SIAPA PALING HEBAT? NUR AINA NABILA BINTI SHAHBUDIN
Impian Azim (Irama lagu “Air Pasang Pagi”) Azim bagun pagi pergi ke sekolah, Tunggang basikal dengan gembira, Murid tahun lima sekolah rendah, Meminati sukan itulah dia. Sukan bola sepak jadi pilihan, Mewakili sekolah dalam pertandingan, Rembatan kencang itu kelebihan, Hingga menjadi ayam tambatan. Bercita-cita tinggi, untuk menjadi, Pemain kebangsaan, suatu hari nanti, Seperti idola, yang diminati, Itulah dia, Datuk Mokhtar Dahari. Pemain baru sertai hebat bermain, Tapi punya sikap iri hati, Amarah punca utama makan diri, Hingga Azim cedera lutut buku lali. Cikgu Hisyam pula beri peringatan, Higga Tuah insaf, akan perbuatan, Azim dilantik, jadi ketua pasukan, Itu impian yang diidamkan. 1
Kring !!! Jam loceng berbunyi menandakan pukul enam pagi tetapi Azim masih lagi tidur. Semalam Azim tidur lewat kerana dia menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA yang melibatkan pasukan kegemarannya iaitu Perancis menentang Argentina. “Azim, bangun! Kamu sudah lewat hendak pergi ke sekolah,” kata ibu kepada Azim. Azim pun segera bangun untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk pergi ke sekolah. “Azim, ini bekal makanan kamu,” kata ibu kepada Azim. Azim segera mengambil bekal dan menyalami ibunya sebelum pergi ke sekolah. 2
5 AMANAH 5 FATONAH Setibanya Azim di sekolah, Badrul iaitu sahabat baik Azim terus menyapanya. “Azim, lewat kau hari ni?” tanya Badrul. “Semalam aku tidur lewat. Nasib baik aku sempat datang ke sekolah sebelum pintu pagar sekolah ditutup,” kata Azim kepada Badrul sambil meletakkan basikal di tempat yang disediakan. Mereka pun berjalan menuju ke kelas. Sementara itu, Cikgu Kamal berjalan sambil menjinjit buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 dan diikuti oleh seorang murid lelaki. 3
“Bangun, selamat pagi cikgu!” kata Amir. Semua murid memerhati seorang murid lelaki yang berdiri di sebelah Cikgu Kamal itu. “Duduk semua.” kata Cikgu Kamal kepada murid-muridnya. “Hari ni, kamu semua akan menerima murid baharu iaitu Muhammad Tuah bin Yasin. Keluarganya baru sahaja berpindah ke sini. Cikgu harap kamu semua dapat bersahabat baik dengan Tuah,” tambah Cikgu Kamal. Cikgu Kamal menyuruh Tuah untuk duduk di sebelah Ah Meng yang merupakan seorang murid berbangsa Cina yang sangat rajin dan peramah. Kemudian, Cikgu Kamal meneruskan sesi pengajarannya. Azim dan Badrul saling berpandangan antara satu sama lain. 4
Sebelum pulang, Iwan memberitahu Azim bahawa Cikgu Hisyam ingin berjumpa dengannya terlebih dahulu untuk membincangkan tentang sesi latihan bola sepak pada petang nanti. Azim pun mengajak Badrul untuk menemaninya berjumpa dengan Cikgu Hisyam di bilik guru. 5
Setelah selesai berjumpa dengan Cikgu Hisyam, mereka pun berjalan ke tempat letak basikal untuk pulang. Tiba-tiba, Azim terlihat Tuah sedang berdiri bersendirian di pintu pagar sekolah sebelum dia memasuki sebuah kereta mewah berwarna hitam. Azim dan Badrul hanya memerhati situasi tersebut. “Azim, aku rasa budak lelaki yang terlanggar kau waktu kita bermain di taman beberapa hari yang lalu ialah Tuah, budak kelas kita yang baru tu,” kata Badrul kepada Azim. Azim seperti mengingati sesuatu terus menampar bahu Badrul. “Iyalah Badrul! Patutlah aku rasa seperti pernah nampak dia,” kata Azim. 6
Seperti kebiasaan, Azim, Badrul dan rakan-rakan akan menjalani latihan bola sepak di padang. Azim merupakan salah seorang pemain bola sepak yang digemari oleh rakan-rakannya disebabkan kelajuan larian yang dimiliki dan kebolehannya dalam menjaringkan gol menyebabkan pasukan mereka sering menjuarai pertandinganpertandingan yang disertai. Oleh itu, Azim digelar sebagai ayam tambatan dalam pasukan. Namun pada hari ini, Cikgu Hisyam hadir sedikit lewat dan meminta Azim untuk mengetuai sesi latihan terlebih dahulu. 7
8 Setelah beberapa minit berlalu, Cikgu Hisyam pun tiba bersama dengan Tuah. Cikgu Hisyam dan ayah Tuah merupakan sahabat sejak di universiti lagi. Cikgu Hisyam memanggil semua pemain untuk berkumpul di tepi padang. “Baiklah murid-murid, hari ini, cikgu ingin memberitahu kepada kamu semua bahawa Tuah akan menyertai pasukan bola sepak sekolah kita,” kata Cikgu Hisyam kepada semua pemain. “Untuk maklumat kamu semua, Tuah pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan. Jadi, cikgu harap kamu semua dapat bekerjasama dengan baik sebagai satu pasukan” tambah Cikgu Hisyam lagi. Setelah itu, semua bersurai dan meneruskan sesi latihan seperti biasa.
