The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM - TUGASAN 1 (NURUL FARAHIN BINTI SAINAN TESL 3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESL40620 Nurul Farahin Binti Sainan, 2023-07-04 08:21:20

MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM - TUGASAN 1 (NURUL FARAHIN BINTI SAINAN TESL 3)

MPU3092 PENDIDIKAN ISLAM - TUGASAN 1 (NURUL FARAHIN BINTI SAINAN TESL 3)

SISTEM PEMERINTAHAN N U R U L F A R A H I N R A S U L U L L A H S A W & K H U L A F A A L - R A S H I D I N S I S T E M P O L I T I K I S L A M


KANDUNGAN PENGHARGAAN BIODATA PENULIS PENGENALAN KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM SISTEM POLITIK ISLAM SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN RUJUKAN RUMUSAN


Penghargaan Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT. Selawat junjungan ke atas Baginda Rasulullah SAW. Tanpa perjuangan Baginda dan para sahabat kita tidak akan kecapi nikmat yang terbesar pada hari ini iaitu nikmat iman dan Islam. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang tercinta, guru-guru yang mendidik saya dari tadika sehinggalah ke hari ini, pensyarah-pensyarah yang mengajar saya dan tidak akan dilupakan juga kepada sahabat-sahabat saya yang memberi dorongan dan pertolongan sepanjang kehidupan saya. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam membantu saya menyiapkan penulisan artikel saya ini.


Biodata Beliau memulakan pendidikan awal di Pasti Al-Irsyad di Johor Bahru, diikuti dengan sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Johor Bahru dan sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Setelah menamatkan zaman persekolahan, beliau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2021 di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) yang terletak di Kelantan sehingga kini. Berbekalkan pengalaman yang ada pada penulis, beliau berjaya menghasilkan penulisan artikel bertajuk Sistem Pemerintahan iaitu Sistem Politik Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa Al-Rashidin yang mengisahkan tentang syarat-syarat perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi sebagaimana yang ditetapkan oleh Sarjana Islam serta amalan Syura dalam pentadbiran pada zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa Al-Rashidin. Nama penulis bagi hasil karya penulisan ini ialah Nurul Farahin Binti Sainan. Beliau dilahirkan pada 19 Julai 2002.


Pengenalan "berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh Buku ini merupakan penulisan pertama saya sebagai seorang pelajar yang bertajuk Sistem Pemerintahan mengisahkan tentang sistem politik Islam yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa Al-Rashidin. Dalam buku ini akan saya kupaskan secara mendalam berkaitan syarat-syarat perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi serta amalan syura dalam pentadbiran. Semoga segala isi yang ingin disampaikan dapat menambah lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada mengenai sistem pemerintahan Islam.


KONSEP KEPIMPINAN DALAM ISLAM Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugas-tugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. CIRI KEPIMPINAN QUDWAH HASANAH BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH KESEIMBANGAN Mengawal pancaindera supaya sentiasa mentaati Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya dari segi perkataan, perbuatan mahupun aqidah dan keyakinan. Mendaulatkan kalimah Allah di pelbagai tahap dan peringkat tanggungjawab masing-masing. Seorang lelaki mestilah mempunyai tanggungjawab terhadap semua perkara dan aspek kehidupan kerana lelaki telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjadi pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Kepimpinan dalam Islam menitikberatkan keseimbangan di antara kepentingan roh dan jasad, perkembangan pembangunan spiritual dengan perkembangan material demi menjamin kesejahteraan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Pemimpin mestilah dipilih daripada kalangan orang-orang yang paling berwibawa dan berkelayakan.


