Etika Dan
Peradaban
Kaum Cina
Di Malaysia
Politeknik Sultan Idris Shah
Nama Ahli (17DSB21F1003)
(17DSB21F1015)
Mohd Amir Fadhullah Bin Mohammad (17DSB21F1029)
Mohd Syazwan Izzat Bin Azmi (17DSB21F1004)
Dzakwan Hadi Bin Rizali Hadi (17DSB21F1017)
Muhammad Danish Aiman Bin Halme
Ammar Bin Izwan
Isi
1.Asal Usul Kaum Cina Di Malaysia
2.Dialek Cina Di Malaysia
3.Adat Resam Kaum Cina Di Malaysia
4.Perayaan-perayaan Kaum Cina Di Malaysia
5.Pakaian Tradisional Kaum Cina Di Malaysia
6..Makna Simbul Di Sebalik Pakaian Tadisional Cina
7.Kesenian Kaum Cina Di Malaysia
8.Seni Bina Kaum Cina Di Malaysia
9.Keprecayaan Masyarakat Cina
Asal-usul Kaum
Cina Dan Dialek
Kaum Cina
Di Malaysia
Mohd Syazwan Izzat Bin Azmi (17DSB21F1015)
Sejarah Kaum Cina
Di Malaysia
Kaum kedua terbesar di Malaysia ialah cina
selepas kaum Melayu.Kaum cina di
Malaysia mempunyai beberapa sub-etnik
seperti Cina Min,Cina Yue,Cina
Hakka,Cina Wu dan Cina Utara..Apabila
Puteri China,Hang Li Po berkahwin dengan
Sultan Melaka penempatan pertama yang di
buka di Malaysia pada abad ke 15.Selepas
itu kaum cina telah berkembang menjadi
kaum terbesar di malaysia
Gamba mayarakat cina
Replika Kapal Zheng HeGELOMBANG PERTAMA -
PERIKATAN STRATEGIK
Ketibaan Laksamana Zheng Ho bermulanya sejarah
masyarakat cina di malaysia pada tahun (1371-1435) Laksamana
Zheng Ho yang juga dikenali sebagai laksamana Cheng Ho.ianya
juga seorang pengembara,sida-sida,dan diplomat dari Dinasti China
Ming.Cheng Ho sudahpun berlaya ke Melaka sebanyak lima kali dan
jangka masa itu dia jugak menyertai sebanyak tujuh pelayaran
Selepas misi diplomatik Zheng He, Sultan ke-6 Kerajaan
Melaka, Mansur Shah memerintah: 1456-1477 mengaturkan
perkahwinan politik dengan Hang Li Po, seorang puteri dari Dinasti
Ming pada tahun 1459. Sebelum berkahwin dan menjadi Isteri kelima
dari Sultan Mansur Shah, Puteri Hang Li Po telah memeluk agama
Islam.
GELOMBANG PERTAMA -
PERIKATAN STRATEGIK
Apabila Puteri Hang Li Po tiba di Melaka, 500 orang dayang
puteri telah membawa bersama-samanya.500 dayang ialah hadiah
perkahwinan permaisuri baru dan dayangnya,kawasan khasi di
melaka Sultan Mansur Shah memperkenankan sebuah kawasan
yang di namakan Bukit Cina.Dalam pembangunan sebuah waduk
air telah dibina di kawasan tersebut dan waduk air di kenali sebagai
Perigi Raja ia juga menjadi sumber air yang penting bagi mereka
yang tinggal di kawasan ini.Pihak Belanda telah membina dinding
pada tahun 1677 mengelilingi telaga dan menukarkannya sebuah
telaga hajat.Bukit Cina merupakan salah satu dari jirat cina terbesar
di Malaysia sehingga ke hari ini.Jirat Cina ini adalah terbesar di
Malaysia dengan kira-kira 12.500 buah kubur.Yang agak peliknya
di sini di China Puteri Hang Li Po tidak ada dalam rekod Dinasti
Ming di China.Mungkin Hang Ki Po dipercayai bukanlah keluarga
terdekat Emperor Yongle dari Dinasti Ming,tetapi sebaliknya
merupakan anggota istananya.
Pengiring-pengiring lelaki Sultan Mnasur Shah banyak
mengahwini dayang-dayang Hang Li PO dan menghasilkan waris
berkuturunan China-Melaka.Kumpulan sub-etnik Cina Hokkien
merupakan kumpulan pendatang Cina pertama yang tiba di
Malaysia antra abad ke 15 dan ke 17,yang di kenali sebagai
peranaakan,yang merangkumi sub-cabang yang terkenal sebagai
Bab-Nyonya.Baba bermaksud orang lelaki manakala Nyonya ialah
wanita
Gambar Perigi raja
GELOMBANG KE DUA -
DEMI MENCARI MASA
DEPAN YANG LEBIH BAIK
Pada abad awal ke 19 gelombang kedua pendatang Cina ke
Malaysia telah tiba sewaktu Malaysia merupakan sebuah Koloni
British.Negara ini di kenali sebagai British Malaya merangkumi
Malaysia dan Singapura pada waktu itu.Dalam jangka masa itu,
pada tahun 1839-1842 China mengalami kekacauan yang genting
dan baru sahaja tewas dalam Perang Candu Pertama.Pada tahun
1856-1860 pada tahun ini bermulalah perang kedua dan tahun 1927-
1950 berlakunya perang saudara antara Parti Komunis dan Parti
Nationalis China
China mengalami kejatuhan kerana adanya konflik dalaman
sehingga kegawatan yang besar mengakibatkan persekitaran politik
china yang tidak stabil dan situasi kehidupan yang susah.Situasi ini
juga mengakibatkan ramai orang cina berhijrah untuk mencari
peluang yang lebih baik.British Malaya adalah salah satu destinasi
yang popular untuk berhijrah.Kebanyakan pendatang cina dalam
gelombang kdeua datang dari wilayah Fujian dan Guandong.
