SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
BANDAR TASIK KESUMA
Manual Murid
Tingkatan Enam
SMK BANDAR TASIK KESUMA
JALAN KESUMA 7/1,BANDAR TASIK
KESUMA, BERANANG 43700, SELANGOR
DARUL EHSAN, MALAYSIA
03-87667599 1GOVUC/[email protected]
PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK BANDAR TASIK KESUMA
Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma, Beranang 43700,
Selangor Darul Ehsan.
03-87667599
"KESUMA be
the best"
Coretan Kasih
Pembuka Bicara
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
TAHNIAH KEPADA MURID BAHARU TINGKATAN ENAM SMK BANDAR TASIK
KESUMA
Anak-anak kesayangan Kesuma sekalian,
Saya mewakili seluruh warga guru dan murid SMK Bandar Tasik Kesuma mengalu-
alukan kedatangan anda semua ke SMK Bandar Tasik Kesuma. Saya juga mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan anda dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Kejayaan itu menjadi penentu kelayakan anak-
anak semua diterima sebagai murid tingkatan enam di sekolah ini. Saya mengharapkan agar
anda semua dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baharu yang sedikit
berbeza daripada sistem pembelajaran anda sebelum ini. Walaupun sudah masuk ke fasa
andemik, anak anak masih lagi perlu mengamalkan 3W (wash, wear and warn). Keraplah cuci
tangan dengan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam jika bergejala dan cakna akan
amaran daripada Kementerian Kesihatan. Elakkan 3C (crowded place, confined space, close
conversation). Jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan
bersembang dengan jarak yang dekat.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk memastikan setiap murid mencapai potensi
sepenuhnya melalui 6 Aspirasi Murid seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
tentang pendidikan seimbang diperlihatkan dalam enam ciri. Ciri-ciri ini bukan sahaja
menekankan kepentingan pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran pemikiran kritis,
kreatif, dan inovatif; kemahiran memimpin; kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris; pembinaan sahsiah dan nilai, serta semangat identiti nasional yang kuat dalam
memperoleh pengetahuan sepanjang hayat supaya murid dapat menghubungkaitkan pelbagai
pengetahuan dan mewujudkan pengetahuan baharu. Sekolah bukan sahaja merupakan
institusi yang menuntut murid supaya cemerlang dalam bidang kurikulum, malah sekolah juga
merupakan wahana paling sesuai untuk membina sahsiah dan keperibadian murid. Saya
mengharapkan agar semua murid tingkatan enam akan memanfaatkan ruang dan peluang
yang ada untuk menjadi insan yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani dan
sahsiahnya. Saya percaya bahawa anda mampu mengubah diri anda untuk menjadi
kebanggaan sekolah, keluarga, dan masyarakat. Sekian terima kasih.
MOH SALLEH @ MOHD SALLEH SALEHIN PENGETUA
SMK BANDAR TASIK KESUMA
Seuntai Kata
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita
dapat sama-sama berkumpul di SMK Bandar Tasik Kesuma untuk meraikan langkah
kejayaan seterusnya untuk anak-anak yang dikasihi sekalian. Tahniah saya ucapkan atas
tawaran melanjutkan pelajaran di Tingkatan Enam. Kejayaan melanjutkan pelajaran di sini
tidak harus anda sia-siakan. Formula berjaya di tingkatan Enam memerlukan anda
untuk rajin hadir ke sekolah, rajin membuat nota serta rajin mengulangkaji. Mulailah
langkah anda ini dengan semangat untuk menjejakkan kaki ke menara gading di peringkat
Ijazah nanti. Transfomasi Tingkatan Enam telah dilaksanakan mulai tahun 2013 bagi
memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Penjenamaan semula Tingkatan Enam dan STPM berhasrat menggalakkan lebih
ramai pelajar memilih untuk berada di Tingkatan Enam sebagai persediaan ke universiti.
Oleh itu transformasi sukatan pelajaran dan pentaksiran ini menuntut pelajar
agar lebih fokus dalam proses pembelajaran di dalam kelas serta komited dalam
menyelesaikan kerja kursus. Kedatangan anak-anak ke sekolah ini hendaklah berbekalkan
semangat serta visi untuk berjaya, maka usaha serta kesungguhan menuntut ilmu
hendaklah dimulakan seawal hari pertama lagi. Gunakanlah peluang yang ada ini dengan
memaksimakan peluang untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, memantapkan
pengetahuan serta sahsiah sebaik boleh agar anda menjadi seorang yang berdaya saing
serta beretika, sejajar dengan dunia globalisasi yang sentiasa berubah. Akhir kata,
harapan dan doa saya semoga saudara dan saudari seronok menjadi sebahagian warga
SMK Bandar Tasik Kesuma serta berjaya menjadi insan yang bukan sahaja berilmu,
tetapi juga berketerampilan dan berdisiplin dalam mencapai misi, visi dan objektif
Kementerian Pendidikan Malaysia. Marilah kita sama-sama mengorak langkah menjadikan
Pusat Tingkatan Enam SMK Bandar Tasik Kesuma sekolah yang cemerlang dan terbilang.
