The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

WATAK DAN PERWATAKAN SITI NUR DAN SAMUEL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CG SUZILAH HMO, 2022-04-15 01:30:18

WATAK DAN PERWATAKAN SITI NUR DAN SAMUEL

WATAK DAN PERWATAKAN SITI NUR DAN SAMUEL

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

1

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

APA ITU WATAK?

Menurut Rahman Shaari, watak ialah seseorang
yang dilukiskan dalam sesebuah cereka, baik
cerpen, novel atau drama.

i. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam suatu
karya yang menggerakkan cerita dengan cara
berinteraksi sesama watak dan alam.

ii. Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang,
cakerawala, benda dan sebagainya

APA ITU PERWATAKAN?

 Perwatakan ialah segala perlakuan yang
dilakukan oleh watak-watak berkenaan dan boleh
dilihat melalui gambaran luaran dan dalaman watak.

i. Perwatakan luaran ialah berkenaan warna kulit,
corak rambut, saiz dan bentuk tubuh badan,
kecacatan dan keterangan diri watak.

ii. Perwatakan dalaman adalah berkaitan dengan
sifat, pemikiran, kepercayaan, percakapan dan
tindakan watak berkenaan.

1] DOKTOR SITI NUR BINTI MAROF

2

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

Perwatakan Luaran:
 Nama penuhnya ialah Siti Nur binti Marof.
 Suaminya ialah Muhammad Faisal bin Abdullah atau Samuel.
 Ibunya bernama Fatimah.
 Siti Nur berusia 30 tahun
 Dia merupakan anak sulung daripada 6 orang adik beradik.
 Adik-adiknya ialah Zul, Zain, Hadi, Zamri dan Hannah serta seorang datuk (ayah Marof).
 Dia bertugas sebagai seorang doktor di wad kanak-kanak di Rumah Sakit Besar

Kerajaan, Bandar Seri Begawan.
 Dia berkelulusan doktor iaitu M.B.B.S dari United Kingdom.
 Siti Nur berwajah bujur sirih putih bersih, rambut ikal panjang hingga ke pinggang dengan

seulas bibir yang merekah dan senyuman yang manis, serta badan yang langsing.
 Dia mempunyai beberapa orang sahabat dan juga mempunyai seorang pembantu rumah

bernama Hindon.
 Dia lahir dan tinggal di Pekan Seria tetapi sejak bekerja sebagai doktor dia tinggal di

rumah tumpangan (flat) di Bandar Seri Begawan.
 Siti Nur akhirnya telah meninggal dunia tepat pada jam 12 tengah malam 24hb. Februari,

1984 iaitu malam hari sambutan kemerdekaan Brunei Darussalam. Suaminya Faisal
telah mendirikan Yayasan Siti Nur sempena mengingati Siti Nur untuk membantu
mereka-mereka yang kurang bernasib baik di Negara Brunei Darussalam.

Perwatakan Dalaman:
Siti Nur seorang yang bertanggungjawab merawat pesakit-pesakitnya. Contohnya Udin

bin Mat yang penghidap Sindrom Down setiap 3 bulan sekali masih menerima
rawatannya walaupun tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Selain itu, tetap mahu
menyuntik pesakitnya Shamsul (penghidap leukimia) yang tidak mahu jururawat
menyuntiknya selain Doktor Siti Nur walaupun waktu bekerjanya sudah habis.

Siti Nur juga seorang yang bertanggungjawab membantu keluarganya. Contohnya,
semenjak kecil lagi sebagai anak sulung dia melakukan berbagai-bagai pekerjaan untuk
membantu mengurangkan kesusahan hidup keluarganya apabila bapanya tidak
mempunyai pekerjaan. Dia pernah mengambil upah mendobi pakaian jiran untuk belanja
sekolah sehingga pecah-pecah tapak tangannya. Dia juga pernah menolong ibunya
menjahit dan menyiapkan baju upahan orang terutama apabila dekat musim hari raya
walaupun sehingga larut malam.

