SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
1
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
WATAK DAN PERWATAKAN
AHLI KELUARGA SITI NUR
ISI KANDUNGAN
1 MAROF
2 FATIMAH
3 ZUL
4 ZAIN
5 HADI
6 ZAMRI
7 HANNAH
8 DATUK
9 MARINA
10 FARIDAH
11 HINDON
2
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
APA ITU WATAK?
Menurut Rahman Shaari, watak ialah seseorang yang
dilukiskan dalam sesebuah cereka, baik cerpen, novel
atau drama.
i. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam suatu karya
yang menggerakkan cerita dengan cara
berinteraksi sesama watak dan alam.
ii. Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang,
cakerawala, benda dan sebagainya
APA ITU PERWATAKAN?
Perwatakan ialah segala perlakuan yang dilakukan
oleh watak-watak berkenaan dan boleh dilihat melalui
gambaran luaran dan dalaman watak.
i. Perwatakan luaran ialah berkenaan warna kulit,
corak rambut, saiz dan bentuk tubuh badan,
kecacatan dan keterangan diri watak.
ii. Perwatakan dalaman adalah berkaitan dengan sifat,
pemikiran, kepercayaan, percakapan dan tindakan
watak berkenaan.
3
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
1] MAROF
Perwatakan Luaran:
Marof ialah suami kepada Fatimah.
Dia mempunyai 6 orang anak iaitu Siti Nur, Zul, Zain, Zamri, Hadi dan Hannah.
Dia tinggal bersama isterinya, ayahnya dan Hannah serta Zul dan Marina (selepas
berkahwin) di rumah sewa kerajaan di Seria.
Marof bekerja sebagai seorang buruh di Jabatan Kerja Raya dengan gai sebanyak
$500 sebulan.
Marof pernah tidak mempunyai apa-apa pekerjaan kerana sering ponteng kerja dan
dibuang kerja oleh majikannya. Pernah tidak balik ke rumah sehari semalam kerana
bermain terup di belakang kedai Cina.
Marof berumur 50 tahun (setengah abad) dan masih segak orangnya.
Tidak tetap mendirikan sembahyang lima waktu
Dia suka minum air nescafe dan tidak suka minum air kopi Brunei, milo dan teh.
Dia memiliki darah group O.
Marof telah menunaikan ibadat fardhu haji ke Mekah bersama keluarganya.
Perwatakan Dalaman:
Marof seorang yang kuat merokok sehingga belanja rokok tiap-tiap bulan dekat $100
ringgit.
Dia sangat aktif dalam bidang sukan seperti jaguh dalam sukan badminton, hoki, tenis,
pengadil bola sepak yang handal dan sebagainya.
Perangai Marof semasa muda yang sering keluar rumah dan tidak mempedulikan hal
rumahtangga masih tidak berubah sehinggalah ke hari tuanya. Contohnya, Marof lebih
mengutamakan urusan sukan dan orang lain daripada masalah anak-anaknya.
Dia adalah seorang suami yang pemalas. Contohnya, sewaktu mudanya, dia tidak
mempunyai pekerjaan yang tetap dan dia sering bertukar kerja. Kadang-kadang Marof
tidak mempunyai pekerjaan langsung sehingga menyebabkan anaknya, Siti Nur dan
isterinya, Fatimah hidup dalam kesusahan dan kemiskinan.
Marof merupakan seorang yang tidak tetap atau tidak taat mengerjakan sembahyang
lima waktu. Contohnya, Siti Nur pernah memberitahu ayahnya, Marof dengan tidak
akan membayarkan perbelanjaan naik haji ke Mekah jika ayahnya, Marof belum tetap
mengerjakan sembahyang.
Dia lebih mementingkan perkara-perkara yang lain berbanding dengan hal ehwal
keluarganya. Contohnya, dia lebih mementingkan hal ehwal kesukanannya seperti
4
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
bermain badminton, hoki, tennis, menjadi hakim bolasepak dan sebagainya berbanding
menguruskan hal keluarganya.
Dia adalah seorang bapa yang sangat menyayangi anak-anaknya. Contohnya, Marof
tidak pernah sampai tangannya terhadap anak-anaknya seumur hidup. Sewaktu Siti
Nur masih kecil, dia akan membawa dan membelikan aiskrim untuk Siti Nur dan adik-
adiknya. Dia akan sedaya upaya membelikan Siti Nur permainan di hari jadi Siti Nur.
Dia lebih banyak mendiamkan diri dan tidak pernah menegur dalam mendidik anak-
anaknya. Contohnya, Marof juga tidak pernah memberikan nasihat kepada Zul
walaupun Zul sering berpakaian tidak senonoh seperti berbaju t-shirt dengan berseluar
jeans yang sudah lusuh warnanya, bersubang di cuping telinga kirinya, dan berambut
ikal panjang sehingga paras bahu.
Dia seorang yang tidak suka berfikir panjang. Contohnya, dia pernah hendak
menyewakan tanah TOL kepada Peter tanpa berunding terlebih dahulu bersama isteri
dan anaknya. Perbuatannya ini menyebabkan isterinya marah kerana dia menggangap
perbuatan Marof itu mementingkan diri sendiri.
Dia seorang yang suka memberikan bantuan kepada kawannya mahupun orang lain.
