PENGURUSAN
SUMBER ALAM
SECARA LESTARI
MENGIKUT PERSPEKTIF
AL QU
RAN
&
AS SUNNAH
IIX 1004
KUMPULAN 4
AHLI KUMPULAN
PENGENALAN
Definisi :
Sumber alam ialah anugerah yang dikurniakan oleh
Allah kepada manusia dan juga kehidupan lain demi
kepentingan dan kebaikan makhluk itu sendiri
disamping mengabdikan diri kepada Allah SWT. Telah
disebut di dalam Al-Quran:
َوَم ا َخَلْق ُت اْلِج َّن َواِاْلْنَس ِااَّل ِلَيْع ُبُدْو ِن
“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepada-Ku.”
(Adz-Dzaariyat : 56)
Alam terdiri daripada beberapa elemen iaitu udara,
tanah dan air. Kebergantungan makhluk terhadap alam
sekitar amat besar. Udara yang bersih penting bagi
pernafasan yang baik serta menjamin kesihatan yang
memuaskan.Tanah yang subur pula penting untuk
mendapat hasil pertanian yang baik dan bermutu
tinggi. Seterusnya, air yang bersih penting bagi
menampung kehidupan manusia seperti sebagai air
minuman, haiwan, bercucuk tanam dan sebagainya .
Terdapat juga hadith tentang penanaman pokok
daripada Anas bin Malik RA berkata bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda :
َط ْيٌر َأْو َفَيْأُكُل ِم ْنُه،َزْرًع ا َأْو َيْزَرُع،َغ ْرًس ا
ِإْنَس اٌن َلُه ِبِه َص َدَقة ِإاَّل َكاَن،َبِه يَم ٌة َيْغ ِرُس ُم ْس ِلٍم َم ا ِم ْن
َأْو
“Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam
kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau
binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai
sedekah.”
(Riwayat Al-Bukhari)
Hadith di atas telah menunjukkan bahawa penanaman
pokok amat penting dilakukan oleh manusia disamping
sebagai sumber sedekah, makanan dan sebagainya,
pokok atau tanaman akan menjadi tempat berlindung
daripada terik matahari serta mengekalkan suasana
kehijauan yang menyegarkan alam sekitar.
Bagaimana pula dengan penjagaan alam sekitar?
Penjagaan alam sekitar yang bersih dan segar adalah amat
penting bukan sahaja menjadi lambang keindahan negara
tetapi juga akan memberi banyak manfaat kepada manusia.
Pencemaran alam akan menjadikan negara terjejas
seterusnya menjurus kepada negara yang tidak
membangun.Islam sangat mengambil berat tentang
kebersihan, keindahan dan kebaikan kerana Allah SWT
amat menyukai kebaikan, kesucian dan keindahan. Sabda
Rasulullah s.a.w :
ِإَّن َهَّللا َط ِّيٌب ُيِح ُّب الَّط ِّيَب َنِظ يٌف ُيِح ُّب الَّنَظ اَفَة َكِريٌم ُيِح ُّب اْلَكَرَم َجَواٌد
ُيِح ُّب اْلُجوَد
(Riwayat At-Tirmizi)
Kesimpulannya, alam sekitar yang bersih dan segar juga
penting dalam pertumbuhan mental dan fizikal yang baik
disamping mendidik generasi muda dengan sifat-sifat yang
baik.
DALIL PEMBUKTIAN SUMBER ALAM
DARI AL QURAN DAN AS SUNNAH
Majoriti para sarjana Islam mendapati elemen kelestarian
dari pespektif Islam menekankan kepada faktor insaniah
iaitu manusia sebagai khalifah yang dipertanggungjawabkan
menguruskan alam ini dengan baik sebagai faktor utama
kelestarian. idea pembangunan lestari dari sudut kerangka
Islam sedikit berbeza dengan idea pembangunan lestari
dalam pemikiran barat di mana idea barat terdorong untuk
menekankan kepada pulangan material serta tidak
menekankan kepada aspek jiwa (kekurangan kerohanian).
Sedangkan dalam Islam penekanan nilai mulia di kalangan
manusia untuk mengimbangi antara tuntutan duniawi
dengan kefasihan melalui perkembangan dualisme yang
rohani dan jasmani.
