The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL INTERAKTIF SANITARI SALIRAN DAN PEMBETUNGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulanisyahira, 2024-06-17 22:09:44

MODUL INTERAKTIF SANITARI SALIRAN DAN PEMBETUNGAN

MODUL INTERAKTIF SANITARI SALIRAN DAN PEMBETUNGAN

Keywords: Modul Interaktif,Sanitari saliran dan pembetungan,pembangunan,kolej vokasional

Pemasangan paip dalam penjajaran yang betul akan memperlihatkan keseluruhan paip berada dalam posisi selari antara satu sama lain samada menegak atau melintang. Penjajaran menegak dan melintang paip diperiksa dengan melihat sepanjang crown, invert dan sisi paip serta memeriksa pergerakan atau mendapan pada sambungan antara bahagian yang mengakibatkan larian paip melendut. Penjajaran melintang diperiksa pada kelurusan atau kelancaran lengkung. Ketidakselarian boleh ditentukan dari aspek Faulting, sagging dan invert heaving. i. Kesilapan Penjajaran (Faulting) - erbezaan jajaran antara sambungan paip yang menyebabkan ketidaksekataan profil paip ii. Melendut (Sagging) - Air bertakung di bahagian invert disebabkan paip melendut dan tidak selari. iii. Invert heaving - Menghalang kefungsian dalam sistem perpaipan. 3.4 Jajaran/Keselarian (Alignment) 3.5 Ketahanan Faktor yang mencabar ketahanan adalah udara dan efluen. Efluen adalah air sisa atau air buangan yang terhasil dari bangunan. Tiga keadaan utama yang boleh menjejaskan ketahanan: Karat / Corrosion Kakisan dari efluen Cuaca - suhu, radiasi ultraviolet 3.6 Permukaan Pemeriksaan permukaan yang dilakukan mengandungi dua fungsi utama: Menyediakan prosedur standard untuk pemeriksaan permukaan lekapan sanitari, bagi menilai karekteristik prestasi teknikal. Menjelaskan jenis-jenis ketidaksempurnaan dan had bilangan lekapan baru yang dibenar. K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 95


Kontraktor perlu membekalkan bahan dan pekerja perlu melakukan pembersihan sistem perpaipan mengikut skop kerja dan prosedur. Saluran paip yang dipasang hendaklah bebas dari bahan-bahan yang tidak diperlukan. Pemeriksaan dan tindakan menyingkir sebarang kotoran dalam saluran perlu dilakukan. Caranya adalah dengan melalukan air atau udara dalam saluran paip pada tekanan kelajuan mencukupi. Dalam kes ini pembersihan dan pembilasan konvensional dilakukan melibatkan hidrant yang terbuka di kawasan sasaran yang berbeza bagi mengeluarkan air sehingga bahan terkumpul disingkirkan dan air yang dihasilkan bersih. Kaedah ini memerlukan air yang banyak bagi menyempurnakan proses ini. 3.7 Pembersihan K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 96 Tujuan : memastikan dan menentukan pemasangan saluran paip memenuhi keperluan kefungsian dan prestasi. Ujian prestasi kefungsian melibatkan pemeriksaan fungsi lekapan sanitari, injap, pili, meter, hidrant dan menguji semua lekapan mengandungi tandas, tab mandian, pancuran, sink dan sebarang spigot luaran. Pada pancuran dan tab, pemeriksaan dibuat dengan melalukan air dan meneliti tekanannya, memastikan tiada kebocoran dari tab atau kepala pancuran. Pada sinki, pemeriksaan yang sama seperti mana dilakukan pada pancuran dan tab. Pemeriksaan juga dilakukan pada paip bekalan dan sistem saliran. Ianya adalah pemerisaan visual, membuat penelitian ke atas paip yang terdedah di kawasan seperti ruang bawah bangunan / basement. Kamera optik fiber juga diguna untuk memeriksa saluran paip yang sukar diakses. Sebarang hasil yang tidak menepati keperluan prestasi semasa ujian hendaklah dinilai bagi menentukan sebab-sebabnya dan mengambil tindakan pembaikian. Ujian ulangan hendaklah dilakukan. 3.8 Kefungsian / Functionality