Contohnya, dia membantu Haji Salam dengan menghantarkan barang Haji Salam ke
Kampong Limau Manis walaupun pada masa itu, dia mempunyai urusan yang lebih
penting daripada hal tersebut.
5
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
2] FATIMAH
Perwatakan Luaran:
Fatimah ialah isteri kepada Marof dan mempunyai enam orang anak, iaitu Siti Nur, Zul,
Zain, Hadi, Zamri dan Hannah.
Fatimah tinggal di Seria bersama suami, mentua (datuk) dan anaknya Hannah. Zul dan
isterinya Marina juga turut tinggal bersama Fatimah setelah mereka berkahwin.
Fatimah berumur 49 tahun.
Fatimah berbadan rendah dan nampak lebih muda dari jauh. Tetapi, apabila dilihat dari
dekat kelihatan kedut-kedut pada dahi dan beberapa helai rambut putih kelihatan di
sebalik rambut hitam yang tidak lebat.
Fatimah pernah hidup susah. Buktinya, mereka sekeluarga pernah makan nasi
berkuahkan air garam ketika Marof tidak mempunyai pekerjaan.
Fatimah juga pernah lari bersama keluarganya ke Ulu Belait ketika Perang Dunia kedua
dan membuat kuih yang dibantu oleh Siti Nur untuk dihantarkan kepada Marof yang
ditahan di Panggung Roxana di Lorong Tujuh.
Fatimah menjadi suri rumahtangga selama 32 tahun. Fatimah semakin tua dan
hidupnya semakin sibuk memikirkan perangai anak-anaknya bermacam-macam.
Fatimah telah menunaikan ibadat fardhu haji ke Mekah bersama keluarganya.
Perwatakan Dalaman:
Fatimah merupakan seorang ibu dan isteri yang bertanggungjawab. Buktinya, setiap
hari, Fatimah akan sentiasa sibuk dengan kerja-kerja rumah yang tidak pernah selesai.
Tugas hariannya bermula pada jam 4.30 pagi. Selepas sembahyang subuh, dia akan
menyediakan sarapan untuk suami, mertua dan anak-anak, iaitu kopi Brunei untuk bapa
mentua, nescafe untuk suami, milo untuk Hannah dan teh untuk Zul dan isterinya
Marina.
Fatimah seorang ibu yang pandai mendidik anak. Contohnya, kesemua anaknya telah
berjaya dalam pelajaran. Lima orang daripada anaknya belajar di United Kingdom.
Hanya Hannah yang bongsu sahaja yang masih belajar di Brunei. Siti Nur dalam bidang
kedoktoran, Zul dalam bidang teknikal, Zain dalam bidang kejuruteraan, Hadi dalam
bidang undang-undang dan Zamri dalam bidang perubatan.
Fatimah merupakan seorang yang penyabar. Contohnya, ketika muda, dia puas
bersabar dengan perangai suaminya yang tidak pernah berubah kerana tidak
mempedulikan tentang rumah tangga dan sibuk dengan kegiatan luar.
Fatimah juga merupakan seorang ibu yang menyayangi anak-anaknya. Buktinya, ketika
dia mengetahui yang anaknya Siti Nur menghidap kanser ovari yang tidak dapat diubati
6
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
lagi, Fatimah merasa teramat sedih dan kalaulah takdir boleh diubah/ditukar, dia rela
menggantikan tempat Siti Nur kerana dia sudah tua.
Fatimah seorang ibu yang mengambil berat tentang hal ehwal keluarga. Contohnya,
ketika Marina diberitahu mengandung oleh ibu bapanya akibat perbuatan sumbangnya
dengan Zul, Fatimah berasa sangat khuatir. Lalu dia berbincang dengan Siti Nur
tentang tambang pulang Zul dan pernikahan Zul dengan Marina.
Fatimah ialah seorang yang pemarah. Contohnya, apabila mereka terlewat berjumpa
dengan Siti Nur waktu tengahari kerana Marof menghantar barang Haji Salam di
Kampung Limau Manis. Fatimah marah apabila sikap Marof yang lepas tangan
membincangkan tentang masalah kewangan Zul yang hendak balik ke Brunei dan
kemudiannya menyuruhnya naik bas pula balik ke Seria.
Fatimah merupakan seorang yang taat mengerjakan sembahyang dan selalu berdoa
untuk keluarganya. Contohnya, walaupun Fatimah bekerja sepenuh masa sebagai suri
rumah tangga di rumah, dia tetap mengerjakan sembahyang fardhu lima waktu.
Fatimah selalu berdoa di dalam sembahyangnya supaya anak-anaknya selamat di
rantau orang dan akan pulang dengan kejayaan.
Fatimah ialah seorang yang bersikap tegas. Contohnya, Fatimah dengan tegas
mendesak Marof bekerja sebagai seorang buruh di Jabatan Kerja Raya disebabkan
kesusahan hidup hingga makan nasi berkuahkan air garam kerana Marof yang pemilih
kerja.
Dia seorang yang cemas dan bimbangkan keselamatan anaknya. Contohnya, Fatimah
pernah menangis menerima panggilan Hannah kemalangan sehingga hampir teduduk
tetapi sempat Zul menyambutnya. Fatimah selalu menangis menjaga Hannah di bilik
rawatan intensif mengharapkan Hannah sedar dari koma.