GELOMBANG KE TIGA -
PASANGAN BERBANGSA
ASING
Pada tahun 1900an berlakunya gelombang ke tiga penhijrahan
orang Cina ke Malaysia tetapi kali ini dalam jumlah yang lebih
kecil,kerana penhijrahan orang Cina ke Malaysia kebanyakan
mereka datang sebagai pasangan.Kebanyakan mereka datang dari
bahagian utara China dan bercakap dalam dialek Mandarin
Gmbar pasangan pengantin
peranakan dalam pakaian
tradisional
Gambar kaum Cina bersama
kaum Melayu dan India
POPULASI CINA DI
MALAYSIA
Di Malaysia kaum terbesar kedua ialah kaum Cina selepas
bumiputera Melayu, Kaum India menjadi kaum ketiga terbesar di
Malaysia.Kira-kira 6.9 juta daripada jumlah 31 juta orang yang
tinggal di malaysia (atau 22.6%) berdarah keturunan
Cina.Hokkie,Kantonis,Hakka dan Teachew merupakan dialek dari
beberapa kumpulan sub-etnik.
BERBAGAI-BAGAI DIALEK
CINA DI MALAYSIA
DIALEK HOKKIEN
Di Malaysia terdapat dua varuasu kepada dialek Hokkien yang dituturkan di
negara ini:Hokkien Pulau Pinang dan Hokkien Selatan Malaysia.Hokkien
Pulau Pinang berasal dari bandar Zhangzhou di China dan menyelitkan
penggunaan perkataan Melayu dan Inggeris.Hokkien Selatan Malaysia pula
berasaskan sebuah dialek yang dituturkan oleh orang-orang di bandar
Quanzhou di China.Hokkien Pulau Pinang dan Hokkien Selatan Malaysia
kebanyakan mempunyai kesamaan antara satu sama lain dan kedua-dua dialek
dirujukan sebagai Hokkien sahaja.
Orang cina yang tinggal di negeri-negeri utara semenanjung kebanyakan
menggunakan Hokkien seperti kedah,Pulau
Pinang,Perlis,Kelantan,Terengganu dan bandar Taiping,Perak.Hokkien selatan
Malaysia kebanyakan mengunakan dialek ini terutama di bandar-bandar
kalang,Melaka,Johor dan Kuching.
BERBAGAI-BAGAI DIALEK
CINA DI MALAYSIA
DIALEK KANTONIS
Dialek Kantonis merupakan cariasi kepada bahasa China yang
berasal dari wilayah Guangzhou di tenggara China.Di kawasan
tengah Semenanjung Malaysia kebanyakan menggunakan dialek
Kontonis bandar seperti Kuala Lumpur,Petaling Jaya,Subang
Jaya,Seremban,Ipoh,Kampar dan Kuantan.Di samping itu,di daerah
Sandakan,Sabah dan Daerah Mersing di Johor biasanya
menggunakan dialek Kantonis.
DIALEK HAKKA DAN TEOCHEW
Dialek Gen agak serupa dengan Dialek Hakka berbanding dengan
bahasa Mandarin.Kaum Cina yang tinggal di daerah-daerah utama
di Sabah, seperti KKota Belud,Kota
Kinabalu,Papar,Marudu,Kuna,Lahad Datu, Semporna dan lain-lain
kebanyakan menggunakan dialek Hakka sebagai bahasa
pertuturan.Sebaliknya,Kaum Cina Malaysia yang tinggal di ibu
negeri Johor,Johor Bahru menggunakan dialek Teochew yang
berasal dddari timur Guandong.
SUMBER RUJUKAN:
https://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulkurinpoche/malaysia/kaum-cina-di-
malaysia.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia
Adat Resam Kaum
Cina Di Malaysia
Dzakwan Hadi Bin Rizali Hadi (17DSB21F1029)
ADAT RESAM KAUM CINA DI MALAYSIA
Umum mengetahui bahawa kaum cina amat mementingkan adat resam mereka dan mereka
amat pantang untuk melanggar adat resam sama seperti semua kaum di Malaysia yang mempunyai
adat resam mereka tersendiri. Adat resam kaum cina boleh dikatakan juga sebagai pantang larang
dan dibahagi kepada beberapa bahagian dan masing-masing mempunyai ciri-ciri unik dan sebab.