Siti Nur juga seorang yang pemedulian hal ehwal ibu bapa dan adik-adiknya. Contohnya,
dia mahu mengupah seorang pembantu rumah bagi ibunya untuk meringankan beban
ibunya menguruskan rumah tangga seharian tetapi ibunya menolak. Siti Nur juga
menyelesaikan masalah Zul yang enggan bertanggungjawab terhadap kekasihnya

3

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

Marina yang telah mengandung, dengan membayarkan tiket pulang dari UK ke Brunei
dan menanggung belanja pernikahan Zul dan Marina.

Siti Nur seorang kakak yang sering menasihati adik-adiknya. Contohnya, Siti Nur pernah
menasihati Hannah agar jangan lupa menunaikan sembahyang dan jangan bergaul
bebas dan pergi ke parti. Dia juga menegur Zul yang berpakaian tidak senonoh,
berambut panjang dan memakai seutas anting-anting di cuping sebelah kirinya.

Siti Nur seorang yang rajin belajar dan bercita-cita tinggi untuk berjaya. Dia tidak mahu
menjadikan kesusahan hidup sebagai penghalang, contohnya untuk ke sekolah, dia
biasa berjalan kaki dari rumah sejauh setengah batu walaupun dalam panas terik. Setiap
kali peperiksaan dia mendapat tempat pertama dan beberapa kali terpilih sebagai
penuntut terbaik diseluruh negara. Dia berjaya mendapat tawaran biasiswa kerajaan
untuk melanjutkan pengajian di peringkat pra-universiti di England. Dia lulus dengan
cemerlang dan terus mengikuti kursus perubatan di sebuah universiti di Utara England.

Siti Nur juga merupakan seorang yang taat beragama. Contohnya, dia mempunyai
pendirian bahawa “agama Islam itu perlu diterima dengan seikhlas-ikhlasnya”.
Contohnya, dia menolak lamaran Samuel ketika menuntut di England apabila merasakan
ketidak-ikhlasan Samuel yang rela memeluk agama Islam hanya semata-mata cintanya
kepada Siti Nur.

Siti Nur juga merupakan seorang gadis yang lemah lembut dan berbudi bahasa.
Contohnya, Siti Nur melayan perempuan tua ibu angkat Udin bin Mat yang berpakaian
lusuh dengan baik dan ramah dan sikap sopan santun Siti Nur. Ini diakui sendiri oleh
perempuan tua itu setiap kali membawa Udin bagi perjanjian doktor dan merasa alangkah
bertuah orang yang melahirkan Siti Nur.

Siti Nur seorang yang bijak dan cemerlang dalam bidang pelajaran. Contohnya, dia
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Am dan telah
mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke England.

Siti Nur seorang yang setia berbakti kepada negara. Contohnya selama 3 tahun, Siti Nur
sebagai seorang doktor tidak pernah minta cuti rehat dalam menjalankan tugasnya. Dia
kesal dan kecewa apabila Samuel ingin keluar daripada berkhidmat dengan kerajaan
kerana ingin membuka klinik swasta sedangkan negara memerlukan doktor tempatan
untuk merawat anak bangsa sendiri.

4

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

Siti Nur seorang yang setia pada cinta dan teguh pendirian. Contohnya, dia tidak
menerima cinta Shukri dan dia setia dengan Samuel. dia sanggup hidup sendirian jika
dia tidak dapat berkahwin orang yang dicintainya.

Siti Nur jua seorang yang penyayang. Contohnya, dia sangat menyayangi ibu bapanya
dan tidak pernah melawan dan membantah kata mereka. Dia juga menyayangi semua
adik-beradiknya dan sentiasa memberi nasihat dan menolong mereka walau dalam apa
jua keadaan.

Siti Nur merupakan orang yang penyabar dan berinisiatif. Contohnya, dia tetap berusaha
dengan sabar untuk menginsafkan Usu Khalidnya yang ditahan di penjara kerana
menyebarkan risalah-risalah anti-kerajaan. Dia melakukan inisiatif dengan cara
mengirimkan berpucuk-pucuk surat supaya Usu Khalid insaf dan kembali ke pangkal
jalan dan taat kepada kerajaan dan akhirnya berjaya walaupun pada mulanya surat-
suratnya tidak dibaca.

