The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHLOE TAN KE ER Moe, 2024-04-09 01:01:47

Nota Pendidikan Seni Visual

.

NOTA: PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1 NAMA: Chloe Tan Ke Er KELAS: 1 Bougainvilla TAJUK: Seni Reka GURU: Latifah Binti Harun


Tajuk 1: PERKEMBANGAN SENI VISUAL DI MALAYSIA Perkembangan seni visual di Malaysia berlaku secara berperingkatperingkat dan berkait rapat dengan seni halus, seni reka dan seni kraf. Kita harus mengenali tokoh pelukis, pereka dan tokoh kraf hebat tanah air supaya dapat menghargai sumbangan mereka dalam bentuk hasil seni visual, rekaan produk dan kraf. Pengetahuan kita terhadap seni visual akan dapat menerapkan jati diri dan kecintaan kita terhadap karya seni visual dan kraf yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tempatan.


Sejarah dan Perkembangan Sejarah perkembangan seni reka negara kita agak muda berbanding dengan perkembangan seni halus dan seni kraf. Seni reka terbahagi kepada komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan reka bentuk persekitaran. Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi Institut Teknologi MARA (kini UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan institusi swasta misalnya, merupakan titik tolak transformasi terhadap bentuk-bentuk rekaan dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Bidang seni reka di negara ini terus berkembang dengan penubuhan Majlis Rekabentuk Malaysia dan Majlis Inovasi Negara. Beberapa buah institusi seperti Institut Teknologi MARA dan institusi swasta telah berjaya melahirkan ramai pereka yang berkaliber.


Tokoh dan Karya Perkembangan seni reka telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang.


Tokoh reka bentuk teknologi: Zulkifli Haron • Lahir pada tahun 1959 di Kelantan. • Mendapat pendidikan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru. • Pereka cipta peralatan berteknologi dalam pelbagai sektor. • Pernah menerima anugerah Guinness Effort Award 1989 dan Anugerah Belia Selangor Darul Ehsan 1996.


Tokoh seni reka grafik: Haji Hashim Hassan • Lahir pada tahun 1938 di Johor. • Mendapat pendidikan di Canterbury College of Art, England dan University Ohio, USA. • Memenangi pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan, iaitu pada tahun 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987 dan 1991. • Dikenali sebagai ‘Bapa Logo Hari Kebangsaan’.


Tokoh reka bentuk fesyen: Jimmy Choo • Lahir pada tahun 1961 di Pulau Pinang. • Mendapat pendidikan di London College of Fashion. • Menerima anugerah gelaran ‘Profesor’ dari University of the Arts, London atas sumbangannya dalam bidang fesyen. • Mendapat anugerah Order of the British Empire (Knighthood) daripada Queen Elizabeth II, England pada tahun 2002.


Tokoh seni reka animasi: Hassan Abdul Muthalib • Lahir pada tahun 1945 di Kedah. • Mendapat pendidikan sehingga SPM tetapi meminati bidang animasi. • Pengerusi Persatuan Animasi Malaysia. • Dianugerahkan ‘Anugerah Sri Angkasa’ bagi kategori ‘Idea Terbaik’ dan ‘Treler Terbaik’ untuk animasi pendek, iaitu ‘Sang Kancil dan Buaya’ dan ‘Sang Kancil dan Monyet’.


Tokoh komunikasi visual: Ahmad Haji Zainuddin • Lahir pada tahun 1950 di Pahang. • Mendapat Ijazah Kedoktoran dari Manchester Metropolitan University, England. • Profesor di UCSI University, Malaysia. • Pengerusi Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Ahli Majlis Profesor Negara dan pakar seni grafik dalam kluster industri dan inovasi. • Tokoh yang mempelopori kepimpinan reka bentuk.


Tokoh reka bentuk teknologi kreatif: Lim Kok Wing • Lahir pada tahun 1946 di Kuala Lumpur. • Pelopor dan juga presiden Limkokwing University of Creative Technology. • Menerima banyak penghargaan seperti anugerah Father of Innovation in Africa dalam The Bizz Awards 2014 di Texas, USA.


Pertubuhan dan Persatuan Perkembangan seni reka digiatkan dengan penubuhan Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Majlis Inovasi Negara.


Majlis Rekabentuk Malaysia • Ditubuhkan pada tahun 1993. • Terletak bawah pengawasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. • Tujuannya untuk membuka masa depan inovasi dan reka bentuk di Malaysia. Majlis Inovasi Negara • Ditubuhkan pada tahun 2007. • Terletak bawah pengawasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. • Tujuannya untuk membentuk dan melaksanakan agenda inovasi negara yang lebih mantap. Pertubuhan


SEKIAN TERIMA KASIH 9/4/2024


Click to View FlipBook Version