The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN ABIM SESI 2021-2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Fathin Izzati, 2022-08-13 19:55:25

Laporan Tahunan ABIMPP 2021/2022

LAPORAN TAHUNAN ABIM SESI 2021-2022

AGENDA MESYUARAT:

1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI
Sdr. Luqman bin Misni selaku Pengerusi Tetap memulakan majlis dengan bacaan doa.

Pengerusi menyerahkan majlis kepada Sdr. Zairudin Hashim, Naib Presiden Angkatan

Tarikh | Hari : 31 Julai 2021 | Sabtu

Masa : 11.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Kompleks Pendidikan Uthmaniah, Solok Rajawali 8, Jalan

Rajawali, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jumlah ahli hadir : 20 Orang

Jumlah Ahli Semasa : 90 Orang

Senarai kehadiran : Lampiran 1

Pencatat minit : 1. Najwa binti Mohammad Fadzil

2. Nurushsyakirah binti Ahmad Rushaidi

Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk memulakan kata aluan. Kata aluan beliau

dimulakan dengan memberikan kata motivasi kepada ahli ABIM yang hadir iaitu ABIM

tidak boleh dilihat hanya dengan bercakap dipentas, tetapi mesti datang kepada

masyarakat dengan menghulurkan bantuan. Beliau mengingatkan supaya ahli

meninggalkan tampuk kepimpinan dalam keadaan yang baik.

Generasi muda masa kini tidak begitu minat berpersatuan. Sehubungan dengan itu,
ABIM perlu mengambil pendekatan agar sentiasa turun kepada masyarakat supaya
masyarakat tahu akan kewujudan ABIM. Beliau mengingatkan ahli bahawa
dokumentasi, disiplin dan gerak kerja amat penting dalam sesebuah organisasi.
Tambah beliau lagi, Manhaj Maliyzi membezakan ABIM dengan gerakan yang lain dan
perlu kekal dengan gerakan ilmu dan bakti. Ucapan aluan oleh Sdr. Muhamad Fakhrul
Amiruddin bin Hamdan selaku Yang di-Pertua ABIM Negeri Pulau Pinang sesi

2021/2022 menyingkap kembali perjuangan baginda dalam menyampaikan dakwah.
Asas perjuangan Nabi SAW adalah apabila baginda mempunyai akhlak yang baik, Al-
Amin. Semuanya perlu bermula dengan diri sendiri dan sentiasa fokus kepada perkara
dalam lingkaran pengaruh kita dan seterusnya fokus kepada masyarakat. Kita juga
wajar yakin bahawa Allah menilai setiap perkara yang kita lakukan.

1. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN

1.1 Sdri. Hdariyani binti Kampun membentangkan Minit Mesyuarat Muktamar ABIM
Pulau Pinang kali ke-47 bagi sesi 2021.

1.2 Pengesahan Minit Mesyuarat ABIM Pulau Pinang kali ke-47 telah dicadangkan
oleh Sdri. Noor Fathin Izzati Mustapa dan disokong oleh Sdri. Nurushsyakirah
binti Ahmad Rushaidi tanpa pindaan.

1.3 Sdri. Hdariyani binti Kampun telah membentangkan Laporan Tahunan ABIM
Negeri Pulau Pinang sesi 2020/2021. Laporan disediakan berdasarkan
pergerakan ABIM tahunan. Beliau menyatakan terdapat 85 aktiviti termasuk di
peringkat dalaman sepanjang tahun.

1.4 Sdri. Najwa binti Mohammad Fadzil menyatakan instagram rasmi ABIM Penang
telah diaktifkan semula dan bertujuan menyebarluas gerakan dakwah yang
dilakukan oleh ABIM Penang menggantikan sebelum ini yang hanya
menggunakan facebook sahaja.

1.5 Pengesahan Laporan Tahunan ABIM Negeri Pulau Pinang sesi 2020/2021 telah
dicadangkan oleh Sdri. Najwa binti Mohammad Fadzil dan disokong oleh Sdri.
Nurul Emylia binti Rosman.

2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN

2.1 Sdr. Muhammad Afiq bin Ahmad Ferdaus membentangkan Laporan Kewangan
ABIM Pulau Pinang bagi sesi 2020/2021. Beliau mencadangkan untuk
mengaktifkan perbankan atas talian bank rasmi ABIM Negeri Pulau Pinang iaitu
akaun Maybank dengan tiga penama baharu.

2.2 Pengesahan Laporan Kewangan ABIM Pulau Pinang bagi sesi 2020/2021 telah
dicadangkan oleh Sdr. Omar Mokhtar bin Hamdan dan telah disokong oleh Sdr.
Ahmad Muzhaffar bin Mohd Shatir.

3. PEMBENTANGAN LAPORAN AGENSI DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
ABIM

3.1 Pengesahan Laporan Agensi dan Institusi Pendidikan ABIM MBI Kali Ke-
47 telah dicadangkan oleh Sdr. Muttaqeen bin Mustafa dan disokong oleh Sdr.
Omar Mokhtar bin Hamdan.

4. SESI PENANGGUHAN

4.1 Sdr. Zairudin Hashim iaitu Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
mengajak ahli ABIM untuk mempersiapkan diri dan memberi sokongan
sepenuhnya gagasan Bangsa Malaysia. Gagasan ini telah diperkenalkan oleh
ABIM sebagai platform terbaik untuk menyemarakkan perpaduan masyarakat
majmuk di Malaysia.
4.2 Pembubaran saf kepimpinan sesi 2020/2021 telah dilakukan oleh Sdr.
Luqman bin Misni.

5. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mesyuarat bersetuju membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Negeri
Pulau Pinang sesi 2021/2022 seperti berikut:

Yang di-Pertua : Sdr. Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan
Timbalan Yang di-Pertua : Sdr.Omar Mokhtar Hamdan
Naib Yang di-Pertua (HELWA) : Sdri. Irda Haslinda Hassan
Setiausaha Negeri : Sdri. Noor Fathin Izzati Mustapa
Penolong Setiausaha Negeri : Sdri. Nurushsyakirah Ahmad Rushaidi
Setiausaha Kewangan : Sdr. Muhammad Afiq Ahmad Ferdaus
Ahli JawatanKuasa Kerja : Sdr. Ahmad Muzhaffar Mohd Shatir
: Sdr. Muhammad Adib Fikri
: Sdr. Muttaqeen Mustafa
: Sdr. Muhammad Al-Ilham
: Sdr. Wan Hafiz Zariqfitri
: Sdri. Nurul Emylia Rosman
: Sdri. Najwa Mohammad Fadzil

: Sdri. Nurul Nadzirah Zin
: Sdri. Anis Izzati Aznan
: Sdri. Nur Mawaddah Dzulkifli
: Sdri. Auni Afiqah Ahmad Baker
: Sdri. Nurul Atthirra Rossaffie