Dia seorang menantu yang begitu menghormati kehendak ayah mentuanya. Contohnya,
dia akan ke pasar untuk membeli ikan yang segar untuk ayah mentuanya kerana ayah
mentuanya sangat cerewet. Ayah mentuanya gemar makan ikan-ikan yang masih licin
berkilat sisiknya, sayur-sayur yang masih hijau dan segar bugar baru dipetik dan ayam
hidup yang disembelih sendiri.
Fatimah mengharap agar anak-anaknya dapat membantu meringankan tugasnya.
Contohnya, Hannah dan Zul yang tinggal serumah dengannya pun tidak banyak
membantunya membuat kerja rumah, apalagi Zul walaupun sudah beristeri, Fatimahlah
yang kadang-kadang mencucikan pakaiannya.
Fatimah seorang ibu yang sentiasa menghargai jasa anaknya. Contohnya, dia berasa
bersyukur Siti Nur yang telah mengubah corak kehidupan mereka sekeluarga. Dia
menolak tawaran Siti Nur yang hendak menyediakan seorang pembantu rumah
7
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
untuknya. Baginya, Siti Nur telah banyak berjasa kepadanya dan tidak pernah
menyusahkan dirinya.
Fatimah berasa dirinya tidak dihargai oleh anak-anaknya dan menantunya. Contohnya,
dia melarang Hannah keluar pada waktu malam, Hannah pula mengatakan ibunya itu
ingin mengurungnya saja di rumah sedangkan dia berbuat begitu untuk kebaikan
Hannah juga.
Fatimah seorang ibu yang selalu menegur dan menasihati anak-anaknya. Contohnya,
dia menegur Hannah yang selalu keluar pada waktu malam walaupun Hannah tidak
mengendahkannya. Namun dalam hatinya dia sentiasa mendoakan agar Hannah
diberikan petunjuk dan tidak liar lagi.
8
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
3] ZUL
Perwatakan Luaran:
Anak kedua kepada Marof dan Fatimah.
Dia mempunyai seorang kakak iaitu Siti Nur dan adik-adiknya yang lain Zain, Hadi,
Zamri, dan Hannah.
Berumur 25 tahun
Zul merupakan pelajar cemerlang dan memperoleh biasiswa kerajaan mengikuti
pengajian dalam bidang Teknikal di England.
Zul gagal dalam peperiksaan dan tidak menamatkan pengajiannya.
Suami kepada Marina.
Berbadan kurus tinggi, bersuara parau, rambut ikal panjang hingga ke bahu, memakai
seutus subang di cuping telinga kirinya.
Suka berpakaian ringkas dan tidak payah dicuci selalu seperti memakai baju T dan
berseluar jean yang sudah lusuh.
Perwatakan Dalaman :
Seorang yang bersikap terlalu bebas dalam pergaulan. Contohnya, kerana terlalu
bebas bergaul tanpa batasan dia telah melakukan hubungan di luar nikah dengan
Marina yang masih bersekolah menyebabkan Marina mengandung.
Seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya Barat. Contohnya, dia terpengaruh
dari fesyen yang popular di UK seperti Zul memakai seutas subang di cuping telinga
kirinya, berambut panjang hingga paras bahu dan berpakaian ringkas dan tidak payah
dicuci selalu dan disterika seperti baju T dan berseluar jeans.
Zul seorang yang pemalas. Contoh, ketika belajar di England, dia telah tidak menghadiri
kuliahnya dan tidak menduduki peperiksannya. Zul telah gagal memasuki tahun kedua
di politeknik dan pulang ke Brunei tanpa sebarang kelulusan.
Zul juga seorang yang mudah terikut-ikut dengan kawan-kawannya yang terdiri
daripada anak-anak orang besar atau berada. Contohnya, Hadi memberitahu Siti Nur
bahawa Zul terikut-ikut dengan kawan-kawannya yang terdiri dari anak orang besar-
besar yang mengakibatkan dirinya tidak dapat menduduki peperiksaan sehingga
pengajiannya tergendala.
Zul seorang yang tidak mahu mendengar nasihat atau teguran orang lain. Contoh,
apabila Zul baru pulang dari England, Fatimah mengarahkannya supaya menggunting
rambutnya yang panjang sebelum melangsungkan pernikahannya dengan Marina tetapi
tidak dipedulikan oleh Zul.
9
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Zul seorang yang tidak pandai hidup berdikari. Contohnya, perbelanjaan
perkahwinannya dengan Marina ditanggung oleh kakaknya Siti Nur. Ketika sudah
berkahwin dengan Marina, Zul masih duduk di rumah ibu bapanya di Seria dan segala
perbelanjaannya masih ditanggung oleh ibu bapanya dan isterinya Marina.
Dia seorang yang memilih pekerjaan. Contohnya, sudah dua bulan dia kembali dari
England tetapi masih menganggur. Baginya dia adalah seorang pelajar yang pernah
belajar di England, oleh itu dia menginginkan pekerjaan yang sesuai walaupun dia tidak
mempunyai sebarang ijazah / kelulusan.