* ADAT SEMASA KEMATIAN
Semasa seseorang individu cina meninggal dunia, pihak keluarga si mati akan mengambil masa 3
hingga 7 hari untuk mengumpulkan semua ahli keluarga yang lain untuk Bersama-sama meratap
pemergian si mati. Orang yang melawati si mati akan memberikan sumbangan wang kepada ahli
keluarga si mati dan wang tersebut mestilah diletakkan didalam sampul berwarna putih. Warna
sangat penting kepada kaum cina. Oleh itu, pakaian yang perlu dipakai semasa upacara kematian
perlulah berwarna gelap seperti hitam dan kelabu sahaja dan tidak digalakkan untuk memakai
pakaian berwarna warni.
CARA PAKAIAN SEMASA UPACARA KEMATIAN ORANG CINA
Para tetamu digalakan untuk membawa sepasang lilin putih dan alat-alat sembahyang untuk
diberikan kepada ahli keluarga si mati jika mereka bukanlah keluarga yang berada. Upacara
kematian kaum cina juga diperhiaskan sebagai contoh si mati akan dipakaikan pakaian yang cantik
dan jika si mati adalah perempuan dia akan dipakaikan aksesori. Bukan itu sahaja, keranda juga
diperhiaskan supaya menjadi cantik dan keranda dan mayat tidak boleh disentuh oleh tetamu.
Akhir sekali, semasa keranda di turunkan di tanah perkuburan, tetamu dan ahli keluarga akan
menguatkan tangisan kesedihan mereka sehinggalah keranda tersebut ditutupi dengan tanah
sepenuhnya. Sebelum para tetamu balik daripada majlis pengebumian, ahli keluarga si mati akan
memberikan seutas benang merah dan gula-gula kepada para tetamu sebagai tanda terima kasih
dan perhargaan.
*ADAT SEMASA PERKAHWINAN
Perkahwinan merupakan hari yang sangat gembira kepada dua pihak keluarga. Untuk mengekalkan
kegembiraan semasa hari perkahwinan bagi kaum cina, adat resam mestilah dipatuhi oleh semua
orang.
Hari perkahwinan mestilah
berlangsung pada bulan yang bersesuai
selain bulan April kerana bulan bulan
April terdapat perayaan hantu(qing
ming). Semasa hari perkahwinan
berlangsung, tetamu dan ahli keluarga
digalakan untuk memakai pakaian yang
berwarna merah kerana warna merah
dianggap ong iaitu tuah. Warna hitam
tidak digalakkan semasa hari
perkahwinan. Tetamu yang baharu
sahaja mempunyai kematian ahli tidak
dperlu memberi hadiah kepada
pengantin kerana dianggap nasib malang.
Gambaran pengantin cina
Pada hari perkahwinan juga terdapat
upacara teh, dimana upacara ini bertujuan
untuk merapatkan hubungan antara keluarga
pengantin lelaki dan keluarga pengantin
perempuan. Pengantin akan menyediakan the
untuk diberikan kepada kedua-dua belah
keluarga, upacara ini sangat memberi makna
kerana ia melambangkan kesatuan diantara
dua keluarga.
Selain itu, pengantin yang mempunyai
nama gelaran yang sama tidak digalakan
untuk berkahwin kerana akan menimbulkan
kekeliruan
Gambaran upacara teh kaum cina
*ADAT SEMASA MAKAN
Kaum Cina juga mempunyai adat dan pantang larang semasa makan sama seperti kaum Melayu
dan kaum India. Dimana susunan tempat duduk diambil kira oleh kaum Cina. Tempat duduk yang
berada disebelah kiri,timur
atau menghadap gerbang
dianggap tempat yang
terbaik. Kaum Cina akan
mendahulukan orang tua dan
tetamu penting untuk duduk
terlebih dahulu kerana itu
dianggap sebagai tanda
hormat. Semasa mengambil
pesanan makanan, orang
yang menganjurkan majlis
akan bertanyakan soalan
kepada semua orang tentang
makanan yang ingin
dihidangkan untuk mendapat
makanan yang paling banyak
disukai ramai, jika sebagai
tetamu, tetamu hendaklah
memesan makanan yang
tidak mahal dan makanan
tersebut disukai ramai supaya senang
untuk berkongsi. Apabila makanan dihidangkan etika di meja makan amat penting. Petama, apabila
menggunakan chop stick, individu tersebut perlulah mengambil makanan dengan sopan santun dan
menunjukkan expresi yang bersyukur. Kedua, jika makanan berada di dalam mulut, individu tersebut
mestilah mengunyah makanan dengan senyap, mulut tertutup dan tidak bercakap. Ketiga, individu
yang berada di meja makan mestilah tidak bermain-main dengan makanan dan chop stick juga
dilarang untuk menunjuk seseorang dengan chop stick kerana dianggap biadap. Minum air juga ada
etikanya seperti minum dengan perlahan dan senyap juga jika mahu minum air sebelum orang lain,
individu tersebut mestilah berdiri dan mengatakan sesuatu untuk memulakan minuman. Akhir
sekali, apabila ingi9n beredar dari meja makan, orang tersebut hendaklah menunjukan perhargaan
kepada penganjur dan jika ingin bereda semasa majlis berlangsung mestilah menerangkan sebab.
