The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Kem Kecemerlangan SPM 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94398771, 2022-10-02 07:52:01

Kem Kecemerlangan SPM 2022

Kertas Kerja Kem Kecemerlangan SPM 2022

SMK. PENGKALAN BERANGAN,
21040 MARANG .TERENGGANU

KERTAS KERJA
KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR SPM 2022

TARIKH : 18 – 20 OKTOBER 2022
HARI : SELASA – KHAMIS
TEMPAT : ANGGULIA BEACH HOUSE RESORT, MARANG

ANJURAN
JAWATANKUASA PROJEK KECEMERLANGAN SPM

1.0 PENGENALAN

 Program ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran dan meningkatkan motivasi diri pelajar SPM
sebelum peperiksaan percubaan SPM bermula.

 Mendedahkan pelajar kepada pelbagai teknik dan strategi pembelajaran berkesan untuk
memantapkan penguasan pelajar SPM dalam semua mata pelajaran bagi memangkinkan
pencapaian A+ dalam peperiksaan SPM 2022.

 Program ini juga dilaksanakan untuk memberi keselesaan dan kelainan suasana pembelajaran
berbanding situasi pembelajaran harian mereka di sekolah.

2.0 MATLAMAT

 Membantu pelajar untuk mencungkil potensi diri dan meningkatkan motivasi agar dapat
membina budaya belajar yang cemerlang dan sistematik.

 Mendedahkan strategi belajar yang berkesan dan membantu rakan lain untuk
mempertingkatkan prestasi dalam peperiksaan.

 Mempertingkatkan kesedaran dan keinsafan tentang kepentingan tahap penguasaan ilmu dalam
kehidupan masa kini yang penuh dengan cabaran serta mampu untuk bersaing di masa akan
hadapan.

 Menjadikan budaya belajar cemerlang dan gemilang sebagai amalan dan tradisi, disamping
mempertingkatkan keazaman dan hala tuju kea rah peningkatan kecemerllangan dalam
akademik dan kehidupan.

3.0 OBJEKTIF

 Membina individu pelajar yang berkeyakinan diri dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
pencapaian akademik.

 Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat memberi tumpuan kepada bidang
pembelajaran secara sistematik dan berkesan.

 Mendedahkan pelajar dengan sikap positif, berani dan dapat menjadi mentor kepada rakan
dalam bidang akademik.

 Membekalkan pelajar dengan nilai bertanggungjawab, menumpukan minat terhadap pelajaran
dan penguasaan ilmu dengan penuh dedikasi dan bertekad ingin Berjaya.

 Melahirkan pelajar yang dapat mencapai keputusan “ semua A’’ seperti mana hasrat dan
harapan sekolah.

4.0 SASARAN

 60 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar terbaik tingkatan lima berdasarkan peperiksaan
pertengahan tahun.

5.0 METODOLOGI

Metodologi yang digunakan ialah:

 ceramah motivasi, strategi pembelajaran berkumpulan dan perbengkelan, bimbingan rakan
akademik dan pemantauan guru.

 Bengkel teknik menjawab soalan mengikut mata pelajaran yang dijadualkan .

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 18 - 20 Oktober 2022

Hari : Selasa – Khamis

Tempat : Angullia Beach House Resort, Marang

7.0 PENGANJUR

Jawatankuasa Projek SPM SMK Pengkalan Berangan.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Rujuk Lampiran 2

10.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Rujuk Lampiran 3

11.0 PENILAIAN

 Penilaian dibuat berdasarkan perubahan sikap pelajar.
 Fasilitator akan membuat penilaian melalui pemerhatian secara berstruktur terhadap pelajar

sepanjang sesi kem berlangsung.
 Persaingan yang wujud dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain secara tak langsung.
 Mewujudkan persaingan di kalangan pelajar untuk menjadi yang terbaik dan berkumpul di

kalangan terbaik untu menjadi pelajar cemerlang sekolah.