Dia seorang doktor yang gigih dan tekun. Contohnya, Siti Nur dengan gigih merawat
pesakit-pesakitnya yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga mereka sangat sayang
kepada Siti Nur. Siti Nur juga menghabiskan hari-hari kelepasan dengan menulis
bukunya.

Siti Nur seorang isteri yang memahami. Contohnya, Siti Nur meminta maaf kepada Faisal
kerana tidak dapat memenuhi tugas seorang isteri lahir dan batin dan menyuruh Faisal
untuk berkawin lagi selepas ketiadannya.

Dia seorang yang kuat semangat dan tabah mengharungi kesakitannya. Contohnya, Siti
Nur tidak pernah meluahkan kesakitan yang dilaluinya kepada suaminya, hanya wajah
yang pucat dan keringat yang mengalir sebagai tanda kesakitan yang dilaluinya.

Dia seorang yang berdedikasi terhadap penulisan bukunya. Contohnya, Siti Nur sering
berpesan kepada Faisal supaya mengingatkannya untuk menyiapkan penulisan
bukunya. Akhirnya Siti Nur menyiapkan buku ilmiahnya yang bertajuk “kanak-kanak dan
penyakit” yang mengandungi lebih 300 muka surat pada hari kemerdekaan.

Siti Nur juga merupakan seorang yang tabah. Contohnya, apabila dia disahkan
menghidap penyakit kanser ovari, Siti Nur menerimanya dengan tabah tanpa merasa
kekesalan menghadapi kematian walaupun dia mengetahui, penyakitnya tersebut sudah
pada tahap yang tidak dapat diubati lagi. Di sebalik cubaan hidup yang dihadapinya, dia
menggunakan sisa-sisa hidupnya meneruskan tugasnya sebagai doktor selagi terdaya,

5

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

menunaikan fardhu haji ke Mekah bersama keluarga dan menulis sebuah buku yang
bertajuk “Kanak-kanak dan Penyakit”.
Siti Nur seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Contohnya, semasa dia telah dilamar
oleh Faisal (Samuel) tetapi enggan menerimanya apabila mendapat tahu hidupnya tidak
akan lama lagi akibat penyakit kanser ovari. Dia tidak mahu Faisal menderita apabila dia
sudah tiada lagi namun akhirnya menerima lamaran Faisal kerana keikhlasannya
menyintainya dan berjanji akan bersama-sama Siti Nur hingga ke akhir hayat dan mereka
menikah dalam majlis yang sederhana dan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga yang terdekat.

6

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

2] DOKTOR SAMUEL ATAU MUHAMMAD FAISAL

Perwatakan Luaran:
 Dia merupakan anak tunggal kepada Peter dan Nyonya Peter.
 Dia merupakan suami kepada Siti Nur.
 Dia berusia 31 tahun.
 Dia memeluk agama Islam setelah mendalami dan mempelajari agama Islam atas

keinginan / keikhlasan dirinya sendiri.
 Dia berkelulusan doktor dari United Kingdom dengan biasiswa kerajaan.
 Samuel mengikut kursus pakar pembedahan untuk kali kedua di United Kingdom.
 Dia bekerja sebagai doktor bedah di Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar Seri Begawan.
 Samuel ialah seorang pemuda yang kacak sehingga ramai wanita yang cuba memikatnya

dan memuji-muji tentang ketampanannya.
 Samuel mempunyai rambut hitam berombak, mata yang besar dan jauh ke dalam di

bawah kening yang lebat; hidungnya yang agak tinggi dan mancung dan seulas bibir
yang merkah yang sering melahirkan senyum, menampakkan gigi yang tersusun rapi.
Badannya yang tinggi dan sasa itu sering jadi perhatian gadis-gadis.
 Sebelum Samuel memeluk agama Islam, dia seorang yang beragama Kristian adalah
seorang yang tidak begitu percaya dengan agama, iaitu atheis.
 Dia kini menjadi vegetarian dan tidak lagi makan makanan kegemarannya daging babi
masak kicap.
 Seorang doktor yang mengambil berat tentang kesihatannya; menjadi badan yang sasa
dengan rapi.
 Samuel mengamalkan sukan, dia tidak merokok dan tidak meminum minuman keras.
 Samuel menjadi pelindung Siti Nur sewaktu bangku sekolah rendah daripada gangguan
kawan-kawan mereka yang nakal.
 Samuel berteman baik dengan Siti Nur sejak mereka sekolah rendah lagi.
 Samuel fasih berbahasa Melayu walaupun dia berbangsa Tiong Hua.
 Samuel pernah menjadi pasangan kekasih kepada Siti Nur semasa mereka menuntut di
luar negara dan dia menghadiahkan setangkai bunga merah di hari valentine.
 Samuel memeluk agama Islam secara ikhlas dengan nama Muhammad Faisal bin
Abdullah.