*ADAT SEMASA HARI PERAYAAN
Hari perayaan adalah hari diaman semua orang yang menyambut akan merasakan emosi yang
gembira dan perayaan juga membina sentimental dalam seseorang. Kaum Cina sangat
sememangnya pakar dalam melancarkan hari perayaan yang meriah dan mereka juga mempunyai
adat dan pantang larang semasa hari perayaan.
Sebelum hari perayan, rumah mestilah dibersihkan terlebih dahulu. Aktiviti ini dilakukan beberapa
hari sebelum sambutan sebagi contoh pada sehari sebelum hari Tahun Baru Cina, rumah dilarang
sapu kerana gentar akan kehilangan tuah dan mereka juga tidak dibenarkan untuk mengeluarkan
kata-kata kasar dan kesat kerana itu akan merosakkan keharmonian sepanjang tahun. Mereka juga
dilarang memecah apa-apa barang kerana ia akan menyebabkan rezeki tidak stabil. Kita mesti
tertanya kenapa kaum Cina suka akan tarian singa atau naga dan suka main mercun pada malam
hari? Jawapannya ialah mereka berbuat demikian untuk menghalau nasib buruk dan kuasa jahat.
Kita juga mesti suka akan ang pow yang diberikan oleh jiran Cina kita. Mereka memberikan duit
kepada orang yang belum berkahwin, mereka akan memberikan duit hingga hari ke-15 perayaan
iaitu hari Chap Goh Mei dan duit yang diberikan berjumlah genap.
Maka terbuktilah bahawa kaum Cina di Malaysia mempunyai adat resam dan pantang larang yang
unik bersertakan sebab yang munasabah. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui dan memahami
adat resam sesuatu kaum untuk lebih mengenali mereka agar kita Bersama-sama membina Malaysia
menjadi sebuah negara yang lebih baik dan harmoni.
PERAYAAN-PERAYAAN KAUM CINA DI MALAYSIA
Setiap kaum di Malaysia menyambut hari perayaan masing-masing dengan begitu meriah dan
berwarna-warni. Bagi kaum Cina, perayaan juga memberi makna yang besar kepada mereka dan
mereka tidak akan melepaskan peluang meraikanya. Berikut merupakan perayaan-perayaan yang
disambut oleh kaum Cina di Malaysia.
*TAHUN BARU CINA
Tahun baru cina merupakan antara perayaan yang terbesar di Malaysia. Tarikh perayaan tahun
baru cina 2021 adalah 12 February manakala tarikh tahun baru cina 2021 adalah 1 February. Tahun
baru cina berlangsung selama 15 hari dan sepanjang 15 hari tersebut kita akan dengar kemeriahan
kaum cina menyambut tahun baru, pelbagai aktiviti dan rancangan menarik akan ditayangkan
seperti tarian naga dan singa serta pertunjukkan mercun yang menerangi waktu malam dengan
cahaya serta bunyi yang kuat dan lebih menarik perhatian ramai adalah potongan harga yang rendah
sepanjang perayaan tahun baru cina.
Pada malam sebelum berlangsungnya sambutan tahun baru cina, rumah dihiasi dengan warna
emas dan merah melambangkan tuah seiring dengan lampu-lampu yang terang dan cantik. Juga,
semua ahli keluarga kaum Cina akan berkumpul dan membuat jamuan makan secara besar-besaran
dan suasana dipenuhi dengan kegembiraan dan gelak ketawa yang kuat. Makanan pada tahun baru
cina yang popular dan selalu di dengari di telinga adalah kuih bulan dan limau mandarin. Tetapi
makanan yang selalu dihidangkan oleh kaum Cina adalah dumpling, makanan tersebut digambarkan
sebagai besi dan emas.
Mengikut lagenda orang Cina mereka mengatakan bahawa perayaan ini disambut sejak 3000 tahun
dahulu. Kaum Cina juga mengaitkan tahun baru mereka dengan lagenda seperti menentukan tahun
dengan haiwan dengan maksud tersendiri dan unik.
*PESTA TANGLUNG
Pesta tanglung diraikan pada hari ke-15 tahun baru cina atau lebih dikenali sebagai chap goh mei,
Pesta ini seperti upacara penutup bagi tahun baru cina dimana kita akan melihat banyak tanglung
dinyalakan dan dilepaskan ke langit bukan itu sahaja, mercun juga akan dibakar untuk menghalau
mahkluk jahat yang takut akan bunyi mercun, pada malam itu terdapat amalan melontar buah limau
ke sungai dengan berhajat untuk mendapatkan pasangan hidup. Maka sesiapa yang masih mencari
jodoh datanglah ke sungai berdekatan untuk berkenalan pada pesta tanglung. Pada hari tersebut
makanan yang sering dihidang adalah tangyuan sejenis bebola nasi yang manis.
