The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM POLITIK DAN AMALAN SYURA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TESL40620 Nurul Farahin Binti Sainan, 2023-07-04 09:14:46

SISTEM POLITIK ISLAM

SISTEM POLITIK DAN AMALAN SYURA

ISLAM SISTEM Politik Siti Nur Diyana binti Roslan


Biodata Penulis Nama: Siti Nur Diyana binti Roslan No. Kad Pengenalan: 020404-01-1178 No. Angka Giliran: 2021082340268 Kelas: TESL 3


I S I KAND UNGAN 1.0 Pengenalan 4.0 Kesimpulan Muka Surat 1 2.0 Syarat Perlantikan Ahul Halli Wal Aqdi Muka Surat 2-5 3.0 Amalan Syura di Zaman Pemerintahan Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidin Muka Surat 9-10 Muka Surat 11 5.0 Senarai Rujukan Muka Surat 12


Pengenalan Setiap negara mempunyai sistem pemerintahan yang berbeza. Semua negara Islam mestilah memerintah negara berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Pada zaman pemerintahan Rasulullah dan Khulafa Ar- Rasyidin, terdapat wujudnya amalan Syura yang meaningkatkan lagi kredibiliti pemerintahan. Terdapat juga Ahlul Halli Wal Aqdi yang membantu pengurusan pemerintahan. Menurut bahasa Ahlu berarti orang yang memiliki atau berhak, Halli berarti melepaskan, menyesuaikan, memecahkan, dan , Aqdi berarti mengikat, mengadakan transaksi, membentuk. Ini membawa maksud mereka merupakan kumpulan yang bertanggungjawab mewujudkan dan menentukan keputusan. Kedua-kedua amalan Syura dan Ahlul Halli Wal Aqdi berkait rapat dalam sistem pemerintahan Islam. 1


2.0 SYARAT PELANTIKAN AHLUL HALLI WAL AQDI Terdapat beberapa syarat pelantikan Ahlul Halli Wal Aqdi berdasarkan sarjana Islam. Berikut merupakan senarai syarat- syarat perlantikan Ahlul Halli Wal Aqdi mengikut sarjana Islam seperti Ibnu Al Qayyim, Rasyid Ridha, Al Mawardi, al Qadhi abi Ya'la, Syeikh Muhammad Abduh dan Ibnu Khaldun. Islam Lelaki Adil Berilmu pengetahuan/ bijaksana Aqidah yang mantap Sihat walafiat 2


Untuk menjadi Ahlul Halli Wal Aqdi, syarat yang seterusnya adalah berjantina lelaki. Allah telah menetapkan jantina seorang pemimpin adalah lelaki. 2.1 ISLAM 2.2 LELAKI Seorang Ahlul Halli Wal Aqdi wajib beragama Islam. Ia merupakan syarat utama dalam memilih ahlinya. Hal ini kerana, semua urusan pemerintahan melibatkan hukum hukum Islam yang berpandukan AlQuran dan As-Sunnah. Justeru, menjadi seorang Muslim merupakan syarat asas dalam melantik ahlinya. Firman Allah dalam Surah Ani - Nisa ayat 34: نَفُقو۟ا َوِبَمآ َأ ٍۢض َبْع ُه َبْعَضُهْم َع ٰىَل َّل ُموَن َعىَل ٱلِّنَسآِء ِبَما َفَّضَل ٱل ٱلِّرَجاُل َق َّٰو ِتى َّل ٰـ َوٱ ُهۚ َّل ِّلْلَغْيِب ِبَما َحِفَظ ٱل ِنَت ٰـٌت َحٰـِفَظٰـٌۭت ِلَحٰـُت َق ٰـ ٱلَّصٰـ َف ۚ ِلِهْم ْم َٰو ِمْن َأ ِإْن ۖ َف وُهَّن ُب َوٱْضِر ُروُهَّن ِفى ٱْلَمَضاِجِع ُج ِعُظوُهَّن َوٱْه ُشوَزُهَّن َف ُن وَن ُف َتَخا ا ٣٤ ًۭر ِبي ا َك ًّۭي اَن َعِل َه َك َّل ْيِهَّن َسِبياًلۗ ِإَّن ٱل ْبُغو۟ا َعَل اَل َت ْم َف ُك َطْعَن َأ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. 3


