The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by solehatunawang, 2022-06-26 22:02:36

MAT 2022 A

SMA Tengku Amalin A’ishah Putri
Sekolah Kluster Kecemerlangan











MESYUARAT
MESYUARAT



AGUNG PIBG
AGUNG PIBG




KALI KE-21
KALI KE-21






Dirasmikan Oleh :



YBrs. Tn. Hj. Saipul Bahri Bin Ab Manaf
YBrs. Tn. Hj. Saipul Bahri Bin Ab Manaf
(Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu)
(Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu)




Tarikh
JUN
27 2022





MASA & TEMPAT


2.00 PETANG
Tn Haji Saipul Bahri bin Ab Manaf
DEWAN MUMTAZ
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu
SMANTAP

Pn. Hjh. Siti Sharidah Binti Che Mahmood
Pengetua SMANTAP











En. Yusran Bin Yaakub
Yang Dipertua PIBG SMANTAP

ISI KANDUNGAN



BIL PERKARA HALAMAN

1 Isi Kandungan 2


2 Seuntai Kata Sekilas Bicara daripada Yang Dipertua PIBG 3


3 Sekapur Sireh daripada Pengetua 4

4 Aturcara majlis 5


5 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 6

6 Notis Pindaan Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 7


7 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21 8


8 Borang Penyataan Usul PIBG kali ke-21 9

9 Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 10


10 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-21 11-12

11 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-20 (Tahun 2021) 13 - 20


12 Laporan Aktiviti PIBG tahun 2021 21


13 Penyata Perbelanjaan dan Pendapatan PIBG tahun 2021 22 - 23
Kutipan Sumbangan/Derma PIBG sesi 2022/2023
14 Kutipan berkaitan asrama sesi 2022/2023 24
Kutipan Program Kecemerlangan Akademik Tingkatan Lima

15 Program Kecemerlangan Akademik Tingkatan Lima sesi 2022/2023 25 - 27

16 Senarai usul-usul yang telah diterima. 28 - 30


17 Sekalung Penghargaan 31












2

SEUNTAI KATA SEKILAS BICARA


YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMANTAP



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
berkumpul pada petang yang indah ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-22.
Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada
hari ini. Permuafakatan antara ibu bapa dan guru amat penting untuk menjayakan agenda pendidikan demi
kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.
Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan
berminda kelas pertama.
Syabas juga diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup hadir walaupun berhadapan dengan pelbagai
kekangan dan sibuk dengan tugas harian. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu
bapa dan guru kerana menunjukkan keprihatinan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli PIBG.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang diamanahkan melalui
pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah
dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh
setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang.
Saya amat berharap ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi menyumbang buah fikiran
dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan
anak-anak SMANTAP. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus dipikul tanpa
berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan
membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita.
Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi
penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih dinamik. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru,
setinggi-tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu kepada
anak-anak kami.
Sebagai ibu bapa, kami berharap pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang
terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan agar dapat menempa nama sebagai salah sebuah
sekolah yang terbaik di negeri ini. Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-22 SMA
Tengku Amalin A’ishah Putri, Sekolah Kluster Kcemerlangan.

Sekian terima kasih. Wassalam.




















3

SEKAPUR SIREH DARIPADA PENGETUA SMANTAP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh.


Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada petang
ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-21.
Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMANTAP saya mengalu-alukan kehadiran

tetamu jemputan Tn. Hj. Saipul Bahri bin Ab Manaf, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Baharu ke majlis
kita pada hari ini. Terima kasih juga kepada ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-
21 yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis pada petang ini. Jutaan terima kasih juga
kepada ibu bapa yang dapat hadir sebagai tanda sokongan dan penghargaan demi kejayaan anak-anak.


Kita sedar bahawa dunia pendidikan hari ini sedang mengalami banyak perubahan yang drastik
dari semasa ke semasa seiring dengan pendidikan peringkat global. Oleh itu, peluang pendidikan harus
digunakan sepenuhnya oleh anak-anak kita bagi menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran ke arah

melahirkan modal insan yang mampan dan berdaya saing. Sokongan padu dan kecaknaan daripada ibu bapa
menjadi faktor pendorong yang boleh memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus mencipta
kecemerlangan bukan hanya dalam bidang ilmu tetapi juga dalam usaha menyempurnakan pembentukan
sahsiah terpuji. Ditambah baik dengan kecaknaan dan kesungguhan para guru dalam menaburkan bakti

demi anak didik tercinta.

Pada kesempatan ini juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada YDP PIBG, Encik Yusran bin Yaakub dan seluruh ahli jawatankuasa lain yang

telah banyak membantu pihak sekolah sama ada daripada sumbangan kewangan, sokongan moral, buah
fikiran mahupun sumbangan tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan tersebut agak sukar juga untuk pihak
sekolah mencapai apa yang dihasratkan. Saya percaya, jika berlaku pertautan antara PIBG, para ibu bapa
dengan pihak sekolah, insya-Allah anak-anak kita akan berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat. Tugas

dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus bekerja keras dan lebih strategik
supaya kecemerlangan sekolah amnya dan kecemerlangan pelajaran anak-anak khususnya dapat dicapai.

Saya menyeru kepada para ibu bapa dan guru-guru di sini agar bergenggam tangan, berganding

bahu, bangun sederap, mengukuh tekad, dan memantapkan komitmen demi menyempurnakan amanah
masing-masing untuk mencari keredaan Allah SWT. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan
memberkati usaha dan segala jerih payah para ibu bapa serta guru-guru dalam usaha mendidik anak-anak
agar kita mampu melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

Sekian, terima kasih.



HJH SITI SHARIDAH BINTI CHE MAHMOOD
PENGETUA,
SMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN



4

ATURCARA

Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMANTAP kali ke-21 Tahun 2022




2.00 Petang Pendaftaran



2:30 petang Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


Bacaan Doa


Ucapan Pengetua
Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah

Putri

Puan Hajah Siti Sharidah binti Che Mahmood


Persembahan pelajar


Ucapan Yang Dipertua PIBG

Encik Yusran bin Yaakub


Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

SMANTAP kali ke-21
Oleh Y.Brs. Tuan Haji Saipul Bahri bin Ab Manaf

Pengawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu


Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMANTAP kali ke-21

dimulakan


Majlis Bersurai












5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Chempaka Panji 16100 Kota Bharu Kelantan
Pejabat : 09-7714739, Faks : 09-7714730
Email : [email protected] / [email protected]
Rujukan kami : SMATAAP.100-13/1/4( )
Tarikh : 02 Jun 2022
Ke Majlis,
Semua Ibu bapa / Penjaga pelajar,
Semua guru,
Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri.

Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE–21

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Agama Tengku
Amalin A’ishah Putri bagi kali ke–21 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa : 2:00 petang
Tempat : Dewan Mumtaz, SMANTAP

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Yang DiPertua PIBG.
3.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke–20.
3.3 Perkara berbangkit.
3.4 Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2021/2022.
3.5 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2021.
3.6 Membahas usul-usul yang diterima dan cadangan.
3.7 Pembubaran JK PIBG sesi 2021/2022.
3.8 Perlantikan pengerusi sementara.
3.9 Perlantikan JK PIBG sesi 2022/2023.
3.10 Pemilihan Juruaudit Dalaman
3.11 Hal-hal lain.
3.12 Ucapan Penangguhan.

4. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG dan juga
memudahkan sebarang keputusan dapat dibuat secara bersama demi kecemerlangan para pelajar.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”













6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Chempaka Panji 16100 Kota Bharu Kelantan
Pejabat : 09-7714739, Faks : 09-7714730
Email : [email protected] / [email protected]
Rujukan kami : SMATAAP.100-13/1/4( )
Tarikh : 14 Jun 2022
Ke Majlis,
Semua Ibu bapa / Penjaga pelajar,
Semua guru,
Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri.

Tuan/Puan,

NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE–21

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Agama
Tengku Amalin A’ishah Putri bagi kali ke–21 akan dipinda pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 27 Jun 2022 (Isnin)
Masa : 2:00 petang
Tempat : Dewan Mumtaz, SMANTAP

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Yang DiPertua PIBG.
3.2 Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke–20.
3.3 Perkara berbangkit.
3.4 Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2021/2022.
3.5 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2021.
3.6 Membahas usul-usul yang diterima dan cadangan.
3.7 Pembubaran JK PIBG sesi 2021/2022.
3.8 Perlantikan pengerusi sementara.
3.9 Perlantikan JK PIBG sesi 2022/2023.
3.10 Pemilihan Juruaudit Dalaman
3.11 Hal-hal lain.
3.12 Ucapan Penangguhan.

4. Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG dan juga
memudahkan sebarang keputusan dapat dibuat secara bersama demi kecemerlangan para pelajar.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”











7

Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

SMANTAP Kali ke-21



1. Ucapan Yang DiPertua PIBG.


2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat

Agung Tahunan kali ke–20.



3. Perkara berbangkit.



4. Membentangkan dan menerima Laporan Aktiviti

Tahunan PIBG Tahun 2021.


5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata

Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember

2021.



5. Membahas usul-usul yang diterima dan cadangan.



6. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022.


7. Perlantikan Pengerusi Sementara.



8. Perlantikan AJK PIBG sesi 2022/2023.



9. Pemilihan Juru Audit Dalaman.



10. Hal-hal lain.


11. Ucapan Penangguhan.







8

SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI
CHEMPAKA PANJI, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN.


BORANG PENYATAAN USUL DAN KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE–21 TAHUN 2022




Bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMANTAP Kali Ke–21 TAHUN 2022 yang
akan diadakan pada 27 JUN 2022 (ISNIN), maka saya mengusulkan :
_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________
Sekian. Terima kasih.



Yang benar,……………………………..

Nama penuh pembawa usul : __________________________________________________

Saya adalah ibu bapa / penjaga kepada pelajar _____________________________________
dari tingkatan _______________ akan hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
SMANTAP untuk membacakan usul yang saya kemukakan.

…………………………………..………………………………………………………………

KERATAN JAWAPAN KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA KE MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN PIBG SMANTAP KALI KE–21

Saya _____________________________________________adalah ibu bapa / penjaga kepada
pelajar ____________________________________________________________ dari
tingkatan _______________

Saya akan Hadir / Tidak Hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke–21 pada
27 JUN 2022 jam 2:00 petang. Sekian, terima kasih.


Sila serahkan borang penyataan usul dan jawapan kehadiran ini ke pondok pengawal
keselamatan sekolah sebelum atau pada 12 JUN 2022 (AHAD).









9

JAWATANKUASA PIBG SMANTAP SESI 2021/ 2022



BIL NAMA JAWATAN

1 Pn. Hjh. Siti Sharidah binti Che Mahmood Ex-Officio ( Pengetua )


2 En. Yusran bin Yaakub Yang Dipertua


3 Prof. Dr. Irfan bin Mohamad Naib Yang Dipertua

4 En. Aroma bin Abdul Wahid Setiausaha


5 Pn. Nur Fadhilah binti Mohd Zaki Penolong Setiausaha


6 Pn. Che Maizan binti Che Hassan Bendahari

7 Pn. Hjh. Siti Norbaini binti Ibrahim AJK ( PK Pentadbiran )


8 Pn. Siti Raihan binti Abdul Awal AJK ( PK HEM )


9 Pn. Rosnani binti Muhammad AJK ( PK Kokurikulum )

10 Pn. Hjh. Azlina binti Abdul Aziz AJK ( GK PAI dan BA )


11 Pn. Norsyazra binti Mohamad Ariffin AJK Guru ( Kaunselor )


12 Pn. Che Shamsiah @ Sharina binti Saupi AJK Guru

13 Tn. Hj. Baharuddin bin Abdul Rahman AJK Guru


14 En. Aswadi bin Mohd Ali AJK Guru


15 Dr. Norasnieda binti Md Shukri AJK Ibu Bapa

16 Pn. Mahlil binti Mustafa AJK Ibu Bapa


17 Pn. Suriati bin Mohd Din AJK Ibu Bapa


18 En. Zaki bin Ab Rahman AJK Ibu Bapa

19 En. Khairul Nizam bin Ibrahim AJK Ibu Bapa






10

Jawatankuasa

Pelaksana




AJK INDUK



Penasihat : Pn. Hjh. Siti Sharidah Binti Che Mahmood (Pengetua)
Pengerusi : En. Yusran Bin Yaakub (YDP)

Timbalan Pengerusi : Prof. Dr. Irfan Bin Mohamad (NYDP)
Naib Pengerusi I : Pn. Siti Raihan Binti Abdul Awal (PK HEM)

Naib Pengerusi II : Pn. Hjh. Siti Norbaini Binti Ibrahim (PKP)
Naib Pengerusi III : Pn. Rosnani binti Muhammad (PK KO)
Setiausaha : En. Aroma Bin Abdul Wahid