Idea kelestarian ini merupakan sistem yang dibawa oleh Nabi
Muhammad (SAW) kepada manusia untuk menjaga alam ini
sesuai dengan ayat Al-Qur'an yang telah menyatakan bahawa
manusia ditugaskan sebagai khalifah Allah di bumi. Yakni
dalam surah al Baqarah ayat 30 :
َوِاْذ َقاَل َرُّبَك ِلْلَم ٰۤلِٕى
َجاِع ٌل ِفى اَاْلْرِض َخِلْيَفًة ۗ َقاُلْٓوا َاَتْجَعُل ِفْيَه ا َاكلِِةّدَِماِّۤناَْۚءي ُّيْف ِس ُد ِفْيَه ا َوَيْس ِفُك
َم ْن َلَك ۗ َقاَل ِاِّنْٓي َو ُنَق ِّدُس ِد َك َِّتبُْعحَلُِمبَْوحَْمن ُنَس َوَنْحُن
َاْع َلُم ا اَل َم
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para“
Malaikat, “Aku hendak mnejadikan khalifah dibumi.” Mereka
berkata “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang
merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami
bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia
berfirman,Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui
Manusia yang dilantik sebagai khalifah hendaklah
menguruskan alam sekitar ini dengan adil dan cekap tidak
dibenarkan untuk melakukan kerosakan (perbuatan keji,
)mungkar dan kezaliman
Bahkan dalam hadith Rasulullah SAW ada menyatakan
berkenaan penjagaaan alam sekitar seperti penjagaan air,
udara, tanah, haiwan dan tumbuhan. Sepertimana dalam
hadith berkaitan penjagaan air iaitu :
ْاْنلَمَأِابِءي َيع،َأَِحسُديُِكرْميَنِف لَعَيُِبنوَلاَْبّنِن.ا،َ"َتسَِعلسْمنُ َلقِهاَِمَْلنشُهاٍ"م،ااَلَحلَّدّلداهَِثئَِنمعالُثََيّجمِهرَييٌْوغر ، ُزَهْيُر ْبُن َحْرٍب َوَحَّدَثِني
َعِن الَّنِبِّي صلى ،ُهَرْيَرَة
Abu Hurairah melaporkan Rasulullah ﷺ
bersabda: Janganlah salah seorang di antara kamu buang air
kecil di dalam air yang bertakung, kemudian mandi di
dalamnya
)Sahih Muslim(
Disini kita dapat lihat,
Rasulullah SAW melarang umatnya untuk membuat
kerosakan terhadap air dimana air merupakan sumber yang
amat penting bagi manusia. Sekiranya ia telah dicemari akan
memberi impak yang buruk kepada manusia itu sendiri
dimana mungkin akan berlakunya pencemaran air dan kita
tidak dapat menggunakannya untuk kegunaan harian
CONTOH - CONTOH PENGURUSAN SUMBER
ALAM
CONTOH 1 : PENGURUSAN AIR DAN SISA AIR
Dasar Sumber Air Negara (National Water Resources Policy),
22 Februari 2012.
Dasar ini memberikan penekanan terhadap perolehan
sumber air bagi memenuhi keperluan manusia dengan cara
mengoptimumkan potensinya dan meminimumkan
pembaziran sumber air.
Kerajaan Pulau Pinang mengenakan surcaj pemuliharaan air
(SPA) sebanyak RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan
melebihi 35,000 liter sebulan sebagai mekanisme
mengelakkan pembaziran penggunaan air domestik sebagai
sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan
penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat.
Terdapat hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa
manusia berkongsi tiga perkara; air, api dan rumput. Dapat
dilihat daripada hadis ini bahawa Islam amat menitikberatkan
soal perkongsian hak, kebersamaan dan tanggungjawab bagi
mengekalkan sumber air agar ia dapat terus menyokong
keperluan populasi manusia dan alam sekitar. Bagi menjaga
kepentingan kedua pihak, praktis semasa juga selari dengan
prinsip Islam iaitu memastikan pengurusan yang cekap dan
berkesan dalam aspek pemuliharaan, pengurusan dan
peruntukan air yang mencukupi serta selamat untuk manusia
dan alam sekitar.
CONTOH 2 : PENGURUSAN SAMPAH
Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016/ Akta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
Melalui dasar ini, pengurusan sisa pepejal dilaksanakan secara
holistik meliputi perancangan, kutipan, rawatan dan pelupusan
yang berteraskan konsep waste management hierarchy.
Melaksanakan kaedah 3R (Reduce, Reuse, Recycle).Kaedah ini
dapat mengurangkan sisa pepejal domestik, komuniti dan
komersial.