Zul seorang yang kuat atau ketagih merokok. Contohnya, sewaktu perjalanan balik ke
Seria dan Siti Nur terpaksa singgah ke Pekan tutong kerana memberi kesempatan Zul
melepaskan ketagihan merokonya. Selain itu, Zul boleh menghabiskan tiga kotak rokok
dalam sehari dan meminta wang daripada ibunya untuk membeli rokok.
Dia seorang yang tidak menepati janjinya. Contohnya, dia berjanji kepada ibunya untuk
menolong ayahnya dan datuknya untuk mengusahakan tanah TOL ayahnya. Namun,
menurut Fatimah, Zul sudah banyak kali berjanji untuk membantu ayahnya tetapi tidak
pernah ditunaikannya malah tidak pernah menjenguk tanah TOL tersebut.
Dia seorang suami yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, dia belum bekerja dan
lebih suka berjalan dengan kawan-kawannya sedangkan isterinya, Marina, pula yang
bekerja mencari rezeki.
Zul seorang yang tidak pandai bertolak ansur dan memujuk isterinya. Contohnya,
pertengkaran antara dia dan isterinya semakin hari semakin tegang, bukan sahaja
sekadar bertengkar mulut malah Marina pernah menggigit dan membaling barang
seperti buku dan penggantung baju kepada Zul. Zul tidak mahu menjemput Marina yang
telah pulang ke rumah ibu bapanya selepas mereka bertengkar. Baginya biarlah Marina
pulang sendiri.
Zul seorang yang tidak tetap mengerjakan sembahyang. Contohnya, Zul sendiri
mengakui kepada kakaknya bahawa dia menjadi makmum pun susah apa lagi jika
menjadi imam dan ini membuatkan Siti Nur terkilan mendengarnya.
Zul seorang yang mudah tersinggung atau sensitif. Contohnya, Siti Nur mengenali sifat
Zul yang mudah terasa orangnya dan perlu menegurnya secara diplomasi. Selain itu,
Zul juga tersinggung apabila ibunya mengungkit mengenai perbelanjaan rokoknya
sehingga Zul mengatakan bahawa dia akan membayar balik segala hutang-hutangnya
kepada ibunya.
10
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Zul seorang anak yang seakan-akan mewarisi sikap ayahnya, Marof. Contohnya,
Fatimah sering teringat bahawa perangai Zul ini sama dengan sikap Marof ketika masa
muda seperti tidak pandai berfikir panjang, mengambil tindakan ikut rasa hati dan tidak
mahu memikirkan anak isteri.
Zul seorang yang prihatin dengan nyawa orang lain. Contohnya, Zul dan Marof
membantu Peter dengan menderma darah mereka sewaktu Peter mengalami
kekurangan darah yang banyak.
Setelah insaf dan berubah Zul menjadi seorang yang bertanggungjawab. Contohnya,
Ketika keluarganya menunaikan haji ke Mekah, dia membantu menjaga rumah,
menjenguk kebun bapanya di Tanah TOL dan menghalau kera-kera yang merosakkan
tanaman dan menolong isterinya mengurus kerja-kerja rumah.
4] ZAIN
Perwatakan Luaran:
Anak ketiga kepada Marof dan Fatimah.
Dia mempunyai seorang kakak iaitu Siti Nur, abang iaitu Zul dan adik-adiknya yang lain
iaitu Hadi, Zamri, dan Hannah.
Berumur 24 tahun
Zain merupakan pelajar cemerlang dan memperoleh biasiswa kerajaan mengikuti
pengajian dalam jurusan kejuruteraan di England.
Dia pulang ke Brunei untuk sama-sama merayakan hari kebangsaan berikutan dengan
kemerdekaan yang telah dicapai.
5] HADI
Perwatakan Luaran:
Anak keempat kepada Marof dan Fatimah.
Dia mempunyai seorang kakak iaitu Siti Nur, abang iaitu Zul dan Zain serta adik-
adiknya yang lain iaitu Zamri, dan Hannah.
Berumur 23 tahun
Hadi merupakan pelajar cemerlang dan memperoleh biasiswa kerajaan mengikuti
pengajian dalam jurusan undang-undang di England.
Zul telah tidak menghadiri kuliahnya dan dia telah tidak menduduki peperiksaannya
serta gagal memasuki tahun kedua di politeknik.
11
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dia pulang ke Brunei untuk merayakan hari kebangsaan berikutan dengan
kemerdekaan yang telah dicapai.
Hadi menolong kakaknya, Siti Nur ke kamar tidurnya apabila tiba-tiba Siti Nur berasa
pening dan sempit nafas.
6] ZAMRI
Perwatakan Luaran:
Anak kelima kepada Marof dan Fatimah.
Dia mempunyai seorang kakak iaitu Siti Nur, abang iaitu Zul, Zain dan Hadi serta
seorang adik iaitu Hannah.
Kakaknya Siti Nur, abangnya Zul, Zain, Hadi dan adiknya ialah Hannah.
Berumur 22 tahun
Hadi merupakan pelajar cemerlang dan memperoleh biasiswa kerajaan mengikuti
pengajian dalam jurusan perubatan di England.
Pulang ke Brunei untuk merayakan hari kebangsaan berikutan dengan kemerdekaan
yang telah dicapai.
12
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
7] HANNAH
Perwatakan Luaran:
Hannah ialah anak bongsu kepada Fatimah dan Marof
Usianya 16 tahun dan hampir menjelang 17 tahun, masih menuntut dan tinggal di
rumah tumpangan kerajaan bersama keluarganya di Pekan Seria.
