SEKOLAH AGAMA MENENGAH UNWANUS SAADAH
KANCHONG DARAT, 42700 BANTING SELANGOR
TAKLIMAT KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1 ZAMRUD 2021
TAJUK:
SISA DOMESTIK
DI KAWASAN SEKITAR SEKOLAH ATAU TEMPAT TINGGAL MURID
SOALAN TUGASAN
Penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di negara ini mencatat
peningkatan 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018, berbanding
19,000 tan pada 2005.
Berdasarkan angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp), seorang rakyat dianggar menghasilkan 1.17
kilogram (kg) sampah sehari pada 2018, berbanding 0.8kg (2005).
(Sumber: Berita Harian, Januari 2, 2020)
Berdasarkan pernyataan di atas, calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan mengenai sisa
domestik di kawasan sekitar sekolah atau tempat tinggal anda. Di Malaysia, sisa domestik merujuk
kepada sisa yang terhasil daripada kawasan perumahan.
Kajian lapangan tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:
a) Latar belakang kawasan kajian.
b) Menghuraikan jenis- jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian.
c) Mengenalpasti dan menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap
penduduk dan persekitaran setempat.
d) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik
tersebut.
2
Peringatan
Penulisan laporan kerja lapangan mengikut kriteria di bawah:
1. Menggunakan kertas bersaiz A4.
2. Format penulisan laporan mestilah mengandungi perkara berikut:
(a) Tajuk kerja lapangan
(b) Nama Calon
(c) Isi Kandungan:
i. Penghargaan
ii. Pendahuluan
iii. Objektif Kajian
iv. Kawasan Kajian (Latar Belakang Kawasan Kajian)
v. Kaedah Kajian
vi. Hasil Kajian
vii. Rumusan
viii. Rujukan
ix. Lampiran
Murid boleh menggunakan tulisan tangan atau komputer.
Pastikan tulisan kemas jika menggunakan tulisan tangan.
Format jika menaip menggunakan komputer:
o Font : Times New Roman
o Size : 12
o Line Spacing : 1.5
o Justify : Justify
o Muka surat
3
JADUAL KERJA
TARIKH HARI PERKARA CATATAN
2 Sept Khamis Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Tingkatan 1 Guru Mata
6 Sept menerusi Google Meet. Pelajaran
Isnin Perbincangan tentang :
9 Sept PdPR
13 – 17 Khamis 1. Tajuk Kajian (WhatsApp)
Isnin - 2. Jadual kerja / pengagihan kerja (30 minit)
Sept Jumaat 3. Penghargaan
20 Sept Isnin 4. Pendahuluan PdPR
23 Sept Khamis 5. Objektif kajian (WhatsApp)
27 Sept Isnin 6. Kawasan Kajian
30 Sept Khamis 7. Penentuan Kaedah kajian (1 jam)
4 Okt Isnin
7 Okt Khamis - Borang soal selidik/temu bual/pemerhatian Cuti Pertengahan
8. Hasil Kerja Lapangan Penggal
9. Rumusan
10. Rujukan PdPR
11. Sediakan lampiran (WhatsApp)
Murid menyediakan borang soal selidik. (30 minit)
Murid menulis penghargaan, pendahuluan, objektif kajian, latar PdPR
belakang kawasan kajian dan kaedah kajian. (WhatsApp)
Murid melakukan soal selidik/temu bual. (1 jam)
Mencari dan mengumpul maklumat. PdPR
Menghuraikan konsep.
Menganalisis maklumat/data. (WhatsApp)
(30 minit)
Hasil Kajian - Menyenaraikan jenis- jenis sisa domestik yang
terdapat di kawasan kajian. PdPR
(WhatsApp)
Hasil Kajian - Mengenalpasti dan menghuraikan kesan-kesan
pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan (1 jam)
persekitaran setempat. PdPR
Hasil Kajian - Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan (WhatsApp)
kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian. (30 minit)
PdPR
Membuat rumusan tentang tajuk kajian. (WhatsApp)
(1 jam)
Murid mengemaskini dan menghantar tugasan.
