The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alleymy, 2019-05-29 19:40:52

BuletinIKMSik_Q1

BuletinIKMSik_Q1

eBULETIN SIK
INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK KEDAH
EDISI :
Q1/2019/JAN-MAC

Aktiviti menarik

• CSR
• INHOUSE

TRAINING
• KESATRIA

Diterbitkan Oleh :Media IKM Sik

InfoDidik EDISI : Q1/2019/JAN 3

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

Kelebihan TVET MARA

Mereka yang tergolong dalam bidang

Teknousahawan 1 TVET kebiasaannya gemar mencuba
sesuatu yang baharu seperti bertukang

dan menggunakan peralatan mesin

Teknousahawan adalah bidang TVET dapat meningkatkan kemahiran

keusahawanan yang mengaplikasi diri dan memupuk keinginan untuk

dan menggunakan kepakaran pembaharuan. Ini kerana melalui
eksperimen, mereka dapat melihat
teknologi dalam pengeluaran 2
produk, perkhidmatan, pengurusan
keupayaan sesuatu produk itu secara
perniagaan dan membuat
dekat.
keputusan berkaitan perniagaan.

Objektif utama program Menceburi bidang TVET melatih diri

Teknousahawan adalah ke arah untuk berdikari dalam melakukan

peningkatan dan pengukuhan 3 sesuatu perkara. Pelbagai ilmu
kemahiran dimiliki turut mendorong
teknousahawan sebagai peneraju
golongan ini untuk menceburi bidang
atau pemain industri yang mampu
keusahawanan.
menjadi penyumbang utama

kepada Keluaran Domestik Kasar

(GDP) negara oleh PKS Bidang TVET bukan sahaja mampu
melahirkan bilangan pekerja mahir dan
Bumiputera. 4 terlatih, malah berupaya mencipta
pekerjaan sendiri berbekalkan
Antrara strategi yang di kemahiran yang dimiliki

ketengahkan ialah

mempertingkatkan kapasiti dan

kapabiliti usahawan melalui Setiap program yang ditawarkan direka
5 khusus untuk memenuhi permintaan
pendekatan akademik, teknologi,
kerjaya masa ini.
teknikal, generik dan

keusahawanan. Cara belajar TVET tidak membosankan,

Merangkaikan teknousahawan 6 malah mendedahkan penggunaan
teknologi dengan meluas sewaktu

dengan industri melalui kuliah.

pemadanan perniagaan, Penempatan latihan industri yang
diikuti pelajar pada semester akhir akan
penyesuaian teknologi dan mendedahkan mereka dengan situasi
7 pekerjaan sebenar. Selain itu ia dapat
kerjasama strategik dengan membina keyakinan diri dan mampu
menyesuaikan diri apabila memasuki
peneraju industri alam pekerjaan.

Pendaftaran Sesi Jan Jun 2019

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 3

26 Disember 2018 (Rabu) |

Pendaftaran pelajar baru IKM Sik bagi sesi kemasukan Januari – Jun

2019. Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar. Peratusan

jumlah kemasukan pelajar pada sesi ini mencapai sasaran yang
ditetapkan. Tahniah diucapkan….

MSR EDISI : Q1/2019/JAN 4

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

MINGGU SILATURRAHIM SESI JAN-
JUN 2019
27 Disember 2018 |

Open Day/ Glace EDISI : Q1/2019/JAN 5

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

Perasmian

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB.
Dato’ Dr. Ismail bin Salleh, Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Negeri
Kedah yang telah sudi menyempurnakan majlis
perasmian Open Day IKM Sik GLACE 2019
bertempat di Dewan Solah Al-Jaber, IKM Sik

Program Open Day “GLACE” IKM Sik 2019 atau
Hari Terbuka IKM Sik berlangsung selama 2 hari
iaitu 16 hingga 17 Mac 2019 merupakan satu
program yang berorentasikan komunikasi dan
kerjasama komuniti setempat bersama agensi-
agensi sekitar Sik.GLACE merupakan ringkasan
dari gabungan lima program yang terdapat di IKM
Sik iaitu graphic,landscape, air-cond, computer
and electric

Tujuan utama program ini adalah untuk
mempromosikan program-program yang ada di
Institut Kemahiran MARA Sik kepada penduduk
sekitar. Disamping itu,diadakan pameran dan
jualan hasil kerja pelajar-pelajar, pembukaan
kaunter dan gerai berkaitan kepada masyarakat
setempat disamping memberi pendedahan dan
pengalaman tentang keusahawanan kepada para
pelajar.