SISTEM PEMERINTAHAN:


SISTEM PEMERINTAHAN: SISTEM POLITIK ISLAM Al-Khilafah (الخالفة( Al-Imamah (اإلمامة( Al-Siyadah (السيادة( Al-Riyasah (الرياسة( Al-Qiyadah (القيادة( Politik dalam Kamus Dewan ditakrifkan kepada beberapa takrif: Pertama: Ia merupakan ilmu, ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah dan ilmu kenegaraan. Kedua: Segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. Ketiga: Kelicikan, muslihat, tipu muslihat. Berpolitik pula ditakrifkan sebagai mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan) politik. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, mempolitikkan pula ditakrifkan sebagai memasukkan ke dalam urusan politik, menjadikan sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dengan politik. Perkataan politik berasal daripada kata akar polis dari Bahasa Greek, yang bererti negara, kota, dan kemajuan. Istilah politik dipopularkan oleh Plato dalam bukunya Politea dan Aristotle dalam bukunya Politicia. Politik merupakan istilah yang digunakan untuk membincangkan konsep pengaturan masyarakat. Dalam bahasa arab, politik juga dikenali sebagai siasah daripada perkataan ( mengurus cara maksud memberi yangَ) ساَس َيُسْوُس ِسَياَس ًة tadbir dan memerintah, mengurus atau mengatur perkara mengikut syariat Islam. Antara perkataan yang hampir seerti dengannya ialah:


SISTEM PEMERINTAHAN: SISTEM POLITIK ISLAM TUJUAN SISTEM POLITIK ISLAM Mengawal kerajaan supaya berlaku adil kepada rakyat pelbagai kaum dan agama. Menjaga agama Islam dari unsur-unsur negatif dan penyelewengan. Bertanggungjawab dalam menjaga maqasid syariah dan kemaslahatan bagi umat Islam.


SEBAGAIMANA YANG DITETAPKAN OLEH SARJANA ISLAM


Nama bagi tokoh sarjana Islam di atas ialah Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Basri, al-Syafie. Beliau digelarkan sebagai al-Mawardi, Qadi al Qudat, al-Basri dan al-Syafie oleh para ahli sejarah dan tabaqat. Gelaran Qadi Qudat diterima pada tahun 429 Hijrah semasa beliau merupakan seorang ketua kadi alim dalam bidang feqah manakala gelaran al-Basri ialah kerana beliau lahir di Basrah sementara nama penggantinya (nama kinayah) ialah Abu Hassan. Imam al-Mawardi dilahirkan di Basrah pada tahun 364 Hijrah bersamaan pada tahun 974 Masihi. Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga yang cintakan ilmu pengetahuan. Keluarga beliau juga sentiasa mengambil berat mengenai pendidikan dan pengajiannya. Beliau telah diajar dengan al-Quran, alHadis, Feqah, Usul dan lain-lain ilmu syariat sejak kecil lagi. Beliau merupakan seorang ulama yang telah mencapai tahap keilmuan yang tinggi dan juga merupakan tokoh mazhab yang terkenal dan pakar dalam segala bidang ilmu. SARJANA ISLAM: ABU AL-HASSAN AL-MAWARDI


Nama tokoh sarjana Islam di atas ialah Ahmad ibn Taimiyah. Beliau dilahirkan di Harran, Syria pada tahun 1263 di tengah keluarga yang berilmu dan alim yang bermadzhab Hanbali. Beliau dihormati oleh para ulama Syam dan pemerintah-pemerintah sehingga mereka mempercayakan beberapa jabatan ilmiah untuk dibantu olehnya. Ibnu Taimiyah adalah seorang yang rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu agama dan sains. Beliau mempelajari Feqah dari bapanya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan alHadith. Beliau juga belajar mengenai ilmu kalam, dan falsafah. SARJANA ISLAM: IBNU TAIMIYAH


DEFINISI AHLUL HALLI WAL AQDI Berdasarkan kepada buku Politik Hukum oleh Abdul Manan, beliau menyebutkan bahawa Ahlul Halli Wal Aqdi terdiri daripada tiga kata iaitu Ahlul bermaksud orang yang berhak, Halli bermaksud melepaskan, menyesuaikan serta memecahkan dan Aqdi yang bermaksud mengikat dan membentuk. Kitab Minhayatul Minhaj juga mendefinisikan Ahlul Halli Wal Aqdi sebagai sekelompok manusia yang memiliki kedudukan dalam urusan agama dan akhlak serta mempunyai kemampuan dalam melihat keadaan dan mengatur umat manusia. Dalam kitab Al-Minhaj, Imam Nawawi memaksudkan Ahlul Halli Wal Aqdi adalah terdiri daripada ulama yang berusaha untuk mewujudkan kemaslahatan. Ulama Abu Hasan Al-Mawardi juga menyebutkan istilah yang semakna dengan Ahlul Halli Wal Aqdi iaitu Ahlul Ikhtiyar manakala Ibnu Taimiyah pula menyebutkannya sebagai Ahlusy Syaukah dan istilah Ahlul Ijtihad disebutkan oleh ulama AlBaghdadi. Terdapat banyak juga istilah lain yang popular dan banyak digunakan oleh ulama seperti Ahlu Syura.


