POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
MPU23032
PENGAJIAN ISLAM
SESI 2 2021/2022
TAJUK TUGASAN
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
PROGRAM: DDT
NAMA PENSYARAH
USTAZ MOHD FADHIL BIN AZIZ
JABATAN
JABATAN: JTMK KELAS: DDT2B
NAMA PELAJAR NO.MATRIK
1. MUHAMMAD SHAUQI BIN 18DDT21F1025
SHAHIBI
2. AHMAD IQMAL HAKIMI BIN 18DDT21F1046
AHMAD TARMIZI
3. ANAS HAIQAL BIN NOOR 18DDT21F1110
ADZAN
4. MOHD SHAQIFF EZWAN BIN 18DDT21F1086
ILYAS
1
ISI KANDUNGAN PERKARA M/S
PENGHARGAAN 3
BIL. OBJEKTIF KAJIAN 4
1. PENGENALAN 5
2. PENGERTIAN ISLAM 6
3. CABARAN SEMASA 7
4. PENYELESAIAN 11
5. 14
6. KESIMPULAN 15
7. RUJUKAN
8.
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah saya dan ahli kumpulan bersyukur kepada
yang maha Esa kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Saya
ingin mengucapkan kepada pensyarah kursus Pengajian Islam
iaitu Ustaz Mohd Fadhil bin Aziz yang sentiasa memberikan
kami semangat dalam menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan serta ahli ahli
kumpulan saya yang telah memberi kerjasama penuh dan
memberikan komitmen dalam menyiapkan tugasan yang
diberi ini secara menyeluruh. Mereka juga telah memberi
pendapat mereka dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberi kami
semangat serta membantu kami dalam menyiapkan tugas ini.
Kami bersyukur dan amat terhutang budi atas pertolongan ini
kerana ia membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Semoga hasil tugasan ini dapat memberi kesan positif kepada
kita semua dan dapat dijadikan sebagai pengajaran hidup.
3
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kami membuat tugasan ini adalah untuk
mengenal pasti cabaran semasa dalam penyebaran agama
Islam. Secara khususnya objektif kajian bagi penyelidikan ini
adalah seperti berikut:-
1. Kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentan
punca-punca sesetengah umat Islam lalai dengan duniawi.
2. Kami dapat mengenal pasti cabaran-cabaran yang
ditempuhi para umat Islam pada masa kini.
3. Kami dapat menjumpai jalan penyelesaian ataupun inisiatif
yang boleh membantu mengatasi ataupun mengurangkan
kesusahan dalam menempuhi cabaran-cabaran ini.
4. Kami juga dapat kesedaran tentang betapa mudahnya
umat Islam jatuh dalam menempuhi cabaran-cabaran semasa
ini.
4
PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kemajuan teknologi semakin
lama semakin berkembang hasil kebijaksanaan para manusia
serta budaya-budaya atau ‘trend’ baharu telah dicipta oleh
masyaraka terutama golongan generasi muda ini telah
banyak memberi impak yang positif dalam kehidupan
seharian. Namun, walaupun terdapat banyak kesan-kesan
positif daripada perkara tersebut, terdapat juga banyak kesan
negatif yang diperolehi masyarakat terutama umat Islam.
5
PENGERTIAN ISLAM
Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah SWT
kepada Nabi Muhammad ﷺyang digelar Rasululllah iaitu
utusan Allah SWT. Perkataan Islam berasal dari Bahasa Arab
yang bererti sejahtera, aman dan harmoni. Penganut Islam
dipanggil Muslim (orang Islam) serta Muslimin (lelaki Muslim)
dan Muslimat (perempuan Muslim). Agama Islam
bertuhankan Allah SWT dan menggunakan kitab suci Al-
quran (wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril) serta hadis
(perkataan dan perbuatan para nabi terutama Nabi
Muhammad )ﷺsebagai sumber rujukan mereka tentang
agama Islam.
6
CABARAN SEMASA
1.0 ISLAMOFOBIA
Pada zaman kini, agama Islam digeruni sebilangan
masyarakat kerana imej umat Islam yang telah dicemar.
Kebanyakkan pengganas telah menggunakan nama agama
islam kononnya sebagai tujuan perjuangan mereka
sedangkan mereka sebenarnya telah terpesong dari ajaran
sebenar islam itu sendiri.
Jadi, perkara ini telah membawa kepada islamophobia.
Islamophobia itu merupakan ketakutan, kebencian atau
prejudis terhadap agama Islam kerana dianggap sebagai
sumber keganasan.