Dia mempunyai kakak iaitu Siti Nur manakala, abang-abangnya ialah Zul, Zain, Hadi
dan Zamri.
Hannah suka berdandan dan bergaya memakai pakaian-pakaian moden
Badannya yang tinggi langsing dan kulitnya yang putih halus
Berambut pendek hitam lurus menampakkan tengkuk dan kedua cuping telinganya
serta ada sedikit rambut yang tinggal panjang di tengkuk ditocang halus.
Hannah seorang yang cantik, berwajah bujur sirih, matanya yang hitam bundar,
hidungnya mancung dan bibirnya kecil molek dan keningnya sudah dialis, bulu mata
yang lebat dan lentik, serta pipinya montok.
Hannah berbakat dalam bidang seni suara, tarian, drama dan syarahan serta dunia
kesukanan.
Hannah bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.
Kegemaran Hannah ialah ikan goreng rumahan.
Perwatakan Dalaman:
Hannah seorang gadis yang sosial. Contohnya, dia selalu keluar malam bersama Wardi
dan rakan-rakannya sehingga menyebabkan ibunya Fatimah berasa risau. Baginya,
hiburan dan joli itu penting kerana dia mahu merasakan keindahan hidup masa remaja,
lebih-lebih lagi zaman remaja itu hanya sekali dalam hidup.
Dia juga seorang adik yang patuh kepada perintah kakaknya Siti Nur. Buktinya,
walaupun dia hendak pergi ke parti pada malam itu, namun, dia tetap patuh dengan
kehendak kakaknya agar dia mengerjakan sembahyang fardhu Maghrib terlebih dahulu.
Dia seorang yang aktif dalam bidang ko-kurikulum selain cerdas dalam bidang
pelajaran. Contohnya, Hannah berbakat dalam bidang seni suara, tarian, drama dan
syrahan serta aktif dalam kegiatan sukan.
Dia juga seorang anak yang manja. Sebagai anak bongsu, Hannah tahu ayah dan
ibunya memanjakannya walaupun ada saat-saatnya ibunya mahu bersikap keras
kepadanya, contohnya, ibunya pernah mengugut untuk membakar pakaian-pakaiannya
yang seksi, namun, ugutan ibunya hanya tinggal ugutan.
13
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dia juga merupakan seorang gadis yang suka hidup berdikari/mandiri. Buktinya, ketika
dia hendak pergi ke pesta malam, dia sudah berjanji akan pergi bersama Wardi.
Namun, Wardi tiba-tiba tidak jadi pergi kerana ada urusan keluarga. Namun, Hannah
tetap dengan keputusannya untuk pergi ke pesta malam kerana baginya, tanpa Wardi,
dia boleh hidup berdikari.
Hannah merupakan gadis yang menjadi rebutan ramai pemuda-pemuda kerana
keistimewaannya. Contohnya, Hannah menjadi pujaan dan rebutan pemuda-pemuda
kerana bagi mereka Hannah bukan sahaja cantik dan bergaya malahan tingkah lakunya
juga sehingga Hannah menerima banyak surat mabuk asmara yang sanggup membuat
apa saja untuknya.
Hannah merupakan seorang gadis yang terlalu cerewet dalam memilih kekasih.
Contohnya, dalam ramai pemuda yang menyintainya, Hannah telah memilih Wardi
seorang anak hartawan, bangsawan, kacak, tampan dan terpelajar sebagai kekasihnya
kerana Hannah merasakan hanya Wardi yang sesuai dan sepadan dengan dirinya.
Hannah merupakan seorang kekasih yang tidak penyemburu. Contohnya, walaupun
Hannah mendengar desas-desus yang mengatakan Wardi mempunyai ramai teman
wanita di tanah seberang, Hannah tidak berasa hairan kerana Hannah tahu Wardi
menjadi buruan para gadis dan Hannah sering menerima pandangan iri hati yang
dilemparkan kepadanya apabila berjalan di samping Wardi.
Hannah merupakan seorang remaja yang pandai menjaga harga diri. Contohnya,
walaupun Hannah berfikiran moden dan sering keluar malam, dia tidak akan
menghancurkan hidupnya jika suatu hari Wardi berpaling tadah kerana dia masih tahu
batas-batas pergaulan dan tahu masa depannya cerah.
Hannah merupakan seorang anak yang berpengetahuan tentang agama Islam.
Contohnya, Hannah tidak melalaikan hal-hal keagamaan seperti dia sembahyang lima
waktu, berpuasa di bulan ramadan dan mengganti puasa di bulan lain jika musim
bendera merah, mengaji al-Quran dan ada buku agama berjudul ‘doa-doa di dalam
sembahyang’.
Hannah seorang adik yang tekun mendengar nasihat kakaknya. Contohnya, Hannah
bertukar-tukar pendapat dan berbincang bersama kakaknya, Siti Nur mengenai
pelajaran, cita-cita Hannah, soal agama dan peranan wanita dalam Islam.
Hannah seorang yang bersifat degil dan rasa ingin bebas. Contohnya, Hannah beria-ia
meminta keizinan daripada ibunya, Fatimah untuk pergi ke pesta bersama dengan
teman-temannya pada petang itu walaupun mengetahui ibunya tidak pernah merestui
kepergiannya untuk pergi ke pesta.
