The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by samisahleesiong, 2020-10-20 01:46:40

MODUL PdPR SAINS TH 3 - SISTEM SURIA

MODUL PdPR SAINS TH 3 - SISTEM SURIA

SK TANJONG BATU,
TAWAU

DI SEDIAKAN OLEH :

PENGENALAN

Penutupan sekolah akibat penularan Covid -19 pada tahun ini, sedikit sebanyak menggusarkan
ibu bapa, pelajar dan guru kerana sesi pembelajaran secara tidak langsung juga terhenti. Di
sebalik ketiadaan pembelajaran formal dalam kelas, terdapat inisiatif melaksanakan sesi
atau aktiviti pembelajaran secara digital namun, sama ada guru ataupun murid sekolah tidak
terbiasa dengan pembelajaran digital. Cabaran menjadi lebih besar bagi mereka yang
kemudahan infrastrukturnya kurang lengkap bagi sesi pembelajaran secara dalam talian.
Keadaan semasa ini telah memaksa warga pendidik dan pihak pentadbiran mencari
alternative lain bagi membantu murid supaya tidak tercicir atau ketinggalan terlalu jauh
dalam mendapatkan Pendidikan.

Oleh itu, membangunkan Modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah merupakan salah
satu kaedah untuk membantu murid supaya terus mendapatkan akses kepada Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran walaupun mereka tidak dapat ke sekolah. Kerjasama padu
antara ibu bapa dan guru amat diperlukan bagi menjayakan objektif sebenar Modul ini
diadakan.

Modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ini adalah khas untuk murid Tahun 3, yang
diadaptasi daripada DSKP PPK Sekolah Rendah Tahun 3, Buku Teks Sains Tahun 3 (semakan
2017) dan disejajarkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan, dalam tajuk Sistem Suria.
Latihan dan lembaran kerja yang terdapat dalam modul ini hendaklah disiapkan oleh murid
secara berperingkat dengan panduan dan saranan guru. Ini akan digunakan sebagai evidens
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi setiap murid.

Sekian, terima kasih.

SAMISAH LEE SIONG
GURU SAINS TH 3

OBJEKTIF

1. Murid dapat menyatakan bahawa setiap planet dalam Sistem Suria
beredar mengelilingi matahari pada laluan masing-masing, yang
dipanggil orbit.

2. Murid mengetahui bahawa masa untuk sesebuah planet mengelilingi
matahari adalah bergantung kepada jarak planet tersebut daripada
matahari.

NAMA : ______________________________________
KELAS : ______________________________________
NO MY KID : __________________________________
NAMA GURU : _________________________________

TEMPOH PERLAKSANAAN : 26 – 30 OKTOBER 2020

P–E–N–T–I–N-G

PANDUAN IBU BAPA:

1. Setiap murid akan mendapat satu Modul setiap minggu.
2. Setiap Modul mengandungi bahan pembelajaran untuk hari Isni – Jumaat.
3. Murid dikehendaki menyiapkan tugasan mengikut jadual yang sudah

ditetapkan.
4. Ibu bapa perlu membimbing murid menyiapkan tugasan yang diberi.
5. Tuliskan Nama, Tarikh dan Masa tugasan disiapkan bagi memudahkan

semakan.
6. Ibu bapa / penjaga perlu menandatangani setiap lembaran kerja yang

telah disiapkan.
7. Ibu bapa / Penjaga hendaklah menghantar gambr tugasan yang sudah

disiapkan untuk semakan guru.
8. Hasil tugasan murid akan menjadi bahan bukti dalam pengisian rekod

pentaksiran murid.

ORBIT PLANET

1. Setiap planet beredar mengelilingi matahari mengikut laluan masing-
masing.

2. Laluan planet ini dipanggil orbit.
3. Orbit ialah laluan bayangan planet ketika mengelilingi matahari.
4. Orbit planet berbentuk elips atau bulat bujur.
5. Oreri ialah sejenis jam yang direka oleh George Graham untuk

menunjukkan kedudukan bandingan dan pergerakan planet dalam Sistem
Suria.