TUGAS AHLUL HALLI WAL AQDI Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa ulil amri adalah orang yang memegang perkara, memiliki kekuasaan dan kemampuan serta memiliki ilmu pengetahuan dan mereka yang membawa kebaikan bagi manusia. Berdasarkan buku Politik Hukum juga Ahlul Halli Wal Aqdi terdiri daripada beberapa orang anggota. Tugas bagi Ahlul Halli Wal Aqdi pada zaman kekhalifahan adalah dengan membantu untuk menetapkan, memberhentikan dan mengawasi khalifah. Mereka memiliki tanggungjawab yang amat besar untuk mengangkat dan menentukan pemimpin yang sesuai dengan perundangan negara dan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Ahlul Halli Wal Aqdi diperlukan ketika seorang khalifah tidak berlaku adil terhadap pemerintahannya. Pada zaman khalifah yang keempat dalam Islam, berdasarkan kepada Umar bin Khattab Ahlul Halli Wal Aqdi merujuk kepada sejumlah sahabat Nabi SAW yang telah lama mempunyai pengalaman dalam musyawarah penentuan kebijaksanaan sistem kenegaraan serta pemilihan ketua negara. Dalam pada itu, Umar menunjukkan enam orang sahabat untuk berunding dalam menentukan siapa orang yang layak untuk menggantikannya setelah ia wafat.


SYARAT-SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI Seorang Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah memiliki keadilan terhadap semua perkara. Sifat adil merupakan akhlak yang paling utama untuk dimiliki oleh pemimpin. Jika seseorang itu tidak bersifat adil maka kekuasaannya tidak sah dan tidak boleh diterima kesaksiannya. Ar-Ridha mendefinisikan sifat adil dalam AlMabsuthnya iaitu "adil adalah istiqamah (teguh pendirian) dan kesempurnaannya tiada akhir ". Ahlul Halli Wal Aqdi harus memastikan bahawa sebarang keputusan yang dilakukan adalah adil dan tidak merugikan salah satu pihak. Mereka harus memastikan bahawa semua pihak yang terlibat dalam perundingan tersebut berpuas hati dengan kesepakatan yang telah dicapai agar tidak berat sebelah. MEMILIKI KEADILAN ِلُشُروِطَها . ُة َجاِمَع ْل ا َل ُة َعَدا ْل َحُدَها ا َأ


SYARAT-SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI Seorang Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah seorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas berkaitan dengan perundangan dan cukup mengenal kemaslahatan umat. Ilmu-ilmu tersebut mestilah yang mampu untuk memberi manfaat dalam menjalankan tugas serta menyelesaikan masalah umat Islam sebagai seorang Ahlul Halli Wal Aqdi. Mereka hendaklah memiliki pengetahuan dengan mengetahui siapa yang lebih layak untuk menjadi ketua, pemimpin atau khalifah bagi umat Islam dengan syarat yang mu'tabar iaitu diakui ulama. Mereka juga perlu bertanggungjawab untuk memastikan bahawa syarat-syarat atau perundingan yang dibuat sesuai dengan hukum syariat Islam dan semua pihak yang terlibat mematuhi ketentuan hukum syariat Islam. MEMILIKI ILMU PENGETAHUAN ِة َمْن َتَوَّصُل ِبِه إىَل َمْعِر َف ُي ِذي َّل ْلِعْلُم ا اِني : ا َّث َوال ْلُمْعَتَبَرِة ِفيَها . َعىَل الُّشُروِط ا َيْسَتِحُّق ا ِإْلَماَم َة


