SASTERA MODEN NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PEMBERONTAK PRB] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 1 WATAK DAN PERWATAKAN PEMBERONTAK PARTAI RAKYAT BRUNEI [PRB] ISI KANDUNGAN 1 KHALID 2 BORHAN 3 HARUN 4 AZAHARI
SASTERA MODEN NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PEMBERONTAK PRB] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 2 APA ITU WATAK? Menurut Rahman Shaari, watak ialah seseorang yang dilukiskan dalam sesebuah cereka, baik cerpen, novel atau drama. i. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam suatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam. ii. Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang, cakerawala, benda dan sebagainya APA ITU PERWATAKAN? Perwatakan ialah segala perlakuan yang dilakukan oleh watak-watak berkenaan dan boleh dilihat melalui gambaran luaran dan dalaman watak. i. Perwatakan luaran ialah berkenaan warna kulit, corak rambut, saiz dan bentuk tubuh badan, kecacatan dan keterangan diri watak. ii. Perwatakan dalaman adalah berkaitan dengan sifat, pemikiran, kepercayaan, percakapan dan tindakan watak berkenaan.
SASTERA MODEN NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PEMBERONTAK PRB] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 3 1] KHALID Perwatakan Luaran: Khalid merupakan bapa saudara pangkat pupu dua kali kepada Siti Nur dan digelar Usu Khalid oleh Siti Nur. Dulu, Khalid memiliki badan yang tegap, segak dan mempunyai jiwa yang penuh bersemangat dan begitu mempersonakan bila berpidato. Dia juga seorang yang bijak bersyarah. Tetapi, setelah dipenjara selama 6 tahun badannya tidak terurus dan berlipat di sana sini, rambutnya kian menipis terutama bahagian ubun-ubun dan wajahnya dimamah usia. Khalid bekerja sebagai seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Inggeris dan aktif mengendalikan Persatuan Kebudayaan Maktab. Khalid gemar menulis sajak-sajak yang berbaur politik. Khalid pernah menceritakan kepada Siti Nur mengenai pertemuannya dengan Azahari, ketua Partai Rakyat Brunei pada masa itu. Khalid pernah terlibat dengan pemberontakan Partai Rakyat Brunei pada 20 tahun yang lalu, iaitu 8 Disember 1962. Khalid tidak pernah bimbang dengan perjuangnnya pada masa itu kerana dia bujang, kedua-dua orang tuanya sudah tiada dan semua adik-adiknya sudah berdikari dan tidak bergantung harap kepadanya. Pemberontakan Khalid juga dikaitkan dengan revolusi dan perjuangan Partai Rakyat Brunei yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan secara paksa dan akhirnya dapat ditumpaskan pada tahun 1962 oleh tentera British dan Gurkha. Sebelum berkahwin Khalid yang lebih banyak masanya dihabiskan di luar rumah ke sana ke mari dengan pidatonya. Dia dianggap bujang terlajak kerana mengahwini Faridah sewaktu berumur 30 tahun. Mereka berkahwin pada tahun1969. Selepas 7 tahun berumahtangga, pada tahun 1976 Khalid ditangkap atas undang-undang darurat kerana menyebarkan risalah-risalah anti kerajaan dan kini meringkuk di penjara Jerudong selama 6 tahun (1976 – 1983) Khalid mempunyai seorang anak angkat, iaitu Azmil yang diasuhnya sejak dari bayi lagi. Pada akhirnya, dia dibebaskan dari penjara setelah mendapat keampunan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam setelah komiti yang ditugaskan menelaah masalah pengampunan tahanan-tahanan politik diadakan semula. Datang menziarahi Siti Nur sekeluarga yang baru pulang dari menunaikan fardu haji. Sejak dibebaskan, itulah pertama kali Khalid menemui Siti Nur. Dia menemani Azmil menjalani pembedahan di Singapura selama sebulan. Bekas guru Bahasa Melayu kepada Faisal dan Siti Nur ketika mereka menuntut di kelas menengah atas. Khalid bercadang untuk mendirikan bisnes