Open Day/Glace EDISI : Q1/2019/JAN 6

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

16-17 Mac 2019.

Sik Cross Country

Telah menggamatkan daerah Sik dengan

penyertaan dan kemeriahan acara yang

disediakan,Rata-rata pengunjung berpuas hati

dan menganjurkan agar acara ini dijadikan

acara tahunan.

Pihak IKM Sik Mengucapkan jutaan terima

kasih dan tahniah kepada semua peserta dan

mereka yang menjayakan acara

funrun, funride,Sik Cross Country pada kali

ini.Tidak lupa juga kepada agensi-agensi

terlibat iaitu pasukan Polis, Bomba, Jabatan

Penerangan, Sekolah-sekolah sekitar daerah Sik

dan semua yang menjayakan program ini.

CSR EDISI : Q1/2019/JAN 7

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

Khamis, 14 Mac 2019

Gotong Royong Perdana

Penglibatan pelajar dan
Jawatankuasa CSR IKM Sik dalam
program gotong royong Mega 1.0
anjuran pejabat kesihatan Sik
bertempat di perkarangan medan
selera pekan Sik. Terima kasih di atas
jemputan pihak penganjur IKM SIK
sentiasa menyokong aktiviti bersama
komuniti setempat, . Seramai 40 orang
pelajar terlibat, yang terdiri daripada
wakil setiap kursus yang dipilih bagi
menyertai program ini. Para pelajar
berpeluang berkerjasama bukan
sahaja sesama pelajar tetapi bersama
dengan agensi-agensi lain seperti
jabatan BOMBA, RELA, JPAM dan
Majlis Daerah Sik .

CSR EDISI : Q1/2019/JAN 8

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

26-28 Mac 2019

CSR KEMBARA KASIH TVET MARA IKM SIK
BERSAMA ORANG ASLI RPS KUALA BETIS

Program CSR berkonsepkan "Sharing Knowledge &
Skills TVET” telah dilaksanakan di perkampungan
orang asli RPS Kuala Betis. Pelbagai bidang
kemahiran didedahkan kepada penduduk agar dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan mereka. Selain itu
objektif pengisian CSR adalah yang bertujuan
memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar
untuk mempelajari budaya dan tatacara kehidupan
dari keluarga angkat Orang Asli dibawah program
anak angkat yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian
AM. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada
12 keluarga yang mesra menerima dan menyantuni
anak-anak angkat pelajar IKM Sik. Program ini turut
mendapat kerjasama dari Jabatan Kemajuan Orang
Asli (JAKOA) Kelantan.

Tekno Usahawan EDISI : Q1/2019/JAN 9

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

28 Mac 2019
Karnival Usahawan Desa (KUD)

Teknousahawan muda dari program
Diploma Teknousahawan Pembinaan
dan Penyelenggaraan Lanskap IKM
Sik,merupakan kursus baru yang
diwujudkan bagi memberi peluang
kepada usahawan muda memajukan diri
dalam bidang ini. Sehingga kini mereka
telah berjaya menghasilkan beberapa
produk dan berusaha memasarkan
produk keluaran mereka bagi mencapai
sasaran dan merealisasikan impian
menjadi usahawan berjaya. Pelajar
teknousahawan ini telah membawa
produk hasil keluaran mereka ke
karnival (KUD) tersebut untuk dipasarkan
.

Pencapaian dan Anugerah

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 10

TAHNIAH! Tempat ke- 3 PERTANDINGAN
BIZ PITCHING @KUD 2019
Tahniah saudari AINA MARIYAH BINTI
MOHD YUSOFF, pelajar Diploma
Teknousahawan Pembinaan dan
Penyelenggaran Lanskap,
terima kasih kerana mengharumkan
nama IKM SIK semoga terus maju dan
berjaya.

Pencapaian dan Anugerah

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 11

19- 21 Mac

TAHNIAH 2 EMAS, 1 PERAK, 1
GANGSA

TAHNIAH..ANUGERAH Program national innovation and

INDUSTRI (ACSON) invention through competition 2019

Tahniah diucapkan kepada adalah merupakan program pameran

graduan IKM Sik, Aiman Zikri B inovasi peringkat kebangsaan yang

Azizan dari batch pertama dihadiri oleh para peserta dari pelbagai

program Diploma Teknologi latar belakang seluruh negara. Program

Penyejukan dan Penyamanan ini seringkali menjadi tumpuan para

Udara IKM Sik yang menerima peserta pembentangan kertas kerja bagi
Anugerah Industri oleh Acson
melihat hasil teknologi dan berkongsi

pada Konvokesyen Perdana idea serta pendapat tentang teknologi

IPMA 2019. Penganugerahan terkini. Program ini bukan sahaja

adalah berdasarkan menjadi medan para peserta berkongsi

kecemerlangan komitmen ilmu , tetapi juga memberikan

semasa latihan industri selain pendedahan kepada para peserta bagi

cemerlang dalam akademik. mengasah bakat mereka didalam

berkongsi hasil penemuan mereka

didalam bidang masing-masing.