14
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Dia juga seorang yang periang. Contohnya, boleh dilihat dalam peristiwa perjalanan ke
pesta, kawan-kawan Hannah hairan bila Hannah diam pada hari tersebut. Sedangkan
kebiasaannya Hannahlah yang paling periang dan apabila bergurau sehingga orang
sakit perut kerana geli hati.
Hannah juga berasa insaf dan sedar dari kesilapannya. Contohnya, selepas Hannah
tersedar daripada koma, Hannah berasa insaf dan ingin meminta maaf kepada ibunya
atas kesalahannya. Dia juga ingin meluahkan rasa kesyukurannya ke hadrat Tuhan
yang telah memberikannya waktu untuk menebus kelalaian-kelalaiannya masa lalu.
Hannah berubah menjadi anak yang baik dan soleha. Contohnya, selepas Hannah
sedar dari koma, Hannah tidak mahu keluar berpelesiran seperti dulu. Hannah lebih
suka memakai baju kurung dan bertudung Selesai sekolah duduk di rumah membantu
Fatimah menguruskan kerja-kerja rumah, taat mengerjakan sembahyang dan setiap
malam rajin mengaji Quran bersama datuknya.
Seorang adik yang manja dan mendesak ingin tahu. Contohnya, Hannah mendesak
kakaknya untuk memberitahu majlis apa yang akan diadakan setelah mendengar
kakaknya menjemput Syukri untuk datang.
15
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
8] DATUK
Perwatakan Luaran:
Bapa kepada Marof, bapa mertua kepada Fatimah dan datuk kepada Siti Nur, Zul,
Zamri, Zain, Hadi dan Hannah.
Dia berusia dalam 90 tahun.
Tinggal di rumah kerajaan di Seria bersama anaknya, Marof, menantunya, Fatimah dan
cucu-cucunya, iaitu Siti Nur, Zul, Zain, Zamri, Hadi, Zain dan Hannah.
Berusia lebih 90 tahun tetapi belum lali.
Dia pernah terjatuh di bilik mandi kerana pening yang menyebabkan dia luka di dahi
dan ditahan di rumah sakit Kuala Belait semalam untuk menjalani pemeriksaan.
Dia menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama dengan Siti Nur, Faisal, Marof, Fatimah,
Hannah dan Hindon.
Dia suka minum kopi Brunei dan bersarapan dengan kuih Melayu seperti seri muka,
bingka tepung beras, puteri mandi, kuih kusui dan macam-macam lagi.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang rajin dan taat perintah Allah. Contohnya, dia menjadi imam dan
menunggu di tikar sembahyang untuk sembahyang berjemaah fardhu Maghrib
bersama-sama anak menantunya dan gemar membaca wirid dengan suara yang
lantang dan rajin membaca al-Quran bersama cucunya, Hannah.
Dia juga seorang datuk yang prihatin dan memberi nasihat kepada cucunya.
Contohnya, dia melarang Hannah untuk pergi ke parti atau pesta kerana perbuatan
tersebut adalah maksiat dan menyuruh Hannah duduk di rumah sahaja bersamanya,
ibu bapa dan Siti Nur.
Dia seorang yang sangat cerewat mengenai permakanan. Contohnya, dia gemar
makan ikan-ikan yang masih licin berkilat sisiknya, sayur-sayur yang masih hijau dan
segar bugar baru dipetik dan ayam hidup yang disembelih sendiri.
Dia seorang yang bersikap tenang. Contohnya, ketika mereka dalam perjalanan dari
Seria ke Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar Seri Begawan, dia menyuruh Marof
memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana sahaja dan berhati-hati kerana
waktu malam walaupun mengetahui cucunya, Hannah terlibat dalam kemalangan jalan
raya. Dia juga bersikap tenang dan sedih yang tidak terkata apabila mengetahui
mengenai penyakit Siti Nur ditahap kritikal.
16
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
9] MARINA
Perwatakan Luaran:
Marina anak tunggal kepada sepasang suami isteri.
Tidak sempat menduduki peperiksaan peringkat sijil Pelajaran Persekolahan Tinggi
kerana terpaksa berhenti sekolah.
Marina merupakan kekasih Zul dan jalinan hubungan mereka telah melebihi lima tahun.
Mempunyai jejari yang lancip, cantik dan lembut, pipi yang montok dan mata yang
bundar.
Marina sanggup menyerahkan harga dirinya demi cinta dann sayangnya terhadap Zul
sehingga dia berbadan dua (mengandung).
Marina terpaksa ponteng kuliah kerana dia berasa pening dan loya pada waktu pagi.
Marina bertaubat atas kesalahan dan dosa besar yang telah dilakukannya.
Suka minum teh.
Perwatakan Dalaman:
Marina seorang yang takut kehilangan orang yang dicintai. Contohnya, Marina takut Zul
yang kacak itu akan terlepas ke tangan gadis lain dan tidak sanggup akan kehilangan
Zul.
Marina seorang yang jahil atau kurang didikan tentang hal agama. Contohnya, Marina
kurang perhatian terhadap agama kerana ibu bapanya sibuk dengan urusan duniawi. Ini
menyebabkan Marina sanggup menyerahkan maruah dirinya kepada Zul dengan
melakukan hubungan di luar nikah.