4.0 JENIS-JENIS BORANG PEMERIKSAAN (RIN/ RFI) Penerimaan untuk tujuan operasi dan senggara. Penerimaan untuk tujuan daftar aset khusus. Peringkat operasi dan penyenggaraan aset. Peringkat penilaian awal bagi tujuan pemulihan, ubah suai dan naik taraf Peringkat penilaian awal bagi tujuan pemuliharaan Peringkat penilaian awal bagi tujuan penilaian risiko dan keselamatan Peringkat penilaian keadaan bangunan selepas bencana (jika berkaitan) K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 97 Borang-borang ini terdiri dari tiga jenis yang mengandungi tiga (3) peringkat pemeriksaan. i) Peringkat Penerimaan ii) Peringkat Penerimaan iii) Peringkat Penerimaan Bagi melaksanakan tugas ini, berikut beberapa item /aspek yang perlu disemak dan ditelliti. Item-item yang berkaitan boleh diambil daripada kriteria pemeriksaan yang telah digariskan. Sebelum Pembinaan Semasa pembinaan Selepas Pembinaan Saiz Paip - saiz paip dibuat sebelum memulakan pemasangan atau penempatan paip. Kecerunan - diukur dalam proses merancang tanda. Sambungan / Connection dan Jointing Jajaran/Keselarian (Alignment) Ketahanan Permukaan Pembersihan Kefungsian / Functionality Pada peringkat ini pemeriksaan dilakukan bagi memastikan item-item yang dibangunkan semasa pembinaan berada dalam keadaan tepat dan mematuhi spesifikasi.


K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 98 Contoh Borang Pemeriksaan : Perpaipan dan Sanitari (Peringkat Penerimaan) 5.0 MENGATUR PEMERIKSAAN KERJA SANITARI, SALIRAN DAN PEMBETUNGAN Pemeriksaan bangunan diatur melibatkan prosedur berikut :- Pemeriksaan secara visual Pemeriksaan terperinci oleh Jurutera yang pakar Pemeriksa bangunan perlu dilakukan sebagai tinjauan awalan dimana ianya salah satu keperluan kepada pemeriksaan penyiasatan terperinci oleh Jurutera pakar. Namun, ianya bergantung kepada jenis, tahap kerosakan & kecacatan yang dilaporkan didalam laporan awalan pemeriksaan visual.


6.0 KEPERLUAN BADAN KAWAL SELIA Perlantikan Pemeriksa Bangunan. Penyediaan Jadual Perancangan Program Pemeriksaan. Penyediaan borang semak pemeriksaan, keperluan sumber dan peralatan dalam pemeriksaan bangunan. Mengatur perkhidmatan pihak Jurutera pakar yang diperlukan. 5.1 Proses pelaksanaan pemeriksaan Senarai semak Borang Pemeriksaan 5.2 Merancang Pemeriksaan Berjadual Berterusan 5.3 Kaedah Pemeriksaan Kedua-dua kaedah ini lazimnya diaplikasi bagi proses penyenggaraan. Bagi proses menentukan yang sistem perpaipan dalam keadaan baik dan berfungsi, pemeriksaan boleh diatur pada masa tertentu mengikut kesesuaian sebelum penyerahan projek. K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 99 Badan kawal selia adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap keperluankeperluan seperti Kawalan Kualiti dan Keselamatan dan kesihatan. Di Malaysia, The Construction Industry Development Board of Malaysia (CIDB), merupakan badan kawal selia dalam industry pembinaan. Dibawah akta 520, CIDB diberi kepercayaan mengawalselia pematuhan standard bagi mutu kerja dan bahan, mempromosi dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan. Bagi mencapai fungsi-fungsi yang dinyatakan, CIDB telah membangunkan Construction Industry Standard (CIS) sebagai rujukan. Dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti, Construction Industry Standard (CIS) yang mengandungi beberapa parti khususnya stakeholder dan pakar industri telah menghasilkan CIS. Antaranya adalah:- CIS 7 : 2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC) CIS 10 : 2008 Safety And Health Assessment System In Construction (SHASSIC)