Gambaran tanglung yang dinyalakan semasa pesta tanglung
*PESTA KUIH BULAN
Pesta kuih bulan ada pesta yang penuh dengan sejarah dan lagenda. Pesta ini disambut pada bulan
ke-8 dan hari ke-15 pada kalendar Cina. Pesta tersebut merupakan sambutan kemenangan Cina
melawan Mongol pada akhir zaman pemerintahan Dinasti Yuan. Tidak lupa pada kuih bulan yang
sangat ikonik,menarik dan sedap. Kuih bulan diisi dengan pes kacang merah yang manis atau kuning
telur yang masin. Makanan ini mempunyai lagenda tersendiri dan dikelas sebagai makanan
kenegaraan China. Pada hari pesta, semua ahli keluarga akan keluar bersama melihat bulan penuh
sambal menikmati kuih bulan selepas itu mereka akan menyalakan bunga api dan tanglong.
Sumber rujukan:
1. https://voize.my/adat-resam-pantang-larang-kaum-cina-di-malaysia/
2. https://www.shenyunperformingarts.org/blog/view/article/e/oMhlZ6rXUf0/a-guide-to-
traditional-chinese-festivals-
blog.html?utm_source=Adwords_Search&utm_campaign=v8_NB_EN_SYPA_[DSA-
tCPA]&utm_adgroup=[xct]_chinese_festivals&device=c&keyword=china%20festivals&gclid=Cj0K
CQjwiNSLBhCPARIsAKNS4_fxIqj0BgNWnRsHhHZyl8lLk7eHZAdhsyVucjLhI7CFFlFhkFWI57EaAqXfE
ALw_wcB&campaignId=9946790526&adgroupId=103613143805&network=g&gclid=Cj0KCQjwiN
SLBhCPARIsAKNS4_fxIqj0BgNWnRsHhHZyl8lLk7eHZAdhsyVucjLhI7CFFlFhkFWI57EaAqXfEALw_w
cB
3. https://lobakmerah.com/5-perayaan-disambut-oleh-kaum-cina-di-malaysia-bukan-tahun-baru-
cina-je-tau/.
KESENIAN
KAUM CINA
DI MALAYSIA
Muhammad Danish Aiman Bin Halme (17DSB21F1004)
SENI TARI
TARIAN NAGA/SINGA
Pada perayaan tahun baru
cina,pembukaan kedai dan
seumpamanya,seringkali kita dapat lihat
pelbagai persembahan yang
dipersembahkan oleh masyarakat
cina,antaranya seperti tarian naga,Tarian
naga adalah tarian tradisional dalam
warisan bagi masyarakat cina.tarian naga
bertujuan sebagai doa untuk mendapat
rahmat dari syurga ketika tahun baru cina
ketika mempunyai bencana alam dan
bencana peribadi atau suatu cara meraikan
sesuatu
Tarian naga adalah sejenis tarian yang menggunakan tenaga seramai
15 hingga ke 20 orang penari bergantung kepada saiz naga yang
berbeza bagi menjayakannya.Dalam tarian ini sekumpulan penari
yang terlatih memegang sebatang naga iaitu naga yang didekorasi
dalam imej naga cina dengan sebuah tiang.Penari bahagian hadapan
yang mengawal naga mereka mengangkat,membidas,mencelup dan
menyapu kepala naga sehingga membentuk/melihatkan ciri-ciri
naga itu dikawal oleh seorang sahaja,dan dikawal bagi
mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik bagi melihatkan naga itu
seperti bernyawa.Gerakan bagi tarian naga ini melambangkan
peranan naga menunjukkan kuasa dan maruah,antaranya seperti
melihatkan Gerakan “semangat sungai” iaitu seperti berbelok-
belok dan beralun.
GAMBAR TARIAN NAGA YANG DIPERSEMBAHKAN SEMASA TAHUN
BARU CINA
CONTOH GAMBAR TARIAN SINGA
Tarian singa pula tujuan adalah lebih kurang sama dengan
tarian naga iaitu sebagai hiburan di majlis atau hari perayaan.Tarian
singa dijalankan dengan dua orang penari yang memakai kostum
singa yang bahagian depannya memainkan kepala singa dan penari
bahagian belakang menyokong rentak bahagian hadapan.Gerakan
tarian singa ini mengikut rentak gong,dentuman mercun yang
dianggap sebagai tuah dan drum diatas pentas yang
disediakan.Tarian singa ini terbahagi kepada dua iaitu tarian singa
utara yang menggayakan kostum singa bewarna merah jingga dan
kuning dan pergerakan lebih kepada akrobatik tujuan sebagai
hiburan.Tarian singa selatan tuan bagi membuang semangat jahat
dan mempunyai kostum yang berbeza dari mata singa lebih besar
dan mempunyaIcermin serta tanduk dibahagian kostum kepalanya.
MENGAPA NAGA DAN SINGA DIJADIKAN SEBAGAI
MAKHLUK UTAMA DALAM TARIAN INI?
