefon ke Seria.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang jururawat yang baik dan sedia membantu. Contohnya, dia terus menelefon
Doktor Siti Nur di kasulti apabila melihat Hannah membuka mata dan menolong
Fatimah untuk menelefon ke Seria.
SELESAI
8