Menurut Ibnu al- Qayyim, adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Rasyid Ridha dan al- Mawardi telah menggariskan syarat Ahlul Halli Wal Aqdi yang adil di mana mereka mestilah adil di dalam sikap dan tindakan. Ini kerana, mereka merupakan individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar dalam semua lapisan masyarakat. Hal ini termasuk dalam mengawasi tingkah laku dan perlakuan pemimpin tertinggi negara di mana mereka perlu dan mengenakan hukuman yang adil dan mengikut syarak jika pemimpin melakukan kesalahan. Syukur mengatakan bahawa mereka telah diberikan hak untuk melucut jawatan pemimpin negara yang melakukan kesalahan setelah bermusyawarah. Justeru, keadilan merupakan antara kriteria utama seorang ahli Ahlul Halli Wal Aqdi. Menurut al Qadhi abi Ya'la tahap kebijaksanaan dan keluasan ilmu pengetahuan individu mempengaruhi kelayakan seseorang individu menjadi pemimpin. Ini kerana, mereka merupakan sumber rujukan utama dalam masyarakat. Hal ini disokong oleh Syeikh Muhammad Abduh di mana menurut beliau ahlinya mestilah individu yang mempunyai keahlian drama bidang agama dan bidang bidang lain kerana perlu menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek seperti, pemerintahan, kesihatan, pendidikan, ekonomi dan keagamaan. Ini bertepatan dengan pendapat Ibnu Khaldun bahawa ilmu yang luas dan idea yang bernas merupakan keperluan bagi seorang Ahlul Halli Wal Aqdi.Selain itu, menurut al-Mawardi, dalam aspek pemerintahan, mereka merupakan ahl al-ikhtiyar dimana mereka bertanggung jawab memilih khalifah daripada ahlul- Imamah. Misalnya, dari segi perundangan, mereka bertanggung jawab mewujudkan undang-undang yang yang tidak dijelaskan secara terperinci di dalam Al-Quran dan sunnah. Justeru, kepakaran dalam bidang agama dan bukan agama amatlah penting agar masyarakat tidak melanggar hukum syarak. Je 2.3 ADIL 2.4 BERILMU / BIJAKSANA 4


Tasmara (2002) mengatakan bahawa memimpin bukan sahaja untuk mempengaruhi orang lain atau kumpulan mengikut apa yang diinginkannya, tetapi bagi seorang muslim, kepimpinan adalah bagaimana menjalankan syariat Islam sesuai dengan ajaran yang ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.Aqidah yang mantap bermaksud tidak melanggar mana mana ajaran Allah dan Rasulullah. Aqidah yang mantap merupakan antara syarat utama Ahlul Halli Wal Aqdi Menurut para ahli hukum Islam, mereka mestilah Al-‘adalah, di mana mereka merupakan individu yang menjauhkan diri daripada melakukan dosa kecil dan lebih lebih lagi dosa besar. Selain itu, mereka mestilah tidak melakukan semua perbuatan yang boleh menurunkan maruah seseorang. Hal ini kerana, mereka bertanggungjawab dalam membentuk masyarakat. yang perlu dimiliki menurut Syeikh Muhammad Abduh. Ahlul halli wal aqdi bertanggung jawab menjadi suri teladan dan mengajak masyarakat hidup berpandukan Islam. Kredibiliti mereka akan diragui jika mereka orang yang fasik. Justeru, tingkah laku mereka akan dijadikan contoh dan ikutan. Maka, dengan aqidah dan keimanan yang kukuh, suatu masyarakat yang hidup berpandukan syarak dapat dihasilkan. 2.5 AQIDAH YANG MANTAP 2.6 SIHAT WALAFIAT Konteks kesihatan tubuh badan dalam syarat menjadi Ahlul Halli Wal Aqdi adalah sangat luas. Ini termasuk dalam aspek sihat secara holistik iaitu dari segi rohani dan jasmani. Menurut Ibnu Khaldun, ahlinya mestilah memiliki tubuh badan yang sihat di mana tidak mempunyai panca indera ataupun anggota tubuh yang cacat. Aspek kesihatan akal pula merupakan syarat untuk menjadi ahlinya menurut Ibnu Taimiyah. Kesihatan akal bermaksud mampu berfikir dengan baik dan bernas. Keperluan tubuh badan yang sihat menjadi antara syarat untuk menjadi ahli kerana kemampuan mereka mengurus masyarakat akan dinilai rendah kerana ke tidak mampuan mereka mengurus diri sendiri. 5