Penolong Setiausaha : Pn. Nur Fadhilah Binti Mohd Zaki
Bendahari : Pn. Che Maizan Binti Che Hassan


AJK PELAKSANA


Sambutan dan Protokol Jemputan/Surat Menyurat/Usul
Pn. Hjh. Siti Sharidah binti Che Mahmood (Pengetua) En. Aroma bin Abdul Wahid
Pn. Hjh. Siti Norbaini binti Ibrahim (PKP) Pn. Nur Fadhilah binti Mohd Zaki
Pn. Siti Raihan binti Abdul Awal (PK HEM) En. Soffuan Izzarddi Khairan bin Ramli

Pn. Rosnani binti Muhammad (PK KO)
En.Yusran bin Yaakub (YDP) Persegaran VIP
Prof. Dr. Irfan bin Mohamad (NYDP) Pn. Hjh. Azlina binti Abdul Aziz
Pn. Zaharah binti Zakaria.
Pengerusi Majlis Pn. Hazimah binti Yusof
Tn. Hj. M. Anuwar bin Muhammad En. Mohd Latfi bin Yusuf
Pn. Mahlil binti Mustafa (AJK ibubapa)
Teks Ucapan Perasmi
Pn. Ehsan binti Mustafa Persegaran Guru/Ibu bapa/Penjaga
Pn. Hasma binti Ismail
Teks Ucapan YDP Pn. Maziyana binti Mohamed Nor
Pn. Nor Aini binti Midin Pn. Nik Mazura Faisa binti Madzlan
Pn. Rodzean Irdawati binti Ramli
Teks Ucapan Pengetua
Pn. Zahirah binti Zahid Cenderahati Perasmi
Pn. Maizatul Akmal binti Mohamad
Bacaan Doa Pn. Maizura binti Muhamad
En. Muhamad Najib bin Muhamad Azani Pn. Suriati binti Mohd Din (AJK ibubapa)




11

AJK PELAKSANA






Pendaftaran Pencatat Minit
Pn. Norsyazra binti Mohamad Ariffin Pn. Hazwani Aimi binti Hassan
Pn. Nujhan binti Alias Pn. Salwani binti Shafi’e
Pn. Sharida binti Yusof Pn. Izzatul Wafa binti Rijaluddin
Pn. Hjh. Sariah binti Nawi
Pn. Nazirah binti Ab Rahman Tayangan Multimedia
En. Nik Najmi bin Nik Saleh @ Nik Abdullah
Persiapan Tempat Pn. Siti Rohana binti Hussin
En. Zaimi bin Esa
En. Ahmad Bashir bin Suhaimi Siaraya/Juruteknik ICT
En. Mohd Auni bin Zahari En. Mohd Arqam bin Mohd Alwi
En. Khairul Nizam bin Ibrahim (AJK ibubapa) En. Mohd Aswadi bin Ali
En. Wan Amidi bin Wan Yusof
Hiasan Dewan En. Mohd Zaki bin Ab Rahman( AJK ibubapa)
Pn. Farah Awanis binti Yaacob

Pn. Wan Noor Wahida binti Wan Suhaimi Fotografi
Pn. Natrah binti Che Yusof En. Ahmad Shaifullah bin Mohamad
En. Wan Hasikin bin Wan Hassan
Buku Program/Flipbook
Pn. Solehatun binti Awang Dokumentasi
Pn. Nur Ba’iyah binti Ab Rahman Pn. Siti Lailatul Ezzati binti Suhaimi.
Cik Syumaimah binti Abdul Rashid
Pn. Che Norhaniza binti Che Hassan Keselamatan dan Parking
Tn. Hj. Baharudin bin Abdul Rahman
Banner / Jurukira Undi En. Wan Mohd Fairuz bin Wan Abd Malek
En.Ruslan bin Ibrahim Pengawal Keselamatan


Pamflet / Jurukira Undi Hadiah Cabutan Bertuah
En. Ahmad Zuhairi bin Rubaidullah Pn. Zunainah binti Jusoh
Pn. Nurul Asma binti Yusof

Buku Pelawat Pn. Maswani binti Jaafar
Pn. Fatin Nur Farahin binti Ahmad Bazlan Pn. Nuzulria binti Zilkifli
Pn. Sala Norhaita binti Zakaria YM. Tengku Rosiati binti Tuan Mat


Hebahan dan publisiti Tabung Infaq PIBG
Pn. Che Shamsiah@Sharina binti Saupi Pn. Nor Aini binti Ab Rahman
Dr. Norasnieda binti Md Shukri (AJK ibubapa)











12

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-20
SEKOLAH MENENGAH AGAMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI

TARIKH : 22 MEI 2021
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : LOKASI MASING-MASING
MEDIUM : GOOGLE MEET

KEHADIRAN:

1. Pn. Hjh. Siti Sharidah Binti Che Mahmood - Ex-officio ( Pengetua )
2. En. Yusran Bin Yaakub - YDP
3. Prof. Dr. Irfan Bin Mohamad - NYDP
4. En. Aroma Bin Abdul Wahid - Setiausaha
5. Pn. Nur Fadhilah Binti Mohd Zaki - Penolong setiausaha
6. Pn. Che Maizan Binti Che Hassan - Bendahari
7. Pn. Hjh. Siti Norbaini Binti Ibrahim - AJK ( PKP )
8. Pn. Hjh. Siti Raihan Binti Abdul Awal - AJK ( PK HEM )
9. YM. Tuan Ibrahim Bin Tuan Soh - AJK ( PK Ko )
10. Pn. Hjh. Azlina Binti Abdul Aziz - AJK ( GK PAI & BA )
11. Pn. Norsyazra Binti Mohamad Ariffin - AJK ( Kaunselor )
12. Tn. Hj. Baharuddin Bin Abdul Rahman - AJK ( Guru )
13. En. Mohd Aswadi Bin Ali - AJK ( Guru )
14. Pn. Che Shamsiah @ Sharina Binti Saupi - AJK ( Guru )
15. Dr. Norasnieda Binti Md Shukri - AJK ( Ibu bapa )
16. Pn. Mahlil Binti Mustafa - AJK ( Ibu bapa )
17. En. Khairul Nizam Bin Ibrahim - AJK ( Ibu bapa )
18. En. Mohd Zaki Bin Ab Rahman - AJK ( Ibu bapa)
19. Pn. Suriati Binti Mohd Din. - AJK ( Ibu bapa )
20. Ibu Bapa 217 Orang
21. Guru 45 Orang
22. AKP 3 Orang


1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan kata alu-aluan kepada Encik Wan Mohd Nazri bin Wan
Awang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Islam Sektor
Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu merangkap Pegawai
Perhubungan Sekolah, Pn. Hjh. Siti Sharidah binti Che Mahmod Pengetua Sekolah
Menengah Agama Tengku Amalin Aishah Putri, Prof. Dr. Irfan bin Mohamad NYDP
PIBG, barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru dan para ibu bapa yang menghadiri
mesyuarat agung PIBG kali ke-20 pada hari ini.