Orbit

Tarikh 21 OKTOBER 2020

Masa 07.40 – 08.40 am

Mata Pelajaran SAINS TAHUN 3

Tema BUMI DAN ANGKASA

Standard 9.1 – SISTEM SURIA

Kandungan

Standard 9.1.3 Memerihalkan planet beredar mengelilingi Matahari

Pembelajaran mengikut orbit.

Objektif Pada akhir Pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat

Pembelajaran menyatakan bahawa setiap planet dalam Sistem Suria beredar

mengelilingi matahari pada laluan masing-masing, yang

dipanggil orbit.

Tahap Penguasaan TP 4 : Mengitlak bahawa planet beredar mengelilingi Matahari

mengikut orbit masing-masing.

NAMA : _____________________________ KELAS : _____________

MEMBINA MODEL ORERI SISTEM SURIA

Tuliskan urutan nombor yang betul bagi langkah mereka cipta Model Oreri Sistem Suria.

Tebuk lubang di hujung setiap Lekatkan gambar planet di hujung
jalur dan di bawah cawan kertas. jalur mengikut urutan.

Lekatkan gambar matahari di Gabungkan semua jalur pada cawan
tengah model dan labelkan. kertas.

Potong kertas kepada lapan jalur Lukis dan potong gambar matahari
yang berlainan Panjang. dan planet

NAMA : _________________________ TARIKH : ____________
Jawab soalan-soalan di bawah.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan planet mengelilingi matahari.

1. Bagaimanakah planet beredar mengelilingi matahari dalam Sistem
Suria?
Melalui _____________________________________________

2. Apakah nama bagi laluan planet mengelilingi matahari?
________________________________________________________________________________

3. Planet manakah mempunyai orbit paling kecil?
__________________________________________________

4. Planet manakah mempunyai orbit paling besar?
________________________________________________________________________________

MASA PEREDARAN PLANET

1. Masa peredaran ialah masa yang diperlukan oleh sesebuah planet untuk
satu pusingan lengkap mengelilingi matahari.

2. Masa yang diambil untuk setiap planet membuat satu peredaran lengkap
mengelilingi Matahari adalah berbeza.

3. Semakin bertambah jarak kedudukan sesebuah planet dari Matahari,
semakin bertambah masa yang diambil oleh planet tersebut untuk
beredar mengelilingi Matahari.

Tarikh 23 OKTOBER 2020

Masa 07.40 – 08.40 am

Mata Pelajaran SAINS TAHUN 3

Tema BUMI DAN ANGKASA

Standard 9.1 – SISTEM SURIA
Kandungan

Standard 9.1.4 Menghubung kait kedudukan planet dari Matahari
Pembelajaran dengan masa planet beredar mengelilingi Matahari.

Objektif Pada akhir Pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat
Pembelajaran menyatakan hubungan antara kedudukan planet dengan masa
planet tersebut mengelilingi matahari.
Tahap TP 5 : Merumuskan hubungan antara kedudukan planet dari
Penguasaan
Matahari dengan masa planet beredar mengelilingi
Matahari.

NAMA : ____________________________ TARIKH : ____________

Jawab Soalan di bawah.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan planet dalam Sistem Suria.

1. Planet apakah yang paling jauh daripada matahari?
______________________________________________________________________________

2. Planet apakah yang paling hampir dengan matahari?

3. Susun masa peredaran antara Utarid, Bumi dan Neptun mengelilingi matahari
mengikut tertib menaik.

4. Apakah hubungan antara kedudukan planet dengan masa planet beredar mengelilingi
matahari?
______________________________________________________________
______________________________________________________________

RESPOND IBU BAPA / PENJAGA

1. Masalah yang dihadapi ketika membimbing anak menyelesaikan tugasan.

__________________________________________________________________

2. Masalah pembelajaran anak yang dikenal pasti oleh ibu bapa / penjaga.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

RESPOND IBU BAPA / PENJAGA

3. Cadangan penambahbaikan di masa akan datang.

Tandatangan ibu bapa / penjaga :
______________________________________
No Telefon : ____________________________

Click to View FlipBook Version