SASTERA MODEN NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PEMBERONTAK PRB] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 4 Perwatakan Dalaman: Khalid seorang yang mementingkan diri sendiri dan perjuangan. Contohnya Khalid tidak pernah risau memikirkan apa yang bakal terjadi kepada dirinya. Dia senang dengan kehidupan yang dilaluinya kerana Faridah disahkan tidak dapat mengandung dan tidak mahu ada bebanan anak-anak. Khalid merupakan seorang suami yang mengabaikan tanggungjawab dan bukan suami ideal kerana jarang berada rumah. Contohnya setelah seminggu berkahwin, dia berbalik dengan kegiatan lamanya. Dia mengakui tidak tahan dengan kongkongan hidup berumah tangga lalu meninggalkan keluarganya. Khalid mempunyai sifat memahami dan menyayangi. Contohnya Setelah mendapati isterinya tidak dapat melahirkan anak, dia mencadangkan agar mereka mengambil anak angkat sahaja. Pada mulanya Khalid tidak begitu memperdulikan anak angkatnya Azmil, tetapi lama kelamaan dia mula menyayangi dan mengasihi anak tersebut. Khalid seorang yang bersemangat dan tetap dengan pendirian. Contohnya, Khalid lebih pentingkan perjuangan dan prinsipnya sehingga sanggup mengorbankan keluarganya. Dia cuba mempengaruhi Siti Nur supaya menjadi orang perjuangan sepertinya tetapi sebaliknya Siti Nur menjauhkan diri daripadanya. Khalid memiliki sifat mudah terpengaruh untuk menentang pihak pemerintah. Contohnya setelah Khalid bertemu secara kebetulan dengan Azahari, ketua Partai Rakyat Brunei akhirnya Khalid telah mendambakan dirinya kepada perjuangan Azahari mulai saat itu dan terlibat menjadi orang perjuangan menentang pihak pemerintah. Khalid menyedari kesilapan dan menginsafi kesalahan lalu. Contohnya, setelah Siti Nur berusaha menginsafkan Khalid supaya kembali ke pangkal jalan dan meninggalkan perjuangan anti kerajaan serta meminta pengampunan melalui surat-surat yang dikirimkan oleh Faridah. Akhirnya, Khalid berasa insaf dan menurut nasihat Siti Nur dan akhirnya dia dibebaskan. Khalid memiliki kesedaran diri. Contohnya, walaupun pada awalnya dia begitu degil namun setelah isterinya merayu untuk membaca surat yang dikirim oleh Siti Nur yang banyak mengandungi unsur diplomasi telah berjaya menyedarkan dan merubah pendirian khalid bahawa perjuangannya selama ini hanya sia-sia. Khalid seorang yang berfikiran maju ke depan. Contohnya, walaupun baru keluar dari penjara, dia memberitahu Faisal mengenai rancangannya ingin mendirikan bisnes setelah ditanya oleh Faisal dan akan membuat perjanjian dengan ayah Faisal, iaitu Ismail (Peter) mengenai soal perniagaan. Khalid seorang guru yang sentiasa mengingati anak-anak didiknya. Contohnya, Khalid masih lagi ingat tentang Faisal yang merupakan seorang pelajar yang cerdas sekali sewaktu di Sekolah Menengah Inggeris dulu. Khalid seorang bapa saudara yang memahami. Contohnya, Khalid meminta diri untuk pulang kepada Faisal dan Siti Nur kerana hari sudah larut malam dan melihat Siti Nur yang keletihan. Khalid seorang yang ingin mempengaruhi Siti Nur mengenai perjuangannya. Contohnya, semasa Siti Nur aktif dalam Persatuan Kebudayaan Sekolah, Khalid ingin mempengaruhi Siti Nur untuk jadi ‘orang perjuangan’ sepertinya tetapi Siti Nur tetap pendirian dan mulai menjauhkan diri daripada Khalid. Khalid seorang yang mempunyai pendirian yang teguh. Contohnya, Siti Nur pernah berasa bimbang terhadap Khalid kerana takut semangat nasionalisme Khalid yang berkobar-kobar itu menjahanamkan hidupnya nanti tetapi Khalid yakin dengan prinsipnya itu dan akhirnya dia dipenjarakan kerana menyalahi undang-undang negara.