WAN NOOR HIDAYAH BINTI WAN RAZALI
PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
SMK BANDAR TASIK KESUMA
VISI Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
SEKOLAH
SMK Bandar Tasik Kesuma mengupayakan sistem pendidikan yang
berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlang dari segi
intelek, kognitif, dan sosial serta melahirkan generasi yang dapat
menjamin kesejahteraan bangsa dan negara.
Melestarikan Pendidikan Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu MISI
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara SEKOLAH
SMK Bandar Tasik Kesuma melestarikan satu sistem pendidikan yang
berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum,
kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pembelajaran dan
pemudahcaraan yang berkesan bagi membangunkan potensi murid bagi
memenuhi Aspirrasi Negara.
MOTO PELESTARIAN ILMU DALAM KEMENJADIAN
SEKOLAH WARGA SMKBTK
"KESUMA SLOGAN
BE THE BEST" SEKOLAH
DOA SEKOLAH LAGU SEKOLAH
Ya Allah Yang Maha Bijaksana, Kukuh Tersergam Indah, SMK Bandar
Kami murid SMK Bandar Tasik Kesuma meminta dan Tasik Kesuma, Tempat Kami
memohon agar ENGKAU bukakan pintu hati kami dengan
Menimba Ilmu, Pencetus Minda
sinar cahaya-Mu, lapangkanlah dada kami untuk Pelajar Bestari.
menerima dan menterjemahkan ilmu dan pengetahuan
kami, serta kurniakanlah restu daripada segala Marilah Putera dan Puteri, Berdisiplin
bimbingan yang telah diberikan oleh guru-guru yang dan Berhemah Tinggi, Sayangi Ibu
Bapa, Hormati Guru, Senangi Hati
kami kasihi. Rakan Sebaya, Pewaris Nusa dan
Bangsa.
Ya Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani, Kamilah Putera Puteri Warga
kurniakanlah kepada kami, kesihatan anggota, Bertuah, Kuasai IT, Sains dan
Teknologi, Menjaga Maruah
kecergasan minda, ketenangan jiwa, dan kekuatan Tingkatkan Prestasi, Sekolah
semangat dalam diri kami. Semoga dengannya, kami Tercinta..
mampu mendepani cabaran yang kami tempuhi,
berdaya saing untuk menjadi yang terbaik, dan mampu
mengangkat mertabat diri kami, keluarga kami, serta
menyumbang kepada masyarakat dan negara ini
Ya Allah, Engkau jadikanlah kami anak-anak yang soleh
dan pintar, perelokkanlah akhlak dan adab kami,
berikanlah kekuatan kepada warga pendidik kami, untuk
mendidik dan memimpin kami ke jalan yang Engkau
redhai serta penuhilah hari-hari kami dengan permulaan
kerahmatan dan keberkatan, dan akhiri hari-hari kami
dengan keselamatan, kecermelangan dan kejayaan.
IKRAR SEKOLAH
BAHAWASANYA KAMI,
MURID-MURID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDDAR TASIK
KESUMA,
BERIKRAR,
AKAN MENUMPUKAN,
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI,
UNTUK MENCAPAI
KEJAYAAN YANG CEMERLANGAN
DALAM BIDANG AKADEMIK
SAHSIA
DAN KOKURIKULUM.
KAMI JUGA BERIKRAR,
AKAN PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG,
DAN PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH,
MENUMPAHKAN RASA BANGGA,
DAN SAYANG KEPADA SEKOLAH INI,
SERTA MENGHORMATI IBUBAPA,
GURU-GURU,
DAN ORANG YANG LEBIH TUA DARIPADA KAMI.
KAMI BERJANJI,
AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH,
SENTIASA BERTANGGUNGJAWAB,
SEBAGAI SEORANG MURID,
DEMI MENJAGA NAMA BAIK DIRI,
KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA,
SERTA KEBAIKAN DAN KEBAHAGIAAN KAMI,
PADA MASA AKAN DATANG.