7

SASTERA MODEN

NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020

Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

Perwatakan Dalaman:

Samuel tidak kedekut dengan ilmu. Contohnya, ketika alam persekolahan menengah,
Samuel membimbing Siti Nur dalam mata pelajaran Matematik.

Samuel meupakan seorang yang cerdas dan bijak. Contohnya, dia dinobatkan gelaran
penuntut lelaki terbaik seluruh negeri dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Am.

Dia seorang yang sangat menyintai Siti Nur. Contohnya, dia sangat menyintai Siti Nur
sehingga sanggup masuk Islam demi hidup bersama dengan Siti Nur tetapi ditolak oleh
Siti Nur kerana ketidakikhlasannya terhadap agama Islam.

Dia seorang yang tidak mementingkan diri sendiri sehingga dia menolak tawaran
ayahnya, Peter. Contohnya, Samuel menolak pemintaan ayahnya untuk mengendalikan
klinik swasta yang dirancangkan oleh ayahnya kerana berpendapat khidmatnya amat
diperlukan di Rumah Sakit Besar Kerajaan, Bandar Seri Begawan.

Dia juga seorang yang dermawan. Contohnya hasil penjualan buku arwah isterinya, Siti
Nur didermakannya kepada tabung anak-anak yatim dan mendirikan yayasan dengan
bantuan orang tuanya untuk membantu orang-orang yang kurang bernasib baik di
Negara Brunei Darussalam.

Dia seorang rakan sekerja yang prihatin dan mengambil berat. Contohnya, dia membawa
Siti Nur menggunakan kerusi sorong ketika Siti Nur rebah mengadu kesakitan di bawah
perutnya di rumah sakit.

Dia seorang lelaki budiman dan tidak mudah berputus asa terhadap Siti Nur. Contohnya,
Samuel berterus terang melamar Siti Nur walaupun dulunya hubungan mereka retak
seketika.

Dia seorang yang setia pada cintanya iaitu Samuel tetap setia menyintai Siti Nur
walaupun hubungan mereka pernah retak angkaranya sendiri. Malahan, Samuel sendiri
tidak pernah melayan Joanna yang begitu ketara cuba memikatnya.

Samuel ialah seorang yang berpendirian tegas. Contohnya, Samuel tetap tidak berminat
mengenai rancangan ayahnya, Peter supaya dia mengendalikan rumah sakit prebet yang
bakal didirikan oleh rakan-rakan seniaga ayahnya itu.

Samuel merupakan seorang anak yang baik. Contohnya, Samuel menolong ibunya,
Nyonya Peter mencuci pinggan-pinggan dan mahu mencarikan pembantu rumah dan
membayarkan gajinya jika ibunya memerlukan.

8

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

Samuel pernah terpengaruh dengan kawan-kawan Mat Salleh mengenai agama.
Contohnya, Samuel yang beragama Kristian adalah seorang yang tidak begitu percaya
dengan agama kerana baginya agama cumalah alat bagi orang-orang yang
mementingkan diri. Kehidupan Samuel lebih mirip sebagai seorang atheis.

Samuel merupakan anak yang pandai menjaga hati ibunya. Contohnya, demi untuk
menjaga hati ibunya, Nyonya Peter yang memasakkan makanan kegemerannya dulu,
iaitu daging babi masak kicap dengan memberitahu dia kini menjadi vegetarian.

Samuel merupakan seorang anak yang tidak mementingkan kekayaan ibu bapanya.
Contohnya, Samuel tidak menghiraukan nasihat ayahnya untuk dia berlumba-lumba
mencari kekayan dengan memonopoli perniagaan di negeri ini.