Islamophobia lebih diperhebatkan dengan media-media
dan maklumat palsu yang menyiarkan sentiment-sentimen
negatif untuk memesongkan akidah, pemikiran dan persepsi
masyarakat terhadap Islam.
2.0 Pandangan serong masyarakat non-muslim terhadap
muslim di Malaysia
Pada zaman serba moden ini pelbagai perkara yang
boleh berlaku. Antaranya orang barat yang menuduh umat
Islam menyembah berhala seperti agama mereka. Dengan
kata lain, mereka menganggap Islam ada Tuhan lain
melainkan Allah. Tuduhan ini berdasarkan Kaabah di Makkah.
Sedangkan Kaabah itu adalah sebagai satu simbolik dalam
Islam. Hal ini dapat dibuktikan kerana manusia pernah naik di
atas Kaabah itu. Berbeza pula dengan agama mereka kerana
7
berhala yang mereka sembah itu tidak boleh dipijak. Jelas
menunjukkan Islam bukan seperti mereka sangkakan itu.
Selain itu, melabelkan Islam melakukan diskriminasi
dalam pengenaan jiyziah. Jiyziah ialah cukai yang dikenakan
ke atas orang-orang kafir yang menetap di negara Islam dan
mentaati undang-undang negara Islam. Contohnya kafir
harbi, mengikut buku Muhammad Qutb yang dikarang oleh
Yusoff Zaky Yacob, Jiyziah itu hanya dikenakan ke atas setiap
orag lelaki yang berkuasa membayar perkhidmatan dan juga
kelompok orang-orang kristian adalah dibebaskan dari
bayaran jiyziah apabila mereka massuk ke dalam
perkhidmatan tentera. Berdasarkan dari kenyataan ini
jelaslah bahawa persoalan jiyziah bukanlah persoalan
diskriminasi terhadap orang-orang yang bukan Islam, malah
menjadi persoalan di sini ialah perkhidmatan tentera. Sesiapa
yang menunaikan perkhidmatan ini akan dibebaskan
daripada membayar jiyziah atau disebaliknya iatu tanpa
diperhitungkan agama mereka anuti.
Firman Allah berbunyi, “ perangilah mereka yang tidak
beriman kepada Allah dan hari akhirat dan
tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah
dan RasulNya dan tidak menganuti agama yang benar hingga
mereka membayar jiyziah dengan patuh dan tunduk.” ( Surah
al-Taubat, ayat 29 ).
8
3.0 Anggapan Islam agama keganasan
Tuduhan ini mula popular dan semakin mendapat
tempat selepas berlakunya peristiwa hitam 11 September
2001 apabila sekumpulan pemuda disyaki beragama Islam
merampas kapal terbang penumpang di Amerika Syarikat dan
merempuh bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York
yang menyebabkan lebih 6,000 orang mati. Selepas peristiwa
tersebut, berlaku pula beberapa siri letupan bom di seluruh
dunia terhadap kepentingan Amerika yang juga disyaki
dilakukan oleh beberapa kumpulan pemuda Islam. Bermula
daripada peristiwa-peristiwa tersebut, anggapan bahawa
Islam merupakan agama yang mengajar keganasan mula
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bukan Islam
seluruh dunia.
Tohmahan ini adalah salah sama sekali. Tentulah tidak
tepat untuk menghukum agama yang telah pun wujud
semenjak hampir 1,500 tahun dahulu dan telah memberikan
sumbangan yang besar terhadap keamanan dan kemajuan
tamadun dunia dengan hanya berdasarkan kepada satu atau
beberapa peristiwa yang hanya disyaki dilakukan oleh
segolongan kecil penganutnya pada zaman mutakhir ini.
Islam telah pun wujud hampir 1,500 tahun dahulu. Dalam
tempoh tersebut, Islam telah membuktikan bahawa ia adalah
agama yang sangat mementingkan keamanan dan
keselamatan manusia seluruhnya. Pada zaman keagungan
Islam, masyarakat manusia pelbagai agama telah hidup
dengan aman dan makmur di bawah pemerintahan Islam.
Mereka bukan sahaja menikmati kehidupan yang bahagia
9
sebagai rakyat biasa, malah ada antara mereka yang dilantik
sebagai pembesar atau menteri yang diberikan kuasa-kuasa
tertentu dalam pemerintahan negara Islam.
10
CARA PENYELESAIAN UNTUK CABARAN DALAM
PENYEBARAN ISLAM
1.0 PENYELESAIAN ISLAMOFOBIA DARI AGAMA LUAR
Memperbaiki imej dengan kembali kepada ajaran islam
yang sebenar dengan cara mengamalkan cara hidup islam
secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.