Marina seorang yang mungkir janji. Contohnya, dia pernah berjanji kepada Siti Nur ingin
belajar bersungguh-sungguh hingga sampai ke Universiti dan menjadi orang yang
berguna akan tetapi tidak tercapai kerana kesilapan melakukan perbuatan yang
mengahncurkan masa depannya.
Marina seorang yang berfikiran sempit atau tidak matang. Contohnya, Marina telah
menyerahkan maruahnya kepada Zul yang menyebabkan Marina mengandung. Dia
sanggup membunuh diri dengan memakan panadol secara berlebihan supaya Zul akan
menyesali perbuatannya setelah kematiannya kerana Zul tidak mahu
bertanggungjawab terhadap dirinya yang mengandungkan anak luar nikah.
Marina terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu. Contohnya, dia sanggup
menggadaikan maruah dirinya dengan melakukan hubungan luar nikah kerana tidak
mahu kehilangan Zul dan terlalu menyintainya.
17
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Marina seorang yang menginsafi atas kesalahan dan dosa besar yang dilakukannya.
Contohnya, Marina menangis dan menyesali atas perbuatannya di depan Siti Nur ketika
Siti Nur melawatnya. Malah, Marina bertaubat setelah seorang ustaz menasihatinya.
Marina seorang anak yang manja. Contohnya, ibu Marina sanggup membawakan
makanan istimewa untuk Marina makan petang kerana Marina tidak mahu makan
masakan rumah sakit.
Marina seorang isteri yang penyemburu. Contohnya, Marina bertengkar dengan
suaminya, Zul apabila mendapati surat daripada Sandra sehingga menuduh Zul pernah
meniduri Sandra semasa di England.
Marina seorang isteri yang suka mengungkit kisah lama. Contohnya, ketika bertengkar
dengan suaminya, Zul, Marina mengungkit kisal lama bahawa dia berasa menyesal
bertemu dan berkahwin dengan Zul. Selain itu, Marina juga membangkit-bangkitkan
tentang Zul tidak berkerja dan hanya tahu merayau-rayau.
Marina seorang menantu yang tidak menghormati mertuanya. Contohnya, Marina akan
bersikap bermasam muka dan tidak mahu menegur ahli keluarga Zul. Bahkan, Marina
telah menuduh Fatimah tidak pandai menegur anak.
Marina tidak dapat mengurus hal ehwal suaminya, Zul. Contohnya, disebabkan Marina
penat bekerja, hal menyediakan makan minum dan mencuci pakaian Zul masih
dilakukan oleh ibu mertuanya, Fatimah.
18
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
10] FARIDAH
Perwatakan Luaran:
Faridah merupakan isteri kepada Khalid
Dia mempunyai seorang anak angkat bernama Azmil.
Faridah dikenali sebagai Alvina Abraham sebelum memeluk agama Islam.
Dia beragama Kristian Katholik dan memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan
Khalid.
Dia pernah bertunang dengan Edward Humprey, iaitu seorang peguam muda, anak
daripada kelas atasan.
Sewaktunya remaja, dia digambarkan seorang gadis yang memiliki badan yang
mengghairahkan dan seksi, lemah lembut dan berkulit sawo-matang walaupun tidak
mempunyai rupa paras yang cantik. Dia digambarkan seorang gadis yang manja, tidak
banyak bicara, bersuara lunak dan lemah lembut.
Dari segi pendidikan pula, Faridah mempunyai kelulusan dari maktab pengurusan dan
dia menyandang gelaran siswazah yang terbaik dalam pelajaran dan aktiviti-aktiviti
maktab.
Faridah tekad berhijrah ke Brunei setelah setahun di tempat tersebut kerana mengikut
kawan baiknya.
Penghijrahan Faridah ini menyebabkan dia telah memutuskan pertunangannya dengan
Edward.
Faridah berkahwin dengan Khalid pada tahun 1969, ketika umurnya menjangkau 30
tahun.
Ketika itu Faridah bertugas sebagai guru di Daerah Belait.
Pertemuan pertamanya dengan Khalid adalah apabila mereka ditugaskan membawa
murid-murid dari Daerah Belait ke Bandar Brunei untuk menyertai pertandingan bahas
senegeri.
Faridah tidak dapat mengandung disebabkan keabnormalan pada peranakannya.
Faridah dan Azmil menjenguk Khalid di penjara Jerudong sebulan sekali.
Faridah menemani Azmil menjalani pembedahan jantung di Singapura bersama Khalid
selama sebulan.
Faridah melawat Siti Nur ketika Siti Nur dirawat di wad VIP kelas 1 dan semasa Siti Nur
sekeluarga pulang dari menunaikan fardhu haji.
Faridah menghadiri hari pengkebumian Siti Nur pada 24/02/1984.
Perwatakan Dalaman:
Faridah digambarkan seorang isteri yang mementingkan kehidupan keluarga yang
lengkap. Hal ini dapat dibuktikan setelah dua tahun Faridah berkahwin dengan Khalid,
19
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
tetapi mereka belum lagi dikurniakan anak. Keadaan ini mendesak Faridah membawa
suaminya, Khalid untuk membuat pemeriksaan doktor. Hasilnya, Faridah mengalami
keabnormalan pada peranakannya yang menyebabkan Faridah tidak dapat melahirkan
anak. Setelah itu, dia memikirkan untuk mengambil anak angkat bagi melengkapkan
keluarga mereka.
