Thida dan Raksasa Kurus Pao Makara Hin Koemyean
Thida dibesarkan di sebuah kampung kecil, jauh dari mana-mana bandar. Sebagai seorang kanak-kanak, dia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor pada suatu hari nanti. Apabila dia sudah dewasa, dia berpindah ke bandar untuk belajar di sekolah perubatan. 1
Setelah bertahun-tahun belajar, Thida menjadi seorang doktor di sebuah hospital daerah. Satu hari, pengurus hospitalnya meminta Thida untuk pulang ke kampung halamannya, untuk menolong masalah kesihatan yang sedang dihadapi masyarakatnya. Dalam perjalanan pulang ke kampungnya, Thida melihat banyak sampah yang berbau busuk di dalam sungai, dan banyak lalat menghurungi sampah itu. 2
3
Setibanya Thida di kampung, dia melihat ramai orang sakit, dan hampir semua orang dalam ketakutan. ”Apa yang sedang berlaku di sini?’, Thida berfikir sendiri. 4
Thida bertemu dengan rakan lamanya bernama Sokha, yang menjual buah-buahan di kampung ini. ”Ramai orang sedang sakit cirit-birit,” kata Sokha. ”Ada orang berkata bahawa terdapat Golongan raksasa yang menyebabkan masalah ini terjadi – Para raksasa yang berwajah hijau!” 5
6
Thida tahu bahawa cirit-birit adalah masalah serius, tetapi dia juga tahu bahawa masalah ini bukan disebabkan oleh golongan raksasa. ”Terima kasih, Sokha” Thida berkata. ” Saya akan berusaha dengan terbaik untuk membantu.” ”Hati-hati!” Sokha berkata. ”Jangan sampai ditangkap oleh para raksasa!” 7
Thida tahu bahawa banyak jenis perkara yang boleh menyebabkan kejadian masalah kesihatan seperti ini. Sebelum dia dapat membantu, dia perlu belajar lebih. Dia mula menyiasat masalah tersebut. 8
Thida memerhatikan seorang budak lelaki keluar dari tandas, kemudian dia terus mengambil sekeping roti. ”Berhenti!” Thida memanggil. ”Jangan makan dulu! Kamu mesti mencuci tangan kamu terlebih dahulu.” ”Mengapa saya perlu mencuci tangan saya?” budak itu bertanya. ”Kamu mesti membersihkan bakteria dari tandas yang boleh menyebabkan kamu sakit,” 9
Thida membalas. Budak lelaki itu bersetuju untuk membasuh tangannya, dan Thida meneruskan penyiasatan. 10
Thida memerhatikan seorang gadis memasukkan tangannya ke dalam baldi tadahan hujan. Dia mengangkat tangannya ke arah mulut untuk meminum air tersebut. ”Jangan!” Thida berteriak. ”Jangan minum air itu!” ”Kenapa tidak?” gadis itu bertanya. ”Air hujan seperti ini biasanya mengandungi makhlukmakhluk kecil yang dipanggil parasit,” kata 11
Thida. ”Parasit boleh menyebabkan awak menjadi sangat sakit. Awak mesti sentiasa rebus air yang belum dirawat terlebih dahulu sebelum awak meminumnya. Dengan cara itu segala parasit akan dibunuh, dan awak tidak akan jatuh sakit.” Gadis itu bersetuju untuk merebus air tersebut sebelum meminumnya, dan Thida meneruskan penyiasatan. 12
Thida memerhatikan seorang lelaki membuang botol plastik ke dalam tasik kampung. Plastik itu merupakan salah satu daripada beribu kepingan sampah yang terapung di dalam tasik. Thida sudah melihat secukupnya. Dia tahu cara menolong kampung yang mempunyai masalah kesihatan, dan dia tahu raksasa-raksasa kurus berwajah hijau bukanlah penyebabnya. 13
14
Thida bertemu dengan ketua kampung di kuil berhampiran. ”Kita boleh menyelesaikan masalah kesihatan di sini,” katanya kepada ketua kampung. ”Tapi perkara pertama adalah kita mesti memahami apa penyebab utama masalah ini. Bakteria dan parasit adalah organismaorganisma kecil yang boleh menyebabkan orang ramai sakit. Organisma inilah yang harus disalahkan, bukanlah para raksasa. Kita 15
boleh melawan bakteria dan parasit dengan mengubah tabiat kita.” 16
Ketua kampung adalah seorang ketua yang bijak. Beliau mengumpulkan penduduk kampung bersama untuk belajar lebih. Thida mengajar mereka bahawa bakteria dan parasit sangat suka tempat-tempat yang kotor, seperti tandas, baldi tadahan air hujan, dan tasik yang dipenuhi sampah. 17
Penduduk kampung mendengar dengan teliti. Mereka sangat gembira mengetahui bahawa beberapa perubahan yang mudah dapat menjadikan kampung mereka kembali sihat. Bermula dari hari itu, mereka selalu membasuh tangan setelah menggunakan tandas. Mereka selalu merebus air yang tidak dirawat sebelum meminumnya. Dan mereka membersihkan sampah-sarap yang berada di dalam tasik kampung. 18
19
Orang kampung berhenti menceritakan tentang kisah raksasa-raksasa kurus yang berwajah hijau. Sekarang, mereka bercerita mengenai Thida, doktor yang menolong kampung mereka kembali sihat. 20
Sekarang, setiap kali kanak-kanak melihat seseorang membuang sampah merata-rata, mereka berteriak, ”Doktor Thida menyuruh kita membuang sampah di dalam tong sampah!” 21
Let’s Read! merupakan inisiatif program The Asia Foundation’s Books for Asia untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Asia. Bagi membaca buku-buku seperti ini dan menerima maklumat selanjutnya, sila layar letreadasia. org Karya asal, pengarang: Pao Makara. Pelukis ilustrasi: Hin Koemyean. Diterbitkan oleh The Asia Foundation – Let’s 22
Read, https://www.letreadasia.org © The Asia Foundation – Let’s Read. Diterbitkan di bawah CCBY-NC4. 0. Hasil kerja ini ialah pengubahsuaian karya asal. © The Asia Foundation, 20 20 .Beberapa hak cipta terpelihara. Diterbitkan di bawah CCBY - NC 4. 0. Bagi syarat-syarat penggunaan yang sepenuhnya, http://creativecommons.org/ licenses/by-nc/4. 0/ Sumbangan penterjemahan: Kyle Barker / Amirah Amiruddin 23
Brought to you by Let’s Read is an initiative of The Asia Foundation’s Books for Asia program that fosters young readers in Asia and the Pacific. booksforasia.org To read more books like this and get further information about this book, visit letsreadasia.org Original Story េរឿង បិសាចសំគម ( Thida and the Skinny Monsters), Author: Pao Makara. Illustrator: Hin Koemyean. Published by The Asia Foundation - Let’s Read, © The Asia Foundation - Let’s Read. Released under CC BY-NC 4.0. This work is a modified version of the original story. © The Asia Foundation, 2020. Some rights reserved. Released under CC BY-NC 4.0. For full terms of use and attribution, http://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0/ Contributing translators: Amirah Amiruddin and Jala.net