5.1 Pengerusi tetap menangguhkan mesyuarat dengan tasbih kafarah dan surah
al-Asr pada pukul 1.00 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

Noor Fathin Izzati Mustapa Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan
Setiausaha Negeri Yang di-Pertua
ABIM Negeri Pulau Pinang ABIM Negeri Pulau Pinang
Sesi 2021/2022 Sesi 2021/2022

LAMPIRAN 1

SENARAI KEHADIRAN IJTIMAK HARAKIY (PERWAKILAN ABIM)

BIL NAMA PENUH
1 HDARIYANI KAMPUN
2 IRDA HASLINDA HASSAN
3 NURUL EMYLIA ROSMAN
4 NUR MAWADDAH DZULKIFLI
5 ANIS IZZATI AZNAN
6 ZAIRUDIN HASHIM
7 AHMAD MUZHAFFAR MOHD SHATIR
8 OMAR MOKHTAR
9 MUTTAQEEN MUSTAFA
10 MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN HAMDAN
11 NAJMUDIN RAZAK
12 MUHAMMAD AFIQ BIN AHMAD FERDAUS
13 NAJWA BINTI MOHAMMAD FADZIL
14 YUSOF YAKAUB
15 MOHAMMAD AL HUZAIFAH
16 UMMAHATUL HAMIMAH
17 LUQMAN BIN MISNI
18 NUR MAWADDAH DZULKIFLI
19 AUNI AFIQAH AHMAD BAKER
20 NURUSHSYAKIRAH AMHAD RUSYAIDI



LAPORAN TAHUNAN SESI 2020/2021 ABIM PULAU PINANG

1.0 MUQADDIMAH
Dokumen ini disediakan bagi melaporkan perkembangan perjalanan Angkatan Belia
Islam (ABIM) Pulau Pinang sepanjang tempoh setahun bagi sesi kepimpinan 2021/2022
bermula pertengahan Julai 2021 hingga pertengahan bulan Julai 2022. Laporan
Tahunan ini akan melaporkan perkembangan aktiviti mengikut Majlis-Majlis yang
terdapat dan berfungsi. Antaranya Sekretariat Yang Di-Pertua yang diketuai oleh Yang
di-Pertua, Majlis Setiausaha Negeri (MASUN) yang digerakkan oleh Setiausaha Negeri
(SUN) dan Penolong Setiausaha Negeri (PSUN) dimana dibawahnya akan terdapat
pelaporan berkenaan perkembangan Sekretariat ABIM Pulau Pinang (SAPP), Aktivti
Tahunan ABIM Pulau Pinang bermula Julai 2021 hingga Julai 2022, Keanggotaan ABIM
Pulau Pinang, Pendaftaran MYKD, Laporan Media dan juga Laporan Skuad Prihatin
ABIM Pulau Pinang dan Global Peace Mission Pulau Pinang.

Seterusnya, Majlis Kaderisasi dan Tarbiyah ABIM Pulau Pinang (MAKTAB) yang
diketuai oleh Timbalan Yang di-Pertua serta Exco Dakwah dan Tarbiyah yang
memfokuskan kepada agenda gerak kerja usrah dan memperkukuh pemantapan
Tanzim. Majlis Hal Ehwal Wanita (HELWA) yang berperanan untuk mengaktifkan
wanita yang berdaya yang diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua ABIM Pulau Pinang dan
akhirnya Majlis Tindakan Ekonomi (MTEA) yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan.

Kepimpinan pada sesi ini masih kekal seperti sebelumnya iaitu fokus menggariskan
kepada agenda pemantapan tanzim, pembangunan belia dan memperkukuh kewangan
ABIM. Agenda pemantapan tanzim berfokus kepada agenda memperkukuh gerak kerja

di peringkat daerah disamping memperkuat hubungan dengan institut Pendidikan ABIM
di seluruh Pulau Pinang.
Namun begitu, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia
menyebabkan beberapa program yang dirancang terpaksa ditunda dan dibatalkan.
Namun demikian, gerak kerja ABIM masih berjalan dibeberapa daerah dan ABIM Pulau
Pinang dalam rangka mengaktifkan ABIM daerah. Antara ABIM daerah yang aktif
dengan aktiviti serta usrah iaitu ABIM Seberang Perai Selatan (SPS) yang diketuai oleh
Sdr. Muttaqen Mustapa Bagi daerah lain pula, ABIM masih lagi berada dalam
perancangan bersama pimpinan ABIM Daerah. Walau bagaimanapun, kelima-lima
ABIM daerah telah pun berjaya menghantar laporan lengkap MYKD bagi sesi
2019/2020 kepada ABIM Pusat bagi tujuan dokumentasi dan penghantaran laporan.

2.0 KEPIMPINAN ABIM PULAU PINANG

ABIM Pulau Pinang Sesi 2021/2022 telah membuat lantikan exco seramai 12 exco bagi
membantu melicinkan urusan gerakan diperingkat negeri. Kesemua Ahli Jawatankuasa
Kerja (AJK) seramai 18 orang ini memegang portfolio seperti berikut:

Yang di-Pertua : Sdr.Muhammad Fakhrul Amiruddin Hamdan

Timbalan Yang di-Pertua : Sdr.Omar Mokhtar Hamdan

Naib Yang di-Pertua (HELWA) : Sdri. Irda Haslinda Hassan

Setiausaha Negeri : Sdri. Noor Fathin Izzati Mustapa

Penolong Setiausaha Negeri : Sdri. Nurushsyakirah Ahmad Rushaidi

Setiausaha Kewangan : Sdr. Muhammad Afiq Ahmad Ferdaus

Ahli JawatanKuasa Kerja

Exco Penerangan & Multimedia : Muhammad Adib Fikri Azmi

: Najwa Mohammad Fadzil

Exco Hal Ehwal Wanita (HELWA) : Auni Afiqah Ahmad Baker

: Nur Mawaddah Dzulkifli

Exco Perhubungan : Muttaqeen Mustafa

Exco Dakwah & Tarbiyah : Nurul Emylia Rosman

Exco Kesukarelawan & Advokasi : Ahmad Muzhaffar Shatir

: Ahmad Al-Ilham Abdul Muif

Exco Tugas-Tugas Khas (Audit) : Nurul Nadzirah Mohd Zin

Exco Tugas-Tugas Khas (Kesihatan) : Anis Izzati Aznan

Exco Siswazah Muda ABIM (SISMA) : Wan Hafiz Zariqfitri Wan Ismail

: Nurul Atthira Rossaffie

3.0 LAPORAN MAJLIS-MAJLIS ABIM NEGERI PULAU PINANG

Analisis kegiatan dilaporkan mengikut Majlis yang bertindak sebagai Jawatankuasa
yang dilantik bagi fokus kepada fungsi masing-masing. Terdapat 5 jenis Majlis yang
bergerak di dalam ABIM Pulau Pinang iaitu Sekretariat YDP, Majlis Setiausaha Negeri
(MASUN), Majlis Kaderisasi dan Tarbiyah (MAKTAB), Majlis Hal Ehwal Wanita dan
Majlis Tindakan Ekonomi ABIM (MTEA). Kesemua Majlis-Majlis ini berperanan
mengikut keperluan dan kesesuaian matlamat yang hendak dicapai. Sekretariat ABIM
YDP lebih fokus kepada agenda ahli dan agenda dakwah terkini ABIM Pulau Pinang.
MAKTAB pula focus kepada pembangunan ahli dan sistem tarbiyyah ABIM Pulau
Pinang. Manakala Majlis Hal Ehwal Wanita fokus kepada pemberdayaan Wanita dan
MTEA untuk memperkukuh ekonomi ABIM Pulau Pinang.

4.0 MAJLIS SETIAUSAHA NEGERI (MASUN)

Majlis Setiausaha Negeri (MASUN) merupakan penyelaras bagi sekretariat ABIM Pulau
Pinang. MASUN juga bertindak sebagai penyelaras gerak kerja ABIM di peringkat
negeri dan daerah serta bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan dokumen
ABIM Pulau Pinang lengkap untuk dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan belia
(ROY). Selain itu, program-program yang melibatkan diantara ABIM PUSAT dan ABIM
Negeri Pulau Pinang juga menjadi tanggungjawab MASUN agar sentiasa berkesan.
Beberapa perkara akan dilaporkan di bawah MASUN mengikut fungsinya iaitu Laporan
Sekretariat ABIM Pulau Pinang (SAPP), Analisis Kegiatan Sepanjang Sesi 2021/2022
ABIM Negeri Pulau Pinang, Keanggotaan dan Kaderisasi ABIM Negeri Pulau Pinang
serta Pendaftaran ROY & MYKD.

4.1 LAPORAN SEKRETARIAT ABIM PULAU PINANG (SAPP)

Sekretariat ABIM Pulau Pinang (SAPP) merupakan satu ruang yang menempatkan tiga
sekretariat pertubuhan iaitu ABIM Pulau Pinang, WADAH Pulau Pinang dan Persatuan
Pembimbing Islam Pulau Mutiara (PEMBIMBING). SAPP masih berpangkalan ditempat
yang sama iaitu Gelugor, Daerah Timur Laut dengan penambahbaikan pembangunan
yang lebih baik agar dapat mewujudkan keselesaan kepada ahli-ahli WAP terutamanya
melibatkan aktiviti usrah. Selain itu, program-program lain juga lebih kerap diadakan di
SAPP ini kerana ianya telah lama dikenali sebagai “Markaz” ABIM Pulau Pinang dan
menjadi pusat tumpuan bagi ahli ABIM.

Bermula Ogos 2020, petugas SAPP telah diwakili oleh Saudari Noor Fathin Izzati
Mustapa secara sepenuh masa bagi menguruskan keperluan-keperluan asas seperti
penyediaan dokumen dan memastikan penjagaan SAPP sentiasa dalam keadaan yang
baik agar dapat digunakan oleh ahli-ahli ABIM. Seluruh kos operasi SAPP telah
ditampung oleh WADAH Pulau Pinang yang meliputi bil air, elektrik dan internet serta
elaun petugas SAPP.

4.2 AKTIVITI TAHUNAN SESI 2021/2022

Kegiatan ABIM Pulau Pinang menunjukkan peningkatan dalam kuantiti aktiviti tahunan
ABIM Pulau Pinang sesi 2021/2022. Hal ini disebabkan wujudkan pengurusan yang
lebih sistematik oleh setiap pimpinan yang menjalankan tugas-tugas yang lebih baik.
Hal ini juga disebabkan adanya petugas sepenuh masa SAPP yang membantu dalam
gerak kerja aktiviti ABIM Pulau Pinang.

Walaupun ABIM Pulau Pinang masih belum mempunyai sistem kewangan yang
sistematik dan kukuh namun dengan adanya petugas sepenuh masa dan pimpinan
yang membantu melakukan kutipan sumbangan bagi menggerakkan aktiviti ABIM
Pulau Pinang sudah tentu menjadikan aktiviti ABIM lebih bergerak dengan aktif.

Berikut merupakan aktiviti bagi sesi 2021/2022 ABIM Pulau Pinang:

JULAI 2021

1. Pelancaran 6 Jul SPS
Abim Prihatin 8 Jul Atas Talian
Bendera
Putih

2. Usrah Umum

Abim Pulau 11 Jul SPS
Pinang 11 Jul PPV Jawi

3. Pelancara 14 Jul Sg Acheh
Feminine 14 Jul Sg Kechil, Sg Bakap
Care Box 21 Jul
Helwa Sps Sg Bakap
OGOS 2021
4. Program
Edaran Atas Talian

Sarapan Pagi Atas Talian
Petugas Atas Talian
Barisan
Hadapan

5. Program
Abim Sps

Prihatin Fasa
3

6. Program
Feminine
Care Box
Helwa Sps

7. Program
Abim Sps

Prihatin Fasa
3

8. Usrah 3 Ogos ABIM PUSAT
Gabungan 5 Ogos ABIM PUSAT
6 Ogos ABIM PUSAT
Khas "Terima
Kasih Abim:
Gerakan Ilmu

& Bakti

9. Munajat &
Doa

Selamat:Tasy
akur Separuh

Abad

10. Wacana
Gerakan
Islam Dan

Masyarakat
Muslim

Usrah Wap

11. Malam Puisi 7 Ogos Atas Talian ABIM PUSAT
Memorabilia
Separuh Atas Talian ABIM PUSAT
Abad
Gerakan Atas Talian ABIM KEDAH
Islam Atas Talian GPM PULAU

12, Majlis 14 Ogos Kampung Suluk PINANG
Pelantikan Yan,Kedah
Dan Induksi Atas Talian GDM
Abimpp Sesi IOA PENANG
21/22 SEPTEMBER 2021
Atas Talian
13. Usrah 19 Ogos Atas Talian
Gabungan
Khas Hari Atas Talian
Asyura