Pengurusan sisa buangan yang efektif adalah selari dengan
kaedah fiqhiyyah yang bertujuan menghindarkan bahaya,
kemudaratan dan ketidakselesaan kepada orang lain
khususnya jiran terdekat. Ini adalah selari dengan hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang itu tidak akan
masuk syurga jika jirannya tidak merasa selesa (aman) daripada
tindakan-tindakan salahnya” (Sahih Muslim 1929). Justeru, ia
wajar diimplementasikan dalam kehidupan berkomuniti pada
hari ini.
CONTOH 3 : PENGURUSAN SISA KUMBAHAN
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Kawalan BuanganTerjadual
(Seksyen 34B)
Dalam akta kualiti Alam sekeliling 1974, ditetapkan larangan
terhadap penempatan, perletakan, dan sebagainya dalam
kategori buangan terjadual. Denda tidak melebihi RM500 ribu
atau penjara tempohtidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
akan dikenakan kepada pihak yang melanggar larangan ini.
Pelaksanaan sistem eSWIS yang menguruskan SOP
pengurusan sisa pepejal secara bersepadu bagi memudahkan
pihak komuniti dan industri.
Islam menyokong usaha penjagaan dan kemajuan
pembangunan strategik dan mapan sebagaimana dilaksanakan
oleh pihak berautoriti tanpa melenyapkan nilai kebersihan dan
keselamatan komuniti. Solusi pengurusan sisa kumbahan
bersepadu dan baik dalam pengurusan sisa kumbahan akan
mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan kondusif
untuk didiami.
CONTOH 4 : PENGURUSAN KUALITI UDARA
Akta 127, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; Kaedah-
kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompaun
Kesalahan-kesalahan) (Pembakaran Terbuka) 2000
Akta ini mengawal selia pengurusan kualiti udara yang
boleh boleh membawa risiko pencemaran udara dan
masalah perubahan cuaca.
Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) yang
diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air (KeTHHA) mempunyai peranan strategik
dalam mencapai autonomi tenaga dan menangani
perubahan cuaca.
Penekanan terhadap penjagaan kualiti udara dengan
cara menghindarkan pencemaran bau adalah dapat
difahami secara tersirat daripada beberapa hadis Nabi
SAW. Antaranya, Nabi SAW pernah bersabda: Sesiapa
yang makan dari pohon yang tidak sedap ini iaitu
berbau busuk maka janganlah dia mendekati masjid
kami kerana para malaikat juga akan terhidu bau busuk
sebagaimana manusia. (Riwayat Muslim). Bau busuk
boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang
sekeliling dan memudaratkan mereka.
CONTOH 5 : PENGURUSAN TERHADAP HAIWAN
Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan
dan pemuliharaan hidupan liar dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang
(RUU) Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 yang akan
memperkasa aspek penguatkuasaan undang-undang dan
pemuliharaan hidupan liar di negara ini.
Memperincikan pindaan ke atas Akta 716 itu, ia menetapkan
denda maksimum bagi kesalahan berat seperti pemburuan
haram hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti
harimau belang, harimau kumbang, harimau dahan, kambing
gurun dan seladang ditingkatkan daripada RM500,000 kepada
RM1 juta.
Jika binatang-binatang dibunuh dan diseksa dengan
sewenang- wenangnya, sudah tentu alam sekitar akan
tercemar dengan bangkai binatang yang bergelimpangan. Ini
sudah tentu akan mencemarkan dan mengganggu kehidupan
di muka bumi, terutama manusia. Bagi mengelakkan
pencemaran dan kerosakan alam di muka bumi ini, berbagai-
bagai larangan dan teguran telah dinyatakan oleh Allah SWT.
dan Rasul-Nya.Nabi pernah bersabda bahawa :Seorang
perempuan diazab karena menyiksa seekor kucing yang diikat
sampai mati. Allah pun memasukkannya ke neraka.
Perempuan itu tidak memberikan makan atau minum ketika
mengurungnya. Tidak juga membiarkannya mencari makan
dari serangga-serangga di bumi. (Riwayat Bukhari Muslim)
CONTOH 6 : PENGURUSAN TERHADAP TUMBUH - TUMBUHAN
Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran,
pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan
perhutanan dalam Negeri di Malaysia dan bagi maksud yang
berkaitan.