CIS 10:2008 Safety And Health Assessment System In Construction (SHASSIC) Standard ini mengambil beberapa komponen dengan merujuk: 6.1 Keselamatan dan Kesihatan Occupational Safety and Health Act Regulations (OSHA), 1994 (Act 514), Factory and Machinery Act (FMA), 1967 (ACT 139), Occupational Health and Safety Management System, OHSAS 18001:2007; Occupational Safety and Health Management System. K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 100 Keselamatan Personal memerlukan pekerja dan orang awam yang menggunakan perkakas keselamatan yang ditetapkan. Diantara perkakas keselamatan yang diperlukan adalah: 6.2 Keselamatan dan Kesihatan Personal Penutup hidung Pelindung kepala Pelindung mata Pelindungan tangan Pelindung kaki Keselamatan bagi pekerja paip semasa operasi adalah berbeza. Ia melibatkan mengangkat, mengimpal, bahan kimia dan asbestos. Premis terbaik bagi sebarang operasi keselamatan adalah mengetahui bagaimana mengguna dan bekerja dengan mesin. 6.3 Keselamatan operasi CIS 7 : 2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC) merupakan standard kawalan kualiti yang digariskan sebagai panduan pematuhan. 6.4 Kawalan Kualiti Kawalan Kerja Pematuhan standard Sambungan Paip Kawalan Kualiti dibahagi kepada aspek berikut:


Kawalan Kerja Sambungan Paip K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 101 Bagi memastikan kawalan kualiti, penyelia perlu memeriksa dan meluluskan kerja sebelum membenarkan pekerja bekerja pada hari berkenaan. Apabila menerima notifikasi dari ketua pasukan berkaitan penyiapan sesuatu tugas, penyelia perlu memeriksa dan mengesahkan kerja-kerja yang disiapkan. Jika kerja-kerja berkenaan disiapkan dengan jaya dan memuaskan, kumpulan kerja dilepaskan dari tugasan. Manakala sekiranya tidak disiapkan atau tugasan tidak memuaskan, kumpulan kerja berkenaan perlu meneruskan kerja dan melakukan kerja pembaikian sebelum meninggalkan tapak. Jika tugasan tidak dapat disiapkan sebelum berakhir hari berkerja normal (8 sejam), penyelia perlu mencari sebab-sebab tertangguh, adakah disebabkan pekerja atau penetapan / penyelarasan tugas. 3 2 1 Sambungan antara paip dan fitting yang berbeza perlu mematuhi standard seperti mana jadual yang disertakan. Keperluan bagi sambungan yang tidak dinyatakan dalam jadual perlu mendapatkan kelulusan Penguasa Bangunan.


Pematuhan standard K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN 102 Dalam kerja perpaipan dan sanitari, kriteria pemeriksaan perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, sambungan antara paip dan fitting merupakan kriteria penting yang memerlukan pematuhan terutama standard yang ditetapkan.


103 CATATAN K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN


104 LATIHANPENGUKUHAN! Nyatakan dua (2) pihak berkuasa yang meluluskan pemeriksaan dan pengujian sistem sanitari dan saliran. 1 a. b. Senaraikan tiga (3) kriteria pemeriksaan pemasangan paip sanitari dan saliran. 2 a. b. c. Proses pemeriksaan sistem sanitari dan saliran dilakukan pada sebelum, semasa dan selepas pembinaan. Nyatakan dua (2) jenis borang pemeriksaan tersebut. 3 a. b. Badan kawal selia yang dilantik bertanggungjawab terhadap kawalan kualiti, keselamatan dan kesihatan dalam kerja luaran bagi bangunan kediaman. Nyatakan tiga (3) badan kawal selia tersebut. 4 a. b. c. K5:MENYELARASKERJAPEMERIKSAANSANITARI,SALIRANDANPEMBETUNGAN


U N IVERS I T I T EK NOLOGI M ALAYS IA 20232024


Click to View FlipBook Version