NAGA
Dalam pemikiran bagi masyarakat cina,naga adalah sejenis makhluk
yang dapat memberi keuntungan.Selain itu,naga dianggap
mempunyai kekuatan yang tiada tandingan yang boleh mencegah
jenayah,mahupun menghilangkan nasib buruk.
SINGA
Singa adalah pelindung dalam adat bagi orang asia terutama bagi
negara China,Vietnam,Taiwan,Korea,Jepun.
o NOTA
PIROTEKNIK
-Adalah sejenis alat yang dikenali untuk meminta
pertolongan yang mengeluarkan percikan seperti yang dapat
dilihat pada bunga api
SENI KALIGRAFI
Seperti yang kita ketahui seni
kaligrafi adalah tulisan yang
menakjubkan dan indah
dipandang,Kaligrafi berasal daripada
B“tauhliassaanYcuannatniiki”aiytaunbgedrmipaekrksuednalkan
sejak zaman Mesir Purba,Yunani Purba
dan china Purba yang mempunyai nilai
sentimental sendiri seperti ketepatan
dan kesegaraman .Beralik kepada
tulisan kaligrafi cina,masyarakat cina
amat terkenal dengan seni tulisan
kaligrafi ini,Murid-murid di sekolah
jenis cina harus mempelajari tentang
cara untuk menulis tulisan kaligrafi
cina ini bagi salah satu cara mereka
untuk menguasai Bahasa mandarin
CONTOH GAMBAR BUNGA YANG DIHASILKAN MELALUI KALIGRAFI
Kaligrafi cina ini mempunyai nilai estetik yang mempunyai tradisi
yang Panjang.Kaligrafi juga dapat memupuk watak seseorang untuk
dijadikan pengajaran.Selain daripada menulis,kaligrafi ini juga
digunakan bagi melukis gambar.Antara gambar yang boleh dihasilkan
daripada kaligrafi ini adalah gambar Feng-Shui,bukit,bunga-bungaan
dan haiwan.Kaligrafi ini dihasilkan menggunakan berus
dakwat,dakwat,kertas bermutu tinggi dan batu tinta untuk menggiling
dakwat padat menjadi dakwat cair.
Terdapat banyak gaya tulisan kaligrafi cina antaranya ialah:
• SKRIP TULANG ORACLE
Bentuk awal watak cina yang ditulis pada tulang
binatang iaitu pada 1200 ms
• SKRIP METERAI
Gaya kuno penulisan watak watak cina ditulis dalam
naskah formal untuk disebar pada Dinasti Qin iaitu
pada pertengahan ke-1 ms
• SKRIP ULAMA
Digunakan pada zaman Dinasti Han hingga
kini,ditulis dalam bentuk standard dan cara
keterbacaanya sangat tinggi
• SKRIP BIASA
Gaya tulisan terbaru yang pertama kali diguna oleh
Zhong You bagi menulis karya yang sangat serius
bagi peringatan untuk maharaja.wujud pada dinasti
Han dan Wei.
SKRIP KURSIF
berasal dari China pada zaman dinasti Han hingga
zaman Jin tidak bersifat temporal selain merujuk
kepada watak-watak yang telah ditulis dengan
tergesa-gesa dan mempunyai pengertian yang luas.
SENIBINA
Terdapat pelbagai jenis senibina bangunan-bangunan
atau rumah yang mengikut seni bina tradisi kaum di
Malaysia.Antaranya, kerap dapat dilihat di negara kita
adalah rumah melayu tradisional yang mempunyai ciri
ciri tersendiri antaranya seperti rumah didirikan
mengikut arah kiblat,mempunyai ukiran pada tingkap
dan lain-lain tempat seperti di bumbung.Selain itu
senibina cina di Malaysia tidak kurang hebatnya
juga,antaranya dua senibina masyarakat cina di
Malaysia iaitu senibina tradisional dan senibina baba-
nyonya.
TOKONG CHENG HONG TENG YANG MENJADI CONTOH
SENIBINA TRADISIONAL KAUM CINA DI MALAYSIA
Senibina tradisional masyarakat cina kita dapat lihat pada
Tokong Chen Hong Teng yang telah dibina pada tahun 1646 yang
terletak di bandar Melaka.Tokong ini juga telah diiktiraf oleh
UNESCO pada tahun 2003.Tokong ini mempunyai corak
dekoratif bunga-bungaan,burung,naga yang bercorak
keemasan.Disamping itu,mempunyai corak singa yang
melambangkan kegemilangan orang pada zaman dahulu
CONTOH SENIBINA BABA-NYONYA DI MALAYSIA YANG
MELIHATKAN HIASAN DALAM RUMAH
Senibina baba-nyonya pula banyak
terdapat di Pulau Pinang dan Melaka
yang dibina di halaman yang
terbuka.Hiasan dalaman rumah
mempunyai corak yang bewarna warni
dan pemasangan Jubin yang cantik
Seterusnya, terdapat juga senibina cina digabungkan dengan
senibina barat kerana arkitek dari masyarakat cina terpengaruh pada
zaman penjajah.Contohnya ialah Masjid Tangkera,Melaka yang
boleh dikatakan sama bentuknya dengan Menara Pagoda dan
bumbungnya mempunyai tirai dan kisi-kisi berunsur barat.