14. Usrah 20 Ogos
Pimpinan

Dan Agensi
Wap Pulau

Pinang

15. Sumbangan 21 Ogos
Mangsa
Banjir

16. Misi Bantuan 23 Ogos 2
Banjir 1

17. Majlis Bacaan 31 Ogos
Yaasin Dan
Tahlil

18. Usrah Umum 2 Sept
Abimpp 3 Sept

19. Usrah 4 Sept
Pimpinan

Dan Agensi
Wap Pulau

Pinang

20. Dialog
Harmoni: Apa
Erti Merdeka
Menurut Kami

21. Misi Bantuan 4 Sept Yan,Kedah 2 ABIM KEDAH
Banjir 2 Atas Talian 4 GPM PULAU

22. Kutipan 9 Sept Yan Kedah PINANG
Tabung 11 Sept Atas Talian
ABIM KEDAH
Pasca Banjir Atas Talian GPM PULAU
Yan, Kedah Atas Talian
OKTOBER 2021 PINANG
23. Misi Bantuan Atas Talian ABIM PUSAT
Banjir 3
Atas Talian ABIM PUSAT
24. Bengkel Tot 22 Sept Atas Talian
MAJLIS BELIA
Resonansi 23 Sept Atas Talian DAERAHSPS
Upaya 25 Sept Atas Talian
Integriti ABIM DAERAH
SEBERANG
& Kultivasi
Benci Rasuah PERAI SELATAN

25. Usrah Umum MAJLIS BELIA
Abimpp NEGERI PULAU

26. Noor PINANG
Conference

27. Mesyuarat 2 Okt
Agung 3 Okt
8 Okt
Tahunan Ke
15 MBDSPS 9 Okt

28. Usrah Wap
Seberang

Perai Selatan

29. Usrah
Pimpinan

Dan Agensi
Wap Pulau

Pinang

30. Treasure
Hunt Online

31. Usrah 21 Okt
Maulidur

Rasul Abim
Pulau Pinang

32. Pelancaran 3 Nov NOVEMBER 2021 ABIM NEGERI
Kutipan 5 Nov Atas Talian KEDAH
8 Nov
Kecemasan Atas Talian GPM NEGERI
Tabung Misi PULAU PINANG
Banjir Kedah Alor Setar Kedah MAJLIS BELIA
NEGERI PULAU
33. Usrah
Pimpinan PINANG

Dan Agensi MAKTAB WAP
Wap Pulau
ABIM KEDAH
Pinang
YAYASAN ISLAM
34. Misi Bantuan PULAU PINANG
Banjir

35. Majlis 13 Nov The Wembley A St 2
Perundingan Giles Hotel
Belia Negara 13 Nov
Peringkat 15 Nov Atas Talian
Negeri Pulau 18 Nov
Pinang 22 Nov Atas Talian
Sidang 1, Atas Talian
Penggal Ke- Atas Talian
33, Sesi
2021-2022

36. Webinar
Islam Dan

Kekeluargaan
& Peluncuran

Buku Islam
Dan

Kekeluargaan

37. Pelancaran
Sumbangan
Misi Bantuan
Kemanusiaan

38. Usrah Umum
Abim Pulau
Pinang

39. Bengkel
Pemurnian
Modul Belia
Islam Pulau

Pinang

40. Usrah 25 Nov Atas Talian ABIM PUSAT
Gabungan 27 Nov Atas Talian PEJABAT
Abim MAKTAB

41. Webinar ABIM SELANGOR
Tamrin ABIM DAERAH
GOMBAK
Pimpinan
Jamaah 2021 PEMBIMBING
PEMBIMBING
42. Usrah 3 Dis DISEMBER 2021 IOA PENANG
Gabungan Atas Talian
Wap Pulau
Pinang Atas Talian
Selangor
43. Usrah Umum 16 Dis
Abim Pulau
Pinang

44. Misi Bantuan 21 Dis -23 Dis 9
Banjir Ke 6
Selangor 6
30
45. Mesyuarat 26 Dis Ac Hotel By Marriot, 20
Perhimpunan 26 Dis Penang
Tahunan 30 Dis
Mbnpp Kali 31 Dis Simpang Empat
Ke 32
Atas Talian
46. Ziarah
Prihatin Sekitar Komtar,Pulau
Pimpinan Pinang

Abim Pulau
Pinang

47. Yassin &
Tahlil &

Usrah Umum
Abim Pulau

Pinang

48. Snacks For
The

Homeless

JANUARI 2022

49. Misi Bantuan 5-7 Jan Pahang
Banjir ke 10 Jan Atas Talian
Pahang 17 Jan
22 Jan FEBRUARI 2022
50. Usrah
Gabungan MAC 2022
WAP
APRIL 2022
51. Bantuan Persekitaran
Wakaf Katil Georgetown

52. Sesi Libat
Urus

Penggubala
n Undang-

undang
Tubuh Seri

Addiniah

53. Usrah ABIM 3 Feb ABIM PUSAT
Pulau 19 Feb ABIM PUSAT
Pinang 17 Feb SALWA, WADAH,
20 Feb PEMBIMBING
54. Muktamar
Belia Islam UNISEL
ke 50

55. Usrah
Gabungan
Khas

56. Back To
School

57. Sumbangan 2 Mac

Bantuan

Pantai Timur

58. Usrah 2 Mac

Gabungan

WAP
59. Turun Desa 26 Mac – 10

(TURDA) Apr

60. Kit4Homeles 1 Apr
s

61. Snack 8-10 Apr
Homeless & 9 Apr
Kit Sahur

62. Iftar Jamaie

63. Usrah WAP 9 Apr

Utara

64. Majlis Iftar 16 Apr MBN
ABIM Pusat
Belia Majlis

Belia Negara

65. Edaran 17 Apr Teluk Air Tawar
MEI
Bubur

Lambuk

(Teluk Air

Tawar)

66. Usrah Pulau 17 Apr

Pinang

67. KSSB 19 Apr & 23

Ramadhan Apr

68. Forum untuk 23 Apr

ummat

(FORMAT)

69. Edaran 24 Apr

Bubur

Lambuk

(Maqbul)

70. Lawatan 26 Apr

Mahabbah

Ramadhan &

Serahan

Sumbangan

Aidilfitri

71. Bakul 1 Mei
Aidilfitri 10 Mei

@MASA Sg
Nibong

72. Mesyuarat
Khas

Sambutan
Aidilfitri

73. Jelajah 21 Mei Madrasah Persatuan Cacat
MUDA 28 Mei Uthmaniah, ABIM Penglihatan,
Wadah,
74. Jamuan Pembimbing
Aidilfitri
ABIM SPS
75. Jemputan 28 Mei Taski ABIM AD- Sinar Harian
Majlis DINIAH, SPS
29 Mei
Semarak 29 Mei JUN
Perpaduan
Red Rock
Eratkan JULAI
Ikatan
Bersama Baling
Jentera Tasik Beris
Perpaduan
Pulau
Pinang
76. Majlis
Perasmian
Pembukaan
Premis
77. Majlis
Rumah
Terbuka
MBN

78. Perjumpaan 2 Jun
GPM HQ 4 Jun
16 Jun
79. Jalinan
Ukhwah

80. Rasuah
Busters

81. Misi Banjir 7 Jul
Baling 29- 31 Jul

82. Tamrin
Qiyadi

Kebangsaan

4.3 KEANGGOTAAN & KADERISASI

ABIM Pulau Pinang juga dalam rangka mengkader pelapis-pelapis pimpinan ABIM
Pulau Pinang. Beberapa peningkatan dilihat dari segi Ahli ABIM Pulau Pinang walaupun
tidak ramai namun ianya lebih baik untuk menggerakkan ABIM terutamanya di peringkat
daerah.