1.2 Mesyuarat ini terpaksa dilakukan secara maya dan merupakan kali pertama dalam
sejarah sekolah ekoran Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

1.3 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir kerana
kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen dan sokongan serta memberi semangat
kepada pentadbir sekolah dan guru-guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan
agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak pada masa depan baik dalam
bidang pendidikan mahupun dalam bidang sahsiah. Sesungguhnya tanpa sokongan dan
13

kerjasama daripada ibu bapa, tak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal
insan kelas pertama. Kerjasama yang erat dan padu daripada semua pihak mampu
melahirkan anak-anak yang berjiwa murni seterusnya melakar kecemerlangan baik
dalam bidang akademik mahupun dalam kokurikulum.

1.4 Tahniah kepada pihak sekolah yang sentiasa menggapai kejayaan demi kejayaan dalam
pelbagai bidang. Semoga pihak sekolah mampu mencapai lebih banyak kejayaan pada
tahun ini.

1.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada para guru bagi pihak ibu bapa atas
usaha gigih tanpa jemu untuk mencurah ilmu kepada anak-anak mereka. Pengerusi
menyatakan pada tahun 2020, walaupun negara dilanda pandemik Covid-19 namun
hasil usaha para guru berjaya membimbing, membantu dan memberi tunjuk ajar
kepada para pelajar terutamanya pelajar tingkatan 5 yang akhirnya menduduki
peperiksaan SPM 2020 dengan jayanya.

2.0 Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-19

2.1 Ustaz Aroma bin Abdul Wahid selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-19 dan meminta hadirin merujuk buku Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-20 Tahun 2021 pada muka surat 12 hingga 29.

2.2 Pn. Hjh. Siti Norbaini binti Ibrahim mencadangkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan
Kali ke -19 disahkan dan disokong oleh En. Mohd Aswadi bin Ali.

3.0 Perkara-perkara berbangkit

Tiada perkara berbangkit.

4.0 Membentang dan menerima Laporan Program dan Aktiviti PIBG tahun 2020

4.1 Setiausaha PIBG Ustaz Aroma bin Abdul Wahid membentangkan Laporan Program
dan Aktiviti PIBG tahun 2020 sebagaimana lampiran di buku Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke-20 (rujuk muka surat 30 dalam Buku MAT).

4.2 Terdapat pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan yang melibatkan pelajar dan
guru. Secara keseluruhannya, segala program dan aktiviti tersebut melibatkan
peruntukkan PIBG sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya. Berikut
adalah program dan aktiviti PIBG untuk tahun 2020.

BIL BULAN PROGRAM / AKTIVITI

1 31 Disember 2019 Majlis Pendaftaran Murid tahun 2020

2 Januari 2020 Haja Tuju Ting 1 & 4

3 20-22 Februari 2020 Kem Jejak Du’ah 2020
4 27-29 Februari 2020 Jaulah Tarbiah Syabab – YADIM

5 11 Mac 2020 Tautan Kasih PT3 dan SPM
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19 tahun
6 12 Mac 2020
2020
Percetakan Signboard, Banner, Poster, Bunting,
7 Jun 2020
Letterhead PIBG
8 Jun 2020 Pemasangan Enjin Air dan Paip


14

Majlis Persaraan Pn. Hjh. Rashidah binti Abdul
9 2 Julai 2020
Rahman, Pengetua SMANTAP
10 28 Julai 2020 Majlis Apresiasi 2020

11 Ogos 2020 Jualan Takwim 1442H
Majlis Apresiasi PIBG
12 25 Oktober 2020 “Hadirmu Satu Inspirasi, Pergimu Menabur
Bakti”
Penyelenggaraan Elektrik di kelas-kelas Blok
13 November 2020
Aishah
Temuduga Pengambilan Murid Tingkatan 1 ke
14 27-29 Disember 2020
SMANTAP 2021
Naiktaraf Bilik Gunasama PIBG dan Bilik
15 Disember 2020
Tetamu
Majlis Persaraan Pn. Hjh. Maizatuakama binti
16 29 Disember 2020
Md. Yasin, Penolong Kanan Pentadbiran

4.3 Ustaz Aroma bin Abdul Wahid memaklumkan kesemua aktiviti yang dibentangkan
telah digerakkan dengan menggunakan dana PIBG secara keseluruhan ataupun
sebahagian dan telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh PIBG SMATAAP.

4.4 Pn. Che Mazlin binti Omar mencadangkan Laporan Program dan Aktiviti PIBG tahun
2020 disahkan dan disokong oleh Pn. Hjh. Siti Raihan binti Abdul Awal.

5.0 Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada
31 Disember 2020

5.1 Pn. Che Maizan binti Che Hassan selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata
Kewangan PIBG dan meminta para hadirin menyemak Buku Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke 20 pada muka surat 31-32. Penyata Kewangan PIBG yang berakhir
pada 31 Disember 2020 sebagaimana berikut:

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PIBG SEK. MEN. AGAMA TENGKU AMALIN A'ISHAH PUTRI
bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2020

Nota RM Nota RM

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Baki Awal di Bank 13859.92 Program Pelajar 5 1775.00
Mesyuarat Agung PIBG 6 1636.00
Sumbangan diterima Persegaran Mesyuarat AJK PIBG 7 268.00
Sumbangan Ibu Bapa 1 1483.00 Pinjaman 8 3869.00
Sumbangan PIBG 2 15120.00 Pelbagai 9 9832.00
Untung Takwim 2019 3 1460.00
Untung Takwim 2020 4 1295.00
Bayaran balik asrama 2019 1050.00

Jumlah 17380.00

Baki di bank 16387.92
Baki di tangan 500.00
34267.92 34267.92


15

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan di atas hendaklah dibaca bersama nota-nota berikut :

