Sulaman Kasih GURU DATA GURU ICT PANITIA SAINS & MATEMATIK DEWAN GEMILANG SK BANDAR TENGGARA 1 Majlis Persaraan: Cikgu Mokhtar J UNJ UN G AN B U D I 1 JULAI 2024 ISNIN [email protected]
Tentatif Majlis 7:45 PAGI 8:00 PAGI 9:50 PAGI 10:30 PAGI KETIBAAN PESARA DAN TETAMU JEMPUTAN UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS REHAT MURID & GURU JAMUAN VIP PERSEMBAHAN MURID & GURU GIMIK PENUTUP LAMBAIAN AKHIR BACAAN DOA UCAPAN WAKIL MURID UCAPAN TUAN GURU BESAR UCAPAN PESARA : ENCIK MOKHTAR BIN CHE MAT TAYANGAN VIDEO PENYAMPAIAN HADIAH 01
PN SITI BAIDATUL BANISSA BINTI AB HADI EN. MOHAMED ASMADI BIN MOHD NOOR 02 Jawatankuasa Kerja JAWATANKUASA PELAKSANA NAIB PENGERUSI 3 PENYELARAS PENGACARA MAJLIS SIAR RAYA BUKU PROGRAM TN HJ MOHD FAISOL BIN HJ PALAL CIK MUNAWARRAH BINTI RAJA YUSOF EN MUHAMMAD AL AMIN BIN SUOD EN ROSLI BIN AHMAD PN NUR SYAZWANI BINTI IDRIS PN JULIANI BINTI BU NAIM PENGERUSI PN.HJH ROSLEEN BINTI SALLEH TIMBALAN PENGERUSI PN JULIANA BINTI RAHMAT NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 PN. MIMI MAZURA BINTI SUNGIP EN. MD SALAM BIN ROHANI PN ASLIMAH BINTI A RAHMAN JAWATANKUASA INDUK KAWALAN MURID EN MOHAMMAD FAYZAN QARIE BIN YUSSOF EN MOHD RAZALI BIN ALI PN SHAFINAZ BINTI WAN IBRAHIM PN JANAH BINTI MUKIRA GURU BERTUGAS MINGGUAN
Jawatankuasa Kerja MULTIMEDIA (VIDEO PERSARAAN) SAMBUTAN DAN LAMBAIAN AKHIR PERSEMBAHAN HIASAN KENDERAAN PN SITI NORLIA BINTI MOHD YASIR CIK NOR ARINA BINTI MD AMIN PN NOR ATHIRAH BINTI JAAFAR TN HJ AHMAD ZAINI BIN HARUN TN HJ S RUDIN BIN MUHAYA PN HASIMAH BINTI HASHIM PN NORSHILA BINTI NAZRI CIK NURUL HAFIZA BINTI YUSOF PN NORFAZIDA BINTI MOHD SAPUAN PN RAMAHTUN NISAH BINTI MD NOR PN ROSNITA BINTI BUSRO PN MARYATY BINTI JALI PN SITI FATIMAH BINTI JEMARI PN SUHAILAH BINTI SUKIERMAN 03 PENYAMBUT TETAMU GIMIK LANTAR PENTAS JEMPUTAN BARISAN PENTADBIR & AJK PIBG EN MUHAMMAD AL AMIN BIN SUOD EN ZAINUDDIN BIN ZAINAL ABIDIN PN NORMALA BINTI SALLEH PN JUNAINA BINTI MAT NORDIN PN NURUL HUSNA BINTI ZAINALL ABIDIN EN MUHAMAD RIDUAN BIN SHAMSUDIN PN NATRAH NABILAH BINTI RAFIE EN ROSLI BIN AHMAD PN RAFIDAH BINTI RAHMAT PN NURNADIAH BINTI ARZAHAR PN ASMAWATI BINTI IBRAHIM PERSIAPAN TEMPAT TN HJ SAIFUL BAHRI BIN MISLAH EN MOHD ARIEF BIN RUHAIZAT EN MOHAMMAD ISLAH BIN MANSOR EN MOHD FARHAIZAT BIN ANUAR EN MOHAMMAD FAYZAN QARIE BIN YUSSOF EN MUHAMMAD IZZUAN SHAH BIN ZULKAFLI JAMUAN VIP PN HAMIDAH BINTI SU CIK AIDA BINTI IBRAHIM PN IZZIANA BINTI OTHMAN PN NORA BINTI MATFOT CIK DALILA BINTI JAMAL JURUGAMBAR / VIDEO HADIAH CIK NURUL NADIA BINTI FADZIR PN NUR ATIQAH FADHILAH BINTI FAZAL ILAHI CIK FAUZIAH BINTI AHMAD RAJINI PN FAUZIANA BINTI ABU BAKAR PN KHAIRUNNIZA BINTI OTHMAN HJH NOR AINI BINTI AB WAHAB PN NURUL NADHIRAH BINTI SOBRI CIK NUR AIN BINTI RAFIE HIDANGAN MEJA KOPI JAMUAN GURU PN SITI AINI BINTI AHMAD FUAD PN ASLIMAH BINTI A RAHMAN PN LATIFAH BINTI ROSLIE PN SITI NGAINON NAJAH BINTI OTHMAN PN SITI RAJANA BINTI ROSLAN PN SITI ASIAH BINTI MOHD SALEH BACAAN DOA USTAZ MUHAMMAD ISLAH BIN MANSOR
04 Majlis Sulaman Kasih Junjungan budi merupakan majlis yang dirancang serta dilaksanakan bagi tujuan meraikan Encik Mokhtar bin Che Mat yang akan bersara secara pilihan pada 1 Julai 2024. Encik Mokhtar bin Che Mat merupakan seorang guru yang amat berdedikasi dalam perkhidmatannya. Beliau merupakan insan yang tidak pernah berkira untuk menghulurkan bantuan pada saat rakan-rakan guru memerlukan. Kepakarannya dalam bidang ICT tidak boleh disangkal lagi sehingga beliau dilantik menjadi Guru ICT, Guru Data di samping menjadi salah seorang guru dalam Panitia Sains dan Matematik. Hari ini, kita semua bakal merindui sosok guru yang tidak lekang dengan senyuman. Namun, kenangan bersama tidak akan dilupakan. Pergi ke dusun memetik kelapa; Kelapa muda si kelapa barli, Jari disusun maaf dipinta; Panjang usia bersua kembali.
Syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya diberi kesempatan untuk saya menitip sepatah dua kata di ruangan yang penuh bermakna ini. Pada hari ini tanggal 01 Julai 2024 (Isnin) merupakan hari yang paling nostalgik dalam lipatan sejarah kehidupan saya, kerana hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai penjawat awam. Pada esok hari,iaitu 02 Julai 2024 merupakan hari pertama saya bergelar pesara. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Guru Besar, jawatankuasa pengelola majlis, guru-guru, BKGK dan PIBG SK Bandar Tenggara 1 dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merencana dan menganjurkan majlis persaraan saya ini. Segala perancangan, kesungguhan, komitmen dan tenaga yang dicurahkan merupakan cenderahati kenangan yang terindah buat saya. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terasa sangat teruja dengan majlis yang diadakan pada hari ini. Santunan dan penghargaan melalui majlis ini oleh warga sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan kenangan yang amat bernilai untuk diingati. Bermula sebagai guru di SRK Ulu Sungai Arip, Mukah, Sarawak pada 10.01.1988 sehingga 01.12.1991. Lebih kurang 4 tahun berada di sini, seterusnya ditempatkan di SK Bandar Tenggara 1 pada 01.12.1991 sehingga pada hari ini 02.07.2024. Perkhidmatan sebagai penjawat awam selama 36 tahun 6 bulan. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan saya di SK Bandar Tenggara 1, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga SK Bandar Tenggara 1. Mohon maaf andaikata ada terkasar bahasa terkhilaf bicara, halalkan yang termakan dan terminum. Kepada pelajar-pelajar di SK Bandar Tenggara 1, saya doakan agar anda semua beroleh kejayaan dan mengecapi kehidupan yang sempurna. Sesungguhnya saya dan SK Bandar Tenggara 1 berpisah tiada. Sekian, salam perpisahan. Bingkisan Kata : Cikgu Mokhtar MOKHTAR BIN CHE MAT 04 05
Bi od a t a C i kg u M o kh t a r 06 MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI Cikgu Mokhtar menerima pendidikan awal di Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu di SK Chembong, Negeri Sembilan. Kemudian, beliau sekeluarga berpindah ke Johor dan meneruskan persekolahannya di SK Pekan Layang-Layang, Kluang, Johor. Usai tamat sekolah rendah, Cikgu Mokhtar menyambung persekolahan di peringkat menengah di SM Dato Haji Hassan Yunus, Renggam, Johor dan kemudian di SM Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Johor. Cikgu Mokhtar mencapai puncak kejayaannya apabila berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Insititut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Tanggal 29 Mei 1966 merupakan tarikh yang amat bersejarah bagi pasangan Che Mat bin Jamil dan Ramlah binti Othman Ali. Pada tarikh keramat tersebut , lahirlah putera kesayangan pasangan ini yang diberi nama Mokhtar bin Che Mat. Lahirnya beliau menambah sinar kegembiraan buat keluarga Che Mat dan Ramlah yang pada ketika itu menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Cikgu Mokhtar merupakan anak ke 8 daripada 10 orang adik beradik. KELAHIRAN PENDIDIKAN
Bi od a t a C i kg u M o kh t a r 07 MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI Cikgu Mokhtar telah memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di SRK Ulu Sungai Arip, Sarawak pada tahun 1988 sehingga 1991. Kemudian, Cikgu Mokhtar telah berpindah menyemai budi dan baktinya di SK Bandar Tenggara 1, Kulai bermula pada tahun 1991 sehingga 2024. Sepanjang tempoh 36 tahun dan 6 bulan perkhidmatannya, Cikgu Mokhtar telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2003, 2010 dan 2019 Cikgu Mokhtar telah melangsungkan perkahwinannya pada tanggal 24 Oktober 1992 bersama pilihan hati, Puan Jamilah binti Kasmiran. Pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Fathi Faiz bin Mokhtar, Nur Izzati Attiyah binti Mokhtar, Nur Izzati Umairah binti Mokhtar dan Nur Izzati Khaliesah binti Mokhtar. PERKAHWINAN & KELUARGA SEJARAH PERKHIDMATAN
08 MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI Bintang barat terbit petang; Bintang Timur terbit pagi, Jika tidak melarat panjang; Panjang umur berjumpa lagi.
SKBT1 1991 SEHINGGA 2024 Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada duka, ada tawa, ada bahagia dan rindu yang tiada penghujungnya. MAJLIS SULAMAN KASIH, JUNJUNGAN BUDI 09
Segala jasa dan baktimu, takkan kami lupa Sulaman kasih Junjungan budi TERIMA KASIH CIKGU MOKHTAR Lipat sirih di tapak tangan, Letak sekapur dalam dupa, Budi yang baik jadi kenangan, budi tuan kami tak lupa. Kalau menjemur papan panjang Baik disusun tegak berdiri Kalau ada umur yang panjang Insya-Allah kita akan berjumpa lagi
SK BANDAR TENGGARA 1 Sulaman Kasih Junjungan Budi 1 JULAI 2024 DEWAN GEMILANG