Sistem syura yang wujud sejak zaman pemerintahan rasulullah. Pertama, terdapat pembentukan Piagam Madinah sejak permulaan pemerintahan Rasulullah. Piagam ini telah dibincangkan dan diputuskan oleh Rasulullah setelah berbincang dengan wakil dari golongan Muhajirin dan Golongan Ansar. Telah terwujudnya satu sistem atau perjanjian yang dapat membentuk keharmonian masyarakat di Madinah yang majmuk. Antara isu yang dibincangkan seperti kebebasan mengamalkan agama sendiri sama hal hal ekonomi Negara Madinah. Rasulullah telah memastikan pihak pihak terlibat dapat menghadirkan diri ke perbincangan agar perbincangan yang dilakukan adil dan telus. Semua pihak telah diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan pendapat masing- masing dalam pembentukan Piagam Madinah ini. Dalam pemerintahannya pula, Rasulullah telah mewujudkan suatu musyawarah untuk berbincang isu-isu dan permasalahan negara dengan pelbagai pihak seperti ketua golongan Muhajirin dan Ansar, panglima tentera dan pegawai awam. Justeru, pemerintahan Rasulullah mengambil sudut pandang masyarakatnya. Selain itu dari segi politik, demokrasi dalam pemilihan pemimpin juga wujud di zaman ini. Lukman Santoso (2013) berkata bahawa demokrasi di zaman pemerintahan Rasulullah sedikit berbeza dengan demokrasi negara moden dari segi mekanisme pemilihan anggota, fungsi dan tugas tetapi ia sama dari segi hak memilih. Kedua- dua sistem syura memberikan hak sama rata terhadap kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan. Zaman Rasulullah telah tidak menindas dan memberikan hak memilih yang sama kepada kaum wanita. Hal ini menunjukkan tiada diskriminasi terhadap mana-mana pihak dan kebebasan menyuarakan pendapat dari segi pemilihan pemimpin. Selanjutnya dari segi pengamalan Syura dalam peristiwa penting Islam, Rasulullah mengamalkan amalan ini selama peperangan. Rasulullah sentiasa mengambil kira pandangan orang lain dari segi strategi peperangan. Dalam perang Uhud, nabi Muhammad mengikut keputusan majoriti untuk menyerang musik Islam berbanding bertahan di Kota Madinah. Dalam perang Khandaq pula, Rasulullah bercadang untuk berdamai dengan musuh namun cadangannya tidak diterima oleh para sahabat. Hal ini menunjukkan keterbukaan Rasulullah untuk menerima pendapat individu lain dan mengamalkan musyawarah dalam pemerintahannya. 3.0 Amalan Syura 3.1 Zaman Pemerintahan Rasulullah 6


3.2 AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN KHULAFA Al-RASYIDIN Dalam pemerintahan Abu Bakar As Siddiq, sistem Syura dapat dilihat melalui pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah itu sendiri. Pemilihan Abu Bakar adalah mengikut musyawarah di mana beberapa orang pemimpin dari Muhajirin dan Ansar berbincang untuk menentukan Khalifah yang memimpin seterusnya. Amalan Syura dapat dilihat semasa beliau sedang gering di mana beliau telah membentuk Majlis Syura bagi mengurus pemerintahan negara. Terdapat dua bahagian dalam Majlis Syura ini iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Antara ahli Majlis Syura ini seperti Khalifah Ali bin Abi Talib dan Khalifah Uthman bin Affan. Majlis Syura dalam zaman pemerintahan Umar Al-Khattab berbincang dalam menyelesaikan masalah sosial, politik dan dan keselamatan negara. Selain, Majlis Syura dalam pemerintahan beliau juga menguruskan pemilihan Khalifah yang seterusnya. Beliau telah memberikan garis panduan supaya pemilihan Khalifah diambil melalui kuasa majoriti namun Abdul Rahman bin Auf akan memilih calon sekiranya tiada keputusan majoriti. Sistem Syura dalam pemilihan pemimpin telah diasaskan dalam proses ini. Selepas kawafatan Rasulullah, terdapat 4 Khalifah telah dilantik menggantikan beliau yang digelar Khulafa Ar Rasyidim. Empat Khalifah tersebut ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Terdapat banyak amalan Syura telah dilaksanakan oleh keempat-empat Khulafa ini dalam nenguruskan dan mentadbir negara. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Khalifah Umar AlKhattab 7