SYARAT-SYARAT AHLUL HALLI WAL AQDI Seorang Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah seorang yang memiliki pandangan dan hikmah yang menjadikannya mampu untuk memilih siapa yang paling baik dan layak untuk menjadi ketua, pemimpin atau khalifah serta mampu untuk mengurus kemaslahatan umat Islam. Apabila terjadinya sebarang masalah yang berlaku dalam kalangan umat Islam, Ahlul Halli Wal Aqdi mestilah dapat memberikan jalan penyelesaian yang sesuai dengan hukum syariat Islam. Mereka harus mempertimbangkan semua aspek dan faktor yang terlibat dalam masalah tersebut dan memberikan keputusan yang tepat agar tidak membawa kepada pergaduhan dalam kalangan pemimpin dan masyarakat. MEMILIKI PANDANGAN DAN HIKMAH ِر َمْن ْلُمَؤِّدَياِن إىَل اْخِتَيا ا ُة ْلِح ْكَم ُي َوا ْأ اِلُث : الَّر َّث َوال ْعَرُف. َوُم َوَأ َأ ْق ِح ْلَمَصاِل ُهَو ِل ِإْلَماَمِة َأْصَلُح َوِبَتْدِبيِر ا


PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN PARA KHULAFA AL-RASHIDIN


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Sistem syura merupakan tonggak penting bagi sesebuah organisasi, masyarakat, dan negara. Ia diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa Al-Rashidin serta diwarisi oleh umat Islam berkurun lamanya, dalam konteks sebuah kumpulan, masyarakat serta sistem pemerintahan sesebuah negara Islam. Sistem syura amat penting untuk dikaji, difahami dan diaplikasi bagi memastikan perjalanan organisasi, masyarakat serta sistem kenegaraan hari ini sentiasa berada dalam landasan Syarak. ااِلْجِتَماُع َعىَل ا َأْلْمِر ِلَيْسَتِشيَر ُكُّل َواِحٍد ِمْنُهْم َصاِحَبُه َوَيْسَتْخِرَج َما ِعْنَدُه Maksud Syura Menurut Ibnu al-`Arabi, maksud syura ialah “Suatu perkumpulan/mesyuarat terhadap suatu perkara, untuk meminta pandangan setiap daripada ahli mesyuarat tersebut dan mengeluarkan/menghasilkan sesuatu daripadanya”. تقليب اآلراء المختلفة ووجهات النظر المطروحة في قضية من القضايا واختبارها من أصحاب العقول واالفهام حتى يتوصل إىل الصواب منها , أو إىل أصوبها و أحسنها ليعمل به حتى تتحقق أحسن النتائج Syeikh Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris pula telah mendefinisikan syura sebagai “Proses bertukar pendapat yang pelbagai dan sudut pandang berbeza terhadap suatu isu yang mana ia diselidik dan dikaji oleh para sarjana cendekiawan sehingga sampai kepada suatu keputusan yang tepat, ataupun yang paling tepat dan terbaik, untuk beramal dengannya sehingga dapat merealisasikan natijah yang terbaik”.


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Pada zaman Rasulullah SAW Allah s.w.t berfirman: َقْلِب ْل ِليَظ ا ْو ُكنَت َفًّظ ا َغ ـِه ِلنَت َلُهْمۖ َوَل َّل ِبَما َرْحَمٍة ِّمَن ال َف ِو ْرُهْم ِفي اْعُف َعْنُهْم َواْسَتْغِفْر َلُهْم َوَشا اَلنَفُّضوا ِمْن َحْوِلَكۖ َف ِليَن ِّك ْلُمَتَو ـَه ُيِحُّب ا َّل ِإَّن ال ـِهۚ َّل ْل َعىَل ال َّك َتَو ا َعَزْمَت َف َذ ِإ ا َأْلْمِرۖ َف Ayat di atas diturunkan selepas kekalahan kaum Muslimin di medan pertempuran Uhud di mana Rasulullah SAW telah mengikuti pandangan majoriti (yang kebanyakannya dalam kalangan pemuda) untuk keluar menghadapi musuh di luar Madinah. Baginda sering berbincang dengan para sahabat sebelum mengambil sebarang keputusan terutamanya mengenai sesuatu perkara yang tidak terdapat wahyu untuk dirujuk. Syura dilakukan secara bebas dan terbuka iaitu tidak ada suatu tempat khusus tetapi biasanya di masjid iaitu tempat perkumpulan masyarakat Islam. Sesetengah orang Islam menyangka faktor kekalahan mereka di medan Uhud ialah disebabkan Rasulullah SAW telah mematuhi tuntutan syura dengan mengikuti keputusan majoriti dan meninggalkan pandangan Baginda sendiri untuk bertahan dan berhadapan musuh dari dalam Madinah sahaja. Meskipun sudah kalah, Allah s.w.t tetap mengarahkan Rasulullah untuk melakukan syura dengan kaum Muslimin dan Allah s.w.t memaafkan kesalahan yang mereka lakukan. Ini kerana, syura adalah prinsip dan sistem penting bagi sebuah pemerintahan negara atau pergerakan sesebuah kumpulan. Kekalahan di medan Uhud natijah daripada syura, adalah lebih baik berbanding mengikuti pandangan peribadi yang tidak diketahui natijahnya sama ada menang atau kalah.