SASTERA MODEN NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PEMBERONTAK PRB] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 5 2] BORHAN Perwatakan Luaran: Borhan terlibat dengan aktiviti anti kerajaan dan pemberontakan Partai Rakyat Brunei (PRB) yang berlaku pada 8 Disember 1962. Terlibat dengan revolusi dan perjuangan PRB yang kemudiannya dapat ditumpaskan pada tahun1962 dan negara kembali aman. Berusaha untuk mendapatkan kuasa bersama rakan seperjuangan mereka dan memutuskan untuk mengambil alih tampuk kerajaan secara paksa. Borhan mempunyai rakan seperjuangan iaitu, Khalid yang kemudiannya meringkuk dalam penjara. Borhan mati dalam keadaan penuh tragis, dia menggeletar seperti ayam yang kena sembelih dan kemudian senyap kaku di sisi rakannya, Khalid. Pemberontakan yang dilakukan oleh Borhan dianggap perjuangan yang sia-sia dengan kekalahan di pihak pemberontak dan berjaya ditumpaskan oleh tentera-tentera British dan Gurkha. Perwatakan Dalaman: Dia seorang yang bersemangat kental. Contohnya dia begitu yakin dengan perjuangannya di landasan yang betul dan cuba mempengaruhi rakan-rakannya mengikut jejak langkahnya. Borhan seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya beranggapan bahawa mereka memilih delapan Disember dengan menyangka kemenangan adalah hala mereka yang mudah. Mereka telah melengkapkan diri mereka dengan taktik-taktik peperangan dalam hutan dengan senapang patah. Walhal mereka telah dapat ditumpaskan dengan mudah oleh tentera-tentera British dan Gurka. 3] HARUN Perwatakan Luaran: Kekasih kepada Hindon Salah seorang ahli pemberontak yang sedang dalam buruan. Digambarkan orangnya tegap dan berkulit hitam berkilat kerana puas berpanas serta bersenjata. Dia pernah berlindung di rumah kakak Hindon di Lumapas selama sebulan. Harun jatuh cinta kepada Hindon. Terbunuh dalam serang hendap di sempadan. Perwatakan Dalaman: Harun seorang yang terikat dengan sumpah perjuangannya. Contohnya, kawan-kawan Harun mengingatkan tentang sumpah perjuangan mereka dan memaksa Harun untuk ikut meneruskan perjalanan mereka ke Kalimantan. Akhirnya Harus terpaksa meninggalkan Hindon demi perjuangan yang sia-sia. Harun seorang yang tidak dapat mencapai impiannya. Contohnya, dia pernah berjanji untuk mengahwini Hindon dan berjanji akan pulang untuk Hindon akan tetapi impiannya tidak tercapai kerana selepas dua bulan Hindon mendengar khabar Harun telah terbunuh dalam serang hendap di sempadan. Dia pernah membuat keputusan yang betul untuk menyerah diri kepada pihak polis tetapi ditentang oleh kawan-kawannya dan sumpah perjuangannya yang telah dibuatnya memaksanya untuk meneruskan perjuangan ke Kalimantan.
SASTERA MODEN NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN PEMBERONTAK PRB] Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020 Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu] 6 4] AZAHARI Perwatakan Luaran: Ketua Partai Rakyat Brunei. Perwatakan Dalaman: Seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat. Contohnya, walaupun Khalid pernah berjumpa dengannya secara kebetulan dan ini telah menyebabkan Khalid mendambakan dirinya kepada perjuangan Azahari mulai saat itu. SELESAI