Berikut merupakan perbandingan jumlah ahli yang berdaftar mengikut daerah ABIM
serta sesi :

DAERAH JUMLAH AHLI

ABIM TIMUR LAUT Sesi 2019/2020 Sesi 2020/2021
ABIM BARAT DAYA
ABIM SEBERANG PERAI 4 20 AHLI

UTARA (SPU) 5 15 AHLI
ABIM SEBERANG PERAI
2 18 AHLI
SELATAN (SPS)
ABIM SEBERANG PERAI 3 71 AHLI

TENGAH (SPT) 1 29 AHLI

4.4 PENDAFTARAN ROY & MYKD
ABIM Pulau Pinang telah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY)
Kementerian Belia dan Sukan pada 19 februari 2009. Bagi rekod penghantaran (MYKD)
ke Pejabat ROY pada tahun 2014-2017, ABIM Pulau Pinang masih belum menghantar
dokumen MYKD lagi. Namun, pada tahun 2010/2020, ABIM Pulau Pinang telah
melengkapkan kesemua MYKD bagi setiap daerah ABIM Pulau Pinang. ABIM Pulau

Pinang kini dalam perancangan untuk menghantar semua dokumen MYKD yang masih
belum dihantar mengikut perancangan ABIM Pulau Pinang pada masa akan datang.

4.5 LAPORAN MEDIA

Laporan media ini bertujuan untuk melaporkan berkenaan media ABIM Pulau Pinang.

Ini disebabkan berikutan agenda ABIM Pulau Pinang sebelum ini termasuk dalam

rangka penjenamaan semula wajah ABIM dalam memenangi hati belia masa kini

melalui media. Pendekatan ini berfokus kepada pemerkasaan media sosial dalam

memaksimumkan penggunaannya. Peranan ini dilakukan oleh Exco Multimedia dan

Exco Penerangan yang menyumbang kepada aktiviti sepanjang sesi 2021/2022. Antara

aktiviti yang dilakukan iaitu penyebaran maklumat kepada orang awam berkenaan

ABIM Pulau Pinang menggunakan pengurusan grafik serta pengaktifan media sosial

ABIM Pulau Pinang (Facebook) dalam menyebarluaskan aktiviti-aktiviti ABIM Pulau

Pinang. Berikut merupakan pengurusan grafik yang telah dihasilkan sepanjang sesi

2021/2022 : Kekerapan Media Digital
10
Bulan 6
8 (Ogos) 2
9 (Septeber) 6
10 (Oktober) 9
11 (November) 8
12(Disember) 4
1 (Januari 2022) 4
2 (Februari 2022) 3
3 (Mac 2022) 4
4 (April 2022) 4
5 (Mei 2022) 5
6 (Jun 2022)
7 (Julai 2022)

4.6 LAPORAN BERGAMBAR



4.7 LAPORAN SKUAD PRIHATIN ABIM PULAU PINANG

Semenjak gelombang virus corona yang melanda seantero dunia sehingga diisytiharkan
sebagai pandemik, Malaysia merupakan antara negara yang begitu terkesan dengan
faktor-faktor dari pelbagai sudut yang memberikan impak besar kepada rakyat
khususnya masyarakat di Pulau Pinang terutamanya. Pulau Pinang yang merupakan
negeri yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti perekonomian terutamanya perindustrian
semestinya begitu terkesan hingga mengakibatkan kerencatan sumber pendapatan dan
menyumbang kepada isu-isu sosial yang lain. Kesan dari hal ini, ABIM Pulau Pinang
terpanggil untuk mewujudkan beberapa inisiatif yang dapat membantu meringankan
beban beberapa golongan yang terkesan daripada pandemik ini. Skuad Prihatin ABIM
Pulau Pinang diwujudkan bagi memenuhi keperluan ABIM Pulau Pinang dalam
menjayakan program-program yang berbentuk sukalerawan menyerahkan sumbangan.
Skuad Prihatin ABIM Pulau Pinang bermula apabila berlakunya pandemic COVID-19
yang menyebabkan rakyat Malaysia kebanyakan memerlukan bantuan dari segi
keperluan asas sseperti makanan. Justeru itu, Skuad Prihatin ABIM Pulau Pinang akan
menjalankan tugas untuk mencari penyumbang dan penerima sumbangan dengan
sokongan daripada pimpinan dan exco ABIM Pulau Pinang yang lain. Segala aktiviti
Skuad Prihatin ABIM Penang akan diterjemahkan melalui Kad Laporan yang disediakan
untuk diberikan kepada penyumbang sebagai rujukan.

4.7.1 DATA PENERIMA SUMBANGAN ABIM

KSSB Fasa 7 (Awal Tahun)

1.Timur Laut : 50 penerima

2.Barat Daya : 50 penerima
3. Seberang Perai Utara : 100 penerima

KSSB Ihya’ Ramadhan : 33 penerima
1.Timur Laut : 7 penerima
2. Barat Daya : 30 penerima
3. Seberang Perai Utara : 30 penerima
4. Seberang Perai Tengah

KSSB MCO 3.0 : 42 + 22 Rohingya
1. Timur Laut : 20 penerima
2. Barat Daya : 25 penerima
3. Seberang Perai Utara : 13 penerima
4. Seberang Perai Tengah

Selain itu, ABIM Pulau Pinang juga menggerakkan sumbangan #Kit4Frontliners iaitu
sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di sekitar Pulau Pinang
sebanyak 2 siri agihan melibatkan 300 penerima. Pada siri yang pertama pihak ABIM
Pulau Pinang memberikan sebanyak 100 pek makanan kepada petugas wad khas
Covid-19 di Hospital Pulau Pinang manakala siri 2 melibatkan agihan 200 pek makanan
petugas-petugas di pusat kuarantin sekitar Pulau Pinang.

Bersempena Ihya’ Ramadhan juga pelbagai aktiviti bantuan kemanusiaan dirancang
seperti KSSB Ramadhan, Kit Sahur, serahan bubur lambuk serta majlis berbuka puasa
bersama komuniti masjid.