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Pada zaman Khulafa Al-Rashidin Islam pada zaman khulafa' ar-Rashidin terserlah dari aspek politik, dakwah dan pengurusan negara Islam yang sistematik. Khulafa ar-Rashidin yang dimaksudkan terdiri daripada Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., Saidina Umar al-Khattab r.a, Saidina Uthman al-Affan r.a, dan Saidina Ali bin Abi Talib r.a. Keempat-empat khalifah telah berjaya menjadikan negara Islam di Madinah sebagai sebuah negara yang kukuh dengan menggunakan cara politik dan dakwah masing-masing. ْمُرُهْم ُشوَرٰى َبْيَنُهْم َوِمَّما َوَأ اُموا الَّصاَلَة ِهْم َوَأ َق ِّب ِذيَن اْسَتَجاُبوا ِلَر َّل َوا َناُهْم ُينِفُقوَن﴿٣٨﴾ َرَز ْق MaksudNya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara syura sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya” Para sahabat r.a telah mewarisi sistem syura dengan menterjemahkannya dalam banyak peristiwa. Antaranya dalam isu pelantikan Khulafa’ Rasyidin, kisah pengumpulan Al-Quran, kisah perbincangan membuat kalendar Islam pada zaman Umar Al-Khattab r.a. Semua isu dan peristiwa penting ini melibatkan syura. Jelaslah di sini bahawa Islam amat menitikberatkan syura sama seperti amalan yang lain seperti solat dan infaq. Ini kerana syura juga mempunyai banyak hikmah dan kelebihan tersendiri yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Syura yang pertama diadakan di Saqifah Bani Sa’idah di Madinah ketika perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama bagi menggantikan Rasulullah s.a.w. yang telah wafat. Berlaku perbincangan antara orang Muhajirin dan Ansar dalam menentukan khalifah umat Islam pada ketika itu. Rasulullah s.a.w tidak mewasiatkan bakal penggantinya kerana baginda mahukan umat Islam menentukan sendiri pemimpin mereka berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Islam dalam memilih pemimpin.


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Pada zaman Khulafa Al-Rashidin (Abu Bakar As-Siddiq) Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Abu Bakar as-Siddiq membentuk lembaga majlis syura sebagai tempat bermusyawarah dan mengumpulkan pendapat sebelum menentukan sesuatu keputusan. Ahli-ahli dewan syura adalah dari kalangan para sahabat yang mewakili ulama dan umat Islam; kaum Muhajirin ataupun Ansar. Melalui Majlis ini, penduduk juga mendapat ruang untuk memberi pendapat dan menyuarakan permasalahan kepada pemerintah. Kemajuan yang dilakukan oleh Abu Bakar As-Siddiq sebagai ketua negara dan pemimpin umat Islam, beliau sentiasa meneladani perilaku Rasulullah SAW bahawa prinsip musyawarah dalam pengambilan keputusan seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selalu dipraktikkannya semasa zaman pemerintahan beliau. Ia sangat mengambil berat dan memperhatikan keadaan rakyatnya dan tidak segan untuk membantu mereka yang menghadapi kesulitan terutamanya terhadap sesama sahabat. Bukti-bukti pelaksanaan syura semasa pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq adalah ketika Khalifah Abu Bakar berhasrat untuk memerangi golongan ar-Riddah, mengumpulkan alQuran dan perbincangan untuk menentukan bakal penggantinya ketika Abu Bakar sedang sakit.