Memperkukuhkan dan memantapkan akidah Islam dalam diri
umat Islam supaya agama lain menghormati kita. Sentiasa
mendalami ilmu agama dan menuntut ilmu sepanjang masa,
agar kita dapat menaikkan martabat agama apabila
berhadapan dengan orang bukan Islam. Mempamerkan sisi
indah Islam yang kurang diperlihatkan, kerana Islam adalah
agama yang cintakan kedamaian dan kebaikan, dan bencikan,
sesuatu yang boleh membawa kemusnahan atau kekacauan.
Mengingatkan semua manusia bahawa Islam memberi
keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan,
pangkat dan keturunan seseorang.
2.0 Penyelesaian pandangan serong masyarakat non-muslim
terhadap muslim di Malaysia
Islamophobia dapat diatasi dengan cara meyakinkan
bahawa Islam itu agama yang benar. Kita perlu cuba sebaik
mungkin selagi tidak mengancam nyawa kita. Jika, kita
didapati diancam oleh Islamophobia, kita perlu melaporkan
kepada pihak berkuasa tempatan, kerana terdapat undang-
undang bahawa Islamophobia adalah salah disisi undang-
undang.
11
3.0 Penyelesaian anggapan Islam agama keganasan
Bukti keadilan Islam juga dapat dilihat dalam banyak
peristiwa semasa Peperangan Salib antara tentera Islam
dengan tentera Kristian. Para sejarawan termasuk dari Barat
mencatatkan bahawa semasa pakatan tentera Kristian dari
seluruh Eropah menawan Constantinople yang ditadbir oleh
pemerintah Islam, mereka membunuh hampir 80,000
penduduk Constantinople dan semua masjid diruntuhkan.
Menurut catatan sejarah, jalan raya Constantinople seolah-
olah menjadi sungai darah dengan bahagian-bahagian tubuh
badan manusia yang telah dipotong-potong dapat dilihat di
merata tempat. Bagaimanapun apabila tentera Islam berjaya
menawan kembali Constantinople dari tentera Kristian lebih
70 tahun selepas itu, dilaporkan bahawa tidak ada darah
orang awam baik yang beragama Islam mahupun yang
beragama Yahudi atau Kristian yang gugur dan tiada satu pun
gereja yang diruntuhkan. Begitu juga apabila tentera Islam
terpaksa berundur dari Sepanyol selepas mentadbir negara
itu untuk sekian lama, orang Yahudi juga turut mengikut
tentera Islam untuk berundur dan kembali ke Timur Tengah.
Mereka lebih selesa dan merasa lebih selamat untuk tinggal
di bawah pemerintahan Islam daripada berada di bawah
pemerintahan tentera Kristian.
Malah, banyak ayat al-Qur’an yang melarang umat Islam
daripada bermusuhan dengan orang bukan Islam kecuali jika
mereka dahulu yang memulakan permusuhan. Selain itu,
Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan contoh yang sangat baik
dalam hal ini. Semasa Baginda memerintah negara Islam
Madinah, kota Madinah turut didiami oleh orang bukan
12
Islam. Namun, Baginda telah mewujudkan satu kontrak sosial
yang dikenali sebagai Piagam Madinah yang menjamin hak-
hak orang bukan Islam dalam negara Islam Madinah untuk
hidup dengan aman damai dan menjalani ajaran agama
mereka tanpa gangguan.
Ajaran al-Qur’an dan petunjuk al-Sunah inilah yang
memandu masyarakat Islam dalam membentuk sikap dan
hubungan yang baik serta adil dengan masyarakat bukan
Islam pada sepanjang sejarah. Dengan itu, beberapa
peristiwa yang berlaku mutakhir ini tidak wajar dijadikan asas
untuk mendakwa Islam sebagai agama keganasan yang tidak
toleran.
13
KESIMPULAN
Kesimpulannya,terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi
para Muslim pada era globalisasi ini. Dijamin cabaran-
cabaran semasa ini akan kian bertambah pada masa yang
akan datang dan menjadi semakin sukar untuk ditempuhi.
Para Muslimin dan Muslimat dinasihatkan untuk menguatkan
lagi Iman yang berada di dalam hati masing-masing dengan
mendalami serta menghayati lagi ajaran agama Islam. Para
Muslimin dan Muslimat juga dinasihatkan agar tidak lupa
dengan kewajipan sebagai seorang Muslim.
14
RUJUKAN
1. http://azharjin.blogspot.com/2009/04/pengertian-dan-
maksud-islam.html
2. https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-
faham-terhadap-islam/
3. https://prezi.com/xmz-dqj7xxom/salah-faham-terhadap-
islam/
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muslim
15