Beberapa gerakan bantuan bencana banjir juga digerakkan ke kawasan yang terjejas
seperti Kedah, Selangor dan Pahang

Sekitar dugaan pandemik ini juga tidak terlepas golongan yang terkesan adalah warga
emas dan golongan OKU yang mempunyai masalah mobiliti dan kesihatan serta
memohon bantuan peralatan. Atas dasar itu ABIM Pulau Pinang melaksanakan projek
wakaf peralatan kesihatan dengan pembelian katil hospital serta wheelchair dan katil
untuk kegunaan warga yang memerlukan.

Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Skuad Prihatin ABIM Pulau Pinang merupakan
usaha kecil yang dapat digembleng oleh warga kerja ABIM Pulau Pinang bagi
meringankan beban serta kesan pandemik yang masih dapat dirasai sehingga kini.
ABIM Pulau Pinang juga akan terus bekerja keras untuk memastikan usaha dalam
menangani wabak ini serta memulihkan situasi hidup dan mengadaptasi norma baharu
dapat dilaksanakan dengan lebih lancar melalui usahasama dengan pelbagai pihak.
Semoga usaha ini dapat membantu Pulau Pinang menjadi lebih sejahtera!

5.0 MAJLIS KADERISASI DAN TARBIYAH ABIM PULAU PINANG (MAKTAB)

BIL NAMA HARI KEKERAPAN
1 Usrah Gabungan WAP Minggu Pertama 1 kali sebulan
2 Usrah Pimpinan ABIM Minggu 1 dan 3 2 kali sebulan
3 Usrah ABIM Minggu 2 1 kali sebulan
4 Ihya’ Ramadhan 1 Mei -

Usaha-usaha pentarbiyahan ahli merupakan aktiviti utama yang akan menjamin
kelangsungan organisasi, kemajuannya, peningkatan keupayaannya untuk memimpin
ummah dan masyarakat pada masa-masa hadapan. Diperingkat ABIM Pulau Pinang,
gerak kerja dakwah dan tarbiyyah seperti usrah dapat dijalankan tetapi tidak mencapai
tahap jangkaan seperti ahli yang ramai kerana jika dilihat pada pola kedatangan ahli
usrah hanyalah orang yang sama berturut-turut. Usrah Qiyadi hanya dapat dijalankan

sehingga bulan 12 yang lalu atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Usrah
WAP dan usrah ABIM berlangsung seperti biasa. Usrah dihadiri oleh ahli yang sama
dan tidak mempunyai pertambahan bilangan kehadiran yang konsisten. Perkembangan
teknologi dan media sosial yang meluas merupakan salah satu kemudahan yang patut
dimanfaatkan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelaksanaan
usrah pimpinan, usrah umum dan usrah gabungan dibuat melalui atas talian
menggunakan aplikasi Zoom Cloud Meeting dan Google Meet.

Ihya’ Ramadhan adalah salah satu program MAKTAB untuk menghidupkan bulan
Ramadhan. ABIM Pulau Pinang sesi 2021/2022 telah melangsungkan program Bubur
Lambuk pada di Sekitar Masjid Teluk Air Tawar dan Masjid Maqbul Teluk Kumbar
sebagai momentum untuk 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Tamrin amat penting bagi
membentuk dan memperbaharui ruh perjuangan disamping memberi penekanan
konsep asas sebagai ahli gerakan Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan Al-
Sunnah dengan meneliti kaedah terbaik mengikut keadaan semasa dan merentasi
zaman. ABIM Pulau Pinang sesi 2021/2022 tidak berjaya melaksanakan tamrin
diperingkat negeri sama ada tamrin kepimpinan (Qiyadi) mahupun ahli (Jundiy)
disebabkan kekangan pandemik COVID-19 yang melanda.

Program “Sebuah Rumah Senaskah Al-Quran” (SENASKAH) merupakan salah satu
program di bawah Majlis Kaderisasi dan Tarbiyyah (MAKTAB) yang tidak dapat
dijalankan akibat pandemik COVID-19. Program turun lapangan ini bertujuan untuk
menyedarkan masyarakat yang agar dapat dekat kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Menginsafi majlis yang dipimpin manusia, perjalanan MAKTAB sentiasa diwarnai
pelbagai kelemahan dan cabaran dalam usaha merealisasikan visi ABIM membina dan
memimpin tamadun khayra. Justeru, pimpinan ABIM perlu sama-sama mengembleng
tenaga memaknai ruang retrospeksi dan medan muhasabah segala kekurangan dalam

usaha pembentukan solusi terbaik melalui kesepakatan pucuk pimpinan dan perwakilan
akar umbi.

5.1 LAPORAN GAMBAR

6.0 MAJLIS HAL EHWAL WANITA (HELWA)

HELWA ABIM Negeri pulau Pinang pada sesi 2021/2022 kali ini lebih berfokuskan
kepada bantuan dan juga pembinaan usrah HELWA agar gerak kerja sentiasa
sistematik dan terarah. Ini disebabkan pandemik Covid-19 telah menyebabkan
beberapa program yang melibatkan program kerjasama Non Government
Organizatioan (NGO) telah dibatalkan. Justeru itu, HELWA ABIM Penang fokus kepada
program berbentuk bantuan dan pengukuhan usrah HELWA ABIM Penang. Berikut
merupakan program-program yang telah dan masih dijalankan dalam aktiviti HELWA.

6.1 LAPORAN GAMBAR AKTIVITI HELWA DAN USRAH ONLINE





1.0 Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) Negeri Pulau Pinang

YTP mengendalikan aktiviti pendidikan yang bermula dari Taman Asuhan Kanak-Kanak
Islam (TASKI), Sekolah Rendah Islam ( SERI ) , Sekolah Menengah Islam (SEMI) dan
Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (TAHFIZ). Ahli Jawatankuasa YTP Negeri bermula dari
1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2023 adalah seperti di bawah:

Pengerusi : Mahamad Aziz Abdullah Timbalan Pengerusi : Faridah Abdullah
Setiausaha : Fathi Mustafa
Ahli Jawatankuasa : Aznan Mohd Azoddien

Dzulkifli Mahmod Nur Farihah Dzulkifli
Omar Mokhtar Hamdan Hassan Ahmad
Mustafa Shafee
Dr. Faridah Che Hashim

a) Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI)

Mula bertapak di Pulau Pinang ialah di Madrasah Ad Diniah, Sungai Bakap pada tahun
1982. TASKI mengalami kemerosotan jumlah pelajar sejak beberapa tahun kebelangan
ini dan beberapa inisiatif sedang dijalankan bagi mengatasi kemerosotan ini. Antaranya
dengan menggalakkan perkhidmatan transit dan pengukuhan latihan dalaman para
asatizah (in-house training).