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Pada zaman Khulafa Al-Rashidin (Umar Al-Khattab) Majlis Syura telah diwujudkan secara rasmi semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi semasa beliau sedang gering. Majlis Syura ini terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Anggota Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b. Abi Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Zubair bin Awwam dan Talhah bin Ubaidillah. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis syura. Majlis Syura ini bertanggungjawab menentukan dasar negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar dan juga proses pemilihan Khalifah. Ia merupakan Majlis Mesyuarat Negara atau Perunding Negara yang ditubuhkan untuk menyelaraskan dasar-dasar pemerintahan seperti keanggotaannya, kedudukan Majlis Syura, tanggungjawab majlis, dan khalifah tidak mempunyai sebarang hak atau pengaruh istimewa dalam majlis. Khalifah Umar al-Khattab telah memberikan garis panduan kepada dewan majlis syura dalam proses pemilihan khalifah yang baru terutamanya selepas ketiadaan beliau. Keputusan yang diambil mestilah daripada suara majoriti. Sekiranya gagal mendapat suara majoriti, maka hendaklah diterima calon yang diputuskan oleh Abdul Rahman bin Auf. Khalifah Umar al-Khattab juga telah memberitahu kepada semua para pemimpin al-Muhajirin dan al-Ansar supaya menyerahkan segala masalah pengganti sebagai khalifah kepada majlis syura. Menurut satu sumber yang lain, Khalifah Umar al-Khattab telah melantik 10 orang ahli syura yang bertugas memilih calon yang paling layak dan ahli syura itu dipengerusikan oleh Abdullah bin Umar. Selepas bersidang, mereka menamakan Uthman sebagai Khalifah yang baru menggantikan Umar yang sedang tenat. Beliau menamakan enam orang sebagai penggantinya iaitu Uthman bin Affan, Ali bin abi talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwan, Abdul Rahman bin Auf, dan Saad bin Abi Waqqas. (Abdul Latif Talib. 2010: 440)


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Pada zaman Khulafa Al-Rashidin (Uthman Al-Affan) Khalifah Uthman Bin Affan meneruskan dasardasar pemerintahan yang ditetapkan oleh khalifah terdahulu terutama pada tahap enam tahun pertama pemerintahannya. Bukti jelas perlaksanaan Majlis Syura ialah ketika perlantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah. Majlis perlantikan khalifah telah dibentuk ekoran terbentuknya institusi Syura pada zaman Khalifah Umar al-Khattab untuk melantik khalifah selepasnya. Perlaksanaan syura pada tahap enam tahun kedua pemerintahannya tidak jelas kerana ahliahli sejarah lebih menumpukan kepada masalah atau pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam pada masa itu.


AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN Pada zaman Khulafa Al-Rashidin (Ali Bin Abi Talib) Walaupun suasana negara masih bergolak kerana masalah dalaman umat Islam ketika itu, sistem syura masih wujud. Buktinya ialah berlaku perbincangan antara Ali bin Abu Talib dengan para penyokongnya dalam menentukan sama ada menerima atau tidak Majlis Tahkim yang dicadangkan oleh pihak Muawiyah bin Abu Sufian sebagai penyelesaian damai konflik antara kedua belah pihak dalam Perang Siffin. Sebuah hadis Nabi Muhammad saw ada menyebut “Aku (Rasulullah saw) adalah kota ilmu manakala Ali merupakan pintunya, maka barangsiapa yang mahukan ilmu perlulah melalui pintunya.” Ini jelas menunjukkan Rasulullah juga menyanjung sifat dan ilmu Saidina Ali yang wajar juga dijadikan teladan kepada umat manusia terutamanya sikap kepimpinan beliau.