MASJID TANGKERA DI MELAKA YANG MENUNJUKKAN GABUNGAN SENIBINA
BARAT DAN CINA
UNESCO
-Adalah pertubuhan yang ditubuhkan oleh
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) untuk
mendukung perdamaian antara negara melalui
Pendidikan dan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan
rasa saling menghormati berlandaskan keadilan dan
peraturan hokum.
SUMBER
http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/taria
n-menyambut-tahun-baru-cina.html
https://malay.wiki/content/Kebudayaan%20Cina/Taria
n%20Tradisional%20Cina.html
ivikkewarganegaraan-cheedah.blogspot.com/p/seni-
bina-pelbagai-kaum.html
https://ms.wikiwagsdisposables.com/781967-chinese-
calligraphy-CDYTIH#Materials_and_tools
PAKAIAN TRADITIONAL
MASYARAKAT CINA
DI MALAYSIA
Mohd Amir Fadhullah Bin Mohammad (17DSB21F1003)
PAKAIAN
TRADITIONAL
Pakaian tradisional cina sama seperti pakaian tradisional melayu
juga iaitu tidak lapuk ditelan zaman dan masih lagi kekal diwarisi
hingga ke hari ini.Masih ramai dikalangan kita yang tidak
menyadari hal ini dan tidak mengambil tahu akan pakaian
tradisional cina.
Untuk pengetahuan semua,pakaian tradisional cina sering
diamalkan mengikut kesesuian waktu dan dengan tujuan yang
tertentu.Pakaian tradisional sering digunakan untuk majlis-majlis
dan urusan rasmi oleh masyarakat cina walaupun berbeza taraf dan
kehidupan.
Ini menunjukkan bahawa masyarakat cina tidak memandang taraf
dan kehidupan untuk seseorang itu mengenakan pakaian
tradisional tersebut.
Sebenarnya terdapat simbol pada pakaian tradisional cina yang
mempunyai maksud tertentu.Ia adalah berkaitan dengan
kepercayaan zaman berzaman berkaitan dengan simbol pakaian
yang dipakai.
Sebelum melanjutkan kepada pakaian tradisional cina,mari lihat
besama-sama terlebih dahulu tentang makna simbol-simbol di
sebalik pakaian masyarakat cina.
MAKNA SIMBOL DI SEBALIK PAKAIAN
TRADISIONAL CINA
Maksud simbol yang telah menjadi kepercayaan masyarakat
cina ini akan dipakai oleh mereka yang berkenaan
sahaja.Mereka dapat mengetahui kedudukan dan situasi
seseorang itu dengan corak dan simbol pada pakaian
tradisional yang mereka pakai.
PEONY
simbol ini ialah sejenis bunga antarabangsa masyarakat cina
sejak lebih daripada 5000 tahun yang lepas.Ia sering
digunakan oleh wanita cina dan bermaksud kekayaan dan
kesejahteraan.
TERATAI
Ia adalah sejenis bunga yang bermaksud pengorbanan yang
sakral iaitu suci dalam tradisi china.Ia juga bermaksud
kecantikan yang suci dari anggapan masyarakat Tibet.
KRISAN
Ia juga adalah sejenis bunga yang dikatakan membawa maksud
panjang umur bagi masyarakat cina.
Burung adalah lambang kecantikan dan kemurnian.Namun jenis
burung membawa maksud yang berbeza.
PHEONIX
Hanya keluarga diraja atau orang yang bekenaan dengan kerajaan
sahaja memakainya.
MERAK
Masyarakat bangsawan wanita tingkat dua
Masih ramai di luar sana yang tidak mengetahui pakaian
tradisional cina.Terdapat beberapa pakaian tradisional cina
antaranya ialah:
CHEONGSAM
Asal pakaian tradisional ini adalah berlapis lapis,penuh sulaman
benang emas dan sutera.Cheongsam sering dipakai dalam
sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan dan tahun baru
cina.Cheongsam juga pada awalnya labuh namun lama
kelamaan ia disingkatkan ke paras lutut.Ciri-ciri yang
sendat,mempunyai belahan kiri dan kanan dan ketat di pinggang
masih dikekalkan.
CHANGSAN
Pakaian tradisional in khususnya dipakai oleh kaum lelaki.Ia
berasal dari Piyin Changshan pada zaman dahulu.Ia dikatakan
pakaian yang sering digunakan oleh golongan atasan.Pakaian ini
dipakai pada acara rasmi atau beberapa acara yang sesuai.Pakaian
ini pernah menjadi baju yang wajib dipakai oleh kaum lelaki pada
abad ke 17 di China dan akan dikenakan hukuman jika tidak
memakainya namun selepas kejatuhan dinasti Qing,ia akhirnya
dilupakan.