4
CONTOH LAPORAN KAJIAN
5
SEKOLAH AGAMA MENENGAH UNWANUS SAADAH
KANCHONG DARAT, 42700 BANTING SELANGOR
LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1 2021
TAJUK:
SISA DOMESTIK
DI (KAWASAN KAJIAN)
NAMA : __________________________________________
TINGKATAN : __________________________________________
NAMA GURU: PUAN NURUL ADILA BINTI MOHAJIR
6
SENARAI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAWASAN KAJIAN
4.1 Lokasi kawasan kajian
4.2 Lingkungan kawasan kajian
4.3 Bentuk muka bumi
4.4 Jumlah penduduk
5.0 KAEDAH KAJIAN
5.1 Pemerhatian
5.2 Temu Bual
5.3 Soal Selidik
5.4 Rujukan
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Jenis-jenis Sisa Domestik
6.1.1
6.2 Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik
6.2.1
6.2.2
6.3 Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik
6.3.1
6.3.2
6.3.3
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
8.2 Orang Sumber
8.3 Internet
9.0 LAMPIRAN
7
1.0 PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2.
Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Jalan Bukit, Puan Roslina binti Che Omar
kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan
ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Puteri Fairose kerana
telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu ______[NAMA
IBU/BAPA/PENJAGA]______ yang memberi bantuan kewangan untuk menjayakan kerja
lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber yang sudi menjawab
soalan-soalan dalam borang temu bual.
2.0 PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman Bukit Mewah,
Kajang, Selangor.
Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan pengangkutan
awam seperti MRT, Bas Rapid, Teksi dan e-panggilan untuk ke sesuatu tempat.
Saya menjalankan kajian ini selama 12 hari bermula pada 19 November 2020 hingga 5
Disember 2020. Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah (Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah, PdPR) pada waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi.
8
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor, bertujuan untuk:
3.1 Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam.
3.2 Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam.
3.3 Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian.
3.4 Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian.
3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian.
4.0 KAWASAN KAJIAN
4.1 Lokasi kawasan kajian :
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor.
4.2 Lingkungan kawasan kajian :
Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang lima kilometer persegi. Kawasan ini
adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Kawasan ini juga terletak dalam
Daerah Hulu Langat, Selangor.
4.3 Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tamah pamah yang rata. Jarak kawasan
kajian dari bandar Kajang ialah lima kilometer. Jika menaiki e-panggilan, tambangnya
ialah RM5.00. Sekiranya menaiki teksi pula tambangnya ialah RM6.00 seorang.
4.4 Jumlah penduduk
Jumlah penduduk di kawasan kajian ini ialah lebih kurang 2 650 orang.
9
5.0 KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut:
5.1 Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan awam di
kawasan kajian.
5.2 Temu bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan pengangkutan awam
di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah
pengangkutan awam dan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam.
5.3 Rujukan – Rujukan buku di perpustakaan dan Internet digunakan untuk mengetahui konsep
pengangkutan awam.
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep dan takrif Pengangkutan Awam :
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Kamus Pelajar Edisi Kedua), pengangkutan awam
ialah sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang
ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.
Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap.
Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka
dengan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.
6.2 Jenis-jenis Pengangkutan Awam :
Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman Bukit Mewah, Kajang,
Selangor ialah bas dan teksi.Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas henti-henti (Rapid)
atau bas tambang, bas persiaran, bas sekolah dan bas ekspres. Perkhidmatan bas sekolah
penting kepada murid untuk ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan bas
10
henti-henti (Rapid) pula penting kepada penduduk dalam kawasan kajian untuk ke bandar
Kajang dan tempat-tempat lain.
6.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di kawasan kajian :
Kepentingan pengangkutan awam di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor adalah seperti yang
berikut:
6.3.1 Membawa penumpang
Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa, pengangkutan awam di kawasan kajian sangat
penting untuk mengangkut penumpang. Saya sendiri menggunakan pengangkutan awam, iaitu bas
untuk ke bandar Kajang.
6.3.2 Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan
lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas, e-panggilan dan teksi
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian yang mempunyai ramai penduduk
6.3.3 Menjimatkan kos
Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan kos. Saya
dapat pergi ke bandar Kajang hanya dengant tambang RM1.20 berbanding dengan kos
menggunakan kenderaan persendirian. Selain kos bahan api atau petrol, kos tempat letak kereta juga
turut dapat dijimatkan dengan menggunakan pengangkutan awam.
6.4 Masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
6.4.1 Pencemaran Udara
Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah menyebabkan
pencemaran udara. Tambahan pula, bas-bas yang beroperasi ini menggunakan minyak diesel sebagai
bahan api. Bas-bas ini mengeluarkan asap yang banyak. Pencemaran udara mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan penyakit.
6.4.2 Kos bahan api meningkat
11
Melalui temu bual dengan Encik Zahid bin Hamdan, beliau menyatakan bahawa, kenaikan
kos bahan api telah menyebabkan tambang teksi turut meningkat. Misalnya, pada tahun 2007
tambang Teksi dari Taman Bukit Mewah ke bandar Kajang ialah RM0.80. Pada tahun 2017,
tambang bas meningkat kepada RM1.20 dan peningkatan ini telah membebankan penduduk yang
sering menggunakan perkhidmatan bas awam ini.