RUMUSAN Kesimpulannnya, kita ialah umat Nabi Muhammad SAW yang diberi amanah dan tanggungjawab oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkan alam ini daripada segala kemungkaran dengan tugas kepimpinan yang tertentu mengikut tahap dan peringkat yang berbeza-beza, iaitu sebagai individu, ahli keluarga, pemimpin masyarakat, pemimpin bangsa dan pemimpin negara bertanggungjawab bagi meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah SAW, demi kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia. Daripada pandangan-pandangan ulama yang dinyatakan, jelaslah bahawa syura merupakan suatu proses perbincangan yang melibatkan para ilmuwan atau pakar suatu bidang tertentu terhadap suatu perkara tertentu bagi mendapatkan natijah keputusan yang terbaik. Islam mengiktiraf syura sebagai salah satu tonggak sebuah kehidupan Islam di mana pemerintah dan umat Islam perlu saling bertukar pandangan dan saling nasihat menasihati. Ulama juga meletakkan syura sebagai salah satu sistem yang amat penting dalam pemerintahan Islam, bagi memastikan keharmonian, kekuatan dan kestabilan sesebuah negara, institusi, atau organisasi. Betapa tinggi kepentingannya sehingga Allah s.w.t menamakan salah satu surah dalam Al-Quran sebagai Surah Al-Syura. Melalui surah ini, Allah telah menyatakan beberapa sifat-sifat orang yang beriman yang mana salah satunya ialah “urusan mereka berlandaskan syura”, setanding kedudukannya dengan ibadah solat, sedekah serta menjauhi perkara haram.


RUJUKAN Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris. (1999). Bagaimana Islam Berpolitik Dan Memerintah. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publisher Abd. Hameed, Hamil@Amir. (2008). Nexus Target SPM Tingkatan4&5 Pendidikan Islam. Petaling Jaya, Malaysia: Sasbadi Sdn Bhd. Abdul Latif Talib. (2010). Novel Sejarah Islam:Khalifah –Khalifah Yang Benar Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali. Batu Caves Selangor: PTS Litera Utama Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Demokrasi dan Kepimpinan Islam Satu Perbandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Demokrasi dan Kepimpinan: Suatu Perbandingan. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd. ASTALOG.COM. (2016). Bagaimana Sistem Pemerintahan Khalifah Abu Bakar? - ASTALOG. Daripada https://www.astalog.com/10215/bagaimana-sistem-pemerintahankhalifah-abu-bakar.htm Detikhikmah. Apa Itu Ahlul Halli wal 'Aqdi dalam Islam? Ini Pengertian, Tugas & Kriterianya. Daripada https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-6433517/apa-itu-ahlulhalli-wal-aqdi-dalam-islam-ini-pengertian-tugas--kriterianya H. Rus’an. (1983). Lintasan Sejarah Islam Zaman Abu Bakar Shiddiq. Jakarta, Indonesia: Uncaksana Semarang Majlis Ulama ISMA. (2017). Sistem Syura: Hukum dan Kaedah Pelaksanaannya (Siri 1). Daripada https://muis.org.my/2017/10/sistem-syura-hukum-dan-kaedahpelaksanaannya-siri-1/ Majlis Ulama ISMA. (2017). Sistem Syura: Hukum dan Kaedah Pelaksanaannya (Siri 2). https://muis.org.my/2017/11/sistem-syura-hukum-dan-kaedah-pelaksanaannya-siri-2/ Majlis Ulama ISMA. (2017). Sistem Syura: Hukum dan Kaedah Pelaksanaannya (Siri 3). https://muis.org.my/2017/11/sistem-syura-hukum-dan-kaedah-pelaksanaannya-siri-3/ Republika Online. (2012). Siapakah Ahlul Halli wal Aqdi? Daripada https://khazanah.republika.co.id/berita/lyrqpb/siapakah-ahlul-halli-wal-aqdi-2habis Tzkrh.com. (2019). 8 Gaya Strategi Pentadbiran Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Daripada https://tzkrh.com/20179084/ Visi Muslim Media. (2020). Siapa Ahlul Halli Wal 'Aqdi? Daripada https://visimuslim.org/siapa-ahlul-halli-wal-aqdi/


SISTEM PEMERINTAHAN R A S U L U L L A H S A W & K H U L A F A A L - R A S H I D I N S I S T E M P O L I T I K I S L A M Apakah syarat-syarat Ahlul Halli Wal Aqdi mengikut sarjana Islam? Bagaimana pula dengan amalan syura dalam pentadbiran Rasulullah SAW dan khulafa al-Rashidin?


Click to View FlipBook Version