Sistem Pembelajaran Dan Pentaksiran
STPM
Tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh
persekolahan mengikut kalendar persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kandungan pengajian tingkatan enam dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum
berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin
berkenaan untuk mengisi tiga semester iaitu Semester 1, Semester 2, dan
Semester 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah.
Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran (PdPc) ialah lapan (8)
waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran. Satu waktu PdPc ialah 40 minit.
Pentaksiran pencapaian murid akan dijalankan pada setiap semester dan
keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap semester, manakala
keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga -tiga semester.
Peperiksaan akhir berpusat akan ditadbirkan pada hujung setiap penggal. Kertas
peperiksaan akan disediakan dan dibekalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM) dan pemeriksaan skrip jawapan akan dijalankan oleh pemeriksa yang
dilantik oleh MPM.
Satu kelebihan dalam sistem pentaksiran penggal begini ialah murid
dibenarkan untuk memperbaik keputusan peperiksaan akhir Semester 1 dan /
atau Semester 2 dengan menduduki semula peperiksaan tersebut pada hujung
Semester 3. Tiada peperiksaan semula untuk Semester 3. Keputusan
keseluruhan peperiksaan STPM baharu ini adalah berdasarkan gabungan
keputusan terbaik bagi ketiga -tiga semester. Aspek kemahiran insaniah (soft
skills) akan diterapkan dalam kurikulum yang antaranya meliputi kemahiran
komunikasi, kerja berpasukan, kepemimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian
masalah, pengurusan maklumat, etika, dan lain -lain.
Dalam aspek pentaksiran pula, dua kaedah pentaksiran akan dijalankan,
iaitu Kerja Kursus (KK) dengan wajaran 20% hingga 40%, dan peperiksaan akhir
berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. Peratusan wajaran berbeza mengikut
mata pelajaran. Kerja kursus terdiri daripada kerja amali, kerja lapangan /
kajian luar, dan kerja projek / tugasan.
Soalan / tugasan KK akan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
(MPM). Kerja kursus akan dilaksanakan sama ada pada setiap semester atau
pada semester tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran.
Penyemakan KK akan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri, manakala
pemantauan dan penyelarasan KK akan dikendalikan oleh MPM. MPM juga akan
menyediakan Garis Panduan KK bagi setiap mata pelajaran untuk memberikan
panduan dan rujukan kepada semua yang terlibat dalam pengendalian KK.
Pengenalan kepada KK dalam sistem ini selari dengan hasrat
Kemeneterian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan modal insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta memperluas
peluang pendidikan kepada semua yang berpotensi. Hal ini juga berketepatan
dengan hasrat KPM untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar
lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil (outcome-
based education) yang lebih berfokuskan murid dan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan.
Pelaksanaan sistem ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri
dengan sistem pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama
dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari.
Penilaian aktiviti di peringkat sekolah turut membolehkan menjalankan
kajian secara persendirian dan berkumpulan manakala pentaksiran berpusat
akan menjurus kepada penyediaan pelajar ke arah sistem pendidikan yang
terdapat di IPT. Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan
keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka peluang
pendidikan.