Kurikulum TASKI juga ditambah baik dengan menggunakan modul-modul
pembelajaran tambahan seperti Program STARAIN untuk pengukuhan Bahasa Inggeris
selain menggalakkan penggunaan “smartTV” dalam aktiviti kelas. Pihak YTPN masih
dalam perbincangan dengan Kolej Dar Al Hikmah bagi pelaksanaan Kursus Diploma

PraSekolah kepada guru-guru TASKI memandangkan mulai 2020 semua kelas
Prasekolah mestilah dikendalikan oleh guru-guru yang memiliki sekurang-kurangnya
Diploma Pra-Sekolah atau Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Pihak TASKI juga telah menerima pelawaan dari skim PENJANA (Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara) di bawah PERMATA Negara untuk memberi kursus secara percuma
bagi sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (KAP). Kursus ini dikendalikan
dengan Kerjasama Kids Campus, Kuala Lumpur.

b) Sekolah Rendah Islam (SERI)
Pulau Pinang mempunyai dua buah SERI iaitu SERI Ad Diniah, Sungai Bakap
ditubuhkan pada tahun 2000 dan SERI Mutiara, Gelugor di bawah Madrasah
Uthmaniah (ABIM) ditubuhkan pada tahun 2009.

SERI Ad Diniah terus mendapat sokongan dan keyakinan dariapada masyarakat
setempat. SERI Mutiara (Madrasah Uthmaniah ABIM) juga terus mendapat sambutan
dari masyarakat setempat. SERI Mutiara telah mengadakan jaringan antarabangsa
dengan Madrasah Al Irsyad Az Zuhri dan Madrasah Al Sagaff di Singapura, SD
Muhammadiyah Suranaton, Yogyakarta dan Buya Hamka International School,
Padang. Terbaru jaringan dengan Imam Hatip International School, Istanbul, Turkey.
Madrasah Uthmaniah juga telah mengadakan MoU dengan Fakulti Agama Islam
Universiti Islam Malang di bawah Nahdatul Ulama Indonesia bagi tujuan pelatihan guru
dan peningkatan profesionalisme.

SERI Mutiara@MU beroperasi sepenuhnya di Kompleks Pendidikan Uthmaniah,
sebuah bangunan milik Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dengan kadar
sewaan yang minimum. Selain pendidikan formal MU juga menjalankan aktiviti-aktiviti

dengan masyarakat setempat di bawah Akademi Upaya Rakyat (AURA) yang telah
dilancarkan oleh Setiausaha Agung ABIM Pusat, Saudara Fazril pada awal tahun 2020.

c) Kelas Al Quran dan Fardhu Ain ( TAHFIZ )
Pulau Pinang hanya mempunyai sebuah sebuah kelas TAHFIZ yang beroperasi di
bawah Madrasah Uthmaniah (ABIM), Gelugor. Kelas ini juga mendapat permintaan
yang tinggi dengan penyediaan pakej ‘transit’ bagi pelajar yang pulang dari sekolah
kebangsaan. Pelajar TAHFIZ akan mengikuti sepenuhnya kurikulum KAFA JAKIM dan
YTP.

d) Sekolah Menengah Islam (SEMI)
SEMI Ad Diniah didirikan pada tahun 2003 dan kini beroperasi di sebidang tanah wakaf
milik madrasah seluas 5 ekar di Sungai Duri, Seberang Perai Selatan. Pihak SEMI
sedang berusaha meningkatkan prestasi akademik dan prasarana sekolah bagi
memastikan kemajuan sekolah.

e) Rohingya Education Centre (REC) Penang
REC Penang ditubuhkan pada Julai 2010 bertempat di Lot Kedai Taman Arowana,
Seberang Jaya. Sejak awal penubuhanya hingga sekarang REC telah memberi
pendidikan secara formal kepada lebih 1500 anak-anak pelarian Rohingya di sekitar
Seberang Perai.

Kesemua pelajar di REC akan dipastikan menguasai kemahiran Bahasa Melayu,
Inggeris, Sains dan Matematik di samping menerapkan nilai-nilai Islam dalam pergaulan
dan kehidupan seharian. Subjek Agama akan diajar di Madrasah-madrasah kendalian
komuniti Rohingya.

Mulai tahun ini REC telah membuka kelas Menengah secara formal dengan melantik
Puan Nasriah Awang sebagai Pengetua dan Puan Zaitun Yusof sebagai Guru Besar.
Kos operasi REC dibiayai oleh UNHCR, Zakat Pulau Pinang, WADAH dan Persatuan
Jaringan Islam Global (JREC).

Kini REC telah berkembang di Klang, Kuantan, Gombak dan Kuala Terengganu dengan
jumlah pelajar seramai 828 dan 52 orang staf. Pengurus Projek REC ialah Puan
Nurazlina Abdul Aziz, berpusat di Gombak, Selangor.

Data Murid dan Guru TASKI, TAHFIZ, SERI, SEMI dan REC Penang 2021

Institusi Bil . Bil. Guru Ketua Pentadbir

Murid

Daerah Seberang Perai 109 7 Hj. Dzulkifly Mahmood

Utara (SPU)

4 Buah TASKI

Daerah Seberang Perai 14 3 Hj. Yusuf Ahmad

Tengah (SPT)

2 Buah TASKI

Daerah Seberang Perai 35 4 Hj. Mustafa Shapee

Selatan

( TASKI@Pra Ad Diniah )

Daerah Timur Laut

TASKI AL HIKMAH@MU 60 6 Mohammad Tirmizi Bin

TASKI UMMATAN 8 2 Abd Manaf

Hj. Mutalib Rawter

Daerah Barat Daya 49 3 Aboo Bakar Marican

SERI Ad Diniah 389 29 Ustazah Firdaus Mustafa
SERI Mutiara@MU 223 28 Ustaz Mohammad Fadzil
SEMI Ad Diniah 97 14 Ustaz Abdul Latif

KAFA ABIM@ MU 72 5 Ustaz Mohammad Fadzil
REC PENANG 357 15 Puan Nasriah Awang
Jumlah Keseluruhan 1413 116 -

f) Asrama Kader Uthmaniah
Madrasah Uthmaniah telah menubuhkan Asrama Kader bagi tujuan melahirkan kader-
kader dakwah WAP PP. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad
Azam pada 18 November 2018 di Olive Tree Hotel dan mula beroperasi pada 1 Januari
2020 bertempat di Wisma Chauderi bersebelahan Markaz ABIM Gelugor. Pihak
Madrasah telah melantik seorang pengurus iaitu Ustaz Beta Pujangga Mukhti mantan
pengelola Asrama Kader Muhammadiyah, Kauman Yogyakarta.