Sesi latihan bola sepak pada setiap petang berjalan seperti biasa pada hari berikutnya. Prestasi Tuah semasa bermain bola sepak mendapat pujian daripada semua pemain termasuk Cikgu Hisyam. Sebelum pulang, Cikgu Hisyam meminta semua pemain untuk berkumpul. “Kamu semua akan menyertai pertandingan bola sepak dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Jadi, saya ingin memilih seorang ketua pasukan daripada kalangan kamu untuk mengetuai pasukan ini. Saya berharap kamu semua akan memberikan kotmitmen yang penuh pada setiap sesi latihan yang dijalankan,” kata Cikgu Hisyam. 9
Setelah selesai perjumpaan bersama Cikgu Hisyam, semua pemain pulang ke rumah masing-masing. “Aku rasa, Azim ada potensi untuk menjadi ketua pasukan kita,” kata Iwan kepada Haikal. Tuah yang terdengar perbualan tersebut tidak puas hati kerana dia merasakan bahawa dia yang paling layak untuk menjadi ketua pasukan ini. 10
Seminggu telah berlalu, sesi latihan bola sepak diteruskan dengan perlawanan antara dua pasukan yang telah dibentuk oleh Cikgu Hisyam yang diketuai oleh Azim dan Tuah. Ketika mereka bermain, Azim berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukannya. Semua ahli pasukannya bersorak gembira. Namun tidak bagi Tuah, dia tidak berpuas hati dengan jaringan yang berjaya dilakukan oleh Azim. 11
Setelah beberapa minit, permainan pun diteruskan. Tuah ingin merampas bola daripada Azim tetapi Azim bijak mengawal bola daripada dirampas. Tuah dengan perasaan marah sengaja menolak Azim hingga hilang kawalan dan terjatuh. Cikgu Hisyam segera memberhentikan permainan dan berlari ke arah Azim untuk melihat keadaanya. Tuah menunjukkan riak sombong dan berfikiran bahawa dialah yang paling hebat. Dia juga tidak memohon maaf atas kesalahannya. Azim mengalami kecederaan di bahagian lutut dan kakinya terseliuh. Cikgu Hisyam segera membawa Azim ke hospital untuk menerima rawatan lanjut. 12
Keesokan harinya, “Badrul, kenapa kau berseorangan sahaja hari ini? Mana Azim?” tanya Alicia kepada Badrul. “Azim tidak dapat hadir hari ini kerana kakinya terseliuh semasa menjalani latihan bola sepak semalam,” kata Badrul. Alicia dan Elsa terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Badrul. Badrul pun menceritakan kejadian yang berlaku kepada Elsa dan Alicia. “Tak patutlah Tuah buat macam tu,” kata Elsa. 13
Sementara itu, di bilik guru, Cikgu Hisyam sedang memarahi Tuah akan sikapnya yang tidak bertanggungjawab. “Saya beri amaran kepada kamu, sekiranya sikap kamu masih tidak berubah, saya akan mengeluarkan kamu daripada senarai nama pemain yang akan bertanding dalam kejohanan MSSD yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ingat Tuah, sebagai satu pasukan, kamu sepatutnya bekerjasama bukannya ingin menunjukkan siapa paling hebat. Sikap inilah yang saya ingin elakkan dalam diri setiap pemain,” kata Cikgu Hisyam. Setelah itu, Cikgu Hisyam meminta Tuah untuk memohon maaf kepada Azim atas kekasaran yang telah dia lakukan. 14
Semasa dalam perjalanan pergi ke kelas, Tuah terdengar Badrul sedang berbual dengan Aiman. Badrul memberitahu Aiman bahawa sebelum Cikgu Hisyam memaklumkan kepada mereka tentang pemilihan ketua pasukan, Cikgu Hisyam terlebih dahulu memberitahu Azim dan ingin melantik Azim untuk menjadi ketua pasukan tetapi Azim menolak. “Kenapa Azim tolak tawaran tu?” tanya Aiman. Badrul mengatakan bahawa Azim menolak kerana dia ingin memberikan jawatan tersebut kepada Tuah kerana dia merasakan Tuah lebih berbakat dan mahir berbanding dirinya. Tuah yang mendengar perbualan itu merasa bersalah terhadap tindakan yang telah dia lakukan kepada Azim. 15