Nota nota Kepada Akaun

1) Sumbangan Ibu Bapa
Ini adalah sumbangan ibu bapa semasa mesyuarat Agung sesi 2019/2020 883.00
Sumbangan peribadi 600.00
1483.00
2) Sumbangan PIBG
378 orang x RM40 15120.00

3) Untung Takwim 2019
Jualan 3020.00
Bayaran (1560.00)
Untung 1460.00

4) Untung Takwim 2020
Jualan 2915.00
Bayaran (1620.00)
Untung 1295.00

5) Program Pelajar
Hala tuju Ting 1&4 270.00
Tautan kasih 505.00
Kem Duat 1000.00
1775.00

6) Mesyuarat Agung PIBG
Jamuan Guru 280.00
Buku Program 66.00
Cenderahati 70.00
Banner 60.00
Persegaran VIP 260.00
Persegaran ibu bapa 900.00
1636.00

7) Persegaran
Mesyuarat AJK 1 140.00
Mesyuarat AJK 2 128.00
268.00

8) Pinjaman
Bayaran yuran makan pelajar asrama 2020 3869.00

9) Pelbagai
Penyelenggaraan elektrik di kelas blok Aishah 2410.00
Pemasangan enjin air dan paip 2000.00
Peralatan pelajar (signboard,banner,poster & bunting) 2000.00
Persaraan Pengetua (Pn. Rashidah) 100.00
Softboard PIBG 300.00
Carpet bilik PIBG/VIP 1100.00
Persaraan PKP (Pn. Maizatuakama) 300.00
Majlis Apresiasi PIBG 1572.00
Cetak letterhead PIBG 50.00
9832.00

16

5.2 Pn. Hairun Mariam binti Abdullah mencadangkan penyata Kewangan PIBG tahun
2020 disahkan dan disokong oleh Pn. Hjh. Azlina binti Abdul Aziz.

6.0 Membahas usul-usul yang diterima dan cadangan

6.1 Perbahasan Usul

a. Usul 1. Pembawa usul : Pn. Zainun binti Ab Wahab (tidak diterima sebab
tidak hadir)

b. Usul ke-2. Pembawa usul : En. Mohamad bin Zakaria (tidak diterima sebab tidak
hadir)

c. Usul ke-3. Pembawa usul : Pn. Wan Aliza binti Sudin

Cadangan : Menyediakan akhbar dalam darjah (ADD) untuk
dimanfaat oleh para pelajar ting 3 seperti Berita Harian.

Jawapan : akan dipertimbangkan selepas sesi persekolahan dibuka
secara bersemuka.

d. Usul Ke-4. Pembawa usul : En. Mohd Zuwairimuzri Adha bin Ibrahim

Cadangan : Menyediakan perkhidmatan public phone menggunakan I-
Talk dan I-Talk juga boleh dijual di kedai keperasi sekolah.

Jawapan : Perkhidmatan public phone I-Talk pernah digunakan di
SMANTAP tetapi kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar
kerana hanya menggunakan kad dan kad I-Talk sukar diperolehi
bekalannya. Sekarang di sekolah sudah ada 3 buah public phone Hello-
Telco yang boleh menggunakan duit siling dan kad.

e. Usul ke-5. Pembawa usul : En. Mohd Ramlan bin Mohamad

Cadangan : Pihak sekolah menambah kipas di asrama terutama di
dorm atas.

Jawapan : Di dalam setiap dorm asrama sudah mempunyai kipas siling
dan kipas dinding. Pihak sekolah merasakan ianya sudah mencukupi.

f. Usul ke-6. Pembawa usul : Pn. Norhartini binti Yusof (tidak diterima sebab tidak
hadir)

g. Usul ke-7. Pembawa usul : Pn. Norliza binti Awang (tidak diterima sebab tidak
hadir)

6.2 Pn. Pengetua membentangkan usul daripada pihak sekolah iaitu berkaitan kutipan
derma PIBG dan bayaran asrama tahun 2021. Beliau menyatakan bahawa terdapat pembetulan
pada petak nombor 4, Program Mumtaz SPM RM300 ditukar kepada RM260. Pembetulan pada
jumlah petak terakhir adalah RM340.




17

6.3 Pn. Pengetua memaklumkan kutipan PIBG sebagaimana berikut :

AMAUN
BIL JENIS KUTIPAN
Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5
Sumbangan PIBG
1 RM53.00 RM53.00 RM53.00 RM53.00 RM53.00
(Perkeluarga)
Majalah sekolah
2 RM17.00 RM17.00 RM17.00 RM17.00 RM17.00
(Perkeluarga)
Kertas Ujian dan
3 RM10.00 RM10.00 RM20.00 RM30.00 RM30.00
Penilaian
Program MUMTAZ
4 - - - - RM260.00
SPM
JUMLAH RM80.00 RM80.00 RM90.00 RM100.00 RM340.00

6.4 Pn. Pengetua memaklumkan bahawa pembayaran sumbangan dan derma PIBG bagi
semua tingkatan boleh dibuat secara berkala.

6.5 Pn. Pengetua juga memaklumkan bayaran asrama sebagaimana berikut :

BIL JENIS KUTIPAN AMAUN
1 Bayaran Makan Asrama Pakej 1 :
RM1 Sehari-bagi ibu bapa yang berpendapatan
RM4999.99 ke bawah.

Pakej 2 :
RM3 Sehari–bagi ibu bapa yang berpendapatan RM 5000
dan ke atas)


6.6 Pn. Norfadila binti Abdul Rahman bertanya berkaitan cara bayaran asrama. PKP Pn.
Hjh. Siti NorBaini binti Ibrahim menjelaskan bayaran asrama perlu dibayar setahun sekali atau
secara bulanan dan diselesaikan sebelum akhir tahun tersebut.

6.7 Usul yang dibahaskan diterima oleh Pn. Hjh. Siti NorBaini binti Ibrahim dan disokong
oleh Pn. Hairun Mariam binti Abdullah.

7.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021

7.1 Yang Dipertua PIBG En. Yusran bin Yaacob secara rasminya membubarkan
Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 dan meminta cadangan pelantikan
Pengerusi Sementara.

8.0 Pelantikan Pengerusi sementara

8.1 Ustaz M. Anuwar bin Muhammad mencadangkan agar pengerusi PIBG yang lama
dilantik menjadi pengerusi sementara dan meneruskan agenda mesyuarat seterusnya
iaitu pemilihan pelantikan AJK PIBG bagi sesi 2021/2022.