Buat masa ini belum ada pelajar tetap yang menghuni asrama kader berikutan isu
pandemik Covid-19. Namun, beberapa aktiviti yang melibatkan alumni MU telah
dilakukan secara bersiri seperti kelas pengajian dan pemantapan Bahasa Arab.

2.0 Pemantapan tarbiyah, kualiti, kebajikan dan kaderisasi

YTPN telah menetapkan fokus utama sepanjang tiga tahun dari 2018-2020 untuk
mencapai sasaran berikut:

a. Mematuhi SOP YTP
b. Mencapai sasaran Corporate Strategic Planning (CSP) Yayasan Takmir 2014-
2020

c. Kaderisasi
d. Kebajikan
e. Kualiti

Situasi Pandemik Covid -19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang bermula pada 18 Mac 2020 amat memberi kesan terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah. Guru di pelbagai peringkat TASKI, SERI, SEMI dan
TAHFIZ terpaksa melalui norma baharu dalam PdP dengan menggunakan pelbagai
alatan teknologi dan aplikasi bagi membantu pembelajaran murid atas talian dari rumah.

Selain itu, pihak institusi juga mengalami kemerosotan kutipan yuran daripada ibu bapa.
Pihak YTP Negeri ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jazakallah
kepada semua warga WAP PP dan SALWA pusat yang telah memberi bantuan
kewangan khususnya kepada guru-guru TASKI. Mulai 1 Julai 2020 TASKI sudah mula
beroperasi dan SERI SEMI bermula pada 15 Julai 2020 dengan mengikut garis
panduan dan SOP dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan,
Kementerian Pendidikan dan YTP Pusat.

3.0 Islamic Outreach ABIM (IOA)
Ahli Jawatankuasa Islamic Outreach ABIM (IOA) diketuai oleh: Pengerusi : Hamdan
Mohd Hassan
Setiausaha : Nor Hayati Abu Bakar
Bendahari : Salwa Abd Razak
Ahli : Dr Misni Surif Asiah Madon Luqman Misni Siti Ajar Ikhsan Roslan Ramly
Khadijah Majid
Omar Mokhtar Hamdan Amal Elias

Premis Beroperasi : 47, Lebuh Aceh, Georgetown, Pulau Pinang

a) Aktiviti:
• Menyampaikan penerangan maklumat dan kefahaman Islam, menjalankan kerja
dakwah di kawasan bandaraya warisan bersejarah.
• Membawa pelancong melawat Masjid Melayu Lebuh Aceh
• Mengedar buku dan risalah Islam
• Menekuni dan menjalankan kelas pendidikan Islam kepada warga pekak
• Membantu golongan muallaf dan saudara baru
• Menyantuni gelandangan
• Menjalankan kerja amal
• Menerima kunjungan aktivis pelajar menjalani latihan Street Dakwah dan kerja
amal
Perkembangan semasa: Premis baru dibuka setelah ditutup sepanjang tempoh PKP
yang bermula pada 18 Mac 2020.

4.0 Koperasi Belia Islam Berhad (KBI)
Pengerusi : Sr. Zahri Abdul Rahman Setiausaha : Muhamad Zaki Rafiee
Mewakili KBI Kawasan (Pulau Pinang) ke Muktamar KBI Pusat dan kursus-kursus yang
dianjurkan oleh ANGKASA.

5.0 Global Universal Islamic Development (GUIDE)
GUIDE adalah sebuah badan perunding dalam bidang pembangunan mengikut
standard antarabangsa, Sustainable Development Goals (SDG) . Diluluskan dalam
MSN pada 25 Julai 2017 merupakan sebuah entiti rasmi yang baharu bagi WADAH
Pulau Pinang. Dato’ Haji Ahmad Azam, Presiden WADAH telah dilantik sebagai
Penasihat, Prof. Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif,

Ustaz Mohammad Fadzil sebagai Pengerusi dan Ts. Muhamad Zaki Rafiee sebagai
Setiausaha. Buat masa ini GUIDE mempunyai sepuluh orang perunding dalam
perbagai bidang kepakaran. Sepanjang tahun 2020 dan sehingga kini GUIDE
menumpukan kepada usaha-usaha membantu Kerajaan Negeri bagi menjayakan
projek Pulau Pinang Khayra Ummah 2030 ( PPKU2030 ) di bawah pejabat Timbalan
Ketua Menteri 1. Seramai 15 orang ahli ABIM dan WADAH terlibat sebagai konsultan
di bawah seliaan Prof. Dato’ Dr. Kamarulazizi selaku CEO GUIDE. Dua siri bengkel
telah diadakan iaitu pada 21 September 2020, Induksi Khayra Ummah 2030 bertempat
di The Light Hotel, Seberang Jaya dan pada 9-11 April 2021, Bengkel Susulan Induksi
Khayra Ummah 2030 bertempat di Park Royal Hotel, Batu Feringgi bagi menyediakan
blue print PPKU2030.

GUIDE didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama
GUIDE Consultancy Sdn. Bhd.

Presiden WADAH Dato’ Haji Ahmad Azam juga telah dilantik sebagai Pencermah
Utama Siri Jelajah Khayra Ummah 2030 dengan tema Ibrah Konstantinopel. Siri road
show ini telah berjalan pada setiap bulan minggu pertama di setiap daerah dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Hasil program ini, WADAH Pusat telah
mencadangkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya program ini diangkat ke
peringkat nasional sebagai alternatif naratif Islam semasa bagi kerjaaan Negeri
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Pelancaran Khayra Ummah peringkat
Kebangssan telah dilancarkan pada 12 April 2021 di Pusat Dakwah Paroi Negeri
Sembilan yang dirasmikan sendiri oleh DSAI dengan tema “Membangun Khayra
Ummah:Refomasi Islahiy dan Agenda Pemberdayaan Umat”.

6.0 Global Peace Mission (GPM)

Ahli Jawatankuasa GPM Pulau Pinang

Pengerusi : Mohd Ezaq Taufeeq
Timbalan Pengerusi : Lt.Kol (B) Aznan Azzoidden
Setiausaha : Zayd Zahri
Penolong SU : Mohamed Rezal Abd. Majid
Bendahari : Zaida Zainon
Tugas-tugas Khas : Tabiin Sahri
Teknologi Maklumat : Fatyen Afzan Mehmet

Sepanjang sesi 2021/2022 GPM Pulau Pinang banyak memberi tumpuan kepada
bantuan sara hidup kepada masyarakat awam terutama komuniti Rohingya yang
terputus bekalan makanan akibat Pandemik Covid-19 dan juga misi mangsa banjir.
GPM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang bagi
menjayakan misi bantuan kemanusiaan GPM.


Click to View FlipBook Version