Samuel seorang mudah tidak puas hati. Contohnya, dia tidak berpuas hati dengan
layanan yang diperolehinya di Rumah sakit Besar Kerajaan walaupun dia anak tempatan
bukan Melayu namun dia diketepikan sehingga dia berhasrat berhenti kerja dan ingin
membuka klinik swasta.

Samuel seorang tidak berputus asa terhadap cinta. Contohnya, walaupun cintanya
terkandas bersama Siti Nur, dia cuba untuk memulihkannya semula dengan mengajak
Siti Nur makan di restoran, menjenguk Siti Nur di bilik kerja dan menelefon Siti Nur walau
hanya bertanya khabar tetapi Siti Nur menghornatinya sebagai rakan sekerja. Samuel
juga masih menghadiahkan setangkai bunga ros di harijadi Siti Nur.

Samuel akhirnya mempercayai bahawa agama Islam itu anutan yang paling mulia.
Contohnya, setelah kepergiannya kali kedua ke United Kingdom dan bergaul rapat
dengan pemuda-pemuda Islam dari Malaysia, Samuel telah mendalami selok-belok
agama tanpa pengetahuan ibu bapanya dan Siti Nur. Akhirnya, dia memeluk agama
Islam dengan dikenali sebagai Muhammad Faisal bin Abdullah.

Faisal seorang yang setia dan sangat mencintai Siti Nur. Contohnya, Faisal memberitahu
Siti Nur bahawa dia sangat mencintai Siti Nur dan akan rela berkorban apa saja demi
kesenangan dan kebahagiaan Siti Nur serta sanggup bertukar ganti menggantikan
tempat Siti Nur.

Faisal seorang suami yang memahami. Contohnya, Faisal sering menemani Siti Nur
membuat buku rujukan buku-buku setiap petang dan hujung minggu serta hari-hari
kelepasan awam bagi menghasilkan buku yang sedang ditulis oleh Siti Nur. Faisal juga
telah setia menemani Siti Nur serta keluarganya untuk menunaikan fardhu Haji ke Mekah
pada bulan Zulhijjah bagi menunaikan Hasrat Siti Nur.

9

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

Faisal juga seorang suami yang penyayang. Contohnya, Faisal sentiasa menemani Siti
Nur berehat sambal memicit-micit badan isterinya yang sakit, setelah menerima
kunjungan dari sanak saudara setelah mereka pulang dari menunaikan haji dan setelah
Siti Nur tertidur dibelainya rambut isterinyta yang ikal mayang, didakapnya badan
isterinya yang kian kurus sambil hatinya menangis melihat isterinya yang tercinta.

Faisal juga merupakan seorang pelajar yang mengenang jasa guru. Contohnya, Faisal
menyarankan agar cikgunya Khalid untuk berjumpa dengan ayahnya jikalau memerlukan
bantuan secara peribadi dalam mendirikan bisnes.

Faisal seorang anak yang bertanggungjawab. Contohnya, Faisal akan membawa ibu
bapanya tinggal bersamanya apabila ayahnya keluar dari rumah sakit Kuala Belait nanti
sehinggalah ayahnya pulih.

Faisal seorang anak yang prihatin dan mengambil berat terhadap orang tuannya.
Contohnya, sebaik sahaja menerima berita yang menimpa orang tuannya, dia bergegas
ke kuala Belait dan setibanya di sana terus menemui ibunya di wad 10.

Faisal seorang yang berfikiran kritis dan panjang akal. Contohnya, apabila Faisal
mengetahui keadaan ayahnya yang memerlukan darah jenis O, dia tidak mati akal
apabila kawan-kawan ayahnya tidak seorang pun mahu menderma darah lalu dia
meminta bantuan Marof dan Zul yang kebetulan mempunyai darah dalam kumpulan yang
sama.

SELESAI

10

SASTERA MODEN
NOVEL PENGABDIAN [WATAK & PERWATAKAN SITI NUR & SAMUEL/FAISAL]

Diusahakan Oleh: HUB Teaching Resources 2019-2020
Subject Based Comittee [Kesusasteraan Melayu]

11


Click to View FlipBook Version