8.2 Cadangan pelantikan Pengerusi Sementara telah disokong oleh Pn. Hjh Sariah
bt Nawi.

8.3 Pengerusi sementara iaitu En. Yusran bin Yaacob mengucapkan terima kasih
atas kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak majlis.


18

9.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022

9.1 En. Muhammad bin Ab Ghani telah mencadangkan agar jawatan YDP PIBG dan ahli
Jawatankuasa PIBG untuk sesi 2021/2022 dikekalkan sebagaimana JK PIBG sesi
2020/2021 dan telah disokong oleh Pn. Khairul Bariah binti Johan.

10.0 Pemilihan Juruaudit Dalaman

10.1 En. Aroma bin Abdul Wahid telah mencadangkan dua orang juruaudit dalaman
daripada kalangan ibu bapa dan guru dilantik iaitu En. Mohd Arqam bin Alwi dari
kalangan ibu bapa dan Pn. Maswani binti Jaafar dari kalangan guru.

10.2 Cadangan juruaudit ini telah disokong oleh En. Mohd Aswadi bin Ali.

11.0 Hal-hal lain

Tiada

12.0 Ucapan penangguhan

Pengerusi PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran ibu
bapa dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-20. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua AJK
PIBG yang baharu dilantik dan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberi
dalam menerajui semula PIBG untuk tahun ini. Ucapan terima kasih dan tahniah juga ditujukan
kepada para pentadbir dan pihak sekolah yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
ini sehingga sampai kepada penghujung dengan jayanya. Harapan beliau sebagai ibu bapa agar
pihak sekolah akan sentiasa berusaha untuk melahirkan generasi yang terbilang sebagai
pemangkin ke arah kejayaan pada masa akan datang. Beliau amat mengharapkan agar semua
ahli memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini
menjadi lebih dinamik. Beliau mengakhiri ucapan dengan menyeru semua ibu bapa dan para
guru terus berganding bahu demi mencapai kecemerlangan anak-anak di sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan bacaan surah Al-Asr dan Tasbih
Kafarah.


Disediakan oleh :



( AROMA BIN ABDUL WAHID )
Setiausaha PIBG
Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri.













Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin Ai’shah Putri
Sekolah Kluster Kecemerlangan


19

Pencatat Minit 1 Pencatat Minit 2


__________________________ __________________________
(Pn. Nazirah Binti Abdul Rahman ) (Pn. Maizatul Akmal Binti Mohamad)


Pencatat Minit 3 Pencatat Minit 4


__________________________ __________________________
(Pn. Nuzulria Binti Zulkifli ) (Pn. Hazimah Binti Yusof)




























































20

LAPORAN PROGRAM PIBG DAN AKTIVITI-AKTIVITI SEKOLAH
DENGAN SOKONGAN PIBG BAGI TAHUN 2021


BIL BULAN PROGRAM / AKTIVITI
1 Januari 2021 Temuduga Pengambilan Murid Tingkatan 1 ke SMANTAP 2021

2 Mac 2021 Pendaftaran Murid tingkatan 1 tahun 2021

3 11 Februari 2021 Program Munajat Kecemerlangan SPM 2020
4 18 Februari 2021 Program Restu Ilmu Siri 1 Tingkatan 5 2020

5 18 Februari 2021 Majlis Solat Hajat untuk calon SPM SMANTAP 2020

6 4 April 2021 Program Restu Ilmu Siri 2 Tingkatan 5 2020

7 15 April 2021 Pembelian Alatan Sanitasi

8 April – Mei 2021 Program Ihya Ramadan1442H
9 Mei -Nov 2021 Kelas Mujahadah
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMANTAP kali ke-20 tahun
10 22 Mei 2021
2021
11 Jun 2021 Kelas Intensif dan Seminar SPM

12 Jun 2021 Seminar Motivasi

13 2 Julai 2021 Penyampaian Sijil dan Cenderahati Pelajar SPM tahun 2020

14 2 Ogos 2021 Penyerahan Sijil SPM Drive Thru

15 Ogos 2021 Seminar SPM 2021
11 September Bual Bicara PdPr: Dok Manno Tugah Kito? Anjuran Inisiatif #62
16
2021 PIBKS JPN Kelantan dengan kerjasama KPIBKSN Kelantan.
16 September
17 Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat
2021
Majlis Perasmian Kem Kecemerlangan Akademik MPSM KB1:
18 2 Oktober 2021 Speedup SPM 2021 dan Motivasi Perdana Khas untuk pelajar-
pelajar SPM 2021

19 Disember 2021 Seminar SPM 2021
20 Disember 2021 Ceramah Motivasi Gempak Gegar SPM



Disediakan oleh:



(AROMA BIN ABDUL WAHID)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A’ishah Putri
Sekolah Kluster Kecemerlangan






21

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PIBG SEK. MEN. AGAMA TENGKU AMALIN A'ISHAH PUTRI
bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2021

Nota RM Nota RM

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Baki Awal di Bank 16887.92 Program Pelajar 3 6823.00
Mesyuarat Agung PIBG 4 295.00
Sumbangan diterima Pinjaman 5 7671.00
Sumbangan Ibu Bapa 1 102.00 Pelbagai 6 648.00
Sumbangan PIBG 2 12920.00
Bayaran balik asrama 2020 3869.00




Jumlah 15437.00


Baki di bank 17841.92
Baki di tangan 500.00
33778.92 33778.92

Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan di atas hendaklah dibaca bersama nota-nota berikut :

Nota nota Kepada Akaun:

1) Sumbangan Ibu Bapa
Sumbangan peribadi 102.00

2) Sumbangan PIBG
Sumbangan tahun 2020 160.00
Sumbangan tahun 2021 12760.00
12920.00

3) Program Pelajar
Restu Ilmu SPM 2020 Siri 1 355.00
Restu Ilmu SPM 2020 Siri 2 468.00
Program Ihya' Ramadhan 1000.00
Seminar SPM 2021 5000.00
6823.00

4) Mesyuarat Agung PIBG
Jamuan Guru & VIP 135.00
Cenderahati perasmi (RM80.00 x 2 ) 160.00
295.00

5) Pinjaman
Bayaran yuran makan pelajar asrama 2021 2821.00
Bantuan Awal Persekolahan 1600.00
Bayaran servis internet sekolah 2950.00
Bayaran ceramah motivasi SPM 2021 300.00
7671.00

