The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GEJALA PLAGIAT AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurinhidaya02, 2021-06-12 04:44:10

MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM

GEJALA PLAGIAT AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR.

Keywords: PLAGIAT

MPU 23012
PENGAJIAN ISLAM

E-FOLIO

GEJALA PLAGIAT AKADEMIK DALAM

KALANGAN PELAJAR

PENSYARAH : EN. JAMALIZAMANI BIN JAMALUDDIN

NURUL LIANA BT NURIN HIDAYA NUR AFIFAH NUR FATEHAH
MOHD ARIF BT ZAIDI IWANI BT ANUAR BT ABDULLAH

23DLS20F1002 23DLS20F1020 23DLS20F1024 23DLS20F1028

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

PUNCA PLAGIAT
HUKUM PLAGIAT

CARA MENANGANI
PLAGIAT

KESAN BURUK
PLAGIAT

KESIMPULAN

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan, PLAGIAT atau
PLAGIARISM atau lebih dikenali sebagai ciplak
merupakan perbuatan meniru atau mengutip
sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi
mengakui karya tersebut hasil usaha sendiri.

Dalam bidang akademik, gejala plagiat oleh pelajar,
profesor dan penyelidik dianggap sebagai

penyelewengan akademik dan pesalah boleh
dikenakan hukuman berat termasuklah digantung
atau dibuang dari universiti.

Manakala, dalam bidang kewartawanan pula,
plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika
kewartawanan dan pemberita yang didapati
menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib
termasujlah digantung atau diberhentikan kerja serta
merta.

Sesetengah individu yang ditangkap kerana
mendapati melakukan kegiatan ini, akan mendakwa
diri mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang
niat untuk menciplak apabila mereka gagal untuk
mengemukakan petikan serta sumber rujukan yang
mereka ambil.

Pada era serba canggih ini, perkembangan internet
terus berlaku tanpa henti. Di mana, pelbagai rencana
atau petikan dipaparkan sebagai teks elektronik. Hal
ini lebih memudahkan para pelajar atau sesiapa
sahaja untuk potong dan tampal ( copy and paste )
sesuatu maklumat itu daripada laman web.

PUNCA PLAGIAT

i. Pelajar kurang mahir mencari
maklumat.

ii. Kurang kesedaran tentang
plagiarism.

iii. Kurang persedian dalam
menyiapkan tugasan.

iv. Tidak mempunyai 'due date' yang
secukupnya.

HUKUM PLAGIAT

Sabda Rasulullah SAW:
‫َو َﻣ ْﻦ َﻏ ﱠﺸ َﻨﺎ َﻓﻠَ ْﻴ َﺲ ِﻣ ﱠﻨﺎ‬

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang
menipu kami maka bukanlah dia
daripada kalangan kami.”

CARA MENANGANI
PLAGIAT

Menghormati karya dan penulisan orang
lain.
Menghargai, memahami dan
menyebutkan sumber penulisan yang
mereka rujuk didalam tugasan mereka.
Individu seharusnya tidak gopoh dalam
menghasilkan karya sendiri.
Pengajar memberikan bimbingan kepada
pelajar-pelajar dalam menghasilkan
karya yang menarik.

KESAN BURUK
PLAGIAT

Orang yang meniru akan rosak kompas
hatinya sehingga dia merasa baik
apabila dia melakukan perkara buruk
Akan terbiasa menipu sedangkan
menipu adalah sifat-sifat orang munafik
Akan selalu bergantung dengan orang
lain dan menyusahkan orang lain
Pemikiran dan pengetahuan tentang
ilmu terbatas

KESIMPULAN

Kecanggihan internet yang berlaku sangat pantas ini,
memudahkan kegiatan-kegiatan seperti plagiat

berlaku. Ramai yang tidak menyedari bahawa
maklumat-maklumat di dalam laman web adalah
terpelihara di bawah undang-undang. Jadi, kita
perlulah berhenti mengambil hasil kerja orang lain
atau kita menulis namanya sebagai tempat sumber
informasi itu diambil.

Kita boleh mengelak daripada perkara ini berlaku
dengan menghormati dan memahami penulis karya
tersebut. Plagiat mungkin memudahkan pekerjaan
seseorang. Tetapi, ia juga membuatkan penulis
karya tidak dapat berkembang luas. Jadi, marilah kita
bersama-sama berganding bahu berhenti melakukan
kegiatan ini dengan menjadi lebih kreatif terhadap
karya kita sendiri.

Katakan TIDAK
kepada plagiat !


Click to View FlipBook Version