IKM Sik telah menghantar

empat projek untuk dipertandingkan dan

berjaya mendapat 2 pingat Emas 1

Perak dan 1 Gangsa . Program yang

dianjurkan Politeknik Sultan Abdul Halim
Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah

diadakan di Dewan Wawasan

Jitra,Kedah dan telah berlangsung

selama tiga hari.

Pencapaian dan Anugerah

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 12

21 Februari 2019, Khamis

Perhimpunan perdana berlangsung dengan slot pengisian; watikah

perlantikan dan ikrar MPP 2019 serta penyampaian Anugerah Dekan (bagi
sesi Jul-Dis 2018) dan bacaan ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh semua
warga kerja IKM Sik. Anugerah Dekan disampaikan kepada 135 penerima
yang telah mendapat GPA 3.5 keatas dalam peperiksaan akhir semester,
matlamat penganugerahan ini adalah tanda penghargaan dan juga
diharap dapat memberi motivasi kepada pelajar agar terus berusaha
untuk mencapai kecemerlangan .

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 13

10 Januari 2019 | Khamis

Seminar penghasilan produk anjuran

program Diploma Teknousahawan
Pembinaan dan Penyelenggaraan
Lanskap bersama syarikat Peat Organic
Sdn.Bhd bertempat di Dewan Mudarraj
Al-Biruni, IKM Sik. Taklimat disampaikan
oleh En.Hasnol Hanan dari Buroq
Resources.Fokus penerangan ialah
kepada teknik penghasilan dan cara
penggunaan baja yang berkesan.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 14

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 15

27 FEBRUARI

KURSUS COMPUTER

NETWORK (BASIC)

Telah diadakan selama 4

hari bermula pada 26 - 28

Februari (2 Kumpulan).

kursus dalaman pertama

bagi tahun 2019 dibawah

seliaan Jabatan Elektronik.

Penyertaan dari kalangan

staff ikmsik, Instructor atau

pengajar oleh En.

Suhaizad Bin Esa dan En.

Syahrizat Bin Azizan.

Program ini bertujuan

menambah kemahiran

kakitangan berkaitan

‘computer network’.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 16

27 FEBRUARI 2019 l
KURSUS PENYEMBELIHAN ISLAM
Program yang dianjurkan dengan kerjasama
Jabatan Veterinar dan Jabatan Agama Islam
Kedah ini sering mendapat sambutan bukan
sahaja dari kalangan pelajar dan staf IKM Sik
tetapi juga telah menarik minat peniaga-
peniaga kiosk di IKM SIK untuk turut serta

Kursus disertai oleh pelajar program
SEP semester 6 dan DCA semester 2 seramai
30 orang pelajar bersama staff IKM Sik dibawah
seliaan Jawatankuasa Amal Islami.

Penceramah jemputan En.Rosmi Ibrahim dari
Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah memberi
penerangan berkaitan cara penyediaan
haiwan ternakan manakala Ust Muhd Kamal
Abdul Hamid dari Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Kedah (JHEAIK) memberi penjelasan
serta amali berkaitan sembelihan menurut
syarak.

Program ini dilihat berjaya memberi
pengalaman baru serta keyakinan kepada
peserta untuk melakukan sembelihan dengan
cara yang betul.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 17

23 Mac 2019 |

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus pengurusan jenazah muslim
telah berlangsung hari ini dengan
penglibatan semua pelajar semester
2 anjuran Jawatankuasa Amal Islami
IKM Sik. Terima kasih juga kepada
Ustaz Manzur Othman dari MRSM
Pendang selaku penceramah
jemputan.

Program ini telah berjaya melatih
pelajar secara amali bagaimana
menguruskan jenazah mengikut
panduan syarak yang sebenar.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 18

MARA Emergency Response Team (MERT)

IKM SIK merupakan satu pasukan yang di

wujudkan untuk mengambil tindakan awal

sekiranya berlaku kecemasan di pusat.