6.4.3 Jangka masa lama
Berdasarkan temu bual dengan Encik Zahid bin Hamdan, masa menunggu bas adalah lama,
iaitu lebih kurang 30 minit. Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama untuk ke
sesuatu tempat.
6.5 Cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian
6.5.1 Menguat kuasa undang-undang
Berdasarkan temu bual dengan Encik Samsul bin Johan, beliau mencadangkan tindakan
undang-undang dikenakan ke atas pemandu bas yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Tindakan
ini perlu untuk mendisiplinkan pemandu bas. Selain itu, tindakan ini dapat memberikan pengajaran
kepada pemandu bas yang lain.
6.5.2 Kempen alam sekitar
Menurut Encik Samsul bin Johan lagi, beliau menyatakan bahawa, kempen alam sekitar perlu
dihebahkan kepada penduduk di kawasan kajian. Bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu
mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap.
6.5.3 Menambah bilangan bas dan bas baharu
Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan menggantikan bas-bas yang lama
dengan bas-bas yang baharu. Bas yang boleh dibaiki pula hendaklah diselenggara untuk keselesaan
penumpang.
6.5.4 Penapis asap atau catalytic converter
Berdasarkan hasil pembacaan saya, penggunaan penapis asap atau catalytic converter dapat
mengurangkan pembebasan gas-gas berbahaya ke udara. Keadaan ini dapat mengurangkan
pencemaran udara.
12
7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Bukit Mewah ialah bas. Bas ini
mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk
membawa penumpang dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pelbagai masalah pengangkutan
awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya ialah pencemaran udara, kemalangan jalan raya dan
penggunaan kenderaan lama. Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalah pengangkutan
awam. Antaranya adalah dengan menguat kuasa undang-undang dan kempen alam sekitar. Saya
bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada
penduduk, syarikat bas dan masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan
masyarakat yang bertanggungjawab.
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
Chong Mui Sen, Azizan Abu Samah (2003). Geografi Tingkatan 2 Kuala Lumpur:
Percetakan Saufi.
8.2 Orang Sumber
Encik Jaya bin Junus, 51 tahun, No.88 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor.
Encik Samsul bin Johan, 40 tahun, No.333 Taman, Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor.
Encik Zahid bin Hamdan, 43 tahun, No.423 Taman Tun Syed Nasir, 84000 Tangkak, Johor.
8.3 Internet
Pengangkutan Awam. (n.d). Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Edisi Kedua. Diakses pada
Jun 8 2017 daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=pengangkutan+awam
Catalytic converter. (n.d). American Heritage R Dictionary of the English Language, Fifth
Edition. (2011). Diakses pada Ogos 17 2017 daripada
http://www.thefreedictionary.com/catalytic+converter
13
9.0 LAMPIRAN
(a) Borang Soal-selidik
BORANG SOAL SELIDIK
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021
Tajuk Kajian: Sisa Domestik di ….(Kawasan Kajian)….
Arahan: Tandakan ( / ) pada yang berkenaan.
1. Jantina :Lelaki [ ] Perempuan []
2. Umur : Bawah 20 tahun []
21 hingga 30 tahun []
31 hingga 40 tahun []
41 tahun ke atas []
3. Jenis tempat tinggal di kawasan kajian:
Taman Perumahan [] Kawasan Kampung []
Rumah Pangsa [] Kuarters []
Lain-lain: Nyatakan: __________________________________________________
4. Jenis-jenis sisa domestik yang dihasilkan di rumah atau kawasan kajian:
Sisa makanan [ ] Plastik []
Sisa kebun [ ] Besi buruk []
Kertas [ ] Kaca []
Tin [ ] Minyak masak []
Logam [ ] Perabot []
Sisa cecair [ ] Lampin pakai buang []
Lain-lain. Nyatakan __________________________________________________
5. Masalah pembuangan sisa domestik di kawasan kajian:
Pencemaran udara [ ] Kos penyelenggaraan tinggi []
Pencemaran air [ ] Pembakaran sampah terbuka []
Pencemaran bau [ ] Banjir kilat []
Wabak penyakit [ ] Longkang tersumbat []
Lain-lain. Nyatakan ___________________________________________________
6. Cadangan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian:
Pendidikan alam sekitar [ ] Amalan 3R (reduce, reuse, recycle ) []
Dasar pembangunan kerajaan [ ] Menguatkuasakan undang-undang []
Kempen alam sekitar [ ] Mengurangkan kos penyelenggaraan []
Lain-lain. Nyatakan _____________________________________________________
TERIMA KASIH
14
(b) Peta Kawasan Kajian
Peta Kampung / Taman ………….
PETUNJUK:
(c) Foto di Kampung/Taman …….
15
16