CARA MENGGUNAKAN ‘SNOOKER PINTAR’ PERMAINAN INI BOLEH DIMAINKAN SECARA INDIVIDU ATAU KUMPULAN. JIKA DIMAINKAN SECARA INDIVIDU 2 HINGGA 4 PEMAIN DIPERLUKAN. * SATU BUKU STIKER AKAN DIBEKALKAN BERSAMA PERMAINAN ‘SNOOKER PINTAR’ * 1) Murid-murid perlu menolak bola masuk ke dalam lubang. 2) Terdapat nombor pada bola-bola tersebut yang akan menentukan soalan spin wheeler yang perlu diselesaikan oleh kumpulan/individu tersebut. 3) Terdapat juga nama bunga yang dilekat pada setiap lubang seperti melor, mawar, kenanga dan seroja. 4) Untuk melihat nama kumpulan tersebut, murid-murid perlu membuka satu kertas kecil yang dilekat atas nama bunga. 5) Contohnya, sekiranya murid dapat berjaya memasukkan bola nombor 1, maka muridmurid perlu menyelesaikan tugasan roda putaran mengikut nombor. Tugasan:- Terdapat 6 kata kerja dalam roda putaran. Murid-murid perlu memutarkan roda putaran untuk melihat kata kerja tersebut. Murid-murid perlu mengenalpasti tiga kata kerja pasif yang terdapat dalam pilihan. Setelah dipilih, mereka perlu membina ayat bagi kata kerja pasif yang dipilih pada papan putih mini yang disimpan dalam laci. Terdapat 4 papan putih mini yang dilabelkan dengan nama bunga/kumpulan. 6) Terdapat 14 kad misteri dengan soalan/pernyataan istimewa, biasa dan bukan istimewa berkaitan tajuk pdp yang disediakan dan disimpan dalam laci. 7) Setiap individu/kumpulan akan diberi 3 kad misteri.
8) Dalam masa yang ditentukan, mereka perlu menggores kad misteri satu demi satu bagi membaca pernyataan tersebut dan menyelesaikannya. 9) Seterusnya, murid-murid perlu membuka kertas mahjong yang dilekat pada bahagian bawah permainan ‘Snooker Pintar’ untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Pernyataan istimewa Pernyataan biasa Pernyataan bukan istimewa Setiap ahli kumpulan akan mendapat satu stiker. Beri satu contoh ayat pasif. Setiap ahli kumpulan akan mendapat stiker. Pilih seorang ahli kumpulan untuk menerangkan kata kerja pasif. Pilih satu kumpulan. Sekiranya kumpulan tersebut memiliki kad ganjaran stiker akan dihentikan daripada mendapat stiker. Berikan lima contoh kata kerja pasif. Setiap ahli kumpulan berikan 2 contoh kata kerja pasif. Minta salah satu kumpulan untuk memberikan beberapa contoh kata kerja pasif. Beri satu ayat aktif dan menukarkan kepada ayat pasif. Berikan dua contoh ayat pasif. Berikan tiga contoh kata kerja pasif. Berikan 10 contoh kata kerja pasif. Apakah anda faham tentang kata kerja pasif.
Tugasan:- Murid-murid perlu memilih dan menyusun perkataan-perkataan yang dilekat secara rawak. Murid-murid menyusun dan menjadikannya satu ayat pasif yang lengkap dan betul. Jika dilaksanakan secara kumpulan, satu kumpulan akan menyelesaikan satu ayat. Jika dilaksanakan secara individu, ia adalah pilihan mereka sama ada hendak selesaikan keempat-empat soalan ataupun satu sahaja. 10) Permainan ini selesai dimainkan setelah murid-murid membuat soalan kuiz wordwall melalui mengimbas kod QR bagi pautan wordwall yang dilekatkan pada papan ‘Snooker Pintar’. 11) Murid-murid boleh merujuk nota tambahan berkaitan tajuk kata kerja pasif dengan mengimbas kod QR yang diberikan.