6) Pelbagai
Banner pendaftaran Tingkatan 1 118.00
Pembelian alat sanitasi 530.00
648.00

22

Disediakan oleh : Disahkan oleh : Disemak oleh :

_______________________ _________________________ ________________________
(PN. CHE MAIZAN BINTI CHE HASSAN) (EN. AROMA BIN ABDUL WAHID)
BENDAHARI SETIAUSAHA



Diaudit oleh :
(PN. MASWANI BINTI JAAFAR) (EN. MOHD ARQAM BIN MOHD ALWI)
JURUAUDIT 1 JURUAUDIT 2











































































23

KUTIPAN SUMBANGAN DERMA PIBG 2022

DAN


BAYARAN BERKAITAN ASRAMA 2022



AMAUN
BIL JENIS KUTIPAN
Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5

Sumbangan PIBG
(Perkeluarga)
1 a. Sumbangan PIBG (RM40) RM57.00 RM57.00 RM57.00 RM57.00 RM57.00
b. Sanitari (RM12)
c. Khairat kematian (RM5)

2 Majalah sekolah (Perkeluarga) RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00 RM20.00


3 Kertas Ujian dan Penilaian RM20.00 RM20.00 RM30.00 RM40.00 RM40.00


4 Program MUMTAZ SPM* - - - - RM300.00


JUMLAH RM97.00 RM97.00 RM97.00 RM117.00 RM417.00


* Rujuk Perancangan Program Kecemerlangan Akademik Tingatan Lima sesi 2022/2023





BIL JENIS KUTIPAN AMAUN

1 Bayaran Makan Asrama ** Pakej 1 :
RM1 Sehari-bagi ibu bapa yang berpendapatan

RM4999.99 ke bawah.


Pakej 2 :

RM3 Sehari–bagi ibu bapa yang berpendapatan
RM 5000 dan ke atas)




** Ketetapan KPM

24

25


SMA TENGKU AMALIN A’ISHAH PUTRI

PERANCANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2022

ANGGARAN
BIL PROGRAM OBJEKTIF SASARAN TEMPOH PERBELANJAAN
-mencapai GPS sekolah Semua Pelajar
1. SELANGKAH SEDERAP MENUJU “U” 3.65 dalam SPM 2022 Tingkatan 5 Mei 22 RM 600.00
2 Slot Ceramah x RM 300 -motivasi dan rawat rohani

-memberi pengiktirafan Pelajar cemerlang
2. MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR dan penghargaan kepada SPM Jun 23 JEMAAH
CEMERLANG SPM 2022 pelajar cemerlang 2022 PENGELOLA

-memupuk minat dan 50 pelajar pelajarT5
3. KEM INTENSIF MAHIR B.ARAB kesedaran minat,teknik yang gagal B.Arab Mei 22 RM 900.00
3 X RM 300 belajar / penguasaan
B.Arab
-meningkatkan kuantiti pelajar potensi lulus
4. PROGRAM “ JOM LULUS MATEMATIK pelajar lulus subjek- MT T5 Mei 22 RM 900.00
TAMBAHAN “ Ogos 22
3 X RM 300
-Analisa pencapaian diri 82 pelajar T. 5 Julai 22
5. PROGRAM FORENSIK DIRI setiap pelajar dlm Ujian 1,2 Sept 22 Tiada Kos
dan Percubaab SPM Feb 23
- Berdasarkan data
TOV,OTI,AR
-Meningkatkan teknik
6. KEM “ MUMTAZ SPM 2022” menjawab soalan SPM 82 pelajar T. 5
setiap subjek Jun 22 RM4,200.00
14 subjek pelajar x RM 300 -memahirkan penguasaan
menjawab soalan KBAT
-Kelas masa senggang
8 HUSNUL KHOTIMAH SPM sepanjang SPM 2022
82 pelajar T5 Mac 23 TIADA KOS

-Pelaksanaan secara
bergilir mengikut
keutamaan subjek
- motivasi bersama pelajar
9 PROGRAM ASPIRASI SPM BERSAMA SPM 2022 82 pelajar T5 Mei 22 RM 500.00
TOKOH AKADEMIK Feb 23
-2 kali x RM 250 = RM 500
-Meningkatkan gred A
10 PROGRAM STEM BERSAMA GURU subjek STEM 65 pelajar T5 Sept 22 RM 900.00
PAKAR ( FIZ,BIO,KIM) -Minimakan gred Aliran sains
- RM 300 x 3 Subjek = RM 900
-Memohon keredhaan 82 pelajar SPM dan
12 SOLAT HAJAT PERDANA DAN MAJLIS Ilahi dan restu guru-guru semua guru Mac PIBG
RESTU ILMU atas segala usaha pelajar 2023


-Meraikan kejayaan 16 pelajar
13 MAJLIS PENGHARGAAN PENGETUA -Makan bersama Bonda Cemerlang Feb 2023 RM 1000.00
KEPADA PELAJAR CEMERLANG PPT Pengetua Percubaan
DAN PERCUBAAN SPM 2022 -
-Kelas kendiri terancang
14 KELAS ISYRAQ SPM bagi pelajar yang tak capai Pelajar yang dapat Mei- Tiada Kos
(Kelas 7.00-7.40 Pg) target subjek gred E,F dalam 2023
-Bermula pkl 7-7.35 Pagi semua subjek
-Bahan dan Pelajar
ditentukan oleh guru
subjek berkaitan
-Latihan terancang di Jun 22
15 KELAS INTENSIF SPM MASA CUTI rumah semasa cuti 82 pelajar T.5 Ogos 22 Rm4,950
2022/23 sekolah Dis22
-Latihan berdasar tahap
2kelas x 11 subjek x 3 kali x rm 50=3,300 pelajar
1kelas x 11 subjek x 3 kali x rm50= 1,650
26

27

-Kelas subjek Teras 15 Pelajar T.5 Mei 22 –
16 KELAS MUNAWWARAH SPM ASRAMA Asrama Feb 23 Peruntukan Aktiviti
–Hujung Minggu Asrama

-Kelas waktu petang
17 KELAS ABQARI SPM -hari Ahad-Khamis 82 Pelajar T.5 Mei 22- RM 10,290
14 subjek x 21 kali x -Bermula Pkl 3.10-4.40 Ptg Feb 23
RM 35 =RM 10290 -Berjadual
-14 subjek