Pada petang itu, Tuah pergi ke rumah Azim untuk melawat serta memohon maaf atas tindakannya tempoh hari. Azim terkejut melihat kedatangan Tuah ke rumahnya. Tuah memaklumkan bahawa dia ingin ingin memohon maaf atas kesalahannya dan menceritakan tentang perbualan Badrul dan Aiman kepada Azim. Azim menyatakan bahawa perkara itu benar. “Aku sering melihat kau berlatih bermain bola di halaman rumah kau ketika waktu cuti. Aku tertarik dengan kehebatan yang kamu miliki. Jadi, aku rasa kaulah yang paling layak untuk menjadi ketua pasukan bola sepak kita,” kata Azim kepada Tuah. Tuah terkejut mendengar pengakuan Azim dan segera memohon maaf sambil memeluk Azim hingga menitiskan air mata. Azim pun memaafkan Tuah. Bagi Azim, siapa yang menjadi ketua pasukan tidak penting, tetapi semangat bekerjasama sebagai satu pasukan sangat penting untuk memastikan mereka berjaya menjuarai pertandingan itu nanti. 16
Tibalah hari terakhir pemilihan ketua pasukan bola sepak. Semua murid berdebar-debar ingin mengetahui siapakah ketua pasukan mereka. Cikgu Hisyam memanggil semua pemain untuk berkumpul terlebih dahulu sebelum memulakan sesi latihan pada petang itu. “Berdasarkan penilaian prestasi permainan kamu semua, saya dan beberapa orang jurulatih yang lain telah membuat keputusan untuk melantik Azim sebagai ketua pasukan bola sepak,” Kata Cikgu Hisyam kepada semua pemain. Semua pemain memberikan tepukan yang gemuruh. Cikgu Hisyam berharap agar semua pemainnya mampu untuk bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa mempunyai perasaan iri hati untuk memastikan mereka berjaya menjuarai kejohanan MSSD nanti. 17
Sejak kejadian yang berlaku antara mereka, kini, Azim, Badrul dan Tuah telah menjadi sahabat baik. Mereka sering mengulang kaji pelajaran dan bermain bola sepak bersamasama tanpa menghiraukan siapa yang paling hebat antara mereka kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masingmasing. 18 -TAMAT-
18
Cerita ini mengisahkan tentang Azim seorang murid tahun lima yang meminati sukan bola sepak dan berazam untuk menjadi seorang pemain bola sepak kebangsaan suatu hari nanti. Kehadiran seorang murid baharu, Tuah telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini kepada Azim. Tuah dipilih oleh Cikgu Hisyam untuk menyertai pasukan bola sepak sekolah. Dengan kebolehan dan kemahiran bermain bola sepak yang dia miliki, Tuah ingin bersaing dengan Azim untuk merebut jawatan sebagai ketua pasukan sekolah dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD). Namun demikian, disebabkan suatu peristiwa, Tuah sedar akan sikapnya yang merasakan dirinya paling hebat tidak patut dimiliki dan harus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk memperoleh kejayaan. Akhirnya, Azim telah dipilih untuk menjadi ketua pasukan bola sepak. Cikgu Hisyam berpesan kepada semua pemain untuk bekerjasama sebagai satu pasukan tanpa mempunyai sikap iri hati untuk memperoleh kejayaan dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).