Faridah juga seorang ibu yang penyayang. Perkara ini jelas dibuktikan melalui
kerisauan Faridah dengan kesihatan anak angkatnya, Azmil yang menghidap penyakit
jantung berlubang. Faridah berusaha untuk menghubungi Dr. Siti Nur setelah mereka
tidak menghadiri perjanjian di klinik pedriatrik. Selain itu, Faridah juga berusaha
memujuk Azmil agar bersetuju untuk menjalani pembedahan jantung yang akan
dilakukan dalam masa sembilan bulan.
Faridah seorang isteri yang setia. Buktinya, hal ini dapat dilihat pada kesetiaannya
kepada suaminya, Khalid yang meringkuk di Penjara Jerudong atas kesalahan politik.
Faridah berusaha untuk menyedarkan Khalid melalui surat-surat yang ditulis oleh Dr.
Siti Nur agar Khalid insaf daripada menegakkan perjuangan politiknya yang sia-sia.
Dia seorang ibu dan isteri yang penyabar. Sifat penyabar ini juga dapat dibuktikan
sewaktu Faridah mengharungi kehidupannya yang hidup sebatang kara di negeri orang
bersama anaknya, Azmil setelah suaminya ditahan di penjara ketika Azmil berusia lima
tahun.
Faridah seorang yang memahami. Contohnya, Faridah mengajak suaminya Khalid
untuk meminta diri kepada Faisal dan Siti Nur untuk pulang kerana hari sudah larut
malam dan melihat Siti Nur yang keletihan.
20
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
11] HINDON
Perwatakan Luaran:
Hindon adalah orang tempatan Brunei dan merupakan pembantu rumah Siti Nur.
Dia berumur setengah abad atau 50 tahun , dahinya jelas nampak berkedut-kedut
namun masih cergas bekerja.
Gastriknya akan timbul jika dia terlalu lapar.
Hindon pernah bercinta dengan Harun ketika berusia 30 tahun.
Dia belum berkahwin serta yakin tiada jodoh setelah kekasihnya, Harun mati terbunuh.
Dia gemar menonton rancangan Melayu di televisyen bercorak hiburan dan tayangan
gambar
Dia pernah mengalami perisitiwa pemberontakan dan pada masa itu dia berumur 30
tahun.
Dia tinggal di Lumapas mengikut kakaknya yang tua.
Hindon jatuh hati dengan salah seorang pemberontak yang berlindung di rumah
kakaknya selama sebulan, Harun.
Hindon ada mempunyai seorang kakak yang tinggal di Lambak.
Hindon menunaikan fardhu Haji bersama Siti Nur, Faisal, Fatimah, Marof, Hannah dan
datuk.
Perwatakan Dalaman:
Dia seorang yang sangat ceria. Buktinya, dia ketawa-ketawa ketika bercakap dengan
Siti Nur tentang perutnya yang sudah lapar dan takut timbul gastrik.
Dia seorang yang rajin berkerja. Buktinya, dia sudah menyiapkan makan tengah hari
untuk Siti Nur dan dia baharu saja mengambil pakaian-pakaian jemurannya di cuaca
terik.
Dia seorang pembantu rumah yang mengambil berat dan prihatin terhadap majikannya,
buktinya dia bertanyakan Siti Nur sudah makan atau belum dan datang melawat Siti
Nur di wad kelas 1, VIP ketika Siti Nur selesai menjalani pembedahan.
Hindon seorang yang setia dengan majikannya. Contohnya Hindon menolak
permintaan kakaknya untuk menjagakan cucu-cucunya yang ramai kerana menantu
dan anak-anak perempuannya bekerja di luar rumah dan dia tidak tergamak
meninggalkan Siti Nur.
Dia seorang yang menghormati Siti Nur kerana Siti Nur seorang majikan yang lemah
lembut dan tidak pernah berlaku kasar terhadapnya.
21
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
Hindon seorang yang tahu menjaga batas sebagai seorang pembantu rumah / orang
gaji. Contohnya, Hindon masuk ke biliknya menonton televisyen dan mengerti
kehadirannya tidak dikehendaki serta dia tidak mahu mengganggu perundingan Siti Nur
dan ibunya.
Dia seorang yang pembantu rumah yang baik sehingga hubungan dengan majikannya,
Siti Nur mesra. Contohnya, Hindon dan Siti Nur berbual-bual dari hati ke hati dan
makan semeja mengenai peristiwa pemberontakan 20 tahun yang lalu dan masalah
Khalid sekeluarga.
Hindon kadang-kadang bersikap melatah apabila terkejut. Contohnya semasa bekalan
elektrik tiba-tiba terpadam, Hindon terus melatah semasa menyediakan makan malam
di dapur.
Hindon seorang yang tidak mengambil kesempatan. Contohnya, walaupun Hindon
diberi kebebasan dalam serba-serbi oleh Siti Nur, Hindon tahu batas-batasnya sebagai
pembantu rumah.
TAMAT
22
SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN AHLI KELUARGA SITI NUR]
Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]
23