Majlis Tanah Negara (MTN) dalam satu kenyataan hari ini,
bersetuju dengan pelaksanaan pindaan Akta Perhutanan
Negara 1984 (Akta 313), yang antara lain bertujuan
memperketatkan proses pewartaan keluar dan penggantian
Hutan Simpan Kekal (HSK).
Setiap orang dilarang menebang pokok-pokok,terutama pokok
yang berbuah dan memberi manfaat kepada manusia. Dalam
hal ini, Allah telah berfirman dalam surah al-hasyr ayat 5: Apa
yang kamu tebang di antara pohon kurma (milik orang-orang
kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas
pokoknya, maka (itu terjadi) dengan izin Allah; dan karena Dia
hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik. Ini
menunjukkan walaupun semasa peperangan memotong
pokok kurma harus dipertimbangkan manfaatnya. Jika
ditebang dapat melemahkan musuh, hendaklah pokok itu
ditebang.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,sebagai manusia yang berhemah kita mestilah
bersama-sama mengamalkan konsep pengurusan sumber alam
secara lestari dengan mengamati dan menelusuri dalil2 dan
firman Allah berkaitan isu ini.Kita seharusnya sedar bahawa
penjagaan alam ini merupakan suatu tanggungjawab dan tidak
wajar mengabaikannya.Kita juga hendaklah menjaga dan
memelihara segala ciptaan Allah di muka bumi ini sebagai tanda
taat dan syukur kita kehadratnya.Alam ini adalah milik Allah
justeru bukti kepada keagungan dan kekuasaanya maka kita
perlu berlaku adil dan cermat dalam pengunaannya.
Allah SWT mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam
semesta, agar terbuka pikirannya serta meyakini bahwa kejadian
alam semesta yang penuh dengan keindahan ada yang
menciptakannya.
Allah juga memiliki kekuasaan untuk mengadili seluruh manusia
setelah mereka dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di
hari mahsyar. Itulah kekuasaan Allah yang tidak dapat ditandingi
oleh raja-raja dan penguasa-penguasa pada hari Kiamat
kekuasaan hanya di tangan Allah Kemudian Allah memberikan
keterangan tentang kekuasaan-Nya, untuk memberikan
pengertian kepada seluruh manusia bahwa tidak ada sesuatu
pun yang terlepas dari pengetahuan-Nya.
Allah mengetahui seluruh alam, baik yang tampak ataupun yang
tidak, mengetahui perbuatan yang dilakukan secara terang-
terangan ataupun yang dilakukan secara rahasia. Dia sangat
bijaksana menciptakan segala sesuatu secara serasi dan
harmonis sesuai dengan fungsinya.
Kami akhiri dokumentari ini dengan kalam Allah dari surah Al
Anحُّۗقaَلmُْه اaو ُلyْقaَ tُۚن7كْو3ُي:ََوُهَو اَّلِذْي َخَلَق الَّس ٰم ٰو ِت َواَاْلْرَض ِباْلَحِّۗق َوَيْو َم َيُقْو ُل ُكْن َف
َوَلُه اْلُم ْلُك َيْو َم ُيْنَفُخ ِفى الُّص ْو ِۗر ٰع ِلُم اْلَغ ْيِب َوالَّش َه اَدِة َوُهَو اْلَحِكْيُم اْلَخِبْيُر
“Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan hak (benar),
ketika Dia berkata, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. Firman-
Nya adalah benar, dan milik-Nyalah segala kekuasaan pada
waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang
nyata. Dialah Yang Mahabijaksana, Mahateliti.
SUMBER RUJUKAN
Ansari, Abdul Haseeb, Perveen Jamal & Oseni,U.(2012).
Sustainable development:Islamic dimension with special
reference to conservation of the environment. Advances in
Natural and Applied Sciences, 6(5): 607-619.
Mohd Yaseen Gada. (2014). Environmentalethics in Islam:
Principles and perspectives.World Journal of Islamic History and
Civilization, 4 (4): 130-138, 2014. ISSN 2225-0883. doi:
10.5829/idosi.wjihc.2014.4.4.443© IDOSI Publications, 2014.
Norhibah Hasan Zawawi.(1999). Konsep Islam Terhadap
Pemuliharaan Alam Sekitar. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dasar Sumber Air Negara National Water Resources Policy (22
Februari 2012), https://wk.kats.gov.my
Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 672), Diambil dari, http://jpspn.kpkt.gov.my
Akta 127, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,Diambil dari,
https://www.doe.gov.my/
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Diambil dari,
https://www.wildlife.gov.my
TERIMA
KASIH