3.2 AMALAN SYURA DALAM PENTADBIRAN KHULAFA Al-RASYIDIN Semasa pemerintahan Saidina Ali, telah berlaku perselisihan paham diantara beliau dengan Muawiyah dalam menentukan kepemilikan Sungai Furat. Saidina Ali telah menghantar sepucuk surat kepada beliau bagi menyelesaikan masalah namun tidak berjaya. Hasilnya, berlaku peperangan selama tiga hari. Suatu perbincangan telah dilakukan bersama pihak Muawiyah setelah itu bagi menyelesaikan konflik ini. Terdapat juga penubuhan Majlis Tahkim bagi menyelesaikan konflik antara beliau dan Muawiyah. Menurut Ibnu Kathir (1988) wakil pihak Muawiyah ialah Amr Al-As dan pihak Ali telah menghantar Abu Musa Al- Ashari. Suatu mesyuarat diadakan untuk menentukan semula jawatan Khalifah di antara Ali dan Muawiyah dimana terdapat pembelotan yang membawa kepada peristiwa pembunuhan Saidina Ali. Khalifah Uthman Affan mengamalkan As Syura semasa pengumpulan AlQuran. Terdapat perselisihan semasa proses pengumpulan Al Quran dimana suatu Jawatankuasa telah diwujudkan yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Hal ini bagi memastikan sebarang perselisihan semasa pengumpulan Al-Quran dapat diselelesaikan dengan baik. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq Khalifah Umar AlKhattab 8


KESIMPULAN Kesimpulannya, suatu negara yang sistemik dan berdaulat dapat direalisasikan dengan adanya pemimpin yang dominan yang bertanggungjawab. Al- Quran dan agama Islam telah memberikan garis panduan yang terbaik dalam menjalani kehidupan yang sejahtera. Justeru, sebagai masyarakat yang bertamadun, kita mestilah hidup berdasarkan syarak agar keharmonian negara dapat dicapai dan dipelihara. 9


Senarai Rujukan Iskandar Syukur. Implementasi Demokrasi Dalam Peranan Ahlul Halli Wal Aqdi. Journal Syariah. Ahmad Abdul Mujib.(2015). Implementasi Konsep Ahlul Halli Wal Aqdi Al- Mawardi Dalam Proses Pemilihan KPK Oleh DPR. Journal Syariah dan Hukum Mazdan Maftuka Assyayuti. (2018). Pertandingan Konsep Ahlul Halli Wal Aqdi Dalam Teori Kenegaraan Islam Dan Konsepsi Lembaga Perwakilan Dalam Teori Kenegaraan Islam. Journal Hukum. Nurul Abrar & Ermy.(2018). Konflik Politil Semasa Pemerintahan Ali bin Abu Talib. International Journal Of West Studies. 10 (6). 60-73 Razaleigh M. (2014). Pelaksanaan Dakwah dan Politik Islam Zaman Khulafa Ar- Rasyidin. Nidzam & Indra. (2019). Transisi Pemilihan Islam: Analisis Terhadap Cara Pemilihan Khulafa Ar- Rasyidin. Journal Hadhari. 11(2). 245-265. Nabil.(2010). Sistem Politik Islam di Zaman Rasulullah. Jurnal Usuluddin. 221. 10


Click to View FlipBook Version