GRED PEMARKAHAN PERINGKAT
SEKOLAH TINGKATAN ENAM
SENARAI BAYARAN DI TINGKATAN ENAM
1. Bayaran Pendaftaran (WAJIB DIBAYAR PADA HARI
PENDAFTARAN)
BIL. PERKARA
BAYARAN KIT PENDAFTARAN
RM25
Lanyard
1 Fail Peribadi
Buku Nota
Woven Bag
Pen (2 batang)
2. Bayaran Tambahan (TARIKH PEMBAYARAN AKAN
DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)
PERKARA HARGA
1.Yuran dan Saham Koperasi RM7.00
2.Sumbangan PIBG RM50.00
3.Program Kecemerlangan RM50.00
RM35.00*
Akademik RM100.00*
4.T-Shirt PTE
5.Uniform PISPA
*ANGGARAN HARGA
PENTADBIR SMK BANDAR TASIK
KESUMA
SENARAI PENTADBIR SEKOLAH SMK BANDAR TASIK
KESUMA
PENGETUA : EN. MOH SALLEH@MOHD SALLEH BIN SALEHIN
PENOLONG KANAN : PN. AINI WATI BT SUANI
PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID : EN. ABDUL MANAF BIN ABDULLAH
PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM : DATIN NOR HASIMAH BT MAT SAAID
PENOLONG KANAN
PETANG : PN. ZAIMATUL ANIZA BT GHAZALI
PENOLONG KANAN
TINGKATAN ENAM : PN. WAN NOOR HIDAYAH BT WAN RAZALI
SENARAI NAMA GURU AKADEMIK TINGKATAN
ENAM SMK BANDAR TASIK KESUMA
Pn Wan Noor Pn Nur Anisa binti Pn Farnita Binti
Hidayah Binti Wan Abdullah Mohtar
Razali Subjek: MUET Subjek: MUET
Subjek: Ekonomi
En Rosly Bin Yussof YM Tengku Zety Azura Pn Sagunthalay A/P
Subjek: Sains Sukan Binti T.Aziz Tangavaloo
Subjek: Pengajian Subjek: Pengajian
Perniagaan Perniagaan
Pn Anida Binti Pn Aniza Binti Yusof Pn Parveen A/P
Hussain Subjek: Bahasa K.Rajagupan
Melayu Subjek: Sejarah
Subjek: Pengajian Am
PAKEJ MATA PELAJARAN
TINGKATAN ENAM
UKM UM
*PENGAJIAN AM (900) *PENGAJIAN AM (900)
*PENGAJIAN PERNIAGAAN (946) *PENGAJIAN PERNIAGAAN (946)
*SEJARAH (940) *EKONOMI (944)
*BAHASA MELAYU (910) *SAINS SUKAN (966)
*MUET *MUET
SENARAI UNIT KOKURIKULUM
TINGKATAN ENAM
PERSATUAN/ KELAB SUKAN/ PERMAINAN UNIT BERUNIFORM
PERSATUAN TINGKATAN KELAB SUKAN PASUKAN INSTITUSI
ENAM PERTAHANAN AWAM
(PISPA)
PELAN KEDUDUKAN KELAS
PENGURUSAN DISIPLIN DAN
SAHSIAH MURID
KETETAPAN
Pakaian murid tingkatan 6 mestilah mematuhi Etika Pakaian Murid Tingkatan
Enam :
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2014 bertarikh 5 Dis 2014
(a) PAKAIAN MURID LELAKI
● (i) Baju
Kemeja lengan panjang atau pendek berwarna bebas
● tanpa corak
Hanya kemeja polos, berjalur atau berpetak
● dibenarkan
Lengan kemeja berlengan panjang hendaklah
dikancing atau dibutang sepenuhnya
● Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.
● Kemeja Batik Malaysia dibenarkan
● Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis
● denim tidak dibenarkan
Semua murid lelaki diwajibkan memakai kemeja
berlengan panjang lengkap dengan bertali leher
berwarna merah dan seluar hitam pada hari Isnin
● (ii) Seluar
Seluar panjang dengan bentuk potongan slack yang
● tidak ketat dan berlipat
Panjang seluar hendaklah sekurang-kurangnya separas
buku lali
● Hanya seluar panjang polos dibenarkan
● Warna seluar adalah bebas kecuali warna ‘garang ‘
● (striking)
Jean,cargo pants atau seluar pendek tidak dibenarkan
● Pemakaian tali pinggang dibenarkan dengan
memastikan kepala tali pinggang tidak
melebihi 5 cm, tidak bermotif ganas, lucah,
tahyul dan berimej negatif.
● (iii) Kasut
Kasut mestilah bertutup dan lengkap
● berstoking
Selipar, cerpu, sandal atau sejenis dengannya
tidak dibenarkan
● (iv) Songkok
Pemakaian songkok hitam yang standard tidak
melebihi 10 cm tinggi dibenarkan.
● (v) Jura / Serban dan Kara
Murid lelaki berketurunan Sikh dibenarkan
memakai jura / serban mengikut kepercayaan
● dan agama mereka semasa di sekolah.
Pemakaian kara (steel bangle) oleh murid
lelaki berketurunan Sikh dibenarkan .
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pendidikan Malaysia Bil. 9/ 2015 -
Panduan Berkenaan Rambut dan
Pemakaian Steel Bangle (KARA) oleh
Murid-Murid keturunan Sikh.
(vi) Pakaian Alternatif Murid Lelaki
Di samping jenis pakaian yang dinyatakan di atas,
murid lelaki juga dibenarkan memakai:
● Pakaian Kebangsaan
● Pakaian baju Melayu yang lengkap
bersamping dan bersongkok hitam yang
standard.
