S E M E S R A SSEEKKOOLLAAHH MMEENNEENNGGAAHH KKEEBBAANNGGSSAAAANN SSUURRAA 2233000000 DDUUNNGGUUNN,, TTEERREENNGGGGAANNUU DOKUMEN KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM) DOKUMEN KETETAPAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
Pengurusan Hal Ehwal Murid 1.0 PENGENALAN Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Hal ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan dan guru kelas tingkatan 1 juga daftar murid dalam buku daftar sekolah secara manual. Menanda kehadiran murid pada setiap hari persekolahan sebelum pukul sebelum 9.00 pagi. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, Badan Disiplin merekod salahlaku ini dalam SSDM. E-Kehadiran hendaklah ditandakan mengikut arahan dalam APDM. Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan maklumat pelajar dalam APDM sentiasa dikemaskini. Guru subjek masa pertama akan melapor kehadiran murid (group Whatsapp guru kelas) dan guru kelas akan memasukkan data kehadiran murid ke dalam e-Kehadiran APDM sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari persekolahan. E-Kehadiran hendaklah disahkan oleh Guru kelas setiap hujung bulan. 2.0 KETETAPAN PENGURUSAN KELAS 2.1 E-Kehadiran dalam APDM a. b. c. d. e. f.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing (levi) sebanyak RM240.00 bagi sekolah menengah setiap tahun wajib dibayar kepada JPNT terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada Tuan Pengetua. MBWN tidak layak menerima pinjaman buku teks. 3.0 KETETAPAN KEMASUKAN MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN) a. b.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas menerima murid baharu daripada GPK HEM. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh GPK HEM terlebih dahulu). GPK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM) dan Borang Aplikasi Pangkalan Data Murid dilengkapkan oleh ibu bapa / penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama Borang SMM dan Borang APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat lengkap dan terkini. Murid baharu akan diserahkan kepada Kaunselor untuk tujuan motivasi dan hal-hal yang berkaitan. Guru Kelas akan mendaftar data murid baharu dalam Sistem APDM. Manakala Guru Data akan mengemaskini data muridmurid baharu. 4.0 KETETAPAN PENDAFTARAN MURID BAHARU a. b. c. d.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas perlu mencatat maklumat / butiran perpindahan murid. Bagi pertukaran keluar, GPK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan (di luar zon-rujuk SPBT) dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut. Perubahan semasa, murid boleh membawa bersama-sama buku teks ke sekolah bantuan penuh kerajaan. Guru Kelas membuat catatan tentang buku teks dalam borang pinjaman buku teks. Semua dokumen yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baharu. Sijil Berhenti Sekolah hanya dikeluarkan kepada murid tingkatan 5. Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan Sijil Berhenti Sekolah selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib. 5.0 MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH a. b. c. d. e. f.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada: Ketua Kelas Penolong Ketua Kelas AJK Kebersihan AJK Keceriaan Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut: Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan Kelas Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas. Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja Guru Inventori Kelas - ditampal pada pintu Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas. Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Etika Kelas, Sudut Mata Pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam, penyeduk sampah, tong sampah, baldi dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai. Pelan laluan kecemasan semasa kebakaran hendaklah dipamerkan. Sudut Bahan Bacaan / Sudut Nilam / Sudut PPDa hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian. Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah. 6.0 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS a. i. ii. iii. iv. b. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. c.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Kebersihan kelas: AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkansetiap hari persekolahan. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikankeadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelummula mengajar. AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampahdi dalam laci meja murid dan tong sampah dibuang padawaktu akhir setiap hari. Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklahmemastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas danteratur. Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipasdimatikan sebelum meninggalkan kelas. Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu dan tingkapkelas ditutup. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkankepada guru kelas jika hilang atau rosak. Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkaraberikut: Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnyadalam keadaan baik dan selamat digunakan. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik (ICT) yangrosak kepada jawatankuasa terlibat. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yangdilantik menjalankan tugas. a. b. c. d. i. ii. iii. iv. v. vi. e. f. i. ii. iii.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Murid dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokkan harinya. Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam APDM kehadiran kelas. Jadual penghantaran surat amaran ponteng sekolah adalah seperti berikut: 7.0 KETETAPAN PENGURUSAN DISIPLIN 7.1 Pengurusan Ponteng Sekolah a. b. c.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakandalam SSDM dan hantaran surat kepada ibu bapa/penjagadalam Fail Ponteng Sekolah. Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan danditandatangani oleh Tuan Pengetua: Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untukdimasukkan ke dalam fail Ponteng Sekolah dan salinan3untuk dimasukkan ke dalam fail Guru Bimbingan&Kaunseling. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakantelah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi: Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing. Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing danberjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu. Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolahbersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa denganTuan Pengetua. a. b. c. d. e. i. f. i. ii. iii.