HANFU
Maskud Hanfu berasal daripada perkataan Han dan Yifu.Kaum
Han yang mula memakai pakaian ini.Yifu pula bermaksud baju
dalam bahasa mandarin atau bahasa cina.Pakaian ini mempunyai
kolar yang selesa dan bahagian lengan yang kembang.Pakaian ini
sering menjadi pilihan untuk dicuba banyak kaum kerana ia
terlihat amat sopan.Pada zaman ini juga,pakaian ini turut direka
secara moden.
SAMFOO
Pakaian ini adalah berupa baju longgar dan seluar yang
diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.Pada waktu
dinasti Ching,pakaian ini telah diperkenalkan dan sering
digunakan dalam kehidupan seharian.Namun pada saat ini,amat
jarang untuk melihat kaum cina memakainya dalam kehidupan
seharian mereka.
SUMBER RUJUKAN
https://pakaiantradisioaldimalaysia.
weebly.com/cina.html
https://bidadari.my/pakaian-
tradisional-cina/
Kepercayaan
masyarakat Cina
di Malaysia
Ammar Bin Izwan (17DSB21F1017)
konsep yin
dan yang
TARIAN NAGA/SINGA
• diasaskan oleh Fu Xi melalui
pemerhatian beliau terhadap alam
sekelilingnya.
• Konsep ini digunakan untuk
menggambarkan kuasa-kuasa bertentangan
saling bentung dan berkait antara satu sama
lain seperti :
1. Terang dan gelap
2. panas dan sejuk
3. air dan api
• Yin dan yang dianggap sebagai
pelengkap untuk membentuk satu system
dinamik di mana keseluhan lebih besar dari
sebahagian. Semua unsur di dunia
mempunyai kedua-dua aspek yin dan yang,
sebagai contoh bayang tidak boleh wujud
tanpa cahaya.
Yin dan yang merupakan dua polar terpuji dari falsafah Taoist yang
juga merupakan salah satu agama terbesar purba cina. Konsep ini
menitikberatkan untuk saling memelihara dan mempengaruhi ,
tiada dominasi antara salah satu darinya atau mengurangkan yang
lainnya.
Kaum Cina juga percaya bahawa konsep yin dan yang dapat
memberi keseimbangan kepada alam semesta. Konsep ini bersama-
sama menjadi satu keselarasan yang sempurna.
Untuk manusia yang mempercayainya, konsep ini digunakan
berdasarkan nasib mereka, seseorang yang benasib buruk akan
memperbaiki diri untuk mendapat nasib yang lebih baik.
Konsep yin dan yang dalam kehidupan masyarakat cina
azimat
• Azimat atau tangkal selalunya
diperbuat daripada sekeping kertas,
kayu atau kain mempunyai tulisan
atau symbol. Sesetengah azimat
diperkuatkan lagi dengan meterai
suci atau ayat jampi meterai. Kaum
Cina percaya bahawa azimat ini
merupakan mesej daripada tuhan
mereka. Selalunya ia diberikan oleh
pendeta untuk tujuan tentertu.
•
Biasanya azimat atau tangkal ini
digunakan untuk menyembuhkan
penyakit atau mengelakkan diri terkena
tenaga negatif. Sebagai contoh,
terdapat juga azimat yang boleh
diletakkan dipintu rumah, dan juga
digantung dalam kereta sebagai
penjaga.
azimat di dalam gambar tersebut selalunya digunakan
untuk mengelak dari mendapat nasib yang buruk
Azimat ini selalunya dipakai pada leher dan dibawa ke mana-
mana
feng shui
• Feng shui adalah system yang diperkembangkan
untuk membantu orang hidup secara harmony
dengan alam semulajadi dan persekitaran mereka.
Maksud Perkataan feng shui ialah angin dan air.
Terdapat dua aliran dalam feng shui iaitu Luan Tao
yang menitikberatkan terhadap persekitaran dan Li
Qi yang berfokus kepada pengiraan meta fizik
dimana mereka mengambil berat akan tenaga
positif (chi) dan mengelak tenaga negatif.
• Kebanyakan tokong lama di Malaysia menunjukkan tentang
prinsip feng shui. tokong yang di bina di atas bukit berhadapan
dengan air seperti sungai, tasik, atau laut. Tempat-tempat
tersebut mempunyai elemen elemen, api, tanah, kayu, air, dan
besi. Elemen-elemen tersebut ditempatkan di posisi yang sesuai
bagi dapat membawa tuah. Amalan tersebut menunjukkan
bahawa tokong itu adalah satu dengan tenaga alam yang
mengilinginya.
SUMBER
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fi
luminasi.com%2Fbm%2Fkisah-migrasi-besar-besaran-
orang-cina-ke-tanah-melayu.
• https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2F
www.bukuprima.com.my%2Finfo-Artikel%2F318%2F7-
CARA-KEPERCAYAAN-DUNIA-BAGI-MENGHALAU-
HANTU
• https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fe
xtrastore.news%2Fboutique%2FAsli-kuning-harimau-mata-
loket-diukir-naga-cina-penyu-kalung-beruntung-azimat-
membawa-kekayaan-lelaki-batu-perhiasan
• https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2F
www.fiverr.com%2Fkarotegk%2Ftell-you-your-fortune-
and-density
Terima Kasih