Latihan menyelamat bersama

Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri

Kedah melalui Unit Latihan Negeri Kedah

serta Balai Bomba & Penyelamat Sik

dilakukan mengikut perancangan dan

berjadual. Kekerapan menjalankan latihan

sangat penting untuk memberi keyakinan

serta kemahiran anggota MERT

mengendalikan situasi serta alatan

keselamatan.

‘GO MERT...FIRST IN, LAST OUT’

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 19

Rabu, 13 Mac 2019

Latihan Disaster Drill siri 2, kemalangan
renjatan elektrik, anjuran MERT IKM Sik
dengan kerjasama Hospital Daerah Sik.
Jumlah peserta 'mangsa' yang terlibat
adalah 11 orang dan bertempat di
bengkel program Penyejukan dan
Penyamanan Udara, IKM Sik.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 20

Kawad Kecekapan

17 Mac 2019

Pertandingan Kawad Kecekapan

yang diadakan sempena ‘Open Day’
telah disertai oleh 12 buah sekolah
sekitar daerah Baling dan Sik. Acara
ini telah dikendalikan secara
bersama oleh pasukan BOMBA
Daerah Sik, pasukan MERT IKM
SIK, Jabatan Kesihatan Daerah Sik
dan Jabatan RELA Daerah Sik.

Kategori individu dan
berpasukan merupakan antara
acara yang dipertandingkan dan
johan bagi kedua-dua acara ini
dirangkul oleh pasukan dari Sek
Men Kebangsaan Chepir.
Pihak IKM SIK mengucapkan
tahniah kepada pasukan yang
berjaya dan setinggi – tinggi
penghargaan kepada agensi yang
terlibat dalam menjayakanya.

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 21

17 Mac 2019

Pasukan RELA IKM SIK telah mengambil bahagian dalam pertunjukan Kawad
Kaki Berirama pada hari kedua Open Day. Persebahan ini merupakan
sebahagian dari gimik perasmian penutup bagi acara pertandingan Kawad
Kecekapan, sementara itu aktiviti lain yang disertai oleh pasukan ini ialah telah
berjaya menamatkan sesi latihan CRISIS RESPOND TEAM SIRI 1/2019 yang
diadakan di Lata Mengkuang Sik, kursus ini yang disertai oleh seluruh pasukan
RELA Daerah Sik telah memberi pengalaman dan ilmu kepada pelajar
bagaimana tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berada dalam situasi
kecemasan.

KOLABORASI EDISI : Q1/2019/JAN 22

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

Rabu, 30 Januari 2019

Perbincangan kerjasama antara

MARA (PMN Kedah dan IKM Sik)

bersama ACSON Malaysia

bertempat di Acson (M) Sales &

Service Sdn.Bhd, Petaling Jaya

Selangor. Semoga hasil

kolaborasi ini membuka lebih

peluang kepada pensyarah dan

pelajar IKM Sik khususnya di

bidang penyamanan udara yang

berkaitan dengan smart building.

TETAMU EDISI : Q1/2019/JAN 23

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH

7 Mac 2019, Khamis |

Program lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah,
Kuala Nerang ke IKM Sik, selain taklimat umum pengajian, peserta lawatan
diberi peluang melihat program Rekabentuk Grafik dengan lebih dekat melalui
lawatan ke bengkel dan studio grafik.
Program ini adalah antara usaha berterusan yang dikendalikan oleh Unit
Kaunseling dan Unit Promosi IKM SIK bagi memberi pendedahan serta
menarik minat pelajar menjadikan TVET sebagai pilihan.

Penghargaan

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK, KEDAH EDISI : Q1/2019/JAN 24

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang
berusaha menjayakan setiap program yang dirancang

• Unit Pentadbiran
• Unit Promosi
• Unit Kaunseling
• Jawatankuasa TVET
• Jawatankuasa Open Day
• Jawatankuasa MSR
• Jawatankuasa CSR
• Jawatankuasa Inovasi
• Kesatria (MERT,RELA,JPAM,BOMBA)
• Semua Kakitangan IKM Sik
• Semua Pelajar IKM Sik

Agensi Luar

• Jabatan BOMBA & Penyelamat Kedah/ Daerah Sik
• Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Sik
• Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Sik
• Jabatan Penerangan Daerah Sik
• Jabatan Agama Daerah Sik
• Majlis Daerah Sik
• Hospital Daerah Sik
• Pejabat Pendidikan Daerah Sik
• Sekolah-Sekolah Sekitar Daerah Sik


Click to View FlipBook Version