Pengurusan Hal Ehwal Murid SEMUA GURU IALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa. Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin / GPK HEM / Tuan Pengetua. Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Hal ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negatif guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. Semua guru perlu menjadi role model – teladan yang baik kepada murid-murid. 7.2 Pengurusan Disiplin Murid a. b. c. d. e. f.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Hal ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai individu. (Amalan Budaya Penyayang) Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. Jangan memulakan proses Pembelajaran dan Pengajaran jika murid tidak memberi tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. Jangan membiarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas / varendah. Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap muridmurid yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kena pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang sewajarnya. 7.3 Pengurusan Kawalan /Tanggungjawab Guru a. b. c. d. e. f.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Setiap murid wajib memiliki/mengetahui nota asas peraturan sekolah dan perlu difahami dan dipatuhi. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan. Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan kepada murid-murid dari semasa ke semasa. 7.4 Pengurusan Ketetapan Umum Disiplin a. b. c.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan Tuan Pengetua. Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di bilik GPK Hal Ehwal Murid. Barang larangan akan disimpan di dalam almari berkunci di bilik Tuan Pengetua . Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan Tuan Pengetua atau GPK Hal Ehwal Murid. Kehilangan barang-barang berharga bawah tanggungjawab murid-murid. 7.5 Pengurusan Ketetapan Pemeriksaan Mengejut a. b. c. d. e.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada: semua guru kelas-kelas(untuk dipamerkan dipapan kenyataan) bilik-bilik khas Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemat dengan kadar segera sebelum menjadi kes kesalahan disiplin yang lebih berat. Guru mata pelajaran / guru kelas hendaklah: Merekod kesalahan murid dalam SSDM Guru Disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa ke Mesyuarat Lembaga Disiplin mengikut keperluan. Perhimpunan rasmi diadakan sekali seminggu (Ahad). Masa perhimpunan 30 minit dan dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas. Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas sekolah. Perhimpunan Harian (Isnin, Selasa dan Rabu) 7.30 hingga 7.40 pagi untuk mengambil kehadiran dan menyampaikan maklumat penting. Perhimpunan Khamis untuk sesi bacaan yasin, 7.40 hingga 8.10 pagi dan dimasukkan dalam jadual waktu. Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit. 7.6 Ketetapan Kaedah Mengatasi Disiplin a. i. ii. iii. b. c. i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data APDM yang sentiasa dikemaskini. Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Memastikan semua murid mendapatkan 1 set buku teks yang mencukupi selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan. Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008). Guru Kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid dibalut kemas dan melengkapisi maklumat dalam cap SPBT. Guru Kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar sekolah ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak memulangkannya. Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku SPBT. 8.0 KETETAPAN PENGURUSAN KEBAJIKAN MURID a. b. i. ii. iii. iv. v. vi.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Ketetapan Pengurusan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu: Pembangunan sahsiah diri murid Peningkatan disiplin diri murid/Kehadiran murid Pendidikan kerjaya murid Psikososial dan kesejahteraan mental murid/Minda Sihat Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja. GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau kelompok. GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. Laporan sesi kaunseling perlu disediakan. Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. GBK bertanggungjawab dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta pelaksanaan Ujian Aptitud Am. GBK sentiasa menyemak SSDM untuk tindaksusul seterusnya. a. b. c. i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Pengurusan Hal Ehwal Murid K Ketetapan Pengurusan Kebajikan Murid Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM: Bilangan anak yatim di dalam kelas Bilangan murid yang terdiri daripada keluargaberpendapatan rendah Bilangan murid OKU Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitanbantuan yang boleh dipohon oleh murid-muridberkenaan dan Guru Data merekodkan murid yangberjaya menerima bantuan ke dalam APDM seperti: Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP) Kadar kelayakan pendapatan untuk memohonKWAPM DSA ialah jumlah pendapatan isi rumahtidak melebihi RM960 atau per kapita tidak melebihi RM310. KWAMP bernilai RM150 – layak untuk muridtingkatan 1 sahaja. KWAPM Kecemasan – RM300 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Warganegara Malaysia dari tingkatan 1 hingga 5. Pendapatan kasar isi rumah RM3000 ke bawah. Skim Takaful Pelajar Malaysia Skim takaful Pelajar Malaysia untuk para pelajar sekolah bertujuan menyediakan perlindungan dalambentuk manfaat kewangan kepada murid dankeluarga mereka bagi meringankan beban kewanganyang akan ditanggung oleh mereka sekiranya berlakuapa-apa bencana, malapetaka dan tragedi kemalangan ke atas diri murid. a. b. c. d. i. ii.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada GPK HEMsekiranya ada dalam kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana alam keluarganya. Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan danmenyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranyaberlaku kematian / bencana seperti kematian saudaraterdekat (ibu bapa) atau diri sendiri. i. ii. iii. iv.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas mestilah memastikan setiap murid mempunyai Buku Rekod Kesihatan. Guru Kelas perlu melengkapkan ruang yang tertentu dalam Buku Rekod Kesihatan. Guru Kelas mestilah memastikan buku ini diedarkan kepada ibu bapa/ penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan terhadap anak/ anak jagaannya. Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperoleh sewaktu murid berada di sekolah rendah lagi. Buku Rekod Kesihatan akan dibawa dan diteruskan penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah. Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku ini diperlukan apabila pemeriksaan fizikal ataupun semasa suntikan diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan. Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama-sama oleh murid yang bertukar sekolah. 9.0 KETETAPAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 9.1 Pengurusan Rekod Kesihatan Murid a. b. c. d. e. f.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun. Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. Kad ini hendaklah diserahkan kepada Jururawat Pergigian Sekolah yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan. 9.2 Pengurusan Kad Pergigian Murid a. b. c.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Tuan Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. 9.3 Pengurusan Surat Rawatan Murid a. b. c.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Guru Kelas/Guru Mata pelajaran mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelas mereka yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru mata pelajaran atau Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemput murid di pejabat sekolah. Guru mata pelajaran atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah. Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, Guru Kelas atau Guru Mata Pelajaran mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga untuk menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat. Guru bertugas harian mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas Harian. 9.4 Pengurusan Murid Sakit a. b. c. d. e.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka dengan bantuan ibu bapa (sarana ibu bapa) agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu sebelum pukul 7 pagi waktu persekolahan atau sebelum waktu pulang. Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran. Murid-murid dikehendaki menyusun kerusi dan meja masingmasing dengan kemas sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan. Guru mata pelajaran untuk waktu terakhir hendaklah memeriksa kelas selepas tamat persekolahan. 9.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah a. b. c. d. e. f. g.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Semua warga sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan). Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dan sesi persekolahan. Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan(Skim Takaful Pelajar Malaysia). Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan, ibu bapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan. Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama sebelum, semasa dan selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan. 10.0 KETETAPAN PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH a. b. c. d. e.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Semua warga sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan). Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dan sesi persekolahan. Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan(Skim Takaful Pelajar Malaysia). Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan, ibu bapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan. Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak terutama sebelum, semasa dan selepas sesuatu program / aktiviti dilaksanakan. 10.0 KETETAPAN PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH a. b. c. d. e.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Latihan Kecemasan Kebakaran Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran(fire drill) dijalankan 1 kali setahun. Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaranmencukupi dan berfungsi. Guru-Guru mestilah memastikan murid-muridmeninggalkan kelas / bilik khas mengikut PelanKecemasan dengan segera, tetapi secara teratur apabilaisyarat kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atauOKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atauperalatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutupsebelum keluar. Senarai nama murid dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke tempat berkumpul. Guru kelas mestilah mengira bilangan murid dengansegera. Mana-mana murid yang tiada hendaklahdimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta. Pengurusan Polisi Keselamatan Sekolah Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utamadalam aspek keselamatan sekolah iaitu :- Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah Polisi Keselamatan Di Makmal dan Bilik-bilik Khas Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi- polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semuawarga sekolah. a. b. c. d. e. f. i. ii. iii. iv. v. vi. g. i. ii.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Pengurusan Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat Guru, kakitangan, murid dan pelawat mesti memastikankenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dantidak mengganggu laluan masuk. Guru-guru, kakitangan sekolah dan murid- muriddiingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaanmereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkansebarang kemalangan. Kawalan Keselamatan Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana- mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolahmesti menandatangani Buku Rekod Pelawat danmendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. Khidmat pengawal keselamatan diperlukan bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk dalamkawasan sekolah. Murid mematuhi isyarat yang diberikan oleh pengawal keselamatan sekolah. Pengisian Sistem Penakrafan Keselamatan Sekolah didokumenkan sebanyak 2 kali setahun (Jun dan Oktober) a. b. c. d. e.f. g. h. i. ii. i. i. ii. iii. iv. j. i.
Pengurusan Hal Ehwal Murid Semua murid akan disediakan kad QR Code untuk memudahkan guru mencatat amalan baik yang dilakukan oleh murid (1 hingga 5 markah) Guru SSDM akan menyediakan kad ini yang diletakkan/disimpan dalam kotak dan akan diambil setiap pagi oleh ketua kelas dalam bilik disiplin. Murid akan memakai kad ini pada setiap masa semasa berada dalam Kawasan sekolah. Ketua kelas akan menghantar semula kad ini ke bilik disiplin setiap hari sebelum pulang. Murid yang merosakkan/hilangkan kad ini akan dikenakan denda RM5.00 untuk menggantikan kad baharu. Semakan Dokumen Ketetapan Pengurusan Hal Ehwal Murid. Semakan ini dicatat dalam Mesyuarat JK HEM Bil. 3/2023 11.0 KETETAPAN PENGGUNAAN QR CODE STUDENT SSDM. a. b. c. d. e.