● Hanya pakaian baju Melayu polos dibenarkan
● Diwajibkan bagi murid lelaki Islam pada
hari Jumaat
● Pakaian Tradisional
Pakaian tradisional budaya kaum masing-masing
yang lengkap juga dibenarkan dipakai oleh murid
lelaki kaum berkenaan
(b) PAKAIAN MURID PEREMPUAN
● (i) Baju
Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, /
two piece / three piece suit pants ) lengkap dengan
kasut atau pakaian tradisional kaum masingmasing
● yang bersesuaian dan lengkap
Sebarang pakaian yang menggunakan material
● jenis denim atau likra tidak dibenarkan
Murid perempuan Islam diwajibkan memakai
baju kurung putih dan kain hitam serta bertudung
hitam pada hari Isnin
Murid perempuan bukan Islam boleh memakai
baju kurung / blaus putih dan kain /skirt pada
hari Isnin
● (ii) Blaus dan kemeja
Murid perempuan dibenarkan rnemakai blaus
berlengan atau kemeja berlengan daripada jenis
kain dan warna yang bersesuaian serta tidak
● jarang dan tidak ketat
Murid perempuan dilarang memakai kemeja-T
semasa menghadiri kelas.
● (iii) Skirt dan seluar
Skirt atau seluar juga dibenarkan dipakai oleh
murid perempuan. Labuh skirt hendaklah
●sekurang-kurangnya di bawah paras lutut
Murid perempuan juga dibenarkan memakai
● seluar panjang yang tidak ketat
Jean, cargo pants, seluar pendek, atau leggings
tidak dibenarkan
(iv) Tudung / Telekung Mini / Selendang
● Murid perempuan dibenarkan memakai tudung /
● telekung mini / selendang
Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak
dibenarkan
● (v) Kasut
Murid perempuan hendaklah memakai kasut yang
● bertutup dan berstoking
Selipar, cerpu, terompah, sandal atau yang sejenis
dengannya tidak dibenarkan
●(c) PAKAIAN KETIKA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH
Murid lelaki dan perempuan digalakkan memakai seluar
panjang atau track bottom yang sesuai dan kemeja-T
berlengan panjang atau pendek mengikut kesesuaian aktiviti
● yang dijalankan.
Kemeja-T yang bermotif ganas, lucah, tahyul, politik dan
berimej negatif tidak dibenarkan.
● (d) PAKAIAN PASUKAN BERUNIFORM
Murid lelaki dan perempuan yang menyertai kegiatan
pasukan beruniform di sekolah hendaklah memakai pakaian
seragam pasukan yang lengkap.
●(e) LARANGAN PAKAIAN YANG MENCOLOK MATA
Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak
● mencolok mata.
Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan.
(f) POTONGAN RAMBUT MURID
Potongan Rambut Murid Tingkatan Enam mestilah mematuhi Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2014
●(i) Rambut Murid lelaki
Bahagian depan :
●rambut tidak menutupi garisan dahi
Bahagian belakang:
Rambut tidak jatuh melebihi garisan di
bawah cuping dua telinga
● Bahagian sisi :
Rambut tidak menutupi kedua
●-dua telinga atau sebahagian daripadanya
Sideburn (pelipis)
●Tidak melebihi garisah tengah hidung
Tegak Atas:
Rambut tidak melebihi 6 inci panjang
(ii) Rambut Murid Perempuan
● Rambut murid perempuan janganlah jatuh ke bahu
● Murid yang berambut panjang dinasihatkan mengikat rambut.
● Ikatan rambut tocang ( plait) atau ponytail dibenarkan
● Murid dilarang mewarnakan rambut
1.5.2 (i) Semua murid dikehendaki memakai dan mempamerkan Kad Matrik
Murid semasa berada di dalam kawasan sekolah
(ii) Kad Matrik Murid tidak boleh diconteng, ditukar butiran/gambar atau
diubah suai.
(iii) Kad Matrik Murid tidak dibenarkan dipindah milik.
(iv) Kad Matrik Murid yang hilang/rosak mesti dilaporkan
kepada pentadbir sekolah dan perlu memohon yang
baharu dengan kos yang ditanggung oleh murid.
1.5.3 (i) Murid wajib menghadiri kelas/kuliah, tutorial, amali
kerja kursus, kokurikulum dan semua aktiviti rasmi
sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
(ii) Murid bertanggungjawab menepati masa ketika
menghadiri kuliah, tutorial, amali, kerja kursus dan
kokurikulum.