12.0 PENUTUP

Semoga usaha yang dijalankan ini mampu memberi rangsangan kepada pelajar untuk
mempertingkatkan keazaman diri, memacu tenaga, dan bekerja keras untuk mempersiapkan diri
menghadapi peperiksaan seterusnya menggapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
serta diberkati oleh Allah jua hendaknya.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:
................................... .......................................
NORAINI BT SULONG ABDULLAH BIN SULONG
Setiausaha,Projek SPM Pengetua

LAMPIRAN 3

TEMPAT KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2022
TARIKH : ANGULLIA BEACH RESORT
HARI : 18 -20 OKTOBER 2022
: SELASA DAN KHAMIS

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Abdullah bin Sulong -Pengetua

Pengerusi : Pn. Noraiza binti Zubir

Naib Pengerusi 1 : Tn.Hj. Muhamad bin Salleh

Naib pengerusi II : Pn. Zalina binti Ariffin

Pengurus Program : En. Ahmad Rahaizad bin Hj. Mohd Ramli

Penyelaras Program : Pn. Nor Riha binti Abdullah

Setiausaha : Pn. Noraini binti Sulong

Kem Komandan : Tn. Hj. Hasri bin Ghazali

Pen. Kem Komandan 1 : Cik Sharmila binti Mohamad

Pen. Kem Komandan II : Pn. Rosnida Hani binti Mohd Rawi

AJK : En. Mohd Zaki bin Awang

: En. Anuor bin Mohd Adam

: Pn. Zalina binti Ahmad

JAWATANKUASA PERINCIAN TUGAS
PENDAFTARAN DAN  Menyediakan senarai nama peserta kem.
PENGINAPAN  Memberikan taklimat awal kepada pelajar dan
mengedarkan/ mengutip borang kebenaran ibu bapa.
Pn. Nor Riha binti Abdullah  Mengurus urusan pendaftaran dan penempatan bilik.
Pn. Noraini binti Sulong  Menyediakan buku rekod kehadiran, fasilitator dan
buku rekod kehadiran urusetia.
URUSETIA HARIAN
(KESELAMATAN & KAWALAN  Memberi taklimat awal kepada peserta kem tentang
PELAJAR) peraturan dan keperluan kem.

Tn.Hj. Hasri bin Ghazali  Memastikan program berjalan dengan lancar seperti
Cik Sharmila bt Mohamad dijadualkan.
Pn. Rosnida Hani binti Mohd Rawi
Semua fasilitator mengikut slot  Menangani kes-kes kecemasan.
 Mengurus persediaan dewan untuk majlis penutupan
DOKUMENTASI & FOTOGRAFI
rasmi
Pn. Noraini binti Sulong  Bertugas mengikut slot mata pelajaran.
Pn. Nor Riha binti Abdullah  Membantu kem komandan dan penolong kem.

JK PENYEDIAAN BAHAN  Merakam gambar sepanjang program.
 Menyediakan 4 buah buku dokumentasi.
Sejarah
Pn. Fauzillah Yahaya.  Menyediakan bahan / set soalan.
 Menyerahkan 4 salinan bahan kepada AJK
Bahasa Melayu
Cik Sharmila Mohamad dokumentasi.
 Mencetak bahan 3 hari lebih awal sebelum kem
Sains  Hadir bertugas untuk mengendalikan slot seperti yang
Pn.Normahanum binti Mohd Nor
dijadualkan.
Kimia
Pn. Ummi Siti Zaharah Zubaidah

Fizik
Pn. Nor Laila Sari Husin

P.Akaun
Pn. Zulianna Sidek

Geografi
Tn.Hj. Ahmad Rohaiza

P.Perniagaan
Pn. Anizah Mohamed

Mat. Tambahan
Tn.Hj. Hasri

B.Inggeris
Cik Noreha binti Ali

Matematik  Mengimamkan solat.
Pn. Rosnida Hani  Menyampaikan kuliah maghrib
 Menyampaikan tazkirah selepas solat subuh.
Sains Sukan
En. Ahmad Rahaizad

JK KEROHANIAN

Tn.Hj, Hasri bin Ghazali

ANGGARAN PERBERLANJAAN Kos LAMPIRAN 2
Bil Perkara RM85 x 60 orang
1 Makan minum pelajar dan penginapan Jumlah
2 Makan guru dan penginapan RM100 x 6 RM5525
3 Pengangkutan ( 2 buah bas ) RM200 x 2 RM600
4 Bayaran penceramah jemputan RM400
5 Fail dan alat tulis pelajar RM200 RM200
6 Perbelanjaan pelbagai RM300 RM300
JUMLAH RM400 RM400
RM7425


Click to View FlipBook Version