TAUTAN KASIH & PELANCARAN -Perkongsian maklumat
18 PROGRAM MUMTAZ AKADEMIK SPM-AKU akademik pelajar bersama
JANJI PELAJAR ibu bapa 82 Pelajar T.5 Mei 22 Tiada Kos
-Perbentangan prestasi
akademik
Oleh Pn Pengetua/PKP


JUMLAH RM 24,240.00







CADANGAN BAYARAN BERKALA

BULAN MEI 22 JULAI 22 SEPT 22 NOV 22 FEB 23


BAYARAN RM 60.00 RM 60.00 RM 60.00 RM 60.00 RM 60.00

SENARAI PENYATAAN USUL MAT PIBG KALI KE-21


NAMA
BIL PEMBAWA NAMA ANAK/TING USUL/CADANGAN JAWAPAN
USUL(PENJAGA)


1 Pn. Kartinah bt Nur Arisya bt Mohd Tambahkan air Sekarang sudah ada 2 unit penapis air, satu di asrama dan satu di
Yunus Azlan coway kerana air belakang bilik guru. In Shaa Allah, tambahan satu penapis air (tidak
(5 Aminah) coway tidak semestinya coway) akan diusahakan dan diletakkan di tempat yang
mencukupi untuk sesuai untuk kegunaan pelajar.
semua pelajar lebih-
lebih lagi kalau ada
kokurikulum.


2 En. Mohd Jamri Nur Khaireena Fakhira 1. Meletakkan coway 1. Untuk meletakkan coway di setiap sudut adalah di luar
bin Mamat bt Mohd Jamri setiap sudut. kemampuan tetapi penapis air akan ditambah daripada yang sedia
(5 Aminah) ada.
2. Menjual dengan 2. Setiap hari sudah terdapat tidak kurang dari 3 menu di kantin,
pelbagai jenis makanan yang mengenyangkan dan makanan sampingan. Ianya
menu di Kantin. sudah memadai.
3. Baiki paip tandas. 3. Semua paip yang rosak telah dibaiki pada tahun lepas. Sekiranya
terdapat kerosakan yang baru, ia akan segera dibaiki.
4. Harga air anggur 4. Tidak sepatutnya dibuat perbandingan harga sebab café berada di
susu tak sama, di luar kawasan sekolah. Pelajar perlu bijak membuat pilihan.
café RM2
manakala di kantin
RM1.


3 Pn. Wan Aliza bt Nurul Faizah bt Sha’ari 1. Cadangan jualan 1. Akan dipertimbangkan. Ia suatu cadangan yang baik. Menu
Suddin (4 Aisyah) buah potong di pemakanan yang sihat. Ia pernah dijual di kantin. In Shaa Allah
kantin waktu rehat akan dipanjangkan kepada pihak kantin.
seperti tembikai,
betik, jambu

28

dengan harga yang
berpatutan.
29
2. Cadangan adakan 2. Kutipan kilat biasanya akan dibuat apabila berlaku apa-apa
tabung kecemasan kecemasan kepada pelajar seperti kebakaran, sakit dan
untuk membantu sebagainya. Tidak perlu satu tabung tetap khas untuk kecemasan.
pelajar yang dalam Sekiranya ada pihak yang ingin memberi sumbangan, ia boleh
kecemasan. disalurkan ke dalam akaun PIBG.


4 Pn. Nor Aishah bt Nurul Balqhis Irdina bt 1. Pengurangan harga 1. Pihak kantin menjual mengikut tender yang telah diberikan
Abu Bakar Zulhasmunizan makanan. kepada pihak sekolah. Ia tidak boleh dikurangkan sebab ia terikat
(2 Aisyah) dengan harga dalam tender. Mereka juga tidak boleh menjual
lebih dari harga yang ditetapkan. Untuk minta dikurangkan agak
sukar kerana kos pembelian barang-barang mentah mahal.
Perjumpan antara AJK PIBG dengan pihak kantin boleh dibuat
untuk membincangkan perkara ini. Sekiranya tidak boleh
dikurangkan harganya, mungkin boleh ditambah kuantiti
makanan.
2. Membaiki kipas. 2. Kipas yang rosak akan dibaiki atau ditukar apabila pihak sekolah
mendapat makluman.
3. Kepelbagaian 3. Pihak kantin pernah menyediakan pelbagai menu baharu tetapi
menu baharu. tidak mendapat sambutan pelajar. Ini menyebabkan kerugian bagi
pihak kantin.
4. Menyediakan 4. Kawasan terhad. Tempat menunggu yang sedia ada sudah
tempat menunggu mencukupi. Pelajar boleh menunggu di kantin, koridor foyer,
ibubapa ketika pondok-pondok atau di kerusi yang telah disediakan.
pulang.
5. Melakukan sesuatu 5. Perubahan jadual baharu dibuat, di mana pelajar tingkatan 3 akan
untuk rehat bersama dengan pelajar menengah atas untuk sesi kedua
mengelakkan untuk mengelakkan kesesakan di kantin ketika rehat. Sebelum ini
kesesakan di pelajar tingkatan tiga rehat bersama pelajar tingkatan satu dan dua
kantin ketika rehat. di mana bilangan mereka sekarang agak ramai.
6. Baiki tangga yang 6. Kecondongan tangga yang dibuat mengikut ketetapan JKR dan
condong. telah mendapat kelulusan JKR. Notis peringatan supaya berhati-
hati semasa menggunakan tangga akan ditampal di tempat
tersebut.

5 En. Mohd Rosli bin Nur Humaira bt Mohd Penambahan kipas di Kipas di dalam bilik darjah atau asrama sudah mencukupi.
Yusuf Rosli (2 Aisyah) bilik darjah atau Penambahan kipas tidak boleh dibuat sebab risiko keselamatan
asrama. pelajar. Penambahannya boleh meningkatkan penggunaaan elektrik
yang mungkin boleh membahayakan atau merosakkan pendawaian
elektrik.


6 Pn. Rohana bt Ilham Aqilah bt Agar menu asrama Menu makan di asrama disediakan mengikut menu yang telah
Ariffin Mohamad Izaha ada penambaikan lagi ditetapkan oleh pihak KPM. Pihak petender dewan makan terikat
(1 Asma’) dari sudut jenis lauk dengan menu tersebut. Kawalan kualiti sentiasa dibuat oleh penyelia
pauk dan juga tahap asrama dan pihak warden asrama yang bertugas.
penjagaan mutu rasa.



























30


Click to View FlipBook Version