(iii) Tindakan penghantaran surat amaran bagi kes
ponteng sekolah adalah
berdasarkan prosedur berikut:
TINDAKAN
PONTENG PONTENG BERKALA/
TIDAK BERTERUSAN
BERTERUSAN
AMARAN 1 3 HARI BERTURUT- TURUT 10 HARI
AMARAN 2 7 HARI SELEPAS SURAT 10 HARI SELEPAS SURAT
AMARAN 3 AMARAN 1 AMARAN 2
BUANG SEKOLAH
7 HARI SELEPAS SURAT 20 HARI SELEPAS
AMARAN 2 AMARAN 2
14 HARI SELEPAS SURAT 20 HARI SELEPAS SURAT
AMARAN 3 AMARAN 3
JUMLAH KESULURAHAN 31 HARI
(iv) Ketidakhadiran murid ke sekolah tanpa sebab direkodkan dalam
SSDM
(v) Surat amaran ketidakhadiran 1, 2, dan 3 diisi dalam 3 salinan dan
ditandatangani
oleh Pengetua / PK HEM
Penggunaan gajet elektronik adalah merupakan satu keperluan dalam
P&P bagi murid T6, khususnya dalam menyiapkan kerja kursus dan
sebagai rujukan sumber disebabkan ketiadaan buku teks.
●Kebenaran penggunaan gajet elektronik diberikan tertakluk kepada:
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan
● gajet elektronik tersebut
Setiap murid bertanggungjawab ke atas pemilikan barangan
masing-masing.
(i) Murid T6 yang memandu atau menunggang kenderaan bermotor
wajib
memiliki lesen memandu dan mematuhi peraturan jalan raya.
(ii) Kenderaan yang dibawa hendaklah mematuhi spesifikasi
kenderaan bermotor.
(iii) Penyediaan parkir kenderaan bermotor adalah bergantung
kepada pihak pengurusan sekolah.
(iv) Keselamatan kenderaan bermotor adalah tanggungiawab
masing-masing
(v) Murid yang memandu kereta ke sekolah tidak dibenarkan
meletakkan kereta di dalam kawasan sekolah
(vi) Ibu bapa / penjaga yang menghantar anak-anak ke sekolah
mestilah menurunkan anak masing-masing di luar pagar sekolah.
TENTATIF PROGRAM
MINGGU HALA TUJU
TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI
HARI PERTAMA 9:00 – 11:00 PAGI PENDAFTARAN MURID
11:00 – 12:00 TGH TAKLIMAT MINGGU HALA TUJU
25 JULAI 2022 12 : 00 TGH TINGKATAN ENAM
BERSURAI
(ISNIN)
7:30 - 8:00 PAGI SLOT PTE
8:00 - 8:30 PAGI BICARA AYAHANDA PENGETUA
HARI KEDUA 8:30 - 9:30 PAGI
9:30 - 10:00 PAGI BICARA KAUNSELOR
10:00 - 12:00 TGH REH
AT
26 JULAI 2022
(SELASA) TAKLIMAT MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU
SEJARAH
EKONOMI
SAINS SUKAN
7:30 – 8:00 PAGI SLOT PTE
TAKLIMAT MATA PELAJARAN :
PENGAJIAN PERNIAGAAN
HARI 3 8:00 – 9
:30 PAGI PENGAJIAN
AM
MUET
REH
AT
27 JULAI 2022
(RABU)
9:30 – 10
:00 PAGI
SANTAI BERSAMA PTE
10:00 PAGI
– 12:00 TGH
HARI 4 7:30 – 8:00 PAGI SLOT PTE
8:00 – 9
:00 PAGI PENDAFTARA
N PAKEJ MATA
28 JULAI 2022
PELA
JARAN
(KHAMIS)
9:00 – 9:
30 PAGI TAKLIMAT KO
KURIKULUM
9:30 – 10
:00 PAGI REH
AT
10 : 00 – 10
: 30 PAGI TAKLIMAT P
EPERIKSAAN
10:30 – 12:00 PAGI TAKLIMAT HEM
'FASHION SHOW'
HARI 5 7:30 – 8:00 PAGI PENGURUSAN KEHADIRAN
29 JULAI 2022
MAJLIS P
ENUTUP
(JUMAAT) LAGU NEGARAK
U & LAGU
8:00 – 9
:30 PAGI SEKOLAH
BACAAN DOA
IKRAR MURID
PERASMIAN PE
NUTUP
REH
AT
PENGURUSAN BILIK DARJAH
9:30 – 10
:00 PAGI
10:00 PAGI
– 12:00 TGH